Showing posts with label puisi. Show all posts
Showing posts with label puisi. Show all posts

Mar 29, 2014

puisi untuk muslimah


Assalamualaikum. Kali ini aku kongsikan dengan kalian sebuah cerpen/puisi berkaitan wanita tetapi coretan ini bukanlah milikku tetapi milik seorang muslimah dari Indonesia iaitu Hajjah Mariah Ulfa, seorang qari’ah yang terkenal di tanah seberang. Banyak puisi pasal wanita yang selalu kita dengar, tapi bagi aku, ini yang terbaik dan benda yang baik itu kan kita kena kongsi...



MUSLIMAH

Ia tidak harus berbakut setera untuk terlihat menawan
ketika busana panjang tanpa pita-pita
mampu menembus kabut pesona zaman
Ia tidak harus mendongakkan kepala untuk menyirat
kehormatan
ketika tunduknya hati dan pandangan
menempatkan diri pada kemuliaan
ia tidak harus berhiaskan intan berlian untuk meraih
keanggunan
ketika cahaya kesabaran akan meluruhkan kilaunya
dan butiran tasbih mulai menghitung nilai akhlaknya
titian menuju ridha-Mu
memang tidak dihiasi mawar, melati dan sedap malam
sekali-kali saja masih tercium harumnya
karena mungkin masih ada terjaga
perilaku dan lisannya
perjalanan ke sana sungguh panjang dan meletihkan
hanya mendung dan pelangi, hanya gelap dan terang
saling berganti menyapanya
Ilahi, tanpa keridhoan itu
bisakah sedekah, sholat dan sujudnya
mengantar diri ke ujung pengembaraan pada-Mu

Kita sering dengar hadis berkaitan wanita solehah itu perhiasan dunia, wanita itu sangat dijaga haknya dalam Islam dan macam-macam lagi. Kita juga sering dengar wanita itu paling senang masuk syurga. Tetapi, kitakah perhiasan dunia itu? Kitakah wanita yang layak dijaga haknya? Dan tahukah kita bahawa wanita itu paling senang juga masuk neraka?

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

“Empat perkara termasuk dari kebahagiaan, iaitu  wanita (isteri ) yang solehah, tempat tinggal yang luas dan lapang, tetangga yang  soleh, dan tunggangan (kenderaan) yang nyaman. Dan  empat perkara yang merupakan kesengsaraan iaitu  tetangga yang buruk, isteri  yang jelik (tidak solehah ), kenderaan yang tidak nyaman, dan tempat tinggal yang sempit.” (Hadis Riwayat  Ibnu Hibban dalam Al-Mawarid hal. 302, disahihkan Asy-Syaikh Muqbil dalam Al-Jami’ush Shahih, 3/57 dan Asy-Syaikh Albani dalam Silsilah Al-Ahadits Ash-Shahihah no. 282).

Penulis,


-UI-
Medical University of Warsaw

Oct 29, 2010

Jangan Terlalu Susah Hati

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya
Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.
Jangan tidur selepas solat Subuh,
nantirezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan keluar rumahtanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan menangguh taubat bila berbuatdosa
kerana mati boleh datang bila-bila masa.
Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.
Jangan mengumpat sesama rakantaulan.
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
Jangan lupa bergantung kepada ALLAHdalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.
Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
Jangan banyak ketawa.
Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong,
kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaikuntuk hamba ciptaanNya.

Jul 28, 2010

Kita Bermusim Sudah~!






Kami bermusim di sini..musim tengkujuh...sejuk..nyaman udaranya..Alhamdulillah..

Bicara di blog lama ini juga tampak bermusim..(mencuri masa yang tersisa)..

Bermusim..
mereka berjaya..mereka ketawa!!
kerana kita sudah bermusim..
kita selesa bermusim..

