May 14, 2009

MENGAPA BEGINI YA ALLAH

Fail?? Tidakkkkkk....
Kenape aku fail??study dah..doa pn dah..smyg hajat pn dah..orang lain xstdy mcm aku pn lulus..


Pernahkah kita begini? Astargfirullahhalazim.
Pernahkah kita memikirkan hikmah disebalik satu kegagalan itu?

Dalam mengharungi rencah hidup yang penuh renyah ini kadang kala kita juga tumpas dan tewas dalam menghadapi halangan.

Jika dilihat dari sudut logikalnya, Pelari 110m berpagar pn kdg kala tidak dapat melepasi kesemua halangannya.

Tapi pernah kah kita fikir hikmah dan natijah disebalik kegagalan itu?

Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu,
dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu.
2:216

Hurmm, macamane tu sahabat-sahabat.


Photobucket

Mungkin kegagalan itu hikmahnya supaya kita lebih tekun berusaha.

Mungkin juga supaya kita tidak mudah lupa siapa yang sebenarnya pemilik kejayaan itu.

Mungkin juga hendak mengelakkan kita terus takbur dan sombong dengan kehebatan kita [kehebatan??atau kehebatan pinjaman Allah SWT]

Mungkin juga kerana DIA mahu kita terus sentiasa ingat kepada-NYA. Manusia, insan yang mudah lupa bila hidup senang lenang.

Mari kita lihat satu analogi

Ade seekor monyer yang berpeluk pada dahan pokok.
Tiba-tiba angin halilintar dan puting beliung melanda kawasan itu.
Makin kuat sang monyet mendakap pokok itu.
Dan monyet itu berjaya mengelakkan dirinya dari malapetaka itu.
Sedang sang monyet berehat, datang pula angin sepoi-sepoi bahasa,
meniup kawasan pokok tersebut. Monyet itu semakin selesa dengan
angin yang lemah gemalai itu, dakapannya semakin longlai dan
akhirnya sang monyet ini tumpas!!

Moral of the story?? jangan jadi monyet. Bukan!! jangan kita lupa bila diuji dengan kesenangan . Ramai yang berjaya bila diuji dengan kepayahan dan kesusahan. Namun tak ramai yang berjaya bila diuji dengan kesenangan.

ataukah kamu mengira kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) seperti orang-orang terdahulu sebelum kamu.
Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan, sehingga Rasul dan
orang-orang beriman bersamanya berkata, Bilakah datang
pertolongan Allah? Ingatlah sesungguhnya Pertolongan
Allah itu dekat.
2:214


Astargfirullahhalazim, jangan cepat mengeluh. Rupanya kita baru sikit diuji. Lupakah kita bagaimana saudara-saudara kita seperti Bilal Bin Rabah diuji. Lupakah kita bagaimana Mashitah dan keluarganya diuji. Alangkah manjanya kita, cepat melatah bila diuji. Bayangkan pula bagaimana saudara-saudara kita di Palestin sana.

Maknanya, kalau gagal kena Happy KE? Hurmm, i/Allah kita cuba tenangkan fikiran, muhasabah dan fikir hikmahnya. Jika gagal tingkatkan lagi usaha dan doa.

Last sekali, SELAMAT BERJUANG DI MEDAN PEPERIKSAAN, i/Allah sekuat manepun kita diuji kita harus kuat untuk menghadapinya.

SEMOGA BERJAYA!!

Photobucket


May 12, 2009

UNTUK SIAPA STUDY MAUT??

Ketika sedang khusyuk menelaah buku biochem tetibe terpacul persoalan di benak fikiran penulis..penulis merasakan mungkin anda semua juga pernah terfikir tentang persoalan ini.ke tak? tak pe biar penulis teruskan dulu agar penulis merasa bebas dari belenggu persoalan ini yang menggangu proses kajian ketebalan buku biochem sebentar tadi.

UNTUK SAPE KITA STUDY MAUT??

Untuk siapa ye ? Hurmm penat-penat pg kelas balik kelas, Penat tahan telinga dengar lecturer mengajar...penat baca buku dari pkul 8malam-3 pagi perghhh...Penat ni belajar dari tadika sampai universiti.. tapi untuk siapa ni??

Sebab saje2 takde keje kot...eh bukan, sebab mak ng ayah suruh...Bukan jgk!! sbb nk Kejar cita-cita laa...Mungkin ini la jawapan yang biasa kita dengar..tapi mcm xckup kukuh kan? Berbaloikah semua itu dengan ape yang kita dah buat?penat ni amik UPSR,PMR ,SPM, FINAL DAN FINAL..


