Dec 24, 2012
Dec 21, 2012
Its holiday time
Assalamualaikum dan salam winter kepada semua…
Sedar tak sedar tahun
2012 dah nak habis dah. Jadi bertambah setahun umur setiap daripada kita bukan?
Harap-harap tahun 2012 ini adalah tahun yang penuh dengan
keberhasilan untuk semua.
Dan akhir tahun ini adalah antara masa-masa yang dinantikan
especially untuk students di Warsaw ni.Sebab apa?Sebab cuti la guys! Yes,Christmas
break selama 2 minggu untuk medical student adalah sangat berharga,lagi-lagi lepas exam setiap minggu
Bermulalah episode setiap orang akan merancang cuti
masing-masing.Ada yang suka travel sorang.Pergi mana-mana pun seorang.Lone ranger la katakan.Tapi ada juga yang suka travel dalam group yang besar.
Tak kisah la travel berapa ramai,yang penting,jaga keselamatan diri dan rakan-rakan.(macam ayat untuk balik kampung masa raya pulak.)
As a muslim,penting ke kita untuk jalan-jalan ni?
Banyak ayat dalam Al-Quran yang meminta kita supaya berjalan-jalan atas muka bumi ni.Bila banyak,maksudnya benda tu penting bukan?Sebab itu Allah ulang banyak kali supaya kita ingat dan tak lupa.Macam study pharmacology,kena ulang berpuluh-puluh kali baru ingat nama ubat-ubat tu :)
“Katakanlah: “Berjalanlah di (muka) bumi, maka
perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian
Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala
sesuatu” (Al Ankabut : 20).
Untuk berjaulah mesti la ada plan tempat mana nak
pergi,siapa nak incharge,berapa bajet dan macam-macam lagi.Tapi actually
apa yang paling penting dalam jaulah?
Pernahkah kita terfikir untuk apa kita berjaulah?
Umar bin Alkhatthab
r.a. berkata, “Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda,
“Sesungguhnya
sesuatu amal itu bergantung kepada niat. Penilaian Allah bagi setiap orang,
ialah apa yang dia niatkan. Maka sesiapa berhijrah (dari daerah kafir ke daerah
Islam) semata-mata kerana ta’at kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW, maka
hijrah itu diterima oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW. Sebaliknya sesiapa
berhijrah kerana keuntungan dunia yang dikejarnya, atau kerana perempuan yang
akan dikahwini, maka hijrahnya bergantung kepada apa yang dia niatkan ketika
berhijrah ke sesuatu tempat itu.”
The most important thing bila kita buat something adalah
niat. Tak kisah lah apa yang kita buat,as long as kita niatkan untuk Allah dan
Islam,InsyaAllah kita dapat pahala.
Takkan la nak sia-siakan jaulah yang mungkin selama seminggu tu just because kerana niat kita salah. Alahai,ruginya....
Rasanya masih belum terlambat untuk kita betulkan niat kenapa kita pergi jalan-jalan. Bukan sekadar nak happy-happy dengan members or nak tengok tempat-tempat best saja,tapi kita kena juga ingat ianya kerana Allah.
ADAKAH CUTI INI SATU NIKMAT ?
Setiap orang mungkin akan menjawab,''OF COURSE! Aku dah lama kelas,exam tiap-tiap minggu.Time ni la nak happy".
Ya,mungkin cuti ini adalah satu nikmat.Mungkin kita tak sedar cuti juga boleh menjadi satu ujian daripada Allah.Mesti ada yang bertanya,kenapa ujian?
Hakikatnya, masa lapang adalah satu ujian bagi seorang mukmin. Mengisi masa lapang dengan
kebaikan itu sukar, sekiranya kita dikelilingi suasana yang tidak bersesuaian
dengan kehendak kita.
Kita kena tahu,bukan waktu susah saja baru nak ingat
Allah.Ada orang time nak exam barulah nak banyakkan solat sunat semua.Bukan nak cakap benda tu salah.Tidak.Itu adalah usaha,tapi habit seperti itu salah.Yang patut kita buat adalah bila waktu susah kita banyakkan beribadat,dan perbuatan itu tak sepatutnya berhenti bila kita dah rasa senang.
Waktu lapang adalah sesuatu yang digelar ‘comfort
zone’ bagi sesetengah orang.Time ni kita kata nak rest,enjoy the life,tapi secara tak langsung kekal dalam comfort zone actually menjadikan kita semakin jauh daripada Allah.
Boleh meletup jugak kalau stay lama-lama dalam comfort zone tu. Janganlah macam tu yer?
Okay,rasa dah ckup panjang dah artikel ni. Have a nice and productive holiday.
Salam.
Penulis:
Syamsul Azwan bin Abdullah
Pelajar Perubatan Tahun 3
Medical University of Warsaw
Penulis:
Syamsul Azwan bin Abdullah
Pelajar Perubatan Tahun 3
Medical University of Warsaw
-QUESTIONS-
Do you ever have questions in
your life? Do you get all of your answers?
No?
No?
Yes?
For those who say no.. Start finding all of your answers!!
For those who say yes.. Are you sure? Try to answer this questions:
What is your PURPOSE in this life?
Why you choose to learn MEDIC/ENGINEERING/LAW or whatever interest it is?
Why you are
MUSLIM/JEW/CHRISTIAN or other believes ?
What you will do if this day is the LAST DAY of your life?
If you find all the answers of
these, congratulations! I believe you are a GREAT PERSON indeed!
If not... start questioning yourself and lets find the answers. Open your heart
to learn
to learn
and all the answers
are there.
Penulis:
Nor Hadarina Mohamad
Pelajar Perubatan Tahun 6
Medical University of Warsaw
Dec 18, 2012
Asas-asas Islam: Fasal 5
Bismillahirrahmanirrahim.
Fasal kelima
Ibadat
- makna ibadat - solat - puasa - zakat - haji – memelihara Islam -
Setelah kita memahami erti islam dan iman, kita dapat melihat bahawa iman yang benar (al-iman as-siddiq) itu akan membuahkan ketaatan (islam = menyerah diri kepada Allah dan mentaati perintahNya dan menjauhi laranganNya). Ikrar terhadap rukun iman telah menjadikan kita sebagai seorang mukmin tetapi keimanan kita belum sempurna tanpa memenuhi rukun islam.
Keimanan kita kepada Allah menggerakkan kita untuk mentaati perintah Allah, manakala keimanan kita kepada Rasulullah saw bermaksud kita yakin bahawa setiap perkara yang disuruh oleh Rasulullah saw datang daripada Allah, maka kita wajib mentaatinya juga. Dari sini, kita boleh muhasabah diri kita - kalau iman dan amal kita tidak sync, ada gap antara iman dan amalan seharian kita, hal ini tidak dapat tidak, menggambarkan ketidaksempurnaan dalam iman kita.
Ibadat
= Apa-apa yang kita lakukan dalam rangka ketaatan kepada Allah dan menjauhi maksiat kepadaNya.
Maksudnya.. jika aktiviti seharian dan prioriti hidup kita adalah dalam rangka ketaatan kepada Allah dan menjauhi maksiat kepadaNya, maka seluruh kehidupan kita adalah ibadat. Inilah erti ibadat yang sebenar!
Setelah kita faham erti ibadat yang sebenar, barulah kita dapat memahami hikmah di sebalik pensyariatan ibadat khusus oleh Allah kepada kita. Ibadat khusus yang diwajibkan ke atas kita oleh Allah adalah untuk mendidik kita dan mempersiapkan kita untuk menjalani hakikat hidup sebagai hamba. Ibadat khusus ni bukanlah satu pensyariatan yang suka-suki tapi ia adalah satu keperluan untuk kita menjadikan hidup kita sebagai ibadat.. macam kita diwajibkan hadir ke kelas praktikal di hospital, berjumpa dengan pesakit dan berbincang dengan doktor kerana latihan praktikal tu adalah satu keperluan untuk mempersiapkan kita sebagai seorang doktor :)
1. Solat
- Awal-awal pagi kita bangun dari tidur dan bangkit untuk berwudhuk kerana sudah tiba waktu solat subuh dan kita wajib solat. Kemudian, kita menjalani kehidupan seperti biasa. Ketika tengah hari, tiba waktu solat zuhur, kita meninggalkan kerja kita untuk berwudhuk dan bersedia untuk solat lagi. Begitu juga untuk solat asar, maghrib dan isyak. Tengok! Allah tidak akan membiarkan kita leka dan lalai dalam kehidupan seharian kita yang kononnya sibuk ini. Pensyariatan solat pada masa-masa tertentu setiap hari adalah untuk mendidik jiwa kita bertaqwa dalam setiap perkara; mendidik kita merasakan pemerhatian Allah setiap masa; mengingatkan kita untuk mengingati Allah.
