Dengan
nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Serta salam dan selawat ke atas junjungan
besar Nabi Muhammad s.a.w
Alhamdulillah
berkat kesabaran dan kesungguhan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat kita masih dapat
merasai nikmat iman dan islam hingga ke hari ini.
Diriwayatkan
oleh Anas bin Malik ra,dari Nabi Muhammad s.a.w,bahawa baginda bersabda :
"Tidaklah
sempurna iman salah seorang diantara kalian sehinga aku lebih dicintainya
melebihi orang tuanya,anaknya,dan segenap umat manusia"
(Hadis
riyawat Bukhari dan Muslim)
Pada
tanggal 12 Rabiulawal saban tahun mengikut perkiraan tahun Hijrah,umat Islam
masa kini meraikan sambutan Maulidur Rasul iaitu hari kelahiran nabi
terakhir,Nabi Muhammad s.a.w.Pelbagai aktiviti diadakan bagi memperingati hari
kelahiran baginda antaranya seperti ceramah agama dan perarakan sambil
berselawat.Malahan,di Malaysia,pada tarikh berkenaan telah ditetapkan sebagai
hari cuti bagi rakyat Malaysia.
Biarpun
Maulidur Rasul disambut pada tarikh 12 Rabiulawal,namun demikian,terdapat
perbezaan pendapat dikalangan ulama mengenai tarikh kelahiran baginda.Ada yang
berpendapat baginda dilahirkan pada 8,9,atau 17 Rabiulawal,ramai juga yang
berpendapat pada 12 Rabiulawal.Malah,ada juga yang menyatakan kelahiran baginda
adalah dalam bulan Ramadhan berdasarkan hujah-hujah tertentu.
Biarpun
terdapat perbezaan pendapat mengenai tarikh kelahiran Nabi Muhammad s.a.w,namun
demikian para sejarahwan tidak berselisih pendapat mengenai lahirnya nabi
terakhir tersebut.Perbezaan pendapat dan kesukaran untuk mengetahui tarikh
sebenar kelahiran baginda adalah disebabkan tindakan para sahabat yang tidak
meraikan hari tersebut biarpun mereka merupakan golongan yang sangat rapat dan
hidup di zaman baginda.Tiada sebarang perayaan mahupun ibadah khusus dilakukan
oleh para sahabat pada hari Maulidur Rasul kerana baginda sendiri tidak
meraikan hari tersebut.
Kelahiran
Nabi Muhammad s.a.w merupakan peristiwa penting berlaku dalam sejarah.Hal ini
demikian kerana,kelahiran baginda merupakan permulaan tersebarnya agama Allah
diatas muka bumi dan membebaskan umat manusia yang telah sekian lama berada
dalam belenggu jahiliyyah.Oleh itu,biarpun sambutan Maulidur Rasul bukanlah
merupakan satu sunnah,namun demikian mengetahui dan mengingati sejarah baginda
serta mengikut ajaran baginda merupakan satu perkara wajib.Maka tidak menjadi
satu kesalahan bagi kita untuk mengingati Rasulullah,berselawat ke atas
baginda,mengadakan dan mendengar ceramah mengenai perjuangan baginda pada hari
yang dikatakan hari kelahiran baginda.Namun begitu,janganlah kita hanya
mengingati dan mengamalkan ajaran baginda pada hari tersebut
semata-mata,sebaliknya perlulah berterusan setiap hari.
Hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w
merupakan hari yang amat istimewa dan sambutan yang sebenar-benarnya adalah
merupakan satu bentuk kepada ketakwaan
yang dituntut iaitu untuk mengingati junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. Oleh
hal yang demikian, sambutan Maulidur Rasul perlulah sejajar dan selaras dengan
kehendak serta tuntutan syariat. Kita perlu melakukan amalan sunat seperti
memperbanyakkan berzikir mengingati Nabi Muhammad s.a.w. Sambutan Maulidur Rasul tidak seharusnya
dicampur-adukkan dengan segala perkara and perbuatan yang sia-sia serta
berunsurkan maksiat. Perkara perkara ini tentunya hanya akan mencemarkan nilai
dan kesucian sambutan yang sebenar-benarnya
Allah berfirman dalam Surah Al-Mukminun yang bermaksud: "Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya; dan mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia."
Namun apa yang lebih dikhuatiri adalah sambutan ini
sekadar menjadi perayaan adat atau budaya dan bukan lagi satu bentuk ibadat
bagi memperingati junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.Keterbiasan menyambut
maulidur rasul saban tahun boleh menyebabkan sambutan ini menjadi sekadar
ikutan ataupun keterbiasaan bagi golongan yang tidak benar-benar faham akan
hikmah disebalik sambutan ini diadakan.Antara hikmah sambutan ini diadakan
adalah untuk menyemarakkan rasa cinta dan sebagai satu cara menzahirkan rasa
cinta kepada Rasulullah.Malah,sambutan ini juga merupakan satu inisiatif untuk
mengetahui dan mengingati perjuangan baginda dengan lebih mendalam disamping
dapat mengeratkan ukhuwah.
Namun demikian,mengingati Rasulullah
merupakan kewajipan yang bukanlah hanya perlu dizahirkan pada hari-hari
tertentu.Kecintaan terhadap Rasulullah akan lebih sempurna jika kita
mengamalkan dan menghidupkan sunnah-sunnah baginda dalam kehidupan seharian.Hal
ini secara tidak langsung mengajar kita mengamalkan Islam yang sebenar.
Allah berfirman dalam surah Al-Imran
ayat 31 yang bermaksud: Katakanlah (Muhammad),"Jika kamu mencintai
Allah,ikutilah aku,nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni
dosa-dosamu."Allah Maha Pengampun,Maha Penyayang.
Penulis,
Mya
Medical University of Warsaw
No comments:
Post a Comment