May 28, 2009

Beramal Dengan surah Al-kahfi

Hadith :
Daripada al-Barra r.a katanya : “ Di kala seorang lelaki membaca surah al-Kahfi tiba-tiba ia melihat binatang peliharaannya berlari dan ia melihat bagaikan sekumpulan mega atau awan lalu ia datang menemui Rasulullah SAW dan menyebutkan mengenainya kepada Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW bersabda : “ Itu adalah as-Sakinah (ketenangan) yang turun bersama al-Quran atau turun di atas al-Quran.”
(al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi)


Huraian :
~Dalam surat al-Kahfi, diceritakan tentang kisah Ashaabul Kahfi, (pemuda-pemuda beriman), kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir a.s serta kisah DZulkarnain dan Ya'juj dan Ma'juj. Dalam beberapa hadith, Rasulullah SAW menggalakkan kita agar membaca dan menghafal surah ini kerana dengan membacanya dapat menghindarkan diri dari fitnah (musibah). Di dalam surah al-Kahfi ini terkandung isyarat penting mengenai Hari Akhirat, seperti mana yang dipelajari daripada kisah-kisah yang dipaparkan iaitu pengalaman Ashabul Kahfi yang tinggal dalam sebuah masyarakat yang kufur kepada Allah SWT, Nabi Musa a.s yang banyak belajar daripada Khidr dan tentang sebuah pemerintahan dalam kisah Dzulkarnain yang kesimpulannya dapat memberikan kita pengertian tentang nilai-nilai keimanan yang sebenar. Semua ini perlu direnungkan oleh seluruh umat Islam kerana apabila surat ini dibaca secara keseluruhannya akan tergambar kepada kita tentang perkaitannya dengan realiti semasa yang melalui yang tahap-tahap yang berbeza iaitu permulaan, perkembangan, dan berakhirnya dunia ini dengan kedatangan nabi Isa a.s sebelum kemunculan Hari kiamat~





Infakkanlah hartamu dijalan Allah

Hadith :

Dari Tsauban r.a, katanya, Rasulullah SAW bersabda:

”Sebaik-baik dinar (wang atau harta) yang dinafkahkan oleh seseorang ialah yang dinafkahkannya untuk keluarganya, untuk ternakan yang dipeliharanya, untuk kepentingan membela agama Allah (fi sabilillah) dan nafkah untuk para sahabatnya yang berperang fi sabilillah.

(Muslim)

Huraian
Firman Allah yang maksudnya:

”Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan ingatlah! Allah akan melipatgandakan pahala (ganjaran) bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya lagi meliputi ilmu pengetahun-Nya.”(al-Baqarah: 261)

Sememangnya harta merupakan sesuatu yang sangat diperlukan oleh manusia. Manusia memerlukan harta untuk menanggung keperluan hidupnya, bahkan ibadat-ibadat seperti haji dan zakat perlu dilakukan dengan menggunakan harta. Sedekah juga memerlukan harta. Membuat kebajikan seperti mendirikan masjid, hospital, sekolah dan lain-lain juga memerlukan harta. Oleh kerana besarnya peranan harta kepada kehidupan manusia, maka kebanyakan daripada aktiviti manusia berkisar pada soal harta atau ekonomi.Orang yang benar-benar beriman kepada Allah SWT tidak harus bersikap tamak dalam mengumpulkan harta tetapi hendaklah membelanjakannya ke jalan Allah dan yakin dengan janji Allah tentang rezekinya. Sejarah banyak menceritakan tentang sikap orang-orang beriman terhadap harta. Saidina Abu Bakar as-Siddiq r.a contohnya, menyumbangkan kesemua hartanya untuk jihad fi-sabilillah, tidak ada satu dirham pun disimpannya. Apabila Rasulullah s.a.w bertanyakan kepadanya mengapakah tidak ditinggalkan sedikit untuk menguruskan keperluannya, beliau menjawab, “Cukuplah Allah dan Rasulullah bagiku.” Abdul Rahman bin Auf yang terkenal dengan kekayaannya, mencari harta bukan untuk kepentingan dirinya tetapi untuk kegunaan menyebarkan agama Allah SWT. Salman al-Farisi ketika memegang jawatan amir, dia tidak mengambil gajinya, sebaliknya beliau menganyam daun kurma untuk dijadikan bakul dan tikar. Hasil anyamannya dijual dan apa yang diperolehinya dibahagikan kepada tiga bahagian. Satu bahagian sebagai modal pusingan, satu bahagian sebagai belanja ahli rumahnya dan satu bahagian lagi disedekahkan kepada golongan miskin. Oleh itu sesiapa yang menguruskan harta perlulah menjalankan amanah Allah SWT dan menafkahkannya atas dasar kehambaan kepada-Nya dengan sebaik mungkin.

