Oct 23, 2016

[AMARGLOBAL] WEEKLY WRAP UP ( 17/10/2016 - 23/10/2016)

DALAM NEGARA

JAKIM BLAMES MEDIA,SAYS 'PRETZEL DOG' NAME NOT THE ISSUE








KUALA LUMPUR: The word “dog” was not the reason behind Auntie Anne's pretzel chain not receiving its halal certification, said the Malaysian Islamic Development Department (Jakim).  

Jakim halal division director Dr Sirajuddin Suhaimee said his words were taken out of context and blown out of proportion by the media. 
When contacted by The Star Online on Tuesday, however, he said that Jakim had recommended the name change for "pretzel dog" in order for Auntie Anne’s to receive a halal certification.  
He had also said that a Jakim panel had decided not to use such a name.  
On Thursday, when met outside the Parliament lobby, Dr Sirajuddin said that the pretzel chain’s application for halal certification had failed due to incomplete paperwork.  
He claimed his previous remark on dogs being unclean and that the word “dog” should not be linked to the halal certification, adding that it was a general statement and not specific to Auntie Anne's case.

"We made a general statement based on the manual and procedure of halal certification application. It is based on that guideline," he said. 
Dr Sirajuddin said the term "pretzel dog" was not included in the application for halal certification by the food chain.

"I have double checked the application, as of last night, there is no such 'pretzel dog' in the application.

“We are looking at the audit report based on the findings of the central kitchen. That’s the procedure, but somebody else raised the issue about the product name,” he said when explaining why the name was rejected.

He added that Jakim officials would meet later in the evening to discuss the issue.

The issue had gone viral on social media since last week after an executive from Auntie Anne's disclosed that the application for halal certification had failed due to concerns over the “pretzel dog” in their menu.

BERHATI-HATI SEBELUM MEMBELI PRODUK KECANTIKAN DI INTERNET
GEORGE TOWN: Kementerian Kesihatan menggesa pengguna kosmetik agar lebih berhati-hati sebelum membeli kosmetik terutama dalam talian.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata setiap item yang mendapat pengesahan kementerian mempunyai pelekat hologram yang boleh dikesan oleh pengimbas pada pembungkusnya.

Setiap kedai mempunyai mesin pengimbas dan pembeli boleh memeriksa produk itu. Jika hologram tidak kelihatan, ia bermakna item itu tidak mendapat kelulusan kementerian.

"Saya harap orang ramai berhati-hati kerana penjualan kosmetik palsu melalui internet semakin meningkat," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Baru-baru ini, sekeping gambar wajah wanita yang mukanya mempunyai kesan terbakar selepas menggunakan kosmetik yang dibeli dalam talian, viral di media sosial, mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan produk kosmetik yang dibeli dalam talian.

Susulan insiden itu, Kementerian Kesihatan melarang penjualan 10 produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik iaitu Melan: Off Intensive Mask, Melan: Off Cream, Afrina Night Cream, Afrina Daily Cream, Krim Herba Kemboja, Day Pinky Cream, Night Glow Cream, Debella Nadien Glow Night Cream, Mekar Semilu Scrub Muka Mutiara BeautyvCollection dan Mekar Semilu Cream Mekarsutra.

Semua produk kosmetik yang diharamkan itu telah diberi notis untuk ditarik balik dari pasaran dalam tempoh 72 jam dan kes itu disiasat mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

"Berhati-hati, pastikan produk itu dijamin selamat oleh Kementerian Kesihatan sebelum membelinya," kata Dr Hilmi.

Sementara itu, beliau menafikan dakwaan bahawa hospital kekurangan reagen berikutan bajet yang berkurangan dan menasihatkan orang ramai agar tidak panik berhubung dakwaan itu yang disebarkan di media sosial. 

"Ia adalah tidak benar. Kementerian mempunyai peruntukan yang mencukupi dan jika hospital memerlukan lebih reagen, pihak atasan boleh mengemukakan permohonan. Kami akan meluluskannya. Perkara itu tidak perlu dibimbangkan," katanya.

Bagi penyebaran virus Zika, Dr Hilmi berkata ia masih lagi menjadi keutamaan negara, tetapi buat masa ini tiada kes baharu direkodkan.
"Kami sentiasa memantau situasi itu dan pemeriksaan berkala masih dijalankan di semua pintu masuk," katanya.

NIAT IKHLAS SUNTIK SEMANGAT AKTIVIS WOMEN'S BOAT TO GAZA












KUALA LUMPUR: Dua anggota Women's Boat to Gaza (WBG) berkata niat ikhlas untuk menyekat kepungan di Gaza adalah sumber motivasi mereka menyertai misi berkenaan.

