Jul 31, 2010

Kerana Aku Insan~!





Manusia ini tidak dinamakan ‘INSAN’ melainkan kerana lupanya…

Anda pernah buat silap?

Aku… Pernah. Seribu kali pernah. Apatah lagi dulu-dulu ketika aku belum mengenali erti ketaatan kepada Allah SWT. Hanyut dalam arus duniawi yang melalaikan.

Kadang-kadang aku selalu termenung bila mengingat saat-saat itu.

…………………………..

Aku suka main bola petang-petang di padang depan rumah aku sejurus selepas pulang dari kelas tuisyen. Habis je main, aku dengan kawan-kawan bola aku selalu lepak-lepak tepi padang bersembang sampai azan berkumandang. Kadang-kadang perbualan kami melanjut sehinggalah iqamat pula kedengaran. Selalunya, berterusan lagi sehingga handphone ku berdering dan kedengaran suara ibuku “Mat, bila nak balik ni? Dah maghrib! Dah nak masuk isya’ baru nak balik ker?”.

Dengan perasaan berat hati, aku balik rumah dengan skuterku. Skuter oren bercoreng hitam yang dibelikan ayah di hari jadiku ke-17 memang buah hati pengarang jantungku. Peneman setia aku ke mana sahaja aku pergi. Sampai sahaja di rumah aku mandi & solat. Kadang-kadang kalau aku keletihan, aku terus tertidur sampai esok pagi. Isya’ aku pula entah ke mana. Tapi, selalunya pasti aku keluar dengan makwe aku sehingga larut malam baru aku pulang ke rumah. Wayang, boling, konsert, saje keluar makan2, karaoke silih berganti. (astaghfirullah..) Maklumlah, aku hidup di bandar besar di Selangor tu.

………………………….

Bila teringat semula, pasti aku selalu istighfar. Di iringi kadang-kadang dengan mata yang bergenang. Aku takut. Takut saat aku ditanya, dan usia mudamu, ke mana kamu habiskan?






Jadi bagaimana?

Keta’atan adalah kaedahnya. Barangsiapa yang di antara kita pada satu saat tergoda oleh syaitan, dan dia segera sedar, lalu dia perlulah kembali ke jalan Tuhannya dengan penuh keinsafan dan bertaubat.

Dr Yusof Al-Qardawi pernah menceritakan:

” Saya masih ingat seorang pemuda yang masih remaja dikuasai oleh gazirahnya pada saat dirinya lemah & hatinya tidak sedar, lalu terjerumus ke dalam perbuatan maksiat. Kemudian ia sedar bahawa dirinya telah menjadi kotor setelah tadinya suci, menyeleweng setelah tadinya menempuh jalan yang lurus, sesat setelah tadinya benar dan merasakan betapa pahitnya maksiat setelah ia merasa manisnya keta’atan.

Sebab itu dia mengurung dirinya sehari-hari di rumahnya menangisi nasibnya & berbalik ke kiri & ke kanan di atas tilamnya yang dirasakannya sebagai bara yang menyala. Dia merasa sedih sekali, bumi yang luas dirasakan sempit.

Kerana itu dia tidak berani menatap wajah orang lain & tidak keluar dari kamarnya, kerana malu kepada Tuhan dan kepada dirinya sendiri. Dia menjauhkan diri dari rakan-rakannya padahal tiada seorang pun selain saya yang mengetahui apa yang terjadi ke atas dirinya.

Hal itu tentu akan berlangsung terus, sekiranya saya tidak mengutuskan surat kepadanya untuk memberikan harapan dengan bertaubat & memohon ampunan Allah. Saya sebutkan kepadanya akan hadis Rasulullah SAW:

Barangsiapa yang gembira kerana kebaikan dan sedih kerana kejahatan yang diperbuatnya, maka dia adalah seorang mukmin.

Demikianlah cerita Dr Al-Qardawi kepada kita.

……..

Dan Saidina Ali bin Abu Talib pula pernah berkata :

Kejahatan yang membuat engkau sedih lebih baik dari kebaikan yang membuat engkau takabur.

