Mar 9, 2013

Keseimbangan -balance-

Assalamualaikum 

Sihat ke semua?

Once, my lecturer asked "Is GOD really perfect? I mean, if we look at the world, it is created by GOD but it is not perfect.. So, is GOD really perfect? *he then smiles*.."

Amboi,banyak cantik pak cik. Dah tu siapa kata dunia ni sempurna? Nikmat kat dunia ni setitik sahaja nak dibandingkan nikmat syurga yang berkekalan tu. Lagipun, dunia ni ada expiry date iaitu kiamat, so, tidak berkekalan ye.. Dalam Quran Allah ada berfirman:

Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis, kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang? (al-mulk; 3) 

See, dunia ini seimbang ALLAH ciptakan. Keseimbangan dunia ni ada kat mana-mana.. Contohnya, diri kita.We need to eat balance food to stay healthy.. too much of something or  too lack of something leads to disorder.. right doctors? okay..move on~

Secondly, kita tengok Poland pulak. Bila time winter, GLOOMY habis. Black and white macam TV 60-an.. Orang dia pun join the scene, pakai baju and kot hitam saja.. (Mula-mula jejak Warsaw, rasa macam nak pergi berkabung) TAPI, bila SPRING, wallaaa, hidup semua! 


Burung-burung out of nowhere berkicauan, bunga lalang pun nampak cantik. Dandelion merata-rata,malah melata-lata.Tulip tumbuh mekar dan liar. Itulah dia keseimbangan Poland! Kesuraman WINTER diganti dengan kemeriahan SPRING yang berganda-ganda. Plus-minus, plus-minus, seimbanglah Poland.Subhanallah.

Sebagai manusia yang menyandang tugas khalifah, it is our job to protect the balance.

Dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, sesudah [Allah] memperbaikinya dan berdo’alah kepada-Nya dengan rasa takut [tidak akan diterima] dan harapan [akan dikabulkan]. Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik. (al-a'raf; 56)Kalau kita tidak patuh tugas sebagai kalifah ini dengan betul,maka jadilah seperti ayat ni,

Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari [akibat] perbuatan mereka, agar mereka kembali [ke jalan yang benar]. (ar-rum; 41)



See, dunia ni adalah seimbang tapi tidak sempurna. Kalau nak alam yang sempurna, ADA.Kat syurga nanti la yer. Sekarang, kita guna betul-betul dunia yang senda-gurau ni untuk yang sempurna itu nanti.


 InsyaALLAH.




Penulis:

Nina Anati Saidi
Pelajar perubatan tahun empat
Medical University of Warsaw

Mar 2, 2013

OH IBU OH MAMA


  


Dalam Hadith Sahih Bukhari, seorang lelaki bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. maksudnya:

“Siapakah yang perlu kita hormati dan kasihi selepas Allah dan Nabi?”
Jawab Nabi,
 “Ibu kamu”
“Selepas itu?”
“Ibu kamu”
“Selepas itu?”
“Ibu kamu”
Kali ke 4 lelaki itu bertanya, “Selepas itu?”
Jawab Nabi, “Ayah kamu”


************************************************************************************************************

Kita seringkali mendengar betapa peritnya kesakitan seorang ibu untuk melahirkan anaknya. Kesakitan yang hanya seorang ibu sahaja mampu alami dan melaluinya. Kesakitan yang tidak mungkin dapat ditanggung oleh seorang adam yang zahirnya lebih kuat dari seorang hawa. Inilah kuasa wanita yang Allah kurniakan istimewa untuk kaum hawa sahaja.

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)”                                                                                                                                [Luqman 31:14]

Tidak cukup dengan hanya mendengar sahaja, pengalaman melihat dan belajar mengenai kehamilan dalam kelas obstetrik dan ginekologi selama 2 minggu memberikan 1001 sebab mengapa kita perlu lebih menyayangi ibu kita.

