Sep 19, 2009

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin



bulan ramadhan, yang sinonim dengan bulan kemarau panas membakar, telah berlalu meninggalkan kita. seharusnya, pada bulan tersebut, dosa-dosa pada diri ini juga turut terbakar bersama, m
embentuk diri yang kemarau dari dosa... sepatutnyalah...

bulan syawal, yang membawa maksud 'mengangkat' (carry) kerna pada bulan ini unta-unta mula mengandungkan fetusnya, boleh juga ditafsirkan sebagai 'up-grade'. maka pada bulan syawal, kita sepatutnya telah meng-'upgrade'-kan iman kita...maka tanyakan pada diri, dimanakah tahap iman dan taqwa kita??...

jom kita "usha" peringatan Allah dalam surah Al-Hasyr.

hai orang-orang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan (59:18)

sahabat sekalian, kita dituntut al-quran untuk memuhasabah diri, memperhatikan apa yang telah dilakukan sebagai bekal untuk memastikan kita peroleh syurga di akhirat sana. malah Allah s.w.t telah mengajar kita metod untuk melakukan muhasabah diri yang berkesan. jika kita perhatikan ayat di atas, kita dapati ayat suruhan untuk kita memuhasabah diri ini diapit dengan ajakkan agar kita bertaqwa kepadaNya. sebelum kita memuhasabah diri, harus ada perasaan takut terhadapNya, perlu ada rasa ingin melakukan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya. dan setelah kita memuhasabah diri, melihat segala cacat cela yang telah kita lakukan, adalah penting untuk kita perbaiki, maka perlu kita perkuatkan azam untuk memperbaiki kerosakkan tersebut dengan perasaan taqwa kepadaNya.

dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. mereka itulah orang-orang yang fasik. (59:19)

setelah azam untuk memperbaiki diri telah dikukuhkan, dan kita mula kembali kepada fitrah kita sebagai hambaNya yang sentiasa mengikut suruhanNya, maka bagaimana untuk kita kekalkan perubahan pada diri ini? Allah mengajar kita satu cara yang cukup mudah, iaitu selalulah kita mengingati Allah s.w.t. adakah logik, jika seseorang itu merasakan tuannya sentiasa memperhatikannya masih sanggup melakukan perkara-perkara yang dilarangi oleh tuannya itu? jika kita tidak mengingatiNya, maka Allah akan menjadikan kita lupa pada diri kita sendiri. lupa akan fitrah kita sebagai hamba kepada yang Esa. akibatnya, kita kaya harta akan tetapi miskin akhlaq, kita berkahwin namun keluarga porak-peranda malah kita maju akan tetapi jenayah berleluasa dan sebagainya. sikap ini mengakibatkan diri tergolong sebagai orang-orang yang fasik.

tiada sama penghuni-penghuni neraka dengan penghuni-penghuni syurga; penghuni-penghuni syurga itulah orang-orang yang beruntung (59:20)

tempat orang-orang fasik itu ialah di neraka, keadaan mereka di neraka sudah tentu tidak sama dengan mereka yang dianugerahkan tempat di syurga. kerna sudah tentu keadaan di syurga itu penuh dengan keseronokkan dan kebahagiaan dan penghuni syurga adalah golongan yang beruntung. pengakhiran hidup yang manakah yang kita inginkan?

kalau sekiranya kami menurunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. dan perumpaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir. (59:21)

sahabat sekalian, Allah s.w.t menurunkan al-Quran ini sebagai petunjuk untuk kita. dan Allah s.w.t hanya menginginkan yang terbaik buat hambaNya. turun naik nya iman dan taqwa kita terhadap Allah tidak memberi kesan lansung terhadap Allah s.w.t. sebaliknya kita bergantung kepada tahap iman kita sebagai tiket untuk meraih cintaNya, memperoleh kebahagian abadi. jadi mengapa sampai kita sanggup mengetepikan ayat-ayat Allah ini? tidakkah kita sedar bahawa batu itu adalah dari tanah, begitu juga dengan gunung, kedua-duanya adalah dari tanah yang mengalami proses pengerasan. maka jika batu dan gunung yang datang dari sumber yang sama dengan manusia, didatangi Al-Quran kepadanya pun boleh hancur-lulur akibat takut terhadap kekuasaan dan kebesaranNya apatah lagi kita manusia? oleh itu, jika kita menolak suruhan-suruhan Al-Quran, sudah tentu kita ini lebih keras kepalanya dan hatinya dibandingkan dengan kerasnya sebuah gunung!!

maka ukurlah diri kita, dimanakah tahap keimanan dan ketaqwaan kita pada saat ini?

