‘Okay, hari ni kita akan tadabbur surah An-Nur, ayat 37 hingga
53..’ujar Shima selaku MC dalam bulatan gembira mereka pada hari itu.Selesai membaca ayat-ayat serta terjemahannya…
‘Ada sesiapa nak share?'
Ayat cliché setiap kali lepas tilawah.Eheh. Dan masing-masing tundukkan pandangan,
menunggu kot-kot ada kawan lain yang nak share dulu. Aku pun sama je dua kali
lima.
‘Hah, tu Ain dah senyum-senyum tu nak share lah tu..’usik Shima.
Eh. Ain tu macam nama aku. Cepat-cepat aku betulkan duduk.
‘Amboi, mentang-mentang kau MC ambil kesempatan pula nak point
orang yeee...’aku pandang Shima sambil besarkan biji mata aku. Konon-konon scary lah.
‘ Aku suka ayat 43…’
Tidakkah kamu melihat bahawa Allah
mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara (bahagian-bahagian)nya,
kemudian menjadikannya bertindih-tindih.Maka kelihatanlah oleh mu hujan keluar dari celah-celah nya dan Allah (juga) menurunkan (butir-butiran)
salji dari langit, iaitu dari (gumpalan-gumpalan awan) seperti gunung-ganang.Maka ditimpakan-Nya salji itu kepada sesiapa
yang dikehendaki-Nya dan dipalingkan-Nya dari sesiapa yang
dikehendaki-Nya.Kilauan kilat itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan.Allah menggantikan malam dan siang,
sesungguhnya pada yang demikian itu pelajaran
yang besar bagi orang yang mempunyai penglihatan. Dan Allah
telah menciptakan semua jenis haiwan dari air, maka sebahagian dari haiwan itu ada yang
berjalan di atas perutnya dan sebahagian berjalan dengan dua kaki, sedang sebahagian
yang lain berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya,
sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. [24:43]
Itu cerita dalam bulatan gumbira.Yang
benar-benar membuatkan aku terkesima.Aku tertanya-tanya,
sudah cukupkah aku mengambil ibrah daripada alam sekeliling aku?
Layakkah aku digelar sebagai orang yang
mempunyai penglihatan?Walaupun secara fizikalnya memang penglihatanku sempurna,
tetapi apakah hati aku turut melihat?Atau apakah hati ku ini buta? Nangis laju-laju.
Dari musim panas, ke musim luruh,
musim salji dan seterusnya musim bunga. And the cycle continues.
Alam ini terus berputar, sehinggalah tiba kemasa yang telah ditetapkan.
Adakah kita turut sama bergerak, atau kita masih lagi di takuk yang
lama?
Masih lagi liat nak tinggalkan jahiliyyah.
Masih lagi scroll Instagram tak kira tempat dan masa.
Masih lagi malu-malu nak berinfaq, sebab nak duit berkepuk dalam
bank.
Masih lagi tak tahu apa-apa tentang saudara-saudara kita di
Palestine, Syria, Mesir.
Tetapi sibuk mencanang nak capai Ustaziyatul Alam.
‘Tarbiyyah bukan bermula daripada surah
al-Fatihah hingga ke tasbih kafarah dan Surah al-Asr, tapi tarbiyyah bermula dari surah
al-Asr hingga ke surah al-Fatihah.Di situlah keimanan kamu akan benar-benar teruji.’
Shift your paradigm NOW.Ubah pelan-pelan. Find a good friend to make through this
journey with you.Saat hidayah Allah dah sampai,jangan tunggu lagi dan lagi untuk berubah.Apa lagi yang kau nak? Opportunity knocks
only once.
Kadang-kadang bila kita nak berubah, tapi kita fikirkan macam-macam
consequence yang kita akan hadapi. Theory of Consequentialism bak kata J.S.Mill.Jadi sebab tu kita tak jadi nak berubah.
Jangan begituuuu! Sebab kita tak tahu bila kita akan pass away (baca
: mati).
“Berapa ramai manusia
yang masih hidup dalam kelalaian sedangkan kain kafannya sedang ditenun.”-Imam
Syafie-
Takutkan?
Even Malaikat Maut pun jenguk kita 70 kali
sehari.Kenapa kita masih lagi boleh bergelak ketawa?Tepuk
dada tanyalah iman.Moga
Allah redha.
Penulis,
syQic
No comments:
Post a Comment