Feb 28, 2009

Kecintaan Bilal Kepada Rasulullah SAW....


Alhamdulillah, sahabat-sahabat, sedar tak sedar kita sudah berada di bulan Rabi’ul Awal. Bulan penuh keberkatan yang mencatatkan sejarah kelahiran seorang insan istimewa, pembawa panduan hidup, cahaya untuk seluruh alam.

Tanggal pada 12 Rabi'ul Awal Tahun Gajah mengikut pendapat yang masyhur, atau 9 Rabi'ul Awal Tahun Gajah bersamaan 20 April 571 Masihi berpandukan kepada pendapat yang rajih, lahirlah Nabi Muhammad bin Abdullah s.a.w ke dunia.

Door of Masjid Al-Nabawi

Kelahiran Rasulullah saw merupakan kelahiran yang ditunggu-tunggu. Bahkan ketibaan nabi akhir zaman ini sangat dinantikan oleh kaum yahudi. Namun dek kerana taasubkan kepada entiti perkauman, nabi utusan terakhir penyempurna kepada agama ini ditolak mentah-mentah oleh mereka bila mana nasabnya bukan daripada keturunan Bani Israil.

Sekarang kita ditinggakan baginda saw lebih daripada 1400 tahun yang lalu, terasa sangat jauh sekali jaraknya, hinggakan segala ajaran Islam kembali menjadi asing dalam bentuk pengamalan yang sebenar. Dagang di bumi sendiri.

Pernah menguasai dua pertiga dunia, kini Islam kembali kepada zaman fitnah. Namanya sahaja sudah dipalitkan dengan pelbagai tomahan hinggalah kepada penghinaan kepada jasad yang nabi saw yang mulia. Semuanya tidak lain dan tidak bukan hanya untuk menghilangkan nur Islam di bumi ini.

Atas alasan kebebasan bersuara, baginda saw dihina lagi. Ulang cetak karikatur penghinaan kepada rasul saw oleh akhbar Denmark merupakan satu bukti. Bahkan lambakan filem yang menghina agama ditonton tanpa perasaan oleh umat Islam sendiri.

Di manakan kita bila baginda saw dihina?


Saidina Bilal r.a dan cinta Rasullulah s.a.w.

Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, saidina Bilal r.a antara sahabat yang tidak mampu lagi bermukim di bumi Madinah. Segala-galanya di kiri dan kanannya mengingatkan kembali kepada nostalgia bersama nabi s.a.w.

Lantas beliau membawa diri ke Badariaan – sebuah tempat berdekatan Syam – untuk mengurangkan kesedihan hati.
Satu hari saidina Bilal r.a didatangi oleh baginda s.a.w dalam mimpi. Baginda s.a.w berkata: “Mengapa kamu menyepi wahai Bilal? Tidakkah kamu teringin menziarahiku ketika ini?”.

Tersedar daripada tidur dengan dalam keadaan sedih dan takut, beliau dengan segera menunggang kenderaan menuju ke Madinah dan terus mendatangi kuburan nabi s.a.w. Kesedihan menyelubungi diri, kisah pahit manis perjuangan bersama nabi s.a.w telah meletakkan cintanya kepada rasulullah s.a.w melebihi daripada segala-galanya.

Kini semuanya tinggal kenangan dalam memori.
Sesuai melepas rindunya kepada baginda s.a.w di perkuburan tersebut, dia mencari-cari cucu kesayangan nabi s.a.w, Hasan dan Husin r.a. Mereka dipeluk cium tanda cinta yang tidak berbelah bahagi. Pinta mereka kepada saidina Bilal r.a; “kami berharap sangat untuk mendengar kembali azanmu yang telah dikumandangkan kepada Rasulullah s.a.w di masjid.” Bagi tidak menghampakan harapan tersebut, bumbung masjid tempat yang selalu dia berdiri mengalungkan azan dipijaknya kembali. Azan pertama dalam sejarah Islam dari mulut bekas seorang hamba ini merupakan satu penghargaan nabi s.a.w kepadanya.

Nafas ditarik…..azan dilaungkan dengan penuh syahdu. Bila kalimah ‘Allahu Akbar! Allahu Akbar!’ dialunkan, bergegarlah seisi Madinah. ‘Asyahadu an la ilaha ila Allah’, jiwa penghuni Madinah makin bergetar. Suara yang pernah didengari pada waktu dan ketika nabi s.a.w masih hidup kembali memenuhi ceruk-ceruk Madinah. Takkala laungan ‘Ashadu an na Muhammadan Rasulullah’ kedengaran, keluarlah para wanita daripada rumah-rumah mereka seraya berkata ; ‘Adakah Rasulullah s.a.w telah dibangkitkan?’.

Seisi Madinah diselubungi hiba, azan saidina Bilal r.a mengingatkan kembali kepada nostalgia manis bersama baginda s.a.w. Tidaklah dilihat satu hari pun yang paling banyak manusia menangis di Madinah selepas kewafatan nabi s.a.w selain daripada hari tersebut, dek kerana rindu dan teringatkan nabi s.a.w.
Inilah tanda cinta para sahabat kepada Rasulullah s.a.w, yang sukar untuk kita temui sekarang.

(Adaptasi daripada riwayat ibnu asakir daripada sanad junaid)

Pesan Hassan al-Banna

“Duhai manusia, datanglah kepada kami. Sesiapa yang tidak boleh menziarahi Rasulullah s.a.w datanglah kepada kami. Kami adalah pengemis di pintu Rasulullah s.a.w. Sesiapa yang tidak pernah mendengar kisah hidup Rasulullah s.a.w, patut sekali datang mendengarnya daripada kami.”

‘Baginda Rasulullah s.a.w hidup di dalam hati kami dan baginda mendengar segala-galanya. Rasulullah s.a.w hidup di dalam hati-hati yang mempertahankan Islam dan juga di dalam hati yang penuh dengan kasih sayang serta iman yang datang daripada ajarannya.’

Muhasabahlah cinta kita kepada Rasulullah.

CintaKu hanya Satu....

Semoga kita dapat meningkatkan kecintaan kita kepada rasul junjungan kita yang dicintai dan dirindui, Rasulullah SAW... Banyakkan selawat ke atas Baginda SAW, smg kita tergolong di antara yang mendapat Syafaat baginda di akhirat kelak... AMEEN ^_^

Murtad by Love...


Assalamualaikum w.b.t,

Respons dari artikel saudari mira (cewah) hihi, pasal isu murtad yg ditulis oleh bloggers yg rasanya tak berapa faham pasal islam ni, tergerak pula hati nak share satu artikel yang saya pnah baca di bolg sorang kawan.. Semoga kita semua dapat mengambil iktibar dari cerita ni.. artikel ni diambil dari blog sorang kawan so saya copy paste je la ea..hihi..


