Mar 1, 2014

Baru nak mula?JOM!




Pejam celik, pejam celik,hari ini sudah pun 1 Mac 2014. Sedar tak sedar kini masing-masing sudah pun memulakan semester baru,(spring semester).Seperti yang semua orang tahu, sememangnya setiap kali semester baru memang menuntut semangat adiwira yang berkobar-kobar dalam diri setiap manusia yang bergelar pelajar.

‘Eh, kenapa pulak? Merepek je la kau ni’

Hei kakak-kakak dan abang-abang, jangan buat-buat lupa ye. There’s something big waiting for you at the end of it.Yep, that’s right.Examinations.And loads of them.

Sila bawa bertenang...Sediakan secawan kopi panas berserta buku nota dan pen kerana saya akan memberi tips-tips supaya anda tidak burn the midnight oil disaat-saat akhir kelak.

‘aaaapiiiiraaah. Macam la kau tu best student nak bagi tips2 bagai dekat kami’
Ya, memang saya bukan best student pun, tapi marilah kita beramai-ramai usaha untuk menjadi salah seorang best student. Kalau bukan di universiti, mungkin di akhirat kelak. Sebab Allah tak kesah pun dengan result apa yang kita dapat, yang penting usaha.Kan?Senyum sambil angkat-angkat kening. Eheh.

Anda sudah bersedia?Jika sudah,tarik nafas dan sebutkan,‘aye aye captain!’ dengan penuh bersemangat.Bagus.

Pertama-tama sekali, konsisten is the key. Istiqamah. 
Apa pun terma yang digunakan, anda faham maksud saya,bukan?Cuba anda fikirkan sejenak, pernah tidak anda mengalami situasi dimana anda cukup bersemangat membuat jadual belajar untuk setiap hari,tetapi akhirnya jadual entah kemana,dan anda juga entah dimana. Dan tiba-tiba peperiksaan pada keesokan harinya.
Terjun gaung.

Sudah tentu anda cukup mual dengan situasi sedemikian bukan?Oleh itu,di saat ini,waktu ini, tetapkan minda anda supaya terus fokus dan akan berdisiplin dalam mengikuti jadual yang anda telah tetapkan.

Yang kedua kali, amalkan prinsip 3P.
Pause, Prioritise, Pergi!

Pause : Setiap kali anda seakan-akan di awangan, lekas sentap kembali diri anda ke alam realiti.Jangan biarkan setiap perkara yang sedang anda lakukan itu terus mengawal diri anda.Remember, you and only you have the full control of yourself.

Prioritise :Ingat kembali tujuan anda berada dimana jua anda berada sekarang. Jika anda ditaja oleh JPA mahupun MARA, sudah tentu anda menggalas misi yang besar, iaitu untuk pulang dengan membawa segulung ijazah,bukan?Namun, perlu juga diingatkan bahawa dalam kita mengutamakan pembelajaran, sudah tentu kita perlu korbankan sesuatu, contohnya, masa lapang untuk menonton drama-drama Melayu. Oh tidaaak! Tapi, anda perlu ingat bahawa anda memegang amanah yang teramat besar daripada rakyat Malaysia. So, repeat after me people, prioritise, prioritise, prioritise!!!

Pergi! : Eh, ni nak suruhpergi kemana pulak ni. Haaa, bukan begitu, pergi! Bermaksud ‘execute’ bak kata mat salih. Pergi laksanakan misi anda. Pergi berjuang menghadap buku-buku yang tebalnya tak usah dicerita. Pergi korbankan masa rehat anda demi kemaslahatan masa depan. You get what I mean?

Yang ketiga kali, jangan sesekali mengabaikan kedua orang tua anda walau sesibuk mana pun anda.Ingat, keredhaan Allah terletak pada keredhaan kedua ibubapa kita. Dan doa ibubapa merupakan senjata paling ampuh dalam kita hendak menempuh pancaroba kehidupan mahupun cabaran peperiksaan. Jangan lupa untuk bertanya khabar kepada orang tua kita, paling-paling pun seminggu sekali. Itu yang paling minima okay. kalau rajin, hari-hari pun tiada masalah. Dapat pahala lagi tau.

Walauapa pun, jangan lupa untuk meletakkann pergantungan yang super maksima tinggi kepada Pencipta kita. Usaha kita hanyalah ikhtiar, Dia jualah yang memberi kata putus. Yakinlah dan teruskan usahamu. Teruskan berlari hingga kedua belah kakimu berada disyurga.

Faizaazamtafatawakkalala Allah.
‘Apabila kamu telah berazam,maka bertawakallah kepada Allah’

With that, I wish you guys the best of luck dan semoga kita sama-sama saling mengingatkan sepanjang semester ini! Bersusahlah sekarang demi mencapai kerehatan disyurga kelak. ^^

Penulis,

-syQic-
Medical University of Warsaw

No comments:

Post a Comment