Jan 22, 2011

nice one :)


Narrated 'Abdullah:
The Prophet said, "I am your predecessor at the Lake-Fount (Kauthar) and some men amongst you will be brought to me, and when I will try to hand them some water, they will be pulled away from me by force whereupon I will say, 'O Lord, my companions!' Then the Almighty will say, 'You do not know what they did after you left, they introduced new things into the religion after you.'"
The point is, sekarang ni dah akhir zaman. Memang banyak pengaruh benda pelik-pelik and ajaran sesat. So apa-apa yang kita terima,make sure source dia betul.
Ada seorang ustaz ni cakap (anonymous sebab dia tak suka pamerkan ke’ustazan’ beliau)
“Kalau ada orang perkenalkan hukum-hukum baru ke apa,walau ada dalil sekalipun jangan senang sangat percaya. Kalau nak selamat ikut aje ajaran orang tua kita. Itu yang betul.”
Tapi kan, tak boleh lah sampai macam katak bawah tempurung sangat. Nanti tak belajar. Macam orang jahiliyah pulak kalau nanti ada orang tanya kita, kenapa kita buat sekian sekian, and jawapan kita sebab itu ajaran nenek moyang kita. Kan?
Selain itu, stuff circulating on the net pun sama jugak. Notes kat facebook lah etc etc. Kalau nak bagi example paling senang, forward zaman sekolah menengah dulu,masa orang cakap roti gardinea tak halal lah etc etc~ (maybe tak ada orang pernah dengar pasal roti gardenia ni,tapi saudara rapat penulis pernah terpengaruh and penulis sangat tak happy dengan situasi tersebut).
Anyway,point is: fitnah macam tu pun tak boleh senang-senang nak percaya. And since we’re on the topic kan,ada satu ‘note’ kat facebook ni,pasal raja saudi mimpi bertemu Rasulullah etc etc – rasanya semua orang pernah baca/dengar kot – betul ke tak ek?
Dah bertahun-tahun kot note tu survive online. Wallahualam lah betul ke tak...Kalau ada orang tahu please bagi comment 
Agama kita ni,makin lama makin ramai musuh. Kita yang insyaAllah teguh iman and boleh judge properly ni sepatutnya berhati-hati lah pilih sumber and tapis maklumat. Jangan senang sangat terima hukum baru,especially bila orang yang sampaikan hukum tu bukannya grad dalam bidang agama.
Bukan nak cakap kita tak boleh sebarkan hal agama tanpa cop/sijil rasmi,tapi orang yang sampaikan kat kita tu,make sure dulu dia boleh bagi kita dalil yang ada pengiktirafan rasmi daripada Allah,baru lah digest apa yang dia cakap.
Nah,hadis ni insyaAllah sahih. Baca ek.
(Sahih Bukhari) Volume 9, Book 92, Number 379:
Narrated Abu Huraira:
The Prophet said, "There was no prophet among the prophets but was given miracles because of which people had security or had belief, but what I was given was the Divine Inspiration which Allah revealed to me. So I hope that my followers will be more than those of any other prophet on the Day of Resurrection
."
Stick to your source. Dah banyak kali nabi cakap. Anda pula bagaimana?

Jan 20, 2011

pekikan itu masih lagi kedengaran

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG...
SUBHANALLAH..ALHAMDULILLAH..ASTAGHFIRULLAH..

"Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri (Makkah) ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik) yang zalim, dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan ugama kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh)”.
Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah; dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan Taghut (Syaitan). Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut Syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah." (QS 4:75-76)

1.30 pagi...sunyi sepi malam ini...
rumah dah gelap...yang menyala hanya lampu bilik dan laptop..
alhamdulillah...tenangnya....
tiba-tiba terkenang....
tangisan itu..jeritan itu...air mata itu..pekikan itu..seruan itu...
teringat larian itu..terbayang semangat itu...terkenang rupa si kecil itu...
ohh...mudahnya untuk kita lupa...
adakah kesenangan yang diberi ini adalah sesuatu yang sia-sia..???


