Jan 27, 2009

A Mother's Whisper..



you've closed your eyes my sleeping child,
i pray they do not stir,
i pray they do not flutter,
please keep them shut from all the horror.

soften the creases on your forehead,
deafen your ears of all the dread,
block the sounds that might alarm,
for i will try to put youat calm.

the staccato gunshots will hush,
the piercing strikes will falter,
for now, let me hold you and keep you safe,
let the warmth flow within and mellow out the pain.

-my heart out to the children of gaza who's right to a good childhood has been fiercely snatched away..

~nabilah ~

Ikatan Pelajar Islam Poland [IPIP]

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang.
semoga korang sume dirahmati Allah s.w.t

alhamdulillah, perang kat gaza dah cool down skit, skrg pun dah start cuti. isu kontroversi hangat si achmed pun dah slesai. cuma org nak pesan la psal isu palestine nih, korg-korg sekalian, even bila perang dah agak2 reda, kita tak leh la lepak-lepak and buat-buat macam tk dek ape pernah jadik. doa, musti kena doa. amik tahu, musti kena amik tahu. boikot, tetap boikot. bukan takat tu jer... kita kena ingat,

Allah kate: dan Allah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi,... [24:55]

Allah kate tk de hal klu Die nak kasi kita berkuasa kat bumi ni. bukan stakat bebaskan palestin atau iraq atau ambon, in fact siap bagi kuasa takluki bumi. tapi, kalau kita stakat beriman tu tk cukup! kena ade amal saleh, bukan sahaja amal, malah 'amal-amal' saleh. confirm, korg wat cam tu, bumi ni korg punya. sungguh-sungguh Allah janji.

dalam ayat lain Allah bgtau:
.... apabila mereka bertaqwa serta beriman, dan mengerjakan amalan-amalan yg saleh, kemudian mereka tetap bertaqwa dan beriman, kemudian mereka [tetap juga] bertaqwa dan berbuat kebajikan. Dan Allah mnyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. [5:93]

okeyh mula2 Allah kate, taqwa plus iman then amal. lbey kurang sama mcm ayat kat atas. up skit sebab tambah taqwa plak. tapi tuh tak cukup rupe2 nyer. kt kena istiqamah. kena berterusan. sebab tu Allah kate
tetap bertaqwa dan beriman. tak leh cam chipsmore. contoh; kejap2 semangat psal palestin, doa panjang2, smayang sunat berhari2.. sat lagi, exam datang kita pun lalai. so kita kena taqwa plus beriman plus amal and kena tetap! ok2 setakat nih kita faham. tapi blum habes lagi. Allah kate.

itu pun blum cukup. Allah suro buat kebajikan! flow die kita bley nampak cam ni mula2
taqwa>beriman>amal>tetap>kebajikan baru la hebat! kita nampak kat sini islam tu bukan milik individu tapi islam membentuk masyarakat yang sempurna. mula2 Allah suo kt bentuk diri kita, last2 Allah kate, buat kebajikan. dan Allah suka org yang buat kebajikan. kebajikan tk semestinyer bagi duit jer. kita spent masa blajar medic tuh kebajikan pastu kita jadik doktor insya Allah nih pun kebajikan. kita senyum n wat org lain suke tuh pun dah kira kebajikan. kita post entry and org bace nih pun kebajikan insya Allah.

klu korg dah faham konsep tu than senang korg nak faham tujuan penubuhan ikatan pelajar islam poland nih. IPIP bukan saje2 ktorg set up utk saje2 wat bnyak2 pgrm. suo korg ikut usrah, tulis blog la, bace blog la, pegi pogram macam2. bukan ktorg set up asalkan ade pgrm islam berjalan kat poland nih. sebenarnyer tujuan utama IPIP ialah insya Allah untuk jadik satu platform kita meng-gempakkan keimanan n ketaqwaan kita. baru la amalan2 kebajikan kita tadi sempurna.




klu korg tgk graf kat atas ni lagi nmpk jelas, insya Allah aktiviti2 IPIP n peningkatan iman kita. [sory, klu tk clear]. kita mula ngan halaqah weekly, tiap2 org dah ade pun kan ,grup2 halaqah memasing. nak mantapkan lagi, bila ade jer time fre2 kita gabung halaqah kecik2 ni sebulan sekali ke dua kali ke yang biase kita buat ngn sister nur. tapi stakat dengar jer tak cukup. tuh yang ktorg galakkan kan korg post entry, pastu ktorg cadang nk wat exercise same2 [bila sehat senang beribadat =)], qiam, termasuklah program2 macam ini sejarah kita hari tu. nak gempak lagi, kt pegi plak daurah/camping. kat sini kita anggap mcm beramal saleh tru intensif course la untuk mantapkan iman & ketaqwaan kita.

memang serius cakap, program2 nih tk deq paksaan cuma digalakkan untuk join. alhamdulillah so far mmg sisters gempak habes la sambutan ^^V. tapi brothers tk tau cite la plak. ape2 pun hopefully, korg nmpk jelas la asal IPIP bnyk wat "program." sebelum end penjelasan nih.. jom kita
usha pengakhiran surah at-tagabun [64]

maka bertaqwalah kamu kepada Allah
menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta taatlah dan nafkahkanlah nafkah yang baik untuk dirimu [yg bermanfaat bg dunia & akhirat]. dan barang siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, maka mereka itulah orang-orang yang beruntung [64:16]

Allah pun cakap buat menurut kesanggupan. tak sanggup tk pe. tp dengar dan taatlah segala perintahNya. dan nafkahkanlah ape2 yang baik untuk diri kita. klu ade duit, sedeqah. klu ada masa lapang, 'sedekahkan' masa luang kita untuk memantapkan keimanan dan kebajikan.

jika kamu
meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya Allah melipatgandakan [pembalasannya] kepadamu dan mengampuni kamu. dan Allah Maha Pembalas Jasa lagi Maha Penyantun. [64:17]

pinjaman kat sini, tk semestinyer kewangan, ape2 jer yg kt buat untuk Allah sume Allah lipat ganda dah la tu siap dapat ampun lagi. contoh; kita luang masa baca pasal isu palestin, kita derma untuk pembebasan palestin, kita tinggalkan keluarga kita untuk berkhidmat kat palestine sume tu dikira pinjaman yang kita buat dengan Allah.

mmg ape kita buat untuk islam, untuk iman, untuk Allah ape2 jer la asal kita buat untuk Allah in the end, tk akan pernah merugikan kita. so wutever u do, ask urself wut r the benefit it brings to me towards my iman, my connection with Allah. ade benefit proceed. simple.


Jan 26, 2009

KISAH BALANG KACA

Seorang pensyarah di Kolej Safir yang bernama Dr. Izwan kelihatan sudah bersedia memulakan kelas falsafah beliau. Suasana di dewan kuliah sunyi sepi dan para pelajar nampaknya sudah bersedia mendengar syarahan daripada Dr. Izwan.

Kelihatan di atas meja Dr. Izwan terdapat sebuah balang kaca yang besar dan secawan air kopi yang sungguh harum aromanya. Tanpa berkata apa-apa, Dr. Izwan meletakkan beberapa biji bola golf ke dalam balang kaca tersebut sehingga penuh. Kemudian, Dr. Izwan bertanya, "Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?". Para pelajarnya menjawab, "Ya, balang kaca itu sudah penuh".

Kemudian, Dr Izwan memasukkan beberapa biji manik ke dalam balang tersebut dan menggoncangkannya. Manik-manik tersebut mengisi ruang-ruang kosong di celah-celah bola golf di dalam balang tersebut. Dr. Izwan bertanya lagi,"Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?". "Ya", jawab para pelajarnya.

Kemudian, Dr. Izwan mengisi pula balang tersebut dengan pasir pula. Dengan mudah pasir-pasir tersebut mengisi ruang-ruang yang masih ada di dalam balang kaca tersebut. Dr. Izwan tanpa segan silu bertanya lagi,, "Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?". "Ya", jawab para pelajarnya yang nampaknya agak keliru dan terasa seperti diperbodohkan.

Kemudian, dengan yakin Dr. Izwan mengisi balang kaca tersebut dengan air kopinya. Kedengaran suara seperti orang ketawa kecil. Suasana di dalam dewan kuliah mula hingar-bingar seketika. Dr. Izwan sambil tersenyum sinis bertanya,"Adakah balang kaca ini sudah penuh?. Para pelajarnya menjawab, "Ya, sudah penuh".

