Anda tahu tak?
Tahu apa?
Ada yang sangat-sangat sayang kat anda.
Ye ke?
Iya. Dia sayang anda lebih daripada segalanya di dunia ini menyayangi anda.
Lebih daripada ibu bapa, keluarga, BFF anda, rakan-rakan anda. apatah lagi
'buah hati' anda sendiri.
Eh? Siapa?
La, anda tak tahu ke?
Dia tidak pernah terlepas pandang melihat anda.
Dia selalu bagi macam-macam hadiah kepada anda.
Dia sentiasa berada dekat dengan anda.
Dia tahu segala perasaan, keadaan anda.
Dia
tahu segala-galanya mengenai anda.
Ada ke macam tu? Tak
percayalah.
Tak percaya ke?
Kan banyak surat cinta anda dapat kan? Kenapa tak caya ni? Eh, baca tak
surat-surat cinta tu?
Surat cinta? Eh, mana ada.
Ada.
Tahu tak siapa ni?
Er, macam bagi quiz pulak. Kenapa
tak tahu nih? Beritahu jelah!
Dialah Allah. Ar-Rahman, Ar-Rahim. Tuhan
Yang Maha Esa, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Yang Maha Melihat, Maha
Mengetahui.
Tidakkah anda membaca surat cinta-Nya? Kitab Al-Quran yang diturunkan buat
pedoman kita, manusia, makhluk yang amat dikasihi-Nya?
Hurm..
Dialah Allah yang telah mengurniakan kita segala nikmat yang kita dapat rasai,
dapat kita nikmati di muka bumi ini. Yang mencipta bumi ini untuk kemudahan
kita, manusia.
“Dan bumi sesudah itu dihamparkan
(untuk kemudahan penduduknya). Dia mengeluarkan dari bumi itu airnya dan
tumbuh-tumbuhannya dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi) sebagai
pancang pasak yang menetapkannya (semuanya itu) untuk kegunaan kamu dan
binatang-binatang ternakan kamu.” (An-Naziaat 79:30-33)
Nikmat yang Allah beri kita terlampau
banyak, tidak terhitung.
''Dan jika kamu
menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah
kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun,
lagi Maha Mengasihani.''(Al-Nahl 16:18)
Nikmat kasih sayang, nikmat rezeki, dan
yang paling penting, nikmat Islam dan nikmat iman yang perlu kita berusaha
untuk mendapatkannya dan mengekalkannya. Bayangkan betapa banyaknya nikmat
tersebut, udara yang kita hirup, kasih sayang manusia yang dikurniakan Allah,
rezeki kita sehari-hari, empat musim yang kita rasai, keindahan bumi ini, baju
yang kita pakai, makanan yang kita makan, rumah tempat tinggal kita.. banyak
lagilah
Dialah Allah yang berada sangat dekat
dengan kita.
''Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta
manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang
(pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya''(Qaaf
50:16)
Dialah Allah yang mengetahui segala-galanya
tentang kita.
Tidak kira di
mana kita berada, di ceruk bumi mana, di kawasan sesunyi mana, Allah sentiasa
ada bersama, melihat kita.
''Dialah yang telah
menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas
Arasy; Dia Mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya
dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya dan Dia
tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada dan Allah Maha Melihat
akan apa yang kamu kerjakan.''(Al-Hadid 57:4)
Dialah Allah yang sentiasa berada dekat,
tahu segala-galanya mengenai kita, yang sentiasa membalas permintaan kita
''Dan apabila
hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku
adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia
memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku
dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam
kebenaran.''(Al-Baqarah 2:186)
Lihatlah betapa
sayangnya Dia kepada kita, makhluknya. Walhal Allah
sedikit pun tidak memerlukan kita, kita yang sangat-sangat memerlukannya.
Kita?
Betapa kasihnya kita kepada Dia yang sangat-sangat menyayangi kita?
Jika ada orang memberi hadiah kepada kita, kita sangat-sangat
menghargainya.
Jika ada orang menolong kita semasa kita ditimpa kesusahan, kita akan
mengingati pertolongannya.
Jika ada orang yang sentiasa mengambil berat tentang kita, kita akan
menyenanginya.
Jika orang yang sama sentiasa memberi hadiah, menolong, mengambil berat, kita
akan menyayanginya, bahkan mencintainya.
Kenapa tidak kita mencintai ALLAH yang sentiasa mengurniakan kita bermacam nikmat,
menolong kita, yang mengetahui tentang kita, yang memakbulkan permohonan kita?
Kenapa tidak kita mencintai Allah? Kenapa tidak membalas kasihNya?
''Dan di antara manusia ada orang-orang yang
mengambil selain Allah untuk dicintainya; mereka mencintainya sebagaimana
mereka mencintai Allah. Sedangkan orang-orang yang beriman amat dalam cintanya
kepada Allah''
(Al-Baqarah 2:165)
Penulis:
Sakina Othman
Pelajar Perubatan Tahun 3
Jagiellonian University, Krakow
No comments:
Post a Comment