Dakyah yahudi dan dajjal berjaya..
mereka 'didik' kita untuk bermusim..bukan istiqamah..
mereka ranapkan budaya istiqamah dari dada umat Islam..
sgt mudah....
sambut hari jadi..sambut hari ibu..
sambut merdeka..sambut tahun baru..
dan terus menerus dengan sambutan...tahunan....bulanan...
..dalam quran ALLAH berfirman.."....fastaqim kama umirta.."-maka istiqamahlah sebagaimana diperintahkan..

tapi kita bermusim..
ulangkaji bermusim---ketika exam
solat hajat dan berdoa---ketika exam dan ketika sulit hadapi kehidupan
ingat saudara2 Palestin---ketika mereka dihenyak hebat dlm laporan media (padahal setiap hari mereka berperang menunaikan amanah pertahankan agama yg kita pikul bersama)

kita dilatih berdebat..sedangkan agama melarang..
berdebat di peringkat sekolah,daerah,negeri,antarabangsa...dan seterusnya..
gah dengan hujah biarpun di pihak salah..
anak2 debat ini diajar mempertahankan apa sahaja biarpun awal nyata sudah salah..
kita kata ini sillibus, jadi kita pertahankan..
yahudi laknat tidak perlu ada bersama kita untuk mempertahankan dakyah mereka..
cukup sudah budaya2 dan 'anak didik' mereka mempertahankan hasil sistem yang direka..
tapi yakin kita masih positif..
dalam kelat buah,masih ada yang manis!
bukan semua 'anak didik' ini bawa budaya yang sama..krn masih ada yg tulus hatinya..
yahudi laknatullah,kamu tidak akan bisa menang!

kita bukan merdeka...malah fitrah kita menderita..

kita dilatih dakwah dgn aktiviti..
ada kalangan kita dakwah kita hanya aktiviti oriented..
ada aktiviti..ada penonton...orite sudah!
ceramah,forum,circle..kuiz..dan macam2 lg direka..
sasaran aktiviti.."mesti org kena hadir..org tak hadir, jd masalah.."..
guruku yang satu..katanya.."usah mengelamun jauh bila kita masih bertatih..tapi usahalah untuk menjadi rijal tarbawi"
mana pemahaman dakwah fardhiah dan umum kita??
untuk apa kita berdakwah?
dakwah = aktiviti?
jawabnya kita kena belajar lagi..

lapangkan dada..duduk semeja..
jgn mudah mengata cerca...langsung al quran diambil bermusim juga..(apa ini???)
Al quran diambil bila-bila suka..jika untuk berdebat dan berhujah, kita takkan ke mana..
kerana quran bukan di hati kita..
hanya gah berkata-kata..
kita takkan ke mana..
kita takkan ke mana..

astaghfirullah..
innallaha kana tawwaba..

Dipetik dari,
Ilham Al Adwa'

Feb 24, 2010

KITA BANGSA YANG SELESA

Kita bangsa yang selesa
berselindung di sebalik agama
membiarkan tersiksa saudara
sesekali tersentak

kita menukar jenama
sedangkan dalam ruang selesa
kita berganjak tiada
bimbang tertumpah air muka.


Usai musim memulau jenama
kita kembali berahi kepadanya
antara fardhu ain dengan kifayah
kita pilih bermain aksara
telefon bimbit kejap dalam genggaman
kerana yang menyanyi itu juga seagama.
Mengapa masih malu memulau hedonisme
Masih lagi menjadi hamba hawa nafsu
Terus alpa membenarkan eksperimen 5-S janaan mereka
Berjaya mengabui inti perjuangan sebenar

Sex!
Smoke!
School!
Sport!
Screen & Song!


Siapakah mangsa sebenar keadaan ini
Mereka yang berada di bumi Palestina
Ataukah kita yang lebih hina
Anak siapa mengandung sebelum akad
Anak siapa bibirnya berpuntung asap
Anak siapa ke sekolah tapi fikiran melayah
Anak siapa qiamulail bersama Manchester, Liverpool dan Chelsea

Anak siapa berbondong-bondong berpesta
Lebih kenal artis daripada ulama
Lebih hafal lirik daripada doa
Dengan ilmu sedalam lantai tempayan
Kita mencari munasabah melabuhkan sauh persoalan
di situ bahtera karam
lidah kalam tenggelam dalam
sorai ketawa
jenaka alpa.

Justeru kita bangsa yang selesa
gemar berselindung di sebalik agama.