May 25, 2009

Penderitaan Khabbab Bin Al-Aratt ra & "ExamS"

Khabbab ra. ialah antara jiwa-jiwa yang diberkati yang telah menawarkan diri mereka sendiri untuk diuji dan menanggung kesusahan yang paling dahsyat di jalan Allah swt. Beliau telah memeluk Islam pada permulaan lagi iaitu selepas lima atau enam orang memeluk agama Islam. Oleh sebab itu, beliau menanggung kesusahan untuk tempoh yang agak lama. Beliau dipakaikan dengan baju besi lalu dibiarkan di tengah panas yang menyebabkan peluh mengalir dengan banyaknya kerana kepanasan. Pada kebanyakan masa beliau dibaringkan di atas panas tanpa lapik yang telah menyebabkan daging pada belakang badannya terbakar lalu tertanggal.

Beliau ialah hamba kepada seorang wanita. Apabila wanita itu mendapat berita bahawa beliau selalu berjumpa Nabi saw. sebagai balasannya wanita itu telah memanaskan sebatang besi lalu menyelar besi itu pada kepala Khabbab ra.

Setelah beberapa lama berlalu, iaitu semasa zaman pemerintahan ‘Umar ra. beliau telah ditanya oleh ‘Umar ra. secara terperinci tentang segala penderitaan yang telah dialaminya. Beliau berkata, “Lihatlah belakang saya.” Setelah melihat belakang beliau, ‘Umar ra. berkata, “ Saya tidak pernah melihat belakang yang sebegini.

Kemudian Khabbab ra. berkata, “Saya telah diletakkan di atas bara api lalu diheret. Lemak dan darah dari belakang saya memadamkan bara api tersebut.

Walaupun telah menghadapi segala penderitaan tersebut beliau masih tetap menangis apabila Islam telah maju dan pintu kemengangan telah terbuka. Beliau berkata, “Saya berlindung dengan Allah swt. Daripada Dia mengganjarkan segala penderitaan kita yang lalu di dunia ini lagi.


Khabbab ra. telah meninggal dunia pada tahun 37 Hijrah. Beliau ialah sahabat yang pertama dikebumikan di Kufah. Setelah beliau meninggal dunia, ‘Ali ra. telah lalu di sisi kuburnya sambil berkata, “Semoga Allah swt. Mencurahkan kerahimanNya ke atas Khabbab ra. Beliau telah memeluk Islam dengan kerelaan sendiri, telah berhijrah dengan rela hati dan telah menghabiskan usianya dalam jihad. Beliau juga telah menanggung segala penderitaan dengan tabah. Semoga Allah swt. memberkati orang yang sentiasa mengingati hari kiamat, bersedia untuk menghadapi penghisaban, berpada dengan harta sekadar keperluan hidup dan telah menggembirakan Tuhannya.


(Asadul-Ghabah)
sumber: Kitab Kisah-Kisah Para Sahabat, bab: Tabah Terhadap Kesusahan Untuk Agama



"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat." (Surah Al-Baqarah,2:214)


Sahabat2, cuba bayangkan seksaan dan azab yang dihadapi oleh Khabbab ra dalam mempertahankan imannya... Seksaan-seksaan sebegini mungkin tidak dapat kita gambarkan dlm kotak fikiran kita, namun dek kerana inilah yang telah melahirkan generasi 3% sahabat2 yang "core" IMAN nya kepada Allah SWT yang akhirnya sampainya PENCERAHAN ISLAM kepada kita pada hari ini...

Bagaimanakah pula kita pada hari ini???

Adakah dengan ujian Nya yang begitu kecil, sudah luluh rase hati, hendak teruskan perjuangan. Su
dah hilang selera makan, sudah menyampah hendak fikirkan usrah dan dakwah... Ujian2 yang selalu kita hadapi di sini spt "Fail Exam", xcukup duit, xcukup lauk makanan, dan ape2 lagi yg kita rs kurang, semua ini usahlah dibandingkan dengan "Exam Mereka dr Allah".... Sabarlah.... Sesungguhnya, dugaan2 ini juga adalah "Exam" yg disediakan kepada kita dalam proses meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Nya...