- Selain itu, Allah memotivasikan kita untuk menunaikan solat secara berjemaah yang mana solat berjemaah itu mendidik kita untuk bersatu, tidak kira darjat, status, umur; mendidik kita bersama untuk mentaati ketua yang dipilih oleh kita di kalangan kita sendiri.
- Tapi, kalaulah kita masih tidak dapat dididik dengan solat, bukanlah salahnya pada cara didikan Allah itu, tapi salahnya pada diri kita sendiri.
- Dalam kes mengabaikan solat, boleh jadi ada 2 sebab - Pertama, orang itu mengingkari perintah wajib solat, dalam erti kata lain, dia mendustakan al-quran dan Rasulullah saw. Hal ini membawa maksud ikrarnya tadi adalah dusta. Kedua, orang itu mengakui solat itu merupakan satu kewajipan tetapi dia tak nak buat. Hal ini menunjukkan bahawa orang ini ialah seorang yang cakapnya tak serupa bikin; tak boleh dipercayai dalam menjaga amanah dan hak-hak kita.
2. Puasa
- Allah telah memilih satu tempoh dalam setahun untuk kita semua berpuasa - meninggalkan makanan dan minuman yang sedap di tekak dan semua perkara lain yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari.
- Semasa bulan ramadhan, kita semua berpuasa, tiada yang terkecuali. Mereka yang mengabaikan solat pada hari lain juga mungkin akan berpuasa! Sebab.. kita semua buat amal ni secara jama'i. Allah telah menyediakan biah solehah untuk kita menggerakkan kita beramal dalam bulan ramadhan. Kalau pada masa lain, kita bermalas-malasan, Allah menyediakan biah solehah untuk memotivasikan kita untuk beramal semasa bulan ramadhan. Kalau pada masa lain, kita lalai dan lupa, Allah menyariatkan satu ibadat khusus yang dilakukan secara kolektif sebagai support system untuk sentiasa mengingatkan kita kepada Allah.
- Apabila kita berlapar semasa kita berpuasa, timbul dalam diri kita simpati dan empati terhadap manusia lain yang juga berlapar; timbul perasaan kasih sayang, persaudaraan, tolong-menolong dan kesatuan sesama kita.
3. Zakat
- Allah berfirman: "Sesungguhnya apabila kamu memberi sedekah sesuatu kepada saudara kamu yang miskin kerana Aku dan mengharapkan wajahKu, dengan hati yang baik dan dada yang lapang, sesungguhnya kamu telah bersedekah kepadaKu, tetapi janganlah kamu mengharapkan apa-apa daripadanya, jangan kamu sakiti dia dan jangan kamu hina dia, jangan kamu mengharapkan balasan dan terima kasih daripadanya dan jangan kamu melakukannya agar manusia mengetahui sedekah itu supaya mereka menyebut-nyebutnya dan supaya mereka menunjuk-nunjuk kamu, apabila kamu tunaikan kepada orang fakir, miskin dan orang-orang yang berhajat kepada bahagian mereka yang Kutitipkan kepada kamu, kamu bersihkan hati kamu dari fikiran yang batil seperti tersebut tadi dan sangkaan yang rendah, nescaya Kuberi kepada kamu sejumlah besar harta untuk menjadi bahagian kamu, tidak kering dan tidak habis".
- Apabila kita mengeluarkan zakat, ia mendidik kita dengan sifat mahu berkorban dan berbuat baik kerana mengharapkan keredhaan Allah. Menanggalkan dari dalam diri kita perasaan ke'aku'an, cinta diri, sempit dada dan suka pada harta benda kita.
- Dari sisi maslahat duniawinya, pensyariatan zakat menjadikan umat muslimin tolong-menolong, maka akan tiadalah yang berlapar dan terhina - yang lapar akan diberikan haknya, yang tak mampu akan dibantu tanpa dia perlu meminta-minta, supaya mereka yang tak mampu berusaha akan mampu berusaha.
4. Haji
- Pengabdian kepada Allah - kenapa kita sanggup meninggalkan semua perkara i.e. keluarga, pekerjaan, rumah, kereta, kucing kesayangan, dll, untuk pergi menunaikan haji kalau bukan kerana iman dan mengharapkan kasih dan redha Allah??
- Muktamar muslimin sedunia - di sanalah, pada waktu itulah, akan terjadi pertemuan kaum muslimin, yang masing-masing datang dari seluruh pelusuk negeri, pelbagai rupa dan warna kulit yang menunjukkan kesatuan umat islam itu; kita semua adalah umat yang satu walapun dipisahkan oleh jarak dan sempadan negara.
5. Memelihara islam
- Kewajipan terakhir yang diwajibkan ke atas kita adalah memelihara islam. Kewajipan ni tidak disenaraikan dalam rukun islam tetapi ia merupakan satu kewajipan yang telah diterangkan dan diulang-ulang dalam kitab dan sunnah.
- Apabila kita adalah islam, islam adalah kita, bererti dalam diri kita mestilah ada perasaan pembelaan islam dan keghairah iman. Setiap penilaian kita adalah bersandarkan kepada kepentingan islam dan kaum muslimin.
- Kita memilih sesuatu yang memberi kebaikan kepada islam seperti mana kita memilih sesuatu yang memberi kebaikan kepada kita.
- Kita menentang musuh islam seperti mana kita memusuhi musuh kita sendiri.
- Kita bergadai nyawa dan harta demi islam seperti mana kita sanggup mengorbankan segala perkara untuk mempertahankan diri kita sendiri.
- Jihad dari segi bahasa bereti berhempas-pulas dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
- Maka, dalam erti yang umum, jhad di jalan Allah bermaksud usaha meninggikan kalimah Allah dengan menggunakan segala apa yang ada pada kita e.g. jiwa, masa, duit, pena, lisan, dsb.
- Tetapi, dalam erti kata yang lebih khusus yang hendak dibincangkan dalam buku ini adalah usaha umat islam memerangi musuh islam kerana semata-mata mengharapkan redha Allah, bersih daripada sebab-sebab duniawi. Jihad ini hukumnya fardhu kifayah, tetapi jika musuh islam menyerang sesuatu negeri, jihad ini menjadi FARDHU AIN kepada umat di negeri tersebut. Jika umat negeri tersebut tidak mampu mempertahakannya, umat islam di negeri-negeri jiran untuk membantu dengan jiwa dan harta mereka. Jika bantuan tersebut masih belum mampu mempertahankan negeri umat islam yang dicerobohi oleh musuh islam tadi, maka menjadi fardhu ain kepada semua umat islam seluruh dunia untuk membantu saudara islam kita yang ditindas. Seperti mana kita berdosa melalaikan solat dan puasa, begitu jugalah kita berdosa dalam lalai membantu umat islam apabila mereka dizalimi dan negeri mereka dicerobohi oleh musuh islam.
Keimanan seseorang teruji dalam jihad. Orang yang tidak menolong Islam dan tidak berjihad bersama kaum muslimin meskipun bala dan bahaya telah sampai, diragukan keimanannya, disangsikan keislamannya. Jika demikian, faedah apakah yang diperolehnya dan puasa dan sembahyangnya?
