Jul 30, 2009

mutiara kata...



Mutiara kata ibnu Qayyim...
  1. Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt..
  2. Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt..
  3. Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt..
  4. Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya..
  5. Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya..
  6. Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.
  7. Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . . Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendunghajat hati sihamba itu..

Jul 22, 2009

Israk Mikraj (1)


Assalamualaikum w.b.t, Alhamdulillah sekarang kita telah sampai di bulan Rejab antara 3 bulan yang ditunggu-tunggu umat islam. Di penghujung bulan Rejab ini terpanggil kita utk mengingati semula peristiwa yang sgt istimewa bagi umat islam yang menjadi turning point dalam agama islam di mana bermulanya perintah ibadah solat iaitu peristiwa israk dan mikraj. Rasanya kita semua pun tahu ttg peristiwa ni kan?? Tapi jom kita imbas kembali (bagi yg dah lupa or yg nak ingt balik..hihi) peristiwa yang amat bermakna bagi seluruh umat islam.. iAllah artikel kali ini sy cuba kumpulkan kembali sejarah israk mikraj dan artikel seterusnya akan berkisar ttg bagaimana dan apa yg dialami baginda sepanjang peristiwa ini..


Seperti semua sedia maklum, peristiwa israk mikraj yang menakjubkan ini berlaku pada malam 27 Rejab tahun ke 11 kerasulan baginda setahun sebelum hijrah baginda ke Madinah.Israk dan Mikraj adalah dua peristiwa yang amat besar dan luar biasa yang dialami oleh Nabi Muhammad SAW dan dianggap sebagai satu penganugerahan yang tinggi nilainya dari segi kerohanian. Kedua-dua peristiwa itu adalah kurnia Allah SWT kepada baginda untuk memperlihatkan tanda keagungan dan kekuasaan-Nya.

Israk bererti perjalanan Nabi SAW dari Masjidilharam di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis di Palestin. Peristiwa ini terakam di dalam Al-Quran, sepertimana firman Allah yang bermaksud :

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil-Haraam (di Mekah) ke Masjidil-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

(Q.S. Al-Israa’: 1).

Sementara itu, Mikraj pula merujuk kepada perjalanan baginda SAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratulmuntaha di langit ketujuh, dekat singgahsana Allah SWT sepertimana yang digambarkan oleh Al-Quran yang bermaksud:

“Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi di sisi “Sidratul-Muntaha”; yang di sisinya terletak syurga “Jannatul-Makwa”. (Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa “Sidratul-Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya.”

(Q.S. An-Najm: 13-18).

Tahun itu baginda Rasulullah tlh kehilangan 2 insan yang amat penting dalam hidup baginda yang sentiasa menyokong dan menguatkan hati baginda dalam perjuangan dakwah.. Siti khadijah isteri baginda yang tersayang dan Abu Thalib bapa saudara baginda telah dijemput Allah s.w.t pada tahun yang sama. Tahun ini juga digelar sebagai Tahun Kesedihan' ('amul huzni). Bayangkan, bagaimana baginda dapat menempuh kehidupan ini bersendirian dengan Fatimah yang masih kecil. Apalah sangat yang mampu dilaksanakan gadis sekecil itu melainkan dengan menyapu najis unta yang dilumurkan ke atas kepala baginda ketika sedang bersujud di depan Kaabah. Tambah menyedihkan baginda dakwahnya di Thaif tidak diterima. Baginda di caci, di hina dan di lontarkan batu. Namun Allah s.w.t tidak akan pernah membiarkan kekasihNya ini putus asa kerana dakwah bagi menyebarkan islam perlu diteruskan. Peristiwa israk mikraj ini adalah anugerah yg Allah beri utk Rasulullah s.a.w bagi tujuan menghibur baginda, menguatkan hati dan atas tujuan mengingatkan pertalian perjuangan risalah ini yang ada kaitan dengan perjuangan nabi terdahulu, di mana di setiap lapisan langit baginda bertemu dengan nabi2 terdahulu dan mengimamkan solat jemaah bersama mereka. Maka itulah antara sebabnya kenapa baginda dijemput Tuhan ke langit tertinggi.