Seorang pelajar Dr. Izwan mengangkat tangan sambil bangun dan bertanya,"Kenapakah Dr. Izwan berbuat demikian?". "Baiklah saya akan terangkan sebabnya... balang kaca ini melambangkan kehidupan kita semua. Bola golf itu pula melambang perkara-perkara yang paling penting yang perlu diisi ke dalam kehidupan kamu seperti agama kamu, amal ibadah, pelajaran, ibubapa, keluarga dan sekiranya tiada perkara lain pun kehidupan kamu tetap juga penuh. Manik-manik kecil itu pula umpama perkara-perkara keperluan kamu seperti rumah, kereta, pangkat dan sebagainya. Begitu juga pasir tersebut melambangkan perkara-perkara kecil yang lain dalam kehidupan kamu", jawab Dr. Izwan dengan yakin dan gayanya yang tersendiri.

"Cuba kamu bayangkan jika balang kaca tersebut diisi bermula dengan pasir, sudah tentu ruang untuk bola golf dan manik amat terbatas. Begitulah juga kehidupan, jika kita hanya menghabiskan tenaga dan masa hanya kepada perkara kecil dan remeh... pasti dan pasti kita tiada lagi ruang masa dan tenaga untuk perkara-perkara yang penting dan bermanfaat", Dr. Izwan menyambung.

Tiba-tiba seorang pelajarnya bertanya, "Habis... air kopi tu melambang apa pula?". Sambil tersenyum Dr. Izwan menjawab, "Walau sesibuk mana pun kamu semua, ketahuilah bahawa kamu masih lagi punya waktu untuk minum secawan kopi bersama ibubapamu.

Wahai kawan-kawanku sekalian... jika kamu berasa kehidupan ini terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan sehingga anda merasakan masa selama 24 jam itu tidak cukup... sebenarnya anda silap! Berfikirlah dengan akal berpandukan Iman di dalam hati... tentukan yang mana satukah prioriti. Jangan lupa fahami sedalam-dalamnya tafsiran surah Al-'Asr!!!.


Hasil Nukilan: Saudari Nor Raidah & Saudari Sazwani..

Surah Al-An'am:44

Jan 24, 2009

Luahan Achmed...


Assalamualaikum wbt kepada komuniti muslim di Poland dan kepada mereka yang membaca blog IPIP. Pertama sekali terima kasih atas segala komen saudara dan saudari yang diberikan kepada artikel terdahulu. Saya berasa cukup tersentuh dengan teguran dan sokongan yang diberikan. Artikel terdahulu sememangnya ditulis oleh Achmed, seorang muslim yang tidak lari daripada membuat kesilapan. Terima kasih kerana mengingatkan saya bahawa surat saya merupakan suatu umpatan……diharap kesilapan yang sama tidak akan berulang lagi. Saya akan terus menulis dan mengharapkan kritikan, teguran dan sokongan dari anda semua.


Saudara dan saudari.,


Surat itu dititipkan dan dipaparkan kepada siapa sebenarnya?Saudara Khairy atau parti pemerintah? Jawapan saya, dari hati dan pemikiran yang luhur, surat ini sebenarnya ditujukan kepada anda dan kita semua……..Mengapa perlunya surat itu dipaparkan? Bukankah ianya akan mengaibkan saudara Khairy? Isi yang tersurat sememangnya agak tidak menyenangkan….namun begitu surat itu jelas menunjukkan bahawa ianya merupakan teguran dan bukanlah hinaan atau cacian…. Berkatalah benar walaupun pahit……Saya tidak mengatakan bahawa isi kandungan di dalam surat itu benar, tetapi tidak juga menafikan…..Itu adalah tugas saudara dan saudari untuk mencari kebenaran yang mutlak. Inilah yang tersirat di dalam surat Achmed kepada saudara Khairy….mencari kebenaran….Saya ingin menjelaskan di sini bahawa antara yang terpenting di dalam hidup ini ialah mencari kebenaran dan kesahihan kepada setiap perkara.


Saudara dan saudari yang saya hormati,


Kita seharusnya bersyukur ke hadratNya kerana dilahirkan dalam sebuah keluarga muslim dan hidup sebagai muslim, insyaAllah… Namun begitu secara tidak langsung kita sebenarnya tidak mencari kebenaran dan kesahihan hidup kita.,,,kita taklid kepada apa yang ada. Bayangkan kita dilahirkan dalam sebuah keluarga kafir (nauzubillah) yang selesa, harmoni, penuh dengan kasih sayang, kemungkinan untuk tidak mendapat hidayah yang benar adalah agak tinggi dan mungkin kita akan terus berada dalam kesesatan. Taklid sememangnya telah diterapkan kepada kita sejak dilahirkan kerana kita menemui islam....secara percuma…tanpa usaha….tanpa pemahaman….dan tanpa pencarian. Atas dasar itu saya berfikir dan terus berfikir untuk mencari cara terbaik bagi menyampaikan perkara ini dan inginkan kesan yang mendalam….Untuk itu saya menulis mengenai politik semasa yang agak menarik supaya saya dan anda dapat bersama-sama menerapkan rasa dan sikap untuk terus mencari kebenaran, tidak pula berniat untuk mengundang kontroversi. Namun mungkin kerana terlalu ghairah…ianya membawa padah….sedar tidak sedar daging saudara seagama telah saya jamahi. Tetapi ada juga perkara yang baik dapat saya lihat di sini. Contohnya merupakan suatu perbincangan yang sihat…..di mana ada pertanyaan demi pertanyaan yang diajukan. Antara yang bertanya adalah saudari Izzah dan saudari Dina yang agak musykil dan ragu mengapa surat itu perlu dipaparkan di blog IPIP. Syabas diucapkan kepada saudari kerana mula memikirkan tentang kepentingan surat itu dipaparkan….ini permulaan untuk mencari kebenaran. ‘Hypothesis’ kerap kali bermula dengan pertanyaan…disusuli dengan ‘experiment’ dan sekiranya kebenaran terbukti….barulah ianya dapat diterima sebagai ‘theory’. Tidak perlu komentar saya ditujukan kepada saudari Liyana, kerana saya sememangnya menganggap beliau mempunyai pemikiran yang kritis. Seorang pelajar, hanya berumur 19 tahun, apabila saya menanyakan tentang isu surat Achmed kepada K.J......pantas kenyataannya bahawa kebenaran surat itu perlu dicari…..sedikit sebanyak penerapan sikap positif ini berlangsung secara tidak sengaja.


Saudara dan saudari,


Tidak sedarkah saudara dan saudari kelemahan kita, umat Islam kini adalah tidak mencari kebenaran. Ianya secara tidak langsung membawa kita ke arah kejumudan yang jitu. Kita pernah kuat….kita pernah hebat…. berteraskan rasa ingin mencari kebenaran. Lupakah saudara dan saudari kepada Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, Ibnu Battutta, Al-Khawarizmi, Al-Tabari, dan Al-Razi serta tokoh-tokoh Islam yang lain? Mereka tidak menyempitkan akal dan fikiran serta sibuk mencari kebenaran dalam pelbagai bidang hingga membawa kejayaan kepada tamadun Islam yang agung. Lupakah saudara-saudari kepada keluarga Sumaiyah yang terlalu memahami Islam hasil pencarian kebenaran?


Kepada saudara atau saudari ‘tak suka politik’…. Sememangnya kadang kala politik itu boleh menyebabkan perpecahan...kehancuran...tetapi kita mampu mengubahnya melalui perbincangan yang sihat. Saya pasti saudara atau saudari adalah seorang yang berfikiran matang.....perpecahan tidak akan wujud sekiranya tiada ketegangan, dan ketegangan pasti tidak mendapat tempat sekiranya hal politik mahupun hal yang lain dibincangkan dengan rasional tanpa emosi.......emosi membunuh rasionalisme.....ini tidak dapat dinafikan.....


Terpulanglah kepada saudara dan saudari untuk memberi pandangan samada negatif atau positif terhadap penulisan saya......saya, Achmed seorang insan yang hina menerima segala pandangan saudara dan saudari. Terima kasih.


Yang benar,

Achmed si penjual permaidani


HOLIDAY!!!



Memandangkan,majoriti di antara kita akan bercuti,saya nak berkongsi satu artikal tentang saranan Allah untuk mengembara menghayati keindahan Islam.

Firman Allah yang bermaksud:

“Pergilah berjalan (mengembara) di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana akibat orang yang mendustakan Allah.” (Surah al-Anam, ayat 11)

Allah berfirman lagi yang bermaksud:

“Katakanlah: Jelajahilah muka bumi ini dan lihatlah bagaimana akibat (yang menimpa) orang yang berdosa.” (Surah an-Naml, ayat 69)

Kita perlu insaf mempelajari perkara baru sepanjang pengembaraan. Allah memberi peringatan mengenai setiap apa yang menimpa manusia adalah hasil kelalaian manusia mematuhi apa yang ditetapkan ajaran agama.

