Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki :
"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".
Huraiannya~
1.Wanita Ananah :
Wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua serba tidak kena dan tidak berpuas hati.
2.Wanita Mananah :
Wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga.
3.Wanita Hananah :
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini mengkufuri nikmat perkahwinan.
4.Wanita Hadaqah :
Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:
Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas.
Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.
6.Wanita Syadaqah :
Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha dan lagi membisingkan.
-Imam Ahmad-
nauzubillah YA ALLAH
ReplyDeletenice artikel....syukran...
ReplyDeletemohon berkongi ilmu
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletemintak kebenaran untuk copy paste..
wsalam..
ReplyDeleteinsyaALLAH...sila2~