Renungilah selalu firman Allah untuk hambaNya.... supaya kita menjadi hamba yang mengerti tugasnya...



"Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." (Surah Al-Baqarah, 2:153)






(Semoga diberi ketenangan dan kekuatan kepada semua yang menghadapi exam Final, Ingat Allah sentiasa bersama orang2 yang Sabar) (^_^)

May 20, 2009

Segalanya dari Allah

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

قُل لَّوۡ شَآءَ ٱللَّهُ مَا تَلَوۡتُهُ ۥ عَلَيۡڪُمۡ وَلَآ أَدۡرَٮٰكُم بِهِۦ‌ۖ فَقَدۡ لَبِثۡتُ فِيڪُمۡ عُمُرً۬ا مِّن قَبۡلِهِۦۤ‌ۚ أَفَلَا تَعۡقِلُونَ

Katakanlah: "Jikalau Allah menghendaki, niscaya aku tidak membacakannya kepadamu dan Allah tidak [pula] memberitahukannya kepadamu". Sesungguhnya aku telah tinggal bersamamu beberapa lama sebelumnya. Maka apakah kamu tidak memikirkannya?
(surah yunus,10;16)

alhamdulillah,ayat ni sangat manarik perhatian saya tatkala saya mambaca tafsirannya.ayat ini menerangkan bahawa sesungguhnya Allah lah yang berkuasa ke atas segala sesuatu.ayat ini dapat menyangkal kepercayaan2 ramai orang mengenai usaha2 yang mereka lakukan ke atas sesuatu.mereka menyangka merekalah yang bertanggungjawab keatas perkara yang mereka lakukan,tapi ternyata mereka silap,kerana segalanya adalah dari Allah,dan ianya terbukti dalam ayat ini.oklah,saya bagi satu contoh paling mudah,selalu tak kita dengar orang ckap,

"haaa,sebab dia ajar aku la aku dapat paham mende nih"

ataupun,

"sebab aku ajar ko la,ko leh paham nih,ko kne time kasih kat aku tu nih..dah jom blanje aku makan"

lebih kurang camni la..selalu kan kite dengar..paham kan main point dia kat sini?kiranya dia nak cakap bahawa orang yang ajar dia tulah yang menyebabkan dia paham sesuatu perkara tu...haaa,kat sini lah kesilapan tanggapan tu berlaku..

bukan kita yang berkuasa atas benda2 nih..bukan kita yang boleh menyebabkan kawan kita paham apa yang kita sampaikan kat dia..semua tu adalah datang dari Allah..kalau Allah nak kita sampaikan kat orang tu,kita akan sampaikan kat orang tu,tapi yang menyebabkan orang tu paham apa yang kita sampaikan adalah tugas Allah.bukan kita!kita cuma sampaikan je...kalau Allah nak kawan kita paham apa yang kita sampaikan,dia akan paham,tapi kalau Allah xnak dia paham,so dia xkan paham,macam mana puas kita cuba tuk dia paham..

perkara ni pon slalu je jadi kat saya sendiri sebelum nih..kalau saya x paham apa yang cikgu ajar kat kls,saya akan tanya kawan saya,de satu kali tu,punyala ssh saya nak paham satu konsep physics ni,sampai kawan saya terpaksa ceritakan kat saya berkali2..amik masa dia gak la nk terangkan kat saya..pastu last2 saya paham,punya lah saya hepi tak terkata! (yela,kalau kita x paham sesuatu,mesti la kite bengang n nak cuba sampai kita paham kan) saya pun berterima kasih banyak2 kat dia,saya cakapla,kalau la takde dia,sure nye la saya tak dapat paham2..ha,pastu siap saya belanje aiskrim lagi..ahaha

nampak x,kat sini saya dah salah konsep?nampak kan?sebenarnya Allah lah yang memberi kefahaman tu kat saya,bukan kawan saya tu,kawan saya tu cuma perantara je yang Allah tetapkan untuk kasi saya paham konsep tu je..kalau Allah xnak kawan saya tu yang sampaikan kat saya,boleh jadi orang lain yang akan jadi,Mr Zaini ke(cikgu fizik saya),kawan saya yang lain ke,atau saya baca sendiri..

tapi bukanlah saya nak cakap kat sini,yang kita tak boleh nak berterima kasih kat kawan kita tu..nanti tak pasal2 dia ckap kita tak kenang budi la pulak..satu kes la pulak..ehehe..islam sendiri mengajar kita supaya berbuat baik dengan kawan kita..sepatutnya,pertama sekali kita kena cakap alhamdulillah..(syukur kepada Allah sebab Allah dah izinkan untuk kita dapat kefahaman tu)..lepas tu baru kita cakap terima kasih kat kawan kita tu..

