Apr 18, 2010

Salam ta'aruf ya kitabullah

InsyaAllah, hari2 al quran ditatap, ayat2Nya dibaca dan butiran2 terjemahan pada separuh halaman lagi cuba difahami.

"Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan terhadapnya; petunjuk bagi orang yang bertaqwa"

(QS 2:2)

Al Quran adalah petunjuk. Hak seorang pembaca dan pengamal Al Quran ke atas Al Quran adalah petunjuk dan pengajaran yang terdapat di dalamnya. Begitu juga dengan Al Quran yang menuntut hak2nya ditunaikan oleh pembacanya.

Wahai jiwa2 yang mencari ketenangan,

Al Quran itu dituntut untuk diimani kerana sesungguhnya tiada keraguan terhadapnya. Al Quran itu dituntut untuk dibaca dengan tajwidnya, dengan penuh tertib dan tartil. Al Quran itu dituntut untuk ditelaah kandungannya (tadabbur ayat2Nya). Al Quran itu dituntut untuk diamalkan, disampaikan dan dibela daripada fitnah dan penyelewengan oleh segelintir manusia yang dengki-mendengki.

Wahai hati2 yang dipegang oleh Allah, tiada yang lain selain Allah,

Al Quran itu adalah nur, cahaya yang terang-benderang yang menerangi malam yang gelap, yang menunjuki jalan ketika kesesatan.

"Dengan kitab itulah Allah memberi petunjuk kepada orang yang mengikuti keredhaanNya ke jalan keselamatan, dan (dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang itu dari gelap gelita kepada cahaya dengan izinNya dan menunjukkan jalan yang lurus"
(QS 5:16)

Al Quran itu menjadi petunjuk kepada hati2 yang bertaqwa, hati2 yang takut untuk melanggar perintahNya, hati2 yang takut kepadaNya kerana cinta kepadaNya.

Wahai jiwa2 'abdurRahman,
,
Al Quran itu namanya Al Furqan. Al- Quran pembeza haq dan batil, yang membezakan yang baik dan buruk sesuatu tindakan manusia, yang membezakan kalimat yang baik seperti pohon yang baik dan kalimat yang buruk seperti pohon yang buruk (QS 14:24-26).

Al Quran itu 'roh' kehidupan manusia. Manusia tanpa roh yang sejahtera hanyalah jasad yang bergerak mengikut arus kehidupan dunia seperti robot2 yang bergerak mengikut program yang telah ditetapkan.

"Wahai manusia! Sungguh telah datang kepadamu pelajaran (Al Quran) daripada Tuhanmu, penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman"
(QS 10:57)

Wahai jiwa2 hamba yang fitrahnya lemah,

Al Quran itu kunci kemuliaan. Allah menaikkan darjat kaum Arab dengan Al Quran dan terciptanya sebuah tamadun Islam yang unggul bermula di padang pasir. Lahirnya generasi sahabat yang hebat kerana pegangan teguh kepada Al Quran.

Sabda Rasulullah saw, "Sesungguhnya Allah meningkatkan kedudukan suatu kaum dengan kitab ini (Al Quran) dan merendahkan kedudukan suatu kaum yang lain (dengan Al Quran)".

(HR Muslim)

Wahai jiwa2 hamba Yang Maha Pengasih, jiwa2 yang mengharapkan keredhaanNya,

Al Quran itu untuk kita dan sekalian manusia lain. Al Quran itu mempunyai darjatnya dan kesuciannya terpelihara sehingga hari yang tiada lagi pelindung selain Yang Maha Adil. Al Quran itu adalah cahaya untuk di bumi dan perbendaharaan untuk di akhirat.

Dari Abdullah ibnu Mas'ud, Rasulullah saw bersabda, " Sesungguhnya Al Quran ini adalah hidangan Allah, oleh itu hendaklah kamu menyebutnya sekadar yag terdaya olehmu menyebutnya. Sesungguhnya Al Quran ini adalah tali Allah, cahaya yang terang-benderang dan penawar yang berguna, penjaga kepada siapa yang berpegang kepadanya, jaminan kejayaan bagi yang mengikutinya. Ia tidak salah yang menyebabkan ia tercela, ia tidak bengkok yang menyebabkan ia perlu diperbetul, keajaibannya tidak kunjung habis dan tidak cacat walaupun banyak (kandungannya) ditolak orang. Bacalah Al Quran kerana Allah akan memberi ganjaran ke atas setiap huruf dari bacaanmu dengan 10 kebaikan. Aku tidak mengatakan kepadamu alif lam mim itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf".