Firman Allah,

“Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada.” (Surah al-Hajj, ayat 46)

Jelas sekali tujuan melancong yang dianjurkan Islam ialah digerakkan mata hati untuk menilai, memahami dan mengambil pengajaran sepanjang pengembaraan. Minda pengembara hendaklah dibuka dan berdoa supaya Allah memberi hidayah serta kebaikan daripada aktiviti melancong itu.

Melancong bukan sekadar ingin berhibur. Sesiapa melancong hanya semata-mata mencari keriangan, tidak akan mendapat manfaat di sebalik suruhan agama. Bahkan, keriangan yang diiringi dengan perbuatan maksiat menjadikan aktiviti melancong sedemikian haram dan amat dimurkai Allah.Nauzubillah..

Ketika melancong hendaklah menjaga nilai murni sebagai orang Islam. Elakkan daripada terjebak dengan aktiviti tidak baik di tempat orang kerana kita sebagai seorang muslim membawa identiti Islam ke mana saja kita pergi.

Firman Allah,

“Ditimpakan kehinaan di mana saja mereka berada, melainkan mereka yang menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.” (Surah Ali Imran, ayat 112)

Allah menyuruh supaya kita melihat setiap ciptaan-Nya. Seluruh ciptaan Allah amat sempurna dan cantik yang menyenangkan fikiran dan perasaan jika dilihat daripada sudut keimanan. Orang beriman semakin bertambah imannya setiap kali melihat kejadian alam yang memperlihatkan kelainan.

Firman Allah yang bermaksud:

“Kau tidak melihat sekali-kali pada ciptaan Tuhan yang Maha Pemurah, sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang?” (Surah al-Mulk, ayat 3)

Kita perlu insaf mempelajari perkara baru sepanjang pengembaraan. Allah memberi peringatan mengenai setiap apa yang menimpa manusia adalah hasil kelalaian manusia mematuhi apa yang ditetapkan ajaran agama.

Semoga kita semua dapat bergembira di tempat orang menghayati keindahan alam ciptaan Allah.

Selamat bercuti.


Hasil Nukilan : Warga Filtrowa...


Jan 23, 2009

Bicara Hati....





Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Sahabat yang dirahmati ALLAH sekalian,

Artikel ini merupakan susulan dari surat karangan Achmed utk KJ yg dipublishkan di blog IPIP kite baru2 nih..


Ingin saya menarik perhatian kawan2 sekalian utk sama2 kite bincang isu ni, utk sama2 kite dalami, ape sebenarnya masalah yg berlaku??


Mcm2 reaksi dapat kite lihat dari kawan2, baik yg menerima mahupun yg menolak..

Tapi ingin saya tegaskan di sini bahawa saya tidak memihak kepada mana2 individu..


Sebagai seorg pelajar yg dikurniakan kebolehan berfikir, kite sepatutnya, mencerna artikel achmed itu secara profesional..jgn diambil secara emosi..


ok fine, mgkin ade yg kate, mane leh achmed kutuk2 org, umpat2 org, dosa, delete, plzz, hate it...dll..


yup, mmg btol, kat situ achmed mmg salah...mane leh umpat org, kutuk2 org cmtu..
even nabi pun dah sediakan garis panduan utk tegur pemimpin yg baginda n para sahabat sendiri amalkan.

hal ni jelas diterangkan oleh nabi dalam sabda baginda,


"sesiapa yg ingin menasihati org yg berkuasa maka jgnlah ia berterang-terangan, bersendirianlah dgnnya, dan pegang tgnnya, jika dia terima, maka itu baik, dan jika dia tidak menerima, maka sesungguhnya, kamu telah menjalankan tanggungjawabmu"


(Riwayat Ibnu Abi A'sim)


kat situ mmg dah jelas, cara achmed mmg agak xkena..


tapikan kawan2,

Jika dipikirkan, pemimpin zaman nabi dulu, x sama mcm pemimpin zaman sekarang. Dgn security, appointment, kediaman rasmi, escort dll..dulu khalifah berada di kalangan sahabat2 jer, smpai org ramai xleh detect mane pemimpin, mane rakyat..tp skang dah lain, nk pegi jumpa?? pegang tgn?? erm....no comment..

cuba kita singkap kembali sirah para sahabat, bila Saidina Umar dilantik utk jadi khalifah, ape Saidina Umar kate???

"andainya aku membawa kebenaran, maka ikutlah aku, dan jika aku salah, maka betulkanlah aku"

kemudian bangun seorg lelaki di kalangan sahabat, lalu dia berkata,


"andai kata kamu salah wahai Umar, maka pedang ini yang akan membetulkanmu"

lalu Saidina Umar menjawab, "alhamdulillah"


ok, saya nak tanye kat kawan2,

sahabat yg bangun td tu ada x dia dipenjarakan oleh Saidina Umar?? or dia dipancung?? xde kan??


Jadi, rase2nye, kalau skang, achmed nak hantar surat tu direct ke KJ, seperti yg disarankan oleh sebahagian kawan2 kite, mgkin rasenyer akan mengundang padah buat achmed sendiri..

kawan2,


Tak kisah la artikel tu ditulis oleh sape pun, achmed si penjual carpet ke, anakmithali si penjual ayam ker, ape2 je la nama yg digunakan, but as long as ade point, ade something nk disampaikan, kite tgk, kite bace, jgn kite tolak terus, kite cerna slow2..


even nabi pun xtolak sume amalan2 jahiliyyah, yg mane patut, nabi terima, nabi kekalkan..contohnya, amalan syura, hormati tetamu, derma menderma, beri perlindungan pada yg teraniaya, dll. Ni sume, amalan jahiliyyah..bkn amalan org Islam pada asalnyer..tapi sbb ade kebaikan, nabi still amalkan..


mgkin dlm konteks kes ni, wasilah atau cara perantaraan yg digunakan oleh achmed tu salah, tp igtlah kawan2 ape yg Saidina Ali kate,

"unzur maa qal, la tanzur man qal" (maaf xde font arabic)

yg membawa maksud, "tgklah ape yg dikatakan, jgn ditengok siape yg kate"

erm..saya tertarik ngn komen seorg sahabat mengenai tak suke politik..


kawan2,

ingin dijelaskan di sini, bahawa politik adalah sebahagian dari agama..kite semua sedia maklum akan hakikat itu. Tapi, yg menimbulkan masalah ialah apabila kite menyempitkan konsep politik itu sendiri. kite hadkan kepada perbalahan antara parti, kutuk mengutuk, cari kesalahan, dan lain2 lg..tapi sebenarnya konsepnyer sgt luas..


mgkin org tanye, btol ker politik ni sbhgian dari agama??


ok xpe, kite tanye org, ape maksud konsep khilafah??

org akan kate, khilafah adalah sistem pentadbiran ataupun pengganti..


tapi lebih tepat, khilafah bermaksud:


"iqamatiddin wa siasatud dunya bih"


yg bermaksud, "menegakkan agama dan mempolitikkan dunia dengannya" (nya=agama)

kalimah siasah di atas membawa maksud "politik@pemerintahan"..


so, kita jgn kate, aku tolak politik 100%, jgn sekali2, sbb politik penting utk agama, maksud saya politik yg sebenar, bkn yg mcm kite amalkan skang nih..

politik penting sbb politik@pemerintahan ni merangkumi byk perkara, e.g; education, perdagangan, hubungan diplomatik, kewangan, ekonomi..byk sgt klu nk disenaraikan..

ok, last but not least, nk sentuh ttg isu mengumpat plak..


btol, susah kite nk kawal diri dari mengumpat..dosanya plak besar..


Tapikan kawan2, just nk share, tau x kita, ade beberape jenis umpatan yg dibenarkan dlm Islam?? dalam keadaan2 tertentu, dan dalam situasi2 tertentu, kite blh mengumpat..

Hal ini disentuh oleh Imam Nawawi dalam kitabnye Riyadus Salihin..
Kite mgkin dah biase ngn Matan Arbain (Hadis 40), sbb tiap2 kali usrah, kite membaca kitab yg sama..sampaikan hal2 lain kite hadkan..insyaALLAH, lepas ni kita sama2 cuba luaskan pembacaan kite..


kadang2 kite ckp, benda yg kite sendiri xtau..yg kite sendiri xde ilmu, bila kawan ckp, kite yg tak tau pape pun, pakat main support jer..

sebenarnya Islam itu luas..byk la cth2 yg dibawa oleh Imam Nawawi berkaitan ngn hal ni, xnak la saya sentuh..kawan2 pun blh cari sendiri..insyaALLAH...


Kesimpulan yg dpt dibuat, marilah sama2 la kite perbaiki diri, terima pendapat org, buka pemikiran kite, yg hak ttp hak, yg batil tetap batil..


Saya harap kawan2 baca artikel saya ni dgn hati yg terbuka, ngn lapang dada agar tak timbul sebarang salah paham antara kite..


