PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan bom kereta yang berlaku di Ankara pada 13 Mac 2016 yang sehingga kini telah meragut 34 nyawa dan mencederakan 125 orang. Kerajaan Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada Kerajaan Republik Turki serta kepada keluarga mangsa yang terlibat di dalam serangan tersebut.   Kerajaan Malaysia menganggap serangan terbaru ini sebagai satu tindakan keganasan dan pihak bertanggungjawab perlu dibawa ke muka pengadilan.

Kedutaan Besar Malaysia di Ankara kini sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa di Turki untuk mengesahkan sekiranya terdapat rakyat Malaysia yang terlibat dalam serangan tersebut. Sehingga kini, tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam kejadian ini. Kedutaan juga akan terus berhubung dengan rakyat Malaysia di sana termasuklah para pelajar yang menuntut di Ankara. Kementerian Luar Negeri ingin mengingatkan rakyat Malaysia yang bermastautin atau pun yang melawat Ankara hendaklah sentiasa mengutamakan keselamatan dan memantau suasana sekeliling serta mematuhi nasihat yang dikeluarkan Kerajaan Republik Turki.

Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Ankara akan terus memantau situasi ini dari semasa ke semasa. - Bernama

Remaja jumpa MH370 di pantai Mozambique

Remaja jumpa MH370 di pantai Mozambique

KUALA LUMPUR: Seorang remaja Afrika Selatan menjumpai satu serpihan yang mungkin sebahagian daripada MH370, yang hilang dua tahun lepas, lapor Reuters. Menurut agensi berita itu, Liam Lotter, 18, memberitahu radio East Coast Afrika Selatan bahawa dia menjumpai serpihan berkenaan di pantai Mozambique ketika bercuti Disember lepas dan keluarganya membawa serpihan itu pulang ke rumah mereka di Afrika Selatan.    
Reuters melaporkan bahawa remaja itu berkata, selepas satu serpihan yang disyaki berasal daripada MH370 dijumpai di Mozambique minggu lepas, keluarganya mengaitkan serpihan itu dengan serpihan yang dijumpainya.
Agensi berita itu melaporkan bahawa kepingan logam berwarna putih sepanjang satu meter itu sedang dikaji oleh para pegawai di Australia dengan bantuan pihak berkuasa Malaysia serta wakil pengeluar pesawat berkenaan, Boeing Co.
Pihak berkuasa Afrika Selatan merancang menyerahkan serpihan yang dijumpai Lotter itu kepada pasukan Australia yang sama. Pada Khamis lalu, ‎media melaporkan, serpihan pesawat yang ditemui di tebing pasir‎ Mozambique awal bulan ini, dipercayai milik MH370, selamat sampai ke tanah air untuk dianalisa sebelum‎ dihantar ke Australia bagi pengesahan lanjut.


MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang daripada skrin radar pada 8 Mac ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Setakat ini, satu-satunya serpihan pesawat malang itu yang dijumpai ialah sebahagian daripada sayapnya yang terdampar di pantai Pulau Reunion Julai tahun lalu. - Bernama



TUDM fokus siasat punca insiden CN235

pesawat TUDM CN235

KUALA LUMPUR - Kesemua bahagian pesawat CN235 yang membuat pendaratan cemas di Pantai Kuala Selangor telah berjaya dibawa keluar dan bahagian tersebut akan dibawa ke Pangkalan Udara Subang bagi tujuan pemeriksaan. Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Roslan Saad berkata, pihaknya memberikan fokus utama dalam mencari punca insiden ini berlaku.

Menurutnya, pasukan Lembaga Penyiasatan TUDM kini memberi tumpuan penyiasatan mereka kepada sistem janakuasa pesawat (Power Plant System).

“Flight Data Recorder (FDR) dan Voice Data Recorder (VDR) pesawat masih lagi di analisa oleh pihak OEM di Bandung Indonesia. Sementara itu Digital Engine Control Unit (DECU) pesawat telah dihantar kepada Nusantara Turbin dan Propulsi (NTP), di Bandung, semalam (kelmarin) untuk pemeriksaan.

“TUDM juga akan menghantar kedua-dua enjin pesawat yang berjaya dibawa keluar dari kawasan insiden ke NTP pada hari esok (hari ini) untuk pemeriksaan dan di analisa oleh pihak OEM,” katanya.
Katanya lagi, Lembaga Penyiasatan turut mendapat kerjasama Bahagian Kejuruteraan dan Teknikal dari PT Dirgantara Indonesia (PTDI) dan juga Nusantara Turbin dan Propulsi (NTP) Indonesia.

