Dec 19, 2009

Salam Penghijrahan dan Permusafiran.... (^_^)

Salam'alayk semua... Telah bermula cuti Sylvester pada kali ini...(^_^).. Alhamdulillah, pasti ramai yang akan keluar dari bumi Poland ini... dan cuti kali ini juga bertepatan dengan tahun baru hijrah 1431 H... Jadi, mari kita mulakan langkah kita dengan niat yang betul... semangat2!!!

Salam Maal Hijrah 1431 H...
Banyak kisah2 di sebalik Hijrah ini yang telah kita dengar...
Semoga segala yang telah diketahui & diceritakan di sebalik kisah Hijrah dapat kita petik dan ambil pengajarannya, kalau tak banyak sikit pun jadilah, alhamdulillah, supaya dapat terasa dalam hati kita betapa berharganya nikmat IMAN & ISLAM yang kita rasai pada hari ini...

Selamat berCuti, berJaulah dan berProgram kepada semua...
Semoga Allah permudahkan perjalanan, urusan dan kehidupan kita walau di bumi mana kita berpijak... Ingat Allah setiap mase ye!

Jika bertembung dengan sebarang masalah, banyakkan bersabar dan berdoa kepada Allah. Ingatlah pesan Allah SWT dalam ayat 153, surah Al-Baqarah yang bermaksud ;

" Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh Allah beserta orang-orang yang bersabar." (2:153)

Akhir kata, Jagalah adab2 kita di sepanjang permusafiran, ingatlah tanggungjawab kita dan hak-hak sahabat dan org2 di sekeliling kita juga... semoga Allah mengganjari kita dengan sebaik2 ganjaran... (^_^)

"..... tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebaikan dan taqwa, dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan......" (5:2)
- Barakallahufikum -

Dec 4, 2009

BUDAYA KERJA MUSLIM CEMERLANG

oleh hafiz firdaus

Islam bukanlah agama yang terbatas kepada aspek ibadah seperti solat, puasa dan haji, akan tetapi meluas kepada segala aspek kehidupan. Termasuk dalam keluasan ini ialah aspek budaya kerja, sebagaimana yang segera dapat difahami dari firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

وَقُلْ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ وَسَتُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ.

Dan katakanlah: “Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.” [al-Taubah 9:105]

Firman Allah “Bekerjalah” merujuk kepada semua jenis pekerjaan dan ia dalam bentuk kata perintah yang bererti suruhan. Maka Islam menolak semua jenis sikap malas tanpa pekerjaan, sebaliknya menyuruh umatnya bekerja dengan apa jua yang selari dengan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.

Selain itu suruhan bekerja tidak dibiarkan begitu sahaja, ia diikuti dengan pemerhatian, pemantauan dan pengawasan daripada Allah, Rasul-Nya (Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam) dan orang-orang yang beriman. Tidak penting bagaimana Allah dan Rasul-Nya melaksanakan pemantauan ini, yang penting ialah dengan adanya pemantauan itu seorang muslim tidak akan tergamak bekerja secara malas, khianat dan merugikan majikannya. Dia akan merasa malu, takut dan bertanggungjawab kepada Allah, Rasulullah dan sesama umat Islam. Dia mengetahui dirinya akan dikembalikan kepada Allah pada Hari Akhirat kelak dan Allah akan mengkhabarkan budaya kerjanya di mahkamah Padang Masyar nanti.

Justeru sekalipun ayat 105 surah al-Taubah ini merupakan ayat suruhan bekerja, dari sudut yang lain ia juga merupakan ayat ancaman, mengancam sesiapa jua yang enggan bekerja atau bekerja tetapi tidak dengan budaya yang cemerlang. Maka dalam tulisan yang serba ringkas ini, ingin saya kongsikan beberapa ciri budaya kerja yang cemerlang agar diri saya dan para pembaca sekalian lulus cemerlang dalam pemantuan di dunia dan pengadilan di Akhirat kelak.

Budaya # 1: Ikhlas.

Ikhlas ialah melakukan sesuatu dengan tujuan mengharapkan redha Allah sebagai prioriti pertama. Ikhlas tidak terbatas kepada aspek ibadah khusus tetapi meluas kepada semua aspek kehidupan sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

قُلْ إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَاي وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ.

Katakanlah: “Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.” [al-An’aam 6:162]

Ikhlas dalam bekerja menyebabkan seseorang itu tidak akan kehilangan motivasi seandainya hasil kerjanya tidak mendapat sanjungan majikan, kerana yang penting bagi dirinya ialah sanjungan daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Ikhlas juga menjadikan seseorang itu pekerja yang berani sebab dia mengetahui Allah akan melindunginya dari apa-apa perbuatan fitnah manusia seperti dengki dan politik kotor pejabat. Pengetahuan ini berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

مَنْ الْتَمَسَ رِضَا اللَّهِ بِسَخَطِ النَّاسِ كَفَاهُ اللَّهُ مُؤْنَةَ النَّاسِ وَمَنْ الْتَمَسَ رِضَا النَّاسِ بِسَخَطِ اللَّهِ وَكَلَهُ اللَّهُ إِلَى النَّاسِ.