"Sesungguhnya org mukmin itu bersaudara"..
so, mane leh gaduh2 kan??

hehe..
k, yg baik dari ALLAH, yg buruk dari kelemahan dan kekurangan diri saya sendiri..

Wassalam..




Jan 22, 2009

sindiran dunia..


nota: tIngKatkan preStasi kurAngkan koNtroversi!!! layanNNNNNN

“Aduh, sakit pinggang dibuatnya. Jauh betul perjalanan kita kali ini,” saya mengeluh.

“Kita dah sampai mana ni?” Jamil bertanya kepada saya.

“Kejap, bagi ana tengok di luar” saya menjenguk ke luar tingkap bas kami.

“Oh, di mana lagi. Kita sekarang di Aksehir,” saya rasa teruja kerana berada di Aksehir.

“Apa yang menariknya di Aksehir ini?” Khairul seperti tidak begitu bersemangat untuk turun dari bas. Mungkin keletihan agaknya.

“Apa lagi, kalau bukan si Juha. Tapi bukan Juha Arab. Ini Juha Turki. Namanya Nasrettin Hoca,” saya turun dari bas menuju ke sebuah taman kecil.

Bas yang kami naiki dari Konya ke Bolvadin, berhenti rehat di Aksehir. Bandar kecil ini adalah bandar yang diwartakan sebagai kampung halaman Nasrettin Hoca.

“Eh, kenapa orang tua ni tunggang keldai terbalik?” Najib terkejut.

“Bukan orang tua tu terbalik. Keldai itu yang menyongsang. Dia yang salah arah”, saya memberikan penjelasan.

“Anta biar betul!” Jamil tidak percaya.

Saya ketawa.

Itulah Nasrettin Hoca. Soalan yang Najib tanyakan itu, sudah pun ditanya kepada beliau suatu ketika dulu. Dan itulah jawapannya. Bukan dia yang menyongsang, tapi keldainya yang salah arah.

KHUTBAH TERHEBAT

Pernah suatu ketika Nasrettin Hoca berdiri di hadapan penduduk pekan Aksehir untuk berucap.

“Tahukah kamu, apa yang akan saya perkatakan pada hari ini?” beliau bertanya kepada orang ramai.

“Tak tahu!” jawab mereka.

“Huh, saya tidak mahu bercakap dengan orang sejahil kamu!”, kata Nasrettin Hoca sambil berlalu pergi.

Penduduk Aksehir terkejut. Oleh kerana mereka begitu ingin tahu apa yang mahu diperkatakan oleh Nasrettin Hoca, mereka menjemputnya sekali lagi pada keesokan harinya.

Nasrettin Hoca naik ke pentas lalu berkata, “Tahukah kamu, apa yang akan saya perkatakan pada hari ini?” beliau sekali lagi bertanya soalan yang sama.

“Tahu, tahu!” penduduk pekan Aksehir mengangguk-angguk sambil tersenyum. Mereka tidak mahu menerima nasib yang sama seperti semalam.

“Oh, kalau kamu sudah tahu, tidak perlulah lagi saya berucap!” kata Nasrettin Hoca. Beliau terus beredar pergi.

Sekali lagi orang ramai terkejut. Namun, mereka belum berputus asa. Buat kali yang seterusnya, mereka menjemput beliau berucap semula keesokan harinya.

Nasrettin Hoca bertanya, “tahukah kamu, apa yang akan saya perkatakan hari ini?”.

Beliau memulakan ucapannya.

“Tahu, tahu!” kata sebahagian hadirin.

“Tak tahu, tak tahu!” kata sebahagian yang lain.

“Oh, kalau begitu, mereka yang tahu beritahulah mereka yang tidak tahu!” kata Nasrettin Hoca lagi. Beliau bangun dan bingkas beredar.

Manusia yang mahu bercakap dengan Nasrettin Hoca pasti akhirnya kebingungan, dari era Seljuk sampailah ke hari ini. Kami berempat ketawa. Macam-macam kerenah orang tua yang seorang ini.

PELBAGAI VERSI NASRETTIN HOCA

Watak Nasrettin Hoca terkenal bukan hanya di dalam tradisi Turki, tetapi juga di dalam sastera Parsi, Arab, Azeri, Pashto, Urdu, Hindi, Bosnia, Serbia malah Greece dan Bulgaria. Walau pun dikenali dengan nama yang pelbagai, namun jalan cerita mengenainya, adalah hampir sama.

Ada pelbagai teori tentang siapakah sebenarnya Nasrettin Hoca tetapi bagi saya kebanyakan maklumat lebih kepada lagenda yang sukar untuk dikenal pasti kesahihannya. Apa-apa pun, tahun 1996 telah pun diisytiharkan sebagai Tahun Nasrettin Hoca oleh UNESCO.

Selepas bergambar, saya menyambung lagi cerita-cerita yang saya tahu mengenai Nasrettin Hoca.

SERBAN TOK GURU

Pernah suatu ketika, semasa Nasrettin Hoca masuk ke sebuah kampung, dia telah dikerumuni oleh sekumpulan pemuda yang datang membawa kitab.

“Kamu nak apa?” tanyanya kepada pemuda-pemuda itu.

“Kami mahu mengaji kitab, mahu menadah ilmu darimu wahai Tuan Guru,” jawab mereka.

“Macam mana kamu boleh tahu yang aku ini seorang Tuan Guru?” tanya Nasrettin Hoca kepada pemuda-pemuda yang mengerumuninya itu.

“Kami percaya kamu adalah seorang Tuan Guru sebab serban kamu yang besar dan hebat,” kata mereka.

“Oh, kamu anggap aku ini guru kamu sebab serban aku ya. Baiklah. Nah, ambil ini dan belajarlah dari keldaiku!”, kata Nasrettin Hoca sambil menanggalkan serbannya lalu dipakaikan di kepala keldainya.

“Hari ini, Tuan Guru kamu adalah keldaiku. Keldai berserban ini”, kata Nasrettin Hoca. Pemuda itu terlopong semuanya.

Kami ketawa lagi. Hilang sekejap penat bermusafir.

Saya, Khairul, Jamil dan Najib sedang mengembara. Kami bertolak dengan teksi dari Amman ke Damascus. Kemudian kami menaiki bas dari Damascus ke Antakya. Kami singgah beberapa hari di Konya dan kini sedang dalam perjalanan ke Bolvadin, kampung saya dah Fatih.

Saya mengajak rakan-rakan saya minum teh epal di restoran berhampiran. Bas masih ada masa sekitar 15 minit sebelum memulakan kembali perjalanan

BERAPA SUDAH YANG TERKENA

Suatu ketika, Nasrettin Hoca sedang duduk di sungai memasang bubu ikan. Tiba-tiba lalu seorang lelaki dan beliau cuba meramahkan diri, bertanya kepada Nasrettin Hoca, “Berapa sudah yang terkena?”

Nasrettin Hoca menjawab, “kamu adalah yang kesembilan!”

Najib dan Khairul ketawa. Jamil masih terpinga-pinga dengan cerita saya kali ini.

“Baiklah Jamil. Ana cari yang mudah sikit,” saya tersenyum.

TETAMU KEHORMAT

Pernah suatu ketika, Nasrettin Hoca hadir ke sebuah majlis jamuan makan. Beliau hadir dengan hanya berpakaian biasa dan ala kadar. Namun sambutan penganjur terhadapnya hampir tiada. Tidak ada sesiapa pun yang peduli akan kehadiran Nasrettin Hoca. Lalu beliau pulang ke rumah untuk mengambil baju bulu mewah yang cantik. Apabila Nasrettin Hoca tiba di majlis itu dengan penuh gaya, pihak penganjur kelam kabut menyambut kehadiran Nasrettin Hoca dan melayannya seperti seorang VIP.

Apabila makanan dan minuman dihidangkan, Nasrettin Hoca mengambil sudu lalu mencurahkan sup dan minuman yang dihidangkan kepadanya itu ke baju bulu yang dipakai.

“Makanlah wahai baju, jangan segan-segan. Ternyata engkaulah tetamu kehormat hari ini, yang diraikan. Bukannya aku,” kata Nasrettin Hoca. Kesemua hadirin termenung.

Ada banyak lagi kisah lucu yang dinisbahkan kepada Nasrettin Hoca. Cerita-ceritanya bukan sekadar lucu biasa. Dalam lucu itu ada mesej yang mahu disampaikan.

Ini adalah ciri penting dalam semua kisah rakyat.

Saya sedih kerana kisah-kisah ini semakin dilupakan. Walhal kisah-kisah rakyat seperti cerita Pak Pandir, Lebai Malang, Pak Kaduk, malah himpunan kisah Pakcik Kordi, kesemuanya menggambarkan kehalusan budaya generasi ibu bapa kita dalam mengungkapkan satu-satu mesej dan teladan.