(HR Al Hakim)


Apr 16, 2010

Tarbiyah...Tarbiyah...


Tarbiyah (pendidikan) Islamiyah bukan sekadar membentuk seseorang itu menjadi mukmin untuk dirinya, beramal dan bertaqwa seorang diri sahaja. Bahkan ia bertujuan melahirkan mukmin yang sedia berkhidmat, memberi sumbangan kepada Islam dan berjihad pada jalan Allah SWT.

Rasulullah SAW mendidik para sahabatnya sehingga menjadi mujahid yang kukuh iman mereka, sentiasa bersedia untuk berkorban dan berjihad pada jalan Allah. Apabila Islam berhajat kepada kerja dakwah, maka tampillah para da'i yang jujur, berani dan sabar menyampaikan risalah Islam melalui lisan dan contoh yang baik. Apabila Islam memerlukan pengorbanan harta benda, maka tampillah sahabat yang mempunyai harta kekayaan menyerahkan harta benda mereka kepada Rasulullah SAW dengan penuh keredhaan tanpa bakhil, seperti Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman Ibn Affan dan Abdul Rahman al-'Auf.

Semua ini adalah peribadi yang lahir hasil daripada tarbiyah imaniyah yang berjalan di dalam madrasah Rasulullah SAW. Didikan Rasulullah SAW bukan untuk melahirkan ahli falsafah atau kumpulan sufi yang asyik dengan riadah ruhiyah semata-mata tanpa menghiraukan tipudaya musuh yang ingin menghancurkan Islam. Rasulullah SAW pernah menegur seorang lelaki yang ingin mengasingkan diri untuk beribadah dan meninggalkan jihad. Kata Rasulullah SAW kepada lelaki itu;

"Jangan kamu lakukan demikian. Sesungguhnya tegak seseorang kamu di jalan Allah (berjihad) adalah lebih utama daripada ia sembahyang dirumahnya selama 70 tahun. Apakah kamu tidak suka Allah mengamponkan kamu serta memasukkan kamu ke dalam syurga? Berjihadlah pada jalan Allah. Sesiapa yang berperang pada jalan Allah di atas belakang unta , maka wajiblah baginya syurga" (Hadis riwayat At-Tarmizi).


Hasan al-Banna pernah menyebutkan:

'Jihad adalab fardu yang berjalan terus sampai hari kiamat.

Sabda Rasuluilah SAW:

"Barangsiapa mati padahal dia tidak berjihad dan tidak pernah berniat berjihad, maka matinya seperti mati jahiliyah.'
Serendah-rendah tingkat iihad itu ialah dengan cara membantah di dalam hati, dan setinggi-tingginya ialah perang fi sabilillah kerana kebenaran. Di antara kedua-dua tingkatan itu terdapat cara-cara jihad yang lain seperti berjihad dengan lidah, berjihad dengan pena, jihad ekonomi, berjihad dengan tangan dan bejihad dengan cara berani bercakap benar di hadapan raja yang zalim. Semua sifat dan tingkatan jihad tersebut akan lahir melalui proses Tarbiyah lmaniyah, lnsyaallah.

Proses Tarbiyah mesti berterusan
Proses Tarbiyah lmaniyah mestilah berterusan, tidak boleh diabaikan atau dihentikan separuh jalan atau ditamatkan. Silibusnya mencakupi sepanjang hayat seorang muslim.

Menurut Al Syekh Mustafa Masyur bahawa Tarbiyah dan pembersihan jiwa diumpamakan seperti makanan dan siraman bagi pokok yang disemai atau ditanam. Jika pokok tidak dibajai dan disirami sentiasa, maka ia akan layu dan kering. la akan terus hidup subur jika dibajai dan disirami. Demikianiah manusia. Hidup sebenarnya bagi individu atau jemaah adalah kerana adanya iman. Hidup manusia sebenarnya adalah hidup hatinya dengan keimanan bukan hidup jasad yang akan fana. Iman di dalam hati itulah yang akan melahirkan kehidupan yang bermakna. Hati perlu digilap seialu kerana ia mungkin berkarat. Rasuluilah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesunggubnya hati manusia itu berkarat seperti berkaratnya besi. Sababat-sababat bertanya: Apakah pengilapnya wahai Rasulullah?. Rasulullah menerangkan: membaca Al Quran dan mengingati maut (mati).' (HR Al Baibaqi)