Di sini saya paparkan kisah Nur Amana, seorang muslimah yang murtad kerana penangan cinta……kisah ini sudah lama berlaku tetapi mungkin ada yang belum pernah mengetahuinya boleh berfikir sejenak dan mengambil pengajaran. Menyedarkan tentang betapa lemahnya kita hari ini…

Astagfirullah!. Aku beristigfar berkali-kali. Sesungguhnya aku tidak sendiri. Allah s.w.t bersamaku. Allah mendengar keluhanku. Allah tahu resah dan gelodak yang melanda jiwaku. Allah tahu semua itu. Aku sujud panjang, memohon istighfar. Air mataku mengalir. Aku
terlena di atas sejadah. Tubuhku benar-benar letih. Sudah hampir sebulan aku berada
dalam keadaan tidak menentu. Makan minumku sekadarnya. Tidurku dihantui
mimpi-mimpi ngeri. Hari-hariku penuh kesedihan dan kekecewaan. Emosiku
terganggu….. Fikiranku mengimbau peristiwa lama
itu…..

Suamiku yang menunggu di luar tidak sabar menanti jawapan. "Macam mana?" tanyanya. "Abang nak atau tidak?". "Mestilah nak!". "Kalau abang nak…..adalah!". Dia mengucup dahiku. Pelukannya erat. Aku gembira. Dia gembira. Tuhan, syukurlah atas nikmat ini. Aku tahu dia amat sayang padaku. Seperti sayangku padanya. Dan seperti kasih kami kepada janin dalam rahimku.

Dia menjagaku sebaiknya. Makan minumku, sakit peningku.Dan segala-galanya.

"Doalah, semoga anak kita jadi anak yang baik,".

Hari-hari itu yang diingatkan padaku. Aku pun ingin memiliki anak yang soleh, yang luhur
pekertinya dan teguh memegang syariat Allah s.w.t pada akhir zaman. Lalu hari-hari kubisikan kepadanya kata-kata yang baik. Biarpun dia masih di dalam rahim. Aku pasti ada pertalian yang
menghubungkan aku dengannya. Aku nyatakan harapanku dan saban hari bibirku tidak kering melagukan ayat suci Al-Quran. Surah Yasin, Al-Luqman, At-Taubah, Yusuf dan Maryam telah
sebati dalam pengalamanku. Sebelum melelapkan mata, suamiku akan mengajarnya membaca Al-Fatihah. Dan alangkah gembiranya hati bakal ibu apabila janinnya bergerak-gerak, memberi tindak balas pada kalimah tayyibah yang diajarkan. Akhirnya dia kulahirkan setelah melalui kesakitanantara hidup dan mati. Terubat hatiku melihat senyumannya.

Dia banyak menyalin rautku. Berkulit cerah dan berwajah bujur sirih. Paling
seronok melihat lekuk di kedua belah pipinya bila dia tersenyum. Nur Amana, nama pilihan suamiku. Menggabungkan maksud cahaya Ilahi yang menaungi setiap sudut hidupnya. Penuh barakah dan rahmat. Biar dia menjadi wanita terpuji. Memiliki iman setinggi iman Siti Fatimah
az-Zahra, puteri Rasullulah s.a.w. yang terunggul.

Dan membesarlah dia dalam limpahan kasih sayang aku dan suami. Takdir Allah s.w.t. menyuratkan kami tidak memperoleh anak lagi selepas kelahirannya. Pelbagai usaha kulakukan, namun barangkali puteri seorang itu sajalah amanah yang perlu disempurnakan sebaiknya. Aku akur.Suamiku tidak banyak bicara. Ketentuan Allah adalah sesuatu yang mesti diterima dengan reda...

Nur Amana anak yang bijak. Tidak sekadar memiliki kecantikan lahiriah, akhlaknya terpuji. Tutur katanya mendamaikan jiwa. Bila dipandang menyejukkan hati. Tidak pernah sekalipun mengangkat suara pada orang tua. Malah kata maaf sering diucapkan bila terasa lakunya menyentuh hati orang lain...

Saat paling menyedihkan bila sepucuk surat bersampul coklat tiba pada suatu tengahari. Detik perpisahan bertemu jua. Nur Amana yang cemerlang dalam pelajaran ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Pun begitu demi masa depannya kami merelakannya. Seperti
suamiku, aku yakin dengan ilmu Islam yang diterapkan dalam jiwanya dia mampu menangkis
segala unsur jahat.

Aku pasti Nur Amana akan terus teguh. Menjadi ikan yang tetap tawar biar pun hidup di lautan masin. Lalu hari-hariku diulit rindu yang dalam. Terkenang telatah manjanya, senyumannya, rajuknya, dan bila menjamah hidangan tengahari tersentuh hatiku, teringat dia yang jauh dirantau orang. Namun, rindu terubat juga bila sekali sekala suratnya menitip berita, menyatakan rindu dan kasih tidak terhingga.

Lima tahun di negeri orang, Nur Amana kembali dengan kejayaan membanggakan.
Air mataku menitis. Jauh di sudut hati, aku berbisik semoga anak inilah yang mendoakan kesejahteraan ibu dan bapanya bila hayat berakhir nanti. Dan di luar dugaanku, pulangnya Nur Amana membawa satu perubahan yang ketara. Dia berjilbab kini. Seluruh tubuh termasuk
wajah ditutup dengan kerundung gelap. Pun aku bersyukur kerana perubahan itu menjurus kepada kebaikan.

Seperti suamiku, aku tidak membantah. "Di sana terlalu banyak fitnah, Ma…," beritahunya suatu hari bila kutanya apa yang mendorongnya memakai purdah. Aku pun menyedari, kemungkaran yang memenuhi negara kafir tempat Nur Amana menuntut ilmu itu. Alhamdulillah, kerana Nur Amana mengambil langkah bijak. Cuma saudara mara banyak membantah. Katanya, dengan keadaan yang seperti itu, Nur Amana sukar mendapat pekerjaan nanti. Rugilah kelulusan tinggi yang diperolehi. Tapi Nur Amana cuma tersenyum mendengar pertentangan-pertentangan itu. "Jangan bimbang Ma, pasti ada rezeki untuk hamba Allah yang memegang syariat-Nya," Nur Amana memujukku. Dan hatiku berbunga lega. Benar seperti kata-katanya, tidak sampai sebulan pulang dari Amerika, Nur Amana mendapat kerja di sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Aku tidak begitu tahu tentang tugasnya, tapi menurut Nur Amana sebagai eksekutif. Dan kehidupan kami berlangsung seperti biasa.

Hilang sudah rindu membaraku. Nur Amana berada disisiku kini.Hari-hari berada di depan mata. Cuma beberapa bulan kemudian, sikap Nur Amana mula
berubah. Dia menjadi pemurung, jarang bercakap dan sering mengurung diri
dalam kamarnya. Keluarnya bila ke tempat kerja atau bila kuajak makan
bersama. Itupun kadang-kadang dia menolak. Beberapa kali aku cuba
mencungkil isi hatinya. Kenapa tiba-tiba dia berubah laku. Pun aku tidak berjaya. Nur Amana cukup bijak mengelak dan menyembunyikan...