Salam alaikum....salam kesejahteraan atas semua...
soalan biasa yang wajib ditanya pada diri tiap-tiap hari...
macam mana iman hari ini..??? macam mana jiwa, akal dan anggota'u kita..??
mudah-mudahan sihat sentiasa di bawah rahmat Allah semestinya...
kalau rasa ada sakit-sakit itu cari penawar segera ea...
jangan sampai mudarat...
sebab bila dah mudarat, susah nak berubat...bukan apa, takut tak sempat...=)

ohh..lama sudah tak bercakap mengenai perkara ini...
perkara yang sering menjadi semangat untuk kita bangkit...
isu yang sering kali muncul tatkala kita kembali leka..
ya..leka dengan kehidupan kita yang senang, tanpa banyak halangan yang benar-benar menguji....
leka dengan kelapangan masa yang Allah berikan pada kita...
leka dengan nikmat kesenangan yang tak pernah ditarik oleh Allah, yang ada hanyalah ujian-ujian yang sedikit...
yang membuat kita lupa penderitaan mereka..yang membuatkan kita alpa dari raungan kesakitan saudara-saudara kita di sana itu...
PALESTIN..!!

bila saya teringat akan isu Palestin, saya yakin bahawa ada sesuatu yang besar yang Allah hendak tunjukkan kepada KITA..
bukan sahaja pada mereka di Palestin, tetapi pada KITA...ya...umat islam di seluruh dunia...
tidak kira bangsa, warna kulit, asal usul atau apa sahaja..
isu Palestin bukan sekadar isu politik, isu hak asasi manusia, isu penindasan agama...
tetapi ianya lebih besar daripada itu...yang perlu untuk kita lihat dan sedar.....
yang perlu kita ambil perhatian lebih daripada sekadar menghina dan memaki musuh kita...
betapa Allah sebenarnya ingin menunjukkan sesuatu yang besar pada kita...itulah dia REALITI KITA..!!

ya..realiti kita..
pernah saya terfikir, mengapa umat islam masih dibiarkan untuk diperkotak-katikkan sedemikian rupa..??
kenapa masih belum hadir satu pertolongan yang dapat membantu mereka, mengurang penderitaan mereka..??
sedangkan secara terang-terangan mereka ditindas, dicabul hak-hak mereka, disiksa dan sebagainya..
tapi mengapa masih belum datang pertolongan itu..??

dari persoalan itu datang kepada saya satu realiti...
pertolongan itu datang hanya dari Allah..
Allah akan beri pertolongan itu, apabila tiba masa dan ketikanya yang terbaik..
mengapa bukan sekarang..?? itu persoalan yang Allah letakkan pada kita untuk mencari jawapannya..
dan pada saya jawapan yang jelas hanya satu, ada perkara yang belum kita selesaikan..
ada sesuatu yang Allah nak kita selesaikan sebelum kita capai kemenangan itu..
itulah dia pentarbiyahan ummah..!!

usah pandang isu ini dari sudut orang Israel ingin hancurkan ummat islam..
usah pandang isu ini dari sudut negara-negara itu ini bersekongkol nak jatuhkan islam..
usah pandang isu ini dari sudut negara-negara islam itu ini tak nak membantu..
bagi saya hanya membazir masa untuk kita perdebatkan mengenai mereka...sebab kita tak akan mampu merubah mereka..
tapi pandang dari sudut diri kita ini..
diri kita sebagai muslim, yang Allah masih berikan kita nikmat kesenangan tatkala saudara kita dalam kesusahan...
apa yang boleh kita lakukan untuk membantu mereka..??
mengapa Allah masih memelihara keamanan kita..??
mengapa dalam keadaan Palestin yang sedemikian rupa, Allah masih benarkan kita berjalan di khalayak ramai dalam tanpa rasa takut untuk diserang..?? mengapa..??
ya...tepat sekali...kerana kitalah orang yang Allah pilih itu..
kitalah orang yang Allah pertanggungjawabkan untuk kembalikan ummah yang kian hanyut ini kepada islam...
kitalah orang-orang yang ada kelapangan untuk berjuang bagi mempertegakkan kembali agama Allah itu..