Kedua-dua anggota dari dari Malaysia itu Dr Fauziah Mohd Hasan, 59, dan Norsham Abu Bakar, 54, berkata demikian dalam sesi perkongsian pengalaman misi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), baru-baru ini.

Kedua-dua wakil Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) itu berkata biarpun ramai yang mengecam tindakan berani mereka, namun mereka puas dengan apa yang dilakukan.

"Biarlah mereka bercakap, kita kena sentiasa optimistik mengenai hala tuju dan objektif yang perlu dikecapi.

"Yang penting adalah niat. Ahli-ahli misi yang lain terdiri daripada (penganut) agama dan pegangan hidup yang lain, namun objektif mereka masih sama. Jika mereka boleh, kenapa kita tidak ikut serta sebagai seorang muslim untuk membantu saudara sesama Islam kita di sana (Palestin)," kata Norsham.

Dalam misi berkenaan, Dr Fauziah bersama anggota misi bantuan kemanusiaan WBG menggunakan jalan laut dengan kapal Zaytouna-Oliva setelah Israel menutup dan mengepung laluan darat ke Gaza dari sempadan Mesir-Gaza di Arafah.

Sementara, Norsham yang juga merupakan Anggota Lembaga Pemegang Amanah MyCARE yang menaiki kapal Amal-Hope terkandas di Pelabuhan Barcelona, Sepanyol ekoran masalah teknikal.

"Kami ingin memberikan tekanan kepada Israel agar rakyat di sana miliki apa yang Malaysia dan negara lain ada iaitu kebebasan, keadilan dan perkara asas lain yang diperlukan.

"Misi ini merupakan salah satu daripada sumbangan aktivis bagi menyekat kepungan itu," kata Dr Fauziah.

Sesi perkongsian yang berlangsung lebih dua jam itu disertai pelajar UIAM dan masyarakat setempat.

Dua aktivis negara itu juga tidak ketinggalan berkongsi pengalaman mereka berkaitan aktiviti prapersediaan bagi menghadapi misi berkenaan.

Mereka dikatakan menjalani latihan renang di UIAM dan belayar selama tiga jam di Pelabuhan Kelang bagi merasai pengalaman sebenar belayar di tengah lautan, atas tunjuk ajar anak saudara Dr Fauziah.

"Alhamdulillah, kami dapat pelajari teknik berenang, pernafasan dalam air dan sekarang tidak takut air lagi," seloroh Norsham.

Sesi itu turut mempamerkan foto dan tayangan video mengenai rundingan peserta misi kapal Zaytouna-Oliva dengan tentera Israel, antara bahan yang sempat diselamatkan oleh Dr Fauziah dalam beg kecilnya untuk mengelak daripada dirampas tentera Israel.

"Semua anggota misi merupakan wanita kental, sanggup mengharungi pelbagai dugaan demi satu objektif," kata Dr Fauziah.

Kapal Zaytouna-Oliva dinaiki 13 delegasi dari pelbagai negara dan tiga kru manakala sebuah lagi kapal, Amal Hope dinaiki sembilan delegasi dan tiga kru.
Peserta wanita dalam misi berkenaan termasuk dari Tunisia, Israel, Algeria, Kanada, Turki, Amerika Syarikat (Amerika), Sweden, Ireland, New Zealand dan Australia sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin.

Pelayaran WBG bermula pada 8 malam, 14 Sept (waktu tempatan Barcelona) dari pelabuhan Vell dan berhenti di Ajaccio, Perancis (bagi pusingan pertama) pada 19 Sept sebelum meneruskan perjalanan ke Messina, Itali (pusingan kedua).

Namun, tentera Israel telah menahan kapal layar Zaytouna-Oliva yang dalam perjalanan menuju ke Gaza, pada 5 Okt, 2.58 petang waktu tempatan (8.58 malam waktu Malaysia) di pelabuhan Ashdod, Israel.


2,600 GRADUAN PERUBATAN DITAWARKAN JAWATAN KONTRAK












GEORGETOWN: Seramai 2,600 graduan perubatan yang belum ditempatkan di mana-mana hospital dan pusat kesihatan di seluruh negara, akan diberikan latihan 'housemanship' dalam masa terdekat, sebelum diserap ke jawatan kontrak.

 Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata latihan 'housemanship' berkenaan adalah inisiatif yang diambil kementerian untuk menyelesaikan masalah penempatan yang dihadapi graduan perubatan berkenaan.

Beliau berkata, latihan itu juga dilihat dapat melahirkan doktor berpengalaman dengan memberi persediaan awal kepada graduan perubatan terbabit, sebelum dihantar ke hospital dan pusat kesihatan untuk bertugas. "Kita menyedari masalah yang dihadapi graduan perubatan yang tidak mendapat tempat selepas tamat pengajian. 