jadi apa2 pun,kalau kita nak cuba sampaikan sesuatu kepada kawan kita atau orang sekeliling kita,pertama sekali yang kita kena buat adalah berdoa kat Allah,supaya Allah lembutkan hati orang tu,permudahkan dia untuk paham apa yang kita cuba sampaikan..sebab Allah lah yang memegang hati semua orang..(8;24)

so,sekarang ni,kita kena kukuhkan lagi kepercayaan kita bahawa SEGALA KEFAHAMAN ITU DATANG DARI ALLAH.

May 16, 2009

MuNGKiN Dia TeRLuPa..



Mungkin dia terlupa,
Bila dia berkata,
Ada hati yang mungkin terluka,

Mungkin dia terlupa,
Bila dia kecewa,
Ada hati yang turut merana,

Mungkin dia terlupa,
Bila dia terleka,
Ada insan datang bawakan berita,

Mungkin dia terlupa,
Bila dia perintah ke sini ke sana,
Ada orang rasa terhina,

Mungkin dia terlupa,
Bila dia berduka,
Ada teman hadir hiburkan jiwa,

Mungkin dia terlupa,
Bila dia dicaci dicela,
Ade kawan datang membela,

Mungkin dia terlupa,
Bila dia berkata, "alah, aku hanya berjenaka"
Ada hati yang bisa terasa,

Mungkin dia terlupa,
Bila dia tidak berharta,
Ada jiwa yang bisa taburkan segala,

Mungkin dia terlupa,
Bila dia tidak terdaya,
Ada tangan muncul berikan upaya,

Mungkin dia terlupa,
Akan tiba masanya, ku akan pergi jua..


Wassalam...




May 15, 2009

SaPe LaGi BaGuS?? AwaK Ke SaYa??

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Di saat2 genting dan mencemaskan ini…(dah nk exam nih..)..saya nk minta izin utk mencuri sedikit mase kawan2..utk sama2 kite discus, utk sama2 kite fahami ape yg dimaksudkan dengan “takabbur”


Ok, first of all, sebagai muqaddimah, mari sama2 kite tgk ayat ALLAH kat bawah nih..


“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya ALLAH tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.”


(Luqman: 18)


Before kite pergi jauh2, meh kite define skit maksud takabbur…


Sepertimana kite semua sedia maklum, takabbur membawa maksud membesar2kan diri, ataupun meninggi2kan diri..tak kisah dari aspek ape sekali pun…pointnya simple, kite rase superior dari org lain…


Sedar tak kawan2, dalam kehidupan kite sehari2, kite amalkan jgk sikap takabbur nih..perasan x??


Kadang2, kite rase kite lagi bagus dari org sbb setiap kali kite exam, kite dpt cemerlang.


Kadang2, sbb kite ade byk duit, kite rase yang miskin tu lagi hina dari kite....xmampu beli ape yg kite ade..


Kadang2, bila kite bg usrah sana, bg usrah sini, kite rase hebat, sbb bila kite ckp, semua org dengar..


Yang kurang pandai, yang kite xpandang…


Yang cacat, kite buat tak nampak..


Betol kan kawan2???


Ini reality…


Teringat pulak kisah iblis..bagaimana iblis ni ngn sikap takabburnyer..


Jom kite refer 7:12…erm…38:76 pun blh jgk..


“Iblis berkata, aku lebih baik darinya, kerana engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia engkau ciptakan dari tanah”


(Shaad:76)

Kawan2,


Iblis ni, bukannyer dia tak sembah kat ALLAH, dia sembah, cuma dia tak nk sujud kat Adam jer..sbb dia rase dia lg hebat dari Adam..


Kalau nk diceritakan, bekas2 sujud iblis, memenuhi lapisan2 langit..(bayangkan brape lama iblis perlu sujud utk hasilkan bekas, setakat sujud 2min, xberbekas kot..).


So, nak tanye skit,


kalau kite still amalkan sikap takabbur ni, ape beza kite ngn iblis??


Kite sembah ALLAH, solat, zikir, bace quran, dakwah, dan sebagainya, tp dlm mase yg sama, dgn manusia, kite rase kite lg hebat..kite rase bange diri dengan manusia…


Sama je kan kawan2, kite ngn iblis…kan2??? (nazubillah…)


Dia pun sembah ALLAH, cuma dia takabbur ngn Adam je yg juga merupakan ciptaan ALLAH….


