Dec 1, 2012

Bakteria dan Penicillin



Mode: Pharmacology... (ubat-ubatan)
Awal-awal semangat belajar pharmacology dah terjumpa ni..sila ambik mood tengah belajar ni.

                                                    **************************************

*khusyuk membaca*
Penicillin-binding protein(PBP): bacterial enzyme involved in the synthesis of cell wall and in maintenance of morphologic features of the bacterium..

Transpeptidase: bacterial enzymes responsible for cross- linking peptidoglycan chains ( final step in cell wall synthesis)

(Dalam akal)

-Oh..bacteria ada PBP yg digunakan untuk bina lapisan dinding kebalnya untuk mempertahan rakyat-rakyat di dalamnya..(teringat wall di Gaza)..
Tetapi dia juga ada site of binding to penicillin drug yang akan inhibit transpeptidse for cross - linking of peptidoglycan bacterial cell lysis/mati dengan beberapa cara..

“Okeh..” *senyum faham pelajaran pertama pharmacology*

*tiba-tiba*

 Aik?Kenapa enzyme tu seolah-olah menyerahkan diri dia dengan menyediakan binding site untuk ubat penicillin tersebut..kenapa seolah-olah dia BUNUH DIRI atau SERAH DIRI untuk dibunuh?

*keliru-keliru*

(Dalam hati)

sebab dia hanya dicipta sebagai makhluk  ciptaan Allah…

*tersedar dari lamunan bermonolog*

**************************
Ye, mereka hanya makhluk Allah tetap patuh pada apa juga ketetapan..begitu juga kita..tidak layak untuk mempersoalkan itu dan ini pada Allah..Cuma bezanya kita manusia dengan makhluk lain hanyalah nikmat AKAL..
Kerana kurniaan special  itu kata Allah,

“Dia mengilhamkan kepadanya jalan kejahatan dan ketakwaan..sungguh beruntung orang yang menyucikan jiwa itu”( 91: 8-9)
Kita diberi keistimewaan untuk memilih jalan ketakwaan agar tidak dibunuh seperti bakteria tadi..
Jika memilih kejahatan atau menyerahkan diri pada keseronokan dunia semata, jiwa akan mati..apalagi  membiarkan nafsu jahat mengunyah-ngunyah jiwa kita..
Jika berperang perlu ada perisainya..maka memerangi nafsu yang mendorong hanya kepada dunia juga ada perisainya..

Iman dan akal..

1)     IMAN---Iman dan taqwa itu hanya Allah jua yang hanya mampu menilainya..
 Kalau dengan manusia kita tahu samada seseorang itu suka, senang, cinta, benci, menyampah, meluat pada kita berdasarkan manifestasi-manifestasi yang ditunjukkan..
Apa pula manifestasi-manifestasi cinta kita pada Allah..dan apa pula tanda Allah membalasnya..jika balasan cinta Allah makin berkurang kita juga tahu bila saatnya..kerana hanya kita yang merasa..
Muhasabah semula hubungan kita dengan Allah..moga iman dan taqwa kita bertambah..

2)     AKAL---Baik, siapa pula mereka yang Allah kategorikan sebagai orang yang benar-benar berakal?

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan pergantian siang dan malam terdapat tanda2 bagi orang yang berakal…
Iaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil BERDIRI, DUDUK atau dalam keadaan BERBARING dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), “Ya Tuhan Kami, tidaklah engkau menciptakan semua ini sia-sia, Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka” (3:190-191)



“takde otakla kau ni!”..Biasa dengar ayat ni masa sekolah rendah dulu? layaklah ditujukan kepada diri kita andai tiada Allah dalam ingatan..kerana otak itu fungsinya untuk berfikir, maka berakallah bagi mereka yang menggunakannya..
Struggle-lah mencari cinta Allah agar kita dicintai Allah semula dengan cinta yang lebih dari cinta sesiapapun.

Hiduplah bersama Allah.kehidupan akan tenang dan cukup bahagia..Moga yang menulis  lebih beramal dan beringat dari anda-anda yang membaca..

Allahua’lam





Penulis:
Naqlis Fidyatul Roslan
Pelajar Perubatan Tahun 4
Medical University of Warsaw

SAHABAT~



Baby A : Baby mata besar  
Baby B : Baby menangis 

        *********************************************************************     
                                                                                                                                                       
Baby B : Mama kite marah kite,huhuhuhu
Baby A : laaaa,kenapa dia marah ko? Ko ada buat apa-apa tak?