Mereka terpaksa menunggu lama untuk bekerja di mana-mana hospital di seluruh negara. "Masalah itu menyukarkan kementerian, namun melalui bajet 2017 yang dibentangkan semalam , ia memudahkan kita melaksanakan program 'housemanship' bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi graduan terbabit," katanya pada sidang media di Pejabat MIC Pulau Pinang, di sini, hari ini.


 Dalam pembentangan Bajet 2017 semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan sejumlah hampir 2,600 graduan perubatan yang tidak mendapat penempatan menjalani 'housemanship' di hospital kerajaan, mereka kini boleh melakukan 'housemanship' secara kontrak. Perdana Menteri berkata, kerajaan mengambil keputusan melantik secara kontrak kumpulan pertama graduan perubatan, pergigian dan farmasi selewat-lewatnya Disember ini kerana kekangan jawatan tetap.

LUAR NEGARA

TIADA LAGI WAKTU SOLAT









Beijing: China mengharamkan ibu bapa dan penjaga di Xinjiang, wilayah paling ramai umat Islam di negara itu daripada menggalak anak mereka melakukan aktiviti keagamaan.

Akhbar Xinjiang Daily melaporkan, kerajaan menguatkuasakan peraturan pelajaran baru bermula 1 November depan, bermakna mereka yang menggalak atau memaksa anak mereka melakukan aktiviti keagamaan seperti solat, termasuk di sekolah, akan dilaporkan kepada polis.
Ia lanjutan daripada arahan mengharamkan lelaki Islam di wilayah itu berjanggut dan wanita menutup rambut.
China mendakwa hak asasi, undang-undang dan budaya Muslim di Xinjiang dilindungi sepenuhnya.
Bagaimanapun, sebahagian besar etnik Uighur yang mewakili penduduk Islam wilayah itu berkata, mereka semakin ditindas oleh pihak berkuasa China, termasuk dikenakan sekatan ekonomi.
Pada April 2014, Global Times melaporkan, pegawai di Xinjiang menawarkan hadiah sehingga 50,000 yuan (RM31,000) kepada mereka yang membuat laporan kepada polis mengenai kegiatan pemisah Islam, termasuk memelihara janggut.
Pada 2015 pula, Radio Free Asia melaporkan, imam di Kashgar, sebuah daerah di Xinjiang, dipaksa memberitahu anak mereka, solat itu berbahaya untuk jiwa dan mengisytiharkan, rezeki datang daripada Parti Komunis China, bukan daripada Allah.

ISRAEL GANTUNG KERJASAMA DENGAN UNESCO 













PARIS: Rejim Israel menggantung kerjasama dengan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Tindakan dibuat selepas badan dunia itu menerima pakai draf resolusi yang menafikan pembabitan Israel dengan kota suci bersejarah, Baitulmaqdis.

Pengerusi Lembaga Eksekutif UNESCO, Michael Worbs bagaimanpun menegaskan ketetapan itu belum diterima pakai namun kemungkinan untuk frasa berkenaan di ubah tetap ada.

“Ia adalah luar biasa tetapi ia berlaku. Persoalannya sama ada di dalam lembaga akan ada pendapat berbeza daripada ahli lembaga pada hari Selasa.

“Memandangkan semua, saya menganggap bahawa semua delegasi dalam Suruhanjaya PX mengundi mengikut arahan jadi kemungkinan besar akan ada perubahan,” katanya.

Draf resolusi berkenaan yang ditaja beberapa negara Arab dan bertajuk occupied Palestine hanya menggunakan nama Islam bagi kawasan yang dianggap suci oleh Yahudi dan Islam.

Ia antara lain merujuk kepada kawasan Plaza al-Buraq, nama yang digunakan umat Islam manakala Yahudi mengelarkannya Western Wall Plaza, namun hanya diletakkan tanda dua titik bertindih dalam draf berkenaan.

RAJA THAILAND MANGKAT SETELAH SEKIAN LAMA












BANGKOK: Raja Thailand Bhumibol Adulyadej, 88, yang menerima rawatan di Hospital Siriraj, Bangkok diumumkan telah mangkat hari ini pada jam 3.52 petang waktu tempatan.

Kemangkatan raja yang paling lama bertakhta di dunia itu disahkan oleh pihak istana.

Sejak sedekad lalu, tahap kesihatan Raja Bhumibol yang berkuasa sejak 1946 itu terus merosot, dan pada tahun ini buat kali pertama baginda ‘dilepaskan’ daripada mengikuti tugas-tugas kenegaraan atas nasihat doktor.