II

Kita bangsa yang selesa
masih berselindung di sebalik agama
di sini

bangga terhimpun di laman berkolam mini
batu-batu tersusun indah memaknakan erti seni
sedangkan batu yang serupa
nilainya lebih berharga
di sana

menjadi peluru menghentam angkuh bangsa.


Pernahkah kita menafsir iktibar
daripada derita sebuah bangsa
bala yang tumpah ke atas Palestina
peritnya melimpah ke pelusuk atma
pun benarkah kita benar-benar percaya.
Sesekali peti hitam itu menayangkan sengsara
simpati melaut mencecah pantai hati
ataukah kita tak terpandang
raungan ibu

hiba ayah
titis jernih anak-anak bermata bundar
lalu segera mengalihkan berita derita
rela menonton sebaris calon penyanyi hiba
tidak cukup undi percaya; dan
kita pun sama berduka.

Sedangkan di bumimu, Palestina
apakah masih ada harga air mata
setelah setiap saat ia mengalir

bersama darah pejuang
bergaul debu petualang


III

Kami enggan menjadi bangsa yang selesa
enggan berselindung di sebalik agama
iktibar daripadamu, Palestina
adalah untuk kami dakap kejap pada jiwa
bumi bertuah ini lebih empat ratus tahun
pernah bertukar milik

- Portugis, Belanda, Inggeris,
- Jepun dan komunis
kini Zionis!

Kami enggan menjadi bangsa yang selesa
enggan mudah percaya dengan apa yang ada
kami gali kebenaran dari tanahmu
kami hayati perjuangan syuhadamu
kami tidak rela kiblat yang pertama itu
menjadi harta bangsa penjarah darah saudaraku.


Ayuh,
Pinjamlah semangat Salahuddin Al-Ayubi
biar mengalir ke seluruh pembuluh tubuh ini
kita rebut semula Baitul Muqaddas
kerana setiap yang hak itu punya batas
kita bukan mahu dendam berbalas
kita mahu menjadi bangsa yang peduli

Berjuang!

Walau bukan dengan ketul-ketul kerikil
dengan pena
dengan doa
dengan percaya
bahawa kita bersaudara
setiap kali bedilan singgah di laman rumahmu
gegarnya terasa di anjung semenanjung


Justeru
Kita bukan bangsa yang selesa
Tidak pernah berselindung di sebalik agama
Dengan agama jiwa nurani teguh
Dengan agama iman ini terpasak utuh.
Dengan agama kita gagalkan eksperimen durjana

Kita bina agama dan bangsa bermaruah
Membiarkan Ad-Din mengalir ke setiap pembuluh darah
Merapatkan peribadi dengan Rasulullah
Setiap satunya kembali kepada Allah.

Inna lillah
Wa inna ilaihi
Raji’un.

Nisah Haji Haron

Ampangan – USM – Ampangan
1 – 5 Sya’ban 1430 H
23 – 27 Julai

Nov 23, 2009

.:. Dunia Baru Islam .:.


Dunia Baru Islam

Masih basah kenangan indah
Zaman cemerlang era gemilang
Ketika Rasul ada di sisi
Para sahabat mentadbir bumi

Zaman nubuwwah era khulafa'
Islam laksana api yang menyala
Menerangi teman dan juga sahabat
Bahang panasnya membakar lawan

Di celah itulah
Kami mengatur langkah
Membina sebuah thoifah

Di sini bara
Tak pernah padam
Digenggam kukuh
Sebuah azam

Ayuhlah para mujahid
Ayuhlah para mujahidah
Kita tinggalkan zaman fitnah
Agar tertegak kalimatullah
Agar terbangun.....
Dunia Baru Islam

“Perumpamaan orang yang mengajar orang ramai kebaikan tetapi melupakan dirinya sendiri adalah seperti lilin yang memberikan cahaya ke atas orang lain dan (dalam masa yang sama) membiarkan dirinya terbakar”
Mari kita tegakkan dunia baru untuk Islam.. Kalau kita tidak bersama menegakkannya, pasti akan ada insan-insan lain yang melakukannya kerana Islam pasti tertegak. Sama ada kita mahu bersama atau tidak. Mari tingkatkan azam, perbaiki diri, dan bersama menyeru orang lain ke arah kebaikan....Islah Nafsak Wad'u Ghairak.... =)



Aug 21, 2009

witamy ramadhan =)


Ya Ramadan!

