Apr 20, 2011

Istimewa: Baginda. Adakah kita mengenalinya?

Baginda, apakah pernah kita selak kehidupannya?

Baginda, apakah pernah kita selak kehidupannya?

Sepatutnya, artikel ini saya tulis semalam. Memandangkan sakit saya berganda, saya membatalkannya. Hingga ada yang bertanya.

Tidak, saya tidak pernah lupa bahawa hari ini adalah hari yang disinonimkan dengan baginda.

Mustahil saya akan melupakan satu susuk yang sangat memikat hati ini. Mana mungkin saya mampu mengenepikan peribadi yang menyentuh jiwa ini. Saya malu untuk menyatakan bahawa saya adalah salah seorang dari ummat baginda kerana ketidak layakan saya. Tetapi saya berbangga, bahawa Allah memilih saya menjadi salah seorang dari yang berpeluang untuk berada di bawah panji perjuangan baginda.

Maka, atas cinta, saya coretkan di sini.

Istimewa untuk baginda.

Rasulullah SAW.

Siapa mampu menandingi baginda?

Carikan pada saya, satu susuk peribadi yang berjaya mengimbangi kehidupannya dengan sempurna selain baginda. Munculkan sesiapa sahaja di atas muka bumi ini, yang mampu menyaingi sistematik kehidupan Rasulullah SAW. Saya cabar, untuk dipilih sesiapa sahaja yang mampu hidup seperti baginda.

Berikan pada saya.

Ternyata, baik dahulu, kini dan selamanya, tidak akan muncul manusia yang mampu menandingi baginda Rasul SAW.

Baginda yang pada siangnya menjadi kepala negara, pendakwah menyebar amanah Allah, ketua kepada keluarga, sahabat kepada sahabat, hakim kepada rakyat, strategis perang dan mengetuai 27 peperangan dalam kehidupannya, meluang masa dengan para miskin dan fakir, sempat bercanda dengan anak-anak kecil serta cucunya, masih memberikan hak perempuan-perempuan di sekelilingnya, dan mampu bermesra dengan sahabat-sahabatnya.

Tidak cukup dengan siangnya yang padat, malamnya pada saat manusia lain berehat, baginda bangun berdiri 4-5 jam untuk qiamullail sehingga bengkak-bengkak kaki baginda.

Berikan pada saya, siapa yang mampu menandingi manusia yang paling saya cintai ini?

Nescaya kamu akan melihat, tiada seorang pun yang akan mampu menandingi baginda.

Kerendahan hati baginda

Seorang yang sangat pemurah, seorang yang sangat penyayang, pemaaf, lembut hati, tenang dan menyenangkan. Tiada yang mampu menandingi sifat malunya, tiada yang mampu menyaingi ketegasan prinsipnya, tiada yang akan dapat menewaskan kebergantungannya kepada Allah SWT.

Akhlak baginda memancarkan cahaya. Memalukan sesiapa sahaja yang menentangnya.

Lihatlah akhlak baginda dengan kaum Taif yang melukakan baginda. Tidak diterima tawaran malaikat untuk menghapuskan kaum itu. Bahkan didoakan pula.

Lihatlah akhlak baginda ketika seorang perempuan datang untuk meminta dirinya dihukum hudud kerana berzina. Baginda suruh balik, dan membesarkan anak dahulu. Perempuan itu datang berkali-kali minta dihukum kerana rasa berdosa, tetapi baginda tidak mempercepatkan hukuman, malah menyuruh perempuan itu membesarkan anaknya terlebih dahulu hingga mampu menjamah makanan. Sungguh telus baginda menjatuhkan hukuman. Adil kepada perempuan itu, adil pula pada bayi yang baru lahir.

Lihatlah akhlak baginda ketika kaum Quraisy menumpahkan darah baginda di medan Uhud, hingga tercabut gigi geraham baginda yang suci di medan itu. Baginda menahan darah yang jatuh sambil berdoa: “Ya Allah, ampunkanlah kaumku itu. Sesungguhnya mereka tidak mengetahui”

Lihatlah pada saat Abdullah ibn Ubai ibn Salul, kepala munafiq di Madinah meninggal dunia dalam keadaan kemunafiqannya masih tidak terubat. Rasulullah SAW yang mengetahui tempat Abdullah ibn Ubai ini di neraka, berkeras hendak mendoakannya agar selamat dari azab Allah. Allah menurunkan ayat menyatakan bahawa Abdullah ibn Ubai ini tetap tidak akan terampun walaupun Rasulullah SAW medoakannya sebanyak 70 kali. Lantas Rasulullah SAW bersabda: “Maka, aku akan mendoakannya lebih dari 70 kali” hingga Allah menegur baginda.