lman yang berada dalam iiwa manusia sentiasa terdedah kepada kelunturan dan kelemahan kerana dijangkiti oleh berbagai penyakit seperti kesibukan urusan duniawi, dan lain-lain. Oleh itu kita perlu banyak memohon pertolongan kepada Allah SWT dengan sentiasa memperbaharui keimanan kita. Sabda Rasuluilah SAW:
"Sesungguhnya iman itu boleb lusuh seperti lusuhnya pakaian, maka bendaklah kamu memobon doa kepada Allah SWT supaya diperbaharui keimanan itu di dalam jiwa kamu.' (HR Al Hakim dan At Tabrani)


PENUTUP
Menjadikan Islam sebagai satu alternatif penyelesaian kepada masalah umat manusia mestilah lahir daripada keyakinan yang berteraskan keimanan, bukan disebabkan kegagalan sistem sistem lain. Islam hanya boleh memainkan peranannya untuk menyelesaikan masalah manusia apabila ianya diambil secara syumul dalam bentuk konkrit. Oleh itu setiap pekerja (amilin) Islam mestilah dibentuk dan diproses berteraskan aqidah tauhid yang bersumberkan daripada Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Islam tidak akan dapat dibangunkan tanpa rijal (pahlawan). Rijal tidak dilahirkan tanpa melalui proses Tarbiyah. Dan Tarbiyah tidak akan memberi sebarang kesan tanpa penglibatan dan penghayatan yang bersungguh-sungguh daripada setiap individu. Adalah menjadi harapan dan keyakinan setiap muslim bahawa masa depan adalah milik Islam.

Mar 30, 2010

MASA DEPAN ISLAM


Click to join msianpln

Sumber: WARSAW VOICE



Artikel di atas di petik dari sebuah akhbar, nampaknya pembinaan masjid di Warsaw oleh Polish Muslim League cuba dihalang oleh mereka yang takut akan perkembangan Islam di Poland.

Mengikut berita yang diterima, masjid baru ini bakal menjadi Islamic center dan memiliki dewan sembahyang dan kelas-kelas untuk kanak-kanak Muslim di sini belajar.

Mari kita bantu saudara-saudara kita. Mari kita jadi tonggak untuk Islam. Sama-sama kita banyakkan doa demi doa agar masjid ini berjaya disiapkan tanpa sebarang tentangan. Supaya Islam terus kembang mekar di bumi Poland ini. i/Allah.

Mar 28, 2010

INGATAN BUAT KITA

Photobucket

UWAGA! Spring Camp Poland 2010 is coming!

Assalamualaikum semua!


Apa khabar seme!Alhamdulillah,segala puji bagi Allah..bumi Poland dh semakin menghijau and ceria!semoga kita pun ceria jgak hendaknya disamping menyambut kedatangan musim bunga yg menjelang..hohoho

Allah berfirman:

"ketahuilah bahawa Allah yang menghidupkan bumi setelah matinya(kering).Sungguh telah Kami jelaskan kepadamu tanda-tanda (kebesaran Kami)agar kamu mengerti" 57:17

Oleh itu, marilah kte sama-sama melafazkan kesyukuran yang tak terhingga diatas pemberian-Nya yg begitu bermakna.Alhamdulillah

Yosh!sebut pasal spring!insyaAllah msti masing-masing skang tengah excited menunggu hari yang akan menjelang tiba tak lama lagi..Spring Camp Poland 2010!


v(^o^)v

masing-masing mesti tengah blur2 @_@ kan pasal spring camp ni..(cane nk g sana?nk bawak ape?apa aktiviti dia?our great chef nk masak ape?

So..below this are some details about the coming soon Spring Camp!

Pengangkutan:
InsyaAllah pada 5 April 2010,bertempat di depan Palace of Culture(kat parking space berhadapan dengan H&M Galeria Centrum)..insya Allah kte akn naik bus!yay!hope seme orng bleh la berkumpul pada pukul 7.30 pagi..so dalam kol 8.00 pagi insya Allah dah bleh bertolak: oh ya don't forget to baca doa naik kenderaan before bertolak!