In the name of Allah, the most Merciful, the most Kind

A blessed month is casting its shadow upon us
A night of this month is better than a thousand months
Bear with patience for the sake of Ar-Rahman
It's a continuous training to strengthen our Imaan.

Glory be to Allah who sent Ramadan as a mercy to mankind
Its a purification of our soul, our heart, and our mind
With the most sincere devotion and love we fast
To be cleansed and free from sins of the past

Glorified is He, who choseth this holy month,
To test our sabr and fill our hearts with warmth
Of his Divine Light, His blessings shall glow,
The Seer of the unseen, all He does know

Ya Allah! For thee, let my breath be more pleasant than musk
Ya Allah! For thee, let me be thankful when day turns to dusk
My thoughts and heart are purified, my eyes truly see'
This blessed month, the month of spiritual rhapsody!

Ya Allah! For thee, my life I shall live!
Ya Allah! For thee, my soul I shall give!
In the name of Allah, the most Merciful, the most Kind,
Praise be to Allah, who sent Ramadan as a gift to mankind

by noor shaheed.


May 16, 2009

MuNGKiN Dia TeRLuPa..



Mungkin dia terlupa,
Bila dia berkata,
Ada hati yang mungkin terluka,

Mungkin dia terlupa,
Bila dia kecewa,
Ada hati yang turut merana,

Mungkin dia terlupa,
Bila dia terleka,
Ada insan datang bawakan berita,

Mungkin dia terlupa,
Bila dia perintah ke sini ke sana,
Ada orang rasa terhina,

Mungkin dia terlupa,
Bila dia berduka,
Ada teman hadir hiburkan jiwa,

Mungkin dia terlupa,
Bila dia dicaci dicela,
Ade kawan datang membela,

Mungkin dia terlupa,
Bila dia berkata, "alah, aku hanya berjenaka"
Ada hati yang bisa terasa,

Mungkin dia terlupa,
Bila dia tidak berharta,
Ada jiwa yang bisa taburkan segala,

Mungkin dia terlupa,
Bila dia tidak terdaya,
Ada tangan muncul berikan upaya,

Mungkin dia terlupa,
Akan tiba masanya, ku akan pergi jua..


Wassalam...




May 6, 2009

Jasa ibu tiada terbalas

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ...mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak

Selamat Hari Ibu (10 mei 2009)


Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu
(31:14)





May 1, 2009

cita-cita kanak-kanak??

Adakah cita-cita kita masih seperti kanak-kanak?
Ingin jadi seorang doktor, jurutera atau akauntan.
Namun bila ditanya kenapa…
Hanya menggeleng kepala
Terlupa pula nak fikir sampai sana
Saja suka-suka?

Adakah cita-cita kita masih seperti kanak-kanak?
Ingin hidup yang mewah dan berada
Namun bila ditanya kenapa…
Payah pula mencari jawapannya
Tak tahu semuanya untuk apa
Akhirnya hanya mampu berkata
‘Apa salahnya…’


Adakah cita-cita kita masih seperti kanak-kanak?
Ingin senang dan mudah sentiasa
Tanpa ujian dan tanpa beban
Dan bila ditanya kenapa…
‘Kerana hidup ini untuk bergembira’

Umar Abdul Aziz…
Bila ditanya apakah cita-citanya
Pantas saja dijawab ‘syurga!’
Lantas dia berusaha
Dgn zuhudnya, ibadahnya dan jihadnya
Menjadi khalifah islam yang tak terhitung jasanya
Demi meraih syurga yang dicita

Mushab b Zubair…
Bila ditanya apakah cita-citanya
‘Ingin melihat Iraq dikuasai oleh muslimin’
Bukankah Allah telah menerima?
Berbahagialah dia dengan doanya yang mulia

Usamah b Zaid…
Bila ditanya apakah cita-citanya
‘Ingin bersama mujahidin’
Lalu Allah memperkenan
Usia 19 tahun dia bergelar panglima
Rasulullah s.a.w. sendiri melantiknya