Cerita itu mengundang ketawa. Tetapi selepas seketika, terasa bodoh kerana yang ditertawakan adalah diri sendiri.

KOMUNITI LUCU

Di dalam cerita rakyat Turki, kelucuan-kelucuan tingkah laku sering dinisbahkan kepada kaum Laz. Mereka ini adalah penduduk yang tinggal di wilayah sepanjang Laut Hitam di Turki, yang kadang-kadang disebut sebagai Karadenizli (orang Laut Hitam). Antara sahabat saya yang berketurunan Laz ini adalah Hasan. Banyak cerita lucu yang saya dengar darinya.

Antaranya, Hasan pernah bertanya kepada saya, “Hasrizal, kamu tahu tak macam mana orang Laz menukar mentol lampu di siling?”

Saya sudah ketawa sebelum cuba menjawab, “entahlah. Macam mana?”

“Seorang akan naik ke atas meja, dan memegang mentol lampu itu. Manakala kawan-kawannya akan memutarkan meja tersebut untuk menanggalkan mentol berkenaan!” cerita Hasan.

“Haha… saya tergelak besar mendengarnya.

Apa yang menarik perhatian saya ialah, di mana-mana di kawasan Timur Tengah, ada sahaja golongan atau pekan kecil yang lazimnya dikaitkan dengan kelucuan atau sifat lurus bendul. Jika di Turki, ia dinisbahkan kepada kaum Laz. Manakala di Iran, lazimnya kelakuan lurus bendul ini dinisbahkan kepada Isfahan. Manakala di Jordan, apa yang saya tahu ialah kelakuan penduduk al-Thafilah di selatan Karak.

Tetapi bila saya amati satu persatu, sifat lurus bendul dan himpunan kisah lucu tentang mereka, dipopularkan untuk menjadi kosmetik yang melindungi maksud sebenar segala kelucuan mereka, iaitu menyatakan penentangan terhadap penindasan yang mereka alami. Alangkah tragisnya seorang pemerintah yang zalim tersungkur sambil ketawa!

Saya masih ingat, ketika penduduk Jordan merusuh akibat kenaikan harga roti yang melampau di sekitar akhir 90an. Semasa wartawan menemuramah penduduk al-Thafilah mengapa mereka merusuh, salah seorangnya menjawab, “entahlah. Saya pun tidak tahu. Apa yang saya tahu kami merusuh sebab penduduk Karak merusuh!”

Terkejut saya mendengarnya.

Ketika rusuhan itu berlaku, ada seorang penduduk yang menangkap seekor ayam dan ayam itu dicelup ke dalam minyak tanah. Kemudian ayam tersebut dibakar dan terus dicampakkan ke dalam bank. Ayam itu telah menjadi bom api yang mengerikan. Ketika dirinya dibakar, ayam yang menderita kesakitan itu berlari ke sana sini di dalam pejabat bank berkenaan sambil menyebarkan api. Habis terbakar seluruh bank tersebut… atas idea kampungan penduduk al-Thafilah.

Saya sendiri jadi bingung. Antara ngeri dan mahu ketawa dengan strategi orang al-Thafilah yang selalu disebut di Jordan, “bodoh seperti orang al-Thafilah!”

Akan tetapi, Nasrettin Hoca tetap menjadi pujaan saya. Dengan ratusan himpunan kelucuan hidupnya, saya banyak mendapat input berharga. Betapa lucunya Nasrettin Hoca, hingga setelah mati pun masih mahu bergurau. Kuburnya di Ak?ehir juga berimej lucu. Tertulis di kubur Nasrettin Hoca, “Inilah Pusat Dunia”. Di hadapan kuburnya ada pintu pagar yang berkunci tetapi tiada pagar yang mengelilingi kubur tersebut. Hanya pintu tanpa pagar.

Pada saya, apa yang saya kagum dengan Nasrettin Hoca adalah sifatnya yang sungguh bersahaja sehingga berani untuk bercakap begitu walau pun di hadapan sejahat-jahat penguasa. Ia adalah simbol bantahan penduduk di era itu terhadap kekejaman pemerintah…

Namun ia disampaikan dalam bentuk yang sungguh berseni, lucu tetapi tajam.

Hebat sungguh penangan bahasa…

sumber: saifulislam

Jan 21, 2009

Assalamualaikum w.b.t...

Tergerak hati ana kali ini utk berkongsi sesuatu dgn saudara2 sekalian. Kalo ana tgk blog IPIP skrang ini cukup lively. Rmi diantare kite yg mule post mcm2 artikel yg ckp bagus. Tp kalo ana lihat jgk, skrang ni kluar topic2 hangat dan jgk mcm timbul perbalahan. So di sini ana nk bg skit peringatan kpd saudara2 n diri ana sendri.
Berdasarkan Hadis yg dirawayatkan oleh al-ImamMuslim:

عن أبي هریرة t قال: قال رسول الله e (( لا تحاسدوا ولا تناجشوا ولا تباغضوا، ولا یبع
بعضكم على بيع بعض، وآونوا عباد الله إخوانا، المسلم أخو المسلم، لا یظلمه ولا یخذله،
ولا یكذبه، ولا یحقره، التقوى ههنا، ویشير إلى صدره ثلاث مرات بحسب امرئ من الشر
أن یحقر أخاه المسلم، المسلم على المسلم حرام دمه، وماله، وعرضه )) رواه مسلم.

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini - sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali - Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap
orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya
.

Pengajarn yg bleh di ambil dr hadis ni adalh:
1.Hadis ini menunjukkan bhwa kita dapat hidup berharmoni dlm satu2 masyarakat dgn mengamalkan akhlak yg baek.
2.Islam jgk melarang umtnye dengki-mendengki, tipu-menipu, benci-membenci dan pulau-memulau kerana sifat2 buruk ini bleh membawa kehancuran kpd masyarakat.
3.Kita selaku umat Islam jgk disuruh agar melaksanakan hak2 saudara seIslam kita dgn sempurna. Antare hak2 yg dinyatakan ialah tidak menzaliminya, tdk mencercanye, tdk membiarkn membiarkannya dihina dan tdk membohonginye. Cukuplah seseorng mukmin itu mendpt kecelakaan hanye dgn menghina saudaranya.
4.Taqwa adalah perkara tersembunyi yang ada di dada seseorang, ia bukannya suatu perkara yang boleh didakwa. Taqwa tidak seharusnya didakwa-dakwa bahkan ia adalah perkara tersembunyi di dada, namun ia dapat dikesan berdasarkan amalan seseorang kerana seorang yang bertaqwa hanya akan melakukan amalan soleh dan berakhlak mulia.
5.lslam juga melarang seseorang memotong jual beli saudaranya sehingga dia selesai membuat
keputusan sama ada mahu meneruskan jual beli tersebut atau membatalkannya. Apabila jual beli itu dibatalkan, maka bolehlah dia menawarkan diri untuk berurus niaga. Etika ini diajar oleh lslam demi memelihara hubungan persaudaraan sesama muslim agar tidak timbul permusuhan akibat perbuatan memotong urusniaga orang lain.

Maka ape yg ana bleh conclude adalh, kite selaku umat Islam harusla mengamalkn sifat2 harmoni seperti baik hati,pemurah, bercakp benar, menjauhi pergaduhan etc. kalo bleh kite jauhlah dri kiti ni dri sifat2 jahil n buruk spt dlm hadis td. Krne sesungguhnye sifat2 buruk ni bleh membawa kpd kehancuran masyarakat. Society kite pn kecik je, so kalo bleh kite jauhkan dr berbalah sesame sendri. Kalo ade perselisihan fahm, cbe amk jln yg lebih postif utk menyelesaikannye. So kalo bleh kite cbe perbaiki kesilapan kite. Sememangnye manusia itu tdk sempurna, tp jgn jadikan itu satu alasn. Sekurang-kurngnye belajarlah dr kesilapan agar dri kite dapt menjauhi perkare2 mungkar. Semoga artikel ini dpt memberi kesedaran kpd sume termasukla diri ana skali.

Wassalam....

Jan 20, 2009

sistErs gathEring II


assalammualaikum.

weih korang~~~


JOM KICK START OUR WINTER BREAK CELEBRATION WITH
SISTERS GATHERING II!!!!




yang memberi = sister nur

yang dijemput menerima = all sisters

lokasi = al jana pawla II 38 m.23
[tram stop kino femina/ rmh k.dira,k.wani,k.yana.k.fai +k.daya]


when = friday 23 januari 2009

time = 7pm

menu = potluck [bwk la makanan simple2 cam hari tuuuu =p]


spread d news!!!!

Jan 19, 2009

JOM BELAJAR HADIS~!

