Jan 20, 2010

A great reminder!

William Ewart Gladstone ( 1809 – 1898 )
Bekas PM Britain zaman Queen Victoria




"So long as there is this book there will be no peace in the world."

Selagi mereka ( umat Islam ) berpegang dengan kitab ini, selama itulah mereka bangkit dan kita tidak dapat menundukkan mereka. Oleh itu pisahkan mereka dari kitab ini”.

- Ucapan beliau sambil mengangkat Al-Qur’an dalam Parlimen Britain ketika membincangkan penentangan umat Islam terhadap penjajahan.-


NOOOOO!!! jangan pisahkan kami dari Quran!!! jom kita bawa Quran tafsir dan baca dimana2 kita berada!!!


Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. (17:82)

Jan 11, 2010

dah call rumah??


oleh: Dr Juanda Jaya

Ramai tak sedar jarang bertanya khabar kepada orang tua di kampung dikira menderhaka.


RAMAI anak yang tidak mengaku apabila dituduh menderhaka kepada ibu bapa. Namun, siapa yang dapat menafikan kebenaran ayat Allah dan hadis Rasulullah SAW yang menyimpulkan bahawa termasuk dosa besar yang kedua selepas syirik ialah apabila seseorang melupakan tanggungjawab menjaga kedua orang tua.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya, apabila salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu.” (Surah Al-Isra’ ayat 23)Justify Full

Rasulullah SAW lebih jelas menegaskan mengenai dosa besar ini di dalam sabdanya yang bermaksud: Mahukah kamu aku khabarkan tentang dosa besar? Kami (sahabat menjawab: Ya, tentu wahai Rasulullah. Beliau bersabda: “Ada tiga, iaitu menyekutukan Allah, derhaka kepada kedua ibu bapa dan ucapan dusta dan kesaksian dusta, Baginda mengulanginya berkali-kali sehingga kami berkata mudah-mudahan baginda diam.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)

Semua anak mengaku mereka sudah memenuhi hak kedua ibu bapanya walaupun hati tak merindu, jauh sekali khuatir, sedih dan pilu mengenang keuzuran kedua orang, pemegang kunci syurga mereka di akhirat nanti. Bahkan anak dunia itu seolah-olah tidak mahukan akhirat.

Lantas mereka lalai dan lupa akibat mengejar cita-cita dunia sehingga tak tersisa sedikit pun ruang untuk ayah dan ibu di dalam hati. Hati yang sentiasa sibuk, memberi kesan pada wajah mereka yang kian suram apabila berdepan dengan ayah dan ibu. Mereka lebih rela menjadi tanda-tanda dekatnya kiamat dengan berlaku derhaka daripada harus menanggung beban hidup bersama orang tua.

Pelbagai alasan dicipta untuk menghalalkan keuzuran mereka daripada menjaga ibu bapa, tetapi di sudut hati nurani anak-anak manusia siapakah kiranya yang boleh melepaskan diri daripada kenangan kasih sayang ibu bapa ketika kecilnya.

Mereka juga berselindung di sebalik amal salih yang lain, sebahagiannya ahli tahajjud, setia membaca al-Quran, ahli masjid, istiqamah mengerjakan haji dan umrah, ahli sedekah dan puasa. Tetapi, mereka membuat hati ibu bapa menangis, jiwa mereka terdera dan impian hari tua yang indah bagi mereka hancur berkecai.

Padahal keutamaan berkhidmat kepada orang tua melebihi pahala jihad fisabilillah seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas’ud beliau berkata: “Saya bertanya kepada Nabi SAW. “Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah SWT? Baginda bersabda: “Solat pada waktunya, saya bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbuat baik kepada kedua orang tua. Saya bertanya: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjihad di jalan Allah.”(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ironinya mereka mengejar pahala ibadat sunat tetapi yang wajib ditinggalkan. Kewajipan berkhidmat kepada ibu bapa mereka dianggap bukan ibadat melainkan hanya adat kehidupan manusia. Maka jika mereka lalai mengingati kedua-duanya, tidak ada kekesalan di dalam hati, tidak rasa berdosa dan bermaksiat kepada Allah SWT.

Sungguh penyelewengan yang tidak disedari, melainkan apabila keduanya kembali ke rahmatullah. Lalu anak-anak itu secara tabienya menjadi ibu dan bapa generasi baru. Dia merasai sakit menjaga dan mendidik anak seperti ibu bapa dulu. Akhirnya dia sedar betapa seksa diderhaka dan dibuang bagaikan al-Quran usang.