Urwah b Jubair…
Bila ditanya apakah cita-citanya
‘Ingin menguasai ilmu fiqh & hadith’
Bersungguh belajar
berbekal Lillahi Taala
Lantas menjadi tokoh ulama di zamannya
Ilmu fiqh dan meriwayat hadith

Hebat sungguh dan tingginya cita-cita mereka!
Hampir tidak tercapai dek akal kita
Impian mereka jauh ke hadapan…Melebihi hayat usia
Bermati-matian mereka mencapainya

Buahnya? Seluruh dunia merasa
Manisnya sampai hari ini belum hilang
Menegakkan agama Allah, ilmu fiqh dan meriwayat hadith
Supaya akhirnya sampai pada kita…


Untuk diri mereka?Ah…mereka sedang bahagia menunggu musim menuai di akhirat sana!

Jadi usahlah kita seperti kanak-kanak
Berlari-lari dan bermain menikmati alam yang fana
Seperti kanak-kanak yang menunggu ibubapanya memanggil
Untuk kembali ke pangkuan
Bercita-cita hanya untuk diri sendiri
Berimpian pula supaya mudah saja untuk menggapainya
Dan berharap hasilnya cepat, dapat dituai di dunia


Tidak terasa beratnya amanah menjadi khalifah
Tetapi …Tidak juga merasa nikmatnya berkorban untuk Allah
Walau susah, namun menenangkan
Walau payah, namun membahagiakan

Maka bercita-citalah!
Setinggi mungkin dan sehebat mungkin!
Bukan setakat untuk duniamu,bahkan sampai akhiratmu
Kerna…Di situlah nadi penggerak langkahmu
Di situlah titik mula
Dan moga kita berakhir di destinasi yang sama
Di syurgaNya… dan saling berkata


TAHNIAH!! KITA BERJAYA!

Apr 4, 2009

Oh Nabiullah

Bismillahirrahmanirrahim.

Setelah mendapat pandangan profesional, kami telah berjaya memilih pemenang bagi pertandingan puisi sempena Maulidurrasul yang lalu.

The winner is...jeng, jeng, jeng...


Cik Nor Nabilah bt Azmi!

Congrats!

Below is the poem beautifully written by her.


Oh Nabiullah

Oh Rasulullah,
at times when I’m stifling a cry
engulfed in melancholic, encircled in grief
I stop and wonder
of such strength that must be dwell in your heart
for you never lose aim
…and then I’m renewed…

Oh Habibullah,
at times when I feel like I’m falling into an abyss
plagued with despair, rendered hopeless and hapless
I pause and ponder
of such resilience that must be rooted in your heart
for your faith never wavered
…and then I am spirited…

Oh Waliullah,
at times when I’m overwhelmed with anger
pulsating with fierce rage, throbbing with wild fury
I restrain and reflect
of such patience that must have longed been nursed in your heart
for you have never tended to your whims
…and the volcano inside me subsides…

Oh Khatimul Anbiya’,
at times of fevetish pleasure
drowning in ecstasy yet floating on 7th heaven
I freeze and think
of such gratitude and humbleness that must reside in your heart
for the word ‘Alhamdulillah’ flows too naturally
for a being so ideal
…and I amazed…

And my heart beats a bit faster…

Feb 22, 2009

Doa Untuk Sahabat KU...

Doa untuk kekasih?? Semoga kekasih pertama di hati kita ialah Muhammad Bin Abdullah


Salam kawan2 semua...

Bersangkut-paut juga dengan entry yg sebelumnya...
Terasa pula diri ni nak meletakkan satu DOA untuk sahabat2 yang telah lama berjuang dalam kehidupan... matang dgn kehidupan yang penuh dugaan ini...


Yang mungkin masih kabur pandangan, tidak nampak jalan yang jauh di hadapan , perlukan panduan dan pedoman, agar tenang dan tepat dalam pemilihan, semoga perlindungan dan rahmat Allah sentiasa di dalam kehidupan, biarlah hati terus berbicara dengan Tuhan... tentang jodoh dan pertemuan.... ^_^ InsyaAllah....

Wahai Maha Pengasih,
Jika Sahabatku jatuh cinta,

Benihkanlah cintanya,
Pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMU,

Agar bertambah kekuatannya,
Untuk mencintaiMU Ya Allah...