Sesiapa mencari keredhaan Allah dengan kebencian manusia, maka Allah akan melindunginya dari kesulitan perbuatan manusia. Sesiapa yang mencari keredhaan manusia dengan kebencian Allah, maka Allah akan menyerahkannya kepada manusia.[1]

Budaya # 2: Amanah.

Ketika menerangkan ciri-ciri orang yang berjaya dalam firman-Nya:

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ.

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. [al-Mu’minun 23:01]

Salah satu ciri yang disenaraikan ialah:

وَالَّذِينَ هُمْ لأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ.

Iaitu orang-orang yang menjaga amanah dan janjinya. [al-Mu’minun 23:08]

Termasuk dalam kategori amanah dan berpegang kepada janji ialah:

  • Berpegang teguh kepada kontrak atau surat perjanjian antara majikan dan pekerja. Ini merujuk kepada dokumen yang ditandatangai ketika mula bekerja atau apa-apa perjanjian baru yang dipersetujui antara majikan dan persatuan pekerja.
  • Melaksanakan pekerjaan berdasarkan ilmu agar hasilnya seperti yang diharapkan oleh majikan, atau yang lebih baik dari itu. Dalam konteks ini ilmu terbahagi dua. Pertama ialah ilmu asas yang perlu diketahui oleh pekerja sebagaimana yang disyaratkan oleh majikan. Kadangkala ilmu ini disediakan oleh majikan melalui latihan dan kursus. Kedua ialah ilmu sampingan yang diusahakan sendiri oleh pekerja yang dapat menjadikan dirinya pekerja yang lebih mahir, efektif dan bermotivasi.
  • Bersikap jujur dalam semua tingkah lakunya. Antaranya ialah jujur dalam mengakui kesalahan, menerangkan ketidaktahuan, meminta cuti kecemasan, melaporkan penyelewengan di tempat kerja, menggunakan peralatan yang disediakan majikan, melaksanakan pekerjaan, membahagikan tugas dan memberi cadangan.

Pekerja yang melazimkan dirinya dengan sikap jujur akan dikenali di kalangan rakan kerja dan majikan sebagai orang yang jujur sehingga pelbagai kebaikan disandarkan kepada dirinya di dunia dan akhirat. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menerangkan hakikat ini:

إِنَّ الصِّدْقَ يَهْدِي إِلَى الْبِرِّ وَإِنَّ الْبِرَّ يَهْدِي إِلَى الْجَنَّةِ وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَصْدُقُ حَتَّى يَكُونَ صِدِّيقًا وَإِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِي إِلَى الْفُجُورِ وَإِنَّ الْفُجُورَ يَهْدِي إِلَى النَّارِ وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَكْذِبُ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللَّهِ كَذَّابًا.

Sesungguhnya kejujuran menunjuk kepada kebaikan dan sesungguhnya kebaikan menunjuk kepada syurga. Sesungguhnya (apabila) seseorang itu melazimkan dirinya dengan kejujuran, nescaya dia akan dikenali sebagai orang yang jujur. Manakala kedustaan menunjuk kepada kejahatan dan sesungguhnya kejahatan menunjuk kepada neraka. Sesungguhnya tidaklah seseorang itu melazimkan dirinya dengan kedustaan melainkan dia dicatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta.[2]

Budaya # 3: Sederhana Tetapi Berterusan.

Fahaman masyhur menyatakan, lebih banyak jenis dan jumlah pekerjaan yang dilakukan, lebih hebat seseorang itu. Namun fahaman ini perlu dikaji semula, sebab yang penting ialah kualiti dan bukannya kuantiti. Tidak ada faedah orang yang melakukan banyak jenis dan jumlah pekerjaan jika hasil kualitinya adalah minimum atau tidak memuaskan. Kemudian lazimnya pekerja seumpama akan menjadi letih, bosan dan nyah-motivasi hingga akhirnya kualiti kerja masuk ke skala negatif.

Berbeza dengan orang yang melakukan bukan sedikit tetapi sederhana jenis dan jumlah pekerjaannya berdasarkan kemampuannya, dia akan menghasilkan kualiti kerja yang jauh lebih baik dalam jangka masa yang panjang. Sederhana dalam jenis dan jumlah pekerjaaan berdasarkan kemampuan demi menjaga kualiti yang berterusan digalakkan oleh Islam. A’isyah radhiallahu 'anha, isteri Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah menerangkan tentang seorang wanita yang berlebih-lebihan dalam mendirikan solat. Rasulullah menjawab:

مَهْ عَلَيْكُمْ بِمَا تُطِيقُونَ فَوَاللَّهِ لاَ يَمَلُّ اللَّهُ حَتَّى تَمَلُّوا وَكَانَ أَحَبَّ الدِّينِ إِلَيْهِ مَادَامَ عَلَيْهِ صَاحِبُهُ.