(as posted in pmi-daily 28 nov 06 -edited-)

Sep 17, 2009

Ramadhan : Patut Ber'Sedih'kah?

TRANSAKSI KE SYAWAL

Bulan Ramadhan, sudah hampir tiba ke penghujungnya. Bagi individu yang sedar serta menghayati ‘tawaran' bonus yang di berikan oleh Allah SWT dan RasulNya di bulan Ramadhan, mereka sudah pasti akan merasa sedih atau amat sedih dengan pemergiannya.

Sebaliknya orang yang tidak sedar atau tidak ambil endah tentang kelebihannya pasti bergembira dan berpesta dengan pemergian bulan hebat ini. Lebih malang lagi, pestanya yang dianjurnya adalah jenis pesta hiburan yang sememangnya bertentangan dengan ruh dan objektif Ramdhan.

Seolah-olah individu yang berpesta maksiat di permulaan bulan Syawal ini ingin memaklumkan berkenaan ‘peperiksaan' Ramadhannya yang mendapat keputusan ‘gagal' dan berjaya peroleh doa khas Malaikat Jibrail untuk mendapat 'kecelakaan' iman yang lebih dahsyat pada bulan selanjutnya. Nau'zubillah.

Ahhh.. apa peduli apa !..Kata sebahagian mereka

Masalah pasti berterusan kerana sebahagian besar dari mereka yang berpesta maksiat ini tidak mempunyai ilmu bagi mengenal pasti perbezaan antara maksiat dan amal soleh, dosa dan pahala. Malah tiada minat langsung untuk mengetahuinya.

"Waste of time!!" katanya lagi.

Padahal di bulan Ramadhan yang juga digelar bulan Al-Quran, Allah SWT mengarahkan kita merujuk Al-Quran yang fungsinya adalah sebagai Al-Furqan (Pemisah antara yang benar dan yang salah).

Malang bagi mereka yang masih tidak mahu bernaung dengan petunjuk Al-Quran dan Al-Hadis dalam kehidupan hariannya sejurus selepas Ramadhan ini.

Sebagaimana kata-kata hukama :-

الْقُرْآَنُ شَافِعٌ مُشَفَّعٌ فَمَنْ جَعَلَهُ إِمَامَهُ قَادَهُ إلى الْجَنَّةِ وَمَنْ جَعَلَهُ خَلْفَهُ سَاقَهُ إلى النَّارِ

Ertinya : "Al-quran itu boleh memberi syafaat, barangsiapa yang mengambilnya sebagai pemandu (kehidupannya) nescaya ia akan membawa ke Syurga dan barangsiapa yang meletakkannya di belakangnya, nescaya ia akan mengheret orang itu ke Neraka" ( Riwayat At-Tabrani, Ibn Hibban, 1/331 ; Ia sukar untuk dianggap sebagai hadis kerana perawinya Al-Rabi' bin Badr yang dinilai Matruk ; Majma Az-Zawaid, 7/164)


BOLEHKAH BERSUKARIA DI MUSIM RAYA?


Jika demikian, adakah Muslim di tegah untuk bersuka ria di hari raya dan hanya bersedih sahaja?

Jawapannya, bergembira di Syawal tidak ditegah, malah Rasulullah s.a.w sendiri membenarkan umat islam bergembira di Syawal, dengan syarat gembira itu mestilah dilaksanakan dan dizahirkan dalam bentuk yang di terima Islam.

Nabi SAW juga pernah menegur kepada Abu Bakar As-Siddiq apabila melihat Abu Bakar memarahi Aisyah r.a dan penghibur kanak-kanak yang sedang menyanyikan nasyid di rumah Rasulullah SAW dengan katanya :

دعهما يا أبا بكر فإنها أيام عيد

Ertinya : "Biarkan ia ( wahai Abu Bakar) kerana ini adalah hari raya"
(Riwayat Al-Bukhari)


Mukmin sebenar akan merasa gembira kerana berterima kasih kepada Allah s.w.t atas kurniaan kesempatan dan peluang untuk mereka mendapat keampunan di bulan Ramadhan.

