Manusia sentiasa inginkan satu kehidupan yang
baik dan kelihatan sempurna.Saya yakin 100% tiada manusia ingin kehidupan yang
serabut,tidak tenang, dan sering sedih.Pelbagai cara manusia lakukan untuk
mendapat kehidupan yang bahagia dan tenang.Tetapi,sebagai seorang muslim yang
ada Allah di hati,kesihatan rohani dan jiwa itu amatlah penting mengatasi
kesihatan jasad kita.Kerana kesihatan hati lah yang akan menentukan kehidupan
bahagia dan tenang atau sebaliknya.
Dalam dunia ini tiada yang sempurna melainkan
Allah dan agamanya.Dunia ini dan seluruh isinya,manusia-manusia yang ada
semuanya tidak sempurna.Realitinya,mustahil untuk seseorang manusia itu untuk
sentiasa kehidupannya sentiasa berada di atas dan sentiasa bahagia,mustahil
untuk tidak ada rasa sukarnya hidup ini,peningnya hidup ini, sedihnya hidup
ini,banyak masalah dan macam-macam lagi keluhan kita.Tetapi, sesiapa yang
hatinya sentiasa ada dengan Allah dan bergantung pada Allah,dia akan bahagia
insyaAllah walaupun banyak perkara yang tidak dingini berlaku.
Hidup yang bahagia, tenang dan diredhai Allah
itu bergantung pada hati seseorang itu.Tanyalah pada diri dan iman kita,kepada
apakah hati kita bergantung untuk sentiasa bahagia? Adakah kita rasa kalau kita
ada boyfriend/girlfriend kita akan bahagia?atau mungkin
kerjaya,duit,study,kecantikan,pangkat atau kawan-kawan?Selagi mana kita
bergantung pada sesuatu yang bersifat sementara,sekalipun ia adalah ciptaan
Allah,kebahagiaan itu juga tetap sementara.Tapi andai kita bergantung pada
Allah yang kekal,hati kita dekat dengan Allah yang kekal,insyAllah kita akan
peroleh satu kehidupan bahagia yang kekal hingga akhir hayat.Bahagia ini
bukanlah bermaksud kita tidak akan merasa sukar, sedih atau diuji,tapi dengan
berbekalkan keyakinan kepada Allah,kita yakin setiap yang berlaku itu ada
hikmahnya,dan akhirnya kita akan merasa tenang.
Hadis Rasulullah:"Ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh
badan ada segumpal daging, apabila ia baik, maka baiklah seluruh badannya, dan
sekiranya buruk, maka buruklah keseluruhannya. ketahuilah ia adalah
hati"
Oleh sebab itu,perlunya kita untuk sentiasa
diagnos hati supaya hati kita sentiasa sihat dan bersih.Sebagaimana kita
mengambil berat tentang kesihatan tubuh badan,supaya hari-hari kita lebih
produktif dan bermakna.begitu juga harus jadi kepada hati kita.Jom kita diagnos
apakah ciri-ciri hati yang sakit itu?
Ciri-ciri Hati
yang sakit:
1.Susah
untuk melaksanakan tujuan hidupnya iaitu beribadah kepada Allah,iaitu dengan
mendahulukan nafsu syahwatnya dan rasa malas untuk beribadah.
أَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَوَاهُ أَفَأَنْتَ تَكُونُ عَلَيْهِ وَكِيلاً
“Terangkanlah
kepadaku tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya. Maka
apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya?”(QS. Al Furqan: 43).
2. Tidak merasa
bersalah melakukan maksiat.Walhal hati yang sihat itu akan merasa sakit jika
melakukan maksiat lantas melahirkan rasa ingin bertaubat kepada Allah.
3.Jauh
daripada nutrisi hati yang bermanfaat(seperti jauh daripada al-Quran) dan dekat
kepada racun hati.
4.Condong
kepada kehidupan dunia,rasa enjoy dan tenteram dengan dunia.