Sehinggalah suatu hari aku dihubungi oleh seseorang, katanya Nur Amana telah menghantar permohonan ke mahkamah untuk menukar agama kepada Kristian. Bergegar jantungku. Suamiku terdiam lama. Ketika itu Nur Amana tiada di rumah. Katanya out-station di Singapura
selama seminggu. Aku dan suami mengambil langkah berdiam diri dahulu. Cerita sebenar perlu
diperolehi oleh Nur Amana sendiri..

Bagaimana mungkin orang itu boleh membawa khabar itu, kalau tidak ada apa-apa? Apa sebenarnya yang dilakukan oleh Nur Amana sehingga timbul fitnah yang sebegitu besar? Persoalan demi persoalan menujam diri menjadikan aku gelisah menanti kepulangannya.
Kepulangan Nur Amana kusambut dengan air mata yang entah untuk apa. Yang
pasti hatiku cukup bimbang...

Cenderamata dari Singapura dihadiahkan. Sehelai kain sutera berwarna ungu yang cantik. Pun bagiku ia tidak bernilai apa-apa. Suamiku menggesanya cepat membersihkan diri supaya dapat solat Maghrib berjemaah bersama. Tapi, Nur Amana, memberi alasan letih dan meminta aku dan suami solat dahulu. Bila azan Isyak berkumandang, sekali lagi suamiku
mengetuk pintu kamarnya mengajak Nur Amana solat bersama. Dan sekali lagi juga Nur Amana menolak dengan alasan dia sedang menyiapkan kertas kerja penting. Satu alasan yang
tidak pernah dilakukan olehnya. Nur Amana yang kudidik tidak pernah melengahkan waktu solat. Tidak pernah mengutamakan kerja lain dari solat. Tapi mengapa hari ini begitu? Mataku dan suami bertentangan. Pun kami cuma membisu. Bersabar dan menunaikan solat Isyak
terlebih dahulu..

Selepas solat kulihat Nur Amana ke dapur, mengisi perut yang berkeroncong.
Tadi, kupanggil dia makan bersama tapi beralasan letih. Kecewanya hatiku dan suami. Selepas makan, Nur Amana menolak pintu bilik lagi tapi cepat
suamiku memanggil. Nur Amana duduk dihadapanku. Dia kelihatan bersahaja. Gadis yang baru mencecah 24 tahun itu kulihat semakin manis. Wajahnya lembut. Matanya redup. Bibir merah jambunya yang cantik sering mengukir senyuman. Soalan pertama diajukan oleh suamiku. Nur
Amana tersentak. Dia menafikan sekeras-kerasnya.Katanya itu cuma fitnah orang yang benci
melihat kejayaannya. Hatiku lega. Nur Amana, anakku masih memelihara agamanya...

Sebulan kemudian, aku dihubungi lagi. Permohonan Nur Amana untuk menukar agama telah diluluskan. Sekarang Nur Amana berada di Kota Kinabalu, menghadiri persidangan penganut agama Kristian sedunia. Darahku berderau. Sikap Nur Amana yang mencurigakan akhir-akhir ini turut menipiskan kepercayaan aku dan suami padanya. Aku tidak mampu bertahan lagi.
Suamiku juga begitu. Ketiadaan Nur Amana (out-station ke Singapura
lagi) memberi peluang kepada kami untuk memecah biliknya. Kamar sederhana besar itu tersusun kemas. Sekuntum mawar yang entah siapa pemberinya telah kering di atas meja. Dari kad kecil yang terlekat cuma tertulis tahniah dan tersusun buku-buku tebal di atas rak. Aku
menghampirinya. Dan jantungku berdegup kencang bila hampir semua buku-buku tebal itu
adalah berkenaan agama Kristian, termasuklah sebuah Bible dan terjemahannya. Aku menggeletar. Terasa lemah seluruh anggotaku. Suamiku segera menghubungi mahkamah
meminta kepastian. Dan jawapan yang diberikan begitu menyakitkan. Air mataku turun tanpa henti. Apa salah didikanku, lalu dia jadi begitu? Subhanallah!

Nur Amana pulang. Terkejut bukan main Nur Amana bila mendapati pintu biliknya telah dipecahkan. Suamiku menghujaninya dengan pertanyaan demi pertanyaan. Nur Amana membisu membiarkan kemelut terus berpanjangan. Namun akhirnya, penjelasan dilafazkan jua. "Saya mencintai Adam….pemuda Kristian, saya benar-benar cinta padanya dan terperangkap dalam agama itu…," dan sepantas kilat sebuah tamparan hinggap ke pipinya. Kemarahan suamiku sampai ke puncak. Kesabaran terus terhapus. Nur Amana menangis. Aku terkaku.Sesungguhnya hakikat ini terlalu PAHIT!!

Paginya Nur Amana hilang dari rumah. Kamarnya kosong. Nur Amana membawa bersama segala pakaian dan buku-buku. Nur Amana bagai mengatakan bahawa "Cuma setakat ini saja hubungan kita". Nur Amana seolah-olah memutuskan bahawa aku bukan ibunya lagi, suamiku bukan bapanya lagi. Air mataku mengalir dan terus mengalir. Hiba hati seorang ibu. Suamiku bertindak pantas melaporkan kepada polis. Nur Amana lari dari rumah! Pun polis
tidak menemuinya. Suamiku membuat permohonan membantah pertukaran agama
yang dibuat oleh Nur Amana. Tiada pilihan lain, akhbar terpaksa digunakan
meminta Nur Amana hadir ke mahkamah. Lalu, cerita Nur Amana menjadi hangat.
Saban hari kisahnya terpampang di akhbar dan kaca televisyen. Latar belakangnya dicungkil. Kemudian peribadi Nur Amana dikritik. Pendidikan ibu bapa dan sekolah dijadikan alasan. Dan akhirnya, ramai yang menyimpulkan, Nur Amana gadis terpuji tersungkur ke perangkap Kristian kerana cinta! Alangkah dangkalnya iman Nur Amana. Alangkah!!!

Pada hari perbicaraan, Nur Amana hadir bersama seorang lelaki muda berdarah
India. Nur Amana tidak bertudung litup lagi. Rambutnya dibiarkan mengurai ke bahu. Rambut yang sebelum ini tidak pernah dilihat oleh mata lelaki ajnabi. Dan, terasa gugur jantungku bila terlihat sebentuk salib dibuat dari emas tulin bercahaya ditimpa cahaya lampu megah tersemat di dadanya. Nur Amana tunduk. Langsung tidak memandang kepada sesiapa. Wajahnya tenang.
Perbicaraan dijalankan. Detik demi detik berlalu. Keputusan diumumkan. Suamiku gagal!

Undang-undang negara memberi kebebasan beragama kepada rakyatnya. Dan kami tidak berhak menghalang kerana Nur Amana telah berumur lebih daripada 18 tahun. Lelaki muda di sebelah Nur Amana ku lihat tersenyum lega. Hatiku hancur. Di mataku terbayang hukum Allah. Orang murtad akan dikenakan hudud! Dipancung setelah enggan setelah disuruh
bertaubat. Nur Amana bukan tidak tahu itu. Bukan Nur Amana tidak tahu. Tapi, mengapa dia terus berdegil, tidak insaf dengan dosa itu?. Aku rebah dalam pelukan suamiku.
Tubuhku merasa tidak bermaya. Dia tunduk. Wajahnya merah padam menahan kemarahan. Jemariku digenggam erat. Air matanya mengalir perlahan membasahi pipi. Menitis jatuh ke pipiku. Itulah kali pertama kulihat air matanya gugur...