Sudah tentu mukmin ini merasa puas dengan usahanya yang berganda, walaupun penerimaannya adalah terpulang kepada Allah SWT semata. Ia bertepatan dengan Hadith Nabi SAW :

من سَرَّتْهُ حَسَنَتُهُ وَسَاءَتْهُ سَيِّئَتُهُ فذلك الْمُؤْمِنُ

Ertinya "Sesiapa yang merasa gembira apabila ia melakukan amal baik dan merasa buruk dengan perlakuan dosanya, itulah ciri Mukmin sejati " (Riwayat At-Tirmizi, no 2165, 4/465 ; Tirmizi : Hasan Sohih ; Al-Haithami : perawinya sohih , rujuk Majma Az-Zawaid, 1/86 )

Selain mengenangkan usaha berganda yang telah dilakukan sewaktu Ramadhan, bergembira juga atas kejayaan membina ‘benteng kukuh' dari godaan Syaitan, bukankah Nabi SAW telah menyebut bahawa "Puasa itu benteng" (Riwayat Al-Bukhari).

Kerana itu mereka menyambutnya dengan kegembiraan.


MENGAPA ORANG MUKMIN TULEN BERSEDIH?

Jika tadi disebut mukmin gembira, kali ini mengapa pula mukmin bersedih dengan pemergian Ramdahan?.

Bergembiralah Orang Yang Membersihkan Hatinya di Ramadhan. Secara ringkasnya, dengan berdasarkan dalil-dalil yang sohih, peluang dan kemudahan yang diberikan Allah SWT di bulan ini yang pastinya akan dirindui dan di tangisi oleh para mukminin dan solihin adalah :-

1) Peluang untuk meraih ke Syurga yang terbuka luas di dalamnya, berdasarkan hadith yang menyebut tentang pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan Syaitan di belenggu. Lalu mukmin sentiasa bimbang akan penerimaan Allah SWT terhadap diri dan amalannya.

2) Tawaran pengampunan dosa-dosa silam bagi yang berpuasa dan menghidupkan malamnya dengan solat terawih ikhlas kerana Allah. Berdasarkan hadith Bukhari dan Muslim. Tamat jua peruntukan hebat ini di akhir Ramadhan.

3) Kemaqbulan doa yang hebat ketika berpuasa dan berbuka berdasarkan hadith Riwayat Ibn Majah yang sohih. Berlalulah tawaran ini dengan pemergian Ramadhan.

4) Peluang mempertingkat taqwa, iman dan menambah keberkatan dalam hidup dunia dan akhirat. Ia berdasarkan firman Allah SWT.

5) Peluang terbesar di Malam al-Qadar yang amat istimewa. (lihat artikel lepas)

Hasil dari sebab inilah, kita dapati ramai ulama silam disifatkan amat sedih dengan pemergian Ramadhan, terutamanya apabila memikirkan samada akan dapat bertemu lagi pelaung sehebat Ramadhan di tahun hadapan.


TAMATNYA SIRI YANG DIMINATI...

Bagi sesiapa yang ingin memahaminya dengan lebih lagi. Cuba anda bayangkan anda meminati sebuah rancangan drama di televisyen yang disiarkan tepat jam 5-6 petang setiap hari.

Rancangan yang tidak pasti akan ada ulangannya atau tidak ini, sudah anda ikuti siri-sirinya sejak sekian lama, tiba-tiba dengan sebab jem yang teruk di jalanan, anda terlepas dari menyaksikannya. Anda juga tidak pasti bagaimana atau samada anda boleh mendapatkan rancangan ulangannya. Demikian juga anda pasti merasakan sedih kerana rancangan kegemaran anda sudah hampir berakhir. Sedangkan anda masih belum puas menontonnya dan menikmatinya.

Sebagaimana perasaan hiba dua ibubapa yang ingin berpisah dengan anak kesayangannya setelah selesai musim cuti hariraya.

Dan sebagaimana sedinya ibubapa En Jazimin dan isterinya berpisah dengan buah hati mereka Al-Marhumah Nurin Jazlin buat selama-lamanya.

Demikianlah para mukmin soleh dengan Ramadhan, tamatnya siri hebat ramadhan ini amat memilukan bagi mereka yang hatinya bersinar dengan cahaya iman.

Sedihkah kita???


Rujukan di sini

Sep 12, 2009

MENCARI MALAM AL-QADR



Pejam celik, pejam celik hari ini telah masuk hari ke 22 kita berpuasa. Sedar atau tidak Ramadhan semakin meninggalkan kita. Namun apakah azam kita untuk bulan tarbiyyah ini telah berjaya direalisasikan.

