DALAM NEGARA:
Dr Asri Zainul Abidin kembali
jadi Mufti Perlis
Read more at: http://www.bharian.com.my/node/32868
KANGAR: Datuk Dr Asri Zainul Abidin
dilantik semula sebagai Mufti Perlis, mengisi kekosongan ditinggalkan Datuk Dr
Juanda Jaya, yang tamat kontrak perkhidmatannya baru-baru ini.
Struktur bumbung
kompleks beli-belah runtuh, 4 cedera
Read at: http://www.bharian.com.my/node/32858
KOTA
KINABALU: Empat cedera, termasuk seorang parah apabila struktur bumbung di
pintu masuk sebuah kompleks beli-belah yang masih dalam pembinaan di KK Times
Square, di sini, runtuh.
Dalam
kejadian jam 11.30 pagi itu, semua yang cedera dihantar ke Hospital Queen
Elizabeth 1 (QEH1) untuk rawatan lanjut.
Ketua
Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata kejadian
berlaku ketika pekerja terbabit menaikkan struktur berkenaan atau dipanggil
kanopi di luar bangunan berkenaan.
Malaysia kutuk tindakan IS
bakar juruterbang Jordan
Read more at: http://www.bharian.com.my/node/33422
PUTRAJAYA: Malaysia mengutuk tindakan
kejam kumpulan militan Negara Islam (IS) membakar hingga mati Muath Kasasbeh,
juruterbang tentera udara Jordan yang ditawan pada 24 Disember tahun lalu,
apabila pesawatnya terhempas di Hamra Ghannam, Syria.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman
dalam kenyataan beliau berkata Malaysia terkejut dengan jenayah kejam itu,
sekali gus mencerminkan keganasan serta sikap kumpulan IS yang tidak mengenal
erti perikemanusian.
"Malaysia berdiri teguh bersama
kerajaan dan rakyat Jordan pada saat-saat mengejutkan dan menyayat hati ini
serta mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman dahsyat dan taktik ganas itu,"
katanya.
Beliau berkata, Malaysia mengucapkan
takziah dan simpati yang amat mendalam kepada keluarga Kasasbeh dan kerajaan
Jordan berhubung kejadian itu.
Kes kelar pelajar UiTM: Tidak mungkin
wujud ketidakwarasan sementara
Read more at:http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-kelar-pelajar-uitm-tidak-mungkin-wujud-ketidakwarasan-sementara-pakar-53429?cp
KUALA LUMPUR: Tidak mungkin wujud ketidakwarasan sementara kerana konteks
kesementaraan itu tidak dapat dinilai, demikian pandangan peribadi seorang
pakar psikologi.
Prof Madya Dr Mariani Md Nor dari Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling,
Fakulti Pendidikan Universiti Malaya merujuk kepada kes melibatkan pelajar
UiTM, Nursyuhada Johari yang maut disyaki dikelar seorang tukang masak yang
dikatakan teman lelakinya, Selasa lalu.
“Kita tidak tahu latar belakang kes ini, jadi kita tidak dapat menilai apa yang
berlaku sebenarnya. Namun, pada saya, ia tidak boleh dikatakan sebagai
ketidakwarasan sementara atau konteks kesementaraan itu kerana ia juga boleh
berlanjutan,” kata Dr Mariani.
Menurutnya, keadaan kesihatan
mental yang tidak stabil berserta obses cinta itu boleh menyebabkan seseorang
itu bertindak di luar keadaan normalnya.
“Kita lihat pada aspek
kesementaraannya di situ. Kalau kesihatan mentalnya terjejas, saya kira, dia
tidak akan menjadi seorang tukang masak kerana tugas itu perlu menggunakan
peralatan membahayakan – api, pisau, sudu, garfu - semua ini boleh membunuh dan
mencederakan orang lain.
"Jadi perkara ini boleh berlaku hasil
daripada desakan naluri. Puncanya ialah obses cinta itu,” tambah Mariani.
