May 27, 2013
May 19, 2013
May 13, 2013
May 6, 2013
Boleh ke aku ni?
Pernah tak kadang-kadang tu, dalam kita berusaha membuat
persiapan untuk exam, tiba-tiba
kita rasa semua usaha kita selama ni sia-sia? Sebabnya kita tak ingat apa yang
kita dah baca (walaupun dah ulang banyak kali). Kita rasa macam tak pernah baca
sebelum ni.Kita rasa sangat kecewa dengan diri sendiri. At last, kita putus asa. Kita rasa dah
malas nak baca. Kita rasa tak guna pun untuk kita baca sebab kita tak ingat
pun. Especially kalau exam
dah tinggal beberapa hari saja lagi. Kita akan rasa memang mustahil untuk
kita lulus exam tu. So kita pun kata:
“Ah biar la, malas dah aku nak baca. Bukan ingat pun.“
“Arggggghh!!! Penat je baca. Satu apa pun tak ingat. ”
“Biar je la…. Mmg confirm fail pun. Nanti retake
je la.”
Pernah tak terlintas dalam fikiran kita ayat-ayat macam ni
atau sewaktu dengannya? Mengaku cepat!
Come on! Wake up!
Siapa kita dan apa hak kita untuk cakap kita akan pass
atau fail exam tu? Kita ada kebolehan meramal masa depan ke? Of
course tak kan? Di mana kita letak
keyakinan kita pada Allah? Sejauh mana kita yakin dengan pertolongan
Allah?Kenapa kita nak sibuk-sibuk fikir
pasal result exam tu? Tugas kita ialah berusaha bersungguh-sungguh (tanpa
ada rasa PUTUS ASA) Result tu bukan tugas kita. Itu kerja Allah.Tak
payah la pening-pening fikir pasal tu. Berusaha je semampu boleh, keputusan tu,
kita serah pada Allah. Tawakal pada-Nya.
Doa banyak-banyak. Yakin dengan pertolongan Allah. Yakinlah bahawa apa pun keputusannya,itu
yang terbaik untuk kita. Itu adalah tarbiyyah untuk kita.
Kadang-kadang, disebabkan terlalu banyak exam,kita
terlupa tujuan sebenar kenapa kita
belajar.Kita belajar semata-mata untuk
lulus exam.Kita seolah-olah
mengabdikan diri kita untuk exam.
Kita jadikan matlamat utama kita belajar adalah untuk lulus exam.Kita terlupa matlamat yang
lebih utama dan lebih penting daripada itu,iaitu untuk mencari redha Allah.Kita terlupa tujuan sebenar kita belajar adalah untuk mengutip pahala bagi meraih redha Ilahi.
Allah itu
Maha Adil. Allah akan mengambil kira SETIAP usaha kita, walaupun
sekecil-kecil usaha.Semuanya tidak akan
terlepas dari pandangan dan penilaian Allah. Setiap penat lelah kita akan
dibayar dengan pahala daripada Allah,Yang Maha Pemurah,Yang Maha Penyayang.Jadi, jangan sesekali kita fikir usaha kita
selama ini sia-sia.Pass ke fail
ke,yakinlah bahawa Allah mengira setiap usaha yang kita dah buat, kalau
betul-betul kita niat kerana Allah.
Jadi, kalau kita niat belajar kerana
Allah, kerja kita akan jadi lebih mudah.Kenapa?Sebab kita tahu tugas kita
ialah belajar.Pasal result,
kita serahkan kepada Allah.Kita tak perlu sibuk-sibuk spend masa fikir
pasal result.Sebab kita yakin
apa pun keputusannya, Allah mengira setiap usaha dan penat lelah kita.Jadi,
kalau kita dah niat belajar kerana Allah, of course kita akan belajar
bersungguh-sungguh. Kita akan berusaha sedaya yang mampu. Kerajinan dan
ketekunan untuk belajar akan datang dengan sendirinya tanpa perlu dipaksa atau
dibuat-buat. Senang bukan?
Jadi, marilah kita sama-sama memperbaharui niat kita(tajdid
niat).Yakin dengan pertolongan Allah.Tiada yang mustahil jika Allah mengkehendaki.Dan yakinlah bahawa, dalam setiap kesusahan yang kita hadapi, ada
kemudahan yang mengiringi.
“Sesungguhnya bersama kesulitan, ada kemudahan.” (94:6)
Success is to be measured not so much by the position that
one has reached, but by the obstacles
which one has overcome while trying to succeed.
(quoted)
Penulis:
Nurul Iffah Md Ruslan
Pelajar perubatan tahun ke empat
Medical University of Warsaw
May 5, 2013
Tenang untuk menang!
Pelbagai ragam pilihan raya umum 13 yang telah pun berlalu:
tabung undi hilang, dakwat tidak kekal, pengundi hantu, ’blackout’, tv lambat
umum (tv ‘slow motion’).Qada’ dan qadar itu telah pun tertulis dan kita imani
sepenuhnya sebagai seorang muslim. Ketetapan itu bukanlah ditetapkan
manusia biarpun pelbagai alasan dan bukti mampu kita senaraikan.