Adakah kita terlalu leka dengan syndrom ''balik kampung" dan syndrom "sibuk membuat persiapan Aidilfitri" sehingga lalai dengan Ramadhan yang semakin menghampiri penghujungnnya. Persiapan diri sepatutnya digandakan tatkala hanya tinggal kira-kira 8-9 hari sahaja lagi. Siapa tahu mungkin ini Ramadhan yang terakhir buat kita.

Tukar cara pemikiran kita dari kegembiraan menyambut Syawal kerana dapat makan-makan dan jumpa kawan-kawan kepada kegembiraan kerana kejayaan kita mentarbiyyah diri, memohon keampunan dan menyediakan bekal kita sepanjang bulan Ramadhan. I/Allah dikesempatan ini kita masih berpeluang untuk menggandakan usaha kita. Dalam usaha mencari Al-Qadr. Malam kemuliaan yang lebh baik dari seribu bulan.

لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَيۡرٌ۬ مِّنۡ أَلۡفِ شَہۡرٍ۬


A-Qadr :ayat 3
ertinya : Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.

Rasulullah SAW junjungan besar kita, bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadhan yang lain pada sepuluh malam terakhir. Disebutkan di dalam sebuah hadith :-

Ertinya : Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" ( Riwayat Muslim, no 1175 )

Disebutkan juga dalam hadis lain,

أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره

Ertinya : "Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)"
( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Daripada hadis tersebut kita sedar bagaimana kesungguhan Rasulullah SAW dalam mencari Lailatulqadr. Bagaimana dengan kita? Tidak mahukah kita merebut peluang yang hanya datang setahun sekali ini atau mungkin yang terakhir buat kita. Hanya 1 MALAM TETAPI IANYA LEBIH BAIK DARI SERIBU BULAN.

Para ulama menyebut bahawa tarikh malam lailatul qadar sengaja di sembunyikan oleh Allah SWT agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya, bagaimanapun ada disebutkan terdapat tanda-tanda akan kemunculan malam yang mulia ini.

Bagaimanapun ada hadith yang menyebut :

التمسوها في العشر الأواخر من رمضان


Ertinya : " Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sama-sama kita Perbanyakkan doa meminta keampunan di malam-malam ini. Dalam satu hadith Aisyah r.a. pernah bertanya kepada Rasulullah SAW.

وقالت عائشة ـ رضي الله عنها ـ : يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر، فما أقول ؟ قال: قولي: اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني



Ertinya : "Berkatalah Aisyah , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ? Bersabda Nabi : " Sebutlah doa " Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan"

Maknanya di mlm-mlm terakhir ini Rasulullah berpesan supaya kita memohon keampunan daripada Allah SWT .

Apelagi kawan-kawan, jangan fikir lagi, mari sama-sama kita rebut peluang ini.

Jom sama-sama kita CARI MALAM QADR !!

THE ROOM...


THE ROOM

In that place between wakefulness and dreams, I found myself in the room. There were no distinguishing features save for the one wall covered with small index card files. They were like the ones in libraries that list titles by author or subject in alphabetical order. But these files, which stretched from floor to ceiling and seemingly endlessly in either direction, had very different headings.

As I drew near the wall of files, the first to catch my attention was one that read "People I Have Liked". I opened it and began flipping through the cards. I quickly shut it, shocked to realize that I recognized the names written on each one.

And then without being told, I knew exactly where I was. This lifeless room with its small files was a crude catalog system for my life. Here were written the actions of my every moment, big and small, in a detail my memory couldn’t match.

A sense of wonder and curiosity, coupled with horror, stirred within me as I began randomly opening files and exploring their content. Some brought joy and sweet memories; others a sense of shame and regret so intense that I would look over my shoulder to see if anyone was watching. A file named "Friends" was next to one marked "Friends I Have Betrayed".

The titles ranged from the mundane to the outright weird. "Books I Have Read", "Lies I Have Told", "Comfort I Have Given", "Jokes I Have Laughed At". Some were almost hilarious in their exactness: "Things I've Yelled at My Brothers." Others I couldn't laugh at: "Things I Have Done in My Anger", "Things I Have Muttered under My Breath at My Parents". I never ceased to be surprised by the contents. Often there were many more cards than I expected. Sometimes fewer than I hoped.

I was overwhelmed by the sheer volume of the life I had lived. Could it be possible that I had the time in my 21 years to write each of these thousands or even millions of cards? But each card confirmed this truth. Each was written in my own handwriting. Each signed with my signature.

When I pulled out the file marked "Songs I Have Listened To", I realized the files grew to contain their contents. The cards were packed tightly and yet after two or three yards, I hadn't found the end of the file. I shut it, shamed, not so much by the quality of music, but more by the vast amount of time I knew that file represented.