Sabda nabi:


“Tidak masuk syurga org yang dalam hatinya, ade seberat zarah sifat takabbur.”


(Riwayat Muslim)


Erm kawan2…terukkan sifat takabbur ni, even sebesar zarah pun, leh jauhkan kite dari syurga ALLAH…


Sabda nabi dalam satu hadis Qudsi:


“Takabbur itu selendangKu dan kebesaran itu sarungKu. Maka barangsiapa berebut salah satunya dengan Aku, maka nescaya Aku lemparkan dia ke dalam Jahannam.”


(Ibnu Majah)


Hujjatul Islam Imam al-Ghazali di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin telah membahagikan takabbur kepada tiga bahagian:

1)Kesombongan terhadap ALLAH, iaitu tidak tunduk kepada perintah-Nya, itulah kemusyrikan yang sempurna.

2)Kesombongan kepada para utusan, iaitu tidak tunduk kepada orang seperti mereka, itu juga kemusyrikan yang sempurna.

3)Kesombongan kepada orang lain agar mereka tunduk dan menghormatinya. Ini juga menentang kebesaran Allah, sebab tidak seorang pun selain Allah yang layak ditaati.


Ok, hope kite clear ngn pembahagian takabbur ni..jgn takabbur ngn ALLAH, ngn takabbur ngn utusanNYA, dan jgn takabbur sesame manusia..


Utk elakkan takabbur, kite mesti la kena tau faktor2 penyebabnyer kan?? Kalau tak, cmne nk elak..

K, kat bawah ni, telah disenaraikan beberape faktor yg leh menyebabkan kite jadi takabbur..

1. Ilmu

Kadang2, sbb ilmu kite lebih dari org, kite tau byk benda, kite hafal itu dan ini, kite rase kite hebat dari org..

Oleh kerana itu, ALLAH S.W.T. telah mengingatkan para nabi-Nya awal2, utk sentiasa merendahkan diri dengan firman:

Dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutimu, iaitu orang-orang yang beriman.”

(Surah al-Syu‘ara: 215).

Nabi pernah memberi ancaman kpd org2 yg berilmu, dgn sabda baginda:

Bahawasanya yang terlebih sangat diseksa pada hari kiamat itu adalah orang alim yang tiada memberi manfaat akan dia ilmunya ” (yakni tiada mengamalkan dengan ilmunya).

(Hadith riwayat Thabrani dan Baihaqi).

Maka sepatutnya org yang berilmu adalah orang yang paaaaling bersungguh-sungguh menjauhi sikap takabbur.

2. Amal Ibadat


Ada di kalangan kite yg rase bangge ngn ibadat yg dilakukan..lagi byk ibadat, lg hebat kite rase..kadang2, ade yg rase, ibadat yg dia buat, dpt menjamin tmpat dia di syurga ALLAH..tp mungkin dia lupa, syurga ALLAH tu, lebih kepada rahmat n kasih sygNYA, bkn semata2 ibadat..

Cuba kite lihat, ade sahabat yg bila peluk je Islam, dpt seruan berjihad, terus pergi n syahid..

Tp, ALLAH tetap janjikan syurga!! padahal sahabat tu, solat pun xpernah, puasa isnin khamis pun tidak, tahajud pun xsempat..haji lagi la..mgkin xdisyariatkan pun lg time tuh…

Ini tidak bermaksud bahawa kita xyah buat amal ibadat atau tidak bersungguh-sungguh melakukannya. Tetapi hendaklah kita mengelakkan diri daripada terpedaya dengan amal ibadat kita sendiri.

Cukuplah sekiranya kita dapat mengambil iktibar daripada sabda Nabi Muhammad s.a.w.:

Tiada masuk syurga orang yang ada pada hatinya setimbang semut kecil daripada biji sawi daripada takabbur.”

(Hadith riwayat Muslim).

3. Nasab Keturunan

Ada sesetengah antara kite bersifat takabbur disebabkan oleh nasab keturunannya. Dia berase sgt megah dengan kemulian keturunannya yg maybe hartawan, bangsawan, famili hebat2 dan memandang rendah orang lain yang tidak mempunyai nasab keturunan mcm dia.

Dari Abu Dhar r.a. katanya:

“Pada suatu hari aku bercakap-cakap dengan seorang, kataku: “Wahai anak si hitam.” Rasulullah s.a.w. segera menegur, sabdanya: “Wahai Abu Dhar! Tidak ada kelebihannya bagi anak si putih ke atas anak si hitam.”