Di sini saya akan kongsikan beberapa sebab :

 1) Kehamilan yang dimulakan dengan tanda-tanda seperti  loya, muntah-muntah, tidak tahan dengan bau-bauan dan sebagainya, tidak pula ibu kita mengambil keputusan untuk menggugurkan kandungannya malah menanti-nantikan kedatangan kita. Jika ya, kita tidak akan berada di dunia ini.

       2)  Sepanjang 9 bulan (term baby = 37-42 weeks) membawa kita ke sana ke mari di dalam rahimnya, berat badannya meningkat dan menjadi gemuk (wanita mana suka jadi gemuk!) Tidak pula mereka merungut tentangnya. Malah makan lebih banyak daripada biasa semata-mata supaya kita sihat dalam kandungannya. (Sebenarnya, penyataan tentang ibu mengandung perlu makan untuk 2 orang adalah suatu mitos ya, kawan-kawan)

  3) Penantian untuk menunggu bukaan serviks sebanyak 10 cm disertai dengan doa dan harapan supaya anak dalam kandungan dilahirkan dengan selamat tanpa sebarang komplikasi (ada yang ditemani oleh si suami, nasib baik ada yang teman, kalau tidak… mereka ditemani oleh jururawat dan juga doktor saja. Dari ‘antepartum risk’ (pre-eclampsia, eclampsia, abruption placenta, placenta previa, etc), ‘intrapartum risk’ (uterine atony, uterine rupture, vasa previa, etc) sehinggalah ‘postpartum risk’ (birth canal injuries, inversion of uterus, placenta accrete/increta/ percreta, etc), mereka sedar akan risiko-risikonya, tapi masih tetap meneruskannya. Kenapa? kerana kasih sayangnya pada kita walaupun belum pernah berjumpa kita. Biarpun ada komplikasi, nyawa sendiri jadi taruhan.

  4)  Semasa ‘vaginal delivery’, ada kemungkinan ‘episiotomy’ (surgically planned incision on the perineum and the posterior vaginal wall during second stage of labor) terpaksa dilakukan. Sudahlah terpaksa digunting, kemudiannya dijahit. Selepas 5 hari, jahitan akan dibuka. Ya Allah, sakitnya! Daripada riak dan komen pesakit, mesti sakit sangat ni. Sampaikan terpaksa mengatakan  “Selepas ini saya tidak mahu melahirkan anak lagi”. Walaupun kata-kata sebegitu dikeluarkan, kita tahu dia tidak memaksudkannya. Seorang ibu juga manusia biasa.

  5)  Apabila selesai melahirkan anak, perlunya kita ini disusukan, ditukar lampin dan baju, dibelai manja, dilayan kerenah-kerenah kita dan sebagainya. Dengan itu, bermulanya tugas yang tiada penghujungnya melainkan maut datang memanggil. Dia tidak dibayar gaji, seorang ibu sepenuh masa, tiada istilah cuti dalam hidupnya.

Selama hidup lebih dari 20 tahun, fikirkan apa yang telah kita buat untuknya. Sama ada membuatnya menangis kesedihan atau kegembiraan.

Rasulullah SAW pernah bersabda;
'Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa.  (HR Tarmizi dan Hakim)
                                                                                                                                                              

Wallahualam

Penulis:

Nur Elfira Isma Ismail
Pelajar perubatan tahun lima
Medical University of Warsaw



Mar 1, 2013

PIMPINLAH DAKU




Allahu Ya Rabbi..
 Tersungkur aku menghadapMu
Bersama gunungan dosa dek lemahnya imanku
Aku terduduk kaku tertunduk malu
Menyesali seribu satu
Mengenang segala kederhakaanku..