When I came to a file marked "Lustful Thoughts", I felt a chill run through my body. I pulled the file out only an inch, not willing to test its size, and drew out a card. I shuddered at its detailed content. I felt sick to think that such a moment had been recorded.

An almost animal rage broke on me.
One thought dominated my mind: "No one must ever see these cards! No one must ever see this room! I have to destroy them!" In an insane frenzy I yanked the file out. Its size didn't matter now. I had to empty it and burn the cards. But as I took it at one end and began pounding it on the floor, I could not dislodge a single card. I became desperate and pulled out a card, only to find it as strong as steel when I tried to tear it.

Defeated and utterly helpless, I returned the file to its slot. Leaning my forehead against the wall, I let out a long, self-pitying sigh. And then I saw it. The title bore "People that I Have Taught about Allah". The handle was brighter than those around it, newer, almost unused. I pulled on its handle and a small box not more than three inches long fell into my hands. I could count the cards it contained on one hand.

And then the tears came. I began to weep. Sobs so deep that the hurt started in my stomach and shook through me. I fell on my knees and cried. I cried out of shame, from the overwhelming shame of it all. The rows of file shelves swirled in my tear-filled eyes. No one must ever, ever know of this room. I must lock it up and hide the key.


Unkown author...

Sep 8, 2009

Witamy w Polsce ~~










Haa~~ Tarikh nak fly dah dekat ni. Sekarang ni mesti tengah sibuk-sibuk beli barang-barang or dh beli pun sume, nak bawak ke POLAND nanti, tapi ade yg lebih berat pulak~. Tambah dengan preparation teknikal yang leceh2 tu. Tak masuk lagi dengan persediaan sambut raya. Yang paling sedih, kadang-kadang tak dapat fokus amalan bulan Ramadhan ni. Alhamdulillah rezeki korang semua masih sempat beraya di Malaysia…(^_^)


So, di sini kami nak ambik inisiatif untuk tolong korang buat preparation untuk fly. Kot-kot boleh membantu sedikit sebanyak dalam persediaan saat2 akhir nie!!


Dokumen-dokumen yang perlu korang bawak :


1.)Semua dokumen yang MARA/JPA suruh bawa

2.)Sijil lahir (terpulang)

3.)Passport+Visa

4.)Medical report


Barang-barang yang korang kena bawak di tangan masa fly:


1.)Passport + Visa

2.)Boarding pass (tiket kapal terbang)




Check-in Luggage


1.)Masa fly nanti korang boleh bawak satu je beg besar (check-in luggage) bersaiz 30-32. Kalau boleh cari yang beroda untuk mudah bergerak.

2.)Belilah beg yang ‘elok’ dan berkualiti sebab akan diguna banyak kali+akan digunakan dengan ekstrim. Warna gelap2 lebih kurang nampak kotornye selamat aksi2 ekstrim tersebut.

3.)Kunci beg korang. Guna lah ape-ape kunci asalkan tak boleh bukak.

4.)Tuliskan alamat kat beg korang (alamat universiti/hostel).

5.)Letakkan tanda yang senang nampak supaya nanti senang nak cari masa kat airport Warsaw

6.)Korang boleh muatkan 20kg (rasanya, sila rujuk MAS) untuk check-in luggage. Biasanya MAS akan bagi chance kalau terlebih 2-3kg. So, tak de la strict sangat, insyaAllah.

7.)Barang-barang yang korang boleh letak dalam check-in luggage:

-Semua barang makanan

-Pakaian

-Cecair (boleh lebih dari 100ml)

-Buku Medic yang berat-berat tu (but dicadangkan buku2 letak dlm handluggage, jimat berat dalam check-in bag)

-Dan lain-lain yang korang terpikir

8.)Elakkan letak barang elektronik yang korang sayang (kecuali rice cooker) sebab dikhuatiri rosak. Beg tu diorang akan main campak-campak je kadang-kadang. Tapi rice cooker tu memang tak boleh buat apa, kena letak jugak tapi pastikan ada 'shock absorber'.

9.)Elakkan jugak letak barang-barang mudah pecah atau botol-botol bercecair.