(Papa Bear Sedang Bacakan Hadis Ke-35 utk Mama Bear)


HADIS 35 YANG DIPETIK DARI KITAB MATAN ARBAIN

Hadis diriwayatkan oleh Al-Imam Muslim.


Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata,Rasulullah SAW telah bersabda:


Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain.


Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya.


Ketaqwaan itu di sini - sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali -

Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim.


Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya.


Dan renungkan ayat AL-Quran ini..

Wahai orang2 yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu DOSA, dan janganlah kamu mencari-cari KESALAHAN ORANG LAIN,Dan janganlah ada di antara kamu yang mengumpat sebahagian yang lain, Apakah ada di antara kamu yang suka MEMAKAN DAGING SAUDARANYA yang sudah mati?? Tentu kamu merase jijik.Dan bertakwalah kepada ALLAH, sungguh ALLAH Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang [49:12]


Semua boley paham kan hadis n ayat quran ni… senang je kan nk paham… tp susa nk amalkan=(… cmne tu??? Haish~ fikir2 lah.. semue da besar kan.. huhuhu…



Jan 17, 2009

Menguap Dan Bersin

rasenye ari2 kita bersin ngan menguap kn..time bersin di pagi ari..hoho(tingat kat KTT de org bersin smpai dgr kat umah atas...hehe...saje je kaco dina..ngeh2..ampun dina..xpe2,dina dh perbaiki kualiti bersin die..hehe..)..
menguap xyah ckap la..byk kali la..lagi2 time lecture..ngeh3...
tpi tau x kite y islam de menggariskn panduan lam 2 mende nih??

psl menguap, Rasulullah saw de gtau kite bersin ni sbnrnye dari Syaitan.so,bile kite menguap o terase nk menguap kita kene tahan,tpi klu xleh nk tahan,kite kne ttup mulut.bukan just ttup mulut n than dri menguap(ngan sedaya upaya),tpi kite kne elak gak dri kuarkn bunyi..sebab,klu kite menguap ngan siap de bunyi lagik,syaitan akn ketawakn kite..huhu...wat malu jek kene gelak free2 dri syaitan..

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu,
Rasulullah saw bersabda (maksudnya),“Jika seseorang dari kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka).”
(Hadis Riwayat Muslim, Kitab az-Zuhud, hadis no. 7129)

Juga dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu,
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),“Menguap adalah dari Syaitan. Maka apabila seseorang dari kalian menguap, tahanlah (dari menguap) dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi “Haaa” maka Syaitan akan mentertawakannya.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Permulaan Penciptaan, hadis no. 509)

ok,skrg psl bersin lak..bersin ni sbnrnye mende y Allah suke(beza ngan menguap,sbb Allah x suke menguap,sbb tu syaitan gelakkan kite bile kite menguap,siap kuar sore lgi..nauzubillahimin zaalik). so,bile kite bersin,kite kne panjatkn pujian kat Allah,n sesape y dgr kwn kite ni bersin,die kne jugak doakn..

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu,
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,
“Sesungguhnya Allah menyukai bersin, dan membenci tindakan menguap. Maka apabila seseorang itu bersin, maka pujilah Allah (dengan mengucapkan “الْحَمْدُ لِلَّهِ”). Manakala bagi setiap Muslim yang mendengar saudaranya bersin adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mendoakannya (mendoakan saudaranya yang bersin) iaitu dengan menyebut “يَرْحَمُكَ اللهُ” (semoga Allah memberi rahmat kepadanya). Manakala menguap, ia adalah dari Syaitan. Maka apabila seseorang dari kalian menguap, tahanlah ia dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi “Haaa” maka Syaitan akan mentertawakannya.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab al-Adab, hadis no. 242)

Di dalam riwayat yang lain, juga dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu,
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),
“Jika seseorang itu bersin, maka hendaklah ia memanjatkan pujian kepada Allah (dengan mengucapkan “الْحَمْدُ لِلَّهِ”). Manakala bagi setiap Muslim yang mendengar saudaranya bersin adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mendoakannya (mendoakan saudaranya yang bersin) iaitu dengan menyebut “يَرْحَمُكَ اللهُ” (semoga Allah memberi rahmat kepadanya). Dan jika orang yang bersin mendengar saudaranya menyebutkan “يَرْحَمُكَ اللهُ”, maka hendaklah dia mengucapkan “يَهْدِيْكُمُ اللهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ” (Semoga Allah memberi petunjuk kepadamu dan memperbaiki keadaanmu).”
(Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab al-Adab, hadis no. 243)

lam hadis y lain,de ckap org y bersin n dgn kwn die doakkn die,maka die leh jugak ucapkan(selain kat atas),
يَغْفِرُاللهُ لَنَا وَلَكُمْ
“Semoga Allah mengampuni diri kami dan kamu.”

(Hadis Riwayat at-Thabrani. Lihat di dalam Shahih al-Jami’ oleh Syaikh al-Albani)

Atau,dlm sebuah atsar dijelaskan,
dari Nafi radhiyallahu ‘anhu,
“Apabila Ibnu Umar (radhiyallahu ‘anhu) bersin dan seseorang mengucapkan:“يَرْحَمُكَ اللهُ” (semoga Allah memberi rahmat kepadanya), maka dia (Ibnu Umar) mengucapkan:“يَرْحَمُنَ اللهُ وَ يَغْفِرْ لَنَا وَلَكُمْ” (Semoga Allah memberi rahmat ke atas diri kami dan kamu)”.
(Hadis Riwayat Imam Malik di dalam Muwaththa’, 54/5)

n sunnah gak bila seseorang bersin,hendaklah die ttup atau letakkn tgnnya atau bajunye(atau ape2 kain y sewaktu dgnnye) kt mukenye smbil merendahkn mukenye n perlahankan suarenye..

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu (maksudnya),
“Apabila Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersin, beliau meletakkan tangannya atau kain bajunya ke mulutnya (untuk menutupnya) sambil memperlahankan suaranya (bunyi bersin).”
(Hadis Riwayat Abu Daud, Kitab al-Adab, hadis no. 5011. Lihat juga di dalam Shahih Sunan Abi Daud oleh Syaikh al-Albani)

Segalanya dari Al-Khaliq...

Ini adalah suatu kisah yang mampu menimbulkan kesedaran betapa kerdilnya kita disisiNya...

Di sebuah rumah di pinggir kota,

Jam 12.00 tengahari, tiga beranak sedang bersiap-siap untuk makan tengahari dan makanan telah tersedia sejak pagi, ibu dan ayahnya sama-sama memasak makanan. Kali ini mereka cuba untuk menggunakan semuanya segar dari kebun yang ditanam di laman belakang dan tepi depan rumah mereka. Ada tomato, ada cili, ada halia, ada kunyit, ada serai, ada daun salad dan sebagainya tapi rumah mereka tidaklah luas mana.

Ada seorang anak kecil, makan bersama ayah dan ibunya.
Sedang ia makan, dia bertanya kepada ibunya.

"Ibu, makanan hari ini sangat sedap, dari mana datangnya makanan ini dan rasa sedap ni ibu?"

Fikrah dengan ceria bertanya pada ibunya, rasa sedap pada lidahnya membuatkan pipi gebu Fikrah bertambah tembam.

Ibunya sambil rasa senang dan seronok kerana dipuji cuba mula bercerita.

"Oh, makanan ini kan ibu yang masak tadi, ibu campurkan dengan lada putih dan lada hitam dan beberapa biji hasbatul sauda', ibu juga tidak gunakan sos dan kicap untuk perasa. Kali ini ibu cuba gunakan buah tomato yang ibu tanam dibelakang rumah untuk rasa masam dan cili segar untuk rasa pedas, sedikit halia juga dari kebun kita di belakang rumah tu, mungkin kerana segar dari kebun, itu penyebab kesedapannya wahai anakku Fikrah."

Ayahnya menambah,

"Mungkin kerana Fikrah mula makan makanan itu dengan bismillah, itu yang sedap tu"

Ujar ayahnya sambil mengusap rambut yang terurai di dahi fikrah dengan penuh kasih sayang.

Ibu dan ayahnya tersenyum, anaknya masih tidak puas hati dengan jawapan ibu dan ayahnya, dibenak hatinya, ibu dan ayah tersenyum seperti mereka ada merahsiakan jawapan sebenar.

"Bagaimana dengan nasi ni ibu"? kita tak tanam padi kan?

Ibu dan ayahnya terkejut, kenapa hari ini fikrah betul-betul mahu tahu persoalan ini?

Ibunya menjawab,

"Ya, Fikrah, kita tidak menanam padi, padi ini datangnya dari sawah. Rumah kita tak muat untuk menanam padi. Jadi ada pesawah yang bekerja untuk menanam padi, pesawah itulah yang menuai padi dan pesawah itu akan menghantar padi yang dituai ke kilang untuk diproses menjadi beras"

Ayahnya menyampuk dengan nada berjenaka.