Bukan hanya ibu bapa yang terguris hati, Rasulullah SAW pun pernah menitiskan air mata mendengar pengaduan seorang lelaki tua mengenai anaknya yang menderhaka. “Wahai Rasulullah, anakku telah aku didik tetapi setelah dewasa dia menzalimiku. Lelaki itu kemudian menyatakan kesedihannya dengan untaian syair yang memilukan:

“Ketika engkau masih kecil, tangan ini yang memberimu makan.

“Engkau minum juga aku yang tuangkan. Apabila dirimu sakit, aku berjaga semalaman.

“Kerana sakitmu itu aku mengeluh kerisauan. Tetapi, di saat engkau dewasa dan mencapai tujuan.

“Kulihat pada dirimu apa yang tak ku harapkan. Kau balas aku dengan kekasaran.

“Seakan-akan nikmat dan anugerah engkau yang berikan.”

Mendengar bait-bait syair lelaki tua itu, berlinanganlah air mata Rasulullah SAW seraya bersabda yang bermaksud: Kamu dan hartamu milik ayahmu.” Ditakhrij oleh Ibnu Majah 2357, Imam Ahmad dalam al-Musnad 6883, Ibnu Hibban dalam sahihnya 409, 4182. Al-Baihaqi dalam al-Sunan 16054)

Pelbagai takrifan diberi ulama mengenai tanda-tanda derhaka kepada orang tua seperti memutuskan hubungan dengan tidak mahu menziarahi mereka, tidak memberi nafkah, tidak memenuhi hak-hak mereka dan tidak mentaati mereka pada hal yang bukan bermaksiat kepada Allah SWT.

Sesungguhnya kasih sayang yang paling ikhlas tanpa syarat hanyalah kasih sayang ibu bapa. Anak yang salih dituntut untuk membalas jasa mereka dengan adab dan akhlak yang baik. Kadang-kadang seulas senyuman dan kata-kata yang lembut lebih berharga daripada wang ringgit serta barangan berharga.

Namun tidak dinafi juga kepentingan hadiah sebagai pengikat jiwa. Sikap mementingkan diri sehingga membiarkan ibu bapa hidup susah di sebalik kemewahan seorang anak sememangnya menunjukkan sifat tidak mengenang budi. Jika boleh dihitung berapa juta ringgit yang mesti dibayar, sudah tentu jasa ibu bapa tak akan terbayar dengan sebarang jenis mata wang pun di dunia ini.

sumber : berita harian @ al-fikrah

Jan 6, 2010

15 Nasihat Imam Sufyan ath-Thauri


1. Perbaiki urusan dalamanmu, Allah akan baiki urusan luaranmu. Perbaiki hubunganmu dengan Allah, Dia akan baiki hubunganmu dengan manusia. Beramallah untuk akhiratmu, Allah akan jamin urusan duniamu. Juallah duniamu dengan akhirat, engkau akan beroleh keuntungan kedua-duanya. Jangan jual akhiratmu dengan dunia, kelak engkau akan rugi kedua-duanya.


2. Beramallah untuk duniamu berpadanan dengan kadar kehidupanmu di sini (sementara). Dan beramallah untuk akhiratmu berpadanan dengan kadar kehidupanmu di sana (selama-lamanya).

3. Akan tiba satu masa dalam kehidupan manusia di mana hati-hati semuanya mati, yang hidup hanyalah jasad.

4. Pemandangan paling indah adalah di kala si kaya merendah diri di hadapan si miskin. Dan pemandangan paling jelik adalah di kala si miskin menghina diri di hadapan si kaya.

5. Tiada yang lebih sukar untuk dirawat selain daripada nafsuku; sekali ia menang, sekali lagi ia kalah.

6. Kamu termasuk orang yang sabar apabila memiliki tiga perkara: tidak menceritakan musibah yang menimpa diri sendiri, tidak menghebahkan penderitaan yang dialami dan tidak memuji diri sendiri.

7. Sekiranya saudaramu berkunjung ke rumahmu, jangan engkau tanya ‘adakah anda sudah makan’ atau ‘mahukah saya hidangkan makanan’? Sebaliknya, hidangkanlah makanan. Jika dia mahu, dia makan. Jika tidak, angkatlah kembali hidangan itu.

8. Andainya engkau mengenali dirimu, maka apa saja yang diperkatakan manusia tentang dirimu, tidak akan memudaratkanmu sedikitpun.

9. Hendaklah kamu sentiasa berwaspada daripada orang yang tidak ada sesuatupun yang terlindung daripadanya, berharaplah kepada orang yang mempunyai kuasa untuk menunaikannya, dan berhati-hatilah daripada orang yang memiliki kekuasaan untuk menyiksamu.