Kita sebagai umat islam wajib percaya dan meyakini dengan pasti bahawa perjalanan Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Masjidil al- Aqsa (israk) dan dari Masjidil Al-Aqsa ke sidarulmuntaha (mikraj) di alami roh dan jasad baginda sekali dalam masa satu malam sahaja dan bukan hanya roh spt yang diutarakan sesetengah pendapat. Masyaallah, begitu besar kuasa Allah s.w.t dan apa2 sekalipun boleh berlaku dengan kehendak Allah s.w.t pencipta sekalian alam ini.


Insyaallah pada artikel seterusnya saya akan cuba menceritakan apa yang terjadi sebelum, semasa dan selepas peristiwa yang amat bermakna ini..^-^

Jul 19, 2009

5 syarat utk melakukan maksiat.



Assalamualaikum w.b.t.. tertarik saya utk berkongsi satu artikel yang saya terbaca di iluvislam. Semoga artikel ini memberi iktibar kepada kita semua iAllah.. ^-^

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham(Aba Ishak).Dia berkata: "Wahai Aba Ishak!Selama ini aku gemar bermaksiat.Tolong berikan aku nasihat." Setelah menden
gar perkataan tersebut Aba Ishak berkata: "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya,maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, "Apakah syarat-syarat itu,wahai Aba Ishak?" Ibrahim bin Adham berkata:

SYARAT PERTAMA: "Jika kamu bermaksiat kepada Allah,jangan memakan rezeki-Nya."
Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata: "Dari mana aku mahu mak
an?Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?" "Ya!"tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya,masih mahukah memakan rezeki-Nya,sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?" "Apakah syarat keduanya?"soal lelaki tersebut. Lantas Aba Ishak menjawab:

SYARAT KEDUA: "Kalau kamu bermaksiat,jangan tinggal di bumi-Nya."
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut separuh mati. Ibrahim kembali berkata
kepadanya: "Wahai hamba Allah,fikirkanlah,apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya,sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya.?" "Ya!Anda benar"kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.Ibrahim menjawab:
SYARAT KETIGA: "Kalau kamu masih mahu bermaksiat,carilah tempat
tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya."
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata: "Wahai Ibrahim,ini nasihat macam mana?mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya ,kalau memang yakin demikian,apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?"kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.Ibrahim mel
anjutkan:
SYARAT KEEMPAT: "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu,katakanlah kepadanya, "Ketepikan kematianku dulu.Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh".Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan tersedar dan berkata: "Wahai Ibrahim,mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?" "Wahai Abdullah,kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu,lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?" "Baiklah,apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab:
SYARAT KELIMA: "Kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengi
ringmu ke api neraka di Hari Kiamat nanti,jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuatkan lelaki itu insaf.Dia berkata: "Wahai Aba Ishak,s
udah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim.Air matanya bercucuran . "Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah"katanya sambil teresak-esak.

Masyaallah.. betapa kita tidak dapat melarikan diri walau sesaat pun dan kononnya boleh bergantung pada diri sendiri tanpa bantuan drp Allah s.w.t. bersegeralah dalam mencari rahmat dan taubat dariNya supaya kita tdk tergolong dalam golongan orang2 yang rugi...


~(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya. ~ al-imran 8-9

Jul 11, 2009

19 HADIS RASULULLAH S.A.W MENGENAI WANITA

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w akan hal tersebut, jawab baginda s.a.w, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Apabila seseorang perempuan mengandungkan janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah daripada dosa-dosa seperti waktu ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, setiap satu tegukan daripada susunya diberi kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

7. Sesiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Sesiapa membawa hadia (makanan daripada pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Sesiapa yang menggembirakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya dan taat akan suaminya, masuklah dia dari mana-mana pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah(baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w,; Siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah s.a.w, “Suaminya”. “Siapa pula yang berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah s.a.w, “Ibunya”.

13. Apabila engkau dipanggil oleh ibu dan bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan menjaga sembahyangnya dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama-sama anaknya akan tinggal bersama-sama aku(Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Sesiapa mempunyai tiga anak perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a,, “Sesiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka”.

Jul 9, 2009

BuKaN KeMisKiNaN YaNG aKu KhWaTiRKaN...