“Kadang-kadang dibuka bagimu pintu taat & tidak dibuka bagimu pintu penerimaan. Di kala yang lain pula ditakdirkan bagi engkau perbuatan maksiat, tetapi hal itu merupakan jalan bagimu untuk sampai (kepada kebaikan). Perbuatan maksiat yang menimbulkan perasaan bersalah & menyesal lebih baik dari perbuatan taat yang menimbulkan perasaan takbur & angkuh. (Ibnu Athaillah)

Astaghfirullah… Astaghfirullah… Astaghfirullah…

Ingatkan aku di kala aku terlupa, ye?

Dipetik dari Ijlis Bina Nukmin Sa'ah

Jul 28, 2010

Kita Bermusim Sudah~!






Kami bermusim di sini..musim tengkujuh...sejuk..nyaman udaranya..Alhamdulillah..

Bicara di blog lama ini juga tampak bermusim..(mencuri masa yang tersisa)..

Bermusim..
mereka berjaya..mereka ketawa!!
kerana kita sudah bermusim..
kita selesa bermusim..

Dakyah yahudi dan dajjal berjaya..
mereka 'didik' kita untuk bermusim..bukan istiqamah..
mereka ranapkan budaya istiqamah dari dada umat Islam..
sgt mudah....
sambut hari jadi..sambut hari ibu..
sambut merdeka..sambut tahun baru..
dan terus menerus dengan sambutan...tahunan....bulanan...
..dalam quran ALLAH berfirman.."....fastaqim kama umirta.."-maka istiqamahlah sebagaimana diperintahkan..

tapi kita bermusim..
ulangkaji bermusim---ketika exam
solat hajat dan berdoa---ketika exam dan ketika sulit hadapi kehidupan
ingat saudara2 Palestin---ketika mereka dihenyak hebat dlm laporan media (padahal setiap hari mereka berperang menunaikan amanah pertahankan agama yg kita pikul bersama)

kita dilatih berdebat..sedangkan agama melarang..
berdebat di peringkat sekolah,daerah,negeri,antarabangsa...dan seterusnya..
gah dengan hujah biarpun di pihak salah..
anak2 debat ini diajar mempertahankan apa sahaja biarpun awal nyata sudah salah..
kita kata ini sillibus, jadi kita pertahankan..
yahudi laknat tidak perlu ada bersama kita untuk mempertahankan dakyah mereka..
cukup sudah budaya2 dan 'anak didik' mereka mempertahankan hasil sistem yang direka..
tapi yakin kita masih positif..
dalam kelat buah,masih ada yang manis!
bukan semua 'anak didik' ini bawa budaya yang sama..krn masih ada yg tulus hatinya..
yahudi laknatullah,kamu tidak akan bisa menang!

kita bukan merdeka...malah fitrah kita menderita..

kita dilatih dakwah dgn aktiviti..
ada kalangan kita dakwah kita hanya aktiviti oriented..
ada aktiviti..ada penonton...orite sudah!
ceramah,forum,circle..kuiz..dan macam2 lg direka..
sasaran aktiviti.."mesti org kena hadir..org tak hadir, jd masalah.."..
guruku yang satu..katanya.."usah mengelamun jauh bila kita masih bertatih..tapi usahalah untuk menjadi rijal tarbawi"
mana pemahaman dakwah fardhiah dan umum kita??
untuk apa kita berdakwah?
dakwah = aktiviti?
jawabnya kita kena belajar lagi..

lapangkan dada..duduk semeja..
jgn mudah mengata cerca...langsung al quran diambil bermusim juga..(apa ini???)
Al quran diambil bila-bila suka..jika untuk berdebat dan berhujah, kita takkan ke mana..
kerana quran bukan di hati kita..
hanya gah berkata-kata..
kita takkan ke mana..
kita takkan ke mana..

astaghfirullah..
innallaha kana tawwaba..

Dipetik dari,
Ilham Al Adwa'