kalau hendak diikutkan, bila-bila masa sahaja pertolongan Allah terhadap orang palestin boleh tiba..
bila-bila masa sahaja orang israel boleh dikalahkan, seperti mana yang diceritakan dalam Al-Quran..
tapi tidak dijadikan sebegitu, mengapa..?? kerana tanggungjawab kita belum selesai...
isu palestin tunjukkan pada kita bahawa kita kini sedang rapuh..

ya...ummah kita sedang rapuh dalam kelekaan dunia...
ummah kita sebenarnya sedang lapar, dahaga dengan tarbiyah..
ummah kita seakan-akan tidak nampak satu jalan yang jelas yang sebenarnya ada dalam agamanya..
agama islam seakan-akan menjadi suatu budaya memakai tudung dan kopiah, namun tidak lagi dihayati..
islam hanya sekadar Islam...bukan lagi agama yang diamalkan sepenuhnya...
pemuda-pemudanya leka dengan hiburan dunia, fashion, budaya bebas...
pemimpin-pemimpinnya leka dengan jawatan, harta dan kekayaan..
ekonomi islam yang masih belum kukuh dan bersih...
budaya-budaya islam yang dicampur adukkan dengan jahiliyah..
itulah masalah kita..!!
dan itu jugalah punca kepada masalah di Palestin kini..

di sinilah letaknya tanggungjawab kita...
bukan sekadar berdoa..bukan sekadar berdebat..tapi untuk menggunakan nikmat Allah yang tak terkira pada kita untuk membantu mereka..
kita yang masih diberi kesenangan dan keamanan oleh Allah ini..
perlu menggerakkan jentera mentarbiyah ummah...
ada yang berkata.."cakap senangla...cuba buat..tengok boleh ke tak..!!"
ohh...siapa yang kata bercakap mengenai ini mudah..
siapa yang kata ingin menyedarkan orang lain mengenai hakikat ini senang...
malah penderitaan yang bakal kita hadapi untuk membawa manusia kembali ke jalan Allah mungkin lebih dahsyat dari mereka yang di Palestin..
sekurang-kurangnya dalam mereka menangis mengenang penderitaan mereka, mereka masih lagi mampu tersenyum melihat anak-anak mereka begitu semangat ingin berjihad di jalan Allah...
mereka masih dapat tersenyum melihat anak-anak mereka apabila disiksa, tidak lari dari islam, sebaliknya semakin kuat untuk mempertahankan islam..
mereka masih dapat tersenyum mengenangkan yang tersayang mati dalam keadaan berjuang mempertegakkan islam..!!
tetapi kita..??
dalam kita ketawa senang, kita sepatutnya menangis melihat ummah kita sekarang ini...
kita sepatutnya terkesan dengan diri kita yang masih belum berbuat apa-apa untuk agama ini...
kita sepatutnya malu dengan diri yang belum mampu menyumbang sesuatu sebagai hamba Allah yang menghuni di bumi ini...

owh...bangkitlah wahai saudara-saudaraku sekalian...
bangkitlah dari kelekaan kita...
kita sudah menjadi pemuda...
ya..pemuda yang diperlukan untuk membangkitkan kembali islam...
pemuda yang Allah tetapkan kita berada dalam kesenangan untuk berjuang dalam keadaan ini...
sudah tiba masanya untuk kita mulai serious..
untuk mula menggerakkan langkah berjuang melalui cara kita yang tersendiri..
untuk mentarbiyah ummah...membawa kembali ummah ini ke jalan agama yang diredha Allah..
tiada masa lagi untuk kita berhayal, bermain, berseronok...
tanggungjawab yang kita perlu laksanakan lebih banyak dari masa yang kita ada...
keadaan agama kita sekarang ini sedang menyeru-nyeru kita untuk membantu...
untuk melaksanakan tanggungjawab kita terhadap saudara seagama kita..
saudara yang perlu kita sayangi kerana Allah..
meskipun tidak pernah berjumpa, namun kesakitan mereka sepatutnya kita rasai...

isu Palestin bukan isu politik, isu Palestin isu kita...
isu Palestin tidak akan selesai selagi mana tanggungjawab kita belum terlangsai...

Allahu taala a'lam..