Diceritakan oleh Amr Bin ‘Auf al-Anshari bahawasanya baginda Rasulullah (SAW) telah mengutuskan Abu Ubaidah Bin Jarrah (kenalkan sape dia??) ke Bahrain untuk mengutip jizyah dari penduduk kat sana. Rasulullah (SAW) telah menerima perjanjian damai dari penduduk Bahrain dan baginda telah bersetuju utk mengangkat Al-Ala’ Bin al-Hadhrami untuk menjadi ‘amir di sana (lebih kurang mcm Din la jadi amir kat Poland..hehe..).

Setelah Abu Ubaidah kutip3 sume harta jizyah tu, dia pun pulang la semula ke Madinah..Para sahabat yg terdiri dari kaum Ansar pun cmne tah, dpt tau kepulangan saudara dorg nih..Ape lg, dorg pun berkumpul ramai2 n join solat subuh berjemaah bersama2 ngn Rasulullah (SAW).

Setelah selesai solat, Rasulullah (SAW) pun terus melangkah kaki keluar dari masjid. Namun para sahabat td tu, berusaha nak merintangi nabi(dorg follow nabi dari belakang dgn pantas..). Ketika melihat mereka, Rasulullah (SAW) tersenyum seraya berkata,

“Saya mengira bahawa kalian telah mendengar kedatangan Abu Ubaidah membawa sesuatu (harta) dari Bahrain?”

Mereka berkata, “Benar wahai Rasulullah.”

Rasulullah (SAW) bersabda, “Kalau begitu, bergembiralah dan berharaplah memperoleh sesuatu yang melapangkan diri kalian. Demi Allah, bukan kemiskinan yang aku khawatirkan akan menimpa diri kalian. Akan tetapi, aku kahwatir jika dunia ini dibentangkan untuk kalian sebagaimana ia dibentangkan untuk orang-orang sebelum kalian sehingga kalian berlumba2 sebagaimana mereka berlumba, dan akhirnya kalian hancur sebagaimana mereka hancur.”

(Hadis riwayat Muslim (2961) dan al-Bukhari (6425) )

*FOOT NOTE(nota kaki): Bagi sesiapa yg terlupa, jizyah adalah pembayaran yang harus diserahkan oleh kaum kafir yang berada di bawah kekuasaan dan jaminan keamanan oleh kaum muslimin.

insyaALLAH kawan2, bukan harta yang kite cari, bukan nama yang ingin kite perolehi tp redha ALLAH yg sentiasa diimpi..

Sekian,

Wassalam...

Jun 28, 2009

HikMaH NaBi MeNJaDi SeoRaNg YaNG UMMi..



DARI kecil, iaitu sejak kita mula mengenal membaca dan menulis telah sering ditekan mengenai sebuah 'ajaran' bahawa junjungan besar Nabi Muhammad SAW seorang yang buta huruf!


Malah kita sanggup mempertahankan ajaran itu apabila ada pihak cuba mengatakan yang sebaliknya, mustahil Nabi Muhammad seorang yang buta huruf!

Adakah ini kerana jika mengatakan baginda sebenarnya tahu membaca dan menulis maka itu tidak memberikan satu pengesahan bahawa baginda seorang Rasul, utusan Allah?

Benar, yang dimaksudkan dengan perkataan ummi' adalah seseorang yang tidak tahu, tidak mempunyai kepandaian dan kemahiran untuk membaca dan menulis, iaitu merujuk kepada perkataan umm bererti ibu.

Iaitu lazimnya keadaan di mana seperti janin atau bayi yang masih dalam kandungan rahim ibunya, bererti tidak tahu apa-apa, apatah lagi membaca dan menulis.

Malah ini sebagaimana telah disebutkan dalam surah al-A'raf ayat 157 bahawa: Nabi Muhammad seorang ummi; iaitu mereka yang mengikut Rasulullah (Muhammad SAW) Nabi yang ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka".

Ini menyebabkan kita sering kali mengaitkan buta huruf itu dengan kebodohan (jahlun) tetapi Nabi sebenarnya seorang yang amat pintar. Jadi bagaimana kita dapat kaitkan seorang yang ummi itu sedangkan ketika usia mudanya pernah menjalankan perdagangan malah membawa balik keuntungan yang sangat besar.

Kejayaan baginda melakukan transaksi perniagaan ini menjadi satu petunjuk bahawa baginda seorang yang mampu membaca dan menulis.