Baby B : Kite tak tau,dia, tiba-tiba jer marah kite.
Baby A : Sudah-sudah,bawak bersabar banyak-banyak.Cube ko ingat balik ko buat apa satu hari ini.
Baby B : Kite cakap tak tahulah,manalah kite ingat (dengan meninggikan suara)
Baby A : Ok-ok,sebenarnya mak ko tak akan marah ko macam tu jer.Mesti ada sebab kenapa dia
                 marah.
Baby B :Mama kite jahat.kite, tak buat salah apa-apa, tiba-tiba jer dia marah kita. Tak nak kawan dengan
                 dia.

Baby A : Tak baik cakap macam tu,kecik hati mama ko dengar nanti. Berdosa tau.
Baby B : Habis tu kenapa dia marah kite?.
Baby A : Dia marah sebab dia sayang dekat ko,mesti ko ada buat apa-apa yang tak betul dekat mata dia.
Ibu mana tak sayang anak dia.

Baby B : Ya ker,kite ingatkan dia benci kat kite,sebab tu dia marah.
Baby A : Sebab tu aku nak ko pikir balik ko buat apa satu hari ini.
Baby B : Ok kite cube ingat.Pagi tadi kite bangun macam biase, pastu kite pergi main mainan sampai               tengah hari. Lepas tu mama ajak makan kite tak makan sebab seronok sangat main.
 Lepas tu tiba-tiba jer dia tengking kite. Lepas tu kite terus jumpa awak.

Baby A : Owh,patutlah dia marah.Sekarang baru aku faham.
Baby B : Eh-eh,kite ada wat salah ke,setahu kite mana ada wat salah.Tak baik tau tuduh-tuduh.
Baby A : Aku rasa ko tak perasan sebenarnya.Aku rasa mak ko marah sebab ko tak makan tengah             hari. Ko main sampai lupa nak makan.Tak elok macam tu.
Baby B: Sekarang ni awak dah macam mak kite.Kite ingat kalau jumpa awak,awak dapat tolong kite.
                Ini tak, awak pulak nak marah kite.Tak nak kawan la macam ni.

Baby A :Eh,jaganlah macam tu. Aku tak marah pun dekat ko. Aku tengah tolong ko sebenarnya                 sekarang ni.

Baby B : Awak wat kite sakit hati adalah,tolong apenyer tu!!!!.(lagi kuat tangisan dia)
Baby A : Ok-ok,aku mintak maaf.Aku tak ada niat pun nak sakitkan hati ko.Mak ko marah sebab ko      tak makan.Makanan kan buat kita cepat besar.Ko tengok aku,besar dan comel,sebab aku  kuat makan.Ko tak nak jadi comel macam aku ker?

Baby B :Nak-nak.Aku nak jadi comel macam ko.Maknanya aku kena makanlah kalau mama suruh.
Baby A : Haa,pandai pun.So lepas ni,ko kenalah makan kalau mama ko suruh.Dah-dah,jagan nangis         lagi,buruklah muka ko.Cube senyum sikit,baru comel.

Baby B : (tersenyum sambil mengesat air mata).Ok-ok,lepas ni kite akan buat apa yang mama suruh.
Baby A : haaah,kan comel macam ni.Dah-dah,jom kite jumpa mama ko dan mintak maaf dekat dia.Dia mesti tengah cari ko sekarang ni.

Baby B : kite rasa bersalah sangat dekat mama kita,kite tak sepatutnya buat macam tu dekat dia.Kite pun nak mintak maaf dekat awak.Tak pasal-pasal awak kena marah dengan kite tadi.Kite lega sangatlah  ada kawan macam awak.Terima kasih...(dengan tersenyum lebar sampai ke pipi)

Baby A : Baguslah ko dah sedar.Eh,ko tak buat apa-apa salah dekat aku pun.Tak apa,jangan risau aku                faham,ko tengah sedih masa tu. Ala,aku bukan baik sangat pun, aku cuma tolong mana yang mampu jer.

Baby B : Terima kasih awak, lepas ni kita janji tak buat macam tu lagi .Kite tak nak mama kite marah dekat kite lagi.

Baby A : Sama-sama,ko kan kawan aku sebab tu aku tolong ko.Camni kan bagus,kite kena ingat                 syurga di bawah tapak kaki ibu jadi kite kenalah jaga hati ibu.Jaganlahlah buat apa-apa yang  buat dia marah.Kesian kat mama .