“Setiap amal bergantung kepada niat.

Bagi setiap orang apa yang ia niatkan.

Barangsiapa yang hijrahnya adalah

kerana Allah & Rasulnya, maka

hijrahnya adalah bagi Allah dan

Rasulnya. Barangsiapa yang hijrahnya

adalah untuk dunia atau kerana

perempuan yang ingin dinikahinya,

maka hijrahnya itu kepada apa yang ia

niatkan.”

(Hadith Muttafaqun ‘alaih)


So ape nawaitu (niat) kita belajar susah2 ni?

“Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau

menjadikan ini dengan sia-sia. Maha

Suci Engkau. Maka peliharalah kami

daripada seksa api neraka.”

(Surah Ali-Imran : ayat 191)

Ha jelas dah dalam Al-Quran nyatakan semua ciptaan Allah ni bukan sia-sia.

Maka apakah kamu mengira bahawa
kami menjadikan kamu dengan main-main
(tanpa ada maksud) bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami?
23:115

Dalam ayat ni mcm nak ingatkan kita tentang peranan kita. betul x? Allah swt tegaskan kt situ. Jangan lupa kita semua akan kembali kepada-Nya suatu hari nanti.

ok kembali kepada PERSOALAN tadi. Tapi rasenye mcm tak perlu dijawap. Semua yang membaca semacam sudah tahu jawapannya.

Apepun Kita sebagai orang Islam itu berperanan untuk mengangkat Risalah yang benar ini. Risalah Islam. Kita bekerja, Study, makan, minum untuk Allah s.w.t.

Kita menggunakan semua itu untuk menunjukkan kepada semua hanya Islam agama yang benar. Hanya ade Allah yang Maha Besar layak disembah.


Photobucket


Kita menggunakan STDY untuk mencapai matlamat itu. Malah Seumur hidup kita hanyalah untuk itu. Bukanlah sekadar hendak mengikut cita-cita manusia itu sendiri.

Tapi ramai yang lupa tentang hakikat ini


Dan demikian pula kami
telah menjadikan kamu
(umat Islam) umat pertengahan,
agar kamu menjadi saksi
atas (perbuatan) manusia dan
agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi
atas (perbuatan) kamu
2:143

Alangkah ruginya kita kan kalau kita lupa kepada tanggungjawab kita. Alangkah tak bersykurnya kita kepada TUAN kita, Allah yang menjadikan kita.

Sekarang makin semangat kn untuk stdy. Makin jelas GOAL yang perlu kita capai.
So sekali lagi. UNTUK SAPE KITA STUDY MAUT??

Lega!!Akhirnya selesai merungkai PERSOALAN ini..sambung STUDY MAUT =)




netter-horz-1.jpg picture by count_floyd2000

May 6, 2009

Jasa ibu tiada terbalas

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ...mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak

Selamat Hari Ibu (10 mei 2009)


Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu
(31:14)





May 4, 2009

tidak layak untuk berdakwah?



“Yang lebih aku fikirkan adalah untuk berkongsi “nikmat” dakwah yang aku rasakan, berbanding memikirkan “layakkah” aku untuk menyampaikan dakwah kepada mereka?


Persoalannya –pada aku- sejak dari dulu ialah persoalan dan keinginan untuk bagaimana mahu “memberi”, berbanding sesetengah orang yang asyik dengan persoalan “layak” atau tidak.


Seperti ketika aku menjadi suami kepada isteriku yang sedang mengandung. Aku lebih asyik memikirkan bagaimana aku mahu “memberi” kepada anak-anakku, berbanding hampa dengan persoalan “layakkah aku menjadi seorang ayah”?


Mungkin inilah penghayatanku terhadap hadithnya Baginda Nabi

“Sampaikanlah daripadaku biarpun sepotong ayat.”


Jika kepetahan adalah criteria kelayakannya (untuk berdakwah), apakah Nabi ALLAH Musa layak berdakwah, sedang ia sendiri memohon kepada ALLAH dengan doa kefasihan lidah (doa “Rabbisy rahli shadri..”) serta dilantiknya Harun sebagai pembantu, yang lebih petah berbanding dirinya? Jika kecukupan ilmu adalah syaratnya (untuk berdakwah), bukankah kerana tidak cukup ilmu itulah, ALLAH perintahkan Musa untuk mencari Khidir? Namun, kerana soalnya dakwah ialah “memberi”, maka Musalah yang terpilih untuk menyampaikan dakwah, bukan Khidir, kepada “mad’u (objek dakwah) yang paling sulit sekali”: Firaun!


