Assalamualaikum wbt.
Dialog sehari-hari orang yang tak berapa nak reti masak sangat
Nak makan sedap dan lain dari yang lain, tapi tak reti sangat.
Dialog sehari-hari orang yang tak berapa nak reti masak sangat
“Hari ni nak masak apa? Balik-balik kari, kurma, sup. Kari, kurma, sup.”
Nak makan sedap dan lain dari yang lain, tapi tak reti sangat.
InsyaAllah,
hari ni nak kongsi satu resepi yang sangat simple. Cuma potong dan campak.
Bujang style!
AYAM MASAK HALIA
Ayam
Halia (sebanyak mana yang suka)
5 ulas bawang putih
½ biji bawang merah
1 sudu sos tiram
1 kiub pati ayam
I sudu tepung gandum yang dibancuh dengan air (agen pemekat)
Air, garam, gula atau perencah Secukup Rasa, secukupnya
1.
Panaskan minyak, campak bawang dan halia yang
dihiris. Kacau sampai naik bau.
2.
Masukkan ayam, goreng sampai separuh masak,
masukkan sos tiram, air dan kacau.
3.
Masukkan kiub pati ayam.
4.
Rasa-rasa macam ayam dah masak, masukkan tepung
yang dibancuh tadi.
5.
Kacau, masukkan bahan perasa.
6.
Tutup api dan makan!
Tiba-tiba ada tetamu datang, tak tahu nak masak apa,
bolehlah hidangkan yang ini. Tambah cili merah dan daun bawang, fuhhh, terus
rasa macam boleh buka kedai makan kat Poland.
Mungkin
halia bukan benda yang wajib ada dalam dapur kita macam bawang, tapi halia
sangat bagus untuk badan kita. Well, kalau ada badan yang sangat tidak tahan
sejuk, sampai nak dekat summer ni pun, tak sah kalau tak pakai kot kalau nak
keluar, halia ni sangatlah membantu.
“Tidakkah
engkau memerhatikan, bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu
dialirkanNya menjadi mataair- mataair di bumi; kemudian Ia menumbuhkan dengan
air itu tanam-tanaman yang berbagai jenis dan warnanya; kemudian tanam-tanaman
itu bergerak segar (hingga ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau
melihatnya berupa kuning; kemudian Ia menjadikannya hancur bersepai?
Sesungguhnya segala yang tersebut itu mengandungi peringatan yang menyedarkan
orang-orang yang berakal sempurna.” (Az-Zumar:21)
Personal
opinion, dari masak dan makan bahan yang berserbuk, adalah lebih baik makan dan
masak bahan yang Allah sediakan. Tak begitu? Apa-apa pun, selamat mencuba!
Penulis,
-UI-
Medical University of Warsaw
Medical University of Warsaw
No comments:
Post a Comment