Wahai Maha Penyayang,
Jika Sahabatku jatuh hati,

Izinkanlah dia menyentuh,
hati orang yang hatinya bertaut padaMU,
Agar Sahabatku tidak jatuh,
Ke jurang cinta murah...


Wahai Maha Penjaga,
Jika Sahabatku rindu,
Jagalah rindunya pada dia,
Agar dia tidak lalai,
Dari merindui SyurgaMU...


Ameen, Ya Rabbal A'lamin....InsyaAllah...



Suburkanlah hati2 ini dengan sinar hidayahMU Ya Allah... Semoga kami terus tsabat di JalanMU ini...

Feb 20, 2009

sYaiR WaSiaT Di aKhiR ZaMaN..



Jika hendak hidup beriman

Serta mulia di sisi Tuhan
Marilah kita hendak ingatkan
Wasiat Nabi di akhir zaman

Wajiblah kita menjaga diri
Cabaran hidup banyak sekali
Janganlah kita lupakan diri
Hidup ini menuju mati

Bila melihat mungkar yang nyata
Maka janganlah hanya mengata
Tapi bangkitlah menabur jasa
Membimbing umat menjadi pelita

Umat Islam perlu didakwah
Nasihat baik serta berhikmah
Dengan semangat serta ukhuwwah
Hubungan kita tambah meriah


Syair ini dipetik dari kitab 40 Peristiwa akhir zaman, Susunan Abu Ali Al-Banjari

~Wassalam~

Feb 18, 2009

Teka teki

Assalamualaikum wbt

Semester baru sudah bermula
tapi semangat belum menjelma
Banyaknya kelas 'haish' tak terkata
Usaha dan tawakal i/Allah berjaya.

ilmu yang ada cuba dimanfaat
hendak berkongsi dengan sahabat
pantun ini tentang solat
solat ape 4 tahiyyat


jawab2.. =)



Click to join msianpln
<

Jan 27, 2009

A Mother's Whisper..



you've closed your eyes my sleeping child,
i pray they do not stir,
i pray they do not flutter,
please keep them shut from all the horror.

soften the creases on your forehead,
deafen your ears of all the dread,
block the sounds that might alarm,
for i will try to put youat calm.

the staccato gunshots will hush,
the piercing strikes will falter,
for now, let me hold you and keep you safe,
let the warmth flow within and mellow out the pain.

-my heart out to the children of gaza who's right to a good childhood has been fiercely snatched away..

~nabilah ~

Jan 13, 2009

KeRaNaMu...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Sahabat2, mungkin kini, kite disibukkan dengan isu Palestin, isu Gaza, kite disuapkan dengan berita2 hangat pengeboman adik2 kita nun jauh di Palestin sana, gambar2 kekejaman israel tersebar luas memenuhi inbox2 email kita..buka email je mesti ade..isu boikot memboikot pulak amat hangat diperkatakan hari demi hari...senang kate, Palestin kini menjadi "hot stuff" buat kite..

Tapi kawan2, nak tanye skit,

Dalam kesibukan kite membincangkan ttg Palestin, ttg Gaza, sejauh mana rasenyer penghayatan kite yg sebenarnya terhadap isu ini?? Sejauh mane kite ambil berat ttg isu nih?? Sampai ke tahap mana kawan2???

Setelah kite puas dihidangkan dengan segala bentuk perkhabaran mengenai saudara2 kita di sana, kita masih mampu bergelak ketawa, bersenang lenang, happy2, berpeluk tubuh dan kekal berada di dalam "comfort zone" kite di Poland ini. Pelik kan kawan?? Dah dgr mcm2 berita, tp, kite mcm xde pape jer..

Pikir punya pikir, baru kita sedar, teringat akan pesan Nabi, segala2nya, bertitik tolak pada seketul darah di dalam tubuh kita yg diberi nama hati!!

Hati???

Apa kaitan hati dengan isu nih??

Kawan2,

Bukanlah dipinta kesediaan kita untuk membeli tiket kapal terbang dari Warsaw Frederic Chopin Airport
ke Yaser Arafat International Airport, Rafah utk sama2 membantu tentera2 Palestin menentang zionist israel. BUKAN!!