Itu TAKDIR Allah..apapun ia..
Hikmah disebaliknya hanya Allah yang sebenar-benar tahu.Positiflah dengan Allah.
Mungkin Allah inginkan hamba-hambanya lebih dahulu memiliki
diri yang hebat sebelum menerajui kerajaan dengan hebatnya.Kepimpinan yang hebat akan Allah serahkan kepada mereka yang
layak, tepat pada masanya suatu hari nanti.
Mungkin ada yang buntu tika ini, seolah-olah musnah segala
harapan, tiada masa depan.Betulkan persepsi,kuatkan inspirasi.Tidaklah Allah ingin dan pandang kerajaan yang hebat tapi
manusianya masih ditampuk yang sama, tidak ingin untuk membetulkan diri,
mendekatkan diri kepada Allah..
Masih dengan maksiat yang sama.
Masih dalam kemalasan yang sama.
Masih dalam pemikiran yang sama.
Masih sibuk dengan kehidupan sendiri sahaja.
Ya,mungkin ada yang berhujah negaralah yang perlu kita
kuasai untuk merubah masyarakat, mencipta suasana yang lebih aman damai
harmoni lagi adil dan saksama.Benar,tiada keraguan disitu.Namun, betulkan niat juga.Jika benar niat dihati, tiada yang
dapat menghalangi.
Tiada siapa yang dapat menghalang manusia menjadi lebih baik
dengan keputusan itu,melainkan manusia sendiri yang menghalang dirinya
daripada dibetulkan dan dinasihati..
Fitrah manusia inginkan kebaikan.Sedarkah kita jiwa hamba
ini juga sedang memberontak inginkan perubahan.Perubahan diri yang benar-benar
Allah redha.Jangan bataskan perubahan diri hanya jika kita miliki
kerajaan, tapi mulalah dari sekarang agar kita menjadi yang teratas..
Kita mampu wujudkan suasana islami itu dari diri sendiri.Tidak perlu menunggu hanya bila dapat menguasai.Suasana islami itu suasana
sejahtera yang juga dapat dirasa bagi mereka yang bukan muslim.Tingkahlaku dan sifat Nabi cukup untuk melahirkan suasana
senang dan tenang pada manusia sekelilingnya.Cukup untuk kita contohi ketika ini.Tarbiyah diri.Ghayyir nafsak wad’u ghairak.Ubahlah diri
dan serulah yang lain.
Rendahkanlah ego kita untuk diteguri dan dinasihati.
Ego yang menolak ruang-ruang kebaikan untuk dimanfaati
Ego yang menghalang diri maju mencari redha illahi
Ego ini membuat diri merasa cukup dengan apa yang ada,
merasa diri lebih baik dari yang lain
Ego yang juga membuatkan iblis tidak tunduk kepada perintah
Allah untuk sujud kepada Nabi Adam ciptaanNya.
Ego inilah yang menukar kedudukan asalnya yang mulia di syurga
menjadi yang terhina di neraka bersama mereka yang mengikutinya.
Muhasabahlah diri sebanyak dan semampu mungkin,agar hebat
diri disisi Allah,bukan disisi manusia,kerana kita pasti kan pulang
kepadaNya.
Kata Yahya bin Mu’adz mengingatkan,“Menurutku, ada enam hal yang termasuk tipuan paling besar:
1)
Mengharap ampunan dari Allah tapi terus menerus
melakukan dosa tanpa penyesalan
2)
Merasa dekat dengan Allah tetapi tidak melakukan
ketaatan
3)
Menunggu tanaman syurga tetapi selalu menyemai
benih amalan neraka
4)
Mencari istana orang-orang yang taat tapi selalu
berbuat maksiat
5)
Menanti pahala tapi tidak mahu beramal
6)
Mendambakan kasih sayang Allah tetapi selalu
melanggar ketentuanNya''
Jangan tertipu dengan diri sendiri..ayuh muhasabah dan
berubah!Mencari kemenangan bagi diri perlu ketenangan..
Kata Syeikh Imam Hassan Al-Banna pula,“Aku bisa tenang jalani hidup ini kerana empat hal:
1)
Aku tahu bahawa rezekiku tidak akan jatuh ke
tangan orang lain, maka hatiku menjadi tenang
2)
Aku tahu bahawa tugasku tidak akan dikerjakan orang
lain, maka aku sibukkan diriku dengannya
3)
Aku tahu bahawa Allah selalu melihatku, maka aku
malu jika aku menjatuhkan diriku dalam lumpur dosa
4)
Aku tahu bahawa ajalku itu pasti datang, maka
aku selalu bersiap-siap menantinya”
Orang yang menang adalah mereka yang berjumpa Allah dalam
keadaan Allah redha padanya.Mari mencari redha Allah!^^
Penulis:
Naqlis Fidyatul
Pelajar perubatan tahun ke empat
Medical University of Warsaw
Subscribe to:
Posts (Atom)