Jan 17, 2017

[AMARGlobal] WEEKLY WRAP UP (09/01/2017 - 16/01/2017)


DALAM NEGARA:





GEMPA BUMI

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.5 pada skala Richter melanda utara Sumatra, Indonesia malam ini.
Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan berkata gempa bumi itu berpusat 35 kilometer (km) barat daya dari Binjai, Indonesia dan 264km barat daya dari Lumut, Perak.
Gegaran gempa bumi yang berlaku pada pukul 8.42 malam itu turut dirasai di Semenanjung Malaysia, demikian menurut kenyataan itu. - Bernama

BAYI BARU LAHIR DIBIAR DALAM KOTAK TEPI JALAN


KANGAR - Seorang bayi lelaki yang baru lahir ditemukan  di dalam sebuah kotak di tepi jalan masuk ke sebuah pasar raya di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, polis menerima panggilan mengenai perkara itu pada pukul 7.10 pagi.
"Bayi itu dibalut dengan kain dan diletakkan di dalam sebuah kotak. Di dalam kotak itu turut terdapat cadar, tuala, seluar bayi dan dua anak patung," katanya.
Beliau berkata, bayi itu kemudiannya dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah di sini. - Bernama

Pemeriksaan percuma Puspakom bermula Isnin depan




SHAH ALAM - Sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina ini, pemilik kenderaan persendirian berpeluang mendapatkan pemeriksaan kenderaan secara percuma di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bermula Isnin depan hingga 27 Januari.
Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom Mohammed Shukor Ismail dalam kenyataan hari ini berkata, pemeriksaan boleh dibuat di Puspakom seluruh negara kecuali di cawangan Shah Alam; Taman Bukit Maluri, Kuala Lumpur; Mak Mandin, Pulau Pinang dan Kota Bharu, Kelantan.  Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian bebas tol Puspakom 1-800-88-6927 atau layari laman sesawang Puspakom di www.puspakom.com.my.

LUAR NEGARA



Turkish cargo Boeing 747 crashes in Kyrgyzstan





A Turkish cargo jet has crashed near Kyrgyzstan's Manas airport, killing at least 37 people, most of them residents of a village struck by the Boeing 747 as it tried to land in dense fog, Kyrgyz officials said.
Kyrgyz authorities earlier on Monday had stated that the aircraft belonged to Turkish Airlines, a claim the company denied.

ACT Airlines said it was "deeply saddened" by the accident and noted that "the cause of the accident is unknown."


Around 43 houses were damaged by the crash, according to the emergency services ministry.


"The plane crashed into the houses, it killed entire families," one eyewitness told AFP news agency, speaking on condition of anonymity.


"There's nothing left of the houses, people were killed with their whole family, their children. Many people were sleeping."


Prime Minister Sooronbai Jeenbekov was heading a specially-appointed government commission to probe the crash and the country's state prosecutor also opened an investigation.


Kyrgyz President Almazbek Atambayev cancelled his visit to China to return to Bishkek, according to Kyrgyz media.



Authorities said the country will observe a day of mourning on Tuesday.


Sekolah sarkas pelarian






MARDIN yang merupakan sebuah kota purba menakjubkan di sempadan Turki dan Syria, telah menyaksikan kemasukan besar-besaran golongan pelarian sejak konflik tercetus di beberapa negara Timur Tengah pada 2011.
Kajian menunjukkan kanak-kanak dan remaja adalah golongan paling ramai dalam komuniti pelarian terbabit.
Menurut laporan Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia, lebih 700,000 budak dan remaja pelarian Syria mendapat perlindungan di Ankara - 400,000 daripadanya terlepas sesi persekolahan.
Satu daripada cabaran utama yang dihadapi mereka adalah hala-ngan bahasa kerana kebanyakan sekolah di Turki tidak menawarkan kurikulum dalam bahasa Arab walaupun kerajaan memberi respons yang positif terhadap krisis pelarian tersebut.
Keadaan itu menyebabkan ribuan kanak-kanak dan remaja pelarian terpaksa berdepan jurang pendidikan di negara ekonomi membangun tersebut.
Tetapi, sebuah pertubuhan, Art Anywhere Association yang berpusat di Mardin mempunyai pendekatan berbeza bagi mengurangkan halangan bahasa dengan menubuhkan sebuah sekolah sarkas.
Golongan tersebut boleh belajar kemahiran ahli sarkas seperti menjugel, mengimbangi tubuh dan objek serta bermain hula-hoop tanpa memerlukan kemahiran bahasa.
Aktiviti seumpama itu juga membolehkan mereka bersosial dan meningkatkan keyakinan diri masing-masing menerusi persembahan awam yang dapat membantu pendidikan mereka. - al-Jazeera

Penunjuk perasaan desak Netanyahu letak jawatan





TEL AVIV - ISRAEL. Kumpulan penunjuk perasaan berhimpun di laluan utama di sini, kelmarin bagi menuntut pengunduran Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu yang didakwa terlibat rasuah.
Mereka turut melaungkan slogan 'Penjarakan Netanyahu' dan 'Anda mencuri daripada orang miskin untuk diberikan kepada orang kaya' ketika menyertai bantahan tersebut.
Beliau kini disiasat di bawah beberapa tuduhan rasuah secara berasingan termasuk membuat tawaran kepada pemilik akhbar Israel untuk membuat liputan positif.
Selain itu, Netanyahu juga berdepan siasatan atas dakwaan menerima sumbangan haram dan hadiah bernilai kira-kira AS$100,000 (RM446,250) dalam bentuk cerut serta minuman alkohol.
Sebelum ini, pemimpin parti Likud itu juga disiasat selepas dipercayai menerima AS$1.1 juta (RM4.9 juta) daripada penipu dari Perancis, Arnaud Mimran untuk dana kempen ketika pilihan raya pada 2009. - AFP


Amaran kepada Trump



PARIS -PERANCIS.Kuasa besar dunia akan menghantar mesej jelas kepada Presiden baharu Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bahawa hanya penyelesaian dua negara antara Palestin dan Israel sebagai satu-satunya jalan perdamaian selain memberi amaran keras terhadap rancangannya yang mahu memindahkan Kedutaan AS ke Baitulmaqdis.
Kira-kira 70 negara termasuk Eropah dan anggota tetap Majlis Keselamatan PBB kini berada di Paris untuk menyertai sidang damai Timur Tengah yang bermula, semalam.
Bagaimanapun, Israel dan Palestin mengesahkan mereka tidak akan hadir dalam persidangan itu yang berlangsung hampir tiga tahun selepas rundingan damai pusingan terakhir antara kedua-dua belah negara tersebut menemui jalan buntu.
Difahamkan, persidangan itu menyediakan platform kepada negara antarabangsa untuk menghantar isyarat jelas kepada Trump, lima hari sebelum beliau mengangkat sumpah sebagai Presiden baharu AS.
Sebelum ini, Trump pernah berikrar untuk meneruskan dasar pro-Israel dan memindahkan Kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.
"Ia akan menjadi keputusan unilateral yang boleh mencetuskan lagi ketegangan," kata seorang diplomat kanan Perancis. - al-Arabiya



Jan 9, 2017

[AMARGlobal] WEEKLY WRAP UP (02/01/2017 - 08/01/2017)

DALAM NEGARA:

Jakim perjelas isu KFC haram

SHAH ALAM - Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan laporan berkaitan status halal KFC yang tular baru-baru ini.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan di laman rasmi Facebook, Jakim berkata, maklumat yang tersebar sejak tahun 2007 berkenaan laporan tinjauan Ustaz Daud Che Ngah ke loji pemprosesan ayam KFC adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali. Menurut Jakim, KFC (Malaysia) merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini.
"Proses pengeluaran Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah mengambil kira setiap ramuan dan proses yang berkaitan di dalam pengeluaran sesuatu produk dengan teliti oleh pakar Syariah dan juga Teknologi Makanan.
"Pegawai pemeriksa yang ditugaskan bukan sahaja membuat pemeriksaan dokumen, malah membuat pemeriksaan pematuhan berdasarkan Standard dan Prosedur SPHM di kawasan kilang yang mengeluarkan produk bagi memastikan apa jua pengisytiharan yang dibuat dipatuhi," jelas Jakim dalam satu kenyataan

Galak guna beg mesra alam, bukan suruh beli plastik

beg mesra alam

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor perlu menggalakkan penggunaan beg mesra alam sebagai alternatif kepada peraturan yang memperuntukkan bayaran 20 sen untuk satu beg plastik.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata, pengharaman penggunaan beg plastik di Selangor yang berkuat kuasa 1 Januari lepas dilihat tidak membantu matlamat mewujudkan persekitaran yang bersih.

