Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

May 3, 2014

Resepi Ayam Masak Halia

Assalamualaikum wbt.

 Dialog sehari-hari orang yang tak berapa nak reti masak sangat 


 “Hari ni nak masak apa? Balik-balik kari, kurma, sup. Kari, kurma, sup.”

 Nak makan sedap dan lain dari yang lain, tapi tak reti sangat.

 InsyaAllah, hari ni nak kongsi satu resepi yang sangat simple. Cuma potong dan campak. Bujang style!

AYAM MASAK HALIA




Ayam
Halia (sebanyak mana yang suka)
5 ulas bawang putih
½ biji bawang merah
1 sudu sos tiram
1 kiub pati ayam
I sudu tepung gandum yang dibancuh dengan air (agen pemekat)
Air, garam, gula atau perencah Secukup Rasa, secukupnya

1.       Panaskan minyak, campak bawang dan halia yang dihiris. Kacau sampai naik bau.
2.       Masukkan ayam, goreng sampai separuh masak, masukkan sos tiram, air dan kacau.
3.       Masukkan kiub pati ayam.
4.       Rasa-rasa macam ayam dah masak, masukkan tepung yang dibancuh tadi.
5.       Kacau, masukkan bahan perasa.
6.       Tutup api dan makan!

        Tiba-tiba ada tetamu datang, tak tahu nak masak apa, bolehlah hidangkan yang ini. Tambah cili merah dan daun bawang, fuhhh, terus rasa macam boleh buka kedai makan kat Poland.
          Mungkin halia bukan benda yang wajib ada dalam dapur kita macam bawang, tapi halia sangat bagus untuk badan kita. Well, kalau ada badan yang sangat tidak tahan sejuk, sampai nak dekat summer ni pun, tak sah kalau tak pakai kot kalau nak keluar, halia ni sangatlah membantu.

“Tidakkah engkau memerhatikan, bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu dialirkanNya menjadi mataair- mataair di bumi; kemudian Ia menumbuhkan dengan air itu tanam-tanaman yang berbagai jenis dan warnanya; kemudian tanam-tanaman itu bergerak segar (hingga ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; kemudian Ia menjadikannya hancur bersepai? Sesungguhnya segala yang tersebut itu mengandungi peringatan yang menyedarkan orang-orang yang berakal sempurna.” (Az-Zumar:21)

                Personal opinion, dari masak dan makan bahan yang berserbuk, adalah lebih baik makan dan masak bahan yang Allah sediakan. Tak begitu? Apa-apa pun, selamat mencuba!

Penulis,

-UI-
Medical University of Warsaw


Apr 6, 2014

RESEPI SNOW CHEESE CAKE

Bismillahirrahmanirrahim.

Allah berfirman dalam surah Al-Ma’idah,ayat 88 :  

“Dan makanlah makanan yang halal lagi baik daripada apa yang telah Allah rezekikan kepadamu,dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman denganNya.”

Setelah sekian lama memikirkan resepi yang sesuai dan menarik untuk dikongsikan, insyaAllah kali ini saya ingin berkongsi resepi Snow Cheese Cake.Idea untuk berkongsi resepi Snow Cheese Cake ini muncul setelah kawan saya mencuba resepi ini.Dan ternyata hasilnya sangat sedap dan memuaskan.Dan bagi penggemar tegar cheese cake,bolehlah mencuba resepi ini.


RESEPI SNOW CHEESE CAKE
resepi oleh : hanamemories.blogspot.com & salamisimon1.blogspot.com



Bahan-bahan


Untuk Kek:
·                     4 keping slice cheese
·                     170ml susu segar
·                     70g butter 
·                     80g gula halus
·                     80g tepung gandum ayak
·                     4 biji telur
·                     1sudu kecil esen vanilla

Untuk Topping
·                     250g cream cheese
·                     1/2 tin susu pekat 
·                     1/2 ketul keju cheddar kraf 

Bahan-bahan untuk Cream Cheese Filling:

500 gram cream cheese
150 gram gula icing
1/4 sudu teh garam halus
100 gram UHT Whipping Cream - diputar

Cara untuk Cream Cheese Filling:

1. Putar cream cheese bersama gula icing & garam hingga licin.
2. Masukkan whipping cream yang telah diputar dan gaul sehingga rata.