Nurul Amira Mohd Noor
Pelajar Perubatan Tahun 5
Medical University of Warsaw
Dec 15, 2012
we are never alone
“Adoi, lepas satu, satu masalah timbul.”“Alah, fail lagi. Bila nak pass ni?”“Eeeee….penatlah!!! Buat ini salah, buat itu salah. Semua orang tak faham aku. Stress!!!!“Arrgghhhh!!! Buat hal la pulak laptop ni. Kalau nak rosak pun tunggu la awal bulan.”“Ish!!! Susahnya….. Malas ar… tidor lagi bagus…Zzzzz….”
Pernah dengar ayat-ayat macam
ni? Ke pernah keluar daripada mulut sendiri? Kenapa ye?
Inilah kehidupan…..
Kehidupan memang tak pernah
lekang daripada masalah atau lebih tepat lagi ujian. Itu lumrah hidup. Semua
orang ada masalah. Tak kira muda, tua, kaya, miskin, hitam, putih, semuanya
diuji dengan masalah-masalah tersendiri. Terpulanglah kepada setiap individu
itu untuk menilai sesuatu ujian itu dan pendekatan manakah yang hendak diambil
untuk menghadapi sesuatu ujian tersebut.
Okay…ayat skema :)
Baiklah. Jom kita
sembang-sembang santai. Okay. Sekarang, cuba kita bayangkan kembali saat-saat
kita betul-betul dalam kesusahan dan kesedihan. Saat-saat ketika banyaknya air
mata kita yang jatuh membasahi bumi. Saat-saat ketika kita hampir-hampir putus
asa atau mungkin sudah pun putus asa. Cuba bayangkan apa perasaan kita masa
itu. Mesti kita rasa berat sangat ujian yang Allah bagi dekat kita. Kita rasa
terbeban sangat. Kita rasa tak mampu untuk menghadapinya. Kita rasa kita tak
cukup kuat. Mungkin ketika itu, kita terlupa ayat-ayat cinta daripada Allah.
Kita terlupa tentang surat cinta yang Allah hadiahkan kepada kita. Jom kita
lihat:
''Allah tidak membebani
seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya''(2:286)
Kalau kita betul-betul
beriman dengan ayat ini, betul-betul yakin dengan janji Allah yang ini, sudah
tentu kita boleh menghadapi sesuatu ujian itu dengan tenang. Sebab kita tahu kita
sebenarnya cukup kuat untuk menghadapinya. Kita tahu bahawa Allah tak akan
membebani kita dengan sesuatu yang kita tak mampu.
Jadi, kalau kita ditimpa
dengan sesuatu ujian, yakinlah bahawa kita mampu menghadapinya. Cari kekuatan
itu, kuatkan diri dan serahkan segalanya kepada Allah.
Dan yakinlah bahawa Allah
tak pernah tinggal kita. Kita tak pernah berseorangan dalam menghadapi sesuatu
ujian, sebabnya dalam kesusahan dan kesempitan, pertolongan Allah sentiasa
mengiringi kita.
''Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan,
Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.'' (94:5-6)
Cuba
hayati ayat ini betul-betul. Dapat rasa tak seolah-olah Allah sedang memujuk
kita? Allah sedang bagi semangat kepada kita. Allah nak tenangkan kita. Allah
cakap di sebalik kesulitan,kepayahan dan kesusahan itu, Allah berikan kemudahan
kepada kita. Malah, kemudahan yang Allah bagi melebihi kesulitan yang kita
hadapi. Dua kali pulak tu Allah sebut.
Tak cukup yakin lagikah kita?
Allah
sentiasa ada bersama kita. Allah sangat dekat dengan kita. Buktinya?
'' Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu(Muhammad) tentang Aku, maka
sesungguhnya Aku dekat.Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia
berdoa kepadaku. ......''(2:186)
''Dan sungguh, Kami
telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan
Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. ''(50:16)
Kalau
ada apa-apa masalah, mengadu dekat Allah. Menangis dekat Allah.
Bersungguh-sunguh berdoa mohon pertolongan dan kekuatan daripada Allah. Dan
yakinlah bahawa Allah tak pernah mensia-siakan doa kita. Allah tak pernah
kecewakan kita. Allah sentiasa bagi yang terbaik untuk kita. Betapa sayangnya
Allah kepada kita kan? Sesuai dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Allah.
Allah tahu je kita letih,
Allah tahu je kita penat, Allah tahu je kita sedih. Allah Maha Mengetahui. Di
sebalik keletihan, kepenatan dan kesedihan kita, ingatlah yang kita tak
berseorangan. Kita tak pernah ditinggalkan. Kita sentiasa dalam perlindungan
Allah. Di sinilah pentingnya konsep tawakal itu. Konsep kebergantungan kita
kepada Allah. Yakinlah sesungguhnya Allah sangat sayangkan kita. Semua ujian
dan dugaan yang Allah bagi kepada kita adalah tarbiyah(didikan) daripada Allah
untuk menjadikan kita orang yang lebih baik, orang yang lebih hebat dan orang
yang lebih dekat dengan-Nya. Betapa
indahnya perasaan kebergantungan kepada Allah.
'' Cukuplah
Allah(menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung.''(3:173)
Mari kita dengar zikir
ini…insyaAllah sangat menenangkan.
Cukuplah Allah bagiku,Sebaik-baik Pelindung,Sebaik-baik Penjaga,
Sebaik-baik Penolong.
Penulis:
Pelajar perubatan tahun ke 4
Medical University of Warsaw
Dec 10, 2012
SIRAMAN HATI
Agama ini kukuh dan kuat. Masukilah dengan lemah lembut, dan jangan sampai timbul kejenuhan dalam beribadah kepada Rabbmu.” (Al-Baihaqi)
Maha Suci Allah yang mempergilirkan siang dan malam.
Kehidupan pun menjadi dinamis, seimbang, dan berkesinambungan. Ada hamba-hamba Allah
yang menghidupkan siang dan malamnya untuk senantiasa dekat dengan Yang Maha
Rahman dan Rahim. Tapi, tidak sedikit yang akhirnya menjauh, dan terus menjauh.
Seperti halnya tanaman, rohani memerlukan siraman.
Sekuat apa pun sebatang pohon, tidak akan pernah lepas dari
kebergantungan dengan air. Siraman air menjadi energy baru buat pohon. Dari
energy itulah pohon mengukuhkan pijakan akar, meninggikan batang, memperbanyak
cabang, menumbuhkan daun baru, dan memproduksi buah.
Seperti itu pula siraman rohani buat hati manusia. Tanpa
kesegaran rohani, manusia cuma sebatang pohon kering yang berjalan. Tiada
keteduhan, apalagi buah yang boleh dimanfaatkan. Hati menjadi begitu kering.
Persis seperti ranting-ranting kering yang mudah terbakar.
Allah swt. memberikan teguran khusus buat mereka yang
beriman. Dalam surah Al-Hadid ayat 16, Yang Maha Rahman dan Rahim berfirman,
“Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk tunduk hati
mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka).
Janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al-Kitab
kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka. Lalu, hati mereka menjadi keras. Dan
kebanyakkan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.”
Hati buat orang-orang yang beriman adalah ladang yang harus
dirawat dan disiram dengan zikir. Dari zikirlah, ladang hati menjadi hijau
segar dan tumbuh subur. Akan banyak buah yang bisa dihasilkan. Sebaliknya, jika
hati jauh dari zikir; ia akan tumbuh liar. Jangankan buah, ladang hati seperti
itu akan menjadi sarang ular, serangga dan sebagainya.
Hamba-hamba Allah yang beriman akan senantiasa menjaga
kesegaran hatinya dengan lantunan zikrullah. Seperti itulah firman Allah swt.
dalam surah Ar-Ra’d ayat 28. “(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka
menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati
Allahlah hati menjadi tenteram.“
Rasulullah saw. pernah memberi nasihat, “Perumpamaan orang
yang berzikir kepada Rabbnya dan yang tidak, seumpama orang hidup dan orang
mati.” (Bukhari dan Muslim)
Siapapun kita, ada masa lengahnya
Manusia bukan makhluk tanpa khilaf dan dosa. Selalu saja ada
lupa. Ketika rohani dan jasad berjalan tidak seimbang, di situlah berbagai
kealpaan terjadi. Saat itulah, pengawasan terhadap nafsu menjadi lemah.