"Matlamat untuk wujudkan persekitaran bersih tidak akan tercapai sekiranya kemudahan untuk membeli beg plastik disediakan.
"Justeru, alternatif lain perlu dirancang seperti menggalakkan pemberian beg terbiodegradasi yang lebih mesra alam, dan bukannya suruh rakyat beli beg plastik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebelum menyampaikan watikah pelantikan kepada 380 pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dan 380 setiausaha JKKKP Selangor, di sini hari ini.
Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Elizabeth Wong dilapor berkata bayaran 20 sen bagi penggunaan beg plastik itu adalah selaras dengan 'Kempen Selangor Bebas Plastik' yang berkuat kuasa 1 Januari lepas. - Bernama



Gesa jangan diskriminasi NGO bantu Rohingya

Syed Hamid Albar

KUALA LUMPUR - Kerajaan Myanmar diminta tidak mendiskriminasi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negara ini dalam melaksanakan misi bantuan kemanusiaan kepada rakyat negara itu khususnya etnik Rohingya.
Duta Khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi Myanmar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, Myanmar perlu bersikap adil terhadap semua negara Asean termasuk Malaysia.
"Mereka membenarkan Indonesia untuk bawa bantuan mengapa tidak benarkan Malaysia? Kita bukan datang dengan tujuan menghantar tentera untuk menggunakan kekerasan. Kita datang oleh kerana dunia tahu bahawa kaum terbabit di utara Rakhine atau di barat Myanmar memerlukan bantuan kemanusiaan.
"Saya harap mereka patuh kepada semangat Asean. Jangan pula diskrimasi negara ke negara," katanya selepas pelancaran 2017 sebagai Tahun Solidariti Antarabangsa Bersama Rohingya di sini hari ini. Syed Hamid berkata Malaysia berharap mendapat sokongan negara Asean lain dalam meminta Myanmar menghentikan kezaliman terhadap etnik Rohingya di negara itu.
Beliau berkata pihaknya sedang mengumpul maklumat dan dokumen sebagai bukti berhubung kekejaman yang berlaku di Myanmar untuk dibawa ke Mesyuarat Tergempar Majlis Menteri-menteri Luar OIC pada 19 Jan ini di Kuala Lumpur.
Mesyuarat itu bertujuan membincangkan situasi yang berlaku terhadap masyarakat minoriti Islam Rohingya di Myanmar dan sebagai isyarat kepada Myanmar  bahawa komuniti Islam dunia mahu kerajaan negara itu memastikan bantuan kemanusiaan sampai ke kawasan terjejas. – Bernama

Kenyataan Irwan bukti ekonomi Malaysia tenat

BENTONG - Kenyataan yang dikeluarkan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (MoF) Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah mengenai rakyat boleh guna BR1M beli Proton Iriz untuk menjadi pemandu Uber dan orang miskin tidak dikenakan GST menunjukkan bahawa keadaan ekonomi negara kita dalam keadaan yang tenat.
Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli mendakwa, berdasarkan kenyataan itu membayangkan dan menyakinkan rakyat dan pelabur satu dunia bahawa ekonomi Malaysia berkedudukan dalam keadaan yang rapuh.
Malah katanya, apabila kenyataan itu datang daripada ketua setiausaha perbendaharaan, kenyataan itu lebih teruk dan memalukan daripada kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh timbalan menteri.
“Apabila orang nombor satu dalam pentadbiran ekonomi negara kita yang bukan dari kalangan ahli politik bagi kenyataan yang lebih teruk, sebab itulah semua pelabur lari dan pelabur baru tidak masuk.
“Akibat daripada pelabur asing lari sebab itu nilai mata wang jatuh dan apabila nilai mata wang jatuh maka ekonomi pun jadi tidak baik yang menyebabkan harga barang pun naik,”katanya.
Beliau berkata sedemikian ketika ditemui pemberita dalam Program Sertai Invoke Jumpa Rafizi di Pusat Khidmat Keadilan Bentong di sini.

Malaysia sedia hadapi pembatalan TPP

TPP

IPOH - Malaysia bersedia menghadapi sebarang kemungkinan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) tidak diteruskan berikutan kenyataan bakal Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan menarik keluar negara itu daripada TPP.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan membayangkan negara ini mungkin menerima kesan negatif jika inisiatif itu tidak dilaksanakan kerana kajian mendapati TPP membantu meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta perolehan dan peluang pekerjaan.
Menurutnya, TPP akan gagal tanpa penyertaan AS memandangkan Washington adalah ekonomi terbesar dunia yang menguasai 40 peratus ekonomi global "Kalau AS tidak meneruskan TPP ini, saya rasa dia (Donald) juga akan menghadapi masalah kerana dia tidak sedar ini adalah satu trend yang mana 420 daripada 620 perjanjian perdagangan bebas telah dimuktamadkan.
"Jika AS memilih untuk menutup pintu bermakna barangan dia tak boleh dieskport dan barangan dari negara lain pun tidak boleh masuk dan ini akan menjejaskan ekonomi dunia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baharu Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Poi Lam di sini, hari ini.
Beliau mengambil contoh cukai import barangan elektrik dan elektronik yang dikenakan kepada Malaysia untuk memasuki pasaran AS kini adalah purata lima peratus namun dengan TPP, duti ke atas produk berkenaan akan dimansuhkan.
TPP merupakan perjanjian perdagangan bebas yang dirundingkan sebagai sebahagian besar daripada Perkongsian Ekonomi Strategik Trans-Pasifik sejak 2010.
Pakatan yang melibatkan 12 negara, iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, AS, Vietnam dan Malaysia, memuktamadkan rundingan TPP di Atlanta pada 5 Oktober 2015 dan menandatangani perjanjian itu di Auckland pada 4 Februari 2016.
TPPA yang dikatakan sebagai pakatan perdagangan terbesar, paling menyeluruh dalam sejarah dan dianggap sebagai perjanjian perdagangan utama, menetapkan standard yang tinggi dalam perjanjian pelbagai hala. – Bernama