~pekikan itu masih lagi kedengaran...apa sahaja yang sudah kita lakukan..??~

Jan 16, 2011

Jangan kita KOSONG!~

Assalamualaikum wbt ikhwah wa akhawat, brothers and sisters...

Masih belum terlambat untuk kita melihat peristiwa di belakang bulan Safar yang kita berada di dalamnya sekarang... Semoga dipermudahkan urusan kita di musim2 exams ni... InsyaAllah =)


Susunan: ‘Atif Abdul Hadi

Bulan Safar ialah salah satu daripada 12 bulan Hijriah, bulan-bulan Arab yang telah dikenali dan dirayakan oleh masyarakat Arab dan bulan-bulan Islam yang diperakui dan mempunyai hubungan yang erat dan berterusan dari segi ibadah dan syiar.

Bulan Safar ialah bulan yang datang selepas bulan Muharram dan sebelum bulan Rabiul Awwal yang merupakan bulan kelahiran pembawa petunjuk buat manusia. “Safar” bermakna kosong. Setengah mereka mengungkapkan: Dinamakan demikian kerana Mekah telah tiada penghuninya (kosong daripada penduduknya) apabila mereka bermusafir. Ada pula yang mengungkapkan: Dinamakan bulan ini dengan Safar kerana ketika mereka memerangi sesetengah kabilah, mereka akan meninggalkan kabilah itu tanpa sebarang makanan ( iaitu mereka merampas makanannya sehingga tiada lagi makanan yang tinggal). Ini berdasarkan maksud yang dinyatakan oleh Ibn Manzur di dalam kitab Mu’jamnya (Lisan al-Arab: 4/462-463)

Pengetahuan tentang peristiwa-peristiwa yang telah dilalui dalam sejarah kita khususnya di bulan-bulan Hijrah sangat penting bagi seorang muslim umumnya dan seorang pendakwah khasnya supaya kita dapat mengikuti jalan hari ini seperti jalan-jalan masa lalu dan kita dapat membangunkan sejarah mendatang dengan penuh gemilang dan cemerlang.

Perhatikanlah sebahagian peristiwa dan peperangan yang berlaku di bulan Safar:

Perang Abwa’ (Wuddan)

Perang Abwa’ berlaku pada 12 Safar tahun 2 Hijrah yang merupakan peperangan terawal di dalam Islam. Nabi saw turut terlibat di dalam peperangan ini. Pembawa panji Islam ialah Hamzah bin Abdul Mutalib r.a. Rasulullah telah melantik Saad bin Ubadah r.a. untuk menjaga kota Madinah. Pepeperangan ini seakan-akan perang ekonomi ke atas kafilah Quraisy yang menguruskan dagangan ke negeri Syam. Namun di dalam peperangan ini tidak berlaku sebarang pertembungan antara dua pasukan. Di dalam peperangan ini juga Rasulullah telah mengikat perjanjian dengan Makhsyi bin ‘Amru ad-Damriy bahawa tentera muslimin tidak akan menyerang Bani Damrah dan Bani Damrah tidak akan menyerang tentera Islam. Perjanjian antara dua belah pihak ditulis di atas kertas.

Sariyyah ar-Raji’

Satu rombongan dari Kabilah ‘Adhal dan al-Qarah telah tiba menemui Rasulullah saw. Mereka meminta Rasulullah mengutuskan orang yang boleh mengajar mereka tentang agama dan membacakan al-Quran. Rasulullah telah menerima permintaan mereka dan mengutuskan 10 orang sahabat yng dipimpin oleh ‘Asim bin Tsabit r.a. Mudah-mudahan Allah memberi mereka petunjuk. Peristiwa ini berlaku pada bulan Safar tahun 3 Hijrah. Ketika sampai di kampung satu kabilah dari keturunan Huzail orang musyrikin telah mengkhianati dan menyerang mereka. Tujuh dari mereka telah syahid dan tiga darinya menjadi tawanan iaitu Khubaib bin ‘Adi, Zaid bin ad-Datsnah dan Abdullah bin Tariq.

Abdullah bin Tariq telah diikat dengan tali pemidas panah. Beliau telah diseret oleh orang kafir dan dibunuhnya.