Aku tahu hatinya. Dan cuma aku yang tahu hatinya."Demi Allah! Aku bersumpah negara ini tidak akan aman kerana memegang undang-undang kafir!". Tiba-tiba suaranya lantang menjerit, meggegarkan suasana mahkamah yang telah sediakala hingar apabila mendengar keputusan mahkamah tadi. Mahkamah sunyi seketika. Semua mata tertumpu padanya. Tiba-tiba jeritan itu disambut dengan laungan "Allahu Akbar" dari orang yang tidak puas hati dengan
keputusan mahkamah. Aku cuba meredakan kemarahannya.. Namun air matanya semakin lebat. "Mahkamah ini tidak adil! Sekular! Undang-undang penjajah!’.

Keadaan semakin gawat apabila polis menangkap suamiku. Suamiku meronta-ronta, tapi pegangan kejap beberapa orang anggota polis melemahkan kudratnya. Dan akhirnya dia mengalah, membiarkan tangannya digari.Ketika melintasi Nur Amana yang terus tenang berdiri di sebelah lelaki muda yang tidak kukenali itu, suamiku menoleh. "Kalau jalan ini yang kau pilih, teruskanlah….. tapi ingat, kehidupanmu pasti tidak akan selamat!," Nur Amana tidak menjawab. Tunduk. Kaku bagai patung. Pun kulihat sekilas
senyuman di bibir lelaki muda di sebelahnya. Hatiku tercalar. Keranamu Nur Amana, seorang ayah akan hilang seluruh kebahagiaan hidupnya...Dan hari ini, suamiku merengkuk dalam penjara.Dituduh menderhaka kepada mahkamah! Dan ditakuti akan mencetuskan huru-hara kerana menerbitkan sentimen perkauman juga keagamaan..

Aku terjaga ketika jam dinding di ruang tamu berdenting tiga kali. Aku belum solat Isyak.Astagfirullah. Dari tadi aku tertidur dan menyambung mimpi ngeri semalam. Aku segera membaharui wuduk.Solat Isyak kudirikan. Kemudian kususuli dengan solat Taubat dan Hajat. Air mataku gugur lagi pada dinihari yang sepi. Doaku tidak putus. Hatiku retak. Namun jauh di
sudut hati. Aku terus berharap….., pulanglah anakku,Nur Amana!

Aduhai, kisah Natrah berulang kembali….. Agama dipermainkan oleh undang-undang sekular. Lihatlah betapa rapuhnya undang-undang sehingga tidak dapat mempertahankan agama ISLAM yang dikatakan agama RASMI. Sampai bila perkara ini akan berakhir….. Betapa
hibanya hati seorang ibu bila anaknya murtad dan kita tahu hukumnya dan kita tahu masih banyak lagi kes yang sama seperti Nur Amana. Apakah tindakan kita yang mengaku
dirinya ISLAM? Apakah tidak tercabar oleh permainan pihak kuffar ini????
Permainan ini semakin bermaharajalela ditanah air kita….. Sedarlah!!!
Kita akan tertindas selagi HUKUM ALLAH TIDAK DITEGAKKAN DI BUMI…….MALAYSIA khasnya….


~ni la serba sedikit kisah yang dapat saya kongsikan.. betulkan iman tu tak dapat diwarisi dan kita tak boleh nak cakap yang "ohh amal aku dah cukup dah.." sbb mmg iman tu boleh bertambah dan berkurang.. n kita kna ingat hidayah tu milik Allah n bile2 masa je Allah boleh tarik.. so, iAllah kita sama2 berusaha mencari hidayah n berdoa semoga menjadi golongan yang mati dalam iman dan jauh dari kesyirikan terhadap Allah s.w.t.. yang baik datangnya dari Allah s.w.t dan yang buruk pun datang dariNya tetapi atas kelemahan saya sendiri.. ~

P/s: saya tak sure sama ade ni true story or tak sbab ni juz diambil dari blog org lain, so minta maaf tak dapat nak jawab pertanyaan kalau ade sesapa nak tahu kesinambungan kisah ni..but tak kisah la ini kisah benar ke tak but yang penting isi yang ingin disampaikan jadi pedoman untuk kita..iAllah..^-^


Feb 27, 2009

Amalan sebelum tidur

Assalamualaikum wbt..

nak kongsi skit..walaupun ramai dah tahu..sekadar saling ingat mengingati..




(Daripada Tafsir Haqqi)
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur’an.
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3. Sebelum para muslim meredhai kamu.
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah….

“Bertanya Aisyah : “Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?

“Rasul tersenyum dan bersabda : “Jika engkau tidur lakukan:

1. Pembacaan surah Al-Ikhlas tiga kali, ia seakan-akan kamu mengkhatamkan Al Qur’an.


AgarBumiMenjadiSaksi



2. Membaca selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.


AgarBumiMenjadiSaksi



3. Beristighfarlah untuk para muslimin, maka mereka akan meredhai kamu.


AgarBumiMenjadiSaksi



4. Perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah”


AgarBumiMenjadiSaksi



I/Allah sama-sama kita amalkan.. =)

Feb 26, 2009

PeRTaNDiNGaN PuiSi...



Assalamualaikum.


Korang2, nak hebah ni...IPIP nak anjurkan satu pertandingan puisi sempena maulidurrasul..insyaAllah.

Memandangkan pertandingan ni sempena maulidurrasul, so puisi korang tu nanti hendaklah bertemakan 'Rasulullah saw'; peribadi, akhlak, kecintaan, kerinduan dan segala2nya yang berkaitan dengan Rasulullah saw.

Bentuk puisi adalah bebas
, korang boleh buat sajak, pantun, syair, etc, tak kesah berapa banyak baris, rangkap, panjang atau pendek. Semua tu bergantung pada kreativiti dan kepuitisan masing2 yang penting, karya korang mestilah yang original..tak mau cetak rompak ek..

Pertandingan ni terbuka kepada semua kawan2 muslim senegaraku yang menuntut ilmu di Poland ni. Setiap rumah hendaklah menghantar sekurang2nye satu penyertaan (kepada Hakim dan Sofi, anda berdua join group Saiful and Aizwan ek).

Kepada sesiapa yang memang suka la sangat nak mengarang ni and tangan laju je nak menulis atau idea mencurah2, boleh je hantar entry korang tu walaupon rumah korang dah memenuhi syarat 'satu rumah satu puisi' tadi tu.

Sila emelkan puisi2 korang yang best lagi puitis itu kepada:

saudari Munirah
(
lune_frog@yahoo.com) bagi muslimat

dan kepada:

saudara Sofi
(
kenzo_best2@yahoo.com) bagi muslimin.

Tarikh akhir adalah pada 15 Mac 2009 jam 11.59 mlm

So, apa tunggu lagi??
hehe...
Jangan risau, ada hadiah menanti pemenang bertuah insyaAllah.