Lihatlah akhlak baginda ketika cucunda baginda, Hassan dan Hussin bermain di atas tubuh baginda semasa sedang solat. Baginda memanjangkan sujudnya, sehingga ada sahabat selepas solat berkata kepada baginda: “Apakah wahyu turun semasa sujud tadi wahai Rasulullah? Aku menyangka malaikat maut datang mengambil nyawamu” Rasulullah SAW menjawab: “Cucundaku, Hassan dan Hussin bermain di belakangku. Maka, aku panjangkan sujudku”

Lihatlah akhlak baginda apabila Aisyah RH terjatuhkan cebisan roti. Pantas baginda mengambil cebisan roti itu, membersihkan debu yang ada padanya, dan memakannya dengan penuh rendah diri.

Lihatlah akhlak baginda apabila dia bertanya kepada isterinya: “Apakah kita punya makanan hari ini?” Bila dijawab tiada, baginda tidak ralat. Bahkan berkata: “Jika demikian, aku berpuasa”

Oh, siapakah yang tidak mencintai peribadi ini?

Aku menjawab kepada sesiapa yang menghina baginda

Orang-orang buta menghina baginda. Manusia-manusia yang tertipu memandang rendah baginda. Insan-insan yang berpaling daripada Allah melontarkan 1001 tohmahan pada susuk yang mulia ini.

Saya sebagai yang mencintainya, ingin menjawab di sini. Sesungguhnya segala tohmahan itu palsu, dan menandaakan kependekan akal penghinanya.

Dituduh susuk tubuh yang mulia ini gila seks kerana beristeri ramai.

Sedangkan, semua perkahwinan baginda adalah arahan Allah SWT dan mempunyai tujuan dalam dakwah dan penyebaran Islam. Jika benar baginda adalah seorang yang gila seks, pastinya baginda tidak menolak lamaran seorang perempuan, yang pada satu hari datang menyerah diri pada baginda. Perempuan itu datang dan berkata: “Wahai Rasulullah, jadikanlah aku ini milikmu” Tetapi Rasulullah menolak, kemudian berkata kepada sahabat-sahabatnya: “Adakah antara kalian yang ingin mengahwini perempuan ini?”

Dituduh susuk tubuh yang mulia ini seorang yang gila perang, dahagakan darah.

Sedangkan, tentera-tentera Islam diberikan pesan untuk tidak membunuh wanita dan kanak-kanak, tidak menganggu orang tua yang tidak berperang, tidak dibenarkan mencabut atau memotong kayu dan rumput sebarangan. Ketika peristiwa Pembukaan Kota Makkah, baginda memaafkan semua kaum Quraisy Makkah yang dahulunya menyeksanya. Maka, apakah ini tindakan seorang yang gila perang dan dahagakan darah?

Dituduh susuk tubuh yang mulia ini seorang yang tamak. Zakat itu adalah untuk dirinya.

Sedangkan, rumah baginda diketahui jarang berasap. Saidina Umar RA pernah menangis apabila memasuki bilik Rasulullah SAW. Didapati di dalam bilik itu, hanya terdapat penggiling gandum dan katil yang diperbuat dari pelepah tamar, yang apabila Rasulullah SAW bangun, terdapat beka biratan pelepah tamar itu pada belakang tubuh baginda. Baginda pernah didapati pada satu hari solat duduk. Apabila ditanya, baginda menjawab: “Aku terlalu lapar” Lapar hingga tiada tenaga berdiri. Baginda juga hakikatnya tiada rumah. Baginda hana ada bilik-bilik. Terlalu sempit. Apabila baginda solat malam, sering sahajar terlanggar kakinya dengan tangan isterinya. Apabila mengangkat tangan ke atas, sudah tersentuh silingnya. Jika benar manusia termulia ini mengutip zakat untuk masuk ke poketnya sendiri, sudah pasti dia tidak akan hidup demikian.