Tambahnya, sepanjang usaha-usaha mengapung dan membawa keluar pesawat ini dijalankan, TUDM telah mendapat bantuan dan kerjasama dari Tentera Darat, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), pihak berkuasa tempatan serta nelayan-nelayan dan masyarakat tempatan.
Sebelum ini, Roslan melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menghulurkan bantuan kepada TUDM.
Dalam kejadian Februari lalu, pesawat CN235 TUDM itu yang membawa lapan anak kapal telah mendarat cemas di pesisir pantai berhampiran Batu 2, Kuala Selangor.
Kesemua anak kapal itu selamat selepas dibantu oleh nelayan tempatan di kawasan itu.


Jurulatih maut, kereta perisai hilang kawalan

Jurulatih maut, kereta perisai hilang kawalan

PEKAN - Seorang jurulatih memandu kereta perisai maut selepas dihempap sebuah kereta perisai dalam kejadian kemalangan di trek pandu uji kilang syarikat berkenaan di sini kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.
Mangsa, Abdul Razak Abdul Jabbar, 46 maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Difahamkan mangsa yang berasal dari Kluang, Johor merupakan seorang pesara tentera yang mempunyai kepakaran dalam mengendalikan kenderaan.
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Amran Sidek berkata, ketika kejadian mangsa sedang mengajar seorang juruteknik, Mohd Amirnuddin Osman, 23, memandu kenderaan tempur berkenaan di litar pandu uji kilang itu.
"Ketika kejadian kereta perisai yang dipandu Amirnuddin sedang menuruni laluan bukit di litar berkenaan bagaimanapun ia hilang kawalan sebelum berpusing beberapa kali.
"Keadaan itu menyebabkan mangsa tercampak keluar dari kereta perisai itu dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya kepada pemberita hari ini.
Menurut Amran, mayat mangsa dibawa ke Hospital Pekan untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga untuk dikebumikan di kampung halaman isterinya di Pahang Tua dekat sini.
Jelasnya, Mohd Amirnuddin yang mengalami kecederaan ringan di tangan turut dirawat di hospital sama.

KLCC gempar terima ancaman bom

KLCC gempar terima ancaman bom

KUALA LUMPUR - Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur  memaklumkan menerima panggilan daripada polis susulan panggilan  bom di  Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) di sini, malam tadi.
Komander Operasi, PBT Fuad Omar berkata, pihaknya  menerima panggilan itu pada jam 7.11 petang dan bergegas ke tempat kejadian.
Menurutnya, seramai 26 anggota pelbagai pangkat dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) KLCC dan BBP Hang Tuah tiba kira-kira jam 7.29 petang bersama jentera  FRT-3, W.TANKER-1,TTL-1.
"Kami terima panggilan dari polis yang mohon bantuan ada panggilan bom di kawasan parking bawah tanah.
"Anggota telah diarahkan ke lokasi untuk bantuan polis," katanya.

LUAR NEGARA

Singapura kekal bandar termahal di dunia

Singapura

SINGAPURA - Republik Singapura kekal sebagai bandar termahal untuk tiga tahun berturut-turut dalam bancian Kos Kehidupan Sedunia 2016 oleh Economist Intelligence.
Laporan tahunan bancian tersebut menyenaraikan 133 bandar dan Singapura mendapat tempat teratas kerana kos pengangkutan dan utiliti yang tinggi.
"Tempat paling mahal untuk beli dan guna kenderaan," kata kenyataan dari laporan tersebut.
Zurich, Switzerland masih merapati Singapura dari segi kos manakala Hong Kong mula memasuki senarai 10 bandar termahal di dunia.
New York, London juga masih 'berusaha' untuk memasuki senarai Top Ten manakala London berjaya memasuki senarai 10 bandar termahal di dunia.
Kos kehidupan di New York dikatakan semakin mahal dalam tempoh singkat iaitu 5 tahun dan mendaki 45 tangga sejak tahun 2011.

Pertempuran tawan Ta’izz, 57 terkorban

Pertempuran tawan Ta’izz, 57 terkorban

SANA’A - YEMEN. Sekurang-kurangnya 57 orang yang terdiri daripada pemberontak Houthi, tentera Yaman serta orang awam maut dalam usaha menawan semula bandar Ta’izz, kelmarin.
Sumber pasukan tentera berkata, seramai 37 anggota tentera Yaman serta pemberontak Houthi maut dalam pertempuran tersebut dipercayai akibat serangan udara daripada tentera Arab Saudi.
Dalam serangan yang sama, 20 anggota pemberontak yang setia kepada bekas presiden, Abd Rabbuh Mansur Hadi serta orang awam turut terkorban.
Sementara itu, gabenor Ta’izz, Ali al- Maamari berkata, tentera pro-Hadi berjaya menawan bahagian barat serta selatan Ta’izz, termasuklah daerah al-Misrikh.
Ta’izz yang dikenali sebagai bandar budaya di Yaman, telah ditawan oleh kumpulan Houthi dan angkatan tentera bersekutu selama lebih setahun.- Press TV


