Jam menunjukkan pukul 11.50 malam. Saat manusia-manusia
lain sedang dibuai mimpi, aku masih lagi menghadap slaid untuk subjek
Paediatrik. Aku pun tak pasti, aku yang baca slaid, atau slaid yang tengok aku.
Hampir sahaja mataku menembusi skrin laptop setelah hampir 5 jam aku menelaah. Jam
terus berdenting saat demi saat, seolah-olah menjerit ‘Exam dah dekat! Exam dah
dekat!’. Dengan peperiksaan yang berbaki hanya beberapa hari lagi, aku dapat
rasakan debaran yang semakin memuncak. Masakan tidak, peperiksaan ini merupakan
penentu untuk aku menyarungkan jubah graduasi sekaligus bergelar sebagai
seorang Doktor.
Aku terbayang wajah kedua-dua ibu bapaku yang meletakkan segunung
harapan supaya aku dapat menamatkan pelajaranku dan membawa pulang segulung
ijazah. Aku mula rasa menyesal kerana tidak memulakan ulangkaji sejak cuti
musim sejuk yang lalu. Masaku sewaktu cuti dihabiskan dengan menonton rancangan
Running Man, seolah-olah membalas dendam setelah menjalani kelas
berminggu-minggu lamanya.
Demi masa! Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam
kerugian.
Tiba-tiba, aku terasa begitu tertekan kerana masih banyak
lagi slaid dan bab-bab di dalam buku yang perlu aku baca dan hadamkan. Aku
benar-benar risau dan mula membayangkan situasi aku sewaktu peperiksaan, di
mana aku tidak dapat menjawab soalan dan seterusnya gagal. Jujur aku katakan,
tahap keyakinanku untuk menghadapi peperiksaan pada waktu itu hanyalah 10%.
Akhirnya, air mataku tertumpah dan aku teresak-esak seorang diri.
***
Adakah
anda seakan-akan familiar dengan situasi di atas?
Dewasa
ini, masyarakat amat menitik beratkan kesihatan fizikal, akan tetapi kesihatan
mental seringkali dipandang enteng. Malahan, jika ada dalam kalangan masyarakat
yang mempunyai temu janji dengan pakar psikiatri, terus sahaja dicop sebagai ‘orang
gila’. Artikel kali ini akan membincangkan dan mengupas tentang depression atau
kemurungan, yang merupakan silent killer dalam kalangan masyarakat Malaysia.
- Perpisahan dengan orang yang tersayang
- Kegagalan di dalam pekerjaan, pelajaran, kekeluargaan
- Insomnia
- Kemiskinan
“Dan kami pasti akan menguji kamu dgn sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar”
"Iaitu orang-orang yang apabila ditmpa musibah, mereka berkata "inna lillahi wa inna ilaihi raji'un" (Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami kembali)
(2:155-156)
Selain dapat membantu untuk memastikan berat badan kita di
dalam lingkungan BMI yang normal, melalui senaman, badan kita akan merembeskan hormone
endorphin yang akan serta-merta meningkatkan mood kita dan memberikan rasa
euphoria.
Don’t be so hard on yourself. Mungkin selama ini kita terlampau mengkritik diri kita sendiri. Apa kata kita cuba ubah perspektif buruk terhadap diri kita dan ucapkan kata-kata positif terhadap diri kita sendiri. Tanpa kita sedari, terlampau banyak nikmat-nikmat yang kita kecapi dan mungkin hanya mampu diimpikan oleh orang lain. Ayuh muhasabah diri dan berSYUKUR :)
3) Sentiasa berkongsi dan meminta pandangan
daripada orang yang dipercayai tentang masalah kita.
Jangan sesekali memendamkan perasaan seorang diri dan
memencilkan diri kita daripada orang lain sekiranya kita sedang menghadapi
masalah. Sekiranya masalah itu terlampau sensitif untuk dikongsi, berjumpa
dengan kaunselor atau pakar psikiatri untuk mendapatkan pandangan professional
merupakan salah satu cara lain yang boleh dipraktikkan.
Manakala, sekiranya ada rakan yang berkongsi masalahnya
dengan anda, cubalah untuk menjadi pendengar yang baik. Kadangkala, bukan
penyelesaian yang dipinta, cukuplah bagi anda untuk meminjamkan telinga dan
masa anda untuk mendengar luahan hatinya.
4) Rancang kehidupan dengan baik
Tetapkan matlamat dan menyusun jadual harian dengan baik
merupakan cara yang terbaik untuk mengelakkan stress. Namun, perasaan malas
boleh menyebabkan kita bertangguh daripada melakukan pekerjaan yang sepatutnya
diselesaikan. Jadi, cara terbaik adalah dengan memberitahu rakan-rakan serta
ahli keluarga tentang matlamat yang ingin kita capai dan meminta dorongan
daripada mereka supaya kita kekal bersemangat setiap hari.
5) Mulakan harimu dengan kata-kata positif.
No comments:
Post a Comment