Nah, apakah aku sekarang merasa lebih besar daripada Musa, sedang ia –dengan segala kekurangannya- berhadapan dengan Firaun, sedang aku,

hanya berhadapan dengan manusia biasa.”


source: tadabbur al-engineer

What does learning mean?

"...what does learning mean: accumulating knowledge or transforming your life?"

"Answer me," she said, looking round my apartment. "Is learning just putting things on a shelf or is it discarding whatever is no longer useful and then continuing on your way feeling lighter?"

On the shelves were all the books I'd invested so much money and time buying, reading and annotating. There were my personality, my education, my true teachers.

"How many books have you got? Over a thousand, I'd say. But most of them you'll probably never open again. You hang on to them because you don't believe."

"I don't believe?"

(Paulo Coelho, The Witch of Portobello)


I like the question.

Apakah maksud belajar? Adakah dengan ilmu itu kita mengumpul pengetahuan atau ilmu itu mengubah hala hidup kita?

Al-Maududi kata, syarat pertama dalam menerima Islam adalah pengetahuan. Kalau tak tahu ajaran Islam, camne nak ikut? Tapi, kalau kita dah tahu, adakah kita ikut? Are we accumulating knowledge or transforming our lives?


“Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah. Tuhanmu adalah Maha Mulia, yang mengajarkan manusia menulis dengan pena. Mengajarkan manusia apa saja yang tidak diketahui.”


(Al-Alaq: 1-5)

Allah mengajarkan islam kepada seorang rasul yang ummi untuk membawa cahaya perubahan di tengah2 kegelapan jahiliyah; ilmu yang mengubah haluan manusia selepas itu. Contoh yang mudah dan terang tang tang adalah islam mengubah Saidina Umar daripada seorang jahil kepada seorang manusia hebat yang sampai ke hari ini kita dok sebut nama dia.

“Katakanlah: Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?

(Az-Zumar: 9)

Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tak mengetahui? Adakah sama seorang islam dengan seorang kafir? If we say learning is accumulating knowledge, so sama je la kita dengan kafir-kafirun yang sama2 study Pendidikan Agama Islam and graduate. So, memandangkan kita sama je, kita pon kene masuk neraka sama2 dengan dorang ke?

Sebagai muslim, kita TAHU siapa TUHAN kita, kita TAHU apa SURUHAN-Nya, kita TAHU apa KESUKAAN-Nya sebab dah termaktub dalam Al-Quran and Rasulullah saw pon dah ajar habis2, so that, we can react towards it. Bila kita REACT, barulah learning tu is transforming our lives. Kita transform daripada setubuh jasad yang tak tahu apa2 kepada seorang hamba yang beriman dan bertakwa; daripada seorang yang zero kepada seorang hero..hehe.. Sebabnya, kalau ada ilmu je, takde amal, maksudnya ada habuk saja la..

Saidina Ali as berkata, “Ilmu diiringi dengan perbuatan. Barangsiapa berilmu maka dia harus berbuat. Ilmu memanggil perbuatan. Jika dia menjawabnya maka ilmu tetap bersamanya, namun jika tidak, maka ilmu pergi darinya.”


"Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam,
rugilah orang yang hari ini sama seperti semalam dan
celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam."


Allahu’alam.

“Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran”.

(Al-‘Asr, 103: 1-3)

Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu an la ilahailla anta, astaghfiruka wa atubilaik.

IPIP 09/10



Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, kami dengan ini mengumumkan nama calon yang telah memenangi pilihanraya IPIP



Presiden : Aizuddin Bin Misro

Timb. Pres : Liyana zaharuddin

Setiausaha : Nor Hadarina Mohamad

Bendahari 1: Muhammad Saifullah Shaarani

Bendahari 2 : Norsofia Diana Azmi


Jazakumullahu khairan kathira

May 1, 2009

mahu buang undi pada siapa??

hihi sume org pon sure bersemangat.. plus exciteD nk mengundi kan?? baru level nomination pon dah fening-fening pikir nk boh sape huhu..