TH pohon 8,000 kuota tambahan

Haji

GEORGETOWN - Tabung Haji (TH) akan memohon untuk mendapatkan kuota tambahan sebanyak 8,000 jemaah haji pada tahun ini daripada Kerajaan Arab Saudi.
Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata kuota jemaah haji yang diberikan oleh Kerajaan Arab Saudi ketika ini ialah 22,320 setahun.
"Kami berharap dapat menambah bilangan tersebut sehingga 30,000 berdasarkan anggaran jumlah keseluruhan penduduk ketika ini sebanyak 30 juta," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Misi Keamanan Ke Myanmar 'Food Flotilla For
Myanmar' di sini hari ini.
Menurutnya, beliau dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta beberapa wakil TH akan ke Arab Saudi pada 25 Jan ini untuk membincangkan perkara berkenaan.
"Kami akan berjumpa dengan Raja Salman (Raja Arab Saudi) dan Timbalan Putera Mahkota Mohammed Nayef serta Menteri Haji Saudi (Arab Saudi) untuk berbincang berhubung isu ini," katanya.
Dalam pada itu, Abdul Azeez memberitahu jika permohonan kuota tambahan itu berjaya, pihaknya akan mempertimbangkan satu mesyuarat bersama Anggota Lembaga TH untuk turut meningkatkan kuota jemaah haji bagi golongan muda. - Bernama

Ambil peluang cuti hujung minggu untuk melancong

Matta Fair

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia digalakkan mengambil peluang cuti hujung minggu yang panjang pada tahun ini untuk melancong di dalam negeri, negara serantau atau luar negara.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) Phua Tai Neng, walaupun persekitaran ekonomi agak mencabar, rakyat Malaysia perlukan rehat untuk menghilangkan tekanan.
"Meskipun keadaan ekonomi (pada masa ini), anda dan saya perlu bercuti untuk menghilangkan tekanan, sama ada di dalam, luar negara atau serantau," katanya pada sidang media selepas majlis pengundian bagi pempamer untuk Matta Fair 2017 di sini, hari ini.    
Pameran dwi tahunan itu katanya, akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini dari 17 hingga 19 Mac.    
Beliau berkata, terdapat 300 gerai pameran untuk pelancongan domestik berbanding 200 gerai pameran pada pameran September tahun lalu.
"Kami juga menyasarkan jualan sebanyak RM180 juta, sama seperti pameran sebelum ini," katanya dan menambah 100,000 pengunjung dijangka hadir ke pameran itu. - Bernama

Jualan barang kemas terjejas

emas


WALAUPUN harga emas di pasaran antarabangsa menunjukkan penurunan, harga barang kemas di Malaysia tetap kekal di paras tinggi, lapor Oriental Daily.
Mengikut tinjauan yang dilakukan, akibat kejatuhan nilai ringgit, kebanyakan kedai emas tidak dapat menurunkan harga kerana mereka menggunakan dollar Amerika dalam urusan jual beli.
Dijangkakan, jualan barang kemas akan terjejas sehingga 20 peratus walaupun perayaan Tahun Baharu Cina semakin hampir.
"Pada tahun lalu, nilai tukaran untuk AS$1 adalah RM3.80. Hari ini, nilainya meningkat kepada RM4.51. Itulah punca harga emas di negara kita naik walaupun harga telah menurun di pasaran antarabangsa.
"Sebagai contoh, harga emas 916 telah meningkat kepada RM205 segram," kata Pengerusi Persatuan Pengusaha Kedai Emas Melaka, Yap Eng Kee.
Menurutnya, ketika ini jualan barang-barang kemas merosot kerana ramai orang tertekan dengan kenaikan harga barang keperluan serta musim sesi persekolahan baharu.

Ringgit menjunam paras terendah

ringgit

SHAH ALAM - Mata wang ringgit menjunam ke paras terendah  iaitu RM4.5002 berbanding dolar Amerika Syarikat sejak krisis kewangan Asia 1998.
Menurut data dari Bloomberg, ringgit yang terus berdepan dengan tekanan melepasi paras psikologi RM4.50 pada jam 11.20 pagi, semalam.
Pergerakan ringgit terus menjunam untuk 40 minit seterusnya, mencecah paras RM4.5002 sedolar pada jam 12.22 tengah hari.
Kadar pertukaran dikeluarkan Bank Negara menunjukkan harga jualan AS$1 adalah RM4.5010 pada tengah hari.
Ringgit mencecah titik terendah pada nilai RM4.88 berbanding AS$1 pada Januari 1998.
Perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad kemudiannya memutuskan ringgit ditambat pada kadar RM3.80 berbanding dolar.
Malaysia menarik semula tambatan ringgit pada 2006, yang menyaksikan nilai mata wang negara meningkat berbanding dolar .
Pada kemuncaknya, ringgit mencapai purata bulanan RM2.987 berbanding dolar pada Ogos 2012.
Bagaimanapun, prestasi ringgit semakin lesu menjelang 2013 dan pada Julai 2015, ia terus menjunam melepasi peringkat kadar tambatannya pada RM3.80.

LUAR NEGARA

Pelan pengubahsuaian Syria diputuskan

Pelan pengubahsuaian Syria diputuskan

BEIRUT - SYRIA. Kerajaan Syria kelmarin memutuskan pelan kerja untuk memulihkan perkhidmatan, industri dan keselamatan di bandar utara Aleppo.
Menurut laporan media tempatan, Kabinet menyatakan telah mempunyai rancangan untuk mendapatkan bekalan air, elektrik dan bahan api, menilai bangunan yang boleh dibaiki serta membuka jalan supaya penduduk boleh kembali menjalani kehidupan dengan normal.
"Kabinet telah meluluskan satu pelan kecemasan dengan Kementerian Pelajaran untuk membaiki 50 sekolah di bahagian timur dalam tempoh enam bulan akan datang. Pada permulaan tahun akademik baharu, ia mahu 100 sekolah dibaiki," menurut laporan itu.
Pelan baik pulih turut termasuk pemulihan lima pusat kesihatan dan dua hospital, serta pengubahsuaian lapangan terbang Aleppo dan landasan kereta api sepanjang 18 kilometer.
Selain itu, kerajaan juga merancang untuk memulihkan industri kerana Aleppo merupakan bandar paling ramai penduduk sebelum perang, selain kuasa besar perdagangan dan perindustrian. - Reuters

Bantah zon pelaburan China

Bantah zon pelaburan China

HAMBANTOTA - SRI LANKA. Polis di Sri Lanka terpaksa menggunakan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang membaling batu bagi membantah rancangan zon pelaburan disokong China.
Penunjuk perasaan mendakwa kerajaan Presiden Maithripala Sirisena cuba mengusir ribuan keluarga dalam usaha menyediakan tanah seluas 6,070 hektar bagi projek zon perindustrian untuk pelabur China.
Zon terletak di selatan bandar Hambantota dan China telah membina sebuah pelabuhan serta lapangan terbang bernilai AS$1.5 bilion (RM7 bilion).
Duta Besar China ke Sri Lanka, Yi Xianlang berkata, ini adalah masanya untuk Beijing membantu negara lain yang memerlukan pelaburan.
"Zon pelaburan ini akan menjadi sebuah projek ekonomi kerajaan paling penting dan jika semua berjalan lancar, China akan melaburkan AS$5 bilion (RM22 bilion) dalam tempoh tiga hingga lima tahun dan mewujudkan 100,000 pekerjaan," jelasnya. - Reuters

Permukaan ais Antartika akan pecah

Permukaan ais Antartika akan pecah

SEPULUH peratus permukaan Antartika yang retak sejak Ogos akan pecah dan mencipta bongkah ais (iceberg) gergasi seluas 5,000 kilometer persegi.
Menurut laporan CNN, kawasan tersebut yang dikenali sebagai Larsen C terletak di barat Antartika.
Retak Larsen C mula-mula dikesan oleh pasukan penyelidik, Project Midas pada Ogos.
MIDAS juga melaporkan retak Larsen C semakin bertambah sebanyak 22 kilometer dalam tempoh enam bulan.
Pada Disember, retak Larsen C semakin teruk dan bertambah sebanyak 18 kilometer untuk tempoh sebulan.
"Apabila ia berpisah, Larsen C akan kehilangan lebih sepuluh peratus permukaannya dan mengubah landskap Antartika," kata Ketua Penyelidik Midas, Profesor Adrian Luckman.
Midas mengatakan, risiko untuk seluruh permukaan Larsen C untuk menjadi tidak stabil selepas berpecah adalah tinggi.
Midas bagaimanapun gagal mengaitkan peningkatan suhu dunia sebagai punca fenomena berkenaan.
Pada 2002, 'jiran' Larsen C, Larsen B berpecah dari permukaan utama dan menjadi serpihan kecil, manakala pada 1995 pula, Larsen A pecah pada kadar yang sama.