Dituduh susuk tubuh yang mulia ini mencipta Al-Quran dan wahyu itu bohong sebenarnya.

Sedangkan, apabila Aisyah RH dituduh melakukan perbuatan sumbang dengan Safwan selepas Perang Bani Mustalik, dalam peristiwa Hadith Ifki, baginda sendiri resah kerana tidak tahu siapakah yang betul. Wahyu ketika itu juga terputus untuk menguji ummat Islam yang diserang oleh orang munafiq yang mereka-reka cerita. Jika Al-Quran itu direka-reka, sudah pasti baginda akan pantas membersihkan nama Aisyah. Tetapi baginda ketika itu sampai tahap menyoal Aisyah RH: “Sekiranya kamu melakukan dosa, bertaubatlah kepada Allah. Sekiranya kamu benar, Allah akan membersihkan nama kamu” Sehingga menitis air mata isteri baginda itu.

Oh pentohmah-pentohmah diri yang suci ini, oh penghina-penghina yang mengeji peribadi yang murni ini, apakah kamu tidak memerhatikan keseluruhan kehidupannya yang mulia itu? Tidakkah kamu memerhatikan perawakannya yang cantik itu?

Ternyata, sesiapa yang berusaha merendah-rendahkan baginda, adalah serendah-rendah manusia yang hidup di atas bumi-Nya.

Apakah kamu mengenali baginda?

Wahai kamu yang setiap kali datang 12 RabiulAwwal menyambut dengan pelbagai sambutan. Wahai kamu yang setiap kali datang 12 RabiulAwwal baru sibuk berselawat. Wahai kamu yang setiap kali datang 12 RabiulAwwal baru hendak mengadakan majlis keagamaan. Wahai kamu yang setiap kali datang 12 RabiulAwwal baru pergi ke masjid-masjid. Wahai kamu yang setiap kali datang 12 RabiulAwwal baru hendak mengadakan rancangan berbentuk kerohanian. Wahai kamu yang setiap kali datang 12 RabiulAwwal, baru hendak mengingati baginda dengan alasan kecintaan.

Saya ingin bertanya.

Apakah kamu mengenali baginda?

Apakah kamu mampu mempertahankan baginda dengan baik apabila baginda dihina?

Apakah kamu mampu membuktikan baginda itu susuk termulia di atas dunia ini bila dia dikeji?

Apa yang telah kamu lakukan pada sunnah baginda? Apakah daripada baginda yang kamu bawa dalam kehidupan?

Kamu bising mengetahui apa yang pasangan kamu suka, kamu tahu apa yang selebriti kamu cinta, kamu tahu apa yang silibus peperiksaan mahu, kamu tahu apa yang pensyarah kamu senangi, tetapi apakah kamu mengetahui apakah yang baginda Rasulullah SAW kehendaki?

Kamu bising hendak tahu apa yang boss kamu benci, kamu mesti hendak tahu apa yang guru kamu larang, kamu mesti hendak tahu apa yang pasangan kamu tidak senangi, kamu mesti hendak tahu apakah cara menjawab yang perlu dihindari, tetapi tahukah kamu apakah yang baginda Rasulullah SAW hendak kita sisihi?

Sampai ke tahap mana kamu mengenali baginda?

Sekadar tahu 12 RabiulAwwal?

Heh. Tidak hairanlah kita ini hanya Islam omongan sahaja.

Baginda mencintai kita

Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Sesungguhnya aku merindui ikhwanku”

Sahabat-sahabat bertanya: “Siapakah Ikhwanmu ya Rasulullah?”

“Mereka yang tidak pernah melihatku, tetapi berpegang teguh pada ajaranku”

Baginda merindui kita. Apakah kita merindui baginda?

Rasulullah SAW pada saat nazak, bertanya kepada Jibril AS,

“Wahai Jibril, apakah yang telah Allah sediakan untuk ummatku?”

Tidak baginda bertanya apakah Allah telah sediakan untuknya, apakah balasan Allah untuk segala pengorbanannya, apakah bentuk nikmat akan dia perolehi di syurga sana. Tetapi saat-saat akhir hayatnya, baginda bertanyakan keadaan kita.