Terkadang dunia kulebihkan
Terlalai dengan masa lapang
Terkabur dengan kesenangan
Mencari bahagia dalam kerehatan
Namun jiwa terasa kekosongan

Kerna hina  dinanya diri ini
Kusangka Kau jauh memurkai
Meninggalkan diriku sunyi sepi
Terseksa jiwa meratapi
Berduka hati tiada dicintai
Terbiar aku menangisi diri

Kupasti Kau kan kutemui
Meneruskan perjalanan berduri mencari erti
Menghunus senjata doa menikami
Kupacakkan azam mencarimu Ya illahi
Lalu kugagahkan diri tetap mentaati
Agar aku tidak Kau benci

Ya Rabbi
Aku temuiMu jauh disudut hati
Hakikatnya, Kau setia menanti
Tidak berganjak walau seinci
Menyambut semula hambaMu yang  mencari
Terlepaslah sudah gundah di sanubari
Pimpinlah daku, agar Kau bersama setiap detik nafas ini..!




Penulis:

Naqlis Fidyatul Roslan
Pelajar perubatan tahun empat
Medical University of Warsaw

Feb 26, 2013

Anda mahu jadi yang mana?




Pernahkah anda berhadapan dengan keadaan yang mana terdapat ramai sangat manusia di sekeliling anda?Ya, maksud saya ramai,banyak,berduyun-duyun,berpusu-pusu,berbondong-bondong dan perkataan-perkataan yang mempunyai makna yang sewaktu dengannya.

Seringkali apabila berada dalam keadaan dan suasana seperti ini, ianya mengingatkan saya akan ramainya manusia yang Allah ciptakan di dalam dunia ini . Menurut US Cencus Bureau, populasi penduduk dunia pada tarikh ini,24 Februari 2013 adalah 7,068,369,344 orang. Ramai bukan? Ini belum lagi ditambah dengan bilangan manusia yang pernah hidup dan sudah meninggal semenjak dari zaman Nabi Adam a.s, terdahulu. Pastilah angkanya jauh lebih besar jika kita jumlahkan kesemuanya.



  

Dalam kalangan manusia-manusia yang ramai ini, Allah ceritakan pada kita melalui al-quran, bahawa mereka akan terbahagi kepada beberapa golongan. Mari kita lihat contoh beberapa golongan yang Allah telah ceritakan dalam surah al-hajj, ayat 56-59.

Ayat 56:
Kekuasaan pada hari itu ada pada Allah, Dia memberi keputusan di antara mereka. Maka orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan berada dalam syurga-syurga yang penuh kenikmatan.

Ayat 57:
Dan orang-orang kafir dan yang mendustakan ayat-ayat Kami,maka mereka akan merasakan azab yang menghinakan.

Ayat 58:
Dan orang-orang yang berhijrah di jalan Allah,kemudian mereka terbunuh atau mati, sungguh, Allah akan memberikan kepada mereka rezeki yang baik(syurga). Dan sesungguhnya Allah adalah pemberi rezeki yang terbaik.

Ayat 59:
Sungguh, Dia (Allah) pasti akan memasukkan mereka ke tempat masuk (syurga) yang mereka sukai. Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, Maha Penyantun.

Di dalam empat ayat ini, Allah menceritakan mengenai 3 golongan manusia.

Pertama, orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan. Mereka ini, di hari kebangkitan kelak, Allah ganjari keimanan dan amalan-amalan kebajikan mereka semasa di dunia dengan syurga-syurga yang penuh dengan kenikmatan.

Golongan kedua pula adalah golongan orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayatNya. Dan kepada mereka, Allah telah sediakan balasan azab yang menghinakan, yang tidak terperi peritnya, setimpal dengan perbuatan-perbuatan mereka yang mengingkari Allah semasa kehidupan mereka di dunia dahulu.

Dan golongan yang ketiga, adalah orang-orang yangg berhijrah di jalan Allah, kemudian terbunuh atau mati. Pada golongan ini, Allah bukan sahaja menjanjikan ganjaran syurga dan kenikmatannya semata-mata, namun istimewanya, Allah memberi pilihan untuk mereka memilih antara syurga-syurga yang telah tersedia.