Janganlah begitu, ke atas kalian apa yang sekadar mampu. Demi Allah! Allah tidak bosan memberi ganjaran sehinggalah kamu sendiri yang merasa bosan (untuk beramal). Agama yang paling disukai oleh Allah ialah apa yang dilakukan secara berterusan.[3]

Budaya # 4: Berhubung Dengan Sesama Pekerja.

Seorang muslim ialah wali kepada muslim yang lain, iaitu pendukung, penolong, pembela, penjaga rahsia, penutup aib, pemelihara maruah dan penyayang kepada sesama muslim yang lain. Termasuk dalam maksud wali ialah saling menghormati, memuliakan dan menjalin hubungan akrab. Inilah ciri seorang mukmin sebagaimana yang Allah Subhanahu wa Ta'ala terangkan:

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ.

Dan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, setengahnya menjadi wali bagi setengahnya yang lain. [al-Taubah 9:71]

Maka dalam budaya kerja seorang muslim – bahkan mukmin – yang cemerlang, tidak sepatutnya timbul sikap dengki, saling menjatuhkan, bergossip, menuduh, menyembunyikan ilmu, membocorkan rahsia dan aib, berburuk sangka dan bermusuhan. Sebaliknya hendaklah setiap pekerja menjadi wali kepada pekerja yang lain. Jadikanlah hadis berikut sebagai contoh budaya sesama muslim:

أَفْضَلُ الأَعْمَالِ أَنْ تُدْخِلَ عَلَى أَخِيْكَ الْمُؤْمِنِ سُرُورًا، أَوْ تَقْضِيَ عَنْهُ دَيْنًا، أَوْ تُطْعِمَهُ خُبْزًا.

Seutama-utama amal ialah kamu menggembirakan saudaramu semukmin, atau kamu melunaskan hutangnya atau kamu memberinya makan roti.[4]

Budaya # 5: Berhubung Dengan Ahli Keluarga.

Bekerja bukanlah tujuan hidup tetapi alat demi mencapai kehidupan yang bahagia. Tidaklah kehidupan itu dikategorikan sebagai bahagia jika ahli keluarga tidak diturut sertakan. Maka seorang pekerja muslim yang cemerlang tidak akan melupakan ahli keluarganya, baik ibubapa mahupun anak isteri. Maka dalam rangka bekerja, dia akan memerhatikan keadaan keluarga, pulang ke pangkuan mereka, berbelanja untuk mereka dan berusaha untuk membahagiakan kehidupan bersama. Malah, kebahagiaan bersama akan menjadikan sang pekerja kembali ke pejabat keesokan harinya dengan lebih bertenaga, ceria dan bermotivasi. Tentu saja ini akan meningkatkan kualiti kerjanya.

Pendapatan yang diperolehi dari pekerjaan, janganlah dibelanja bersama rakan-rakan sahaja untuk minum teh tarik di gerai, menonton sukan dan pergi memancing. Sebaliknya berbelanjalah untuk keluarga dalam kadar yang tidak membazir kerana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah menganjurkan:

دِينَارٌ أَنْفَقْتَهُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَدِينَارٌ أَنْفَقْتَهُ فِي رَقَبَةٍ وَدِينَارٌ تَصَدَّقْتَ بِهِ عَلَى مِسْكِينٍ وَدِينَارٌ أَنْفَقْتَهُ عَلَى أَهْلِكَ أَعْظَمُهَا أَجْرًا الَّذِي أَنْفَقْتَهُ عَلَى أَهْلِكَ.

Satu dinar yang kamu belanjakan di jalan Allah, satu dinar yang kamu belanjakan untuk membebaskan seorang hamba, satu dinar yang kamu sedekahkan untuk orang miskin dan satu dinar yang kamu belanjakan untuk keluargamu, maka di antara semua itu yang paling agung ganjarannya ialah yang kamu belanjakan kepada keluargamu.[5]

Budaya # 6: Berhubung Dengan Allah.

Di belakang dalam susunan tidak semestinya di belakang dalam keutamaan. Maka di samping berhubung dengan sesama pekerja dan ahli keluarga, hendaklah seorang pekerja muslim yang cemerlang menjaga hubungannya dengan Allah. Janganlah sibuk bekerja hingga lupa untuk beribadah kepada Allah. Dalam sebuah hadis qudsi, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengingatkan:

يَقُوْلُ رَبُّكُمْ: يَا اِبْنَ آدَمَ! تَفْرَغُ لِعِبَادَتِيْ أَمْلأُ قَلْبَكَ غِنًى وَأَمْلأُ يَدَيْكَ رِزْقًا، يَا اِبْنَ آدَمَ! لاَ تُبَاعِدَ مِنَّي فَأَمْلأُ قَلْبَكَ فَقْرًا وَأَمْلأُ يَدَيْكَ شُغْلاً.

Tuhan kalian berfirman: “Wahai anak Adam (manusia sekalian)! Hendaklah kamu sibuk beribadah kepada-Ku, nescaya Aku penuhi hatimu dengan rasa cukup dan Aku penuhi kedua-dua tanganmu dengan rezeki.