Baby B :Ok-ok,lepas ni kite janji kite tak buat lagi. Tak sangka awak sanggup tolong kite even kite                marah awak tadi
Baby A :Tak ader masalah, lagipun  that’s what friend for kan?






Maka mereka berdua pun berjumpa dengan mama baby yang menangis itu.Baby menangis pun meminta maaf kepada mama dia atas kesalahan dia tadi.Persahabatan mereka berkekalan sampailah ke hari ini.


Carilah sahabat yang sanggup hidup susah-senang bersama.Bukannya sahabat yang datang di kala kita senang dan pergi dikala kita susah.Oleh itu berhati-hatilah dalam memilih sahabat.Sahabat yang baik  selalu menegur sekiranya kita berbuat kesalahan bukannya membiarkan kita  leka dengan kesalahan tersebut.Ingatlah semua sahabat yang baik akan membawa kita ke jalan yang benar dan sahabat yang buruk membawa kita ke lembah kehinaan.

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:

"Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk."

Diharap semua terhibur dengan post kali.

Wassalam.





Penulis:
Iqmal Hakeem Isa
Pelajar Perubatan Tahun 3
Medical University of Warsaw

Nov 26, 2012

Who's with me?



Assalamualaikum...

Sering sahaja terjadi di negara kita kecemasan-kecemasan seperti seorang pakcik yang tiba-tiba diserang sakit jantung, atau seorang kanak-kanak dalam lingkungan 10 tahun terkena sawan, atau kes yang paling biasa di negara kita, kemalangan jalan raya. Kalau kes kecemasan, pihak pusat perubatan akan menghantar ambulan. Dapat mengurangkan mortality rate katanya.

Dalam sebuah ambulan, ada 3 atau 4 watak.

1. Seorang MD (Medical Doctor)
2. Seorang PM (Paramedic)
3. Seorang EN (Emergency nurse)
4. Seorang Driver

Siapakah yang paling penting dalam ambulan?

Adakah doktor yang paling penting? Kerana doktorlah yang paling tinggi pelajarannya, dan dialah yang sepatutnya tahu apa nak dibuat dengan pesakit?

Adakah Emergency nurse yang paling penting? Kerana kalau nurse tiada, siapa yang boleh bantu doktor? Takkanlah doktor nak buat kerja seorang kan?

Adakah Paramedic yang paling penting? Kerana Paramedic sudah betul-betul terlatih untuk menangani situasi kecemasan dan paling pakar dalam hal ini?

Takkanlah pemandu ambulan yang paling penting.....Sijil pun tak setinggi doktor...Tak pula dilatih seperti Nurse dan Paramedic....

SALAH

PEMANDU AMBULAN LAH YANG PALING PENTING.

Kerana tanpa pemandu yang cekap, tidak ada sesiapa yang boleh memandu jururawat, paramedik, mahupun doktor kepada pesakit.
Tanpa pemandu, kepakaran jururawat, paramedik, dan doktor yang belajar 6 tahun tu tidak berguna.
Doktor termenung dalam ambulan, pesakit pun mati di tempat kejadian. Naudzubillah....

Cekap pemandu tu, insyaAllah cepatlah sampai ke lokasi kecemasan.
Malas pemandu tu, pudarlah harapan pesakit itu....

Nampak kecil kan peranan pemandu? Hakikatnya, itulah yang paling penting.

Sama juga macam satu syakikat surat khabar. Kejayaan pekerja-pekerja yang bekerja keras dan dibayar gaji tinggi dalam syarikat berkenaan bergantung kepada penghantar surat khabar yang berumur 10 tahun.

Rajin budak tu, banyaklah surat khabar boleh diedarkan.
Malas budak tu, sikit sajalah yang dapat diedar dan disebarkan.

Nampak kecil dan tak penting, tapi sebenarnya itulah nadi kepada perkara yang lebih besar!

Semuanya telah tertulis dalam Quran mahupun Sunnah. Islam telah pun disebarkan kepada kita. Terpulang sekarang kepada kita untuk terus menyebarkan. Kalau tidak, semuanya akan terhenti pada kita kerana kita memilih untuk tidak menyebarkan. Kalau dakwah ini mati, kalau Islam terus menerus dipandang lemah, salahkanlah diri sendiri, kerana diri sendiri yang membuat keputusan untuk baik sendiri-sendiri dan tak mahu sebarkannya.