Bukan dipinta kita mengangkat senjata, M16 ke, AK47 ke, pisau ke, gunting ke, utk mempertahan bumi Palestin dari guguran-guguran bom dan missile. TAK!! kita tak diminta utk buat sume tuh..

Bukan juga kesediaan kita untuk kite bersama2 join pasukan paramedik berbekal ilmu anatomy, histo and physio yg kencang merentas benua menyabung nyawa menyelamatkan anak2 Palestin di Gaza. TIDAK!!!

Malah mungkin kita sendiri x mampu nak buat semua benda itu kawan2..

Namun apa yang dipinta, tak byk, tak byk pun, hanyalah secebis doa buat adik2 kita yang sedang membayar harga perjuangan mereka dengan jiwa2 mereka. Secebis doa agar mereka terus tabah, kental iman dan yakin dengan janji2 ALLAH Yang Maha Pengasih. insyaALLAH...

Kawan2, izinkan saya utk kembali kepada isu hati tadi..

Penah x kita terpikir, kenape peringatan demi peringatan diberi, namun xmampu nk sink in dalam hati kite..xmampu nak mengalir bersama bile di celah2 hepatocyte di dalam hati kite utk membuatkan kite lebih memahami akan penderitaan saudara2 seagama kita di sana?? di mana silapnya kita??

Kawan2, masinnyer air laut, tak mampu menyerap ke dalam isi ikan, tp, once ikan tu dah mati, igtlah, hanya secubit garam dah cukup utk memasinkannya..

Mcm tu la jgk dgn hati kite,

Hati yg hidup sgt sukar utk dinodai, tp bila hati tu dah mati, dgn mudahnya, ia dapat dipengaruhi..

so, make sure, kite jaga hati kite baik2..

"
sungguh beruntung orang yg menyucikannya (jiwa), dan sungguh rugi orang yg mengotorinya (jiwa)"

~As-Syams: 9-10~

Mungkin ade org tanye, cmne nak bagi hati kite sentiasa hidup??

Menurut Imam Ghazali, kalau 3 hari kite x mendengar peringatan samada tazkirah ke, baca Quran ke, join majlis2 ilmu ke, atau ape2 je yg mendekatkan diri dgn ALLAH, maka hati kite akan gelap..dan dari situ la, syaitan akan mula memainkan peranannya..nauzubillah..

Kawan2, jgn kite sempitkan pandangan kite terhadap majlis2 ilmu. Xsemestinya majlis2 ilmu diadakan hanya di masjid2, atau di surau2. Blh jgk di rumah, di bilik, bersama kawan2, sambil makan, sambil bace buku pun blh..

Mungkin ade di kalangan kite yg merungut bila diajar join usrah, buat muke bila diajak join halaqah, buat2 busy bila diajak ke majlis2 mengingati ALLAH..

Tapi sedar x kawan2, benda2 ni la yang sebenarnya yg membantu menyucikan jiwa kite..

Teringat satu hadis yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A.


Nabi s.a.w bersabda:


Sesungguhnya Allah S.W.T Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi memiliki para Malaikat yang mempunyai kelebihan yang diberikan olehNYA. Para Malaikat selalu mengelilingi bumi. Para Malaikat sentiasa memerhati majlis-majlis zikir. Apabila mereka dapati ada satu majlis yang dipenuhi dengan zikir, mereka turut mengikuti majlis tersebut di mana mereka akan melingkunginya dengan sayap-sayap mereka sehinggalah memenuhi ruangan di antara orang yang menghadiri majlis zikir tersebut hinggalah langit. Apabila orang ramai yang hadir dalam majlis tersebut beredar, para malikat pun naik ke langit.


Then, bila para malaikat naik ke langit, berlakulah soal jawab antara malaikat dgn ALLAH S.W.T. Zaaaasssss....






ALLAH S.T.W. bertanya para malaikat (meskipun ALLAH tau pergerakan mereka):

“Dari mana kamu datang?”


Malaikat menjawab:

“Kami datang dari tempat hamba-hambaMu di dunia. Mereka bertasbih, bertakbir, bertahlil, bertahmid serta berdoa memohon dari-Mu.”