Imam Ghazali mengumpamakan nafsu seperti anak kecil. Apa
saja ingin diraih dan dikuasai. Ia akan terus menuntut. Jika dituruti, nafsu
tidak akan pernah berhenti.
Pada titik tertentu, nafsu bisa menjadi dominan. Bahkan
sangat dominan. Nafsu pun akhirnya memegang kendali hidup seseorang. Fikiran
dan hatinya menjadi lumpuh. Saat itu, seorang manusia sedang menuhankan
nafsunya.
Allah swt. berfirman, “Maka pernahkah kamu melihat orang
yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat
berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan
meletakkan tutupan atas penglihatannya.” (Al-Jatsiyah: 23)
Seburuk apapun seorang muslim, ada pintu kebaikannya
Seperti halnya manusia lain, seorang muslim pun punya nafsu.
Bezanya, nafsu orang yang beriman lebih terkendali dan terawat. Namun,
kelengahan boleh memberikan peluang buat nafsu untuk tampil dominan. Dan seorang hamba Allah pun
melakukan dosa.
Dosa buat seorang mukmin seperti kotoran busuk. Dan shalat
serta istighfar adalah di antara pencuci. Kian banyak upaya pencucian, kotoran
pun boleh lenyap: warna dan baunya.
Allah swt. berfirman dalam surah Ali Imran ayat 133
hingga135. “Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga
yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang
bertakwa….Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau
menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah. Lalu, memohon ampun terhadap
dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada
Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka
mengetahui.“
Khilaf buat hamba Allah seperti mata air yang tersumbat. Dan
zikrullah adalah pengangkat sumbat. Ketika zikrullah terlantun dan tersiram
dalam hati, air jernih pun mengalir, menyegarkan wadah hati yang pernah kering.
Sekecil apapun kebaikan dan keburukan, ada ganjarannya
Satu hal yang bisa menyegarkan kesadaran ruhani adalah
pemahaman bahwa apa pun yang dilakukan manusia akan punya balasan. Di dunia dan
akhirat. Dan di akhirat ada balasan yang jauh lebih dahsyat.
Firman Allah swt., “Siapa yang mengerjakan kebaikan seberat
zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan siapa yang mengerjakan
kejahatan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula.”
(Al-Zilzaal: 7-8)
Pemahaman inilah yang senantiasa membimbing hamba Allah
untuk senantiasa beramal. Keimanannya terpancar melalui perbuatan nyata.
Lantunan zikirnya hidup dalam segala keadaan.
“(Yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri
atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang
penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), ‘Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau
menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari
siksa neraka.” (Ali Imran: 191)
Penulis:
Khairul Hanan
Pelajar Perubatan Tahun 6
Medical University of Warsaw
Dec 9, 2012
Tauhid..
Mengimani kalimah (tauhid) ini dengan kekuatan yang besar mendidik manusia untuk mempunyai keazaman, maju ke depan, sabar, tetap pendirian dan tawakkal dalam mengusahakan perbuatan-perbuatan besar di dunia ini untuk memperoleh keredhaan Allah.
Ia mempunyai keyakinan yang sempurna bahawa di belakangnya berdiri kekuatan Pemilik langit dan bumi, yang menolong dan membimbing tangannya pada setiap perjalanan yang ditempuhinya.
Ketetapan sikapnya, keteguhan dan kekerasannya yang diperolehnya dari keyakinan ini, tidak kurang daripada ketetapan, keteguhan dan kekerasan gunung. Setiap musibah dunia dan setiap kekuatan yang tidak biasa hampir-hampir tidak dapat menyimpangkannya daripada tekad keazamannya.
- Sayyid Abu al-Ala al-Maududi @ Asas-asas Islam -
Ia mempunyai keyakinan yang sempurna bahawa di belakangnya berdiri kekuatan Pemilik langit dan bumi, yang menolong dan membimbing tangannya pada setiap perjalanan yang ditempuhinya.
Ketetapan sikapnya, keteguhan dan kekerasannya yang diperolehnya dari keyakinan ini, tidak kurang daripada ketetapan, keteguhan dan kekerasan gunung. Setiap musibah dunia dan setiap kekuatan yang tidak biasa hampir-hampir tidak dapat menyimpangkannya daripada tekad keazamannya.
- Sayyid Abu al-Ala al-Maududi @ Asas-asas Islam -
Asas-asas Islam: Fasal 4 (samb.)
Salam 'alaikum. Salam buat semua.
Minggu lalu kita telah bincangkan sehingga bahagian Iman kepada Malaikat.
InshaAllah kali ini kita akan habiskan ringkasan AAI fasal 4 ini.
1. Setelah beriman kepada para malaikat, perkara ketiga yang dituntut untuk kita imani ialah kepada kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah swt.
i. Hendaklah percaya bahawa semua kitab yang datang dari sisi Allah taala itu benar, sama ada yang kita dapat berita mengenainya ataupun tidak.
ii. Antara kitab yang kita tahu tentang penurunannya adalah lembaran-lembaran Ibrahim (as), Taurat, Injil, Zabur, dan al-Quran.
iii. Lembaran-lembaran Ibrahim (as) tidak lagi wujud di dunia kini.
iv. Taurat & Injil pula telah banyak diubah sehingga tidak diketahui lagi dari mana asalnya ayat-ayat tersebut, dari Allah, atau sekadar rekaan manusia.
v. Al-Quran adalah kita terakhir yang turun dari sisi Allah taala.
vi. Al-Quran merupakan satu-satunya kitab yang tinggal dalam keadaan aslinya di tangan manusia. Kitab-kitab yang turun sebelum al-Quran telah lesap, dan hanya terjemahan yang tinggal.
vii. Selain al-Quran, kitab-kitab lain yang ada pada manusia tidak dapat diteliti sejarahnya. Berbeza dengan al-Quran yang dapat dipastikan dan dibuktikan oleh saksi-saksi sejarah bagi setiap ayat.
viii. Beriman kepada kitab-kitab dari sisi Allah selain al-Quran merupakan sekadar pembenaran sahaja. Ertinya kita percaya bahawa kitab-kitab itu asalnya diturunkan oleh Allah.
ix. Setiap lafaz dalam al-Quran adalah terpelihara dan mengikut perintah-perintahnya adalah wajib bagi setiap orang yang beriman.
2. Iman akan para Rasul
i. Seluruh ummat di muka bumi ini telah didatangi oleh Rasul-rasul Allah, untuk menyeru mereka kepada Islam. Dan penutupnya, manusia diseru oleh Nabi Muhammad (saw)
ii. Barang siapa membenarkan seorang daripada mereka bermakna membenarkan mereka seluruhnya, dan barang siapa mendustakan seorang daripada mereka bermakna mendustakan mereka seluruhnya.
iii. Ini kerana semua Rasul yang diutuskan oleh Allah membawa kebenaran yang sama, iaitu mentauhidkan Allah.
iv. Rasul-rasul yang dikisahkan di dalam al-Quran, wajiblah kita mempercayai mereka secara tegas. Manakala yang tidak dikisahkan, kita disuruh mengimani bahawa adanya para Rasul yang ditutuskan Allah bagi umat manusia ini.
v. Nabi Muhammad diutuskan kepada seluruh alam, hingga kepada Hari Kiamat.
vi. Barangsiapa mengikut Nabi Muhammad, sesungguhnya ia telah mengikut para Nabi seluruhnya.