“Ummati, ummati, ummati…” Itulah yang baginda sebutkan saat-saat hendak berpisah dengan dunia fana ini. Kita mengetahui bahawa, kematian itu sakitnya ibarat ditusuk 3000 pedang. Rasulullah SAW sendiri menyatakan dalam satu sabdanya: “Wahai Aisyah, sesungguhnya sakarat itu sangat menyakitkan”

Tetapi pada saat itu, kita yang disebutkan baginda.

Apakah yang telah kita lakukan dengan kecintaan baginda ini?

Di akhirat nanti

Saat kesukaran yang teramat sangat. Saat matahari hanya berjarak sejengkal. Saat manusia semua tunggang langgang, kucar kacir dan kelam kabut. Saat terbukanya hijab alam ghaib di mata manusia. Saat yang amat menakutkan.

Ketika ini ummat manusia bergerak dari nabi ke nabi, rasul ke rasul memohon perlindungan. Nabi Adam tidak menerima. Nabi Ibrahim juga tidak menerima. Nabi Musa juga tidak menerima. Nabi Isa juga tidak menerima. Semua berkata: “Aku tidak pernah melihat Allah murka seperti hari ini, sesungguhnya Dia tidak pernah murka sebegini, dan mustahil untuk Dia murka seperti ini selepas hari ini. Hari ini aku aku, dan kalian dengan urusan kalian sendiri”

Tetapi, akan ada satu suara yang memanggil.

“Ummati, ummati, ummati”

Di tengah kedasyatan hari perhitungan itu, baginda muncul dinaungi awan. Menyelamatkan ummat baginda. Kisah akan perihal ummat baginda. Sedia memberikan syafaat pada ummat baginda.

Hingga sampai tahap, menangis bila melihat ummat baginda memasuki neraka.

Rasulullah SAW akan melihat nanti ada ummat baginda yang tidak menyahut seruan baginda, tetapi dibawa oleh malaikat-malaikat penjaga neraka. Maka baginda akan resah dan bertanya kepada Jibril:

“Wahai Jibril, itu ummatku. Kenapa mereka tidak bersamaku hari ini?”

Jibril akan menjawab: “Sesungguhnya, kau tidak mengetahui apakah yang mereka lakukan sepeninggalan kau”

Menangis baginda dengan tangisan kesedihan ketika itu.

Apakah kita yang akan menjadi penyebab tangisan baginda nanti?

Penutup: Sejauh mana cinta kita kepada baginda?

Sejauh mana?

Tidakkah kita malu dengan susuk tubuh yang mulia ini?

Sejauh mana cinta kita kepada baginda?

Lihatlah hari-hari kita? Bagaimana kita laluinya? Bagaimana kita isi kehidupan kita? Apakah dengan ajaran baginda, atau dengan ajaran manusia-manusia yang memushi baginda?

Kita berarak, membawa sepanduk, menonton televisyen rancangan maulid, tetapi bagaimana kehidupan kita sehari-hari?

Kita pergi usrah, pergi kuliah agama, hafal sirah Rasul, belajar kuliah syariah, tetapi bagaimana pembumian amalan kita?

Kita rasa berat untuk dicucuk jarum atas perjuangan menjaga agama Allah SWT. Baginda telah berikat perut, memerah keringat, tertumpah darah dalam perjuangan ini.

Apakah yang telah kita balas terhadap pengorbanan baginda?

Tidakkah kita ada rasa hendak berterima kasih kepada susuk mulia ini? Tubuh suci yang telah sakit disebabkan hendak menyampaikan iman kepada kita? Tubuh suci yang telah dilukakan musuh kerana hendak menyampaikan Islam kepada kita? Tubuh suci yang telah diburu kerana hendak menyampaikan amanah Allah kepada kita? Tubuh suci yang telah berlapar kerana hendakkan kita merasai nikmat kehidupan yang sebenar.

Kita, baru diajak meninggalkan couple, sudah bising satu dunia. Baru diajak menutup aurat, sudah rasa macam hendak kiamat. Baru diajak meninggalkan kata mencarut, sudah rasa macam hendak mati.

Ummat jenis apakah kita ini?

Berbanding terluka dengan orang kafir yang melukis karikatur Rasulullah, yang menghina Rasulullah, saya lebih terluka dengan ummat Islam yang meninggalkan ajaran Rasulullah SAW.