Feb 24, 2009

bodies exhibition




when: 21 february 09' - 19 july 09'

where: Blue Expo [Al.Jerozolimskie 179]

ticket range : 35zl - 150zl

what:

BODIES…The Exhibition
showcases meticulously dissected real human body specimens that are preserved through an innovative process and respectfully presented, giving visitors the opportunity to view the beauty and complexity of their own organs and systems.


For visitors of all ages, BODIES…The Exhibition displays real human bodies and allows people to view themselves as never before. More than 200 organs and full body specimens are on display in 9 galleries showcasing the complexity of the body´s many bones, muscles, nerves, blood vessels and organs.


BODIES…The Exhibition is a stunning display of human anatomy, arriving in Dublin following its huge success in cities such as New York, London, Washington, Mexico City, Amsterdam and Prague. More than 11 million people have already had a chance to discover all there is to know about human anatomy

further information: click here

korg-korg sume amat2 digalak-galakkan pergi insya Allah!! t'utama adik-adik yang amik anat!!

ibrah yusuf mendepani biusan cinta

"Ko jangan banyak cakap. Ko tak kena lagi. Kalau ko kena penangan cinta ni, baru ko tahu!” tempelak Zack apabila menerima teguran Azim.

“Habis kamu nak tunggu mayat dalam kubur tegur kamu ke?” Azim menamatkan perbualan. Bosan.

Memang susah mahu bercakap dengan orang yang sedang asyik cinta. Fikirannya lumpuh dan seluruh dunia dituduhnya bodoh kerana tidak memahami apa yang sedang dialami.

“Cinta itu kurap, makin digaru makin sedap!” rengek seekor buaya di kafe kampus di hadapan kekasih pujaannya.

Cakap mereka jadi tidak tentu hala. Nasihat sesiapa pun semuanya ditepis mudah. Mereka mabuk cinta. Mereka dibius cinta.

CINTA ZULAIKHA JADI IKTIBAR

Allah Subhanahu wa Ta’aala sudah pun mengajar manusia menguruskan cinta. Ia bagai minyak petrol. Gunanya untuk menjana tenaga kerja. Kuasanya hebat. Tetapi cinta itu mudah terbakar. Mudah menyambar apabila tersentuh. Justeru manusia sudah awal-awal lagi diberitahu, berhati-hati dengan cinta.

Tetapi manusia sering lupa.

Mungkin kerana kurang kasih sayang dalam kehidupan, ramai yang tidak menyempat-nyempat mahu bercinta. Dan dengan fikiran yang masih seputik jagung, bersama nafsu yang panas membara, ramai yang dibius cinta.

Soal dibius cinta ini bukanlah soal baru. Ia sudah pernah berlaku, malah sudah pun mempamerkan segala bencana dan keaiban-keaiban yang datang mengiringinya. Dibius cinta, adalah bencana yang menimpa wanita bergelar * Zulaikha.


s0120

Gambar hiasan

Dia mabuk cinta bukan dengan al-Aziz suaminya. Tetapi keberahiannya tumpah kepada anak muda yang dijaganya semenjak kecil. Anak angkatnya sendiri. Bernama Yusuf. Nabi Allah Yusuf ‘alayhi al-Salaam. Keinginannya kepada Yusuf menyebabkan wanita itu sanggup untuk melakukan apa sahaja. Diperangkapnya Yusuf hingga terfitnah anak muda yang suci bersih itu.

“Apa yang engkau tahu pasal cinta?” bentak seorang perempuan mabuk cinta apabila ditegur rakannya.

Mungkin soalan ini jua yang berlegar di benak Zulaikha.

“Apa yang orang ramai tahu tentang perasaanku terhadap Yusuf? Mereka mengata, aku merasa. Aku yang menanggungnya!” begitulah mungkin bayangan kita tentang kata-kata Zulaikha semasa kemahuannya kepada Yusuf menjadi buah mulut orang ramai.

Suaminya sudah memberi nasihat. Al-Aziz memberitahu Yusuf supaya melupakan kejadian baju terkoyak di kamar itu dan buat sang isteri, bertaubatlah kepada Allah…

12_29

“Wahai Yusuf, lupakanlah hal ini. dan engkau (wahai Zulaikha), mintalah ampun bagi dosamu. Sesungguhnya engkau adalah dari orang-orang yang bersalah!” [Yusuf 12: 29]

Bukankah ini nasihat yang sama kita ulang-ulangkan kepada rakan-rakan yang mabuk cinta? Bukan tidak jelas apa yang diberitakan. Bukan tidak berhikmah apa yang dinasihatkan. Namun manusia yang dibius cinta, sudah hilang pertimbangan fikirannya.

Zulaikha lebih nekad.

Dikumpulnya teman-teman yang mengata. Mahu dibuktikan betapa cintanya bukan sebarangan. Kamu yang tidak kena, tidak memahaminya.


ZULAIKHA DIBIUS CINTA

12_30


“Dan (sesudah itu) perempuan-perempuan di bandar (mencaci hal Zulaikha dengan) berkata: isteri Al-Aziz itu memujuk hambanya (Yusuf) berkehendakkan dirinya, Sesungguhnya cintanya (kepada Yusuf) itu sudahlah meresap ke dalam lipatan hatinya; Sesungguhnya Kami melihatnya berada di dalam kesesatan yang nyata!” [Yusuf 12: 30]

Qad syaghafaha hubba!

Itulah ungkapan al-Quran tentang manusia yang dibius cinta. Keinginannya yang membuta tuli itu menyelinap masuk ke seluruh tubuh hingga terangkat segala rasa malu yang selama ini membenteng diri dari perbuatan yang mengundang kerendahan.

Inilah yang sedang dialami oleh teman-teman kita yang ghairah dengan cinta. Janganlah kita berpura-pura hairan dengan kerenah mereka. Hairan dengan ilmu yang penuh di dada, hairan dengan janggut sejemput penghias dagu, atau hairan dengan tudung labuh yang membalut tubuh. Dengan cinta sebegini, tudung tidak bertudung, janggut tidak berjanggut, mereka sudah lumpuh dari alam realiti.

Justeru Allah Subhanahu memberitahu kita, bahawa golongan yang seperti ini:

“…Sesungguhnya Kami melihatnya berada di dalam kesesatan yang nyata!” [Yusuf 12: 30]

Cinta yang bukan sekadar buta.

Cinta yang bukan sekadar membius kewarasan minda.

Tetapi cinta yang akhirnya mengheret manusia ke dalam kesesatan yang nyata.

Kesasatan itu menjadikan Zulaikha gila. Dia mahu membuktikan bahawa dalam cintanya kepada Yusuf, bukan dirinya yang bersalah. Tetapi Yusuf dan rupa parasanya, serta panahan cinta itu yang menggilakannya. Dikumpulkan teman-teman yang mengata itu tadi, untuk mereka pula diuji sihir cinta memandang Yusuf.