Walaupun peranan kita dalam membangunkan kembali Islam nampak sangat kecil, hakikatnya kitalah nadinya, kitalah penggeraknya.
Kejayaan di hujung jalan ini sebenarnya bergantung kepada kesungguhan kita.

Kalau setiap insan yang menggelar diri mereka individu Muslim dan mencintai agama ini memilih untuk duduk dan lihat sahaja, susahlah.
Cita-cita dah tinggi, baguslah. Tapi usaha? Anyone? Who's with me?







"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah padanya? Dan (ingatlah), Allah tidak akan sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan." (2: 140)

PENULIS
FATIMAH HASMAD
PELAJAR PERUBATAN TAHUN 4
MEDICAL UNIVERSITY OF WARSAW


epilog bumi berdarah~




Bumi suci itu berdarah kembali
Anak-anak kecil didukungi bapa-bapa
Sedang mata mereka kosong tak bernyawa

Apa sebenarnya dosa mereka?
Adakah kerana mereka berada di tempat itu?
Tempat yang diidamkan zionis laknatullah itu?
Walau hampir kesemuanya habis disapu
Tiada lagi istilah tanah air bagi mereka
Waima mempertahankan diri sekali pun
Adalah menjadi satu kesalahan!



Kita sering berkata tentang kemanusiaan
Kita gah membicarakan perihal keadilan
Sedang kita menghijab mereka 
dari keadilan dan kemanusiaan itu
Merelakan mereka dikecam sebagai pengganas
Menafikan hak-hak mereka sebagai insan
Membiarkan mereka berjuang dengan batu dan kayu
Tapi kita hanya termanggu di sudut




Dan bumi suci itu berdarah kembali...









hasil nukilan

 AQILA HALIM
PELAJAR PERUBATAN TAHUN 4
MEDICAL UNIVERSITY OF WARSAW


Street Dakwah - Roze Milosci w Waszawie (Roses of Love in Warsaw) 17.11.12


Assalamualaikum...

Alhamdulillah, dengan izinNYA, diri ini turut sama dalam satu usaha yang dikelolakan oleh sekumpulan anak muda di bumi Warsaw ini. Pengalaman yang diperolehi dalam aktiviti yang julung kalinya diadakan ini sangat-sangat berharga dan memberi pengajaran yang mendalam pada saya dan juga semua yang terlibat. Dengan idea memberikan bunga ros kepada pejalan-pejalan kaki di beberapa lokasi strategik sekitar kota Warsaw, yang terlekat padanya nota kecil menerangkan tentang Islam dan Nabi Muhammad SAW, idea ini sangat menarik malah satu cara dakwah yang sangat berhemah dan lembut kepada jiwa manusia. MasyaAllah! Moga Allah mencucuri rahmatNYA pada semua yang berusaha.







Di kesempatan ini, saya tergerak untuk menulis beberapa kisah yang bisa saya kongsikan sepanjang sesi pemberian ros ini yang merupakan juzuk terakhir selepas segala persiapan, pengelolaan dibuat oleh sahabat-sahabat lain...






1. Ketika memberikan bunga kepada makcik & pakcik yang telah lanjut usianya, mereka sangat gembira apabila menerima bunga ros ini. Ditanya, “Co to jest? (What is is for?)”, jawapanku yang paling mudah, “Roze milosci i tutaj informacje (Its Roses of Love and here the information)”. Mereka tersenyum dan mengucapkan terima kasih sangat2. Itu sudah cukup menenangkan.

2. Satu ketika memberikan kepada seorang lelaki muda yang segak bergaya, dia melihat pelik mengapa saya hendak memberikan bunga kepadanya, lalu dia berkata, “Nie, Dziekuje bardzo (No, thanks so much)”. Itu biasa. Salah faham bisa berlaku.

3. Ketika seorang lelaki lain, menuju, kelihatan dia telah melihat nota yang diberi, terus dia menjawab, “Jestem katolicki (I’m catholic).” Ye, almaklum hampir 90% penduduk di Poland adalah Catholic Christian. “Nie problemu (No problem).” Sebab itu, kami hendak memberikan bunga ini kepada anda semua.








4. Sepasang pasangan suami isteri, ketika dihulurkan bunga, tersenyum lalu bertanya, “How much?”. “No, its free for you. Just don’t forget to read the information.”

