Mursyidul Am Pas Nik Aziz meninggal dunia
KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia pada jam 9.40 malam tadi di sisi anggota keluarga di kediamannya di Kampung Pulau Melaka, Kota Baharu, Kelantan.Beliau berumur 84 tahun.
Pemergian beliau disahkan Profesor Dr Jafri Malim Abdullah, Pakar Neurologi Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) yang juga ketua pasukan perubatan Allahyarham sepanjang dirawat di hospital HUSM Kubang Kerian sejak 19 Januari lalu kerana mengidap kanser prostat.
Nik Abdul Aziz, yang merupakan anggota Dewan Undangan Negeri Chempaka, telah dibawa pulang dari hospital pada kira-kira 8.40 malam.Solat jenazah telah diadakan pada jam 10 pagi di Masjid Tok Guru di Pulau Melaka.
Allahyarham dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam.Allahyarham telah mendirikan rumahtangga dengan Tuan Sabariah binti Tuan Ishak. Hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan 10 orang anak, lima lelaki dan lima perempuan.
Hidup beliau sangat sederhana meski bergelar Menteri Besar selama 23 tahun. Umum mengetahui, Allahyarham dan keluarganya tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung.
JAIS tahan 11 pasangan kekasih menerusi 'Ops Mawar Merah'
JOHOR BAHARU: Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) menahan 11 pasangan yang dipercayai bersekedudukan tanpa ikatan sah dalam Operasi Mawar Merah sempena Hari Kekasih.Penolong Pegawai Penguat kuasa JAIJ, Hafiz Abd Rahman berkata operasi bermula pukul 3 petang semalam berakhir sekitar 4 pagi menumpukan premis hotel di sekitar bandar raya ini sebagai sasaran utama.
Beliau berkata kesemua 11 pasangan terbabit ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 kerana disyaki berkhalwat, yang boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Menurut Hafiz, antara yang turut ditahan dalam operasi berkenaan adalah wanita berumur 22 tahun dari negeri pantai timur yang datang ke sini untuk menemui pasangannya, iaitu rakyat tempatan yang bekerja di Singapura.
Katanya, daripada rekod yang diperoleh daripada pihak hotel, pasangan berkenaan didapati sudah mula menginap di hotel berkenaan pada satu malam sebelum serbuan dilakukan.
Menurut Hafiz, antara yang turut ditahan dalam operasi berkenaan adalah wanita berumur 22 tahun dari negeri pantai timur yang datang ke sini untuk menemui pasangannya, iaitu rakyat tempatan yang bekerja di Singapura.
Katanya, daripada rekod yang diperoleh daripada pihak hotel, pasangan berkenaan didapati sudah mula menginap di hotel berkenaan pada satu malam sebelum serbuan dilakukan.
More than 15,000 dengue cases recorded until February 7
KUALA LUMPUR: A total of 15,039 dengue cases have been recorded as of Feb 7 this year, an increase of 59 per cent or 5,586 cases, compared with 9,453 cases during the corresponding period last year.
Health director-general Datuk Dr Noor Hisham Abdullah said a total of 44 deaths due to dengue were reported during the period this year, from 17 in the corresponding period last year."For 2015, there has been an increase in dengue cases every week, and during the fifth week (Feb 1 to 7), 3,037 dengue cases with eight fatalities were reported," he said in a statement on Friday.
He said two states showed an increase in the number of cases, compared with the previous and they were Pahang, with 40 cases (60.6 per cent) and Kedah, with four cases (19 per cent).Based on analysis by the Health Ministry, he said, the breeding rate of aedes mosquito in 166 out of 269 hotspots was still more than one per cent."This situation is very conducive to the spread of the dengue virus," he added.
Penurunan tarif eletrik tidak menjejaskan TNB, kata CEO
KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) berkata, keputusan kerajaan untuk mengurangkan tarif elektrik tidak memberi kesan ke atas syarikat itu, menganggapnya sebagai proses perniagaan biasa."Kami bersikap neutral mengenainya sebab ini adalah sebahagian daripada rangka kerja kawal selia ekonomi yang dipanggil Peraturan Berasaskan Insentif (PBI).
"Di bawah PBI, apa sahaja mengenai harga bahan api dan sebagainya akan dikaji semula setiap enam bulan. Ia tiada kena mengena dengan harga saham dan keuntungan asas kami," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Azman Mohd kepada pemberita apabila diminta mengulas mengenai kesan penurunan tarif itu di majlis Sidang Kemuncak CAP10 CEO Asean .
"Kajian semula tarif asas ialah pada 2018 dan ini biasanya akan memberi kesan kepada kami," katanya.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mengumumkan keputusan Kabinet untuk menurunkan tarif elektrik sebanyak 2.25 sen setiap kilowatt/jam untuk pengguna di Semenanjung Malaysia mulai 1 Mac hingga 30 Jun 2015.
TNB juga mengumumkan untuk Sabah dan Labuan, tarif itu akan dikurangkan sebanyak 1.2 sen setiap kW/j (turun 3.5 peratus) dan tarif purata akan turun daripada 34.52 sen/kWh kepada 33.32 sen/kWj.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mengumumkan keputusan Kabinet untuk menurunkan tarif elektrik sebanyak 2.25 sen setiap kilowatt/jam untuk pengguna di Semenanjung Malaysia mulai 1 Mac hingga 30 Jun 2015.
TNB juga mengumumkan untuk Sabah dan Labuan, tarif itu akan dikurangkan sebanyak 1.2 sen setiap kW/j (turun 3.5 peratus) dan tarif purata akan turun daripada 34.52 sen/kWh kepada 33.32 sen/kWj.