3. Iman akan Hari Akhirat
i. Alam dan segala makhluk akan hancur pada satu hari yang dipanggil Hari Kiamat.
ii. Semua manusia akan dihidupkan semula dan dikumpulkan.
iii. Kemudian semua manusia akan dihadapkan di hadapan mahkamah Allah untuk dihisab.
iv. Mereka yang diampuniNya akan di masukkan ke dalam Jannah, mereka yang dihukum akan dimasukkan ke dalam api.
v. Seseorang yang tidak mengimani hari akhirat, dia akan melihat iman kepada Allah serta mengikuti perintahNya sebagai satu perbuatan yang tidak bermanfaat.
vi. Ini kerana dia tidak dapat melihat faedah dan kebaikan yang dia akan terima apabila melaksanakan perintah Allah.
vii. Adapun mereka yang beriman pada hari Akhirat, dia akan terus melakukan segala perintah Allah, dan tinggalkan larangannya walaupun dengan melakukan demikian tidak akan memberi kebaikan, malah boleh menyebabkan kerugian baginya di dunia ini.
viii. Ini kerana ia yakin bahawa apabila dunia ini hancur, segala perbuatannya akan mendapat balasan, yang baik mahupun jahat.
ix. Di dunia sekarang terdapat tiga jenis kefahaman mengenai pengakhiran hidup.
a. Golongan yang menyatakan tidak wujudnya kehidupan selepas kematian. Jasad akan hancur di dalam tanah dan itulah pengakhirannya. Ini adalah kefahaman dan aqidah seorang mulhid atau atheis.
b. Golongan yang menyatakan manusia setelah matinya akan dihidupkan semula di dunia ini, menjadi sama ada manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan. Semuanya bergantung kepada amalnya di dunia.
c. Golongan yang beriman akan Hari Akhirat, berkumpul, hadir di hadapan Allah, dan mengimani pembalasanNya ke atas manusia. Inilah aqidah yang diajarkan oleh seluruh para Nabi.
4. Dibincangkan dalam fasal 4 ini, aqidah yang merupakan asas pembinaan Islam.
5. Kesemua yang dibincangkan ini tersimpul di dalam kalimah "Tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad itu utusan Allah".
Sekian sahaja ringkasan bahagian kedua fasal 4 daripada buku Asas-asas Islam ini.
Moga memberi manfaat.
Moga Allah redho
Allahualam
Jazakumullah khair
Penulis:
Minggu lalu kita telah bincangkan sehingga bahagian Iman kepada Malaikat.
InshaAllah kali ini kita akan habiskan ringkasan AAI fasal 4 ini.
1. Setelah beriman kepada para malaikat, perkara ketiga yang dituntut untuk kita imani ialah kepada kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah swt.
i. Hendaklah percaya bahawa semua kitab yang datang dari sisi Allah taala itu benar, sama ada yang kita dapat berita mengenainya ataupun tidak.
ii. Antara kitab yang kita tahu tentang penurunannya adalah lembaran-lembaran Ibrahim (as), Taurat, Injil, Zabur, dan al-Quran.
iii. Lembaran-lembaran Ibrahim (as) tidak lagi wujud di dunia kini.
iv. Taurat & Injil pula telah banyak diubah sehingga tidak diketahui lagi dari mana asalnya ayat-ayat tersebut, dari Allah, atau sekadar rekaan manusia.
v. Al-Quran adalah kita terakhir yang turun dari sisi Allah taala.
vi. Al-Quran merupakan satu-satunya kitab yang tinggal dalam keadaan aslinya di tangan manusia. Kitab-kitab yang turun sebelum al-Quran telah lesap, dan hanya terjemahan yang tinggal.
vii. Selain al-Quran, kitab-kitab lain yang ada pada manusia tidak dapat diteliti sejarahnya. Berbeza dengan al-Quran yang dapat dipastikan dan dibuktikan oleh saksi-saksi sejarah bagi setiap ayat.
viii. Beriman kepada kitab-kitab dari sisi Allah selain al-Quran merupakan sekadar pembenaran sahaja. Ertinya kita percaya bahawa kitab-kitab itu asalnya diturunkan oleh Allah.
ix. Setiap lafaz dalam al-Quran adalah terpelihara dan mengikut perintah-perintahnya adalah wajib bagi setiap orang yang beriman.
2. Iman akan para Rasul
i. Seluruh ummat di muka bumi ini telah didatangi oleh Rasul-rasul Allah, untuk menyeru mereka kepada Islam. Dan penutupnya, manusia diseru oleh Nabi Muhammad (saw)
ii. Barang siapa membenarkan seorang daripada mereka bermakna membenarkan mereka seluruhnya, dan barang siapa mendustakan seorang daripada mereka bermakna mendustakan mereka seluruhnya.
iii. Ini kerana semua Rasul yang diutuskan oleh Allah membawa kebenaran yang sama, iaitu mentauhidkan Allah.
iv. Rasul-rasul yang dikisahkan di dalam al-Quran, wajiblah kita mempercayai mereka secara tegas. Manakala yang tidak dikisahkan, kita disuruh mengimani bahawa adanya para Rasul yang ditutuskan Allah bagi umat manusia ini.
v. Nabi Muhammad diutuskan kepada seluruh alam, hingga kepada Hari Kiamat.
vi. Barangsiapa mengikut Nabi Muhammad, sesungguhnya ia telah mengikut para Nabi seluruhnya.
3. Iman akan Hari Akhirat
i. Alam dan segala makhluk akan hancur pada satu hari yang dipanggil Hari Kiamat.
ii. Semua manusia akan dihidupkan semula dan dikumpulkan.
iii. Kemudian semua manusia akan dihadapkan di hadapan mahkamah Allah untuk dihisab.
iv. Mereka yang diampuniNya akan di masukkan ke dalam Jannah, mereka yang dihukum akan dimasukkan ke dalam api.
v. Seseorang yang tidak mengimani hari akhirat, dia akan melihat iman kepada Allah serta mengikuti perintahNya sebagai satu perbuatan yang tidak bermanfaat.
vi. Ini kerana dia tidak dapat melihat faedah dan kebaikan yang dia akan terima apabila melaksanakan perintah Allah.
vii. Adapun mereka yang beriman pada hari Akhirat, dia akan terus melakukan segala perintah Allah, dan tinggalkan larangannya walaupun dengan melakukan demikian tidak akan memberi kebaikan, malah boleh menyebabkan kerugian baginya di dunia ini.
viii. Ini kerana ia yakin bahawa apabila dunia ini hancur, segala perbuatannya akan mendapat balasan, yang baik mahupun jahat.
ix. Di dunia sekarang terdapat tiga jenis kefahaman mengenai pengakhiran hidup.
a. Golongan yang menyatakan tidak wujudnya kehidupan selepas kematian. Jasad akan hancur di dalam tanah dan itulah pengakhirannya. Ini adalah kefahaman dan aqidah seorang mulhid atau atheis.
b. Golongan yang menyatakan manusia setelah matinya akan dihidupkan semula di dunia ini, menjadi sama ada manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan. Semuanya bergantung kepada amalnya di dunia.
c. Golongan yang beriman akan Hari Akhirat, berkumpul, hadir di hadapan Allah, dan mengimani pembalasanNya ke atas manusia. Inilah aqidah yang diajarkan oleh seluruh para Nabi.
4. Dibincangkan dalam fasal 4 ini, aqidah yang merupakan asas pembinaan Islam.
5. Kesemua yang dibincangkan ini tersimpul di dalam kalimah "Tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad itu utusan Allah".
Sekian sahaja ringkasan bahagian kedua fasal 4 daripada buku Asas-asas Islam ini.
Moga memberi manfaat.
Moga Allah redho
Allahualam
Jazakumullah khair
Penulis:
Shahida Zahar
Pelajar Perubatan Tahun 4
Medical University of Warsaw
Dec 8, 2012
The best therapeutic drug in the universe!
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku,
maka sesungguhnya Aku dekat.
Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku.
Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah) -Ku dan beriman kepada-Ku,agar mereka memperoleh kebenaran.
(2: 186) |
Mechanism of action:
Memenuhi seruan Allah dan yakin kepada Allah --> dapat petunjuk --> iman bertambah ---> berdoa (bertawakal kepada Allah) --> Allah makbulkan doa
Therapeutic use:
Supaya doa dimakbulkan oleh Allah.