jom! kita usa ape Quran pesan~~

apakah kamu tidak memperhatikan pemuka-pemuka bani israil sesudah nabi musa, yaitu ketika mereka berkata kpd seorg nabi mereka, angkatlah untuk kami seorg raja [supaya kami berperang di bawah pimpinannya] di jalan Allah..... [Q2:246]


nabi mereka mengatakan kpd mereka, sesungguhnya Allah telah mengangkat Talut menjadi rajamu, mereka menjawab bagaimana Talut memerintah kami, padahal kami lebih berhak mengendalikan pemerintahan daripadanya, sedangkan dia pun tidak diberi kekayaan yang banyak? nabi mereka berkata, sesungguhnya Allah telah memilihnya menjadi rajamu dan menganugerahinya ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa. Allah memberikan pemerintahan kpd siapa yg dikehendakiNya. dan Allah Maha Luas pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui. [Q2:247]


maka tatkala Talut keluar membawa tentera-tenteranya, ia berkata, sesungguhnya Allah akan menguji kamu dgn suatu sungai. maka siapa di antara kamu meminum airnya, bukanlah ia pengikutku. kemudian mereka meminumnya kecuali beberapa org di antara mrk. maka tatkala Talut dan org-org yg beriman bersama dia telah menyeberangi sungai itu, org-org yg telah minum berkata, tak ada kesanggupan kami pada hari ini untuk melawan Jalut dan tenteranya. org-org yg meyakini bahwa mereka akan menemui Allah berkata, berapa bnyk terjadi golongan yg sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. dan Allah beserta orang- orang yang sabar. [Q2:249]

tatkala mereka tampak oleh jalut dan tenteranya, mereka pun [Talut dan tenteranya] berdoa, Ya Tuhan kami, tuangkanlah kesabaran atas diri kami, kukuhkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir" [Q2:250]

mereka [tentera Talut] mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah, dan [dalam peperangan itu] Dawud membunuh Jalut, kemudian, Allah memberikan kepadanya [Dawud] pemerintahan dan hikmah [sesudah meninggalnyaTalut] dan mengajarkan kepadanya apa yang dikehendakiNya. seandainya Allah tidak menolak [keganasan] sebagian manusia dgn sebahagian yg lain, pasti rusaklah bumi ini. tetapi Allah mempunyai karunia [yang dicurahkan] atas semesta alam. [Q2:251]

itu adalah ayat-ayat Allah. kami bacakan kepadamu dengan hak [benar] dan sesungguhnya kamu benar-benar salah seorg di antara nabi-nabi yang diutus. [Q2:252]

okey!! ape yg kita dapat korek dari cite Talut n Jalut nih??

kira nyer, bani israil ni, pas nabi Musa dah wafat, dorg pon ngada-ngada la mintak kat nabi dorg time tu utk lantik among dorg, sorg raja, kononyer nnt, senang la dorg nk gi berperang. pastu, sat lagi, pas Allah dah lantik sorg mamat nama Talut jadik raja dorg, bani israil nih tk stuju.

depa kata, c Talut nih, tk berkaliber, tk deq karisma, tk de ciri-ciri kepimpinan dan la tu, die nih tk kaya. kira nyer, bani israil nih, bg dorg, klu sesorg tu nk jadik pemimpin ciri die mustila sorg yg ada gaya-gaya pemimpin n jugak kaya.

padahal Allah ckp, seorg pemimpin tu kena ada 2 ciri jer, luas ilmu pengetahuan dan tubuh yg perkasa. makna nyer, klu ikut konteks kita skrg, pemimpin tu kena la, berilmu, bukan dpt 5 flat in all subjects, tapi, kena tau isu2 politik, sosial, hiburan dan lain2. pastu kena la bertubuh perkasa, bukan nk physical jer kuat, tp, kena kuat mentally, bijak buat keputusan, berani amik cabaran. kukuh pada pendirian.

dan Allah sambung plak kesah Talut n Jalut ni masa time on the way nk berperang, Allah uji tentera-tentera Talut ni utk setia pada pemerintahan Talut. tp tgk, even Talut dah pesan kata jgn minum air kat sungai tu, still ada jugak rakYat die yg minum air sungai tu, pastu dah tk berani nk berperang ngn Jalut. dan mula pecah kan kumpulan tentera tadi into those yg ikut Talut and those yg skeptical ngn pemerintahan Talut. kat c tu kita dpat tgk. klu kita nih, dah pilih sorg pemimpin tu, dan dh letakkan kepercayaan kat die, maka, kita kena la ikut ckp die, baru la harmoni i'Allah..

dalam ayat 2:250, kita dapat cara Talut hadap musuh die, Talut ajak rakYat-rakYat die sama2 berdoa. and Talut bukan doa bagi dorg kekuatan atau kekayaan, tp Talut doa, mntk first..