Turunkan harga barang seiring penurunan
harga minyak - Najib
Read more at:http://www.astroawani.com/berita-malaysia/turunkan-harga-barang-seiring-penurunan-harga-minyak-najib-53473?cp
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata semua peniaga tanpa mengira
bangsa perlu bersikap adil terhadap pengguna dengan menurunkan harga barang
seiring dengan pengurangan kos kesan daripada penurunan harga minyak.
Perdana Menteri berkata pada masa sama, orang ramai juga boleh menggunakan
kuasa sebagai pengguna dengan tidak membeli barangan daripada peniaga yang
menjual dengan harga tidak berpatutan.
Najib turut menegaskan bahawa
isu penurunan harga barang tiada kaitan sama sekali dengan bangsa seseorang
peniaga.
PTPTN sasar 80 peratus daripada
200,000 peminjam tukar ke skim Ujrah
Read more at: http://www.bharian.com.my/node/33780
KOTA BHARU: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Nasional (PTPTN) menyasarkan 80 peratus daripada 200,000 peminjam pembiayaan
pendidikan itu yang disenarai hitam untuk mendaftar ke skim Ujrah yang
diperkenalkan sejak Oktober tahun lepas.
Shamsul Anuar sebelum ini dipetik sebagai
berkata dalam tempoh 1 Okt hingga 31 Dis lalu, seramai 50,000 peminjam telah
menukar ke pembiayaan secara Ujrah, yang membolehkan mereka membayar caj
perkhidmatan pada kadar satu peratus, berbanding empat peratus.
Doktor pelatih kini bebas memilih tempat latihan
Read more at:http://www.bharian.com.my/node/33384
PUTRAJAYA: Doktor pelatih daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini bebas untuk melakukan latihan perubatan di mana-mana hospital yang diingini bermula awal tahun ini.
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, berkata kebebasan itu dapat memberi keselesaan dan kepuasan kepada bakal doktor supaya prestasi kerja mereka ditingkatkan.
"Namun permohonan mereka tidak dijamin akan terus diluluskan dan ia bergantung kepada kekosongan di sesebuah hospital," katanya
Tun Mahathir rasmi muzium seni 3D kedua
terbesar di dunia
Read more at:http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tun-mahathir-rasmi-muzium-seni-3d-kedua-terbesar-di-dunia-53545?cp
LANGKAWI: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini
merasmikan Muzium 3D Art of Paradise Langkawi yang merupakan muzium seni tiga
dimensi yang kedua terbesar di dunia.
Terletak di Oriental Village, muzium yang memiliki keluasan ruang pameran
hampir 2,000 meter persegi dalam bangunan tiga tingkat, terbahagi kepada
sembilan zon yang meliputi ilusi optik, akuarium, safari, interaktif 1 dan 2,
fantasi, klasik, zon tema Mesir, istana lama dan pemandangan serta zon
Malaysia.
Muzium yang mendapat pengikitirafan sebagai muzium terbesar seumpamanya itu
oleh Malaysian Book of Records mempamerkan lebih 100 buah lukisan besar tiga
dimensi yang dihasilkan 23 orang pelukis pakar dari Korea dengan kerjasama
pelukis tempatan.
Bercakap kepada media selepas majlis itu, Dr Mahathir menyifatkan muzium itu
sebagai satu kejayaan baharu untuk mempromosikan aktiviti pelancongan khususnya
di Oriental Village, di mana terletaknya perkhidmatan kereta kabel yang begitu
popular dalam kalangan pelancong.
Penumpang AirAsia X berlepas ke Jeddah
dengan pesawat lain
Read more at:http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pesawat-airasia-d7172-hadapi-masalah-teknikal-terpaksa-berpatah-balik-tony-53571?cp
Read more at:http://www.astroawani.com/berita-malaysia/penumpang-airasia-x-berlepas-ke-jeddah-dengan-pesawat-lain-53587?cp
SEPANG: Penerbangan AirAsia X
ke Jeddah, yang mengalami
masalah teknikal dan selamat mendarat di
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 5.40 petang, berlepas
pada 7.23 malam menggunakan pesawat
lain.
Pesawat Air Asia X D7172 dari Kuala Lumpur itu
terpaksa berlegar di ruang udara Selat Melaka kira-kira empat jam untuk
membuang minyak dari tangki pesawat sebelum selamat mendarat.