Therapeutic spectrum:
- Orang yang TAAT
- Orang yang BERIMAN
- Orang yang BERDOA
Therapeutic dose:
Unlimited
Adverse effects:
Kisah ini tentang aku
“ Kisah ini tentang aku, aku dan aku. Dalam
hidup ini, akulah tujuan hidup aku. Sekarang, aku bahagia dengan hidup aku yang
bermatlamatkan aku ini. Apa yang aku buat, apa yang aku lakukan, aku akan
pastikan, aku puas hati, gembira dan rasa bangga. Sekali lagi, diri aku yang
penting. HAHAHAHA!!!”
Tersenyum. Gadis itu tersenyum. Dia
teringat akan kisah hidupnya yang bermatlamatkan diri sendirinya itu. Sejak
kecil, dia dimanjai, dibelai oleh ibu bapanya. Segala kemahuannya, segala
permintaannya dituruti. Tidak pernah di bangkang, tidak pernah dikecewakan,
apatah lagi dengan kemewahan yang dilimpahi bertali arus bagai sungai yang
mengalir. “Astaghfirullah, ampunkan aku Ya Allah”,bermonolog gadis itu
sendirian.Setitis air mengalir dari kelopak matanya.
Teringat suatu ketika, saat yang mengubah
hidupnya. Peristiwa itu berlaku baru sahaja setahun yang lalu. Ada seorang
insan, Maisarah hadir dalam hidupnya. Baginya, gadis itu pelik. Sangat pelik.
Bukan kerana pakaiannya yang bertudung labuh, bertutup litup yang bagi
pemikirannya, “Kolot sangat la Maisarah tu!”, tapi kerana gadis itu tidak
pernah berputus asa mendekatinya. Rakan-rakan lain tiada seorang pun yang
mendekatinya kerana dek perangai ‘puteri’nya yang pantang dengan perkataan
‘tidak’,’tak boleh’,’tak sengaja’. Oh,pantang sekali didengari, pasti dimaki
hamunnya dihadapan sesiapa pun.
Maisarah itu pun sudah berapa kali
dimarahinya. Tetapi Maisarah itu tidak pernah menjauhi tetapi malah terus
mendekati. Tidak berputus asa sama sekali. Disebabkan kesungguhan Maisarah itu,
timbul perasaan ingin menguji gadis bertubung labuh ini. Mungkin selepas ini,
Maisarah akan menjauhi. Tiada lagi kelibat yang menyesakkan diri!
Saatnya tiba. Gadis itu menunggu di sebelah
pintu masuk dewan kuliah , bersedia untuk meletakkan sebelah kakinya
dihadapan Maisarah supaya Maisarah terjatuh. Tidak cukup lagi, sebelum
itu akan sengaja ditumpahkan bubur kacang di atas lantai pintu masuk itu.
Rancangannya, Maisarah akan tersadung lalu terjatuh di atas bubur kacang itu.
Pasti muka Maisarah ‘tertepek’ dengan bubur kacang itu dan akan membuat semua
pelajar tertawa. Senyuman sinis terukir.
Rancangan bermula. Maisarah tersadung,
rancangannya berjaya! Namun, tanpa diduga, Maisarah berpaut padanya saat mahu
terjatuh dan kedu-duanya jatuh di atas lantai yang beralaskan bubur kacang itu.
Habis muka dan baju mereka. Semua pelajar yang berada di dalam dewan terdiam
seketika, namun disambung dengan gelak tawa oleh pelajar lelaki. Gadis itu
malu! Malu yang teramat! Rancangannya gagal dan dipendam rasa dendam pada
Maisarah. “Tak guna punya Maisarah!! Jatuhlah sendiri, nak berpaut pada aku
konon. Sengaja la tu!”, jeritnya marah,geram yang teramat sangat.
Lantas gadis itu berlalu ke bilik Maisarah.
Disepahkan, dicarikkan, di teraburkan seluruh barangan di bilik Maisarah.
Dilemparkan buku-buku Maisarah. Dipecahkan segala botol kaca hiasan di bilik
Maisarah. Dikoyaknya cadar Maisarah. Digapainya kotak-kotak di atas almari,
dibuka, disepahkan segalanya. Gadia itu masih dihantui perasaan amarah
dendamnya. Sampai satu ketika, tangannya cuba untuk menggapai sebuah kotak
kecil yang berada di atas hujung almari. Diambilnya kerusi, lalu dipanjat untuk
mencapai kotak kecil berwarna merah jambu itu. “Tak akan aku biarkan sedikit
pun barangmu Maisarah berada di tempat asalnya!”, kata gadis itu dengan mimik
muka sinis.
Ahah! Akhirnya, berjaya dicapai. Lalu
dihempaskan ke lantai. Kotak tersebut terbuka dan terkeluar sebuah buku yang
juga dibalut rapi berwarna merah jambu. Ditampal sebuah nota di atas buku
tersebut, “Untuk sahabatku,Umairah Selamat Hari Jadi Sahabatku, Umairah. Bukalah
dan bacalah. Kau akan ketemu cinta sejati yang abadi. Daripada Maisarah yang
sentiasa menyayangimu”.
Sebelum sempat gadis itu mahu membuka
helaian buku itu, Maisarah tiba biliknya. Akibat terlalu terkejut dengan
keadaan bilinya, Maisarah pengsan. Kebetulan ketika itu, rakan bilik Maisarah,
Alia sampai. “Maisarah!!”, jerit Alia. Alia terus memanggil rakan-rakan yang
berdekatan untuk membantunya memikul Maisarah.
Seketika, terdengar bunyi ambulans. Gadis itu pun menjengah keluar
tingkap, dilihat Maisarah diusung ke dalam ambulans dan dibawa pergi. Terukir
senyuman sinis dibibirnya. Tiada rasa bersalah sedikit pun. Puas, terasa sangat
puas. Dendamnya terhadap Maisarah terlerai. Lalu gadis itu berlalu ke biliknya
sambil membawa buku merah jambu tersebut. Dia pun terlena seketika.
Malam yang hening dan sunyi. Gadis itu
terbangun. Entah kenapa, terus teringat akan buku merah jambu Maisarah itu.
Buku itu terus dibuka dan ayat pertama yang dibaca, “Dan kembalilah kamu kepada
TuhanMu dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepadamu,kemudian
kamu tidak dapat ditolong”.Hatinya sentap. Tanpa disedari, air matanya
mengalir. Sambil itu, hatinya dibasahi perasaan takut ,sedih, sakit, sesal.
Sesal dengan segala perbuatannya selama ini. Jauh, segalanya jauh daripada
Tuhan. Bukan seperti yang dinyatakan di dalam ayat tadi. Berbisa sekali,
dirinya tertampar.
Barulah kini dia sedar bahawa buku berwarna
merah jambu itu sebenarnya adalah Al-Quran. Tidak pernah sebelum ini dia
memegangnya apatah lagi membacanya. Hanya diletakkan di atas almari tinggi
dipenjuru bilik dirumahnya. Entah apa yang terjadi dengan Al-Quran itu, dia
tidak pernah ambil peduli. Digunakan sekadar untuk menjadi pelindung di rumah
daripada dimasuki hantu. Itulah kata ibu bapanya mengapa perlu Al- Quran di
dalam biliknya.
Tiba-tiba, gadis itu terus teringatkan
Maisarah. Dia terus berlalu ke bilik Maisarah. Tiada sesiapa di situ dan gadis
itu terus menghubungi Alia untuk mendapatkan kepastian tentang keadaan
Maisarah. Namun tidak diangkat. Berkali-kali dicuba. Gagal. Tidak lama
kemudian, satu SMS dikirim oleh Alia yang tertulis, “Assalamualaikum, Umairah.
Aku tidak dapat menjawab panggilanmu kerana aku terlalu sebak. Terlalu sebak
kerana Maisarah sudah pergi. Dia menghidap penyakit lemah jantung. Kali ini,
dia tidak dapat bertahan. Dia berpesan suruh aku katakana padamu, dia
menyayangimu dan memaafkanmu dunia dan akhirat”. Umairah terasa lemah, daripada
berdiri, terduduknya terkulai layu di atas lantai. Menangis dan terus menangis.