-tuangkan kesabaran
-kukuhkan pendirian
-bagi pertolongan

jadik, dlam hadapi kekususahan, seorg pemimpin tu, and pengikut2 dia kena la doa utk minta kesabaran dan kukuhkan pendirian dorg pastu baru la mohon pertolongn dr Allah. sabar dan kukuh tu, kunci utama dalam nk capai kemenangan!

dan akhirnyer, kesah peperangan antara Talut and Jalut ni, diakhiri dengan kesah yg sngt seronok dan best sbb..

sape tahu, sape yg dapat bunuh Jalut??

yup!! yg dapat bunuh Jalut, bukan la Talut yg luas ilmu pengetahuan n kuat perkasa, tp, anak didik Talut yang bernama Dawud!! pastu, Allah bagi pemerintahan dan hikmah kenabian plus siap bagi kitab Zabur lagi kat Dawud!! lagi contoh yg kita bley amik dari kisah ni is tht, sorg pemimpin tu, die kena la hebat dlam membentuk anak didik die. biar anak buah-anak buah die lebih bersinar dari dia!! so tht nnt, lpas ketiadaan dia dalam kepimpinan, pemerintahan tu dpat diamik alih oleh seorg yg lebih baik n lebih hebat dari die. n organisasi tu akan jadik lebih mantap i'Allah..

jadi rakan-rakan..

sempena election MSSP/IPIP nih..

... pilihla seorg yg mcm "Talut" dan setia la padanya.. agar nanti akan muncul la insan seperti "Dawud"...


.::selamat mengundi::.

cita-cita kanak-kanak??

Adakah cita-cita kita masih seperti kanak-kanak?
Ingin jadi seorang doktor, jurutera atau akauntan.
Namun bila ditanya kenapa…
Hanya menggeleng kepala
Terlupa pula nak fikir sampai sana
Saja suka-suka?

Adakah cita-cita kita masih seperti kanak-kanak?
Ingin hidup yang mewah dan berada
Namun bila ditanya kenapa…
Payah pula mencari jawapannya
Tak tahu semuanya untuk apa
Akhirnya hanya mampu berkata
‘Apa salahnya…’


Adakah cita-cita kita masih seperti kanak-kanak?
Ingin senang dan mudah sentiasa
Tanpa ujian dan tanpa beban
Dan bila ditanya kenapa…
‘Kerana hidup ini untuk bergembira’

Umar Abdul Aziz…
Bila ditanya apakah cita-citanya
Pantas saja dijawab ‘syurga!’
Lantas dia berusaha
Dgn zuhudnya, ibadahnya dan jihadnya
Menjadi khalifah islam yang tak terhitung jasanya
Demi meraih syurga yang dicita

Mushab b Zubair…
Bila ditanya apakah cita-citanya
‘Ingin melihat Iraq dikuasai oleh muslimin’
Bukankah Allah telah menerima?
Berbahagialah dia dengan doanya yang mulia

Usamah b Zaid…
Bila ditanya apakah cita-citanya
‘Ingin bersama mujahidin’
Lalu Allah memperkenan
Usia 19 tahun dia bergelar panglima
Rasulullah s.a.w. sendiri melantiknya


Urwah b Jubair…
Bila ditanya apakah cita-citanya
‘Ingin menguasai ilmu fiqh & hadith’
Bersungguh belajar
berbekal Lillahi Taala
Lantas menjadi tokoh ulama di zamannya
Ilmu fiqh dan meriwayat hadith

Hebat sungguh dan tingginya cita-cita mereka!
Hampir tidak tercapai dek akal kita
Impian mereka jauh ke hadapan…Melebihi hayat usia
Bermati-matian mereka mencapainya

Buahnya? Seluruh dunia merasa
Manisnya sampai hari ini belum hilang
Menegakkan agama Allah, ilmu fiqh dan meriwayat hadith
Supaya akhirnya sampai pada kita…


Untuk diri mereka?Ah…mereka sedang bahagia menunggu musim menuai di akhirat sana!

Jadi usahlah kita seperti kanak-kanak
Berlari-lari dan bermain menikmati alam yang fana
Seperti kanak-kanak yang menunggu ibubapanya memanggil
Untuk kembali ke pangkuan
Bercita-cita hanya untuk diri sendiri
Berimpian pula supaya mudah saja untuk menggapainya
Dan berharap hasilnya cepat, dapat dituai di dunia


Tidak terasa beratnya amanah menjadi khalifah
Tetapi …Tidak juga merasa nikmatnya berkorban untuk Allah
Walau susah, namun menenangkan
Walau payah, namun membahagiakan

Maka bercita-citalah!
Setinggi mungkin dan sehebat mungkin!
Bukan setakat untuk duniamu,bahkan sampai akhiratmu
Kerna…Di situlah nadi penggerak langkahmu
Di situlah titik mula
Dan moga kita berakhir di destinasi yang sama
Di syurgaNya… dan saling berkata


TAHNIAH!! KITA BERJAYA!