Zaid bin ad-Datsnah telah dibeli oleh Suffian bin Umayyah untuk dibunuh sebagai membalas dendam di atas kematian bapanya Umayyah bin Khalaf. Ketika beliau hendak dibunuh orang-orang kafir datang berkumpul untuk menyaksikan saat itu. Lalu Abu Suffian mendekatinya sambil menyoal: “Cuba kau sebutkan wahai Zaid, adakah kau suka Muhmmad menggantikan tempatmu sekarang ini. Kami pancung lehernya dan kau balik dengan selamat menemui keluargamu?” Jawab Zaid: “Demi Allah, aku tidak rela Muhammad saw itu yang sekarang berada di tempatnya ditikam walau sebatang duri pun yang boleh menyakitinya sedangkan aku duduk bersama keluargaku”. Kata Abu Suffian: “Aku tidak pernah melihat seorangpun dari manusia yang mencintai seorang lain sebagaimana sahabat-sahabat nabi mencintai Muhammad”. Kemudian Zaid telah dibunuh.

Adapun Khubaib telah dibeli oleh Uqbah bin al-Harits untuk dibunuh, kerana Khubaib telah telah membunuh bapanya, al-Harits di dalam peperangan Badar. Orang musyrikin membawanya keluar ke tanah lapang. Merek telah membuat salib dari kayu untuk menyalibnya nanti. Khubaib telah berkata: “Tinggalkan aku sekejap untuk aku solat dua rakaat. Mereka membenarkan beliau solat. Setelah selesai menunai solat dua rakaat buat kali terakhir, beliau kembali menemui mereka sambil berkata: “Kalau kamu menyangka aku ini takut dan gerun dengan mati tentulah aku solat lebih dari itu”. Sebenarnya Khubaib ra. merupakan orang yang pertama yang merintis jalan bersolat dua rakaat sebelum pembunuhan. Ketika mereka mengikatnya di kayu salib beliau telah mengadapkan wajahnya kepda Allah sambil bermadah: “Ya Allah, sekiranya Engkau menghendakiku berkat, pada anggotaku yang hancur lumat, persetankan tubuhku dibunuh mati, untuk Allah kematianku pasti”.

Sariyyah Bi’ru Maunah

Seramai 70 orang sahabat terpilih telah syahid di dalam tragedy Bi’ru Maunah pada 4 Hijrah. Mereka dikenali sebagai “al-Qurra’” kerana mereka sibuk mengumpulkan kayu api di siang hari dan solat di malam hari. Mereka mendermakan hasil jualan kayu api kepada golongan miskin. Di antara mereka ialah Al-Munzir bin amru al-Ansari, al-Harits bin as-Sommah, Haram bin Mulhan saudara Bani ‘Adi bin an-Najjar, Urwar bin Asma’ bin as-solat, afi’ bin Badil bin Warqa’ al-Khuzaiy, Amer bin Fuhairah pembantu Abu Bakar as-Siddiq dn al-hakam bin Kisan.



Terjemahan dari http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=26633&SecID=0

p/s: Semoga rohani dan jasmani kita tidak kosong dan dapat terus terisi di bulan yang memerlukan kita banyak bermujahadah dan memohon pertolonganNYA... insyaAllah.

Jan 2, 2011

Hati-Hati Di Jalanan... Kamu?

Ketika memandu di jalan yang tidak rata dan berlubang, apakah yang anda lakukan?

Ketika meredah hutan mendaki bukit ketika sedang beriadah bersama rakan-rakan, langkah bagaimana yang akan anda ambil?

Ketika sedang meredah sungai yang dasarnya dipenuhi batu-batu untuk ke seberang, berapa banyak perhatian anda pada setiap langkahanmu?

Juga, ketika melalui jalan yang penuh duri, bagaimanakah anda akan menempuhnya?

Tiada cara berjalan yang lain, melainkan berjalan secara berhati-hati agar tidak terbabas apabila tayar termasuk lubang, tidak terjatuh ketika sedang mendaki, tidak tergelincir ketika sedang menyeberang, dan tidak terluka ketika sedang melalui jalan berduri.