ALLAH S.T.W. berfirman:

“Apakah yang mereka pohonkan.?”


Para Malaikat menjawab:

“Mereka memohon Syurga dari-Mu Ya ALLAH.”


ALLAH berfirman:

“Apakah mereka pernah melihat Syurga-Ku?”


Para Malaikat menjawab:

“Belum.”


ALLAH berfirman:

“Bagaimanakah agarnya akan terjadi seandainya mereka dapat melihat Syurga-Ku?”


Malaikat berkata lagi:

“Mereka juga memohon daripada-Mu perlindungan Ya ALLAH.”


ALLAH berfirman:

“Mereka pohon perlindungan-Ku dari apa?”


Malaikat menjawab:

“Dari Neraka-Mu, Ya ALLAH.”


ALLAH berfirman:

“Apakah mereka pernah melihat Neraka-Ku?”


Malaikat menjawab:

“Belum.”


ALLAH berfirman:

“Bagaimanakah agarnya akan terjadi seandainya mereka dapat melihat Neraka-Ku.”


Malaikat terus berkata:

“Mereka juga memohon keampunan-Mu.”


ALLAH berfirman:

“Aku sudah mengampuni mereka. Aku telah kurniakan kepada mereka apa yang mereka pohon dan Aku telah berikan ganjaran pahala kepada mereka sebagaimana yang mereka pohonkan.”


Malaikat berkata lagi:

“Ya ALLAH, di antara mereka terdapat seorang hamba-Mu. Dia penuh dengan dosa, sebenarnya dia tidak berniat untuk menghadiri majlis tersebut, tetapi setelah dia melaluinya dia terasa ingin menyertainya lalu duduk bersama-sama orang ramai yang berada di majlis itu.”


ALLAH berfirman:

“Aku juga telah mengampuninya. Mereka adalah kaum yang tidak dicelakakan oleh sebab majlis yang mereka adakan.”


Cuba kite lihat kawan2, sayangnya ALLAH kepada kite. Kite nak tak nak je ingat kat DIA, tapi dia tetap jgk nak ampunkan kite yang penuh ngn dosa nih...masyaALLAH...


Kawan2, lepas ni, rajin2 la kite join majlis2 yg memperingati ALLAH..bg mereka yg ALLAH pilih n sediakan peluang2 utk join akiviti2 halaqah, usrah, dan sebagai, jgnlah sekali2 lepaskan peluang2 sebegini..

Usahalah utk sama2 kite dekatkan diri pada ALLAH n ingat padaNYA.


Firman ALLAH,


"Ingatlah padakKU, nescaya aku akan ingat padamu.."


Haaa....teringat la plak lirik lagu Raihan, MenGeMiS KaSiH,

'Bila selangkah kurapat padaMu, seribu langkah KAU rapat padaku'

Just nak pesan pada diri sendiri n pada kawan2 sekalian, usaha dan effort yg kite buat selama ni, xseberape nak compare ngn rahmat n kasih syg yg ALLAH bg kat kite..

Kawan2, smpai di sini dulu rasanyer perkongsian kite buat kali ni..Saya menyeru diri saya sendiri n kawan2 utk sama2 kite keluar dari comfort zone kita, menunjukkan rasa, menyokong dan mendokong perjuangan mereka yang teraniaya...

Sebagai penutup, satu sajak khas buat kawan2 sume n buat diri saya sendiri..sama2 kite hayati...


KERANAMU GAZA...


Keranamu Gaza

Antara Danone dan Kit Kat

Kupilih puasa

Keranamu Gaza

Antara Nescafe dan Coca Cola

Kupilih dahaga

Keranamu Gaza

Antara Loreal dan Johnson & Johnson

Kupilih luka

Keranamu Gaza

Antara CK dan Boss

Kupilih kedana

Keranamu Gaza

Antara Mark & Spencer dan Timberland

Kupilih buta


( Hasil Nukilan Saudara Waqiyuddin Abdullah)




Moga yang memesan lebih mengingati dari yang dipesan..

Wassalam....


WOLNA PALESTINA!!! FREE PALESTINE!!