5. Yang paling menarik, melintas seorang lelaki lalu dia berhenti apabila dihulurkan bunga kepadanya. Lalu dibacanya dengan penuh khusyuk. Saya bertanya, “You know why we give this roses?”.  Dia menjawab, “Yes, I know. Its very good job brother. Well done! ”. Saya, menjawab, “Thanks, hopefully you understand it.”Kemudian, dia menghulurkan kadnya pada ku, “I also have something for you.” Saya melihatnya, rupanya dia Jehovah’s Witness. Dia berlalu sambil berkata, “See you in heaven.”. Saya tersenyum memandangnya.

6. Bertemu dengan seorang makcik yang datang berkali-kali, katanya, “Prosze jeszcze jeden (Please, another one).” Setelah memberi 3 ros di tangannya, seorang kawanku berkata, ok dah2, gamaknya, hendak dijual kembali bunga2 ros percuma ni.  





Banyak lagi pertemuan-pertemuan yang berlaku. Dan banyak benda yang dapat kita reflek bersama. Pengalaman yang tak terhingga ini sangat mengajar diri ini yakni tidak mungkin kita akan dapat merasai erti sebuah pengorbanan ketika Nabi Muhammad SAW menyampaikan risalahNYA kepada orang2 di Makkah yang lebih jahil dan korup terhadap Tuhan yang Esa. Hanya apabila kita turun ke medan amal nya, kita akan tahu.

Kesabaran sangat ditagih dalam usaha seperti ini. Di depan mata sendiri, saya melihat bunga-bunga ros yang berkembang itu dilambung ke dalam tong sampah. Ada juga yang mencabut nota yang diberikan dan bunganya diambil. Memang begitulah lumrah dan cabarannya. Dalam keadaan seperti ini, apa yang kita perlukan hanyalah bersabar. Yang penting, teruskan memberi disertai senyuman kepada mereka. Hidayah Allah itu milikNYA. Kita hanya berusaha. Kerna kita tidak tahu, dari mana hidayah Allah itu datang.

Dan antara yang paling menyentuh hati ini ialah ketika melihat ramainya orang yang telah menerima sentuhan dakwah umum ini. Kelihatan bunga ros bertebaran di bawa di mana-mana. Moga apa yang mereka terbaca itu akan meletakkan satu ingatan/remark kepada akal dan hati mereka tentang Islam dan akhlak Nabi Muhammad SAW. Mungkin suatu hari nanti, ia akan membuka mereka untuk mencari tentang islam dan mendapat hidayahNYA. Insya Allah, moga Islam berkembang mekar di bumi Poland ini sepertimana berkembangnya ros-ros yang telah tersebar. Allahumma ameen.

Allahumma solli ‘ala Muhammad, wa ‘ala ‘alihi wa sohbihi wassalam. 





Penulis:
Muhammad Saifullah Shaarani
Pelajar Perubatan Tahun 5
Medical University of Warsaw

Asas-asas Islam: Fasal 3


Fasal ketiga – Kenabian
Singkatan sejarah kenabian - Kenabian Muhammad saw - Tetapnya kenabian Muhammad - Kesudahan kenabian - Dalil-dalil mengenai kesudahan kenabian.

Singkatan sejarah kenabian

Salasilah keluarga manusia bermula dengan penciptaan seorang manusia, Adam, yang kemudiannya, Allah menciptakan isteri untuknya dan kemudian daripada dua orang ini, manusia berkembang-biak, berselerak, mendiami pelusuk bumi.

Adam ‘alaihissalam yang telah diangkat darjatnya oleh Allah, dan dijadikanNya Rasul yang pertama di bumi, diperintahkanNya untuk mengajarkan Islam kepada zuriatnya. Ertinya, hendaklah diterangkannya bahawa bagi kamu dan bagi seluruh alam ini tiada tuhan melainkan Tuhan yang esa. Maka janganlah kamu mengabdikan diri dan jangan minta tolong melainkan kepadaNya. Jangan kamu sujud melainkan kepadaNya. Dan jangan kamu pergunakan hari-hari kehidupan kamu melainkan bersesuaian dengan keridhaanNya. Hendaklah kamu berlaku adil dan beramal salih. Jika kamu lakukan yang demikian itu akan dibalasiNya kamu dengan balasan bagi orang baik. Dan jika kamu membangkang untuk ta’at  kepadaNya akan diganjaniNya kamu dengan ganjaran bagi orang jahat.