10.)Check-in luggage ni akan terus direct ke Warsaw, so korang tak payah bawak masa transit flight. Di airport Warsaw nanti, insyaAllah kami akan cuba sediakan transport untuk membawa anda semua ke destinasi masing2 (hostel uni / apartment)




Hand luggage


1.)Korang jugak akan dibenarkan bawak seberapa banyak beg yang boleh dipegang masa nak naik atas flight. Ia disebut hand luggage. Hand luggage ni macam beg beroda yang kecil (lihat ukuran), ruck sack, beg laptop, gitar, rakcet etc. Biasanya MAS akan benarkan bawak sebanyak mana yang korang mampu. Persoalannya mampu carry atau tak je.

2.)Ada orang prefer beg beroda sebab senang tarik tapi kalau ada 2 beg beroda (check-in + hand luggage) susah jugak nak bawak. So, solution die, bawak ruck sack yang besar - sama capacity dengan beg beroda. Maksimum 75l. Tapi kalau nak bawak beg beroda tu takde masalah. Terpulang.

3.)So, untuk seorang manusia normal korang akan ada 1 check-in luggage, 1 beg beroda kecil/ruck sack 75l dan 1 beg laptop. Barang-barang lain terpulang kepada kemampuan korang untuk angkat.

4.)Dalam hand luggage, korang letak barang-barang yang korang nak jaga personally supaya tak rosak macam dokumen-dokumen, travellers cheque, barang elektronik, kuih raya etc.

5.)Dalam semua hand luggage korang tak boleh bawak benda-benda tajam, cecair lebih dari 100ml. Kalau security detect diorang akan buang.

6.)Takde berat maksimum untuk hand luggage. Asalkan mampu angkat.



Apa yang perlu bawak + apa yang tak perlu bawak?


Ramai orang buat silap masa awal-awal fly sebab bawak banyak barang-barang tak berguna. So, rugi space luggage. Kat sini ada sikit list, mungkin boleh membantu.


Barang yang PERLU dibawa:


1.)Dokumen perjalanan

2.)Pakaian harian yang ala kadar termasuk sweater - tak payah banyak-banyak sebab boleh beli kat Poland (agak2 nak pakai ke kelas – 5 – 6 helai ke, bajet seadanya)

3.)Kasut snicker biasa + kasut kulit (sepasang setiap satu)

4.)Blazer

5.)Pakaian tradisional (kain pelekat, baju kurung)

6.)Laptop

7.)Ubat-ubat korang yang berkenaan (beserta preskripsi doktor)

8.)Stationaries (kat sini ada jual tapi tak best sangat!)

9.)Buku-buku medic. BELI KAT MALAYSIA sebab kat sini mahal!

10.)Tudung dan brooch yang cukup untuk sisters

11.)Rice cooker (share dengan member)

12.)Rempah ratus, ikan bilis, cili kering, serbuk cili Baba's, serunding, kuih raya, belacan, perencah-perencah, mee segera - semuanya kalau boleh sebanyak mungkin

13.)Universal adaptor - minimum 2

14.)Wire extension

15.)Scientific calculator – Guna untuk subjek Medical Chemistry, 1st year.



Barang yang TAK PERLU dibawa:


1.)Winter coat, jacket - by the time korang sampai takde snow pon + tak sejuk sangat, beli je kat Poland, lagi murah…

2.)Winter boot - Beli kat Poland sudah…

3.)Toiletries yang melampau banyak – ada je jual kat Poland

4.)Duvet, cadar, bantal, sarung - nanti dapat free kat hostel uni (budak JPA), budak Mara better bw sbb dok kat apartment, sendiri2 nya.

5.)Beras, ikan sardin, makanan-makanan dalam tin, makanan-makanan basah

6.)Perkakas dapur cam pinggan, mangkuk, cawan, lesung batu - jangan bawak!

7.)Long johns – mmg ssh jugak nak cari kat Poland, sbb diorg dah ‘kulit tebal’. Rase xtahan sejuk, better bw la sepasang, but slalu org xpakai….



Tu je la kot benda-benda yang berkenaan. Kalau ada persoalan yang bermain di fikiran, jangan segan-segan contact kami :



Hanan – count_floyd2000@yahoo.com

Hamdan – anakmithali@yahoo.com

Saiful – spoilerz_21@yahoo.co.uk


Kak Yana - yellowyana@yahoo.com



Sep 3, 2009

bersangka baik kepada Allah.

Bersangka baiklah kepada Tuhan
www.iluvislam.com
oleh: Azamin Amin
Editor: deynarashid

"While people sleep, we work. While people work, we work ahead," Saya tidak akan lupa kata-kata itu.

Ianya terucap kira-kira 15 tahun lalu oleh pengetua kolej Mr. PMS Jassal ketika saya menekuni pengajian A-Level, jurusan undang-undang di Juara Academy College di ibu kota.