Beliau juga menyifatkan
pengendalian kapal terbang tu sebagai satu " rutin " langkah
berjaga-jaga kerana pesawat itu sarat dengan bahan api yang biasanya digunakan
dalam beberapa - jam penerbangan ke Arab Saudi.
"Bahan api itu dibakar sama banyak seperti
bahan api yang digunakan ke Jeddah , " kata Ketua Pegawai Eksekutif Tony
Fernandes
"Auto-thrusttidak berfungsi dengan baik. Sebenarnya ia boleh untuk
terbang tetapi kita hanya mahu pesawat itu berpatah balik," katanya kepada
AFP.
Fenomena
hujan luar biasa mungkin berulang - Pakar
Read more at: http://www.bharian.com.my/node/33916
KUALA LUMPUR: Banjir buruk yang melanda negara tahun lepas
dijangka berulang dengan lebih kerap serta lebih buruk ekoran faktor pemanasan
global dan kehadiran fenomena Madden-Julian Oscillation (MJO), kata pakar
Klimatologi dan Oseanografi Prof Dr Fredolin T Tangang.
Menurut beliau, ini kerana faktor perubahan iklim akibat
pemanasan global merangsang fenomena itu semakin buruk.
Baru-baru ini, media melaporkan mengenai fenomena MJO atau
lebih dikenali sebagai Ayunan Madden-Julian yang juga antara faktor hujan lebat
luar biasa membasahi Malaysia.
Ia adalah fenomena keragaman iklim berskala besar yang terjana akibat
perubahan suhu di Lautan Hindi yang boleh mempengaruhi kelembapan atmosfera.
Namun, apabila MJO bertemu musim monsun timur laut (musim
tengkujuh) dan angin luluran sejuk, ia akan menyebabkan kadar curahan hujan
yang luar biasa.
Menurut beliau, laporan Sintesis kelima Panel
Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC) pada November 2014, menyatakan
bahawa kekerapan fenomena ekstrem dan kejadian iklim dikaitkan dengan perubahan
iklim.
"Setiap satu darjah
peningkatan suhu dunia, ia akan meningkatkan tujuh peratus kelembapan di
atmosfera dan ini akan meningkatkan kekerapan episod ekstrem cuaca dan
berkemungkinan lebih buruk daripada yang pernah kita alami tahun lepas,"
katanya.
LUAR NEGARA:
Jualan al-Quran makin laris di Perancis
Read more at: http://www.sinarharian.com.my/global/jualan-al-quran-makin-laris-di-perancis-1.358254
PARIS - PERANCIS. Jualan naskah al-Quran dan buku-buku agama Islam laris di pasaran Perancis semenjak serangan bersenjata terhadap syarikat penerbit, Charlie Hebdo, 7 Januari lepas.
Menurut Islampos, al-Quran terjemahan bahasa Perancis juga berada dalam kelompok 100 jualan terbaik di Amazon dalam tempoh 26 hari lalu.
"Sejak serangan itu, angka jualan al-Quran bertambah. Orang ramai memerlukan maklumat (mengenai Islam) dan mereka mahukan terjemahan (al-Quran) dari kami," kata Francois Maillot.
Penduduk Jordan tuntut keadilan
Read more at:http://www.sinarharian.com.my/global/penduduk-jordan-tuntut-keadilan-1.358134
AMMAN - JORDAN . Ribuan penduduk Jordan berarak di sekitar ibu negara menuntut pembalasan di atas kematian juruterbang negara itu yang dibakar hidup-hidup kumpulan militan Negara Islam (IS).
Menurut kerajaan negara berkenaan, puluhan jet pejuang telah menyerang IS Khamis lalu, selain meluaskan kempen mereka dari Syria termasuk sasaran di negara jiran Iraq.
Mayat juruterbang ditemui
Read more at:http://www.sinarharian.com.my/global/mayat-juruterbang-ditemui-1.358132
JAKARTA - INDONESIA . Anggota mencari dan menyelamat Indonesia berjaya menemui dan memindahkan salah seorang daripada dua mayat juruterbang dari dalam kokpit AirAsia QZ8501.
Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS), Bambang Soelistyo berkata, mayat ditemui 20 meter dari badan pesawat itu masih berada di kerusi kokpit dan dipercayai juruterbang berdasarkan pakaian seragam dipakai.
Soelistyo bagaimanapun memaklumkan, mayat gagal dikenal pasti sama ada milik juruterbang pesawat, Iriyanto atau pembantunya, Remy Plesel kerana keadaannya yang telah reput.
400 rumah Palestin dimusnahkan
Read at:http://www.sinarharian.com.my/global/400-rumah-palestin-dimusnahkan-1.358129
TEBING BARAT - PALESTIN . Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengarahkan pemusnahan kira-kira 400 buah rumah penduduk Palestin yang baru dibina di Tebing Barat.
Langkah itu dibuat selepas sebuah akhbar Britain Daily Mail dalam satu laporan mendakwa pembinaan kediaman itu di biaya Kesatuan Eropah (EU).
Bagaimanapun, Pegawai Komunikasi di Pejabat Kesatuan Wakil Eropah di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza Shadi Othman, tampil mempertahankan pembiayaan itu dan memberitahu projek adalah sebahagian daripada usaha membina negara Palestin pada masa akan datang. - Press TV
Enjin kiri pesawat TransAsia dimatikan
Read more at:http://www.sinarharian.com.my/global/enjin-kiri-pesawat-transasia-dimatikan-1.358050
TAIPEI - TAIWAN. Pihak berkuasa Taiwan sedang menyiasat punca kedua-dua enjin pesawat TransAsia Airlines mati ketika terhempas di sungai, Rabu lalu.
Memetik laporan BBC, data yang diperoleh dari kotak hitam menunjukkan enjin ditutup selepas enjin yang lain hilang kuasa.
Pengarah Eksekutif Majlis Keselamatan Penerbangan Taiwan, Thomas Wang berkata, penggera enjin kanan berbunyi hanya 37 saat selepas pesawat itu berlepas dari lapangan terbang.
Melalui rakaman di kokpit, juruterbang utama berkata api keluar dari enjin dan menurut Wang, perkara itu boleh berlaku apabila bekalan bahan api tercemar.
Namun, katanya, data menunjukkan enjin pesawat itu sebenarnya telah diubah ke mod ‘idle’.
Pesawat ringan rempuh menara pemancar
Read at: http://www.sinarharian.com.my/global/pesawat-ringan-rempuh-menara-pemancar-1.357468
TEXAS - AMERIKAS SYARIKAT. Seorang dilaporkan terbunuh selepas sebuah pesawat ringan merempuh menara pemancar pada 7.30 malam waktu tempatan.
Pesawat Piper PA-46 berkenaan sedang menghampiri Lapangan Terbang Preston Smith ketika kejadian.
Menara pemancar tersebut, milik syarikat televisyen KCBD, runtuh dan mengakibatkan bekalan elektrik terputus di bandar dan penempatan berdekatan.
Nama mangsa yang terkorban belum disiarkan oleh pihak berkuasa.
Kejadian masih dalam siasatan
Israel beku hasil cukai tambahan milik Palestin
Read at:http://www.sinarharian.com.my/global/israel-beku-hasil-cukai-tambahan-milik-palestin-1.357260
TEL AVIV - ISRAEL. Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu membekukan hasil cukai tambahan milik Palestin berjumlah AS$100 juta (RM360,000).
Kelmarin, akhbar Israel Today melaporkan nilai itu menjadikan jumlah keseluruhan hasil cukai yang dibekukan Tel Aviv kini mencecah AS$229 juta (RM820 juta).
"Sumber rapat dengan Netanyahu memberitahu tindakan itu dibuat sebagai hukuman kepada kepimpinan Pihak Berkuasa Palestin (PA) kerana mengemukakan permohonan untuk menyertai Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC)," menurut laporan itu lagi.
Difahamkan, hasil cukai tersebut meliputi 70 peratus sumber yang digunakan PA untuk membiayai gaji kakitangan awam di Tebing Barat. - MEM