"Ya..kilang beras, pilihan bernas, pilihan bijak" suami isteri itu tertawa kecil oleh lawak si suami.

Sedangkan fikrah benar-benar rasa masih belum terjawab. Dia mengetip bibir seolah-olah geram.

Ayahnya terperasan keadaan itu lalu meneruskan cerita.

"Dari kilang, beras itu dibungkus dan dihantar ke kedai-kedai, dari kedailah kita membeli beras, dan kemudian beras itu ibu fikrah basuh, dan ibu fikrah memasaknya untuk kita sekeluarga dengan rice cooker yang ayah belikan tu"

Dengan lemah lembut ayah fikrah bercerita agar dapat mententeramkan fikrah.

Fikrah bertanya lagi. Kali ini bertubi-tubi seolah-olah tidak puas hati benar

"Dari mana datangnya padi?" dari benih padi jawab ibunya
"Dari mana datangnya benih padi?" dari penuaian benih padi di tanam di atas tanah jawab ayahnya.

"Dari mana datangnya tanah"?

Ayah dan ibu fikrah terdiam dan terdetik di hati mereka. Terharu, sayu, pilu, keinsafan, dan bangga pada Fikrah, mungkin berkat namanya Fikrah, dia benar-benar ingin tahu erti "Fikrah"

"Fikrah tahu semua yang ibu dan ayah cakap sejak awal tadi adalah selok belok.
kenapa ibu dan ayah tidak menjawab dengan terus terang?"

Fikrah seolah-olah merajuk, tapi fikrah tertunduk takut-takut kalau sikapnya itu buat ibunya kecil hati. Fikrah tak mahu berdosa pada ibu.

Keadaan terdiam sebentar. Seolah-olah ada malaikat yang lalu datang membawa ilham kepada ibu dan ayah fikrah untuk menjawab persoalan anaknya yang bersifat Fikrah itu.

Ibu Fikrah berkata,

"Anakku, ibu minta maaf, ibu mengelirukan Fikrah, ketahuilah anakku, memang benar. Segalanya dari ALLAH S.W.T"

Makanan yang kita makan itu dari Allah s.w.t,
Rasa sedap makanan itu juga dari Allah s.w.t,
Tanaman yang ayah fikrah usahakan di kebun rumah kita juga tumbuh dengan izin Allah.s.w.t.

Ayah Fikrah menitiskan air mata menyambung kata-kata ibu fikrah.

"Benar Fikrah, segala-galanya dari ALLAH S.W.T. Dialah Al-Khaliq. Mari kita berdoa agar rezeki yang diberikan ini berkat, halal, dan semoga dengan rezeki yang baik darinya ini kita sekeluarga terhindar dari api neraka."

Mereka bertiga menadah tangan semula dan berdoa kepadaNya.

Tangisan keinsafan dan air mata yang keluar dari mata kami bertiga ini juga dariMu Ya Allah.

Segalanya dari Al-Khaliq.


HARGAILAH NIKMAT ALLAH...
LEBIH-LEBIH LAGI KITA YANG MASIH LAGI MEMILIKI KEAMANAN KERANA NIKMAT ITU TIDAK DAPAT DIRASAI SELAGI KITA TIDAK KEHILANGANNYA...



Lakaran Ilham Warga Stoklosy...

Jan 16, 2009

COUPLE! YES OR NO?

Di sini ade sedikit pandangan yang ingn ana share sesame sedara2 seagame. Harap dapt amik iktibar n maybe menjadi renungan muslimin n muslimat sume.

COUPLE??? THE BIG "Q" MARK

Maybe ramai yang wonder. "Couple" ni bleh ke x sebenarnye??? Kalo kat mesia kte wat survey psl bnde ni, mmg ssh nk dpt kate putus. Ade yang ckp boleh, ade yang kate hukum die harusla, n ade yg kate HARAM trus. Yg pastinye, bnde ni da jdk controvesi dlm masyrakat moden kite nih. So setelah ana consult dgn sedara anakmithali kite n buat rujukn, dpatla beberape point yg ana rase patut ditegaskan.



Apa Itu Ber ‘couple’?


Definisi 'couple' ni kalo ikt Wikipedia bermaksud 2 members with intimate realtionship. TGK tu. Dlam Wiki pn da pki 'INTIMATE RELATIONSHIP'. Ape maksudnye??? Fikir2 la wahai sedare sekalian. Kalo kite tgk gak, 'couple' ni da jd trend remaja2 skunk. Bkn remaje je, bdk2 skola rendah pn da pandai bab2 ni. Firstly main2 mate, then turun kat hati. Pastu mulela senyum2 n "POPPP"(sound effect), cinta mule berputik . Bila rasa dah cukup ready, stat ‘masuk line’. Ade yang berbalas-balas note, n 4 yang lebih ‘advance’, maen2 msg n SMS. Last skali, ble da suke sme suke(laki n pompuan tau) mulela pengisytiharan 'coupling' diorng.

Pasangan kekasih ini mule la merapat2 relationshp diorng. Kalau di kelas, buat study group or group discussion. Kalo yg kreatif lg inovatif 2, kad-kad ucapan ‘hand made’ yang mcm2 warna dan jenis akn diberi(pompuan biasenye). N bagi yg moden2 nye society plak penggunaan SMS, skype, YM n email jdk no 2 dlm list( no 1 mstila ibadat kt ALLAH SWT kn-harap2nye). Pastu ayt pn jadk laen. Kalo dulu pki ko-aku, sye-awk skunk da pki honey-bee, abang-syang n mcm2la.

Then kalo kite lihat gak, 'couple'2 ni hidup diorng x menentu, diibaratkan ‘makan tak kenyang,tidur tak lena, mandi tak basah’.Kalo gaduh je mcm tsunami melanda. Pastu kalo da aman je mule la tersenyum kambing. Ayat-ayat cintan seperti ‘sayang awak’, ‘love you’, ‘miss you’, 'sayang sayang sayang' n laen2 jdk ucapan harian diorng. Sentiasa ceria dan tersenyum gembira, mengenangkan Si Dia yang datang bertandang ke hati. Kalo yang yang serius 2, sampai berjanji nak sehidup-semati. Sanggup bersumpah, setia hingga ke akhir hayat. Pastu ade jgk hanya sekadar bermain-main, untuk suka-suka, dan sebagainya. Pendek cite, mcm2 ragam yang boleh kite observe dr pasangan yang ber‘couple’ ini. Ada yang boleh meneruskan hubungan hingga ke jinjang pelamin dan ada juga yang kecundang di pertengahan perlayaran di lautan percintaan masing-masing.

Mengapa Ber’couple’ Haram?

Ya,mengapa? Sekarang kita blk kpde main topic kite. Di sinilah timbulnya kontroversi di antara kite. Bagi yang ber ‘couple’, mestinye curiosity diorng tinggi dan mcm2 hujah yg dikeluarkan nak pertahankan kesucian cinta diorng tu.

Sebagai seorang muslim, untuk menjawab persoalan ini, kita perlulah merujuk kembali kepada manual kita yang telah digarisi oleh Allah S.W.T. iaitu Al-Quran dan panduan iaitu As-Sunnah yang telah diwasiatkan kepada kita oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. yang sepatutnya menjadi pegangan hidup kita.

Ada yang berkata, Allah telah menjadikan makhluk-Nya berpasang-pasangan, laki n pompuan, so knape x boleh bercinta atau ber ‘couple’? Memang tidak dinafikan,dalam Al-Quran Allah ada berfirman, seperti dalam Surah Yasin(36) ayat 36:

Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui
.”

Dan juga firman-Nya dalam Surah Al-Hujrat(49) ayat 13:

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”


NWY, kalo kite kaji ayat-ayat ini btol2, xde pn dijelaskn ttg kite boleh mengadakan hubungan percintaan dan ber'couple' antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Banyak larangan Allah dalam Al-Quran yang melarang hubungan-hubungan ini. Percintaan bermula dari mata. Firman Allah dalam Surah An-Nur(24) ayat 30:

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.".

Dalam ayat ini, jelas Allah telah memerintahkan kita supaya kita menjaga pandangan kita daripada memandang perkara-perkara yang dilarang, termasuklah memandang wanita bukan mahram serta wajib bagi kita menjaga nafsu. Perintah ini bukan ditujukan kepada kaum Adam sahaja. Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman dalam Surah An-Nur(24) ayat 31: “Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya,...”.

Dua ayat dari Surah An-Nur ini sebenarnya terdapat dalam sukatan matapelajaran Pendidikan Al-Quran & Sunnah tingkatan 5. Para pelajar tingkatan 5 sepatutnya lebih jelas akan perkara ini. Daripada ayat ini jelas Allah melarang lelaki dan perempuan bukan mahram daripada saling berpandang-pandangan dengan niat untuk suka-suka, apatah lagi untuk memuaskan hawa nafsu.

Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk
.”

Ayat ini memang cukup famous r among kita. Ramai yang kalo ditegur dengan ayat ini akan jawab, “Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan pelbagai 1001 alasan lagi. Sedare2,sila teliti firman Allah tadi.Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. For examplela kn, jark kte dgn Anatomicum building dlm 50 m. So ble kite move forward skit jark die da jdk 49 m. Ni dikatekn menghampiri Anatomicum building. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.

Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi muhammad S.A.W? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :

“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti”

Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya:

“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”


Daripada dua hadis ini, jelas Rasulullah menenyenaraikan bahangian-bahagian zina. Apabila kita tgk Si Dia dengan sengaja,menatapi wajahnya, dan sebagainya, zina mata berlaku. Apabila lidah kita digunakan untuk mengeluarkan kata-kata manis serta puitis, untuk memenangi hati Si Dia, membuatkan Si Dia tertarik kepada kita, lidah berzina. Apabila kita mendengar serta menghayati kelunakkan suaranya, telinga berzina. Apabila berpegangan tangan, berjalan bersama ke arah menghampiri zina, tangan dan kaki berzina. Tetapi, yang paling bahaya ialah, apabila kita merindui Si Dia, memikirkan-mikirkan tentangnya, kecantinkannya, ketampanannya, sifat penyanyangnya, betapa kecintaannya kepada kita, zina tetap berlaku. Biarpun tidak bersua dari segi pancaindera, hati boleh berzina. Tidak mungkin sesuatu hubungan percintaan itu tidak melibatkan penglihatan, percakapan, pendengaran dan perasaan. Sudah terang lagikan bersuluh, percintaan sebelum berkahwin dan ber ‘couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.


Apa Yang Patut Dilakukan?

Bagi sedare2 yang belum lg ber’couple’ ni dinasihatkn agr teruskn berkeadaan begitu.

Kalo boleh kite cbela elak segala step or langkh2 yg menjurus ke arh zina ni. Silap-silap boleh terlanjur n trs menyesal. Ssh jdknye kalo cm2. Bagi yang sudah terjebak, sedang, ataupun yang mula berjinak-jinak dengan percintaan, sedarlah. Segeralah kita meninggalkan perbuatan maksiat yang tidak diredhai lagi dimurkai Allah ini. Xde gunenye kite nk tambahkn dosa2 kite. N xde gunenye kite mengejar kebahagian duniawi. Sesungguhnye kebahagian duniawi adlh sementara dan hari kemudian berkekalan.

Bagi mereka yg btol2 serius 2, diingatkan, semakin manis hubungan sebelum berkahwin, semakin tawar hubungan selepas menjadi suami isteri nanti. Lihatlah ibu-bapa serta atuk nenek kita, kukuh je rumhtngge tnpe perlu melalui impian2 ber’couple’ ni. Kalo sedare2 yg pkr nk maen2 je dgn ber’couple’ ni lg la kne jauhkn.

Bak kate pepath Hamdan, ”maen dgn API binasalah diri”.

Sume orng pstinye nk pasangan hidup yang baik. Kita tidak mahu pasangan kita seorang yang tidak beriman. Seburuk-buruk perangai manusia, dia tetap menginginkan seseorang yang bain sebagai teman hidupnya.

Firman Allah dalam Surah An-Nuur(24) ayat 26:

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”

Allah da janji da dgn kite. Kalo kite baik, perangai molek, ibadat ckp, pergaulan terjga n laen2 pastinye Allah kurniakan dgn psngan yang sebaik-baiknye. Cmne nk dpt family yg baek kalo pokok pangkal permulaannya da pincang, tidak berlandaskan Islam serta tidak diredhai Allah?. Mungkin pada mulanya kita menganggap perkara yang kita lakukan ini cukup baik, niatnya baik, caranya pun kita rasakan cukup baik.tetapi sebenarnya, ia adalah rencana syaitan yang membuatkan kita kabur memandang perbuatan yang kita lakukan itu.

Firman Allah dalam Surah Al-‘ankabut(29), ayat 38:

“Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.”.

Sebenarnya, dalam Islam, laki n pompuan x bleh bergaul terlalu rapat, sehingga menjadi teman karib dan sebagainya. Laki tidak boleh menghampiri pompuan n pompuan tidak boleh menghampiri laki sesuka hati tanpa sebab. Tetapi Islam membenarkan kalo ade btol2 perlu n penting. Misalnya kalo ade assingment yg melibtkn group btween laki n pompuan atau berbincang mengenai sesuatu yang penting. Untuk saling meluahkan perasaan dan sebagainya adlh x dibenarkn. Cukuplah kaum sejenis sendiri untuk dijadikan teman karib dan tempat berbincang masalah. Jgn jdk G** sudah krn dahagakn kasih syng kononye. Kalo x bleh dikawal nafsu 2, berpuasala wahai sedare. Inilah jln yg digalakn dan positif.

Perasaan suka dan cinta adalah dua perkara yang berbeza. Tak salah bagi seseorang lelaki untuk menyukai seseorang perempuan dan seseorang perempuan menyukai seorang lelaki. Tapi, perasaan ini tidak boleh dilayan dan difikir-fikirkan kerana ianya merupakan hasutan syaitan yang membawa kepada zina hati. Sepatutnya apabila kita terfikir mengenai perkara-perkara ini, kita hendaklah menepisnya dan berhenti terus daripada memikirkannya.

Firman Allah dalam Surah Al-A’raf ayat 201:

“Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan setan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Sedara2 diingatkan, semua hujah-hujah yang telah diberikan adalah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah, perintah Allah dan Rasul-Nya. Jika kita menolaknya, sebenarnya kita menolak perintah Allah dan Rasul. Na’uzubillah.

Firman Allah dalam Surah Al-Anfal(8), ayat 20-22:

“Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berpaling daripada-Nya, sedang kamu mendengar (perintah-perintah-Nya),(20) dan janganlah kamu menjadi sebagai orang-orang (munafik) yang berkata: "Kami mendengarkan, padahal mereka tidak mendengarkan.(21) Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk pada sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan tuli (tidak mendengar dan tidak memahami kebenaran) yaitu orang-orang yang tidak mengerti.(22).


Orang yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang tidak mahu menuruti perintah-perintah Allah. Janganlah kita tergolong dalam golongan ini. Balasan bagi golongan ini ialah neraka jahannam seperti firman Allah dalam Surah Aj-Jaatsiyah(45) ayat 7-11:

“Kecelakaan yang besarlah bagi tiap-tiap orang yang banyak berdusta lagi banyak berdosa,(7) dia mendengar ayat-ayat Allah dibacakan kepadanya kemudian dia tetap menyombongkan diri seakan-akan dia tidak mendengarnya. Maka beri kabar gembiralah dia dengan azab yang pedih.(8) Dan apabila dia mengetahui barang sedikit tentang ayat-ayat Kami, maka ayat-ayat itu dijadikan olok-olok. Merekalah yang memperoleh azab yang menghinakan.(9) Di hadapan mereka neraka Jahanam dan tidak akan berguna bagi mereka Sedikit pun apa yang telah mereka kerjakan, dan tidak pula berguna apa yang mereka jadikan sebagai sembahan-sembahan (mereka) dari selain Allah. Dan bagi mereka azab yang besar.(10) Ini (Al Qur'an) adalah petunjuk. Dan orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Tuhannya bagi mereka azab yaitu siksaan yang sangat pedih.(11)”

Finally amikla Islam secara syumul(menyeluruh). Jgn kite amk ape yg kite suke je pastu tngglkn yg x sesuai ngn kehendak kita. Firman Allah dalam Surah An-Nisaa’(4) ayat 150-151 :

“ Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasu-rasul-Nya, dan bermaksud memperbedakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan: "Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)", serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir),(150) merekalah orang-orang yang kafir sebenar-benarnya. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir itu siksaan yang menghinakan. (151).


Kembalilah ke jalan yang lurus. Tinggalkanlah perkara-perkara maksiat yang telah kita lakukan sebelum ini. Bertaubatlah sementara kita masih ada kesedaran, jangan tunggu sampai kita dibiarkan sesat oleh Allah sehingga hati kita tertutup untuk menerima kebenaran, Surah Aj-Jaatsiah(45) ayat 23:

“ Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?”

Memang pada mulanya untuk meninggalkan maksiat-maksiat ini amat susah, tetapi,ia masih wajib kita tinggalkan. Ingatlah Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah(2) ayat 216:

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina. Ia adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam dan hukumnya adalah HARAM. Diharap hujah2 yg disajikn dapt memberi kesedarn kpd sedare2 termaskla ana sendri. Wallahua’lam.