Rujukan(hanya rujukan. Bukan saya copy paste ya. Tulisan tetap tulisan saya):

  1. Raheeq Al-Makhtum – Karangan Sheikh Abdurrahman Mubarak Furi
  2. Life of Muhammad – Sheikh Abdul Hamid
  3. Muhammad from The Early Sources – Martin Lings
  4. Hayat Ar-Rasul SAW – Sheikh Nabeel ‘Awadiy

Apr 8, 2011

Aku budak usrah

Tribute untuk tiger-tiger dakwah-

Aku menulis post ini kerana aku rasa terlalu banyak salah faham dalam kalangan masyarakat terhadap usrah. Aku tidak salahkan mereka yang salah faham. Aku juga tidak salahkan orang-orang usrah yang memang tidak dinafikan, seperti manusia biasa, mereka juga banyak kelemahan. Macam kata-kata yang selalu kita dengar, orang usrah bukan malaikat. Mereka tidak suci dari kesilapan. Bisa jadi, salah faham yang menempel pada term Usrah ini datang dari orang-orang usrah sendiri, tapi itu tidak memberi kau atau aku atau mereka atau sesiapa saja sebarang hak pun untuk menyalahkan mereka. Kerana kita semua manusia.

Kalau 5-10 tahun yang lalu, kalau kau ajak aku ke usrah mungkin aku akan ikut kalau homework aku dah siap atau kalau aku rasa macam nak dengar pasal Islam sikit-sikit sebab rasa macam dah lagha sangat hidup ini. Ataupun besar kemungkinan aku tak ikut pun, sebab aku dah plan nak basuh baju, nak sidai baju, nak baca buku, nak tidur etc. Boleh jadi juga aku tempik je kau sebab aku tak suka orang paksa-paksa aku masa zaman-zaman remaja(tapi sekarang ni pun aku rasa aku remaja lagi..hehe). Atau tidak mustahil juga belum sempat kau nak ajak aku ke usrah, aku dah lari jauh-jauh supaya tak jumpa kau sebab aku malas nak borak dengan orang-orang macam kau. Ya, 5-10 tahun yang lalu, bagi orang-orang yang pernah bertemu aku ketika aku berusia belasan tahun, mungkin boleh predict sikit-sikit reaksi aku macam mana. Dengan gelang-gelang hitam aku yang banyak macam pakai tayar basikal je kat pergelangan tangan ini dan ditambah dengan wrist band segala, aku rasa kau orang tak nak dekat dengan aku pun.

Aku ingat lagi, di MRSM aku setiap hujung minggu akan ada ceramah pagi-pagi yang sepatutnya semua orang wajib pergi. Tapi aku bangun lewat, so bila sampai kat dewan, semua orang dah ada di dewan, so malu nak masuk dan ditambah pula perut yang lapar, aku dan teman serumah yang satu geng akhirnya berpicnic di belakang dewan sambil makan roti canai ketika orang lain mendapat sajian dan makanan hati. Masuk Taiping, aku jadi manusia sikit. Tapi manusia robot pula. Nasib baik tak mati masa di MRSM Taiping, kalau tak apa aku nak jawab kat Allah kalau Allah tanya tentang usia mudaku. Tak menyumbang kepada umat langsung masa tu.

Dengan segala kedegilan dan kerosakan waktu-waktu silamku, Allah masih sudi menawarkan kepada aku sehamparan taubat dan hidayah. Ya, Allah bukan menawarkan kepada aku sahaja. Kalau kau baca hadith 40, mesti kau akan jumpa tawaran Allah ini. Aku cukup berterima kasih kepada Allah yang masih memberikan aku dan teman-temanku peluang bersujud kepadaNya dengan sepenuh jiwa, peluang bekerja dijalanNya sepertimana Rasul dan para sahabat, peluang mendapat ganjaran-ganjaran Syurga yang tidak mungkin ada sesuatu yang setanding dengannya di dunia ini, peluang merasa tenang dengan ujian dan tenteram dalam aqidah yang benar, peluang merasai nikmat berkorban segala-gala yang dimiliki demi memastikan obor dakwah Islam terus menyala.