Perang dingin baharu?

Perang dingin baharu?

MAJALAH Forbes menamakan Presiden Rusia, Vladimir Putin sebagai individu paling berkuasa di dunia susulan tindakannya 'merampas' wilayah Crimea di Ukraine dan campur tangan di Syria telah menjadikan Moscow sebagai kuasa paling kuat tanpa kita sedar ketika ini.

Bagaimanapun, Barack Obama pada akhir bulan lalu telah mengumumkan sekatan terhadap kuasa besar itu sebagai tindak balas terhadap dakwaan Rusia campur tangan dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) pada 8 November lalu.

Tindakan segera Obama sebelum penggal perkhidmatannya yang berakhir 20 Januari ini telah mencetus pelbagai reaksi dan kebimbangan terhadap hubungan diplomatik antara AS dan Rusia yang dikhuatiri akan mencetus perang dingin baharu.

Kremlin turut mengecam sekatan baharu itu yang didakwa melanggar undang-undang selain berikrar 'membalas dendam' walaupun Putin menyatakan beliau enggan bertindak balas dengan keputusan Obama sebaliknya akan berusaha memulihkan hubungan dengan Washington apabila ia berada di bawah kepimpinan, Donald Trump.  

Sekatan adalah respons ke atas serangan siber  digelar Grizzly Steppe dipercayai didalangi Moscow terhadap parti Demokrat yang membawa kepada kemenangan mengejut Trump.

Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) turut memberi butiran bagaimana penggodam Rusia menceroboh emel pegawai Demokrat bagi mempengaruhi pilihan raya AS.

Laporan bersama setebal 13 muka surat itu mendedahkan Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan (FSB) telah menghantar emel malware kepada lebih 1,000 penerima termasuk kerajaan AS pada pertengahan 2015.

FBI mendakwa penggodam dapat akses curi maklumat sensitif termasuk emel dalaman yang membawa kepada kebocoran data beberapa anggota kanan parti.

Menurut laporan FBI, antara sasaran FSB adalah Jawatankuasa Demokrat Kebangsaan (DNC) yang sekali lagi digodam pada awal 2016 oleh Agensi Risikan Utama (GRU).

Ia dipercayai telah menggunakan kaedah spearphishing (menyamar sebagai individu sasaran) dan kempen menyasarkan pertubuhan kerajaan, infrastruktur kritikal, badan pemikir, universiti, badan politik serta syarikat.  

Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan FBI kini percaya insiden yang didedahkan laman pembocor maklumat, WikiLeaks bukan semata-mata bertujuan mengganggu proses pilihan raya AS tetapi lebih khusus untuk menewaskan Clinton, sekali gus membantu kemenangan simpati Trump.

Rusia bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya tuduhan berkaitan penggodaman itu.

Ratu Elizabeth nyaris ditembak

Ratu Elizabeth

SEBAGAI salah seorang monarki di United Kingdom (UK), Ratu Elizabeth mempunyai berpuluh-puluh pengawal bersenjata yang ditugaskan mengawal keselamatannya.
Namun begitu, satu kesilapan kecil oleh Ratu Elizabeth hampir menyebabkan beliau menjadi mangsa tembakan pengawalnya sendiri.
Menurut laporan Independent UK, Ratu Elizabeth mempunyai kesukaran untuk tidur pada waktu-waktu tertentu.
Insomnia yang melanda menyebabkan ratu berumur 90 tahun berkenaan memakai kot dan keluar dari biliknya untuk bersiar-siar.
Pada suatu malam, Ratu Elizabeth menyelinap dari biliknya pada jam 3 pagi untuk bersiar-siar.
Seorang pengawal menyedari tindakan Ratu Elizabeth menyelinap dan menyangka beliau penceroboh.
"Siapa itu?" kata pengawal tersebut memberi amaran dalam gelap malam.
Selepas melihat dengan lebih dekat, barulah pengawal tersebut menyedari individu tersebut adalah Ratu Elizabeth sendiri.
"Gila, Tuanku, saya hampir tertembak awak," kata pengawal tersebut tanpa menyedari tutur katanya.
Walaupun beliau tahu beliau tidak patut berkata sedemikian kepada ratunya, Ratu Elizabeth 'tidak kisah' kerana telah menimbulkan situasi yang janggal.
"Tak mengapalah. Lain kali saya beritahu awak awal-awal supaya awak tidak perlu tembak saya," kata Ratu Elizabeth.
Kejadian yang berlaku di Istana Buckingham tersebut yang diceritakan oleh pengawal berkenaan yang telah meletak jawatan kepada The Times.

Dua maut, 10 cedera serangan ganas di Turki

Dua maut, 10 cedera serangan ganas di Turki

ANKARA - TURKI . Sekurang-kurangnya dua maut manakala 10 cedera dalam kejadian keganasan terbaru di bandar Izmir, kelmarin empat hari selepas serangan berdarah ketika ambang Tahun Baharu yang meragut  39 nyawa.
Timbalan Perdana Menteri, Veysel Kaynak memberitahu, seorang anggota polis dan kakitangan mahkamah terbunuh selepas sebuah kereta meletup di luar mahkamah yang dipercayai didalangi Parti Pekerja Kurdistan (PKK).
Sementara itu, Gabenor Izmir, Erol Ayyildiz berkata, anggota polis terbabit cuba hentikan kereta itu sebelum meletup, namun penyerang terbabit cuba melarikan diri hingga mencetuskan insiden berbalas tembakan yang menyebabkan tujuh individu cedera.
"Fethi Sekin yang maut dalam kejadian itu layak digelar sebagai hero kerana dia berusaha mengelakkan lebih ramai menjadi korban pengeboman tersebut selain turut mengejar penyerang terbabit. Dua militan terbunuh manakala seorang lagi berjaya melarikan diri," jelasnya.
Agensi berita Anadolu melaporkan, dua suspek telah ditahan tetapi tidak jelas sama ada mereka adalah militan yang terlibat dalam insiden berbalas tembakan terbabit.   
"Dua kalashnikov, tujuh roket dan lapan bom tangan dirampas. Penyerang mungkin merancang serangan ganas di dalam kompleks mahkamah terbabit," menurut laporan itu lagi.  - AFP

Dihukum penjara 7 tahun, aktivis terkenal Mesir dibebas

KAHERAH - MESIR . Aktivis terkenal ketika revolusi kebangkitan rakyat di Mesir pada 2011 telah dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara tujuh tahun.
Menurut peguamnya, pembebasan Ahmed Maher, 36, yang menjadi simbol Arab Spring yang menggulingkan bekas Presiden Hosni Mubarak dibuat, kelmarin.
Difahamkan, Maher akan menghabiskan baki hukuman tiga tahun di bawah pengawasan di kediamannya di Kaherah.   
Maher disabit bersalah pada 2013 kerana menyertai protes selepas kerajaan mengharamkan sebarang perhimpunan awam diadakan di negara itu.
Pengasas Gerakan Pemuda 6 April itu menggunakan media sosial untuk menarik sokongan belia di Mesir yang turut membawa kepada pengunduran Mubarak pada Februari 2011. - al-Jazeera

