Mode: Pharmacology... (ubat-ubatan)
Awal-awal semangat belajar pharmacology dah terjumpa ni..sila
ambik mood tengah belajar ni.
**************************************
*khusyuk membaca*
Penicillin-binding protein(PBP): bacterial enzyme involved
in the synthesis of cell wall and in maintenance of morphologic features of the
bacterium..
Transpeptidase: bacterial enzymes responsible for cross-
linking peptidoglycan chains ( final step in cell wall synthesis)
(Dalam akal)
-Oh..bacteria
ada PBP yg digunakan untuk bina lapisan dinding kebalnya untuk mempertahan
rakyat-rakyat di dalamnya..(teringat wall di Gaza)..
Tetapi dia
juga ada site of binding to penicillin drug yang akan inhibit transpeptidse for
cross - linking of peptidoglycan bacterial
cell lysis/mati dengan beberapa cara..
“Okeh..”
*senyum faham pelajaran pertama pharmacology*
*tiba-tiba*
Aik?Kenapa enzyme tu seolah-olah menyerahkan
diri dia dengan menyediakan binding site untuk ubat penicillin tersebut..kenapa
seolah-olah dia BUNUH DIRI atau SERAH DIRI untuk dibunuh?
*keliru-keliru*
(Dalam hati)
sebab dia hanya
dicipta sebagai makhluk ciptaan
Allah…
*tersedar dari lamunan
bermonolog*
**************************
Ye, mereka hanya makhluk Allah
tetap patuh pada apa juga ketetapan..begitu juga kita..tidak layak untuk
mempersoalkan itu dan ini pada Allah..Cuma bezanya kita manusia dengan makhluk
lain hanyalah nikmat AKAL..
Kerana kurniaan special itu kata Allah,
“Dia mengilhamkan kepadanya jalan kejahatan dan ketakwaan..sungguh
beruntung orang yang menyucikan jiwa itu”( 91: 8-9)
Kita diberi keistimewaan untuk
memilih jalan ketakwaan agar tidak dibunuh seperti bakteria tadi..
Jika memilih kejahatan atau
menyerahkan diri pada keseronokan dunia semata, jiwa akan mati..apalagi membiarkan nafsu jahat mengunyah-ngunyah jiwa
kita..
Jika berperang perlu ada
perisainya..maka memerangi nafsu yang mendorong hanya kepada dunia juga ada
perisainya..
Iman dan akal..
1) IMAN---Iman dan taqwa itu hanya Allah
jua yang hanya mampu menilainya..
Kalau dengan manusia kita tahu samada
seseorang itu suka, senang, cinta, benci, menyampah, meluat pada kita
berdasarkan manifestasi-manifestasi yang ditunjukkan..
Apa pula manifestasi-manifestasi cinta kita
pada Allah..dan apa pula tanda Allah membalasnya..jika balasan cinta Allah
makin berkurang kita juga tahu bila saatnya..kerana hanya kita yang merasa..
Muhasabah semula hubungan kita
dengan Allah..moga iman dan taqwa kita bertambah..
2) AKAL---Baik, siapa pula mereka yang
Allah kategorikan sebagai orang yang benar-benar berakal?
“Sesungguhnya dalam penciptaan
langit dan bumi dan pergantian siang dan malam terdapat tanda2 bagi orang yang
berakal…
Iaitu orang-orang yang mengingat Allah
sambil BERDIRI, DUDUK atau dalam keadaan BERBARING dan mereka memikirkan tentang penciptaan
langit dan bumi (seraya berkata), “Ya Tuhan Kami, tidaklah engkau menciptakan
semua ini sia-sia, Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka” (3:190-191)
“takde otakla
kau ni!”..Biasa dengar ayat ni masa sekolah rendah dulu? layaklah
ditujukan kepada diri kita andai tiada Allah dalam ingatan..kerana otak itu
fungsinya untuk berfikir, maka berakallah bagi mereka yang menggunakannya..
Struggle-lah mencari
cinta Allah agar kita dicintai Allah semula dengan cinta yang lebih dari cinta
sesiapapun.
Hiduplah bersama
Allah.kehidupan akan tenang dan cukup bahagia..Moga yang menulis lebih beramal dan beringat dari anda-anda
yang membaca..
Allahua’lam
Penulis:
Naqlis Fidyatul Roslan
Pelajar Perubatan Tahun 4
Medical University of Warsaw
No comments:
Post a Comment