Hari ini, kalau kau belum usrah dan kau dikejar-kejar oleh orang usrah, percayalah cakap aku. Mereka bukan hantu kak limah. Mereka cuma orang-orang yang penuh kasih sayang yang mahu kau sama-sama merasai indahnya kehidupan bersama-sama Islam. Mereka cuma manusia-manusia ikhlas yang mahu kau selamat dari azab Allah. Pergilah ke seluruh pelosok dunia dan kau tidak akan temui sahabat yang lebih baik dari seorang sahabat yang mahukan syurga untuk kau di akhirat sana. Benar bukan?

Aku tak peduli apa kata mereka tentang usrah. Kerana aku terlalu cinta kepada dakwah yang telah memberi aku kehidupan ini. Kerana aku terlalu cinta kepada usrah yang telah memberi makna kepada hidupku kembali. Kerana aku terlalu yakin bahawa inilah satu-satunya jalan menuju redha dan syurgaNya. Kerana aku terlalu percaya bahawa inilah jalannya untuk menyelamatkan umat manusia yang semakin hari semakin lemas dalam jahiliyyah yang fana.

Aku budak usrah. Tahun ini inshaAllah, bakal jadi tahun keempat kami.

Ketahuilah, tidak pernah aku jumpa manusia-manusia yang lebih ikhlas dan penuh kasih sayang seperti mereka sehinggalah aku merelakan tarbiyyah dan dakwah ini keatasku.

Mudah-mudahan Allah membenarkan kita untuk terus istiqamah dan thabat di atas jalan ini. Tolonglah, andai suatu hari nanti aku berarak pergi bersama awan jahiliyyah yang sering memendungi diri, tariklah tanganku agar aku terus bersama kumpulan ini.

So macam mana? Nak tak masuk usrah? Hehe.


sumber :http://laskarmentari.wordpress.com/2011/04/07/aku-budak-usrah/

Apr 4, 2011

DAKWAH..layakkah kita..??

Lepas dapat shahadatul haq hari tu, semua orang tahu yang masing-masing ada tanggungjawab besar, iaitu tanggungjawab untuk menyampaikan dakwah kepada manusia. Sebagaimana firman Allah Ta'ala yang bermaksud

"Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu, dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama. (Ikutilah) agama nenek moyangmu (Ibrahim). Dia (Allah) telah menamakan kamu orang-orang muslim sejak dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al-Quran) ini, agar Rasul (Muhammad) itu menjadi saksi atas dirimu dan agar kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia. Maka laksanakanlah solat dan tunaikanlah zakat, dan berpegang teguhlah kepada Allah. Dialah PelindungMu; Dia sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong."
(surah Al-Hajj ayat 78)

"Macam mana nak sampaikan dakwah? Kene pergi jumpa setiap orang pastu bacakan ayat Al-Quran pada mereka ke? Tapi saya tak reti nak huraikan ayat-ayat Al-Quran..."

"Saya tak beranilah dak berdakwah"

"Saya malu nak jumpa dengan orang"

"Saya tak tahu nak berdakwah macam mana? Saya tak petah bercakap"

Itulah antara beberapa persoalan yang timbul dalam kotak pemikiran saya ni bila saya dapat tahu yang menyampaikan dakwah itu WAJIB bagi sesiapa yang memahami maksud sebenar shahadah yang kita baca setiap kali dalam solat.

Tapi adakah dakwah itu hanya boleh disampaikan dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran sahaja? Adakah dakwah itu hanya boleh disampaikan melalui kata-kata sahaja? Tak semestinya kan? Sebenarnya ada baaaaaaanyak cara untuk kita sampaikan dakwah. Apakah cara-caranya tu?

It depends on the "type" of person. Kalau orang tu petah bercakap, dia boleh sampaikan dakwah melalui perkataan. Kalau orang tu pandai mengarang atau menulis, dia boleh sampaikan dakwah melalui karya-karya penulisan dia.

"Kalau saya tak pandai dua-dua macam mana?"

Setiap orang ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Tak semua orang pandai menulis. Tak semua orang petah berkata-kata. Walaupun begitu, kita masih boleh sampaikan dakwah tu melalui perbuatan dan juga akhlak kita. Kita gunakan kelebihan yang Allah beri pada kita tu untuk laksanakan tanggungjawab kita sebagai seorang Islam yang sudah pun bersaksi atas kebenaran.