Tolak resolusi PBB
Tolak resolusi PBB

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT . Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) meluluskan langkah dwipihak untuk menolak resolusi Majlis Keselamatan PBB (UNSC) yang mengecam aktiviti penempatan haram Israel di wilayah Palestin.
Usul yang mendakwa resolusi tersebut kononnya sebagai 'penghalang kepada usaha damai Israel-Palestin' itu mendapat 342 undi sokongan manakala 80 menolak.
Menurut dokumen itu, keputusan pentadbiran Presiden Barack Obama untuk berpendirian berkecuali dan tidak menggunakan kuasa veto telah 'melemahkan' dasar Washington yang melindungi Tel Aviv  selama beberapa dekad.
"AS seharusnya menolak dan guna kuasa veto terhadap mana-mana resolusi UNSC yang sebelah pihak dan anti-Israel," jelas usul itu lagi yang dijangka turut dibentangkan di Senat.
Dalam perkembangan berkaitan, Jordan beri amaran kepada Presiden baharu AS, Donald Trump terhadap 'bencana' yang bakal berlaku jika ia meneruskan janji memindahkan Kedutaan AS di Tel Aviv ke Baitulmaqdis.
"Langkah seumpama itu akan menjejaskan hubungan diplomatik Washington dengan sekutu di rantau Arab termasuk Jordan. Amman akan menggunakan segala saluran politik dan diplomatik untuk menghalang rancangan tersebut," kata Menteri Maklumat, Mohammed Momani.  
Sementara itu, Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) turut beri amaran berhubung cadangan pemindahan itu dengan menegaskan seluruh Kedutaan AS di Timur Tengah akan ditutup jika tetap berdegil dengan keputusan tersebut. - Agensi

480 maut kemalangan ketika sambutan Tahun Baru

BANGKOK - THAILAND. Hampir 480 orang maut dalam kemalangan jalan raya di Thailand pada cuti Tahun Baharu, angka rasmi pada Khamis, 25 peratus kenaikan dalam tempoh yang sama tahun lalu, iaitu sepanjang  "tujuh hari berbahaya" dan disebalik amaran keras kerajaan terhadap orang ramai yang memandu dalam keadaan mabuk.
Thailand mempunyai beberapa jalan paling berbahaya di dunia ditambah dengan kenaikan mendadak pengguna jalan raya pada sambutan Tahun Baharu ekoran berjuta-juta pekerja di bandar pulang ke kampung halaman.
Kerajaan Junta Thailand melancarkan tindakan keras pada pemandu mabuk sejak rampasan kuasa sejak 2014 termasuk meluluskan hukuman yang lebih berat bagi pesalah dan memaksa pemandu untuk melawat bilik mayat dan melihat sendiri mayat mangsa kemalangan.
Namun angka kematian melonjak kepada 478 daripada 380 yang dicatatkan dalam tempoh masa yang sama pada tahun 2016, menurut Jabatan Pencegahan Bencana, Kementerian Dalam Negeri.
"Sebab utama adalah memandu dalam keadaan mabuk dan memandu laju," kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Suthee Markboon, sambil menambah majoriti 3,919 kemalangan melibatkan penunggang motosikal.
Pihak tentera berkata, pegawai menahan 67,000 orang memandu dalam keadan mabuk dan menyita lebih 4,000 kereta diantara 29 Disember dan 4 Januari.
Kemalangan ngeri menyaksikan 25 orang terbunuh pada Isnin apabila sebuah mini van dan trak pikap bertembung di wilayah di Chonburi.
Pakar berkata,  tidak memakai topi kaledar di kalangan penunggang motosikal adalah faktor utama menyumbang kadar kematian yang tinggi.

Jan 1, 2017

WEEKLY WRAP UP 26/12/2016- 01/01/2017

DALAM NEGARA

Tiada rakyat Malaysia terlibat gempa di Jepun



PUTRAJAYA: Tiada laporan rakyat Malaysia yang terlibat dalam gempa bumi berukuran 6.3 skala richter di Wilayah Ibaraki yang terletak di sebelah timur Jepun pada jam 9.38 malam Rabu.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan memberitahu, Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo telah memaklumkan bahawa kesemua 29 orang pelajar Malaysia yang sedang menuntut di bandar Hitachi yang terletak kira-kira 22 kilometer dari Takahagi telah dihubungi dan disahkan bahawa mereka berada dalam keadaan selamat.

"Mereka terdiri daripada 19 orang pelajar Ibaraki University dan 10 orang pelajar National Institute of Technology, Ibaraki College.

"Kebanyakan pelajar berada di luar Ibaraki untuk bercuti kerana Universiti dan Institut tesebut ditutup sehingga 2 Januari 2017 sempena cuti musim sejuk," jelas kenyataan itu.

Gempa bumi yang berpusat di Takahagi (utara Wilayah Ibaraki) tersebut tidak menyebabkan sebarang amaran tsunami dikeluarkan oleh pihak berkuasa Jepun.

Dalam pada itu, Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo akan terus memantau situasi susulan gempa bumi tersebut dan berhubung rapat dengan pihak berkuasa Jepun untuk sebarang makluman serta perkembangan terkini.
"Kerajaan Malaysia menyampaikan rasa simpati kepada Kerajaan dan rakyat Jepun di atas kejadian yang berlaku terutamanya mangsa yang terlibat," jelas kenyataan itu.

Polis Terengganu kesan penipuan pakej umrah, libatkan 4,800 mangsa, RM 14.2 juta



KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu membongkar kegiatan penipuan pakej umrah yang dijalankan sebuah yayasan di negeri ini melibatkan kerugian kira-kira RM14.2 juta.


Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman berkata jumlah itu melibatkan kira-kira 4,800 mangsa yang terdiri dalam kalangan guru dan berikutan itu pihaknya telah mendapatkan perintah tahanan reman terhadap pengarah dan akauntan yayasan terbabit, selama empat hari, bermula Selasa.

Kes terhadap mereka disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

"Hasil serbuan di premis yang terletak di Besut itu juga kita turut merampas beberapa barang kes termasuk 18 pasport, komputer riba, dua unit telefon bimbit dan beberapa dokumen.

Hasil pemeriksaan di dalam satu akaun milik anak syarikat itu pihak polis mengesan terdapat kemasukan wang sebanyak RM14.2 juta ke dalam akaun tersebut," katanya dalam satu sidang media, di sini, hari ini.

Menurutnya semakan juga mendapati terdapat pengeluaran wang menerusi cek dan tunai namun masih belum dapat dikesan ke mana ia dibelanjakan.

Katanya yayasan berkenaan menggunakan modus operandi dengan mengeluarkan surat tawaran untuk menarik perhatian guru-guru di negeri ini menyertai pakej umrah yang ditawarkan mereka menerusi Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT).

Katanya pakej berkenaan bernilai RM6,990 seorang namun mereka hanya perlu membayar kira-kira RM3,000 sahaja manakala baki selebihnya dikatakan akan dibiayai oleh syarikat yang membuat tajaan.

Rosli berkata sehingga kini pihaknya telah menerima sebanyak 47 laporan, daripada mangsa manakala satu laporan oleh syarikat agensi pelancongan.

Katanya hasil pemeriksaan juga pihaknya mendapati yayasan berkenaan tidak didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Beliau tidak menolak kemungkinan wang berkenaan digunakan untuk melakukan pelaburan dan satu pasukan khas telah ditubuhkan bagi menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kes berkenaan.

"Siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan dan kita juga masih mengesan aliran wang yang dikeluarkan dan dibelanjakan...kita juga dapati yayasan ini mempunyai 10 anak syarikat dan hanya tujuh yang berdaftar SSM," katanya.
Katanya yayasan berkenaan dikesan telah menawarkan pakej umrah ini dari Jun hingga Oktober lalu dan sering menunda tarikh untuk peserta mengerjakan umrah.

Rosli berkata pengarah yayasan berkenaan juga turut membuat tiga laporan polis berhubung ugutan dan ancaman yang diterima untuk mencederakannya.

-- BERNAMA

Dua lelaki terlibat rompakan bersenjata, bunuh dihukum gantung

TAIPING: Dua lelaki dijatuhi hukuman gantung sampai mati di ‎Mahkamah Tinggi Taiping hari ini selepas didapati bersalah melakukan rompakan bersenjata dan menyebabkan kematian rakan sekerja salah seorang
tertuduh empat tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Mohamed Zaini Mazlan menjatuhkan hukuman itu terhadap dua lelaki iaitu Mohd Hafizuddin Zainal Abidin, 29, dan Cheah Cheong Tatt, 27, setelah mahkamah mendapati pihak pendakwaan mempunyai bukti kukuh terhadap kesalahan tersebut.

Katanya mahkamah mendapati pihak pembelaan juga gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes berkenaan.

Mengikut kertas pertuduhan Mohd Hafizuddin yang merupakan bekas pekerja syarikat keselamatan didakwa melakukan kesalahan merompak wang tunai berjumlah lebih RM1.2 juta milik syarikat Safeguards G4S Sdn Bhd.

Tertuduh juga telah melepaskan tembakan sehingga menyebabkan kematian rakan sekerjanya Hasnul Hafis Saad, 28.

Manakala Cheong Tatt pula didakwa kerana bertindak sebagai rakan sejenayah kepada Mohd Hafizuddin.‎

Kesalahan tersebut dilakukan di hadapan Supermarket Giant, Jalan Tekkah, Aulong, di antara 2 hingga 3.25 petang pada 18 September 2012.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Azrul Faidz Abd Razak manakala kedua-dua tertuduh diwakili Peguam Ang Chun Pun.

Kedua-dua mereka kelihatan tenang ketika keputusan perbicaraan dibacakan di hadapan mereka.

Mengikut laporan akhbar pada 18 September 2012, mangsa Hasnul Hafis bertugas bersama suspek Mohd Hafizuddin dalam perjalanan pulang dengan sebuah van keselamatan ke syarikat tempat mereka bekerja, Safeguard Securicor di Kampung Boyan selepas mengambil wang mesin deposit di beberapa bank di sini.
Mangsa Hasnul Hafis ditemui mati di tempat duduk pemandu dengan empat kesan tembakan di perut, dada, bahu kanan dan betis kiri dalam kejadian berkenaan.

Mohd Hafizuddin dikatakan telah melarikan enam beg berisi wang tunai berjumlah RM 1.2 juta selepas menembak mangsa.

Sikap pencarum KWSP membimbangkan


KUALA LUMPUR: Sikap pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menghabiskan simpanan dalam tempoh singkat, kini pada tahap membimbangkan.

Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan KWSP Kuala Lumpur, Nornisah Mohd Yusof berkata, kebanyakkan pesara menghabiskan wang simpanan dalam tempoh tiga hingga lima tahun.

Jelasnya, keadaan ini merisaukan kerana jangka hayat purata rakyat Malaysia sudah meningkat sehingga 75 tahun.

Ini bermakna ramai pesara terpaksa menjalani hidup tanpa punca pendapatan dan simpanan yang mencukupi.

Malah ada pesara yang menghabiskan 70 peratus daripada simpanan mereka dalam masa 30 hari.

Ini menuntut kesedaran bagi pesara dan bakal pesara untuk merancang perbelanjaan demi kelangsungan hidup.

Manakala buat pesara yang tinggal di bandar, mereka memerlukan lebih banyak wang tunai untuk menampung kos sara hidup yang tinggi.

Terdapat pakar kewangan yang berkata, pesara memerlukan sekurang-kurangnya RM1,500 sebulan untuk hidup di bandar.

Ini jauh lebih tinggi berbanding kira-kira perbelanjaan bulanan yang disarankan KWSP iaitu RM850.
Nilai saraan bulanan itu mungkin akan terus meningkat di masa hadapan.

Tambahan, jika mereka mempunyai anak-anak yang masih bersekolah dan memerlukan perbelanjaan untuk menyambung pelajaran.


Bas asing jantina: 'Kad nikah diperlukan dalam situasi tertentu sahaja'



SELEPAS tersebarnya artikel berkenaan sebuah syarikat bas yang mengambil langkah mengasingkan penumpang mengikut jantina di sebuah akhbar harian, reaksi yang berbaur dapat dilihat di laman sosial.

Dapat dilihat netizen agak tidak sependapat dalam hal ini, apabila ada yang tidak setuju dengan cara itu, namun dalam masa yang sama, ramai juga yang memahami alasan pengusaha bas untuk mengambil langkah sedemikian.

Pengusaha syarikat bas TransMalaya Ekspres, dalam laporan akhbar Berita Harian dan portal Free Malaysia Today, menjelaskan tindakan mengasingkan penumpang lelaki dan wanita diambil sebagai langkah mencegah kejadian yang tidak diingini, seperti gangguan seksual.

Bagi bersetuju, mereka melihat langkah ini sebagai satu usaha ke arah kebaikan yang perlu disokong.

Namun bagi sebahagian yang lain, mereka menganggap ada isu lain yang lebih perlu diberi perhatian, seperti isu keselamatan.

Dalam status yang dimuat naik ke akaun Facebook rasmi mereka, TransMalaya menjelaskan sijil atau kad nikah hanya akan diminta dalam situasi tertentu sahaja.

"Isu kad nikah dipersoalkan seandainya dirasakan perlu sahaja dan setakat ini masih belum pernah diminta oleh mana-mana kerani kaunter kepada pelanggan kami.
"Rata-rata penumpang kami dalam kalangan pelajar IPTA dan IPTS merasa selesa dengan sistem pengasingan ini dan ianya disambut baik oleh pelanggan wanita mahupun lelaki," kenyataan itu menyebut.

TransMalaya mempunyai pejabat yang beroperasi di buah bandar di Pahang; Jerantut, Temerloh dan Kuantan.


Harga runcit RON95, diesel dijangka meningkat Januari ini


PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON95 dan diesel dijangka meningkat pada Januari ini berikutan harga pasaran minyak mentah dunia mencatat peningkatan bulan ini, kata Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan Datuk Lokman Noor Adam.

Beliau berkata harga runcit RON95 dan diesel ditetapkan mengikut purata harga bahan api itu di pasaran dunia selama sebulan selain dipengaruhi oleh pergerakan nilai Ringgit berbanding Dolar Amerika.

"Purata maksudnya harga dari tarikh 1 hingga 31 dibahagi dengan 31 hari. Bukan mengikut harga di hujung bulan seperti pemahaman sesetengah pihak.

"Dengan pengukuhan dolar Amerika berbanding Ringgit Malaysia kini, ia mengakibatkan kos pembelian minyak juga meningkat. Ia memberi kesan kepada penetapan harga bahan api di Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Lokman Noor berkata harga runcit petrol dan diesel ditetapkan berdasarkan apungan terurus dengan harga bulanan ditentukan kuasa pasaran bermula 1 Dis 2014 berikutan kejatuhan harga minyak dunia ketika itu.

Lokman Noor berkata masih ramai tidak dapat menerima bahawa kerajaan perlu menghentikan pemberian subsidi secara pukal dan membantu mereka melalui pengagihan subsidi kepada kumpulan sasar yang betul.