LUAR NEGARA
Jepun keluar amaran Tsunami susulan gempa 6.9 magnitud
TOKYO: Jepun mengeluarkan amaran tsunami hari ini susulan gempa bermagnitud 6.9 di utara Jepun, kata agensi meteorologi.
Agensi itu berkata, tsunami sehingga satu meter (3.3 kaki) dijangka melanda pantai Iwate pada kira-kira jam 8:30 (2330 GMT Isnin).
Agensi itu berkata, tsunami sehingga satu meter (3.3 kaki) dijangka melanda pantai Iwate pada kira-kira jam 8:30 (2330 GMT Isnin).
Chapel Hill shooting suspect indicated
A grand jury has indicted the man accused of killing three Muslim students in Chapel Hill,North Carolina
Craig Hicks, 46, was indicted on three counts of first-degree murder, according to the Durham County Clerk's office. He was also charged with discharging a firearm into an occupied dwelling.
Police said "an ongoing neighbor dispute over parking" might have been a factor in last week's shootings but also said they weren't dismissing the possibility of a hate crime.
On what is believed to be Hicks' Facebook page, numerous posts rail against religion. The victims' family members have called on authorities to investigate the slayings as a hate crime.
The FBI is looking into that possibility.Hicks is expected to make his first appearance after the grand jury indictment in Superior Court the first week of March.
Solidariti- 700 pengiat seni boikot Israel .
Jumlah penggiat seni yang memboikot Israel meningkat hari demi hari. Sehingga hari ini, lebih 700 warga seni dari United Kingdom menandatangan petisyen untuk memboikot kebudayaan dan kesenian Israel.
Mereka antaranya terdiri daripada pembuat filem,penulis skrip,pelakon,pemusik,DJ,pengacara,penulis novel,penyair,pelakon teater,penulis grafik dan lain-lain lagi. Mereka bersama-sama mengatakan:
"Now we are saying, in Tel Aviv, Netanya, Ashkelon or Ariel, we won’t play music, accept awards, attend exhibitions, festivals or conferences, run masterclasses or workshops, until Israel respects international law and ends its colonial oppression of the Palestinians"
Malaysia simpati kematian Kayla Mueller
KUALA LUMPUR – Malaysia bersimpati dengan nasib warga Amerika Syarikat (AS), Kayla Mueller yang ditangkap oleh Kumpulan militan Negara Islam (ISIS) pada tahun 2013 yang dilaporkan terbunuh di Syria pada 6 Februari lalu.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan media berkata, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan penangkapan dan penahanan terhadap orang awam yang tidak bersalah.Kerajaan Malaysia turut menegaskan ISIS menyumbang kepada kematian Kayla Mueller meskipun ISIS mendakwa Mueller maut akibat serangan udara yang dilancarkan tentera pakatan di Syria.
“Malaysia menyampaikan ucapan simpati serta takziah kepada keluarga Mueller dan kerajaan AS. Semoga keluarga beliau diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat-saat getir ini,”.
Media baru-baru ini melaporkan dakwaan ISIS serangan udara yang dilancarkan tentera pakatan di Syria mengakibatkan seorang tawanan warga AS, Mueller terkorban.ISIS dalam satu kenyataan yang dimuat turun di laman webnya berkata, Mueller mati selepas tertimbus di bawah runtuhan bangunan akibat dibedil jet pejuang Jordan di Raqa.
Mueller yang merupakan seorang pekerja perubatan ditawan IS pada Ogos 2013 di Aleppo selepas meninggalkan hospital yang dikelola kumpulan sukarelawan, Doctors Without Borders.
3 Penuntut Islam ditembak mati di Amerika Syarikat
CHAPEL HILL 11 Feb. – Tiga sekeluarga Islam, ditembak mati oleh seorang lelaki berfahaman aties di rumah mereka di Carolina Utara, Amerika Syarikat, semalam.
Portal berita independent.co .uk melaporkan, mangsa yang merupakan penganut Islam Amerika dikenali Deah Shaddy Barakat, 23, isterinya, Yusor Mohammad Abu Salha, 21, dan adik perempuan Yusor, Razan, 19.
Deah yang baru sebulan berkahwin, merupakan pelajar jurusan perubatan pergigian di Universiti Carolina Utara dan sukarelawan yang membantu memberi rawatan pergigian percuma kepada kanak-kanak di Palestin.
Polis menerima laporan mengenai kejadian tembakan pada pukul 5.11 petang di sebuah blok pangsapuri yang kebanyakannya diduduki oleh ahli akademik dan golongan profesional muda yang terletak di Summerwalk Circle di Chapel Hill.Kesemua mangsa dijumpai mati ditempat kejadian, manakala sebahagian penduduk di bangunan itu tidak menyedari insiden tersebut sehingga pihak polis tiba.
Beberapa sumber memberitahu WRAL News, ketiga-tiga mangsa ditembak di kepala.
Suspek, lelaki tempatan dikenali sebagai Craig Hicks, 46, telah ditahan kerana disyaki membunuh ketiga-tiga mangsa dan akan dihadapkan ke mahkamah
Hicks menggambarkan dirinya sebagai golongan berfahaman aties di laman sosial Facebooknya sendiri dan kerap kali memuat naik beberapa gambar dan pesanan-pesanan yang mengkritik kesemua agama.
Sebahagian pengguna Internet membandingkan kejadian itu dengan insiden tembak-menembak di pejabat akhbar mingguan Perancis, Charlie Hebdo di Paris.
No comments:
Post a Comment