Bismillahirrahmannirahim...
Sekalipun cinta telah ku uraikan,
dan ku jelaskan panjang lebar,namun jika cinta kudatangi,aku jadi malu pada keteranganku sendiri…
meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang..
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..kata-kata pecah berkeping-keping,begitu sampai kepada cinta..
dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan.
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir..
Ya Rahman ya Rahim..hebatnya cintaMu..malunyaa diri ini kerana selama ni tidak terbalas cintaMu..malunya diri ini kerana selama ini terlalu sombong dan tidak rindu padaMu spt mana merindui makhlukMu yg lain..malunya diri ini selama ini tidak mencuba sedaya upaya untuk mengejar dan menagih cintaMu..malunya diri ini jika alpa mencintai makhlukMu sedangkan Engkaulah yang menganugerahkan perasaan ini...malunya diri ini selama ini tidak sempurna menjalankan tanggungjawabnya..malunya diri ini selama ini tidak bersyukur atas cintaMu..malunya diri ini kerana Engkau masih menerima dan mencintai hambaMu yg hina ini...