Masa tengah belek-belek blog az-zariyat tadi, saya terjumpa satu post mengenai komik Jepun (manga) yang menerangkan apa itu Islam. Sebagai peminat anime dan manga Jepun, saya rasa sangat kagum dengan pelukis manga tu yang sangat bijak dan kreatif dalam menyampaikan dakwah. Inilah salah satu contoh orang yang menyampaikan dakwah menggunakan kelebihan yang ada pada dia iaitu melukis. (see below)

Berdakwah bukan satu tugas yang mudah, tak semua orang mahu menerima dakwah yang kita sampaikan. Contohnya masa zaman Nabi Muhammmad SAW, walaupun ditentang dan orang Islam pada waktu tu disiksa dengan teruk, tapi Nabi tak pernah putus asa dalam menyampaikan dakwah. Begitu juga dengan diri kita. Janganlah kita berputus asa tetapu yakinlah bahawa kalau kita betul-betul niat nak tolong agama Allah, Allah pasti akan permudahkan urusan kita. Insya-Allah.

-rumah ursynow-

THANK YOU ALLAH!! I received EVERYTHING I NEEDED

I asked...

O' ALLAH, please give me
*strength
*wisdom
*prosperity
*courage
*love
*favours


but He gave me...

*difficulties
*problems
*brain and brawn
*danger
*troubled people
*opportunities

I asked for strength, and ALLAH gave me difficulties to make me strong !
I asked for wisdom, and ALLAH gave me problems to solve !
I asked for prosperity, and ALLAH gave me brain and brawn to work !
I asked for courage, and ALLAH gave me danger to overcome !
I asked for love, and ALLAH gave me troubled people to help !
I asked for favours, and ALLAH gave me opportunities !

I received NOTHING I WANTED

BUT

I received EVERYTHING I NEEDED. ALHAMDULILLAH

"...But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not."
[ 2 : 216 ]

IKATAN PELAJAR ISLAM POLAND

Mar 9, 2011

punca segala bencana



Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Kelak bumi akan memuntahkan jantung hatinya berupa tiang-tiang emas dan perak. Maka datanglah seorang pembunuh seraya berkata:”Kerana inilah aku jadi pembunuh. Kemudian datang pula si perompak, lalu berkata:”Kerana inilah aku putuskan hubungan silaturrahim. Kemudian datang pula si pencuri seraya berkata:”Kerana inilah tanganku dipotong” Sesudah itu mereka tinggalkan sahaja harta kekayaan itu, tiada mereka mengambilnya sedikitpun.”
 
(Muslim)



Huraian
Lazimnya manusia mencari kekayaan dan harta benda. Malah kadangkala kerana gila mengejar harta dunia, manusia terpengaruhi oleh hawa nafsu dan bisikan syaitan sehingga ada yang sanggup berbunuh-bunuhan, merompak dan memutuskan silaturrahim. Dunia dicipta untuk menguji manusia siapakah yang paling bertakwa. Sesungguhnya harta dunia tidak akan membawa membawa apa-apa erti jika ia tidak dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah. Hakikat harta diterangkan Rasulullah s.a.w seperti sabdanya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: "Seorang hamba (manusia) berkata, 'Hartaku, hartaku!' Padahal hartanya itu sesungguhnya ada 3 jenis: (1) Apa yang dimakannya lalu habis. (2) Apa yang dipakainya lalu lusuh. (3) Apa yang disedekahnya lalu tersimpan untuk akhirat. Selain yang 3 itu, semuanya akan lenyap atau ditinggalkan kepada orang lain". (Muslim)

Nouman Ali Khan - Watch Your Tongue - Quran Weekly

Mar 1, 2011

Hadiah Istimewa 1 : Keindahan Tawakal kepada Al-Qayyum

Salam 'Alaik



Bismillahirrahmanirrahim
 وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجاً [2] وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لاَ يَحْتَسِبُ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَـلِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ  لِكُلِّ شَىْءٍ قَدْراً 
“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”

(Surah At-Talaaq, 65:2-3)


*sebahagian darpada ayat 2.

Bukan 1000 dinarnya yang kita kira, tetapi keindahan tawakkal itu yang kita rasa =)


"Kadang2 apabila kita bergantung dengan kemampuan kita, kita rasa kita lepas. Tapi apabila Allah yang menakdirkan urusan kita untuk kita, Masha Allah, dia jadi sangat cantik"