Waktu itu, saya adalah pelajar Melayu tunggal dan 'tunggul' dalam kelas seramai 30 orang itu. Berkecamuk fikiran pada hari pertama saya mendaftar. Masakan tidak, sudahlah 'solo' ditambah pula dengan 'sepatah haram' saya tidak memahami apa yang diajar.

Bukan sehari tetapi berjangkit sehingga lebih sebulan!

Tidak cukup dengan itu, saya sering menjadi bahan ketawa rakan-rakan sekelas dan pensyarah lantaran kegagalan saya untuk membuat 'presentation' jauh sekali untuk mendapat tempat teratas dalam carta kelas.

Lebih menambahkan pedih dan pilu di jiwa, apabila seorang pelajar yang selalu dianggap 'best student' dalam kelas mencabar sambil menghunuskan jari telunjuknya tepat ke muka saya. "At the end of the day, nobody can touch me, especially you!" katanya pada saya, terkelipot-kelipot malu.

Seorang pelajar wanita pula, bertaruh untuk menjamu saya makan di hotel lima bintang, sekiranya berjaya mendapat keputusan cemerlang.

Saya percaya, dia berani bertaruh kerana yakin yang saya tidak akan menggapai bintang. Betul-betul menghinakan.

Kawan-kawan seperti Manoj Kumar, Manimaran, Azman Sagau dan Ronnie menenangkan saya. Mereka memberi perangsang dan selalu membantu, apa yang saya tidak tahu.

Setelah enam bulan berlalu di kolej itu, saya sering bertemu dengan pensyarah Baljit Singh Sidhu untuk mendapat 'evaluation' atau penilaian ke atas prestasi pengajian saya selama ini dan seperti yang dijangkakan jawapannya cukup mendukacitakan.

"Aaa...don't worry. Bottom line, you boleh pass...," katanya tergesa-gesa. Sedih. Bukannya pangkat A, B atau C tetapi sekadar lulus cukup makan sahaja..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Suatu malam, ketika gelisah untuk melelapkan mata dan merawang masa depan yang kabur, tertangkap kalimah kudus dari ibu tercinta sebagai kata-kata azimat ketika menjejak kaki di ibu kota untuk menuntut ilmu.

"Mak tak boleh tengok dan jaga anak mak setiap masa. Mintalah Allah supaya jaga dan selamatkan anak mak. Jika susah, mintalah pada Allah, pasti Dia perkenankan. Percayalah..." kata Azizah Jasin, ibu tercinta kepada saya sambil memetik bait-bait ayat kalimah tuhan.

"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu." (Surah Ghafir ayat 60)

Saya bingkas, lalu mengerjakan solat dua rakaat. Tewas, akhirnya air mata basah di hujung sejadah.

Mulai hari itu, saya tidak menoleh lagi. Saya berusaha sedaya dan sekuat mungkin. Kamus sentiasa di sisi, tiap kali saya membuka buku. Buku seperti English Legal System, Constitutional Law, Jurisprudence setiap helaiannya saya ulangi sampai lapan kali!

Malah, saya hantar tugasan-tugasan dan 'asignment' sendiri berkajang-kajang kepada pensyarah untuk disemak, bertanya soalan-soalan bertubi-tubi sehingga kelihatan 'membosankan' bagi mereka.

Saya kemudian beranikan diri bercakap di khalayak, walaupun 'broken English.' "Apa nak malu, janji saya maju. Biar mereka ketawa atau sendawa, janji saya berjaya," getus hati cuba menceriakan hari.

Waktu itu, barulah saya tahu, doa dan kerja keras (rajin, usaha) adalah pembuka jalan kejayaan. Mungkin ini ayat 'cliche' atau 'stereotype'. Hakikatnya hidup ini tidak ada yang 'short cut'.

Selepas doa itu, setiap apa yang saya pelajari, hafal dan faham datang dengan begitu mudah. Dikenal ketika senang, dilupa ketika susah "While people sleep, we work. While people work, we work ahead," kata Jassal menepuk-nepuk bahu saya yang kelihatan agak sugul adakalanya.

Dan di saat saya menjalani proses lipat kali ganda usaha, baru saya tahu bahawa kerajinan orang Cina dan orang Putih atau kaum-kaum lain membuatkan mereka berjaya. Bukannya faktor otak Cina lebih baik dari otak Melayu atau otak Orang Putih lebih baik dari semua otak-otak.

