Tanggal 31 Oktober sudah cukup sinonim dengan perayaan yang
diadakan saban tahun, iaitu perayaan Halloween. Namun, yang menjadi tanda Tanya,
apa sebenarnya kisah di sebalik hari yang disambut saban tahun ini? Mari kita
sama-sama menelusuri sejarah di sebalik hari Halloween.
credit |
Info ringkas Halloween:
- Merupakan adat dalam agama Kristian, dikatakan telah disambut semenjak tahun 1745.
- Secara amnya, pada hari itu, akan diadakan upacara sembahyang bagi mengingati roh si mati dan jamuan makan supaya roh si mati tenang.
- Tarikh 31 Oktober dipilih, merupakan tarikh pengakhiran musim menuai dan permulaan musim sejuk. Pada tarikh ini, ianya dipercayai bahawa jarak di antara dunia sebenar dan alam si mati menjadi dekat.
- Adat ‘trick or treat’, iaitu seseorang memakai pakaian yang menyerupai makhluk-makhluk supernatural, dikatakan sebenarnya bertujuan untuk melindungi diri mereka daripada makhluk-makhluk itu.
- Perkataan ‘trick’ ataupun sebenarnya ‘threat’, bermaksud si pelaku akan melakukan perkara yang mengganggu tuan rumah sekiranya tuan rumah tidak memberi makanan kepada mereka.
credit |
Saban tahun berlalu, dan kini hari Halloween disambut hanya
sekadar suka-suka oleh sesetengah masyarakat di dunia dan merupakan seakan-akan
satu norma masyarakat di Negara barat terutamanya. Tidak dinafikan bahawa hari
Halloween dapat memberi kebebasan kepada seseorang untuk memakai pakaian bertemakan
supernatural mengikut kemahuannya tanpa dikritik oleh orang lain. Di samping
itu, budaya ‘trick or treat’ juga dapat mengeratkan hubungan sesama jiran
tetangga kerana berpeluang untuk saling melawat.
Namun, adakah perayaan seperti ini sesuai disambut oleh
seorang Muslim? Untuk menjawab persoalan ini, mari kita perhatikan beberapa
hadis Rasulullah s.a.w. dan dalil daripada Al-Quran.
Dalil 1: Hadis larangan mengikuti kebiasaan orang kafir
“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk
golongan mereka”.
(Hadith sahih
riwayat Abu Daud)
Dalil 2: Hari raya terbaik untuk orang
Islam
Ketika Nabi shallallahu
‘alaihi wa sallam datang di kota Madinah, penduduk kota
tersebut merayakan dua hari raya, Nairuz dan Mihrajan. Beliau pernah bersabda
di hadapan penduduk Madinah,
“Saya mendatangi kalian dan kalian memiliki
dua hari raya, yang kalian jadikan sebagai waktu untuk bermain. Padahal Allah
telah menggantikan dua hari raya terbaik untuk kalian; idul fitri dan idul
adha.” (HR.
Ahmad, Abu Daud, dan Nasa’i).
Perayaan Nairuz dan Mihrajan yang
dirayakan penduduk madinah, isinya hanya bermain-main dan makan-makan. Sama
sekali tidak ada unsur ritual sebagaimana yang dilakukan orang majusi, sumber
asli dua perayaan ini. Namun mengingat dua hari tersebut adalah perayaan orang
kafir, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarangnya. Sebagai gantinya, Allah
berikan dua hari raya terbaik: Idul Fitri dan Idul Adha.
credit |
Untuk itu, turut bergembira dengan
perayaan orang kafir, meskipun hanya bermain-main, tanpa mengikuti ritual
keagamaannya, termasuk perbuatan yang terlarang, kerana kita turut menjayakan
upacara mereka.
Dalil 3: Menjadi hamba yang pengasih
kepada yang Maha Pengasih
Allah berfirman
menceritakan keadaan ‘ibadur rahman (hamba Allah yang pilihan),
و الذين لا يشهدون الزور
…
“Dan orang-orang yang tidak turut dalam kegiatan az-Zuur…”
Sebagian ulama menafsirkan kata ‘az-Zuur’ pada ayat di atas
dengan hari raya orang kafir. Sebaliknya, jika ada orang yang turut melibatkan
dirinya dalam hari raya orang kafir bererti dia bukan orang yang baik.
Nauzubillahi min zalik.
No comments:
Post a Comment