Menyesal, teramat menyesal. Jiwanya meronta, tidak dapat dikawal lagi. Di
tangannya tergengam erat Al-Quran merah jambu pemberian Maisarah untuknya.
“Umairah!”,sapa Alia. Terkejut gadis itu.
Tersedar daripada lamunannya yang dalam itu. “Kenapa kau menangis?”,tanya Alia
sambil terus menggemgam tangan Umairah. “Aku teringat saat aku bersama
Maisarah.Teruknya aku sampai menyebabkan Maisarah meninggal dunia.Sampai
sekarang perasaan menyesal itu masih belum hilang”. “Umairah, hidayah Allah itu
milik Allah. Dia memberikan hidayahNya kepadamu melalui peristiwamu bersama
Maisarah. Hargai hidayah itu. Suburkannya dalam jiwamu. Maisarah redha dengan
takdirnya disambut Ilahi ketika itu. Dia tidak sedikitpun menyalahkanmu.
Tabahkanlah hatimu wahai sahabat. Sesungguhnya Allah menyayangi kita
semua”,pujuk Alia. Alia menarik tangan Umairah sambil berkata, “Mari, kita baca
ayat-ayat cintaNya. Dengan mengingatiNya hati kita pasti akan menjadi tenang.
Dia tidak pernah memungkiri janji”. Umairah tersenyum dan menyambut ajakan
Alia. Di tangannya tergengam erat sebuah buku merah jambu bernama Al-quran.
Teringat akan nota Maisarah, , “Untuk
sahabatku,Umairah.Selamat Hari Jadi Sahabatku, Umairah. Bukalah dan bacalah.
Kau akan ketemu cinta sejati yang abadi. Daripada Maisarah yang sentiasa
menyayangimu”.Alhamdulillah, kini Umairah sudah memahami isi nota Maisarah itu.
Cinta sejati, cinta yang abadi itu adalah cinta antaranya dan Ilahi. Semoga
kita akan ketemu lagi Maisarah di syurga nan abadi.
Tamat.
Penulis:
Cahaya (nama pena)
Pelajar perubatan tahun 4
Dec 4, 2012
SANG BUDIMAN
Assalamualaikum..
Di UIA gombak..di kedai runcit..Alia membawa
satu buku nota bersama camera DSLRnya ..Tengah Alia hendak membayar di
kaunter..Tiba-tiba buku notanya terjatuh...
Saudara:(tolong angkat buku nota Alia )
Saudara:(tolong angkat buku nota Alia )
Alia:terima kasih..
Cashier: rm 13.20 dik..
Alia:(memberikan rm 13 dan beranggapan dia mempunyai syiling 20 sen di dalam begnya..setelah mencari,rupa-rupanya dia tidak mempunyai syiling tersebut..lalu Alia mengeluarkan duit rm 10) takde duit kecik akak..
Saudara:takpe,ambik duit ni..
Alia: (terkejut,dan tiada patah perkataan yang
keluar dari mulutnya,namun hatinya berdoa moga Allah membalas kebaikannya)
Dalam hidup ini kita banyak
mengambil remeh tentang kebaikan..Kadang-kadang kita rasa bukan kita yang perlu
buat kebaikan itu,sebagai contoh apabila kita tengok orang buta hendak
melintas,kita pandang sebelah mata sahaja..Dalam hati kita cakap,`dia bukan
sedara aku,buat apa nak tolong.’..Kita seakan-akan angkuh dan tidak pernah
merasakan itu adalah tanggungjawab kita untuk menolong orang tersebut,apatah
lagi jikalau si fulan itu Islam..Semua orang Islam itu adalah bersaudara dan
kita perlu menyayangi satu sama lain..
Jadi cerita di atas ini
menjadi contoh betapa kadang-kadang kebaikan yang kecil boleh memberi impak yang
besar dalam diri seseorang..Tambahan lagi selalunya manusia akan selalu ingat
orang yang telah berbudi padanya sewaktu mereka dalam keadaan susah,jadi jangan
pernah memandang enteng setiap bentuk kebaikan kerana boleh jadi sesuatu yang
kecil dan tidak bermakna bagi kita adalah sesuatu yang penting dan besar
maknanya pada orang lain..
Nabi s.a.w
bersabda yang bermaksud: "Seorang muslim adalah saudara bagi
muslim yang lainnya. Maka ia tidak akan menzalimi dan membiarkannya
(menderita)." (Hadith Riwayat Imam Al-Bukhari)
even if my life is just a single drop,every drop of water leaves
ripples-quoted
sekian,terima kasih..
PENULIS:
NURHAFISZA ABDUL HAMID
PELAJAR PERUBATAN TAHUN 3
MEDICAL UNIVERSITY OF WARSAW
Asas-asas Islam: Fasal 4
Bab 4 - Iman secara terurai
Sebelum kita teruskan dengan bab yang
keempat, marilah sama-sama kita melihat kembali beberapa info penting yang
telah kita ketahui dalam bab-bab yang sebelumnya.
Pertama:
Sememangnya telah terang lagi bersuluh bahawa agama Islam itu adalah
taat akan Allah ta’ala, mematuhi segala perintah-Nya dan menjauhi segala
larangan-Nya dan jalan untuk manusia mengenal Allah dan syariat-syariat-Nya
adalah melalui Nabi-Nabi yang diutuskan oleh-Nya.
Kedua: Allah mengutuskan para nabi kepada
umat manusia di muka bumi ini mengikut ketentuannya. Islam hakikatnya adalah
hanya satu dan diturunkan kepada semua ummat manusia,namun terdapat perbezaan
dari segi pensyariatan dalam hukum dan cara ibadah sesuai dengan keadaan ummat
ketika itu.
Ketiga: Pengutusan Nabi Muhammad s.a.w
sebagai nabi terakhir adalah sebagai menyempurnakan pengajaran islam yang
diturunkan-Nya kepada seluruh ummat manusia.Tiada lagi nabi dan syariah lain
sesudah kewafatan baginda s.a.w.
Iman
akan Allah
Apakah perkara yang paling penting yang
dibawa dan cuba disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada ummat manusia?
Ya, betul! Kalimah LA ILAHA ILLALLAH (Tiada
tuhan melainkan Allah). Inilah yang cuba disampaikan oleh baginda s.a.w kepada
ummat manusia. Dan untuk memahami maksud kalimah ini,sudah semestinya kita
harus mengetahui apa yang diertikan dengan perkataan ‘tuhan’ itu sendiri.Tuhan
bermaksud:
- Yang berhak diibadati ( Yang kerana
kebesaran, kemuliaan-Nya dan ketinggian
darjat-Nya,patut diibadati oleh semua manusia)
-Yang pada-Nya berkumpul segala
kekuatan.Tidak berhajat kepada sesuatu,malah semua orang berharap pada-Nya
dalam seluruh kehidupan mereka.
-Yang terlindung kepada manusia. Manusia
tidak mengetahui akan Zat-Nya
Oleh itu,maksud ‘Tiada tuhan melainkan
Allah’ ialah , tiada satupun di dalam alam ini yang layak diibadati
manusia,yang patut disujudi dengan taat dan diberi pengabdian sepenuhnya
melainkan Allah. Tiada pemilik dan pengatur melainkan Allah s.w.t. Semua
makhluk berharap dan memohon pertolongan daripada-Nya, dan Zat-Nya tidak dapat
dicapai oleh pancaindera manusia yang lemah.
Hakikat
tiada tuhan melainkan Allah
Manusia itu diciptakan dengan sifat-sifat
kehambaan yang sememangnya jika kita fikirkan memang bersifat lemah dan hanya
bergantung kepada Pencipta-Nya, Allah s.w.t. Anda tak percaya?Buktinya,manusia
itu tidak dapat memastikan bahawa apa yang diingininya akan dia dapat pada
setiap masa. Mungkin terkadang dia mendapat apa yang dihajatinya,namun tidak
pada masa yang lainnya.Berlakunya sesuatu dan terhindarnya sesuatu bukanlah
dalam bidang kuasa manusia.