10. Sekiranya binatang ternakanmu memahami tentang kematian sebagaimana yang engkau fahami, tentu engkau tidak akan dapat makan binatang yang gemuk sama sekali.

11. Hendaklah engkau membanyakan kebaikan, dengannya Allah akan jadikan temanmu di dalam kubur. Jauhilah perkara yang haram, engkau akan rasai kemanisan iman.

12. Terima dengan ridha apa yang Allah bahagikan kepadamu, nescaya engkau jadi kaya. Dan bertawakkallah kepada Allah, nescaya engkau jadi kuat.

13. Jangan suka mencela, nescaya engkau selamat daripada celaan manusia. Jadilah seorang yang penyayang, nescaya engkau akan dikasihi manusia.

14. Apabila terlintas di dalam hatimu tentang urusan akhirat, segeralah laksanakannya dengan bersungguh-sungguh sebelum syaitan berpeluang menghalangimu daripada melakukannya.

15. Jangan engkau bencikan seseorang yang taat kepada Allah, jadilah seorang yang penyayang kepada semua golongan manusia, jangan putuskan silatul rahim sekalipun dengan orang yang tidak menghiraukanmu, jangan berdendam kepada mereka yang menzalimimu, nescaya engkau akan mendampingi anbiaa’ dan syuhadaa’.

from Zaadut-Taqwa by Maznah Daud


Dec 19, 2009

Salam Penghijrahan dan Permusafiran.... (^_^)

Salam'alayk semua... Telah bermula cuti Sylvester pada kali ini...(^_^).. Alhamdulillah, pasti ramai yang akan keluar dari bumi Poland ini... dan cuti kali ini juga bertepatan dengan tahun baru hijrah 1431 H... Jadi, mari kita mulakan langkah kita dengan niat yang betul... semangat2!!!

Salam Maal Hijrah 1431 H...
Banyak kisah2 di sebalik Hijrah ini yang telah kita dengar...
Semoga segala yang telah diketahui & diceritakan di sebalik kisah Hijrah dapat kita petik dan ambil pengajarannya, kalau tak banyak sikit pun jadilah, alhamdulillah, supaya dapat terasa dalam hati kita betapa berharganya nikmat IMAN & ISLAM yang kita rasai pada hari ini...

Selamat berCuti, berJaulah dan berProgram kepada semua...
Semoga Allah permudahkan perjalanan, urusan dan kehidupan kita walau di bumi mana kita berpijak... Ingat Allah setiap mase ye!

Jika bertembung dengan sebarang masalah, banyakkan bersabar dan berdoa kepada Allah. Ingatlah pesan Allah SWT dalam ayat 153, surah Al-Baqarah yang bermaksud ;

" Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh Allah beserta orang-orang yang bersabar." (2:153)

Akhir kata, Jagalah adab2 kita di sepanjang permusafiran, ingatlah tanggungjawab kita dan hak-hak sahabat dan org2 di sekeliling kita juga... semoga Allah mengganjari kita dengan sebaik2 ganjaran... (^_^)

"..... tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebaikan dan taqwa, dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan......" (5:2)
- Barakallahufikum -

Dec 4, 2009

BUDAYA KERJA MUSLIM CEMERLANG

oleh hafiz firdaus

Islam bukanlah agama yang terbatas kepada aspek ibadah seperti solat, puasa dan haji, akan tetapi meluas kepada segala aspek kehidupan. Termasuk dalam keluasan ini ialah aspek budaya kerja, sebagaimana yang segera dapat difahami dari firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

وَقُلْ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ وَسَتُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ.

Dan katakanlah: “Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.” [al-Taubah 9:105]

Firman Allah “Bekerjalah” merujuk kepada semua jenis pekerjaan dan ia dalam bentuk kata perintah yang bererti suruhan. Maka Islam menolak semua jenis sikap malas tanpa pekerjaan, sebaliknya menyuruh umatnya bekerja dengan apa jua yang selari dengan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.

Selain itu suruhan bekerja tidak dibiarkan begitu sahaja, ia diikuti dengan pemerhatian, pemantauan dan pengawasan daripada Allah, Rasul-Nya (Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam) dan orang-orang yang beriman. Tidak penting bagaimana Allah dan Rasul-Nya melaksanakan pemantauan ini, yang penting ialah dengan adanya pemantauan itu seorang muslim tidak akan tergamak bekerja secara malas, khianat dan merugikan majikannya. Dia akan merasa malu, takut dan bertanggungjawab kepada Allah, Rasulullah dan sesama umat Islam. Dia mengetahui dirinya akan dikembalikan kepada Allah pada Hari Akhirat kelak dan Allah akan mengkhabarkan budaya kerjanya di mahkamah Padang Masyar nanti.