Wahai anak Adam! Janganlah kamu menjauhi daripada-Ku, kerana tentu Aku akan penuhi hatimu dengan rasa serba tak cukup dan Aku penuhi kedua-dua tanganmu dengan kesibukan.” [6]

Perhatikan juga ayat-ayat berikut:

رِجَالٌ لاَ تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلاَ بَيْعٌ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلاَةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ يَخَافُونَ يَوْمًا تَتَقَلَّبُ فِيهِ الْقُلُوبُ وَالأَبْصَارُ (37) لِيَجْزِيَهُمْ اللَّهُ أَحْسَنَ مَا عَمِلُوا وَيَزِيدَهُمْ مِنْ فَضْلِهِ وَاللَّهُ يَرْزُقُ مَنْ يَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ (38).

Orang-orang yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada mengingati Allah dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (Kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.

(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurnia-Nya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak terhitung. [al-Nur 24:37-38]

Jangan dalam kesibukan bekerja kita lupa untuk mengadu kepada Allah, menceritakan masalah, meminta keinginan dan mengharapkan rahmat serta kurnia-Nya. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

مَنْ نَزَلَ بِهِ حَاجَةٌ فَأَنْزَلَهَا بِالنَّاسِ كَانَ قَمِنًا مِنْ أَنْ لاَ تَسْهُلَ حَاجَتُهُ وَمَنْ أَنْزَلَهَا بِاللَّهِ آتَاهُ بِرِزْقٍ عَاجِلٍ أَوْ بِمَوْتٍ آجِلٍ.

Sesiapa yang memiliki hajat (masalah, keinginan) lalu mengajukan hajatnya kepada kepada manusia, maka Allah akan mempersulitkan penyelesaiannya. Sebaliknya sesiapa yang mengajukan hajatnya kepada Allah, Allah akan mempercepatkan rezekinya atau mengakhirkan kematiannya.[7]

Budaya # 7: Membersihkan Diri Daripada Yang Tidak Halal.

Mutakhir ini, sukar untuk dicari kerjaya yang halal sepenuhnya, bersih sepenuhnya. Maka Islam memberi jalan keluar, iaitu elakkan diri daripada melakukan dosa besar, maka dengan itu Allah akan hapuskan dosa-dosa yang kecil. Dalam konteks pekerjaan, elakkan dari terlibat secara langsung dengan aktiviti haram syarikat (dosa besar), maka Allah akan hapuskan kesalahan bersubahat kerana bekerja dengan syarikat itu (dosa kecil). Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

إِنْ تَجْتَنِبُوا كَبَائِرَ مَا تُنْهَوْنَ عَنْهُ نُكَفِّرْ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَنُدْخِلْكُمْ مُدْخَلاً كَرِيمًا.

Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan hapuskan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu, dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga). [al-Nisa’ 4:31]

Seterusnya perbanyakkan amal kebajikan seperti bersedekah dan kerja-kerja sukarelawan kerana amal kebajikan seperti ini juga menghapuskan dosa-dosa kecil. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ.

Sesungguhnya amal-amal kebajikan menghapuskan kejahatan (dosa-dosa kecil). [Hud 11:114]

Demikian tujuh budaya kerja yang patut dimiliki oleh setiap muslim yang cemerlang, yang ingin cemerlang. Semoga dengan budaya kerja ini, kita akan lulus pemantauan Allah, Rasul-Nya dan orang-orang beriman di dunia ini dan pengadilan Allah di Akhirat kelak.


[1] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no: 2414.

[2] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 6094.

[3] Sahih: Dikeluarkan oleh Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 43.

[4] Sanad Hasan: Dikeluarkan oleh Ibn Abi Dunya dan al-Dailami, dinilai hasan oleh al-Albani berdasarkan beberapa jalan penguat. Rujuk Silsilah al-Ahadits al-Shahihah, hadis no: 1494.

[5] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 995.

[6] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadraknya, hadis no: 7926 dan beliau berkata: “Hadis ini sahih sanadnya tetapi tidak dikeluarkan (oleh al-Bukhari dan Muslim)” dan ia dipersetujui sahih oleh al-Zahabi.

[7] Sanad Hasan: Dikeluarkan oleh Ahmad dan sanadnya dinilai hasan oleh Syu’aib al-Arnauth dan rakan-rakan dalam semakan mereka ke atas Musnad Ahmad, hadis no: 3696

Nov 29, 2009

Nak BaBy Gurl, Tak Nak BaBy Boy...(^_^)v





(Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…Entry kalini bertujuan utk membetulkan fakta yang diberi mengenai kisah Saidina Umar R.A sewaktu program kita baru2 ini.…Harap maklum..)



"Sebelum disapa sinar iman

Kau bagaikan singa yang mengganas

Membunuh anak perempuanmu

Tanpa rasa belas dan kasihan

Dipandu hati sekeras batu

Jahiliah yang menyesatkan..."


Tajuk: Aku Hanya Umar

Kumpulan: HIJJAZ



Inilah antara lirik nasyid yg menceritakan ttg sejarah hidup Saidina Umar. Banyak sgt kisah Saidina Umar yg blh kite bincangkan..tp harini, kite nak petik kisah Saidina Umar membunuh anak perempuannya..