Ini respond manusia, respond yang dipengaruhi oleh pancaindera kita terutamanya mata yang melihat risiko-risiko yang bakal dihadapi jika tersilap melangkah. Respon yang dihantar ke otak untuk mentafsir dan mengawal pergerakan kaki agar berhati-hati dan anggota lain untuk bersedia untuk sebarang kemungkinan. Tidak dinafikan, kedua mata anugerah Allah ini cukup bernilai bagi setiap individu yang dilahirkan mampu untuk melihat.

Namun, bagaimana dengan respon iman terhadap apa yang kedua mata ini lihat di sekelilingnya? Mari, duduk seketika bermuhasabah tentang sejauh mana mata kita ‘berhati-hati’ terhadap apa yang kita lihat.

Realiti persekitaran

Dunia, dan segala isinya hampir penuh dengan perkara yang memenuhi kehendak musuh iman. Siapakah musuh iman? Dialah AN-NAFS, yang mendiami diri manusia sejak azali, yang sukar untuk mengakui bahawa dirinya adalah hamba Allah sebelum Allah izinkannya mendiami tubuh sebaik-baik ciptaanNya, yakni manusia.

Maka kepada saudara-saudaraku yang masih mampu melihat dengan mata zahirmu, pandanglah ke sekeliling! Kemudian bermuhasabahlah. Apa masih persekitaranmu mentaati Allah? Apa masih persekitaranmu wujud suasana soleh yang mendorongmu untuk mencari redha Allah? Apa masih ada lagi saudara-saudaramu yang sama-sama mengajakmu menjaga mata pandangan daripada memandang perkara yang haram buatmu?

Astaghfirullahal azim…

Jadi bagaimana anda boleh berhati-hati dalam perkara zahir seperti lubang, duri dan batu, tetapi buta dan leka apabila berdepan dengan perkara di persekitaranmu yang turut menggunakan pancaindera yang sama?

Semuanya kerana mata lahiriah kita, tidak punya ‘sesuatu’ yang dipunyai oleh mata hati. Namun perbandingan antara keduanya, cukup untuk membuat kita berfikir sejenak. Itulah AL-IMAN, yang seharusnya mendasari setiap anggota, setiap langkah, setiap detik, setiap nafas malah setiap degupan jantung kita!

Iman mendasari mata hati

Yakin, percaya, membenarkan dan tunduk kepada Allah yang Esa dan mengikuti ajaran PesuruhNya adalah asas kepada jati diri manusia. Asas inilah yang diperlukan untuk setiap daripada kita menjadi lebih berhati-hati dalam setiap perkara yang kita lihat, kita buat dan kita pilih. Juga keyakinan inilah yang bakal menentukan respond kita terhadap perkara-perkara di sekeliling kita.

Daripada Rasulullah SAW:

Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka dia hendaklah menegah kemungkaran itu dengan tangannya. Jika tidak mampu, hendaklah ditegah dengan lidahnya. Kemudian kalau tidak mampu juga, hendaklah ditegah dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman . (HR Muslim)

Hakikatnya, manusialah yang memerlukan iman. Manusialah yang perlu menjaga dan memelihara imannya. Kelalaian menjaganya tidak merugikan sesiapa, tetapi merugikan diri kita sendiri juga akhirnya.

Maka saudaraku, saya ingin tanya semula kepada anda. Bagaimana respond iman anda apabila melihat dunia dan realitinya?

Jika masih ada terasa sedih dengan realiti manusia, suburkanlah rasa itu dengan usaha untuk memperingatkan mereka.

Jika terasa marah dengan tindakan manusia lain, kawal rasa itu dan ubah dengan menegur secara bijaksana.

Jika terasa bahagia dengan suasana soleh yang telah tercipta, alhamdulillah dan peliharalah ia.

Jika anda tidak punya rasa, getaran atau tidak tersentuh hati anda pada setiap yang berlaku, maka sujudlah kembali, memohon keampunan pada Allah kerana bimbang sudah kehilangan hati dan sensitiviti imannya.

Kerana secara lahiriah dan ruhaniahnya, kita seharusnya berhati-hati. Moga Allah redha.