Justeru sekalipun ayat 105 surah al-Taubah ini merupakan ayat suruhan bekerja, dari sudut yang lain ia juga merupakan ayat ancaman, mengancam sesiapa jua yang enggan bekerja atau bekerja tetapi tidak dengan budaya yang cemerlang. Maka dalam tulisan yang serba ringkas ini, ingin saya kongsikan beberapa ciri budaya kerja yang cemerlang agar diri saya dan para pembaca sekalian lulus cemerlang dalam pemantuan di dunia dan pengadilan di Akhirat kelak.

Budaya # 1: Ikhlas.

Ikhlas ialah melakukan sesuatu dengan tujuan mengharapkan redha Allah sebagai prioriti pertama. Ikhlas tidak terbatas kepada aspek ibadah khusus tetapi meluas kepada semua aspek kehidupan sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

قُلْ إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَاي وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ.

Katakanlah: “Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.” [al-An’aam 6:162]

Ikhlas dalam bekerja menyebabkan seseorang itu tidak akan kehilangan motivasi seandainya hasil kerjanya tidak mendapat sanjungan majikan, kerana yang penting bagi dirinya ialah sanjungan daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Ikhlas juga menjadikan seseorang itu pekerja yang berani sebab dia mengetahui Allah akan melindunginya dari apa-apa perbuatan fitnah manusia seperti dengki dan politik kotor pejabat. Pengetahuan ini berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

مَنْ الْتَمَسَ رِضَا اللَّهِ بِسَخَطِ النَّاسِ كَفَاهُ اللَّهُ مُؤْنَةَ النَّاسِ وَمَنْ الْتَمَسَ رِضَا النَّاسِ بِسَخَطِ اللَّهِ وَكَلَهُ اللَّهُ إِلَى النَّاسِ.

Sesiapa mencari keredhaan Allah dengan kebencian manusia, maka Allah akan melindunginya dari kesulitan perbuatan manusia. Sesiapa yang mencari keredhaan manusia dengan kebencian Allah, maka Allah akan menyerahkannya kepada manusia.[1]

Budaya # 2: Amanah.

Ketika menerangkan ciri-ciri orang yang berjaya dalam firman-Nya:

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ.

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. [al-Mu’minun 23:01]

Salah satu ciri yang disenaraikan ialah:

وَالَّذِينَ هُمْ لأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ.

Iaitu orang-orang yang menjaga amanah dan janjinya. [al-Mu’minun 23:08]

Termasuk dalam kategori amanah dan berpegang kepada janji ialah:

  • Berpegang teguh kepada kontrak atau surat perjanjian antara majikan dan pekerja. Ini merujuk kepada dokumen yang ditandatangai ketika mula bekerja atau apa-apa perjanjian baru yang dipersetujui antara majikan dan persatuan pekerja.
  • Melaksanakan pekerjaan berdasarkan ilmu agar hasilnya seperti yang diharapkan oleh majikan, atau yang lebih baik dari itu. Dalam konteks ini ilmu terbahagi dua. Pertama ialah ilmu asas yang perlu diketahui oleh pekerja sebagaimana yang disyaratkan oleh majikan. Kadangkala ilmu ini disediakan oleh majikan melalui latihan dan kursus. Kedua ialah ilmu sampingan yang diusahakan sendiri oleh pekerja yang dapat menjadikan dirinya pekerja yang lebih mahir, efektif dan bermotivasi.
  • Bersikap jujur dalam semua tingkah lakunya. Antaranya ialah jujur dalam mengakui kesalahan, menerangkan ketidaktahuan, meminta cuti kecemasan, melaporkan penyelewengan di tempat kerja, menggunakan peralatan yang disediakan majikan, melaksanakan pekerjaan, membahagikan tugas dan memberi cadangan.

Pekerja yang melazimkan dirinya dengan sikap jujur akan dikenali di kalangan rakan kerja dan majikan sebagai orang yang jujur sehingga pelbagai kebaikan disandarkan kepada dirinya di dunia dan akhirat. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menerangkan hakikat ini:

إِنَّ الصِّدْقَ يَهْدِي إِلَى الْبِرِّ وَإِنَّ الْبِرَّ يَهْدِي إِلَى الْجَنَّةِ وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَصْدُقُ حَتَّى يَكُونَ صِدِّيقًا وَإِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِي إِلَى الْفُجُورِ وَإِنَّ الْفُجُورَ يَهْدِي إِلَى النَّارِ وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَكْذِبُ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللَّهِ كَذَّابًا.