Dan disebabkan hal inilah, timbul perasaan
dalam diri manusia bahawa dia adalah lemah dan berharap dan berhajat kepada
sesuatu kuasa lain.
Dalam buku ini, diceritakan beberapa
peringkat kejahilan manusia dalam perjalanan mencari Penciptanya.Bermula dengan
peringkat yang begitu jahil manusia itu sedikit demi sedikit belajar dan
memperbaiki kejahilannya itu melalui petunjuk yang dikurniakan Allah kepadanya.
Pada peringkat pertama,manusia itu jahil
dan menyangka bahawa benda-benda yang dilihatnya, yang berada di sekelilingya
dapat memberikan manfaat dan mendatangkan mudarat padanya. Contohnya seperti
binatang buas, matahari, hujan ,sungai,gunung-ganang dan lain-lain lagi.Lalu,disembahnya ‘benda-benda’
tersebut.
Namun, apabila manusia itu kembali memerhatikan sifat-sifat ‘benda’ yang mereka sembah itu ,mereka
sedar bahawa ‘benda’ tersebut juga sebenarnya tidak kurang dengan sifat-sifat kehambaan.
Mereka turut tunduk dan patuh pada kuasa lain. Disini, timbullah pula dalam
fikiran manusia bahawa segala benda yang ada di alam ini sebenarnya
melaksanakan tugasnya dan berpegang kepada suatu kuasa yang mengatur dan memiliki
kekuatan.
Manusia kemudiannya mempercayai pula akan
kewujudan berbilang tuhan yang mereka sangka pada setiap tuhan itu ada
tugas-tugasnya yang tersendiri. Contohnya, tuhan angin , tuhan air, tuhan udara
dan banyak lagi. Lalu,mulalah manusia menyembah kepada tuhan-tuhan yang pelbagai
itu. Namun sekali lagi apabila melihatkan kepada betapa sempurnya pengaturan
dan ketetapan-ketetapan alam ini, manusia terpaksa mengakui bahawa tidak
mungkin akan ada tuhan yang berbeza-beza , kerana jika tidak pastilah berlaku
perselisihan antara satu sama lain antara tuhan-tuhan tersebut. Akan ada tuhan
yang mempunyai kedudukan yang lebih tinggi dan lebih penting dari tuhan yang
lain. Itu sungguh tidak masuk akal!
Lalu, mengertilah manusia bahawa hanya ada
satu tuhan yang Esa, yang menguasai dan mentadbir suluruh alam ini,yang pada
terkumpul segala kekuasaan dan kekuatan, iaitu Allah s.w.t. Itulah hakikatnya
tiada tuhan melainkan Allah s.w.t .
Kesan
Aqidah tauhid bagi kehidupan manusia
Kalimah tauhid ‘LA ILAHA ILLALLAH’(Tiada
tuhan melainkan Allah) ini, haruslah kita fahami sedalam-dalamnya dengan hati
kerana sekiranya hanya diucapkan sahaja tanpa mengetahui maknanya, ianya tidak
akan mendatangkan apa-apa kesan dalam kehidupan seseorang manusia itu.
Sekarang, mari kita sama-sama melihat
implikasi aqidah tauhid ini dalam kehidupan manusia.
-Manusia yang beriman dengan kalimah tauhid
ini,tidak akan mempunyai fikiran yang
sempit. Bahkan ia menjadi orang yang berpandangan luas dalam apa hal
sekalipun.
-Kepercayaan terhadap kalimah tauhid ini
juga membantu membina kemurnian dan
kemuliaan jiwa dalam diri manusia itu. Mana tidaknya, ‘iktikad mereka
bahawa hanya Allah s.w.t lah yang berhak disembah telah membuktikan kemurnian jiwa mereka.Segala
pergantungannya disandarkan pada Allah s.w.t dalam menentukan kehidupannya sehari-hari.Tidak
sesekali ia mengalami putus asa dan patah hati dalam setiap apa yang dilaluinya
dalam kehidupan kerana ia percaya akan ketetapan dan penyusunan-penyusunan
Allah s.w.t. Hanya perasaan tenang dan tenteram yang mengiringi hari-hari
mereka.
Seronok bukan?!
-Manusia yang mengimani kalimah ini juga tidak akan bersifat dengan sifat-sifat yang
tidak baik contohnya seperti angkuh dan takabbur. Ia takut untuk
berperasaan dan berkelakuan seperti itu kerana ia sedar akan kedudukan
kehambaannya. Hanya sifat tawadhu’ yang disemai dalam diri mereka.Allah
mengangkat darjat mereka dan menanamkan
kebaikan-kebaikan dalam diri mereka.
-Kalimah tauhid ini juga akan mendorong manusia untuk memenuhi jiwa dan
raganya dengan sifat keberanian. Manusia itu lemah keazamannya kerana dua
perkara, pertama ialah kerana kecintaannya kepada diri sendiri,harta dan
keluarga dan yang kedua ialah dek kerana ‘iktikadnya bahawa ada kuasa selain
Allah yang boleh mematikan manusia dan berkuasa menolak kematian dari dirinya
dengan sesuatu cara.
-Dan yang paling penting sekali,kalimah
tauhid ini menjadikan manusia itu terikat
kepada undang-undang Allah dan berusaha
memelihara undang-undang itu di atas muka bumi ini. Mereka tidak
akan sewenag-wenangnya melakukan sesuatu tanpa mengambil kira pandangan dan
syariat Allah.
Iman
akan malaikat
Beriman kepada malaikat adalah salah satu
perkara yang diajarkan baginda nabi Muhammad s.a.w. Bukanlah saja-saja aspek
ini ditekankan oleh nabi Muhammad s.a.w kepada kita. Kita semua sudah maklum bagaimana
orang-orang musyrikin itu menyekutukan Allah dengan makhluk-makhluk-Nya yang
lain.
Mereka menganggap malaikat-malaikat ini adalah zuriat Allah.Oleh itu,
beriman kepada malaikat,yakni percaya akan malaikat itu diajarkan baginda
kepada kita tidak lain tidak bukan adalah untuk memastikan kalimah tauhid (La
ilaha illallah) yang telah kita ‘iktikadkan itu suci dan bersih dari segala perkara syirik dan
yang sewaktu dengannya.
Siapa sebenarnya malaikat? Malaikat itu
adalah makhluk Allah yang mulia,suci daripada kesalahan dan dosa,diciptakan
untuk mengabdi,taat dan patuh kepada Allah . Mereka bersungguh-sungguh
melaksanakan perintah-Nya ,tidak sesekali mendurhakai-Nya dan tidak langsung
mempunyai kuasa meskipun terhadap diri mereka sendiri. Oleh itu,sangatlah
menghairankan apabila ada segelintir manusia yang bertindak menyembah dan
meminta pertolongan daripada malaikat walhal di awal penciptaan manusia itu
sendiri,Allah telah pun menyuruh malaikat itu bersujud kepada Adam .
Tidak banyak yang kita tahu mengenai
malaikat melainkan apa yang telah diterangkan Allah s.w.t dalam al-quran dan
dalam hadis-hadis yang ditinggalkan oleh baginda s.a.w. Namun, sebagai seorang
islam, kita disuruh untuk mengimani akan kewujudan malaikat berserta dengan
sifat-sifatnya yang kita ketahui. Dan sememangnya tiada alasan bagi seorang
muslim untuk tidak mengimani hal ini
kerana ianya dibawa dan disampaikan oleh nabi Muhammad s.a.w yang benar dan
dibenarkan.
InsyaAllah,itu sahaja buat kali ini. Moga
bermanfaat insyaAllah.
Wallahu’alam.
Penulis:
Aiman Nor Nasarudin
Pelajar Perubatan Tahun 4
Medical University of Warsaw
Subscribe to:
Posts (Atom)