12_31

“Maka apabila ia (Zulaikha) mendengar cacian mereka, dia pun menjemput mereka dan menyediakan satu jamuan untuk mereka, serta memberi kepada tiap seorang di antara mereka sebilah pisau. Lalu pada ketika itu berkatalah ia (kepada Yusuf): “keluarlah di hadapan mereka”. Maka ketika mereka melihatnya, mereka tercengang melihat kecantikan parasnya, dan dengan tidak sedar melukakan tangan mereka sambil berkata: “Jauhnya Allah dari kekurangan! Ini bukanlah seorang manusia, ini tidak lain melainkan malaikat yang mulia!” [Yusuf 12: 31]

s0216

Gambar hiasan

Teman-teman yang mengata itu tadi juga terpukau. Bukan sahaja mata mereka tidak dapat lari dari memandang Yusuf, malah biusan cinta itu menyebabkan mereka melukakan tangan tanpa sedar. Benar-benar dibius cinta. Justeru berhasillah perangkap Zulaikha. Bahawa memang selama ini mereka yang mengata itu berkata demikian kerana mereka tidak mengetahui bahana cinta. “Kini tahulah mereka apa yang menyeksa diriku selama ini” demikian hati isteri al-Aziz itu berdetik.

12_32

“(Zulaikha) berkata: “Inilah orangnya yang kamu tempelak aku mengenainya! Sebenarnya aku telah memujuknya berkehendakkan dirinya tetapi ia menolak dan berpegang teguh kepada kesuciannya; Dan demi sesungguhnya kalau ia tidak mahu melakukan apa yang aku suruh tentulah ia akan dipenjarakan, dan akan menjadi dari orang-orang yang hina.” [Yusuf 12: 32]


SULITNYA MENYEDARKAN DIA

Bius itu suatu kelumpuhan. Resapannya merebak ke seluruh tubuh badan. Manusia yang dibius cinta tidak lut dengan cakap-cakap biasa manusia di sekitarnya. Malah debat-debat antara kita dan dia mungkin menambahkan lagi jauhnya diri dia dari kebenaran.

Apa yang perlu adalah sebuah keteguhan.

Bagi mereka yang bersungguh memegang iman, ketahuilah bahawa mujahadahmu mencegah diri dari biusan cinta, harganya boleh sampai ke nilai sebuah PENJARA. Itulah pilihan Yusuf. Tidak tunduk kepada cinta, tidak tunduk kepada paksa, tidak tunduk kepada suasana. Yusuf meminta kepada Allah, andai penjara itu bisa menyelamatkan diri baginda dari dosa dan maksiat biusan cinta, PENJARA itulah mohon dikurniakan sebagai jalan keluarnya.

12_33

“Yusuf berkata: “Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya. Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan tergolonglah aku dari kalangan kaum yang jahil” [Yusuf 12: 33]

Ya… dalam mujahadah kita menjauhkan diri dari cinta dosa yang penuh dusta itu, apakah kita sudah menguatkan hati sekukuh pendirian Yusuf?


NASIHAT BUAT ADIK-ADIKKU

Wahai adik-adik remaja sekalian, sesungguhnya cinta itu BESAR. Jangan diremehkan cinta. Gunanya besar untuk kebaikan. Namun salah gunanya juga besar mengundang bencana kemusnahan. Hari ini, bukan sekadar Zulaikha dan wanita bangsawan itu yang terkena biusan cinta, malah segala yang berada di sekitarmu, merangsang diri untuk tunduk kepada desakan trend semasa ini. Jalan untuk cinta dosa dan zina terbentang luas, berbanding jalan taat yang sulit dan penuh liku.


Justeru penjarakanlah dirimu dengan semangat Yusuf. Peliharalah kesucian dirimu dengan kesungguhanmu berpegang dengan tali Allah. Janganlah sekadar berdolak dalih secebis dua, sudah dikatakan telah berusaha. Sedangkan Yusuf merengkok bertahun di penjara, agar tidak menjadi mangsa BIUSAN CINTA.


Dan bagi mereka yang terus mabuk dibius cinta, tidak mudah bagi kita untuk mencapai mereka. Tidak mudah untuk berkomunikasi dengan mereka. Berusahalah sedaya yang kamu ada, dan berikan masa untuk menjadi sebahagian daripada penawarnya. Zulaikha itu mengambil tempoh yang panjang untuk akhirnya tersedar, bahawa beliau telah lama tersesat di dalam dosa, kerana membiarkan diri dibius cinta. Kebenaran Yusuf akhirnya diperakui, Zulaikha bertaubat kepada Allah… akhir sebuah perjalanan yang panjang, seperti yang terungkap dalam firman-Nya di dalam Surah Yusuf ayat 51.

Berhati-hatilah dalam permainan cinta.

Kalian tidak tahu apa yang menanti di hadapan sana.


# sumber: ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang

* Nama Zulaikha tidak mempunyai sandaran terhadap sumber al-Quran mahu pun Sunnah Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Beliau hanya digelar sebagai isteri al-’Aziz (imra’ah al-’Aziz) Nama itu diguna pakai sekadar untuk memudahkan penceritaan. Harap maklum.

Feb 23, 2009

Just as I finished dialing, I realized I had made a mistake.The phone rang. Someone picked it up.

“You got the wrong number!” a husky male voice snapped andthe line went dead.

Curious, I dialed again.“I said you got the wrong number!” came the voice.

Againthe line went dead.

How could he possibly know I had the wrong number? Being apolicewoman, I was naturally curios and I was also concerned about this person.So I dialed a third time.

“Hey, is that you again?” asked the man.
“Yes it’s me,” I answered. “I want to know how could youknew I had dialed the wrong number before I said anything?”
“You make a guess!” The phone slammed down.

I sat there for a while. Thinking of him. Then, I called the man again. My heart full of so many feeling. Sad, funny and shocked mixed after I had figure it out.

Did you find out?” he asked.
“The only thing I can think of is that
nobody ever calls you,” I said with feeling so pity.
“That’s right!” the phone went dead for the fourth time
Smiling, I dialed the same number again.



“What do you want now?” he yelled at me.
I thought I would call and said hello,” I told him
“Hello? For what and why?”
“Well, if nobody ever calls you, I thought maybe I should.”
There was pause for a while.

“Okay, hello. Who is this?” then the friendly voice camefrom the other side.
So I introduce myself and asked about him.


His name was Carl Duke Adam and he was 88-year –old.He had neither family nor friends. Everyone he had been close to had died. We talked for ten minute and I discovered we had something in common. Adam had worked in the New York City Police Department, where I am attached to, for forty years. He was an inspector. I found him to be an interesting and friendly person. I asked him if I could call him again. He was surprised.

“Why would you want to do that?” he asked
“We can be phone-friends, erm…just like pen-pals,”
“Ha..ha..ha..,” he just laughed when I suggested that. But he agreed with me.


I calledAdam the following afternoon and several days after that. He was really interesting to talk to. He related his memories of the world wars and other historical event. He had a good memory. I gave him my phone number and he called me almosteveryday. Taking with him became important to me. It filled a big gap in mylife as I had ever experienced such a relationship. I grew up in orphanages and foster homes and had never experienced a relationship with a father figure.

