Bismillahirrahmanirrahim.
Daripada
Abu Hamzah Anas bin Malik r.a,pembantu RasulullahSAW,baginda bersabda,
Maksudnya
: “Tidak beriman (secara sempurna) seseorang kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri."
[Riwayat
al-Bukhari,Muslimdan Ahmad]
Perempuan solehah hiasan dunia,
Penyejuk mata penawar hati;
Cinta itu fitrah manusia,
Cinta kerana
Allah yang kekal abadi.
Burung kecil terbang bebas,
Di
langit biru milik Illahi;
Cinta itu terlalu luas,
Cinta kepada kawan tidak terkecuali.
Biarpun tidak cantik rupawan,
Asalkan punya hati
yang mulia;
Berkawan bukan kerana Tuhan,
Persahabatan hanyalah sia-sia.
Jiwa bersih hati
pun tenang,
Tetap bahagia apapun situasi;
Di
waktu susah mahupun senang,
Kawan sejati tetap
disisi.
Hidup ini penuh cabaran,
Penuh ranjau dan juga dugaan;
Jika salah kita betulkan,
Kawan terbaik memberi sokongan.
Dunia ini ciptaan Tuhan,
Cantik dan indah tidak terhingga;
Jika benar cintakan kawan,
Tariklah mereka sama ke syurga.
Di
waktu senang dan saat genting,
Sentiasa sabar dan juga
ceria;
Kawan
yang baik amatlah penting,
Mendekatkan kita kepada
Dia.
“Sesungguhnya
orang mukmin itu bersaudara,kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang
berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat”
[Surah
Hujurat : 10]
“Dan
jadikanlah untukku seorang pembantu daripada keluargaku.(Iaitu) Harun,saudaraku.Teguhkanlah pendirianku dengan sokongannya.Dan jadikanlah dia sekutu dalam urusanku.Supaya
kami
banyak bertasbih kepada Engkau.Dan banyak mengingati Engkau.Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui keadaan
kami.”
[Surah
Taha : 29 – 35]
Terima kasih Ya
Allah untuk Harun yang Kau kurniakan kepada kami.=)
Penulis,
Medical University of Warsaw
No comments:
Post a Comment