Sesungguhnya kejujuran menunjuk kepada kebaikan dan sesungguhnya kebaikan menunjuk kepada syurga. Sesungguhnya (apabila) seseorang itu melazimkan dirinya dengan kejujuran, nescaya dia akan dikenali sebagai orang yang jujur. Manakala kedustaan menunjuk kepada kejahatan dan sesungguhnya kejahatan menunjuk kepada neraka. Sesungguhnya tidaklah seseorang itu melazimkan dirinya dengan kedustaan melainkan dia dicatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta.[2]

Budaya # 3: Sederhana Tetapi Berterusan.

Fahaman masyhur menyatakan, lebih banyak jenis dan jumlah pekerjaan yang dilakukan, lebih hebat seseorang itu. Namun fahaman ini perlu dikaji semula, sebab yang penting ialah kualiti dan bukannya kuantiti. Tidak ada faedah orang yang melakukan banyak jenis dan jumlah pekerjaan jika hasil kualitinya adalah minimum atau tidak memuaskan. Kemudian lazimnya pekerja seumpama akan menjadi letih, bosan dan nyah-motivasi hingga akhirnya kualiti kerja masuk ke skala negatif.

Berbeza dengan orang yang melakukan bukan sedikit tetapi sederhana jenis dan jumlah pekerjaannya berdasarkan kemampuannya, dia akan menghasilkan kualiti kerja yang jauh lebih baik dalam jangka masa yang panjang. Sederhana dalam jenis dan jumlah pekerjaaan berdasarkan kemampuan demi menjaga kualiti yang berterusan digalakkan oleh Islam. A’isyah radhiallahu 'anha, isteri Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah menerangkan tentang seorang wanita yang berlebih-lebihan dalam mendirikan solat. Rasulullah menjawab:

مَهْ عَلَيْكُمْ بِمَا تُطِيقُونَ فَوَاللَّهِ لاَ يَمَلُّ اللَّهُ حَتَّى تَمَلُّوا وَكَانَ أَحَبَّ الدِّينِ إِلَيْهِ مَادَامَ عَلَيْهِ صَاحِبُهُ.

Janganlah begitu, ke atas kalian apa yang sekadar mampu. Demi Allah! Allah tidak bosan memberi ganjaran sehinggalah kamu sendiri yang merasa bosan (untuk beramal). Agama yang paling disukai oleh Allah ialah apa yang dilakukan secara berterusan.[3]

Budaya # 4: Berhubung Dengan Sesama Pekerja.

Seorang muslim ialah wali kepada muslim yang lain, iaitu pendukung, penolong, pembela, penjaga rahsia, penutup aib, pemelihara maruah dan penyayang kepada sesama muslim yang lain. Termasuk dalam maksud wali ialah saling menghormati, memuliakan dan menjalin hubungan akrab. Inilah ciri seorang mukmin sebagaimana yang Allah Subhanahu wa Ta'ala terangkan:

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ.

Dan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, setengahnya menjadi wali bagi setengahnya yang lain. [al-Taubah 9:71]

Maka dalam budaya kerja seorang muslim – bahkan mukmin – yang cemerlang, tidak sepatutnya timbul sikap dengki, saling menjatuhkan, bergossip, menuduh, menyembunyikan ilmu, membocorkan rahsia dan aib, berburuk sangka dan bermusuhan. Sebaliknya hendaklah setiap pekerja menjadi wali kepada pekerja yang lain. Jadikanlah hadis berikut sebagai contoh budaya sesama muslim:

أَفْضَلُ الأَعْمَالِ أَنْ تُدْخِلَ عَلَى أَخِيْكَ الْمُؤْمِنِ سُرُورًا، أَوْ تَقْضِيَ عَنْهُ دَيْنًا، أَوْ تُطْعِمَهُ خُبْزًا.

Seutama-utama amal ialah kamu menggembirakan saudaramu semukmin, atau kamu melunaskan hutangnya atau kamu memberinya makan roti.[4]

Budaya # 5: Berhubung Dengan Ahli Keluarga.

Bekerja bukanlah tujuan hidup tetapi alat demi mencapai kehidupan yang bahagia. Tidaklah kehidupan itu dikategorikan sebagai bahagia jika ahli keluarga tidak diturut sertakan. Maka seorang pekerja muslim yang cemerlang tidak akan melupakan ahli keluarganya, baik ibubapa mahupun anak isteri. Maka dalam rangka bekerja, dia akan memerhatikan keadaan keluarga, pulang ke pangkuan mereka, berbelanja untuk mereka dan berusaha untuk membahagiakan kehidupan bersama. Malah, kebahagiaan bersama akan menjadikan sang pekerja kembali ke pejabat keesokan harinya dengan lebih bertenaga, ceria dan bermotivasi. Tentu saja ini akan meningkatkan kualiti kerjanya.