Adam and I shared that relationship now. I talked to him about various things like my job and night classes and other problems I had. He was my counselor when I discussedmy problems with him. Once I told him of a disagreement I had with mys upervisor, I want to talk it out, but Adam advised me not to.
“What the rush? Let things cool down. Time will take care of things. Only if things got worse, you should talk to him’” he advised concernas a true father.
One evening, Adam mentioned that his 89th birthday was coming.
“This Saturday is my 89th birthday. I would liketo say thanks for your kindness to be my friend,”

So I decided to meet him on his birthday. I designed a two by-five-foot greeting card and asked all the cops in my office to sing it. There were nearly a hundred signatures,including that of the police commissioner. It had been four month since Adam and I began our ‘phone’ relationship and I wanted to meet him face-to-face.

I decided that it would be appropriate time to visit him on his birthday and deliver thecard personally. I did not tell Adam that I was coming. I just drove to his place one morning in his birthday’s day and parked my car opposite his apartment. I checked the mailboxes for Adam’s name. He was in apartment 1H. Therewas a postman sorting the mail in the hall way when I went to apartment 1H. I knocked the door but there was no answer. So I knocked it harder. The postman looked up and said,
“There’s no one there.”
I stopped knocking looked at him questioningly.
“Are you a relative?” the postman asked.
“Uh..kind of..”
“I am sorry,” he said quietly. “ but
Mr. Carl Duke Adam die the day before yesterday.
I stoodthere in shock and disbelief. I thanked the postman and walked towards the car,misty-eyed. For the first time I sensed how closed Adam and I become. I missed hearing his voice so much. I picked the unopened birthday cards on the back seat of my car and start the engine.
“Uncle,” I whispered, “I did not get the wrong number atall. I got you! You will always in my heart! I really miss you.”

hasil karya nor sofia diana mohd azmi

Feb 22, 2009

Doa Untuk Sahabat KU...

Doa untuk kekasih?? Semoga kekasih pertama di hati kita ialah Muhammad Bin Abdullah


Salam kawan2 semua...

Bersangkut-paut juga dengan entry yg sebelumnya...
Terasa pula diri ni nak meletakkan satu DOA untuk sahabat2 yang telah lama berjuang dalam kehidupan... matang dgn kehidupan yang penuh dugaan ini...


Yang mungkin masih kabur pandangan, tidak nampak jalan yang jauh di hadapan , perlukan panduan dan pedoman, agar tenang dan tepat dalam pemilihan, semoga perlindungan dan rahmat Allah sentiasa di dalam kehidupan, biarlah hati terus berbicara dengan Tuhan... tentang jodoh dan pertemuan.... ^_^ InsyaAllah....

Wahai Maha Pengasih,
Jika Sahabatku jatuh cinta,

Benihkanlah cintanya,
Pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMU,

Agar bertambah kekuatannya,
Untuk mencintaiMU Ya Allah...


Wahai Maha Penyayang,
Jika Sahabatku jatuh hati,

Izinkanlah dia menyentuh,
hati orang yang hatinya bertaut padaMU,
Agar Sahabatku tidak jatuh,
Ke jurang cinta murah...


Wahai Maha Penjaga,
Jika Sahabatku rindu,
Jagalah rindunya pada dia,
Agar dia tidak lalai,
Dari merindui SyurgaMU...


Ameen, Ya Rabbal A'lamin....InsyaAllah...



Suburkanlah hati2 ini dengan sinar hidayahMU Ya Allah... Semoga kami terus tsabat di JalanMU ini...

BaiTuL MuSLiM...







Assalamualaikum Warahmatullah...

Kali ni, blog IPIP akan membawa kite sume, utk sama2 menghayati, dan mendalami bab yg paling menarik dalam buku syariah, iaitu, bab munakahat...hehe...

Bkn ape, sume org dah tau, tp just nk remindkan, kot2 lupa...

Haa...first thing first..


Takrif Nikah:

#Dari segi bahasa adalah : Ikatan atau simpulan.

#Dari segi istilah Syarak plak : Suatu Ikatan atau akad yg menghalalkan pergaulan
dan membatas hak dan kewajipan serta bertolong-tolong di antara seorang lelaki
ngan seorang perempuan yg di antara keduanya bukan mahram.


Perkahwinan merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. dan digalakkan di
dalam Islam serta dituntut oleh Hukum Syarak, sebagaimana sabda Rasulullah
s.a.w. yang bermaksud :

" Nikah itu adalah sunnahku, maka sesiapa yang benci sunnahku maka sesungguhnya ia
bukan dari golonganku "

( Riwayat Ibnu Majah )


Byk sgt dalil yang menunjukkan bahawa Islam menuntut umatnya utk berkahwin..antara dalil yg ade dalam Al-Quran adalah:

"Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan lain dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil( di antara isteri-isteri kamu) maka berkahwinlah dengan seorang sahaja".

( Surah An - Nisaa' - Ayat 3 ) hehehehe.....





(dah ready??)


Nabi jgk, xlupa menyebut ttg perkahwinan nih..dalil dari Sunnah plak seperti berikut:

"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa yang mampu di antara kamu (mempunyai belanja serta keinginan) hendak berkahwin, hendaklah ia kahwin, kerana sesungguhnya perkahwinan itu akan memejamkan matanya (terhadap orang yang tidak halal dilihatnya) dan terkawal kehormatannya dan sesiapa yang tidak mampu berkahwin hendaklah ia berpuasa, bahawa puasa itu menjadi benteng"

( Riwayat Muslim )

Bila Al-Quran dah sebut, nabi pun dah sentuh, ulamak pun berijmak:

Ape yg ulamak2 bersepakat??

Semua ulama bersepakat mengatakan bahawa hukum perkahwinan
itu adalah dituntut oleh Hukum Syarak.

Kawan2, hukum berkahwin itu ada lima semuanya :

a. Wajib - Orang yang cukup belanja dan tidak dapat menahan nafsunya.
b. Sunat - Orang yang cukup belanja dan ingin berkahwin.
c. Makruh - Orang yang cukup belanja tetapi tiada keinginan berkahwin.
d. Haram - Orang yang yakin tidak dapat melaksanakan tanggungjawab.
e. Harus - Orang yang seimbang emosi, kawin xpe, xkawin pun xpe

Ok, kite dah pun tau ttg hukum2 perkahwinan mengikut situasi n keadaan individu tersebut.

Skang, kite tgk plak, ape rukun2 nikah..sekadar tau hukum je, xleh jgk..

Haaa...rukun-rukun nikah adalah:

· Lelaki yang bakal menjadi suami.
· Perempuan yang bakal menjadi isteri.
· Wali yang adil
· Dua orang saksi yang adil
· Ijab dan Qabul (Tawaran dan Penerimaan)

Okies..dah hafalkan??

skang, bg muslimin plak, ni dia syarat-syarat menjadi bakal suami :

a. Beragama Islam
b. Tidak berihram haji atau umrah
c. Lelaki tertentu
d. Belum mempunyai empat isteri
e. Dengan kerelaan diri sendiri bukan paksaan
f. Seorang lelaki (bukan khunsa musykil)

Muslimat jgk xterlepas..ni syarat-syarat utk antunna sekalian:

a. Beragama Islam.
b. Perempuan yang tertentu.
c. Bukan Mahram kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya
d. Bukan isteri orang dan tidak di dalam eddah orang lain.
e. Tidak berihram haji atau umrah.