"Allah tidak membebankan seseorang itu melainkan mengikut keupayaannya. Baginya apa yang diusahakan dan ke atasnya akibat apa yang diusahakan." (Surah Al-Baqarah: 286)

Begitu juga dengan surah Ar-Ra'ad (ayat 11): "Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang merubah nasibnya."

Ya, saya yakin doa akan dimakbulkan Tuhan. Usaha gigih dapat balasan setimpal. Tak kira siapa, Melayu, Cina, India dan Mat Salleh juga akan dapat balasan, jika usaha lebih. Bukan masalah otak.

Dulu ketika mengerjakan umrah, saya pernah berdoa yang 'bukan-bukan' di depan Kabaah. Ketika itu, tahun 1990 usia saya menjangkau 16 tahun. Akibat terlalu obses dengan cerita-cerita aneh, mistik dan misteri di Makkah dan Madinah, saya mula memanjatkan doa, untuk melihat bukti kuasa Tuhan.

"Ya Allah, jika benar makbul doa di sini, hilanglah seliparku." Begitu dangkal doa saya dan cuba menguji Tuhan.

Sebelum itu telah saya sorokkan selipar buruk itu di suatu sudut di pintu masuk Masjidil Haram. Ringkaskan cerita, Tuhan makbulkan permintaan saya yang pendek akal itu. Hilang selipar saya, walaupun ianya buruk.

Dan lebih parahkan lagi keadaan, selipar saya hilang setiap kali saya beli yang baru, dan berlanjutan selama enam hari! Mengelabah, pucat dan panik saya dibuatnya.

Saya cuba menyembunyikan peristiwa itu daripada ayah saya, yang mula kehairanan apabila setiap hari, tiap kali pulang daripada masjid meminta 5 ke 10 Riyal (lebih kurang RM 5.00 ke RM10.00). Tujuannya hanya untuk membeli selipar baru.

Pernah sekali, saya berkaki ayam dari Masjidil Haram pulang ke tempat penginapan sambil ditertawakan orang Arab yang lalu lalang. Apa boleh buat, itu balasan Allah, pada saya yang mulut celupar.

Dua hari terakhir di Makkah, saya berteleku di depan Kabaah, memperbaharui doa semula dengan penuh rasa insaf..

Sejak doa itu, selipar saya tidak hilang lagi. Ya, Allah sentiasa selamat dan perkenankan doa saya. Begitu juga yang orang lain. Berusaha dan mintalah, percayalah Allah tidak mengecewakan..

Alhamdullillah, tidak menghampakan apabila Allah kabulkan juga doa saya untuk melintasi peperiksaan A-Level yang diduduki. Walaupun usaha tidak setara mana, tetapi kuasa Allah mengatasi segala-galanya.

Ketika keputusan A-Level diumumkan, saya sedang 'bercuti' dan 'mengaji' di sebuah sekolah pondok di selatan tanahair. Manoj dan Manimaran menghubungi saya melalui telefom awam. Masa itu tidak bercambah lagi, telefon bimbit.

"Congratulations! You and Patricia are the best student in the college. Come drop by, take your exam transcript," ujar Manoj. Barangkali kedua-duanya kini sudah bergelar peguam.

Keesokannya saya sudah terpacak di kolej di Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur itu untuk mengambil keputusan dan teka apa yang berlaku?

Pensyarah dan pengetua mula mengerumuni. Menawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran dan melahirkan pujian berguni-guni.

Yang menghunus jari telunjuk ke muka, yang bertaruh untuk menjamu selera dan yang gelak ketawakan saya, hilang entah ke mana.

Ya, kita dikenang dan dikenal ketika di puncak. Diapung, diangkat dan dijulang ketika senang. Namun ketika susah, pahit dan payah, siapa pun tidak tahu malah menjarakkan diri, kata benak saya melihat watak-watak yang ada di depan mata.

Biarlah..

Ya, akhirnya bila kita berusaha, berdoa dan bersabar, nescaya Allah perkenankan dan selamatkan kita...percayalah.

"Dan berikanlah berita gembira bagi orang yang bersabar." (Surah al Baqarah ayat 155)

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tulisan sepicing ini ataupun coretan caca marba yang tidak seberapa ini saya tujukan ikhlas untuk adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan, yang melanjutkan pelajaran di menara gading dan juga untuk insan-insan yang mulai rasa putus asa, agar sentiasa bersangka baik kepada Tuhan, Allah yang maha tahu beban, kepayahan dan ujian hamba-Nya.