Mendengar teguran itu, Abu Dhar pun segera membaringkan badannya seraya berkata kepada orang yang dikatakan anak si hitam, “Bangunlah dan pijak mukaku ini.”

(Hadis riwayat Ibn Mubarak dan Ahmad).


4. Paras Rupa Dan Kehebatan Fizikal


KaKaK HuMaIRa SyaHiRa..

Erm..xlupa, ade jgk di kalangan kite yg takabbur dan menyombongkan diri sbb kecantikan dan kehebatan rupa parasnya. Maka timbullah di dalam dirinya rasa bangge dengan keindahan dan kecomelan rupa parasnya.


Tp dia mgkin lupa sabda Rasulullah s.a.w.:


Sesungguhnya ALLAH tidak memandang kepada bentuk dan rupa kalian, akan tetapi Allah memandang kepada hati sanubari kalian.”

(Hadis riwayat Muslim).


Ape yg ade di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi ALLAH adalah kekal

(An-Nahl:96)

Handsome ngn comel tu, xkekal lama mane bro,….ke cane??


5. Harta Kekayaan



Haaaaa…ni penting nih…. ade manusia yg memandang rendah kepada golongan fakir miskin.

Dia rase, dia kaya, dia hebat dari yang miskin..Bukan ape, kadang2, kite lupa, yg nikmat ni sume, dtgnya dari ALLAH, dan DIA berhak nk amik balik nikmat2 nyer tu, bila2 mase je yg DIA kehendaki..


Ada juga manusia yg menganggap sbb dia kaya, dia mendapat kedudukan istimewa di sisi ALLAH. Dorg blh sedekah sebyk2nya, sedangkan si fakir miskin, nk mkn pun belum tentu mampu.

Dorg lupa sebenarnya Allah telah menempatkan kedudukan yang istimewa kepada golongan fakir miskin yang beriman kepada ALLAH. Sesetengah org2 kaya sibuk dengan slogan ‘jihad ekonomi’ sehingga lupa jihad yang lebih besar iaitu jihad melawan hawa nafsu.

Mase nabi balik dari suatu perang, nabi s.a.w. telah bersabda:

Kita kembali daripada perang kecil menuju perang besar.”

Maka tidak sewajarnya si kaya memandang rendah si miskin, kerana seperti yang diterangkan bahawa si miskin yang beriman itu besar nilainya di sisi ALLAH.

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda:

Hai Tuhanku, hidup olehmu akan daku miskin, dan mati olehmu akan daku miskin, dan himpunkan oleh-Mu akan daku di dalam himpunan segala miskin.”


Maka kata A‘isyah Radhiyallahu ‘anha:

“Kerana apa, ya Rasulullah?” Maka sabdanya: “Bahawasanya mereka itu masuk syurga dahulu daripada orang kaya dengan 40 tahun. Hai A‘isyah, kasih olehmu akan segala miskin dan hampirkan olehmu akan mereka itu, nescaya hampir akan dikau Allah Ta‘ala pada hari kiamat.”

(Hadith riwayat al-Tirmidhi).


Dari Ibn ‘Abbas r.a. dari Nabi s.a.w., baginda bersabda,


Aku melihat ke dalam syurga, maka kulihat sebahagian besar penghuninya adalah orang-orang fakir. Aku melihat ke dalam neraka, maka kulihat sebahagian besar penghuninya adalah orang-orang kaya dan perempuan.”

(Hadith riwayat Imam Ahmad).

Bangge ke jadi kaya??? Ke cane??

Adeh…terpanjang la plak..

Ok2..dah nk abis dah..

Dah tau factors, skang ni, cara nk atasi plak..

Ade beberape cara utk kite atasi perasaan takabbur..

1)kenal hakikat diri n pencipta (80:17-22)

2)dedahkan diri pada kritikan

3)jgn malu utk bergaul ngn org2 miskin

4)tanamkan sifat tawadhuk

5)doa minta dilembutkan hati…

Diharapkan kite sama2 dpt ibrah dr perkongsian ini..sama2 muhasabah diri..igtkan diri,ape yg kite harapkan adalah pengiktirafan dariNYA bkn dari manusia


Moga yang memesan lebih mengingati dari yg dipesan


Wassalam..


p/s: JaZaKaLLAH bUaT Yg MeminJaMKaN LaPTop..