Oleh itu, yang mana pilihan anda? tepuk dada, tanya iman ;)





Penulis:

Aiman Nor Nasaruddin
Pelajar perubatan tahun ke empat
Medical University of Warsaw





Feb 25, 2013

CINTA ITU



Akhir-akhir ini saya jadi tertanya-tanya,
"Mengapa hati aku betul-betul tak keruan?"
Semangat seolah terbang melayang.
Kelesuan menggugah jiwa.
Kemalasan meraja di hati.
Fikiran berkecamuk.
Ada sahaja yang tidak selesai.
Ada sahaja yang tidak kena.
Setelah diselesaikan, muncul masalah baru.
Itu tandanya punca masalah tidak diselesaikan

Saya tercari-cari mengapa.
Saya cuba bangkit namun mungkin tak kena caranya.
Saya jatuh kembali.
Kita akan diuji dengan perkara yang sama sehingga kita berjaya mengatasinya.
Teringat pesanan seorang sahabat.
Lantas saya teruskan mencari dan mencari.
Kerana saya yakin pasti ada sesuatu di balik semua ini
Lebih dari seorang sahabat saya tanya dan meminta nasihat.
Laman-laman islamik saya lawati.
Ceramah-ceramah saya perdengarkan.
Tak kurang lagu-lagu motivasi saya jadikan halwa telinga.
Sehingga akhirnya saya yakin bertemu jawapannya.

Ketandusan CINTA.
Ya hati ini telah jauh dari cinta.
Api cinta telah padam.
Tiada lagi yang menerangi hati.
Tiada lagi kuasa cinta yang memberi kekuatan.
Cinta yang bukan sembarangan.
Cinta yang menghidupkan insan.
Cinta agung.
Cinta Ilahi.

Saya memuhasabah diri.
Saat saya kuat.
Saat saya melemah.
Saat saya menjadi bersungguh-sungguh.
Saat saya kemalasan.
Saat saya menjadi sungguh ikhlas.
Saat saya merasa penat dan lelah.

 Semuanya adalah tanda hubungan  kita dengan Allah.
Kedekatan dengan Allah
Keterikatan hati yang kuat dengan Allah
Adalah sumber kekuatan dan ketenangan bagi seorang mukmin
Keikhlasan juga lahir dari hati yang dekat dan cintakan Allah
Cinta Allah adalah motivasi terbesar dalam hidup
Allah yang menciptakan kita dan memberikan segala kecukupan pada kita
Allah amat mencintai kita
Rugilah jiwa-jiwa yang ketandusan cintaNya
Sungguh cinta ilahi itu amat menyenangkan dan mendamaikan jiwa
Cinta kepada Ilahi membawa cinta makhluk kepada kita
Raihlah cinta Ilahi sebelum cinta yang lain.
Nescaya beruntunglah di dunia dan akhirat.
Orang yang mencintai Allah, tiada rasa runsing dan takut dalam dirinya
Kerana yakin Allah tidak pernah meninggalkan kita
Apatah lagi curang kepada kita.

Dekat padaMu itulah arah yang ku tuju.
Walaupun jauh akan kutempuh
Walau jauh akan kugegas berlari
Walaupun sukar akan ku gagahi 
Andai tersalah arah berikanku tanda.
Andai ku alpa berikan peringatan.
Marilah kita menghidupkan cinta Ilahi dalam hati
Jangan risau cinta Allah cukup untuk semua
Tiada lagi yang bergaduh berebutkan cinta Allah
Kerana cintaNya tidak sama dengan cinta makhluk
Namun cemburulah pada orang berusaha meraih cinta Ilahi
Agar kita tidak menjadi orang yang rugi dan melopong
Apabila di akhirat sana orang-orang yang mencintai Allah
akan mendapat darjat yang lebih tinggi
Di manakah kita berada ketika itu??

Nak dedicated lagu ni untuk semua.

http://www.youtube.com/watch?v=EHHflBqjc4U

Cahaya hati -Opick






Penulis:

Shikin Baha
Pelajar perubatan tahun ke tiga
Medical University of Warsaw