Apa nak bawak??:
Hah..cam bese
1.Barang-barang keperluan(baju,suar,kasut yg sesuai untuk berlari2,ubat gigi,berus gigi etc)
2.Sleeping Bag for muslimah-muslimah sekalian(klau tanak tido kesejukanlaa)
3.The most Important thing!------>PASPORT/KARTA POBYTO(betul ke eja?)
4.Of course our pegangan hidup AL-QURAN (lain2 cam mathurat,hadis 40, etc)
5.Hati dan jiwa yang Ikhlas insya Allah

okie!tu je stakat ni..hope kalau ad sapa2 yg masih blurr2x lagi bleh la masing2 tanya kat abang2 n kakak2 sekalian..

semoga Spring Camp kali ni ,marilah kte sama2 mencipta memory yang penuh bermakna!insya Allah..




(^_^) v






Mar 21, 2010

Debunking Evolution

We all know Mr Charles Darwin right? For most medical students, he seems to be an icon of biology, God forbid us though. His evolution theory (or might I say hypothesis) of natural selection, which states that modern species are the products of an extensive process that began over three billion years ago with simple single-celled organisms, became somewhat like the holy grail of science.

Doubting evolution seems blasphemous for the religion of science that has so much been embedded within the nonbelievers. As the geneticist Theodosius Dobzhansky wrote 37 years ago, “Nothing in biology makes sense, except in the light of evolution.” Such bold statements indeed, however, what are his basis? Let’s dare to question them, the nonbelievers, and may they open their eyes, ears, minds and hearts to the undeniable path. I mean, they did believe the world was flat, and that I must say was an embarrassing moment for human history.

Evolution in this context mixes 2 things together, one real and one imaginary. Microevolution (variation) and macroevolution. This is how the latter works. Basically, for any changes to happen, rare DNA mutations have to occur that would enhance the creature’s ability to survive and thus produce better offspring (natural selection). Now if we remember , the rate of DNA mutation is approximately 10 to the power of 8.

This would actually seem feasible if only one gene is needed to alter and control one part. However truth be told that cells are very sophisticated, having intricate structures and connections. Changing one aspect would mean you need to change many others. For example, if lets say a beneficial protein were to evolve and exist, the gene that is needed to control and regulate this protein has to also evolve.

What’s more is, most of the time, its not only just one gene but several. And they all have to simultaneously mutate, at the right time. Above all, the mutations must be beneficial, none of the destructives ones. The key to evolution thought is, it happens all by pure chance. Also we must note that destructive mutations occur more than good ones, and even if good mutations occurred, could you guarantee that the mutation would not be fixed by the repairing mechanism? Furthermore, they have to happen in the germ cells for it to be passed on.

Subhanallah! Such perfection in His Creations!
And Allah, All Might and Power to Thee, stated and questioned us in the Quran:
He Who created the seven heavens one above another: You can see no fault in the creation of the Most Gracious. So turn your vision again: seest thou any flaw?
Then look again and yet again, your sight will return to you in a state of humiliation and worn out.
(chapter 67 al mulk: verse 3-4)

We all know that statistics is not our favorite subject, but simply it seems physically impossible. Just imagine, you tying a hammer to the wagging tail of a dog, leaving all the materials to make a building on the ground. From nails, boards, windows, cement, paint. Let the dog wander as long as you please, 3 billion years maybe, and presto you have the didactic centre, beautifully made with all aspect of function in place. A bit far fetched, is it not? As human beings, we can not even create anything nearly as good as a bird, thus could pure chance have done what we see today?

Subhanallah! Such vile accusations men throw to Allah. Degrading such an impeccable Creator to the state of non-existence! Astaghfirullah! (Forgive us Allah) Glory to Thee Ya Allah.

Seest thou not that it is God Whose praises all beings in the heavens and on earth do celebrate, and the birds (of the air) with wings outspread? Each one knows its own (mode of) prayer and praise. And God knows well all that they do.
(chapter 24 an-nur: 41)

An entry in the well respected evolutionist journal, Nature: "Darwin anticipated that microevolution would be a process of continuous and gradual change. The term macroevolution, by contrast, refers to the origin of new species and divisions of the taxonomic hierarchy above the species level, and also to the origin of complex adaptations, such as the vertebrate eye.