Hari Wanita: Suami rela 'ditumbuk' isteri

Hari Wanita: Suami rela 'ditumbuk' isteri

HUNAN - CHINA. Beberapa suami di China merelakan diri mereka ditumbuk sempena meraikan Hari Wanita semalam.
Beberapa lelaki di perkampungan di Laojunshan, wilayah Henan dikerumuni puluhan wanita yang menyertai acara ini di mana mereka berpeluang "menumbuk" suami masing-masing, lapor People Daily Online.
Lelaki yang mengambil bahagian dipakaikan beg udara berwarna biru terlebih dahulu yang tertulis:  "Jika anda marah sila pukul saya" sebelum ditumbuk pasangan.
Bagaimanapun, acara ini tidak diambil terlalu serius kerana peserta dilihat ketawa dan bergurau sesama sendiri.
Menurut laporan media China, acara itu dianjurkan untuk menggalakkan pengampunan di antara suami dan isteri serta memperkasakan wanita  sempena Hari Wanita Antarabangsa.
Ia dilihat sebagai satu peluang untuk suami meminta maaf kepada isteri mereka di atas salah laku mereka yang mungkin dilakukan sepanjang tahun lalu.
Hari Wanita Antarabangsa jatuh pada 8 Mac setiap tahun.

Pemimpin Kesatuan Eropah sambut baik tawaran Turki

Pemimpin Kesatuan Eropah sambut baik tawaran Turki

BRUSSELS - BELGIUM . Pemimpin Kesatuan Eropah (EU), kelmarin menyambut baik tawaran Turki untuk membawa pulang pelarian dari rantai itu selain bersetuju dengan beberapa tuntutan lain termasuk dana bantuan tambahan.
Canselor Jerman, Angela Merkel dan Perdana Menteri Britain, David Cameron adalah antara pemimpin menyokong cadangan Turki itu yang dibentangkan ketika sidang tergempar di Brussels.
Bagaimanapun, perkara itu akan dibincangkan oleh 28 pemimpin EU dalam sidang pada 17-18 Mac depan.   
Dalam satu kenyataan, Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu memaklumkan Ankara bersedia untuk membawa pulang kesemua migran pada masa hadapan.
"Objektif utama kami adalah untuk mencegah penghijrahan secara haram dan memerangi sindiket pemerdagangan manusia," katanya dalam satu sidang media selepas sidang tergempar itu.
Sebagai pertukaran, Turki mengemukakan tuntutan kepada EU untuk menambah dana bantuan bagi membantu  pelarian di negara itu.
Selain itu, Ankara turut menuntut perjalanan bebas visa untuk warga mereka dan mempercepatkan rundingan bagi membolehkan ia menjadi anggota EU. - al-Arabiya

Iklan beri pemahaman tentang Islam di New York

Understanding Islam advertisement in New York


NEW YORK - Sebuah iklan dalam bentuk jenaka yang bertujuan untuk menggalakkan pemahaman dan toleransi  mengenai Islam ditempatkan di stesen kereta api bawah tanah di New York, kelmarin.
Iklan yang bertajuk The Ugly Truth About Muslims: Muslims have great frittata recipes  direka dua pelawak, Negin Farsad dan Dean Obeidallah itu juga untuk mempromosikan dokumentari mereka berjudul The Muslims Are Coming.
Menurut Farsad, iklan tersebut berfungsi untuk menangkis persepsi negatif terhadap orang Islam yang sering dikaitkan dengan isu keganasan di Timur Tengah serta krisis kebuluran di negara Afrika.
Difahamkan, iklan tersebut dipaparkan selepas Mahkamah Persekutuan di Manhattan memutuskan bahawa Islam adalah sebuah agama dan bukan parti politik atau individu, Oktober lalu. - Reuters


POLAND NEWS

Veteran Polish adventurer plans third Atlantic crossing


Aleksander Doba. Photo: Wikimedia Commons
Veteran Polish ocean adventurer Aleksander Doba is planning a third solo kayak trip across the Atlantic.

Doba told Poland’s IAR news agency that he plans to set off from the Hudson river in New Jersey in the US on 14 May, on a route of over 3,000 nautical miles. He will head southeast in a bid to avoid transatlantic liners and fierce storms. He aims to reach Europe around 9 September to meet his family on the day of his 70th birthday.
On a previous trip, Doba paddled across the Atlantic's widest point, from Lisbon to Florida. He was 68 at the time. It took him 167 days to complete the longest open-water kayaking expedition across the Atlantic in history, a feat which earned him the 2015 People’s Choice Adventurer of the Year title. (pk)