Dec 14, 2013

Ibrah: Bubur Asyura




Assalamualaikum.Moga semuanya sentiasa dalam keadaan baik dan terjaga hendaknya.Memandangkan saya bukanlah master chef mahupun Jamie Oliver,untuk resepi kali ini saya banyak refer daripada internet dan blog orang lain sahaja. 

Sebelum itu,mari kita lihat apakah ibrah yang boleh kita ambil daripada bubur asyura ini?

Eh,ini ruangan resepi lah.Ada jugak ke ibrahnya?InshaAllah.Inilah indahnya Islam,bagi setiap benda yang terjadi.


Sebab,kita taknaklah tergolong macam orang yang Allah sebut dalam surah Al-A’raf,ayat 179:


“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi.Mereka itulah orang-orang yang lalai.”



Ibrah Bubur Asyura.


1)Kalau kita perhatikan cara-cara atau bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan bubur asyura,ianya mungkin berbeza mengikut budaya dan tradisi setiap negeri.Rasanya juga mungkin berbeza, namun begitu masih tidak dibuang matlamat yang asal iaitu untuk menghasilkan bubur asyura.Asasnya juga masih tetap sama iaitu bubur yang mengandungi pelbagai campuran bahan.


Namun begitu,bukanlah niat saya ingin menimbulkan assabiyah antara negeri, jika kita lihat dari sudut Islam dan DnT (dakwah dan tarbiyah) ini,setiap dari kita mempunyai alat yang berbeza untuk mencapai matlamat yang satu iaitu Mardhotillah(keredhaan Allah).Mungkin cara anda,saya dan mereka berbeza, tapi pastikanlah agar kita tidak tergelincir daripada tujuan asal kita diciptakan di atas muka bumi ini ; menjadi Abid dan Khalifah.Kerana itu pentingnya kita untuk men’tajdid’ niat kita selalu.Malah,sangat penting  untuk kita meletakkan sepenuh kepercayaan dan keyakinan (tsiqah) kepada Allah,kerana Dialah sebaik-baik tempat bergantung harapan.


2.Saya juga dapat belajar satu lagi perkara,seperti bubur ini yang memerlukan kandungan air atau santan yang secukupnya, diri ini juga begitu. Kalau bubur diberi air atau santan yang terlebih ia akan menjadi cair,jika terkurang pula akan mengeras dan menjadi kurang enak.Ia memerlukan bahan-bahan yang seimbang untuk mendapat hasil yang terbaik.Begitulah diri ini.Memetik kata-kata sahabatfillah saya,
 

”hati ini akan mati kalau asyik cakap tentang Allah sehingga lupa untuk bercakap dengan Allah”


Astaghfirullah...hati ini juga memerlukan supplement harian.


Resepi yang akan saya kongsikan dibawah adalah hasil ihsan daripada blog orang lain.Untuk mengetahui dengan lebih terperinci dan melihat pelbagai jenis resepi bubur asyura, anda boleh klik di link ini,




RESEPI BUBUR ASYURA JOHOR/ BUBUR LAMBUK

BAHAN-BAHAN:


-2 cawan beras
-2-3 senduk santan
-1 labu bawang besar*
-4 ulas bawang putih*
-1 inci* bahan * dikisar
-2 cawan / lebih daging lembu kisar / daging ayam kisar / yg cincang -1 sk serbuk lada putih
-1 sk / lebih serbuk lada hitam 
sedara mara kekacang (kacang tanah, kacang kuda dll – direndam semalaman

-sedikit daun sup / jika tak der boleh letak daun saderi..dipotong halus
-Kentang and carrot secukupnya – dipotong dadu
-Garam+gula secukup rasa 
-Bawang goreng
-4 sb rempah soto ( jika tiada, boleh letak serbuk rempah sup + serbuk rempah kurma )
-1 pkt sup bunjut
-Rempah 4 sekawan
-Air secukupnya
-Serbuk perasa jika suka cth:serbuk pati ayam  
-1/2 sk serbuk jintan putih



BAHAN HIRIS :


3 ulas bawang putih

1/2 inci halia

1/2 labu bawang besar

CARA MEMBUAT :

-Panaskan sedikit minyak, tumis set rempah 4 sekawan, kemudian masukkan bahan hiris, tumis seketika baru masukkan bahan kisar.....tumis hingga sedikit garing & naik bau. 
-bancuh perencah soto / sup ngan ½ cawan air, masukkan dlm tumisan tadi.....tumis seketika 
-masukkan daging ayam, masukkan lada hitam/putih n sup bunjut dan sedikit air dulu.,...kacau seketika masukkan beras, kekacang jika suka, air secukupnya, sedikit garam dulu, sikit gula & serbuk pati ayam jika suka.Biar ia mendidih 
-Apabila nampak beras hampir kembang,baru masukkan kentang+carrot 
-slps kentang, carrot n kekacang lembut, masukkan santan dan tambahan air masak jika nampak terlalu pekat.( masak cam buat bubur nasi gitu ) 
-perasakan dgn garam secukupnya 
-bila dah masak, tabur bawang goreng dan daun sup / daun saderi.... (*keluarkan set rempah 4 sekawan n sup bunjut dari bubur ) 
-Sedia dihidangkan panas2 cthnya bersama telur dadar halus,daun sup/daun saderi dan serunding ikan/daging/ayam
 


RESEPI BUBUR ASYURA KEDAH 

BAHAN-BAHAN:

-1 cawan tepung beras  
-2 1/2 cawan santan campur garam  
-gula pasir ikut manis  
-gula merah utk mewarnakanya  
-1 btg jagung  
-1 biji pisang dadukan  
-1 biji keledek dadukan rebus 1/2 masak  
-1/2 cawan kacang hijau rebus  
-dan lain2 bahan yg anda suka



CARA MEMBUAT:

  1. campurkan tepung gula santan kacau sebati
  2. panaskan dengan api yg perlahan
  3. setelah mendidih masukan kesemua bahan-bahan tadi
  4. kacau sehingga pekat dan rasa manisnya kalau  keras tambah sikit lagi santan.angkat dan tuang dalam loyang,sejukkan dan potong.



P/S: anyway,tak semestinya waktu 10 muharram je boleh buat bubur asyura,memandangkan sekarang ni cuaca tak menentu dan kerap je jatuh sakit,apa kata tambah kemanisan ukhwah anda sekalian dengan buat bubur ni untuk sahabat fillah korang yang tak sihat tu..barulah sweet tanpa diabetes bak kata Mr.bie.. eheh  ;)


Penulis,


bukan_masterchef

1612
Medical University of Warsaw