Kite sume pun sedia maklum ttg kisah ni kan? Sume tau kan?? kisah ni saaangat la popular..tersebarkan meluas, kat mane2 pun blh dpt, website, blog, even dalam ceramah2 pun ade..


Diceritakan pada waktu Jahiliyyah, Sayyidina Umar r.a. adalah seorang yang sgt berhati keras, sehingga sanggup membunuh anak perempuannya sendiri. Dibawa anaknya ke padang pasir, digalinya lubang, pastu ditanam anak pmpuannya hidup2..Hal ini kerana antara adat orang Jahiliyyah ialah membunuh anak perempuan.






Bro & Sis sekalian,


Kalau kite tgk, sekali imbas, secara tidak langsung kisah ini memperlihatkan bagaimana Islam boleh mengubah hati seseorang itu daripada keras seperti batu sehingga mampu menjadi seorg yg terbilang selepas mendapat Islam.


Namun begitu kawan2 sekalian, adakah kita pasti bahawa sejarah ini berasaskan kepada sumber yang benar-benar sahih??


Dalam hal ini, seorang sarjana Hadith kontemporari, Muhammad Asri Yusoff, telah mengemukakan hujah bahawa sejarah ini adalah salah satu bentuk pemesongan sirah, yang tidak langsung ada asasnya. Muhammad Asri telah membawa hujah-hujah berikut yang boleh mempertikaikan kesahihan cerita ini:


Pertama:


Mengikut sejarah kaum Arab, tidak ada satu pun sumber sejarah yang boleh dipertanggungjawabkan bagi membuktikan bahawa adat menanam anak perempuan hidup-hidup ini dilakukan oleh qabilah Quraisy, dan tidak ada pun sumber yang menyatakan bahawa kabilah Quraisy pernah menanam anak perempuan mereka. Adat ini hanya berlaku dalam masyarakat Arab jahiliyyah oleh SESETENGAH kabilah sahaja iaitu Bani Tamim dan Asad, kerana mereka bimbang kepapaan mereka.


Dalam masyarakat Arab jahiliyyah, terdapat mereka yang amat MENENTANG budaya menanam anak perempuan ini antaranya ialah Sa'sa'ah bin Najiah dan Zaid bin Amar bin Nufail. Dalam Sahih Bukhari disebutkan bahawa Zaid bin Amar bin Nufail tidak terpengaruh dengan masyarakatnya yang menyengutukan Allah dan mengamalkan saki baki ajaran nabi Ibrahim. Beliau pernah berkata, "Jika kamu suka anak perempuan kamu, kamu bolehlah mengambilnya, atau kalau kamu tidak mahu biarkan anak-anak perempuan ini bersama saya. " Dan Zaid bin Amar ini adalah sepupu kepada Umar. Ini membuktikan budaya menanam anak perempuan adalah bukan budaya kaum keluarga Umar.





Bro & Sis yang disayangi,


Point yg kedua:


Saidina Umar telah menggunakan gelaran Abu Hafsin. Sudah menjadi adat kaum Arab menggunakan gelaran dengan anak sulungnya. Gelaran Saidina umar ini merujuk kepada anak perempuan sulungnya iaitu Saiyyidatina Hafsah. Umar mempunyai 9 anak lelaki dan 4 anak perempuan. Daripada isteri pertama Umar,Zainab binti Maz’un beliau mendapat tiga anak iaitu: Hafsah, Abdullah dan Abdul Rahman al-Akbar. Sewaktu Nabi (s.a.w) diutuskan menjadi Nabi, Sayyidina Umar r.a time tu berumur 27 tahun. Anak2 Saidina Umar r.a yang lahir sebelum Islam semuanya MASIH HIDUP. Mereka ialah Ummul Mukminin Hafsah, Abdullah bin Umar dan Abdul Rahman.


Maka di sini anak perempuan manakah yang telah dibunuh oleh Umar??


Dan kalau betul2 beliau bencikan anak perempuan, mengapa Saidina Umar menggunakan gelaran Abu Hafsin(Bapa Hafsah)??







Selain daripada alasan yang disebutkan tadi, adakah logik Sayyidina Umar r.a mengetahui jantina sebenar anaknya hanya setelah anak itu berumur 4 tahun(setelah anak dia hidup dgn dia selama 1460 hari atau 35040 jam)??


Kawan2 sekalian,


Sebenarnya tiada bukti jelas mengatakan Umar telah membunuh anak perempuannya, daripada sumber yang boleh dipercayai. Sumber yang boleh dipercayai dalam erti kata terdapat sanad2

atau sandaran2 yang terdiri daripada perawi2 yang boleh dipercayai. Dalam sahih bukhari, muslim, dan kitab-kitab hadis yang masyhur, tidak ada pun kisah ini.


