Assalamualaikum wbt....
ENTRY
1 :
http://www.youtube.com/watch?v=lU4NhwjYDro
(video Nouman tentang the people of taqwa )
“Dan
bersegeralah kamu mencari keampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang
luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang berTAQWA”
(3:133)
ENTRY
2 :
Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia
berkata:
"Wahai Tuhanku, ampunilah dosaku".
Lalu Allah berfirman: "Hamba-Ku melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya (dalam riwayat lain ditambah: Aku ampunkan dosanya)".
Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata:
"Wahai Tuhanku, aku telah melakukan
dosa, ampunilah dosaku".
Lalu Allah berfirman: "Hamba-Ku melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya (dalam riwayat lain ditambah: Aku ampunkan dosanya)".
Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata:
"Wahai Tuhanku, aku telah melakukan
dosa, ampunilah dosaku".
Lalu Allah berfirman: "Hamba-Ku melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka Aku ampunkan hamba-Ku ini, buatlah apa yang kau mahu Aku ampunkan engkau".
[HR Bukhari dan Muslim]
“Katakanlah,
wahai hamba-hambaKU yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri,
Janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH, sesungguhnya ALLAH mengampuni
dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Mengampuni Maha Penyayang.”
(39:53)
Ayuh, apa tungguh lagi.. Pintu taubat masih luas terbuka !
Penulis:
Anak Mithali
Pelajar perubatan tahun enam
Medical University of Warsaw
No comments:
Post a Comment