Dalam
Hadith Sahih Bukhari, seorang lelaki bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w.
maksudnya:
“Siapakah
yang perlu kita hormati dan kasihi selepas Allah dan Nabi?”
Jawab
Nabi,
“Ibu kamu”
“Ibu kamu”
“Selepas
itu?”
“Ibu
kamu”
“Selepas
itu?”
“Ibu
kamu”
Kali
ke 4 lelaki itu bertanya, “Selepas itu?”
Jawab
Nabi, “Ayah kamu”
************************************************************************************************************
Kita
seringkali mendengar betapa peritnya kesakitan seorang ibu untuk melahirkan
anaknya. Kesakitan yang hanya seorang ibu sahaja mampu alami dan melaluinya.
Kesakitan yang tidak mungkin dapat ditanggung oleh seorang adam yang zahirnya
lebih kuat dari seorang hawa. Inilah kuasa wanita yang Allah kurniakan istimewa
untuk kaum hawa sahaja.
“Dan Kami wajibkan manusia
berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan
menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir
menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan
yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan
(ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)” [Luqman 31:14]
Tidak cukup dengan hanya
mendengar sahaja, pengalaman melihat dan belajar mengenai kehamilan dalam kelas obstetrik dan ginekologi selama 2 minggu
memberikan 1001 sebab mengapa kita perlu lebih menyayangi ibu kita.
Di sini saya akan kongsikan
beberapa sebab :
1) Kehamilan
yang dimulakan dengan tanda-tanda seperti
loya, muntah-muntah, tidak tahan dengan bau-bauan dan sebagainya, tidak
pula ibu kita mengambil keputusan untuk menggugurkan kandungannya malah
menanti-nantikan kedatangan kita. Jika ya, kita tidak akan berada di dunia ini.
2) Sepanjang
9 bulan (term baby = 37-42 weeks)
membawa kita ke sana ke mari di dalam rahimnya, berat badannya meningkat dan
menjadi gemuk (wanita mana suka jadi gemuk!) Tidak pula
mereka merungut tentangnya. Malah makan lebih banyak daripada biasa semata-mata
supaya kita sihat dalam kandungannya. (Sebenarnya, penyataan tentang ibu
mengandung perlu makan untuk 2 orang adalah suatu mitos ya, kawan-kawan)
3) Penantian
untuk menunggu bukaan serviks sebanyak 10 cm disertai dengan doa dan harapan
supaya anak dalam kandungan dilahirkan dengan selamat tanpa sebarang komplikasi
(ada yang ditemani oleh si suami, nasib baik ada yang teman, kalau tidak…
mereka ditemani oleh jururawat dan juga doktor saja. Dari ‘antepartum risk’ (pre-eclampsia, eclampsia,
abruption placenta, placenta previa, etc), ‘intrapartum risk’ (uterine atony, uterine rupture, vasa previa, etc)
sehinggalah ‘postpartum risk’ (birth
canal injuries, inversion of uterus, placenta accrete/increta/ percreta, etc),
mereka sedar akan risiko-risikonya, tapi masih tetap meneruskannya. Kenapa?
kerana kasih sayangnya pada kita walaupun belum pernah
berjumpa kita. Biarpun ada komplikasi, nyawa sendiri jadi taruhan.
4) Semasa
‘vaginal delivery’, ada kemungkinan ‘episiotomy’
(surgically planned incision on the
perineum and the posterior vaginal wall during second stage of labor)
terpaksa dilakukan. Sudahlah terpaksa digunting, kemudiannya dijahit. Selepas 5
hari, jahitan akan dibuka. Ya Allah, sakitnya! Daripada riak dan komen pesakit, mesti sakit sangat ni. Sampaikan terpaksa mengatakan “Selepas ini saya tidak mahu melahirkan anak
lagi”. Walaupun kata-kata sebegitu dikeluarkan, kita tahu dia tidak
memaksudkannya. Seorang ibu juga manusia biasa.
5) Apabila
selesai melahirkan anak, perlunya kita ini disusukan, ditukar lampin dan baju,
dibelai manja, dilayan kerenah-kerenah kita dan sebagainya. Dengan itu,
bermulanya tugas yang tiada penghujungnya melainkan maut datang memanggil. Dia
tidak dibayar gaji, seorang ibu sepenuh masa, tiada istilah cuti dalam
hidupnya.
Selama hidup
lebih dari 20 tahun, fikirkan apa yang telah kita buat untuknya. Sama ada
membuatnya menangis kesedihan atau kegembiraan.
Rasulullah SAW pernah bersabda;
'Keredhaan Allah terletak pada
keredhaan ibu bapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa. (HR Tarmizi dan Hakim)
Wallahualam
Penulis:
Nur Elfira Isma Ismail
Pelajar perubatan tahun lima
Medical University of Warsaw
No comments:
Post a Comment