Dalam kitab Sunan al-Darimi, terdapat kisah seorang lelaki yang mengadap Rasulullah yang mengaku membunuh anak perempuannya, tetapi dia bukanlah Saidina Umar, dan hadis itu sendiri adalah hadis yang munqati' (yang terputus banyak sanad)nya yang jelas tidak diterima sebagai sahih.


P/s: Saya memohon maaf di atas kesilapan info yang diberikan..ape2 pun, moga kite dapat mengambil i’brah dari kesilapan ini..insyaALLAH..tp, nk ditegaskan kat sini, jgn lupa hadis logam kite tu~ manusia akan jadi hebat kalau dia faham islam..insyaALLAH..




Nabi (s.a.w) bersabda,

“Perkara-perkara yang telah dilakukan oleh mereka di zaman jahiliah telah dihapuskan oleh Allah (s.w.t) dengan masuknya mereka ke dalam Islam. Sekarang mulakanlah amalan-amalan yang lain.”

(Sunan Daarimi, jilid 1, ms. 3)


Moga yang memesan lebih mengingati dari yg dipesan..


Wassalam..

Nov 24, 2009

Demi masa!

To those medical students yang super-busy nak khatamkan buku teks neuroanatomy, biochemistry, pathology atau apa2 pon buku yang ada on your study tables tu, let’s do some calculations here :)

Sila refer to calendar dan jam dinding, jam tangan atau jam loceng masing2.

In 1 day, we have 24 hours. Each hour has 60 minutes. Each minute has 60 seconds;

1 x 24 x 60 x 60 = 86 400 seconds in 1 day!

If only every seconds could be converted to 1 zl, we would be millionaires in less than 2 weeks!

We have 86 400 seconds in 1 day, but why people still complaining on how little time they have?

So much to do, so little time, huh?

Wahai kita2 yang asyik takde masa ni, masa ni juga ciptaan Allah Yang Maha Mencipta. Allah menguasai masa dan setiap detik dunia. Allah bersumpah dengan masa dalam firmanNya:

وَالْعَصْرِ (1) إِنَّ الإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ (2) إِلاَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (3).

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.

(al-‘Asr, 103:1-3)

Melalui 3 ayat ni, jelas lagi bersuluh, ‘Sesungguhnya manusia itu...’ iaitu kita2 la kan.. berada dalam keadaan rugi yg sgt2 rugi. Kalau tak nak rugi, we have to:

1. Beriman:

Beriman kepada Allah, malaikat, kitab, rasul, hari kiamat, qadha & qadar.. eleh, mesti kita2 sume dah hafal dah rukun iman ni kan.. hehe.. tapi ada ‘feel’ tak itu iman? Oopps..

2. Beramal soleh:

Dan katakanlah: “Beramallah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu amalkan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia (Allah) akan menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah amalkan.”

(al-Taubah 9:105)

Amal soleh bukannya solat, puasa, baca quran je ek. Baca buku medic.. call mommy daddy pon amal soleh gak, insyaAllah..

Sabda Rasulullah SAW,

“Demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, kalau kalian sentiasa dalam keadaan seperti ketika bersamaku dan kalian sentiasa berzikir, nescaya para malaikat akan menemani kalian di atas tempat tidur dan juga di jalanan. Akan tetapi wahai Hanzhalah, segala sesuatu ada masanya.” (Baginda mengulanginya tiga kali).

(HR Muslim)

3. Berpesan2 dgn kebenaran dan dgn kesabaran:

Anda2 yang tahu silalah bagitahu kami2 yang tak tahu ni mana salah mana betul.. and ingat2kanlah yang pelupa yang kita kene sabar dalam meghadapi musibah dan dalam mentaati perintah Allah.

Masa adalah satu unsur yang tetap, takleh nak ubah2. 1 jam ada 60 minit je, takleh nak pendekkan jadi 30 minit. 1 hari ada 24 jam je, takleh nak panjangkan jadi 30 jam sebab esok ada test and nak study lebih sket hari ni. Masa takleh nak patah2 balik. Kita yg kene kejar masa sebab masa takkan kejar kita.

‘Benda yang paling jauh adalah masa lampau”.

-Imam Ghazali-

That is the fact, but we act like the time is waiting for us.. mana taknye, lepas Subuh gi sambung tidur sampai 8-9 pagi. Jangan la kerugian waktu pagi yang barakah ini..

Rasulullah SAW pernah berdoa, “Ya Allah! Berkatilah umat aku pada pagi hari”.

(HR Abu Daud)

Dan macam2 lagi la kot yang kita dok buat hari2, bende kecik je kot tapi rupanya bende2 ni la yang curi masa kita, e.g. facebook, Korean/Japanese/American/ Nur Kasih drama.

So kiranya masalah sekarang ni bukanlah salah masa, tapi salah diri sendiri. Takde masa nak baca quran sebab nak baca buku, tapi ada masa nak reply komen kat facebook. Takde masa nak join halaqah, tapi ada masa nak tengok dramas/movies.

We have to learn to prioritise and focus. That’s why we begin every acts with doa and niat, so that our brains could lead us back to the track in case we are distracted by something else.