Pendapatan yang diperolehi dari pekerjaan, janganlah dibelanja bersama rakan-rakan sahaja untuk minum teh tarik di gerai, menonton sukan dan pergi memancing. Sebaliknya berbelanjalah untuk keluarga dalam kadar yang tidak membazir kerana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah menganjurkan:

دِينَارٌ أَنْفَقْتَهُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَدِينَارٌ أَنْفَقْتَهُ فِي رَقَبَةٍ وَدِينَارٌ تَصَدَّقْتَ بِهِ عَلَى مِسْكِينٍ وَدِينَارٌ أَنْفَقْتَهُ عَلَى أَهْلِكَ أَعْظَمُهَا أَجْرًا الَّذِي أَنْفَقْتَهُ عَلَى أَهْلِكَ.

Satu dinar yang kamu belanjakan di jalan Allah, satu dinar yang kamu belanjakan untuk membebaskan seorang hamba, satu dinar yang kamu sedekahkan untuk orang miskin dan satu dinar yang kamu belanjakan untuk keluargamu, maka di antara semua itu yang paling agung ganjarannya ialah yang kamu belanjakan kepada keluargamu.[5]

Budaya # 6: Berhubung Dengan Allah.

Di belakang dalam susunan tidak semestinya di belakang dalam keutamaan. Maka di samping berhubung dengan sesama pekerja dan ahli keluarga, hendaklah seorang pekerja muslim yang cemerlang menjaga hubungannya dengan Allah. Janganlah sibuk bekerja hingga lupa untuk beribadah kepada Allah. Dalam sebuah hadis qudsi, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengingatkan:

يَقُوْلُ رَبُّكُمْ: يَا اِبْنَ آدَمَ! تَفْرَغُ لِعِبَادَتِيْ أَمْلأُ قَلْبَكَ غِنًى وَأَمْلأُ يَدَيْكَ رِزْقًا، يَا اِبْنَ آدَمَ! لاَ تُبَاعِدَ مِنَّي فَأَمْلأُ قَلْبَكَ فَقْرًا وَأَمْلأُ يَدَيْكَ شُغْلاً.

Tuhan kalian berfirman: “Wahai anak Adam (manusia sekalian)! Hendaklah kamu sibuk beribadah kepada-Ku, nescaya Aku penuhi hatimu dengan rasa cukup dan Aku penuhi kedua-dua tanganmu dengan rezeki.

Wahai anak Adam! Janganlah kamu menjauhi daripada-Ku, kerana tentu Aku akan penuhi hatimu dengan rasa serba tak cukup dan Aku penuhi kedua-dua tanganmu dengan kesibukan.” [6]

Perhatikan juga ayat-ayat berikut:

رِجَالٌ لاَ تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلاَ بَيْعٌ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلاَةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ يَخَافُونَ يَوْمًا تَتَقَلَّبُ فِيهِ الْقُلُوبُ وَالأَبْصَارُ (37) لِيَجْزِيَهُمْ اللَّهُ أَحْسَنَ مَا عَمِلُوا وَيَزِيدَهُمْ مِنْ فَضْلِهِ وَاللَّهُ يَرْزُقُ مَنْ يَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ (38).

Orang-orang yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada mengingati Allah dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (Kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.

(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurnia-Nya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak terhitung. [al-Nur 24:37-38]

Jangan dalam kesibukan bekerja kita lupa untuk mengadu kepada Allah, menceritakan masalah, meminta keinginan dan mengharapkan rahmat serta kurnia-Nya. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

مَنْ نَزَلَ بِهِ حَاجَةٌ فَأَنْزَلَهَا بِالنَّاسِ كَانَ قَمِنًا مِنْ أَنْ لاَ تَسْهُلَ حَاجَتُهُ وَمَنْ أَنْزَلَهَا بِاللَّهِ آتَاهُ بِرِزْقٍ عَاجِلٍ أَوْ بِمَوْتٍ آجِلٍ.

Sesiapa yang memiliki hajat (masalah, keinginan) lalu mengajukan hajatnya kepada kepada manusia, maka Allah akan mempersulitkan penyelesaiannya. Sebaliknya sesiapa yang mengajukan hajatnya kepada Allah, Allah akan mempercepatkan rezekinya atau mengakhirkan kematiannya.[7]

Budaya # 7: Membersihkan Diri Daripada Yang Tidak Halal.