Cara-cara

·Untuk kek-siat-siatkan slice cheese dan masukkan ke dalam periuk, Masukkan sekali susu segar. Kacau hingga cheese cair kemudian masukkan butter. Matikan api. (Tak perlu hingga mendidih). Sejukkan.

·Asingkan putih dan kuning telur. Pukul putih telur dan gula hingga bertanduk  (terbalikkan tak jatuh).

·Kemudian pukul kuning telur dan esen vanila lebih kurang satu-dua minit dengan kelajuan sederhana. 

·Masukkan campuran susu segar, butter dan slice cheese tadi.  Kacau menggunakan  whisk.

·Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati.

·Ambil 1/3 daripada putih telur dan kaup balikkan ke dalam adunan kuning telur.Kemudian campurkan baki adunan putih telur sedikit demi sedikit. Kaup balik sebati.(jangan over, adunan agak ringan dan pekat)

·Griss loyang dengan butter dan ratakan tepung supaya tidak melekat. (boleh juga alas dengan baking paper)

·Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar secara waterbath. 

·Bakar suhu 160 api atas bawah selama 50min-1jam (Bergantung kepanasan oven masing2). Uji kek sebelum keluarkan dari oven.

·Sejukkan dahulu kek kemudian potong tengah dua bahagian.Sapukan Cream Cheese Filling di permukaan lapisan pertama.

·Untuk Topping - Pukul cream cheese dan susu pekat hingga sebati. Sapukan ke atas kek dan taburkan dengan parutan keju cheddar. Sejukkan dahulu dalam peti kemudian potong dan hidangkan.Boleh juga gunakan Cream Cheese Filling sebagai topping.

Rasulullah Saw berkata kepada Umar bin Abi Salamah, “Wahai anak, ucapkanlah Bismillah dan makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah dari apa yang ada di hadapanmu”. (HR. Bukhari).

Selamat mencuba =)

Penulis,
Mya.
Medical University of Warsaw


Jan 21, 2014

Creamy Quinche Tuna




Assalamualaikum wbt..

Moga semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja,dan selamat menempuhi cuti semester dengan perkara-perkara yang bermanfaat (^_^).Dan,salah satunya ialah dengan aktiviti memasak! Kali ni saya nak kongsikan Resepi Creamy Quinche Tuna. InshaAllah bahan-bahannya sangat mudah didapati dan tidak memerlukan kos yang tinggi.

Dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim:

Bahan-bahan:

1)Pastry:
-1biji telur
-220 gram tepung
-125 gram butter
-1 sb gula aising

Cara:
campurkan semua dan uli hingga menjadi doh. Masukkan ke dalam plastic beg atau bekas dan biarkan di dalam peti sejuk selama 20 minit.

2) Inti:
-2 biji bawang size kecil
-2 tin tuna (without mayonese)
-1 cawan mix vegetables
-1 cawan susu
-black pepper,bay leaf,oregano-1 sudu kecil
-2 hingga 4 keping cheese,ikut cita rasa anda

Cara:
-panaskan minyak,tumis bawang hingga naik bau
-masukkan tuna dan mixvege,gaul hingga rata
-masukkan susu,blackpepper,bay leaf dan oregano
-akhir sekali masukkan cheese dan garam secukup rasa
-gaul hingga rata dan biarkan sehingga agak kering dan matikan api

3)Custard:
-1/3 cawan susu
-2 biji telur
-black pepper,garam,gula secukup rasa

Cara: gaul kesemua bahan hingga rata

Langkah seterusnya:

1.      Keluarkan pastry tadi dan canaikan didalam loyang dgn ketebalan 2-3mm.Bakar di dalam ketuhar selama 15 min dengan suhu 175 degree celcius
2.      Selepas 15 min,keluarkan dan masukkan inti tadi serta tuangkan bahan custard dibahagian atas
3.      Masukkan kembali kedalam ketuhar,dan bakar selama 26-30minit
4.      Hidangkan dan sedia untuk di jamu bersama sahabat dan keluarga tercinta.