Sabda Rasulullah SAW,

“Sesungguhnya Allah Ta’ala mengasihi jika seseorang itu beramal, dia beramal dengan cemerlang”.

(HR Baihaqi)

Jangan lokek sedekahkan masa.

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya”.

(al-Baqarah 2:261)

Ayat kat atas ni cerita pasal dividen 700x harta yang diinfakkan. Kalau kita guna analogi yang sama untuk sedekah masa, insyaAllah, dengan masa yang kita luangkan untuk saling mengingati, Allah akan melapangkan masa untuk kita2 sume supaya kita ada masa nak study and buat kerja2 bermanfaat. Ingat, Allah menguasai masa.

Semoga satu jam masa yang kita korbankan untuk duduk berkumpul, mendengar dan memberi peringatan kepada orang lain diberkati oleh Allah. Berkat itu adalah hadiah daripada Allah atas usaha kita yang mungkin tak seberapa, contohnya macam makan sikit tapi kenyang, belajar sikit tapi result exam gempak.

Islam dan study itu seiring sejalan, bukannya seperti main jongkat-jongkit :)

PENGORBANAN, SANGGUPKAH KITA??

pic_2006-12-29_231013.jpg image by pixelcode
Pernahkah kita mengorbankan sesuatu untuk Islam?Sesuatu yang amat kita banga-banggakan di hadapan manusia; sesuatu yang kita khuatiri kerugiannya atau kerusakkannya? Mungkin tatkala kita diminta untuk mengorbankan sesuatu untuk Allah kita akan memberikan sesuatu yang berkualiti buruk atau sesuatu yang tidak kita suka?


Jikalau itu yang terjadi sepatutnya kita malu dengan apa yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim As dan putranya Nabi Ismail As. Sejarah mencatat, bertahun-tahun lamanya Nabi Ibrahim mengharapkan keturunan dari Allah yang akan meneruskan risalah ketauhidan. Dengan izin Allah baginda telah dikurniakan Ismail dikala usianya telah


Seluruh cinta ia hadiahkan atas belahan jiwanya. Namun, rasa cinta itu mesti diuji dengan pengorbanan terhadap Allah yang Maha tinggi. Pada ketika anak itu masih bayi, baginda telah diperintahkan untuk meninggalkannya berserta ibunya , Hajar, di satu lembah yang kering kontang. Kemudian setelah anak itu remaja dia diarahkan oleh Allah dalam mimpinya untuk menyembelih anak itu pula, sebagaimana yang terkandung dalam Al-Furqan

“Maka ketika anak itu sampai (pada umur) sanggup berusaha bersamanya, (Ibrahim) Surah Al-Saffat berkata , “Wahai anakku !Sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku menyembelihmu ,” [Surah As- Saffat 37:102].

Bukankah ini merupakan satu ujian yang amat besar? Namun, demi kerana Allah swt, tidak sedikit pun terpancar rasa kesal dan keraguan pada hati Nabi Allah Ibrahim as apabila menerima arahan sebegitu. Bahkan anak beliau sendiri, Nabi Ismail as tidak pernah cuba melarikan diri ketika dikhabarkan perintah ini. Sebaliknya beliau sendiri yang berjalan dengan
rela ke tempat penyembelihan, meminta diikatkan kaki dan tangan agar tidak meronta dan diminta ditutupkan wajah agar ayahnya tidak bersimpati.

"Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang−orangyang sabar” [37:102]

Saat Nabi Ibrahim akan menyembelih Ismail, nyatalah diantara keduanya kesabaran luarbiasa [37: 103],

kemudian Allah menebusnya dengan sesembelihan yang besar untuk menggantikan pengorbanan yang dilakukan [37:107]



Pelajaran berharga dari peristiwa ini ialah nilai pengorbanan bahwa Allah itu di atas segala−galanya, bahwa Allah tiada tandingan dan tiada duaNya. Pelajaran berharga itu lahir dari orang−orang yang sabar menjalani perintahNya. Mereka ialah orang yang Allah pilih dan
dicatat dalam kitabNya sebagai inspirator kesabaran, kesungguhan berkorban, keteguhan iman, kemurnian cinta dan kesejatian ketaatan dalam melaksanakan perintahNya.


Peristiwa ini menjadi tunjang kepada ibadah qurban yang dilakukan oleh umat islam di serata dunia pada hari ini. Kendatipun begitu, ibadah qurban ini bukanlah semata² meniru perbuatan Nabi Allah Ibrahim dan Ismail as. Ibadah qurban adalah lebih besar dari itu. Sebagaimana Allah memerintahkan Nabi Ibrahim as menyembelih anaknya Ismail, bukanlah kerana Allah inginkan daging atau darah Nabi Ismail as itu akan tetapi hanyalah untuk menguji ketaatan dan kepatuhan serta ketaqwaan Nabi Ibrahim as tehadapNya.


Begitulah juga ibadah qurban yang disyariatkan kepada kita, umat Nabi Muhammad saw. Allah menjelaskan di dalam al-Quran bahawa tidak sampai kepadaNya daging dan darah haiwan sembelihan kita melainkan hanya ketaqwaan kita yang Allah perhatikan. Tidak sepertimana dakwaan kaum Yahudi bahawa asap dari haiwan qurbanan yang dibakar itu yang akan membuat Allah gembira.