Mutakhir ini, sukar untuk dicari kerjaya yang halal sepenuhnya, bersih sepenuhnya. Maka Islam memberi jalan keluar, iaitu elakkan diri daripada melakukan dosa besar, maka dengan itu Allah akan hapuskan dosa-dosa yang kecil. Dalam konteks pekerjaan, elakkan dari terlibat secara langsung dengan aktiviti haram syarikat (dosa besar), maka Allah akan hapuskan kesalahan bersubahat kerana bekerja dengan syarikat itu (dosa kecil). Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

إِنْ تَجْتَنِبُوا كَبَائِرَ مَا تُنْهَوْنَ عَنْهُ نُكَفِّرْ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَنُدْخِلْكُمْ مُدْخَلاً كَرِيمًا.

Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan hapuskan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu, dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga). [al-Nisa’ 4:31]

Seterusnya perbanyakkan amal kebajikan seperti bersedekah dan kerja-kerja sukarelawan kerana amal kebajikan seperti ini juga menghapuskan dosa-dosa kecil. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ.

Sesungguhnya amal-amal kebajikan menghapuskan kejahatan (dosa-dosa kecil). [Hud 11:114]

Demikian tujuh budaya kerja yang patut dimiliki oleh setiap muslim yang cemerlang, yang ingin cemerlang. Semoga dengan budaya kerja ini, kita akan lulus pemantauan Allah, Rasul-Nya dan orang-orang beriman di dunia ini dan pengadilan Allah di Akhirat kelak.


[1] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no: 2414.

[2] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 6094.

[3] Sahih: Dikeluarkan oleh Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 43.

[4] Sanad Hasan: Dikeluarkan oleh Ibn Abi Dunya dan al-Dailami, dinilai hasan oleh al-Albani berdasarkan beberapa jalan penguat. Rujuk Silsilah al-Ahadits al-Shahihah, hadis no: 1494.

[5] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 995.

[6] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadraknya, hadis no: 7926 dan beliau berkata: “Hadis ini sahih sanadnya tetapi tidak dikeluarkan (oleh al-Bukhari dan Muslim)” dan ia dipersetujui sahih oleh al-Zahabi.

[7] Sanad Hasan: Dikeluarkan oleh Ahmad dan sanadnya dinilai hasan oleh Syu’aib al-Arnauth dan rakan-rakan dalam semakan mereka ke atas Musnad Ahmad, hadis no: 3696

Nov 29, 2009

Nak BaBy Gurl, Tak Nak BaBy Boy...(^_^)v





(Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…Entry kalini bertujuan utk membetulkan fakta yang diberi mengenai kisah Saidina Umar R.A sewaktu program kita baru2 ini.…Harap maklum..)



"Sebelum disapa sinar iman

Kau bagaikan singa yang mengganas

Membunuh anak perempuanmu

Tanpa rasa belas dan kasihan

Dipandu hati sekeras batu

Jahiliah yang menyesatkan..."


Tajuk: Aku Hanya Umar

Kumpulan: HIJJAZ



Inilah antara lirik nasyid yg menceritakan ttg sejarah hidup Saidina Umar. Banyak sgt kisah Saidina Umar yg blh kite bincangkan..tp harini, kite nak petik kisah Saidina Umar membunuh anak perempuannya..


Kite sume pun sedia maklum ttg kisah ni kan? Sume tau kan?? kisah ni saaangat la popular..tersebarkan meluas, kat mane2 pun blh dpt, website, blog, even dalam ceramah2 pun ade..


Diceritakan pada waktu Jahiliyyah, Sayyidina Umar r.a. adalah seorang yang sgt berhati keras, sehingga sanggup membunuh anak perempuannya sendiri. Dibawa anaknya ke padang pasir, digalinya lubang, pastu ditanam anak pmpuannya hidup2..Hal ini kerana antara adat orang Jahiliyyah ialah membunuh anak perempuan.






Bro & Sis sekalian,


Kalau kite tgk, sekali imbas, secara tidak langsung kisah ini memperlihatkan bagaimana Islam boleh mengubah hati seseorang itu daripada keras seperti batu sehingga mampu menjadi seorg yg terbilang selepas mendapat Islam.


Namun begitu kawan2 sekalian, adakah kita pasti bahawa sejarah ini berasaskan kepada sumber yang benar-benar sahih??