Masa berlalu, anak cucu Adam yang taat akan taat mengabdikan diri kepada Allah dan mentaati perintahNya, manakala anak cucu Adam yang zalim akan melupakan fungsinya dan bertindak mengikut hawa nafsu sendiri. Kejahilan manusia akhirnya menyebabkan manusia yang berpecah-pecah ke seluruh pelusuk bumi mencipta kepercayaan agama dan syariat masing-masing.

Oleh sebab itu, Allah yang Maha Pengasih dan Maha Mengetahui mengutus para nabi dan rasulNya kepada setiap umat untuk memperbetul aqidah manusia supaya kembali mengabdikan diri kepada Allah yang satu. Tidak ada satu tempat pun yang mana di sana terdapat sekumpulan manusia, yang Allah tidak mengutuskan nabi atau rasul kepadanya. Umat manusia ketika itu belum ada kapal terbang, kapal laut, mahupun kereta untuk mereka bergerak dan menyebarkan risalah islam kepada umat manusia di tempat lain. Maka, setiap umat itu dengan kejahilan dan kebatilannya yang tersendiri didatangkan nabi atau rasul kepada mereka untuk mengajar dan memperbetul jahiliyah yang spesifik di kalangan umat tersebut. Dengan masa dan perkembangan teknologi, manusia akhirnya mula menjelajah ke negeri-negeri sekitar, mula berdagang ke negeri lain dan membuka sempadan-sempadan baru.

Bangsa Arab mempunyai sifat berani, mahu ke depan, tidak gentar dan takut, pemurah, pemegang janji, merdeka berfikir dan berpandangan, menyukai kemerdekaan dan kebebasan, mereka dulukan kemerdekaan dan kebebasan itu daripada sesuatu yang lain, kuduk mereka tidak tunduk kepada bangsa asing, dalam urat-uratnya mengalir jiwa perjuangan mati-matian untuk mencapai cita-cita. Mereka hidup tiada mengenal kemewahan dan kesenangan. Memanglah tiada diragukan bahawa pada mereka banyak kejahatan - kemungkaran. Tetapi pokok-pangkal kejahatan itu kerana kesunyian daripada pimpinan Rasul Allah sejak seribu lima ratus tahun, dan tiada pemimpin yang memberikan mereka yang berjuang meninggikan budi pekerti mereka dan yang mengajar mereka tamaddun dan kemajuan. Kejahilan telah tersebar di kalangan mereka disebabkan mereka hidup dalam kebebasan di kawasan gurun berabad-abad lamanya. Kehampaan mereka telah sampai kepada peringkat kejahilan kerana tiada seorangpun sejak dahulu yang menghaluskan sifat-sifat mereka dan mengeluarkan mereka daripada kegelapan kebinatangan untuk menuju cahaya kemanusiaan.

Kemudian, layangkanlah pandangan anda kepada Bahasa Arab. Apabila anda membaca bahasa ini dan anda pelajari kesusasteraanya, nescaya nyatalah bagi anda tanpa sedikit pun keraguan, bahawa tidak mungkin di dunia ini ada satu bahasa yang lebih munasabah daripada bahasa ini untuk mengeluarkan fikiran-fikiran yang tinggi, menjelaskan makna-makna ilmu ketuhanan yang halus dan mengesankan ke dalam kalbu. Dengan sedikit ayat bahasa ini ia boleh menerangkan tajuk-tajuk penting dan memberi kesan yang mesra ke dalam hati. Bahasa yang seperti inilah yang diperlukan oleh makna makna Al-Qur’an Al-Karim.

Tetapnya kenabian Nabi Muhammad saw

Dan di tengah-tengah bangsa Arab itu­, Allah takdirkan untuk lahir seorang manusia ‘ummi untuk memimpin dan mengeluarkan bangsa Arab ini daripada kegelapan kepada cahaya kalimah La Ilaha Illa Allah. Di tengah-tengah bangsa Arab yang tidak tahu membaca dan menulis, yang hidup dalam kabilah dengan semangat assabiyahnya, yang merampas harta saudara sendiri, yang minum arak, yang berzina, Allah takdirkan untuk lahir seorang lelaki yang al-amin, yang pemalu, yang baik budi pekertinya, yang terpelihara daripada perbuatan-perbuatan keji di kalangan kaumnya, yang membela anak yatim dan janda, yang memberi makan orang miskin dan musafir, fikirannya cerdas, nuraninya tidak dipengaruhi dengan penyembahan berhala oleh kaumnya. Lelaki inilah yang ketika umurnya 40 tahun, ketika menyendiri – mengasingkan diri daripada haru-biru kejahilan masyarakatnya, menerima wahyu kenabian daripada Allah melalui perantaraan Jibril. Lelaki inilah yang berdakwah kepada kaum kerabatnya untuk mengesakan Allah tetapi ditentang dengan hebat. Lelaki inilah yang tidak pernah berputus-asa untuk menyebarkan kalimah hak – La Ilaha Illa Allah walaupun dikecam dan diugut oleh kerabat sendiri. Lelaki inilah yang menyantuni mereka yang pernah menyakitinya dengan akhlak yang baik, yang memaafkan mereka yang pernah membunuh dan meratah jantung pak ciknya.