Daging-daging sembelihan korban kamu dan darahnya semata-matatidak mencapai keredaan Allah tetapi taqwa kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah di atas petunjuk-Nya kepada kamu dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang berbuat baik. [Surah al-Haj 22: 37]


Maha Suci Allah dari sifat kekurangan. Bukanlah Allah tidak mengetahui akan takat ketaqwaan dan kepatuhan para nabi terhadapNya. Bahkan tidak wujud satu perkara walau sebesar zarah sekalipun melainkan tidak lepas dari pengetahuan Allah, Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Semua ini (arahan kepada Nabi Ibrahim as untuk menyembelih anaknya) bukanlah untuk Allah sebaliknya hanya untuk kebaikan hambaNya itu semata mata. Dengan pengujian yang sebegitu, bagi orang-orang yang tebal imannya, akan bertambah suburlah
ketaqwaan mereka kepada Allah. Apatah lagi sepertimana Nabi Ibrahim as yang mendapat simpati Allah apabila tatkala pedangnya mencecah leher Ismail as, maka Jibrail as telah turun dan meletakkan qibas di tempat Ismail as. Tentu sahaja akan lahir rasa terharu dalam jiwa kedua insan mulia itu melihatkan sifat Maha Pengasih Allah.


Relatifnya dengan kehidupan kita pada hari ini, kita juga dituntut untuk melakukan pengorbanan. Namun pengorbanan yang bagaimana? Adakah cukup setakat dengan menghulurkan leher haiwan ternakan kita? Atau adakah kita juga perlu menyembelih anak kita sebagai bukti ketaqwaan kita? Sesungguhnya tidak! Kerana terdapat banyak perkara yang boleh kita qurbankan di sekeliling kita.

Untungnya kita menjadi umat Nabi Muhammad saw adalah kerana kita dikurniakan tanggungjawab untuk menggalas kerja-kerja para nabi. Itulah tugas menyampaikan, tugas berda’wah. Di dalam mencapai maksud tujuan da’wah ini, tentu sahaja terlalu banyak pengorbanan yang perlu kita lakukan. Dengan tugasan da’wah, tentu saja kita akan kehilangan masa-masa emas kita bersama keluarga. Selain itu, harta dan tenaga juga terpaksa digunakan dengan banyaknya dalam mencapai matlamat. Ini juga dipanggil pengorbanan. Kerana
hakikatnya, walaupun tidak ada daging atau darah haiwan yang dialirkan, kesemua perkara di atas menuntut kita untuk mempamerkan ketaqwaan yang bukan kepalang banyaknya.
Adakah Allah akan mensia-siakan segala pengorbanan yang kita lakukan? Demi Allah tidak! Kerana Allah telah menjanjikan pengakhiran yang baik bagi orangorang yang memperjuangkan
agamaNya dan Allah tidak akan pernah memungkiri janjiNya.

“Wahai orang-orang yang beriman.Mahukah kamu aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungaisungai, dan ke tempat-tempat tingaal yang baik di dalam syurgaAdn. Itulah kemenangan yang agung” [as-saff61:10-12]

Sayang sekali terlalu sedikit di kalangan kita yang sudi melakukan pengorbanan demi kerana Allah. Bukan tidak ada tetapi bilangannya terlalu sedikit. Dan bilangan yang sedikit ini pula dicaci dan dihina dengan pelbagai cacian dan penghinaan. Mungkin orang jijik melihat kedhaifan mereka sedangkan pada sisi Allah kedudukan mereka adalah tinggi dan mulia.


Sebaliknya kita lebih cenderung untuk menyanjungi mereka yang bukan sahaja tidak melakukan pengorbanan atas nama da’wah, sebaliknya menggunakan agama sebagai platform untuk mengumpul harta. Astaghfirullahal‘azim… Selain itu, banyak juga terdapat antara kita yang melakukan pengorbanan yang tidak kena pada tempatnya. Mengorbankan masa semata-mata untuk kerjaya, mengorbankan harta semata-mata untuk mencapai kedudukan, mengorbankan tenaga untuk keseronokan dan entah apa-apa lagi bentuk pengorbanan yang akhirnya membawa kepada pengharapan kepada makhluk dan kemurkaan Allah.


Sedangkan hakikat yang sebenar, segala-galanya hanyalah semata-mata atas ketentuan Allah. Marilah kita berdoa semoga kita tidak tergolong dalam golongan manusia yang sia-sia pengorbanannya. Dan marilah juga kita berdoa semoga Allah membukakan pintu hati kita agar lebih mudah untuk berkorban kerana Allah. Sesungguhnya pengorbanan adalah pengujian terhadap takat ketaqwaan. Alangkah baiknya jika dapat kita mencapai ketaqwaan yang tinggi takatnya. Alangkah baiknya jika kita menjadi penghuni syurga yang abadi. AllahuAkbar…