Kali terakhir baginda dilihat dikhalayak ramai pada 11 Januari lepas, selepas itu baginda dikatakan lebih banyak menghabiskan masa di istana dan hospital kerana pelbagai jenis penyakit dialami baginda.

Antara laporan kesihatan terakhir daripada doktor di Siriraj menyatakan baginda mengalami komplikasi pada organ penting iaitu hatinya.

Orang ramai melakukan upacara berdoa dan bersembahyang untuk berkongsi rasa kasih sayang dan mengharapkan 'keajaiban' kesembuhan untuk raja kesayangan mereka.

Namun, sejurus berita kemangkatannya diumumkan, ribuan orang yang membanjiri pekarangan hospital dan jutaan lagi rakyat di seluruh Thailand tidak dapat menyembunyikan kesedihan mereka.

Ada yang tergamam, menangis dan ada juga yang meratap serta melaung-laungkan nama Bhumibol seolah-olah tidak percaya akan pemergian baginda.

Saluran televisyen negara itu turut menyiarkan suasana yang memilukan di luar pagar Hospital Siriraj, termasuk beberapa orang yang jatuh pitam kerana terlalu bersedih dan bersesak.

DELEGASI NGO ASEAN KUTUK TINDAKAN PBB TOLAK USUL GENCATAN SENJATA DI SYRIA












SHAH ALAM: Delegasi badan bukan kerajaan (NGO) dari negara anggota ASEAN hari ini mengutuk tindakan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang menolak usul gencatan senjata dan usul membuka jalan masuk bagi penyaluran bantuan kemanusiaan kepada Syria.

Perkara itu disepakati 14 NGO dari negara anggota ASEAN setelah mengadakan perjumpaan khas hari ini bagi membincangkan isu berkaitan negara bergolak tersebut.

Antara NGO yang menyertai perjumpaan itu ialah Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM); Sekretariat Ulama Assembly of Asia (SHURA); BAPA Relief, Singapura; Aqsa Working Group, Indonesia; Humanitarian and Justice Organisation Cambodia (HJO); serta Council for Humanitarian Networking of Sheikhul Islam, Thailand.

Presiden MAPIM Mohd Azmi Abdul Hamid berkata negara di seluruh dunia digesa supaya lebih sensitif terhadap penderitaan rakyat Syria selama enam tahun apabila PBB, yang sepatutnya menjadi pendamai, tidak dapat menggunakan kuasanya berhubung isu berkenaan.

"Disebabkan itu, kami NGO akan mengadakan protes serentak di seluruh bandar negara ASEAN supaya peperangan dan pergolakan dihentikan dan menuntut kedamaian di Syria.

"Kami juga akan menggembleng segala pengalaman NGO yang ada untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan menjelang musim sejuk di sana dan dijangka akan mula bergerak pada bulan depan," katanya dalam sidang media, di sini hari ini. 

Menurut Mohd Azmi lagi, delegasi tersebut juga menyasarkan untuk mengumpul dana sebanyak US$1 juta (RM4.2 juta) bagi misi bantuan keperluan terutamanya pada musim sejuk di Syria yang dijangka mencapai suhu sejuk puncak sekitar bulan Januari depan.

Beliau berkata perjumpaan tersebut juga bersetuju untuk memperluas jaringan media di seluruh negara ASEAN selain mengumpul 1,000 lagi NGO bagi memperkemaskan kempen perdamaian di Syria.

Susulan itu katanya, mereka akan menuntut pemimpin Arab Saudi, Amerika Syarikat dan Rusia supaya menghentikan peperangan proksi di Syria yang menyebabkan enam juta rakyat negara itu menjadi pelarian di dalam negara sendiri.
"Kita akan hantar surat ke PBB, OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam) dan ASEAN berhubung isu ini bagi menuntut peranan mereka supaya mengambil langkah yang lebih proaktif membantu rakyat Syria dan hentikan pergolakan," katanya.

7 EU COUNTRIES IMPORTED SALMONELLA-INFECTED EGGS FROM POLAND

Dutch authorities have reported the infected eggs to the European Commission, which oversees the quality of food and feed.
The threat is considered to be serious, the Polish PAP news agency has said.
According to Belgium’s Federal Agency for the Safety of the Food Chain, “several shipments of Polish eggs contaminated with Salmonella” have been sent to seven EU countries, including hundreds of restaurants in Belgium, from "various Dutch suppliers".
In a statement published on Thursday, the agency said that for the time being, “retail businesses have not been affected”.
It added that the infected eggs bear the code "3PL30221 ***" (*** can match any digit). (rg)

No comments:

Post a Comment