Macroevolution posed a problem to Darwin because his principle of descent with modification predicts gradual transitions between small-scale adaptive changes in populations and these larger-scale phenomena, yet there is little evidence for such transitions in nature. Instead, the natural world is often characterized by gaps, or discontinuities. One type of gap relates to the existence of 'organs of extreme perfection', such as the eye, or morphological innovations, such as wings, both of which are found fully formed in present-day organisms without leaving evidence of how they evolved."-- Reznick, David N., Robert E. Ricklefs. 12 February 2009. Darwin's bridge between microevolution and macroevolution. Nature, Vol. 457, pp. 837-842.


Subhanallah!
Then which of the favours of your Lord will you deny?
(chapter 55 ar-rahman: 13, 16, 18….)


Astaghfirullah. I deny not any of Your favours , Ya Allah. Forgive us, of our past sins.
We beseech You not to humiliate us on the Day of Reckoning.


This year marks the 151st anniversary of the most incendiary book of science, The Origin of Species. Almost 2 centuries have passed, and so much advancement we have seen in science, especially of late.

There is no God but the One God. And Rasulullah, sent to us as His messenger. There has never been any doubt, just our ignorance. Let us return to Him and call upon others to do the same.


Mar 20, 2010

BAGAIMANA KITA?

Photobucket

Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Demi Allah, sesungguhnya saya itu niscayalah memohonkan pengampunan kepada
Allah serta bertaubat kepadaNya dalam sehari lebih dari tujuh puluh kali." (Riwayat Bukhari)

Dari Aghar bin Yasar al-Muzani r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Hai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan mohonlah pengampunan
daripadaNya, kerana sesungguhnya saya ini bertaubat dalam sehari seratus kali."
(Riwayat Muslim)


Rasulullah saw junjungan besar kita yang maksum dan telah confirm tempatnya disyurga pun 70/100 memohon ampun kpd Allat swt.

Bagaimana pula kita yang tidak pernah terlepas dari melakukan dosa? Sentiasakah kita atau hanya di saat dirundung hiba, menadah tangan memohon ampun?

Begitu banyak silap dan salah semasa hidup ini, adakah masih ada keampunan buat diri ini?


Dari Abu Said, yaitu Sa'ad bin Sinan al-Khudri r.a. bahwasanya Nabiullah s.a.w.
bersabda:"Ada seorang lelaki dari golongan ummat yang sebelummu telah membunuh sembilan puluh sembilan manusia, kemudian ia menanyakan tentang orang yang teralim dari penduduk bumi, ialu ia ditunjukkan pada seorang pendeta.

lapun mendatanginya dan selanjutnya berkata bahwa sesungguhnya ia telah membunuh sembilanpuluh sembilan manusia, apakah masih diterima untuk bertaubat. Pendeta itu menjawab: "Tidak dapat." Kemudian pendeta itu dibunuhnya sekali dan dengan demikian ia telah menyempurnakan jumlah seratus dengan ditambah seorang lagi itu.

Lalu ia bertanya lagi tentang orang yang teralim dari penduduk bumi, kemudian ditunjukkan pada seorang yang alim, selanjutnya ia mengatakan bahwa sesungguhnya ia telah membunuh seratus manusia, apakah masi'h diterima taubatnya. Orang alim itu menjawab: "Ya, masih dapat. Siapa yang dapat menghalang-halangi antara dirinya dengan taubat itu. Pergilah engkau ke tanah begini-begini, sebab di situ ada beberapa kelompok manusia yang sama menyembah Allah Ta'ala, maka menyembahlah engkau kepada Allah itu bersama-sama dengan mereka dan janganlah engkau kembali ke tanahmu sendiri, sebab tanahmu adalah negeri yang buruk."

Orang itu terus pergi sehingga di waktu ia telah sampai separuh perjalanan, tiba-tiba ia didatangi oleh kematian. Kemudian bertengkarlah untuk mempersoalkan diri orang tadi malaikat kerahmatan dan malaikat siksaan - yakni yang bertugas memberikan kerahmatan dan bertugas memberikan siksa, malaikat kerahmatan berkata: "Orang ini telah datang untuk bertaubat sambil menghadapkan hatinya kepada Allah Ta'ala." Malaikat siksaan berkata: "Bahwasanya orang ini sama sekali belum pernah melakukan kebaikan sedikitpun."