Katanya subsidi pukal yang diberi sebelum ini bererti golongan kaya dan miskin menerima nilai subsidi yang sama.

"Contohnya pada Julai 2014, bagi setiap liter RON95, kerajaan memberikan subsidi RM0.6843 seliter," katanya sambil menjelaskan yang kaya menggunakan kuantiti minyak jauh lebih banyak berbanding yang miskin.

"Mereka yang miskin menggunakan kereta Kancil, setelah mengisi tangki mereka penuh dengan RON95, jumlah subsidi yang diterima hanyalah sekitar RM16.29.

"Mereka yang datang dari kelas menengah pula menggunakan Toyota Camry dan membelanjakan RM150 untuk mengisi penuh tangki mereka. Jumlah subsidi yang terpaksa kerajaan bayar kepada mereka adalah RM48.87, yang mana tiga kali ganda lebih besar daripada yang miskin tadi," katanya.

Lokman Noor berkata berdasarkan kajian Kementerian Kewangan, kerajaan membelanjakan 70 peratus daripada nilai subsidi untuk membantu golongan kaya dan hanya 30 peratus subsidi yang diberikan dalam bentuk RON95 dan diesel yang dinikmati golongan sasaran.

Pada masa sama, di bawah sistem subsidi pukal warga asing yang tinggal di Malaysia juga akan menikmati subsidi hasil daripada cukai yang dibayar oleh rakyat Malaysia.

Setiap hari terutamanya di hujung minggu, katanya, subsidi yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia turut bocor kepada kenderaan Singapura, selain ia diseludup ke Thailand dan Filipina serta dijual di perairan antarabangsa.
"Subsidi bererti bantuan, pertolongan dan pemberian daripada kerajaan kepada rakyatnya. Jika ditanya siapakah yang patut mendapat pertolongan, sudah pastilah pertolongan itu perlu kita utamakan yang susah dahulu sebelum yang senang.

"Mestilah diberikan kepada rakyat kita, bukan warga asing," katanya.

-- BERNAMA

Pendaftaran baharu BR1M 2017 dilanjut sehingga 13 Jan



KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa tempoh pendaftaran baharu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 akan dilanjutkan sehingga 13 Januari 2017.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Kementerian Kewangan mengingatkan semua penerima yang layak membuat permohonan secara atas talian di https://ebr1m.hasil.gov.my.

Permohonan juga boleh dibuat di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) secara percuma.

Sebelum ini, kementerian itu menyatakan permohonan dan kemas kini maklumat BR1M 2017 dibuka mulai 5 Dis hingga esok.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan pada pembentangan Bajet 2017 pada 21 Okt lepas mengumumkan pemberian BR1M kepada isi rumah dalam senarai e-Kasih dan berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM1,200.

Bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000, beliau mengumumkan pemberian BR1M dinaikkan daripada RM800 kepada RM900.
Individu bujang berpendapatan di bawah RM2,000 pula BR1M dinaikkan daripada RM400 kepada RM450.

Banjir Kelantan: 15 sekolah ditutup 

KOTA BHARU: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menangguhkan hari pertama sesi persekolahan 2017 bagi 13 sekolah rendah dan dua sekolah menengah di daerah Kuala Krai, Tanah Merah dan Jeli esok berikutan laluan ke sekolah terbabit ditenggelami banjir.

Pengarahnya Jaafar Ismail berkata jumlah itu merangkumi lapan sekolah di daerah Kuala Krai, lima sekolah di daerah Tanah Merah dan dua sekolah daerah Jeli.

Lapan sekolah terbabit di daerah Kuala Krai ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Pemberian, SK Karangan, SK Bahagia, SK Ladang Taku, SK Kuala Nal, SK Pasir Gajah, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Pasir Gajah dan SK Pasir Kelang.

Lima sekolah di daerah Tanah Merah ialah SK Sokor, SK Kampung Panjang, SK Ladang Kerilla, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ladang Kerilla dan SK Kulim manakala di daerah Jeli ialah SK Kuala Balah dan SMK Kuala Balah, katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.
Menurutnya keputusan itu dibuat selepas mengambil kira keselamatan guru dan pelajar sekolah yang mungkin berdepan bahaya banjir jika hadir ke sekolah esok. -- Bernama


Perkhidmatan tren KTMB antara bandar Pantai Timur alami gangguan akibat banjir dan tanah runtuh



KUALA LUMPUR: Para penumpang perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) tren antara bandar di Pantai Timur dijangka mengalami gangguan ekoran kejadian banjir dan tanah runtuh.

KTMB dalam satu kenyataan berkata banjir dan tanah runtuh terbabit berlaku di km392.5 antara Bukit Abu - Dabong,  Kuala Krai pada jam 8.30 pagi tadi.

“Semua perkhidmatan tren di antara laluan Kuala Krai - Gua Musang - Kuala Krai akan digantung sementara sehingga dimaklumkan kemudian,” menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Bagi perkhidmatan Ekspres Timuran No 26 (JB - Tumpat)  perkhidmatan tren tamat di Dabong dan para penumpang akan meneruskan perjalanan ke Tumpat dengan menggunakan bas. 

Bagi perkhidmatan Ekspres Timuran No 27 (Tumpat – Johor Bahru), para penumpang akan menaiki bas dari Tumpat ke Gua Musang dan akan meneruskan perjalanan ke Johor Bahru menggunakan tren. 

“KTMB memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi,” menurut kenyataan itu lagi.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai juga boleh menghubungi talian at 03 2267 1200 dan layarai laman web www.ktmb.com.my.


10 orang melecur terkena letupan bunga api sambutan tahun baharu di Klang


SHAH ALAM: Keseronokan menyambut kedatangan tahun baharu 2017 bertukar panik apabila pertunjukan bunga api di Kompleks Sukan Pandamaran, Klang malam tadi tidak berlangsung dengan baik, hinggakan seramai 10 orang melecur akibat terkena percikan api dan ledakan dari jarak dekat.

Kejadian dipercayai berpunca daripada masalah ledakan awal berikutan bunga api itu meletup sebelum ia ditembakkan lebih tinggi ke udara lalu terkena khalayak pengunjung yang berhampiran.

Bernama melaporkan, Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata tiga mangsa mengalami lecur teruk manakala tujuh lagi melecur ringan di kaki.

"Yang melecur ringan diberi rawatan oleh pasukan perubatan di tempat kejadian sementara yang melecur teruk dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk rawatan lanjut," katanya.

Beberapa rakaman video amatur daripada saksi kejadian kini tersebar di media sosial.

Dalam video berkenaan, orang ramai lari bertempiaran untuk meninggalkan lokasi sambutan sejurus berlaku letupan tanpa kawalan, yang menyaksikan lintasan percikan api yang sangat dekat dengan aras mata mereka.

Terdapat juga beberapa orang yang tersadung lalu terjatuh dalam percubaan menyelamatkan diri.
Sementara itu dalam visual lain, kelihatan seorang wanita mendakap dua kanak-kanak yang menangis dalam percubaan mententeramkan mereka, sebelum dikejutkan dengan ledakan bunga api dari jarak dekat. 


LUAR NEGARA

3 cedera dalam kejadian tembakan di pusat Islam Zurich

ZURICH: Tiga cedera selepas seorang penembak melepaskan tembakan berdekatan sebuah pusat Islam di Zurich.

Menurut laporan media di Switzerland dan Reuters, suspek kemudian melarikan diri selepas insiden.

Polis bagaimanapun, enggan memberi kenyataan dan menutup kawasan blok bandar berkenaan.

Sehingga kini, tiada kepastian tembakan berkenaan disasarkan kepada pusat Islam atau perniagaan lain berdekatan.