(masjid utp)



Ok, nk sentuh jgk ttg syarat2 menjadi wali..walaupun xpenting bg kite, kite bkn nk jd wali pun, tp elok la kalu kite tahu..nnti kot2 tok kadi tanye, kantoi plak xtau..adeh..ni syarat-syarat menjadi wali :

a. Beragama Islam.
b. Seorang lelaki.
c. Baligh.
d. Dengan kerelaan sendiri bukan paksaan.
e. Tidak berihram haji atau umrah.
f. Orang yang adil ( tidak fasiq ).
g. Seorang yang sempurna akalnya.

waaahhh..byk jgk, kalah syarat2 jd pengantin..hehe..

Incase klu anda nk bina masjid, anda jgk perlu mempunyai saksi..so, klu nk jd saksi, syarat2 di bawah ni mesti dipenuhi..

a. Bilangannya tidak kurang daripada dua orang.
b. Beragama Islam.
c. Berakal
d. Baligh
e. Lelaki.
f. Sejahtera pancaindera (boleh melihat, mendengar, bertutur).
g. Memahami isi-isi kandungan lafaz ijab dan qabul.
h. Orang yang adil (tidak fasiq)


klu dah nmpak cm kawan2 anda nk bina masjid, anda leh la get ready dari skang..offer diri jadi saksi..huhu..


Ok2, last kali, bila sume benda dah settle, dah ready, tiba la plak mase utk ijab kabul..ijab kabul ni pun ade syarat2nya jgk..

a. Sighah ijab mestilah digunakan lafaz nikah atau ngan terjemahan drpd dua lafaz
itu dalam apa jua bahasa.
b. Lafaz ijab boleh dibuat oleh wali itu sendiri atau wakilnya.

please take note ye kawan2, dalam kedua2 syarat ni, xde pun dinyatakan kena satu nafas ke, or ada lafaz2 yg tertentu sebagaimane yg kadi tetapkan ke dan sebagainya..ape2 je pun lafaz, yg membawa makna yg sama, jalan jer...huhu..

erm...ok la kot..kang panjang2, jd kursus kawin plak..hehe..

k, sekian..

wassalam..


~Berkahwinlah kamu dan beranak pinaklah kamu dengan banyaknya,sesungguhnya aku akan berbangga dengan kamu berbanding umat-umat lain pada Hari Akhirat nanti”~

(riwayat Abu Daud dan Al-Hakim)



Pendaftaran SPring camp in Bialystok.


Assalamualaikum w.b.t,

Perhatian kepada semua komuniti muslim di Poland!! berkaitan dgn program daurah musim bunga kita(cewah) yg iAllah akan diadakan pada 11-13 april ni di Bialystok, pendaftaran telah dibuka!!!! so, kepada sesiapa yg interested untuk menambahkan pengetahuan plus mengeratkan ukhuwah (Semua pun sure interested kan?? ^-^) so plz take note perkara2 di bawah:

  1. Kepada ahli2 ipip, anda boleh beri nama kpd ketua usrah masing2 mulai sekarang sampai 15 mac ini!!
  2. Those yg bukan ahli ipip tapi interested(Muslim) boleh beri nama kpd kpd Hamdan(utk lelaki) dan Kak yana (utk perempuan) tapi tempat adalah limited!!
  3. Bayaran only untuk tiket train 75zl (harga tak confirm sbb kna dptkn jumlah peserta dulu) and again bayar sekali kat ketua usrah masing2..
  4. Berkenaan makanan dan tempat tinggal iAllah tak perlu bayar which is free!!! hihi
  5. Ketua2 usrah anda bolehlah serahkan nama2 ahli yg interested kpd saya(sesapa yg tak kenal saya ialah izzatul liyana^-^) selewat dan habis2 lewat 17 mac but kalau dah cukup semuanya bolehla terus serahkan kpd saya lagi cepat lagi bagus kan..hihi
Ok, rasa2nya semua pun dah jelas, sebarang pertanyaan blehlah diutarakan(cewah)..^-^
Semoga semua pun intersted nak join dan iAllah kita semua dapat luaskan pengetahuan dan memahami islam...^-^




Feb 21, 2009

AL QURAN AKAN HILANG DAN ILMU AKAN DIANGKAT..



Sabda Nabi:

Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda;

"Islam akan luntur (lusuh) seperti lusuhnya corak (warna-warni) pakaian (bila ia telah lama dipakai), sehingga (sampai suatu masa nanti) orang sudah tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan puasa, dan apa yang dimaksudkan dengan sembahyang dan apa yang dimaksudkan dengan nusuk (ibadat) dan apa yang dimaksudkan dengan sedekah.Dan al-Quran akan dihilangkan kesemuanya pada suatu malam sahaja, maka (pada esok harinya) tidak tinggal dipermukaan bumi daripadanya walau pun hanya satu ayat.

Maka yang tinggal hanya beberapa kelompok daripada manusia, diantaranya orang-orang tua, laki-laki dan perempuan. Mereka hanya mampu berkata, "Kami sempat menemui nenek moyang kami memperkatakan kalimat "La ilaha illallah", lalu kami pun mengatakannya juga".

Maka berkata Shilah (perawi hadis daripada Huzaifah), "Apa yang dapat dibuat oleh La ilaha illallah (apa gunanya La ilaha illallah) terhadap mereka, sedangkan mereka sudah tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan sembahyang, puasa, nusuk, dan sedekah"?

Maka Huzaifah memalingkan muka daripadanya (Shilah yang bertanya). Kemudian Shilah mengulangi pertanyaan itu tiga kali. Maka Huzaifah memalingkan mukanya pada setiap kali pertanyaan Shilah itu.

Kemudian Shilah bertanya lagi sehingga akhirnya Huzaifah menjawab, "Kalimat itu dapat menyelamatkan mereka daripada api neraka" (Huzaifah memperkatakan jawapan itu tiga kali).

~Hadis Riwayat Ibnu Majah~


Nauzubillah!!!

Bayangkan kawan-kawan satu hari nanti Islam adalah hanyalah sekadar nama. Anak cucu kite hanya mengenal Islam dengan kalimah la ilahaillallah. Walau bagaimanapun Allah swt. dengan belas kasihan dan rahmatNYA masih lagi menghargai keimanan mereka yang sedikit itu dan akan memasukkan mereka ke dalam syurga.

Kenapa Allah sangat pemurah untuk kurniakan mereka syurga walaupun mereka langsung tak tahu ape itu Islam?Sebab mereka adalah golongan yang tak mengetahui.

Tapi,ape pulak balasan Allah kat kite semua yang tak menjalankan tanggungjawab kite utk memberitahu mereka tentang Islam? nauzubillah..sama-sama kite fikir.


Peringatan iklas dari Warga Filtrowa....