Malah dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Zaid bin Tsabit bahawa Nabi pernah bersabda: "Jika kalian menulis kalimat Bismillahirrahim, maka perjelaskanlah huruf sin di situ".

Ini menunjukkan baginda seorang yang bukan sahaja mengenal huruf tetapi baginda tidak mempunyai masalah dalam aspek tulisan dan penulisan.

Ini seperti gambar yang dipaparkan di ruangan ini antara surat-surat yang ditulis oleh baginda bagi menjayakan misi dakwah terutama kepada pemerintah-pemerintah sesebuah kerajaan.

Jadi, mustahil seorang Rasul seperti baginda seorang yang bodoh. Apatah lagi mengingatkan kepada kita salah satu sifat wajib yang ada bagi seorang Rasul itu adalah fathonah, iaitu cerdas dan pandai.

'Ajaran' Nabi Muhammad seorang yang benar-benar buta huruf dijadikan alasan atau perisai yang menahan baginda dari dituduh, sebagai individu yang menulis al-Quran.

Andai kata baginda tahu menulis membaca, maka kita dikatakan tidak mempunyai sebarang perisai lain yang boleh digunakan bagi menangkis tuduhan tersebut.

Tidak dinafikan persoalan sama ada Nabi Muhammad seorang yang buta huruf ataupun tidak, telah menjadi polemik dan perbincangan oleh pelbagai pihak malah sehingga kini pun ia masih dibicarakan.

Salah satu pendapat bagi menafikan baginda seorang yang ummi iaitu faktor budaya masyarakat Arab Jahiliah itu sendiri.

Orang Arab ketika itu dikatakan tidak mempunyai budaya membaca dan menulis yang kuat kerana mereka mempunyai kelebihan dalam mengingat kalimat-kalimat dengan begitu sempurna. Tanpa ada sebaris ayat atau perkataan yang tertinggal.

Bagi mereka, menghafal 100 bait-bait puisi dan syair gurindam sudah cukup dengan sekali mendengar! Kalau mereka mempunyai kebolehan yang sehebat itu maka tidak perlulah lagi mereka menulis.

Malah dikatakan jika semua apa yang mereka semat dan hafal dalam ingatan itu ditulis, maka akan terdapat beribu-ribu lembaran buku dihasilkan bagi menampung semua yang dihafal itu.

Begitupun faktor ini tidak mempunyai kekuatan malah yang sebenarnya masyarakat Arab walaupun jahil tetapi mereka terkehadapan dalam aspek membaca dan menulis itu sendiri.

Setiap tahun mereka akan menganjurkan sayembara atau festival pembacaan natsar (prosa) dan syair (puisi) di pasar raya Ukaz.

Lalu, karya-karya yang memang dan dianggap terbaik akan mendapat penghormatan lalu akan ditulis dan ditampal di dinding-dinding Kaabah.

Fakta ini membuktikan masyarakat Arab zaman itu termasuk suku Quraisy, iaitu keturunan baginda mahir membaca dan menulis.

Namun seperti yang dijelaskan oleh tokoh Islam terkenal, Sheikh Al Maqdisi bahawa individu yang menafsir sejarah dan al-Quran itu sendiri yang keliru terhadap keupayaan dan kapasiti Rasulullah khususnya dalam soal membaca dan menulis ini.

Menurutnya, walaupun benar ummi itu bermaksud sebagai buta huruf tetapi apabila dikaitkan dengan Rasulullah, ummi di sini bermaksud baginda bukan di kalangan golongan Yahudi dan Nasrani.

Ketika itu, kedua-dua kaum ini sering kali menggelarkan atau sebenarnya mengejek umat yang selain Yahudi dan Nasrani sebagai golongan ummi atau non-Yahudi dan non-Nasrani. Ini termasuklah Rasulullah dan orang Arab yang lainnya.

Malah dalam satu penjelasannya yang panjang, dapat kita ringkaskan apabila keturunan Arab melalui Nabi Ismail sebelum turunnya al-Quran kepada Nabi Muhammad, kaum ini tidak pernah diwahyukan dengan sebarang Kitab Allah.

Lantas kerana itu, kaum ini disebut sebagai kaum ummiyyuun atau ummiyyiin yang bererti "kaum yang belum pernah membaca atau menulis Kitab Allah".