Trak rempuh pasar Krismas di Berlin, 12 maut

BERLIN: Dua belas orang terbunuh apabila sebuah trak merempuh sebuah pasar Krismas di tengah bandar raya Berlin, Jerman.

Sehingga kini lebih 50 orang dilaporkan cedera termasuk ada yang turut dilaporan kritikal.

Polis menahan pemandu trak berkenaan namun kelindan trak itu mati di dalam rempuhan.

Pihak polis juga menggesa penduduk di sekitar Berlin untuk berlindung di rumah masing-masing.

Puluhan terbunuh dalam serangan bersenjata di kelab hiburan Istanbul

ISTANBUL: Sekurang-kurangnya 35 orang terbunuh manakala lebih 40 lagi cedera apabila seorang penyerang bersenjata melepaskan tembakan rambang di sebuah kelab hiburan di Istanbul ketika pengunjung sibuk meraikan sambutan tahun baharu.

Penyerang itu pada awalnya menembak seorang anggota polis dan seorang mangsa lain di pintu masuk kelab Reina, sebelum memasukinya lantas melepaskan tembakan seterusnya.

Kelab tersebut terletak di pesisiran Selat Bosphorus di daerah Ortakoy, iaitu sebuah kawasan kosmopolitan yang banyak menempatkan kelab hiburan, restoran dan galeri seni.

“Seorang pengganas dengan senjata laras panjang menembakkan peluru ke arah orang yang tidak bersalah, yang berada di situ cuma untuk menyambut kedatangan tahun baharu serta bergembira,” ujar Gabenor istambul Vasip Sahin.

Kira-kira 500 hingga 600 orang dianggarkan berada di dalam kelab tersebut sewaktu insiden berlaku pada jam 1.15 pagi waktu tempatan.

Terdapat juga pengunjung kelab yang cuba melarikan diri dengan terjun ke dalam air Selat Bosphorus, sebelum diselamatkan pihak polis.

Puluhan ambulans dan kenderaan polis digegaskan ke kelab tersebut.
Reina merupakan antara kelab hiburan paling popular di Istanbul dalam kalangan orang tempatan dan juga pelancong asing.

Turki sejak beberapa bulan lalu berdepan dengan siri ancaman keselamatan yang dilaporkan berpunca daripada kumpulan militan Daish dan juga Kurd.

13 cedera dalam serangan bom di gereja Katolik di Filipina


COTABATO: Sebuah kejadian letupan memusnahkan sebuah kereta polis di pekarangan sebuah gereja Katolik di selatan Filipina pada Sabtu, hingga mencederakan 13 orang termasuk anggota polis.

Letupan itu mencederakan pengunjung gereja yang menghadiri himpunan menjelang Krismas di Archdiocesan Shrine of Santo Nino di pekan perladangan Midsayap, kata paderi yang mengetuai himpunan itu, lapor AFP.

“Upacara di gereja sedang berlangsung ketika letupan terjadi,” ujar paderi Jay Virador.

Ia berlaku cuma 30 meter dari pintu masuk gereja dan telah mencetuskan suasana panik.

Jurucakap polis, Superintendan Romeo Galgo, mengesahkan kejadian itu yang berpunca daripada alat ledakan yang tidak diperincikan rupanya.

Mereka yang cedera digegaskan ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan.

Pihak berkuasa masih belum dapat mengenal pasti pihak yang membuat serangan tersebut dan sehingga kini tiada sesiapa mengaku bertanggungjawab.

Seorang penyiasat polis yang enggan dinamakan memberitahu AFP bahawa suspek pada awalnya menyasarkan gereja itu namun hanya meletupkan kereta polis yang diletakkan di hadapan bangunan berkenaan.

“Pelakunya seperti mahu lebih dekat dengan sasaran namun oleh kerana kawalan ketat pihak berkuasa, mereka hanya dapat melempar bahan letupan itu ke kereta polis,” ujarnya.
Selain kereta polis yang musnah, letupan itu turut membawa kerosakan kepada sebuah lori yang diletakkan berdekatan.

Pekan itu, yang berada pada jarak 900 kilometer ke selatan Manila, terletak berdekatan pulau Mindanao yang dikenali sebagai kubu kuat kumpulan militan.


POLAND

Football star Jakub Błaszczykowski receiving the Order of Smile (an internationally-recognized medal awarded by children) at an event organised by his own charity, Human Gesture (Ludzki Gest), which aims to help children and youth. The official procedure involves drinking a cup of lemon juice (without batting an eyelid) and being knighted with a rose. Błaszczykowski had a difficult childhood; his mother was murdered by his father when he was eight years old. He was raised by his grandmother. He npw plays for Wolfsburg in Germany’s Bundesliga and as a midfielder for Poland’s national squad. Photos:PAP/Waldemar Deska


Over PLN 600,000 raised for family of Berlin attack's Polish victim

24.12.2016 15:28
More than PLN 600,000 has been raised in a crowdfunding appeal set up to help the family of the Polish truck driver who died in the 'Berlin attack' on Monday.

GBP 132,000 (PLN 683,000, EUR 155,000) has been raised on the GoFundMe website in an campaign set up by British truck driver Dave Duncan.
On Monday, a Tunisian man drove the Polish driver, 37-year-old Łukasz Urban's truck into a crowd at a Christmas fair in Berlin, killing 12 including Urban, who was shot in the truck's cabin, and injuring 50.
The suspect was on Friday shot dead in Milan in a shootout with police.
Urban's attempt to avoid the inevitable massacre by grabbing the steering wheel while he lay stabbed in the passenger seat, has attracted international attention for his brave deeds.
On Friday, Polish Prime Minister Beata Szydło announced Urban's wife and son would receive a special pension after Christmas. (vb)
Source: IAR

Pilecki museum to open in 2018

29.12.2016 12:04
A museum dedicated to the Polish war-time hero Witold Pilecki, known as the “Auschwitz volunteer”, is to be established in Ostrów Mazowiecka, some 100 km north of Warsaw.

It will be located in the family home of Maria Ostrowska, Pilecki’s wife.
A collection of documents and memorabilia relating to Colonel Pilecki’s life is already in place. Following an agreement recently signed between the Culture Ministry and the Mayor of Ostrów Mazowiecka, the Pilecki Family Museum will be financed and co-managed by the Ministry.
Its premises are to be thoroughly refurbished before an official opening, scheduled for 2018.
Colonel Witold Pilecki is known as the victim of two totalitarian systems and the “Auschwitz volunteer”.
In 1940 he allowed himself to be arrested by the Germans and sent to Auschwitz in order to gain first-hand knowledge of the conditions there.
He managed to send reports from Auschwitz, indicating that an extermination of European Jews was being prepared by the Germans.
In 1943, having escaped from the camp, Pilecki reached Warsaw, and a year later fought in the Warsaw Rising. After the war, he went to Italy and joined the Second Corps. He was sent by the Polish intelligence to Poland as a spy. However, he was captured and executed by the communist authorities in 1948. His burial place has never been found.
In 1990, he was rehabilitated, and in 2008 posthumously received the Order of the White Eagle, the highest Polish state distinction.

Poles detained on suspicion of blowing up ATMs

29.12.2016 11:14
Two Polish men accused of blowing up ATMs in Germany, Denmark, Norway and Sweden have been detained by police in Poland.
The men were wanted on a European Arrest Warrant over allegations that they were part of an organised crime group that robbed several cash machines.
Three other men were caught red handed trying to break into an ATM in Germany in a joint operation of Polish and German police.
“It has been initially determined that the robberies of ATMs in Germany alone resulted in the suspects stealing more than EUR 2 million,” said a spokeswoman for the Polish police.
(vb)
Source: CBŚP