Surah Al-Baqarah ayat 168,

يَآاَيُّهَاالنَّاسُكُلُوْامِمَّافِيالْاَرْضِحَلَلاًطَيِّبًا وَلاَتَتَّبِعُوْاخُطُوَاتِالشَّيْطَنِاِنَّهُلَكُمْعَدُوٌّمُّبِيْنٌ ـ البقرة
Artinya: "Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dariapa yang terdapat di bumi,dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, karena sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu." (Q.S. al-Baqarah: 168).

Semoga kita tidak termasuk dalam golongan yang mengikuti langkah syaitan dengan mengambil remeh tentang kehidupan seharian kita.Semoga kita dalam kalangan orang yang dipilih oleh Allah untuk diberi petunjuk untuk membuat pilihan dan menentukan antara yang halal dan haram pada semua aspek dalam kehidupan seharian.Biiznillah.InshaAllah.

p/s:Untuk melihat dengan lebih jelas lagi bagaimana cara membuatnya,anda boleh rujuk video ini,perkongsian dari Alif.cz. InshaAllah.

Penulis,

bukan_masterchef
Medical University of Warsaw



Dec 14, 2013

Ibrah: Bubur Asyura




Assalamualaikum.Moga semuanya sentiasa dalam keadaan baik dan terjaga hendaknya.Memandangkan saya bukanlah master chef mahupun Jamie Oliver,untuk resepi kali ini saya banyak refer daripada internet dan blog orang lain sahaja. 

Sebelum itu,mari kita lihat apakah ibrah yang boleh kita ambil daripada bubur asyura ini?

Eh,ini ruangan resepi lah.Ada jugak ke ibrahnya?InshaAllah.Inilah indahnya Islam,bagi setiap benda yang terjadi.


Sebab,kita taknaklah tergolong macam orang yang Allah sebut dalam surah Al-A’raf,ayat 179:


“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi.Mereka itulah orang-orang yang lalai.”



Ibrah Bubur Asyura.


1)Kalau kita perhatikan cara-cara atau bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan bubur asyura,ianya mungkin berbeza mengikut budaya dan tradisi setiap negeri.Rasanya juga mungkin berbeza, namun begitu masih tidak dibuang matlamat yang asal iaitu untuk menghasilkan bubur asyura.Asasnya juga masih tetap sama iaitu bubur yang mengandungi pelbagai campuran bahan.


Namun begitu,bukanlah niat saya ingin menimbulkan assabiyah antara negeri, jika kita lihat dari sudut Islam dan DnT (dakwah dan tarbiyah) ini,setiap dari kita mempunyai alat yang berbeza untuk mencapai matlamat yang satu iaitu Mardhotillah(keredhaan Allah).Mungkin cara anda,saya dan mereka berbeza, tapi pastikanlah agar kita tidak tergelincir daripada tujuan asal kita diciptakan di atas muka bumi ini ; menjadi Abid dan Khalifah.Kerana itu pentingnya kita untuk men’tajdid’ niat kita selalu.Malah,sangat penting  untuk kita meletakkan sepenuh kepercayaan dan keyakinan (tsiqah) kepada Allah,kerana Dialah sebaik-baik tempat bergantung harapan.


2.Saya juga dapat belajar satu lagi perkara,seperti bubur ini yang memerlukan kandungan air atau santan yang secukupnya, diri ini juga begitu. Kalau bubur diberi air atau santan yang terlebih ia akan menjadi cair,jika terkurang pula akan mengeras dan menjadi kurang enak.Ia memerlukan bahan-bahan yang seimbang untuk mendapat hasil yang terbaik.Begitulah diri ini.Memetik kata-kata sahabatfillah saya,
 

”hati ini akan mati kalau asyik cakap tentang Allah sehingga lupa untuk bercakap dengan Allah”


Astaghfirullah...hati ini juga memerlukan supplement harian.