Situasi ini yang menjadikan kaum Yahudi semasa zaman Jahiliah merendah-rendahkan kaum Arab sebagai kaum yang tidak mempunyai kitab.

Mereka begitu bermegah kerana dikurniakan kitab Taurat berbanding kalangan Arab yang tidak mempunyai apa-apa kitab itu.

Sindiran dan ejekan mereka itu mungkin dapat dilihat melalui surah ali-'Imran ayat 75: Tiada yang patut disalahkan bagi kami atas kaum ummiyyiin.

Jun 20, 2009

Jestem Studentem


Saya seorang pelajar…..sudah lama menjadi pelajar….mungkin terlalu lama…. masih tertatih-tatih, masih mencari-cari…..mungkin masih belum bersedia…untuk bekerja…dan mungkin masih belum bersedia untuk menjalani hidup tanpa bantuan keluarga. Acapkali terlintas di fikiran…apakah yang telah saya capai dalam hidup…agak cemburu melihat teman-teman persekolahan…sudah berkerjaya tetap…sudah mempunyai keluarga sendiri…sudah mampu seratus peratus berdikari….tetapi saya masih di sini…..

Saya terlalu ingin menjadi doktor…terlalu mahu membantu para pesakit……untuk melayakkan diri menjadi seorang pelajar perubatan ianya telah mengambil masa selama 6 tahun bagi saya .....hanya untuk menjadi seorang pelajar perubatan masa yang di ambil terlalu lama. Pernah seorang sahabat saya bertanya, “Berapa lama lagi kau nak belajar?”. Dan pernah seorang pakar jantung tertawa apabila saya mengatakan saya mungkin akan tamat pengajian pada umur 30, dan dia lantas berkata,” Takkan separuh dari hidup kot nak belajar..kalau kerja sekarang mungkin hidup kamu lagi 5 tahun sudah stabil”.

Namun begitu di sebalik kritik-kritik yang diberi…saya tetap di sini mengejar pelangi…mengejar cita-cita yang tidak pasti….banyak kegagalan sudah pun dihadapi…tetapi tetap terus dan terus begini…mencari kejayaan yang diharap muncul di pengakhiran nanti. Sekiranya saya mengeluh…nah sememangnya saya tidak bersyukur padaNya….sekiranya saya gugur dan tersungkur sebelum mencuba yang terbaik…nah…saya memang tidak mempercayai janjiNya…

Untuk adik-adik yang masih berpeluang..sedikit kegagalan tidak mencerminkan kegelapan…insyaAllah di hujung nanti pasti ada sinar harapan. Terus berusaha walau hanya tinggal sesaat…terus berusaha selagi mampu dan terus berusaha selagi mempunyai ruang itu….kerna dengan berusaha kita sebenarnya melahirkan kesyukuran padaNya.

-Achmed penjual permaidani-


Jun 16, 2009

Dua SaHaBaT...



Dua sahabat berjalan-jalan menyusuri tepian pantai.

Di tengah perjalanan, tiba-tiba salah seorang sahabat menampar sahabatnya. Sang sahabat yang ditampar sedih hatinya. Karena kesedihannya, dia menuliskan kejadian itu di pasir pantai.

“Pada hari ini, saya telah ditampar oleh sahabat saya”

Lalu sahabat tadi tetap meneruskan perjalanan dengan sahabatnya. Tiba-tiba di tengah jalan, dia tersandung dan terlanggar batu karang. Kakinya terluka dan berdarah. Tiba-tiba, sahabat yang menamparnya tadi dengan cepat membantunya dan segera mengubati lukanya. Sang sahabat yang terjatuh tadi menuliskan kejadian itu di batu karang.

“Pada hari ini sahabat saya menolong dan membantu saya”

Si sahabat yang bingung melihat sahabatnya selalu menuliskan peristiwa-peristiwa yang dialami mereka bertanya,

Ya, sahabat, mengapa engkau lakukan semua ini?”

Lalu si sahabat tadi menjawab,

“Aku menuliskan peristiwa tamparan engkau di pasir pantai, agar ketika gelombang air laut datang, tulisan itu akan tersapu olehnya. Lalu aku menulis tentang pertolonganmu di batu karang, agar tulisan itu akan tetap ada untuk selamanya.”