Selanjutnya ada seorang malaikat yang mendatangi mereka dalam bentuk seorang manusia, lalu ia dijadikan sebagai pemisah antara malaikat-malaikat yang berselisih tadi, yakni dijadikan hakim pemutusnya - untuk menetapkan mana yang benar. Ia berkata: "Ukurlah olehmu semua antara dua tempat di bumi itu, ke mana ia lebih dekat letaknya, maka orang ini adalah untuknya - maksudnya jikalau lebih dekat ke arah bumi yang dituju untuk melaksanakan taubatnya, maka ia adalah milik malaikat kerahmatan dan jikalau lebih dekat dengan bumi asalnya maka ia adalah milik malaikat siksaan."

Malaikat-malaikat itu mengukur, kemudian didapatinya bahwa orang tersebut adalah lebih dekat kepada bumi yang dikehendaki -yakni yang dituju untuk melaksanakanbtaubatnya. Oleh sebab itu maka ia dijemputlah oleh malaikat kerahmatan." (Muttafaq 'alaih)


Lihat bagaimana sifat Allah Al-Ghafir, Maha pengampun, sehingga begitu sekali terhadap hambanya. Bagaimana Allah mencintai dan sentiasa memberi peluang kepada hambanya untuk memohon taubat. i/Allah sama-sama kita rebut nikmat dan peluang yang dikurniakan kepada kita. Semoga kita tergolong dalam orang-orang yang berfikir dan bersyukur.

Mar 19, 2010

Banyakkan sunnah, elakkan bidaah...

بسم الله الرحمن الرحيم

asSalam'alaykum semua... Semoga terus dilimpahkan dengan nikmat keimanan kepada Allah SWT & kesihatan untuk beribadah kepadaNYA!

Betapa banyak orang yang lalai dan terlupa akan Sunnah-Sunnah Rasulullah SAW... Bahkan yang tidak perlu pula ditambah. Antara amalan sunnah ialah ketika malam Jum’at atau hari Jum’at, iaitu membaca *surah Al Kahfi. Atau mungkin kebanyakan orang masih belum mengetahui amalan ini. Padahal membaca surah Al Kahfi adalah suatu yang dianjurkan di hari Jum’at karena pahala yang begitu besar sebagaimana berita yang dikabarkan oleh orang yang benar dan membawa ajaran yang benar iaitu Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam.

*Surah ke 18 dalam Al-Quran (110 ayat Makkiyyah), mengandungi pelbagai kisah yang dapat dijadikan iktibar kita, antaranya ; Kisah Ashabul Kahfi, Kisah pertemuan Nabi Musa as dengan Nabi Khidzir as, dan Kisah Dzul Qarnain..

Hadith-hadith yang membicarakan hal ini disertakan sebagai ingatan kita bersama. Semoga bermanfaat, insyaAllah.

Hadith 1 :

مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ فِيمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيقِ
“Barangsiapa yang membaca surat Al Kahfi pada malam Jum’at, dia akan disinari cahaya antara dia dan Ka’bah.”
(HR. Ad Darimi. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohih sebagaimana dalam Shohihul Jami’ no. 6471)

Hadith 2 :

مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ فِى يَوْمِ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ مَا بَيْنَ الْجُمُعَتَيْنِ
“Barangsiapa yang membaca surat Al Kahfi pada hari Jum’at, dia akan disinari cahaya di antara dua Jum’at.”
(HR. An Nasa’i dan Baihaqi. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohih sebagaimana dalam Shohihul Jami’ no. 6470)


InsyaAllah, semoga kita semua sentiasa beringat untuk mengamalkan sunnah Rasulullah SAW di hari Jumaat ini. Mungkin kita tidak mampu melakukan kesemua sunnah-sunnah Baginda tersebut, namun jangan ditinggalkan semuanya. Mari berusaha meningkatkan amalan hari demi hari. Jangan pula Sunnah baginda ditinggalkan, Bidaah pula seronok diamalkan...

Dan sunnah Rasulullah SAW yang terbesar yang diwariskan kepada kita semua ialah .......???(12:108) - "S.H." yang telah kita bincangkan bersama, insyaAllah...

Ingatlah... Hidup kita ini bukan untuk 'Dunya' ini tapi untuk 'Akhirah', kerana mengejar dunia akan terus membawa kita kepada ketidakpuasan dan ketidakcukupan.... Wallahu'alam (^_^)...

Lihat siri di bawah! Moga kita semua diberi pencerahan oleh-NYA...