Lelaki inilah nabi Allah, Muhammad saw, yang Allah lengkapinya dengan sisi kesempurnaan akhlak, kesabaran dan ketabahan yang tidak kenal erti putus asa.

Kesudahan kenabian

Hakikat kenabian adalah nabi-nabi itu tidak dilahirkan setiap hari, sesuka hati tanpa keperluan dan tidak semestinya perlu adanya nabi untuk setiap umat itu pada setiap masa. Adanya para nabi dan rasul diutus  kepada umat manusia kerana manusia lalai dan lupa, menukar dan menyeleweng ajaran yang dibawa oleh nabi mereka.

Ajaran nabi-nabi sebelum ini terhenti kerana kewafatan nabi dan penyelewengan kitab  dan ajarannya. Sebaliknya, syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw masih 'hidup' sejak 1400 tahun lalu sehingga sekarang. Al-Quran masih dapat dijumpai dan dibaca dalam bentuknya yang asal seperti 1400 tahun lalu. Hadis-hadis dan sunnah Nabi Muhammad saw diabadikan dalam kitab-kitab hadis dan sirah yang kita baca sehingga ke hari ni. Kita masih boleh mencontohi gerak-geri dan keperibadian nabi walaupaun baginda telah wafat. Hal ini membatalkan keperluan untuk Allah mengutuskan seorang lagi nabi selepas Nabi Muhammad saw.

Tiada akan diutus seorang Nabi melainkan kerana salah satu danipada tiga sebab yang berikut ini: 
  1. Bahawa pengajaran Nabi yang terdahulu telah menjadi kabur dan telah nyata keperluan manusia akan kedatangan seorang Nabi untuk kali yang lain.
  2. Atau pengajaran Nabi yang terdahulu itu tidak sempuma, maka perlulah disempurnakan.
  3. Atau pengajaran Nabi yang terdahulu itu kepada suatu umat yang khas, sedangkan umat yang lain atau semua umat berhajat akan kedatangan Nabi yang diutus seperti itu. 
Dewasa ini ketiga sebab itu tidak ada dijumpai:
  1. Pengajaran Nabi Muhammad s.a.w. adalah hidup. Di tangan kita sentiasa ada wasilah yang boleh kita pelajari pada setiap masa berkenaan dengan agamanya s.a.w., mengenai setiap petunjuk yang dibawanya dan sisi Allah dan mengenai setiap jalan kehidupan yang dibentangkannya. kepada manusia, dan jalan-jalan apakah yang dilarangnya manusia melaluinya. Jika petunjuknya sentiasa hidup, maka tiadalah hajat kepada nabi yang lain untuk memperbaharu dan membentangkannya kepada manusia untuk kali yang lain.
  2. Manusia telah mendapat pengajaran Islam yang sempurna dengan kenabian Muhammad s.a.w. Pada masa ini tiada keperluan lagi untuk menambah atau mengurangi pengajaran itu. Juga tiada dijumpai sesuatu kelemahan yang boleh membuka jalan kepada kelahiran seorang nabi sesudahnya s.a.w. Dengan demikian gugur pulalah sebab yang kedua.
  3. Adalah kenabian Muhammad s.a.w. untuk seluruh alam. Ia tiada terhad untuk sesuatu umat sahaja, atau untuk sesuatu zaman sahaja. Oleh sebab itu tiada keperluan bagi sesuatu bangsa untuk mendapat Nabi yang khas dan sisi Allah. Dengan demikian gugur pulalah sebab yang ketiga.
Oleh kerana itu Nabi Muhammad s.a.w. dipanggilkan: Kesudahan segala Nabi. ini bererti: Ia adalah Nabi yang datang paling akhir.






