Assalamualaikum wbt..
Moga semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja,dan selamat menempuhi cuti
semester dengan perkara-perkara yang bermanfaat (^_^).Dan,salah satunya ialah dengan aktiviti memasak! Kali ni saya nak kongsikan Resepi Creamy Quinche Tuna. InshaAllah bahan-bahannya sangat mudah didapati dan tidak memerlukan kos
yang tinggi.
Dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim:
Bahan-bahan:
1)Pastry:
-1biji telur
-220 gram
tepung
-125 gram
butter
-1
sb gula aising
Cara:
campurkan semua dan uli hingga menjadi doh. Masukkan ke dalam plastic beg atau bekas dan biarkan
di dalam peti sejuk selama 20 minit.
2) Inti:
-2
biji bawang size kecil
-2 tin
tuna (without mayonese)
-1 cawan mix
vegetables
-1 cawan susu
-black
pepper,bay leaf,oregano-1 sudu kecil
-2 hingga 4
keping cheese,ikut cita rasa anda
Cara:
-panaskan minyak,tumis bawang hingga naik bau
-masukkan
tuna dan mixvege,gaul hingga rata
-masukkan susu,blackpepper,bay
leaf dan oregano
-akhir sekali masukkan
cheese dan garam secukup rasa
-gaul hingga
rata dan biarkan sehingga agak kering dan matikan api
3)Custard:
-1/3
cawan susu
-2 biji telur
-black
pepper,garam,gula secukup rasa
Cara:
gaul kesemua bahan hingga rata
Langkah seterusnya:
1. Keluarkan pastry tadi dan canaikan didalam loyang dgn ketebalan 2-3mm.Bakar di dalam ketuhar selama 15 min dengan suhu
175 degree celcius
2. Selepas 15 min,keluarkan dan masukkan inti tadi serta tuangkan bahan
custard dibahagian atas
3. Masukkan kembali kedalam ketuhar,dan bakar selama
26-30minit
4. Hidangkan dan sedia untuk di
jamu bersama sahabat dan keluarga tercinta.
Surah Al-Baqarah ayat 168,
يَآاَيُّهَاالنَّاسُكُلُوْامِمَّافِيالْاَرْضِحَلَلاًطَيِّبًا وَلاَتَتَّبِعُوْاخُطُوَاتِالشَّيْطَنِاِنَّهُلَكُمْعَدُوٌّمُّبِيْنٌ
ـ البقرة
Artinya: "Hai sekalian manusia,
makanlah yang halal lagi baik dariapa yang terdapat di bumi,dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, karena sesungguhnya syaitan itu adalah musuh
yang nyata bagimu." (Q.S. al-Baqarah: 168).
Semoga kita tidak termasuk dalam golongan
yang mengikuti langkah syaitan dengan mengambil remeh tentang kehidupan seharian kita.Semoga kita dalam kalangan orang yang dipilih oleh Allah untuk diberi petunjuk untuk membuat pilihan dan menentukan antara
yang halal dan haram
pada semua aspek dalam kehidupan seharian.Biiznillah.InshaAllah.
p/s:Untuk melihat dengan lebih jelas lagi bagaimana cara membuatnya,anda boleh rujuk
video ini,perkongsian dari Alif.cz. InshaAllah.
Penulis,
bukan_masterchef
Medical University of Warsaw
No comments:
Post a Comment