“Adoi, lepas satu, satu masalah timbul.”“Alah, fail lagi. Bila nak pass ni?”“Eeeee….penatlah!!! Buat ini salah, buat itu salah. Semua orang tak faham aku. Stress!!!!“Arrgghhhh!!! Buat hal la pulak laptop ni. Kalau nak rosak pun tunggu la awal bulan.”“Ish!!! Susahnya….. Malas ar… tidor lagi bagus…Zzzzz….”
Pernah dengar ayat-ayat macam
ni? Ke pernah keluar daripada mulut sendiri? Kenapa ye?
Inilah kehidupan…..
Kehidupan memang tak pernah
lekang daripada masalah atau lebih tepat lagi ujian. Itu lumrah hidup. Semua
orang ada masalah. Tak kira muda, tua, kaya, miskin, hitam, putih, semuanya
diuji dengan masalah-masalah tersendiri. Terpulanglah kepada setiap individu
itu untuk menilai sesuatu ujian itu dan pendekatan manakah yang hendak diambil
untuk menghadapi sesuatu ujian tersebut.
Okay…ayat skema :)
Baiklah. Jom kita
sembang-sembang santai. Okay. Sekarang, cuba kita bayangkan kembali saat-saat
kita betul-betul dalam kesusahan dan kesedihan. Saat-saat ketika banyaknya air
mata kita yang jatuh membasahi bumi. Saat-saat ketika kita hampir-hampir putus
asa atau mungkin sudah pun putus asa. Cuba bayangkan apa perasaan kita masa
itu. Mesti kita rasa berat sangat ujian yang Allah bagi dekat kita. Kita rasa
terbeban sangat. Kita rasa tak mampu untuk menghadapinya. Kita rasa kita tak
cukup kuat. Mungkin ketika itu, kita terlupa ayat-ayat cinta daripada Allah.
Kita terlupa tentang surat cinta yang Allah hadiahkan kepada kita. Jom kita
lihat:
''Allah tidak membebani
seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya''(2:286)
Kalau kita betul-betul
beriman dengan ayat ini, betul-betul yakin dengan janji Allah yang ini, sudah
tentu kita boleh menghadapi sesuatu ujian itu dengan tenang. Sebab kita tahu kita
sebenarnya cukup kuat untuk menghadapinya. Kita tahu bahawa Allah tak akan
membebani kita dengan sesuatu yang kita tak mampu.
Jadi, kalau kita ditimpa
dengan sesuatu ujian, yakinlah bahawa kita mampu menghadapinya. Cari kekuatan
itu, kuatkan diri dan serahkan segalanya kepada Allah.
Dan yakinlah bahawa Allah
tak pernah tinggal kita. Kita tak pernah berseorangan dalam menghadapi sesuatu
ujian, sebabnya dalam kesusahan dan kesempitan, pertolongan Allah sentiasa
mengiringi kita.
''Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan,
Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.'' (94:5-6)
Cuba
hayati ayat ini betul-betul. Dapat rasa tak seolah-olah Allah sedang memujuk
kita? Allah sedang bagi semangat kepada kita. Allah nak tenangkan kita. Allah
cakap di sebalik kesulitan,kepayahan dan kesusahan itu, Allah berikan kemudahan
kepada kita. Malah, kemudahan yang Allah bagi melebihi kesulitan yang kita
hadapi. Dua kali pulak tu Allah sebut.
Tak cukup yakin lagikah kita?
Allah
sentiasa ada bersama kita. Allah sangat dekat dengan kita. Buktinya?
'' Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu(Muhammad) tentang Aku, maka
sesungguhnya Aku dekat.Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia
berdoa kepadaku. ......''(2:186)
''Dan sungguh, Kami
telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan
Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. ''(50:16)
Kalau
ada apa-apa masalah, mengadu dekat Allah. Menangis dekat Allah.
Bersungguh-sunguh berdoa mohon pertolongan dan kekuatan daripada Allah. Dan
yakinlah bahawa Allah tak pernah mensia-siakan doa kita. Allah tak pernah
kecewakan kita. Allah sentiasa bagi yang terbaik untuk kita. Betapa sayangnya
Allah kepada kita kan? Sesuai dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Allah.
Allah tahu je kita letih,
Allah tahu je kita penat, Allah tahu je kita sedih. Allah Maha Mengetahui. Di
sebalik keletihan, kepenatan dan kesedihan kita, ingatlah yang kita tak
berseorangan. Kita tak pernah ditinggalkan. Kita sentiasa dalam perlindungan
Allah. Di sinilah pentingnya konsep tawakal itu. Konsep kebergantungan kita
kepada Allah. Yakinlah sesungguhnya Allah sangat sayangkan kita. Semua ujian
dan dugaan yang Allah bagi kepada kita adalah tarbiyah(didikan) daripada Allah
untuk menjadikan kita orang yang lebih baik, orang yang lebih hebat dan orang
yang lebih dekat dengan-Nya. Betapa
indahnya perasaan kebergantungan kepada Allah.
'' Cukuplah
Allah(menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung.''(3:173)
Mari kita dengar zikir
ini…insyaAllah sangat menenangkan.
Cukuplah Allah bagiku,Sebaik-baik Pelindung,Sebaik-baik Penjaga,
Sebaik-baik Penolong.
Penulis:
Pelajar perubatan tahun ke 4
Medical University of Warsaw
No comments:
Post a Comment