Resepi yang akan saya kongsikan dibawah adalah hasil ihsan daripada blog orang lain.Untuk mengetahui dengan lebih terperinci dan melihat pelbagai jenis resepi bubur asyura, anda boleh klik di link ini,




RESEPI BUBUR ASYURA JOHOR/ BUBUR LAMBUK

BAHAN-BAHAN:


-2 cawan beras
-2-3 senduk santan
-1 labu bawang besar*
-4 ulas bawang putih*
-1 inci* bahan * dikisar
-2 cawan / lebih daging lembu kisar / daging ayam kisar / yg cincang -1 sk serbuk lada putih
-1 sk / lebih serbuk lada hitam 
sedara mara kekacang (kacang tanah, kacang kuda dll – direndam semalaman

-sedikit daun sup / jika tak der boleh letak daun saderi..dipotong halus
-Kentang and carrot secukupnya – dipotong dadu
-Garam+gula secukup rasa 
-Bawang goreng
-4 sb rempah soto ( jika tiada, boleh letak serbuk rempah sup + serbuk rempah kurma )
-1 pkt sup bunjut
-Rempah 4 sekawan
-Air secukupnya
-Serbuk perasa jika suka cth:serbuk pati ayam  
-1/2 sk serbuk jintan putih



BAHAN HIRIS :


3 ulas bawang putih

1/2 inci halia

1/2 labu bawang besar

CARA MEMBUAT :

-Panaskan sedikit minyak, tumis set rempah 4 sekawan, kemudian masukkan bahan hiris, tumis seketika baru masukkan bahan kisar.....tumis hingga sedikit garing & naik bau. 
-bancuh perencah soto / sup ngan ½ cawan air, masukkan dlm tumisan tadi.....tumis seketika 
-masukkan daging ayam, masukkan lada hitam/putih n sup bunjut dan sedikit air dulu.,...kacau seketika masukkan beras, kekacang jika suka, air secukupnya, sedikit garam dulu, sikit gula & serbuk pati ayam jika suka.Biar ia mendidih 
-Apabila nampak beras hampir kembang,baru masukkan kentang+carrot 
-slps kentang, carrot n kekacang lembut, masukkan santan dan tambahan air masak jika nampak terlalu pekat.( masak cam buat bubur nasi gitu ) 
-perasakan dgn garam secukupnya 
-bila dah masak, tabur bawang goreng dan daun sup / daun saderi.... (*keluarkan set rempah 4 sekawan n sup bunjut dari bubur ) 
-Sedia dihidangkan panas2 cthnya bersama telur dadar halus,daun sup/daun saderi dan serunding ikan/daging/ayam
 


RESEPI BUBUR ASYURA KEDAH 

BAHAN-BAHAN:

-1 cawan tepung beras  
-2 1/2 cawan santan campur garam  
-gula pasir ikut manis  
-gula merah utk mewarnakanya  
-1 btg jagung  
-1 biji pisang dadukan  
-1 biji keledek dadukan rebus 1/2 masak  
-1/2 cawan kacang hijau rebus  
-dan lain2 bahan yg anda suka



CARA MEMBUAT:

  1. campurkan tepung gula santan kacau sebati
  2. panaskan dengan api yg perlahan
  3. setelah mendidih masukan kesemua bahan-bahan tadi
  4. kacau sehingga pekat dan rasa manisnya kalau  keras tambah sikit lagi santan.angkat dan tuang dalam loyang,sejukkan dan potong.



P/S: anyway,tak semestinya waktu 10 muharram je boleh buat bubur asyura,memandangkan sekarang ni cuaca tak menentu dan kerap je jatuh sakit,apa kata tambah kemanisan ukhwah anda sekalian dengan buat bubur ni untuk sahabat fillah korang yang tak sihat tu..barulah sweet tanpa diabetes bak kata Mr.bie.. eheh  ;)


Penulis,


bukan_masterchef

1612
Medical University of Warsaw