5.Tidak
mengharapkan kehidupan akhirat dan tidak mempersiapkan bekalan untuk akhirat.
Hati yang
sakit ini juga menyebabkan kita mudah untuk:
-mudah marah
-Iri hati
dan dengki atas nikmat lebih orang lain
-Sukar untuk
maafkan orang lain/hati keras
-Berperangsangka
buruk
-Susah untuk
ikhlas
Adakah kita ada ciri-ciri di atas?Kalau kita
sedar yang kita ada,Tahniah!tahniah kerana Berjaya merasa diri tidak cukup
baik,kerana perasaan ini juga adalah satu rahmat dan nikmat daripada Allah yang
ingin kita untuk menjadi lebih baik.Merasa diri sudah cukup baik adalah satu
musibah,kerana golongan tidak akan merasa mereka perlukan Allah.Sehebat mana pun manusia itu,fitrahnya tetap inginkan bantuan daripada tuhan.
Marilah kita
sama-sama perbaiki diri dan menjalani kehidupan yang lebih bahagia.Kerana
ciri-ciri di atas itu lah yang membuat hidup kita tidak tenang dan bahagia.Allah,segala
pujian untuknya yang maha mengetahui bahawa hambanya akan sangat mudah
terpedaya dengan syaitan yang sentiasa ingin menjauhkan manusia daripada
Allah,maka Allah telah turunkan alquran sebagai panduan hidup kita untuk bersihkan hati.
Cara
membersihkan hati:
1.Banyakkan membaca al-Quran dan zikir
2.Jaga kelansungan amal saleh walaupun
sekecil-kecil amalan.Teruskan berbuat kebaikan.
3. Memperbaiki diri!
4. Muhasabah diri
5. Tadabbur al-Quran,menelaah dan menghayati. Allah
menyebutkan orang-orang yang tidak mahu mentadabburi Qur’an sebagai orang yang
tertutup hatinya. Artinya, kalau hati kita ingin terbuka dan bersinar, maka tadabbur
Qur’an. (QS 47:24)
6. Bergaul dengan orang saleh kerana
persekitaran adalah satu faktor kuat yang boleh mempengaruhi diri kita.
7. Berbagi dengan fakir,Miskin dan Yatim.
Rasulullah SAW bersabda, “Abu Hurairah r.a.
bercerita bahwa seseorang melaporkan kepada Rasulullah SAW tentang kegersangan
hati yang dialaminya. Beliau SAW menegaskan, “Bila engkau mau melunakkan
(menghidupkan) hatimu, beri makanlah orang-orang miskin dan sayangi anak-anak
yatim.” (HR. Ahmad)
8. Ingat mati dan hari akhirat.Dan ingatlah,di
hari kematian kita,yang Allah tengok adalah jiwa yang bersih itu.
9.Menghadiri majlis ilmu yang dinaungi malaikat-malaikat
Allah.Sebelum mula majlis,pejamkan mata anda…niatkan “Allah,berikan aku sesuatu
daripada majlis ilmu ini yang dapat menghubungkan aku dengan Engkau dan membersihkan hati aku”
10 .Doa,doa dan doa agar diberi hati yang bersih
dan jiwa yang tenang.Yakin bahwa Allah sedang mendengar..Mana mungkin Allah
tidak akan makbulkan doa hamba yang meminta untuk dibersihkan hatinya.
Allah itu maha penyayang..maha mengetahui isi
hati hamba-hambanya..Andai kita tidak dapat buat banyak tips-tips di atas,buatlah
satu yang kita mampu,yang paling penting kita istiqamah.Dan ingatlah
bahawa,formula untuk hidup bahagia itu adalah jiwa yang tenang,dan hanya yang
mengingati Allah,jiwanya akan tenang.InsyaAllah,selamat beramal dan semoga amal
kita diterima.
"Dan orang yang berjihad untuk mencari keredhaan Kami,benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik."(Al-ankabut:69)
No comments:
Post a Comment