Penulis:
Nurul Amira Mohd Noor
Pelajar Perubatan Tahun 5
Medical University of Warsaw

Nov 21, 2012

Signs of ALLAH


Assalamualaikum wbt.

InsyaAllah,pada post kali ini,saya ingin mengajak rakan-rakan untuk kita sama-sama melihat dan menghayati segala ciptaan yakni tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah yang ada di sekeliling kita.
Seperti mana yang kita semua tahu,banyak sekali Allah khabarkan kepada kita di dalam Al-Quran,mengenai tanda-tanda kebesaran-Nya  yang terdapat di muka bumi ini. Dan tanda-tanda kebesaran Allah ini,tidaklah Allah jadikan untuk dijadikan hiasan semata-mata. Tidak lain tidak bukan adalah untuk kita, umat manusia ini mengenal Allah,Tuhan yang menciptakannya.

Apakah tanda-tanda kebesaran Allah itu? Jom kita sama-sama buka Al-Quran untuk mendapatkan maklumat lanjut!

Surah al-baqarah,2: ayat 164

Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi,pergantian malam dan siang,kapal yang berlayar di lautan dengan (muatan) yang bermanfaat bagi manusia,apa yang diturunkan Allah dari langit berupa air, lalu dengan itu dihidupkan-Nya bumi setelah mati (kering), dan Dia tebarkan di dalamnya bermacam-macam binatang, dan perkisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi (semua itu ) sungguh, merupakan tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang mengerti.





Jaluran cahaya itu terbentuk apabila partikel-partikel yang dicas daripada matahari berlanggar dengan atom pada altitud yang tinggi di Bumi.Menarik bukan?! 



Surah al-an’am,6: ayat 97-99

Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagimu , agar kamu menjadikannya petunjuk dalam kegelapan di darat dan di laut. Kami menjelaskan tanda-tanda (kebesaran Kami) kepada orang-orang yang mengetahui.

Dan Dialah yang menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam) ,maka (bagimu) ada tempat menetap dan tempat simpanan.Sesungguhnya telah kami jelaskan tanda-tanda(kebesaran Kami) kepada orang-orang yang mengetahui.

Dan Dialah yang menurunkan air dari langit,lalu kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau, Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang kurma , mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur , dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan tidak serupa.Perhatikanlah buahnya pada waktu berbuah dan menjadi masak.Sungguh pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.








Surah ar-ra’d,13: ayat 2-3

Allah yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat,kemudian Dia bersemayam di atas ‘Arsy. Dia menundukkan matahari dan bulan; masing-masing beredar menurut waktu yang telah ditentukan.Dia mengatur urusan (makhluk-Nya), dan menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), agar kamu yakin akan pertemuan dengan Tuhanmu.

Dan Dia menghamparkan bumi dan menjadikan gunung-gunung dan sungai-sungai di atasnya. Dan padanya Dia menjadikan semua buah-buahan berpasang-pasangan; Dia menutupkan malam kepada siang. Sungguh pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berfikir





Langit itu Allah jadikan terbentang luas,tiada penghadang supaya kita senantiasa akan dapat melihatnya setiap kali kita berjalan di atas muka bumi Allah ini dan dapat menyedari akan hakikat kebesaran-Nya dan mengambil pelajaran daripadanya!


Subhanallah! Subhanallah!Subhanallah!

Ayat-ayat yang dinyatakan disini hanyalah sebahagian kecil daripada berpuluh-puluh lagi ayat yang terkandung di dalam Al-Quran,yang menceritakan mengenai kebesaran ciptaan-Nya.

Tidak sia-sia setiap apa yang Allah ciptakan. Ada tujuan dan kebaikannya kepada manusia dan juga makhluk-makhluk lain di muka bumi ini. Allah meletakkan tanda-tanda kebesaran-Nya  berada di sekeliling kita supaya kita sentiasa sedar dan tidak alpa akan kewujudan Allah. Sesungguhnya Allah itu sentiasa dekat dengan kita.Tinggalnya hanyalah pada kita,sama ada mahu berfikir dengan akal yang Allah kurniakan ini ataupun tidak.

Wallahu’alam..
Selepas ini,mari kita sama-sama melihat sesuatu bukan hanya menggunakan mata biasa tetapi dengan mata hati juga,insyaAllah.

Peace no war..!




Penulis:
Aiman Nor Nasarudin
Pelajar Perubatan Tahun 4
Medical University of Warsaw