Dalam hal ini, seorang sarjana Hadith kontemporari, Muhammad Asri Yusoff, telah mengemukakan hujah bahawa sejarah ini adalah salah satu bentuk pemesongan sirah, yang tidak langsung ada asasnya. Muhammad Asri telah membawa hujah-hujah berikut yang boleh mempertikaikan kesahihan cerita ini:


Pertama:


Mengikut sejarah kaum Arab, tidak ada satu pun sumber sejarah yang boleh dipertanggungjawabkan bagi membuktikan bahawa adat menanam anak perempuan hidup-hidup ini dilakukan oleh qabilah Quraisy, dan tidak ada pun sumber yang menyatakan bahawa kabilah Quraisy pernah menanam anak perempuan mereka. Adat ini hanya berlaku dalam masyarakat Arab jahiliyyah oleh SESETENGAH kabilah sahaja iaitu Bani Tamim dan Asad, kerana mereka bimbang kepapaan mereka.


Dalam masyarakat Arab jahiliyyah, terdapat mereka yang amat MENENTANG budaya menanam anak perempuan ini antaranya ialah Sa'sa'ah bin Najiah dan Zaid bin Amar bin Nufail. Dalam Sahih Bukhari disebutkan bahawa Zaid bin Amar bin Nufail tidak terpengaruh dengan masyarakatnya yang menyengutukan Allah dan mengamalkan saki baki ajaran nabi Ibrahim. Beliau pernah berkata, "Jika kamu suka anak perempuan kamu, kamu bolehlah mengambilnya, atau kalau kamu tidak mahu biarkan anak-anak perempuan ini bersama saya. " Dan Zaid bin Amar ini adalah sepupu kepada Umar. Ini membuktikan budaya menanam anak perempuan adalah bukan budaya kaum keluarga Umar.





Bro & Sis yang disayangi,


Point yg kedua:


Saidina Umar telah menggunakan gelaran Abu Hafsin. Sudah menjadi adat kaum Arab menggunakan gelaran dengan anak sulungnya. Gelaran Saidina umar ini merujuk kepada anak perempuan sulungnya iaitu Saiyyidatina Hafsah. Umar mempunyai 9 anak lelaki dan 4 anak perempuan. Daripada isteri pertama Umar,Zainab binti Maz’un beliau mendapat tiga anak iaitu: Hafsah, Abdullah dan Abdul Rahman al-Akbar. Sewaktu Nabi (s.a.w) diutuskan menjadi Nabi, Sayyidina Umar r.a time tu berumur 27 tahun. Anak2 Saidina Umar r.a yang lahir sebelum Islam semuanya MASIH HIDUP. Mereka ialah Ummul Mukminin Hafsah, Abdullah bin Umar dan Abdul Rahman.


Maka di sini anak perempuan manakah yang telah dibunuh oleh Umar??


Dan kalau betul2 beliau bencikan anak perempuan, mengapa Saidina Umar menggunakan gelaran Abu Hafsin(Bapa Hafsah)??







Selain daripada alasan yang disebutkan tadi, adakah logik Sayyidina Umar r.a mengetahui jantina sebenar anaknya hanya setelah anak itu berumur 4 tahun(setelah anak dia hidup dgn dia selama 1460 hari atau 35040 jam)??


Kawan2 sekalian,


Sebenarnya tiada bukti jelas mengatakan Umar telah membunuh anak perempuannya, daripada sumber yang boleh dipercayai. Sumber yang boleh dipercayai dalam erti kata terdapat sanad2

atau sandaran2 yang terdiri daripada perawi2 yang boleh dipercayai. Dalam sahih bukhari, muslim, dan kitab-kitab hadis yang masyhur, tidak ada pun kisah ini.


Dalam kitab Sunan al-Darimi, terdapat kisah seorang lelaki yang mengadap Rasulullah yang mengaku membunuh anak perempuannya, tetapi dia bukanlah Saidina Umar, dan hadis itu sendiri adalah hadis yang munqati' (yang terputus banyak sanad)nya yang jelas tidak diterima sebagai sahih.


P/s: Saya memohon maaf di atas kesilapan info yang diberikan..ape2 pun, moga kite dapat mengambil i’brah dari kesilapan ini..insyaALLAH..tp, nk ditegaskan kat sini, jgn lupa hadis logam kite tu~ manusia akan jadi hebat kalau dia faham islam..insyaALLAH..




Nabi (s.a.w) bersabda,

“Perkara-perkara yang telah dilakukan oleh mereka di zaman jahiliah telah dihapuskan oleh Allah (s.w.t) dengan masuknya mereka ke dalam Islam. Sekarang mulakanlah amalan-amalan yang lain.”

(Sunan Daarimi, jilid 1, ms. 3)


Moga yang memesan lebih mengingati dari yg dipesan..


Wassalam..