Seorang
hamba Allah terdampar di sebuah pulau yang terpencil setelah kapal yang
dinaikinya karam akibat ribut taufan. Saban waktu dia berdoa kepada Allah agar
diselamatkan. Dengan penuh harapan dia sering ke tepi pantai untuk mencari
bantuan. Hari berganti hari, siang berganti malam.
Tetapi hampa
belaka. Bantuan yang dinanti tidak juga kunjung tiba.
Menggunakan
sisa-sisa tenaga yang ada, dia membuat sebuah pondok kecil sebagai tempat
berteduh. Satu hari, seperti biasa dia keluar mencari makanan di dalam hutan di
pulau itu. Sekembalinya dari hutan, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati
pondok kecilnya terbakar dijilat api yang marak.
Lantas
mengadulah si hamba ini kepada Tuhannya,
“Allah...sanggup
Kau membiarkan aku dalam keadaan begini.”
Keesokan
harinya, dia terdengar bunyi kapal mendekati pulau tersebut. Mereka datang
untuk menyelamatkannya.
“Bagaimana
anda tahu saya berada di sini?” Tanya hamba Allah tersebut.
“Kami nampak
asap berkepul naik ke langit dari arah pulau ini.” Mereka menjawab.
Amatlah mudah
untuk kita merasa kecewa apabila sesuatu yang buruk berlaku.
Tetapi janganlah
kita berputus asa kerana sesungguhnya Allah sentiasa bersama-sama kita walaupun
dalam keadaan kita tersepit dan kesakitan.
Jadi
ingatlah, jika suatu hari nanti “pondok kecil” kita terbakar hangus – mungkin
ianya satu petanda rahmat dari Allah S.W.T. itu hampir.
Penulis:
Ara (nama pena)
Pelajar perubatan tahun ketiga
Medical University of Warsaw
maka bersangka baiklah dengan Tuhanmu.
ReplyDelete