PAIN, is a kind of protection. People who lose th"e sense of pain tends to harm themselves" - Prof. Moczulski @ Diabetology lecture
"SAKIT, adalah sejenis perlindungan. Orang yang kehilangan rasa sakit cenderung untuk mencederakan diri mereka" - Prof. Moczulski @ Kuliah Diabetology
Kita sedia maklum dengan 5 pancaindera yang kita miliki;
Melihat (mata), mendengar (telinga), menghidu (hidung),
merasa (lidah), sentuhan (kulit).
Ada juga yang memiliki kononnya deria keenam, deria yang
dapat melihat makhluk-makhluk halus..
Tetapi, suka untuk saya tambah sendiri DERIA KETUJUH yang
saya kira sama penting, malah sebenarnya lebih
penting daripada kesemua deria di atas.
Jika kelima-lima deria utama di atas membantu melindungi
diri dari sebarang bahaya di dunia, deria ketujuh ini pula memberi perlindungan
lebih dari itu!
Wah! Deria apakah ini?? *teruja*
Deria ketujuh ini adalah DERIA HATI
Ini bukan ‘hati’ secara anatomi ye..dan juga bukan ‘hati’
yang orang lukis bentuk jantung (heart) itu..tetapi ini adalah ‘hati dalam dada
(22:46)’, yakni hati yang bersifat ruh.
Jika deria sentuhan tidak sihat dan tidak sensitif, maka
tiada signal “bahaya!” dihantar ke otak. Akibatnya, kita tidak akan merasa sakit dan akhirnya
menyebabkan tangan kita terbakar!
Itu lah yang dimaksudkan oleh pensyarah saya tadi, “PAIN, is
a kind of protection.” ;)
Sebagaimana ‘sakit’ itu melindungi kita daripada
mencederakan diri sendiri, sama juga dengan HATI yang melindungi kita daripada melakukan
dosa, daripada mengingkari perintah Allah.
Hati yang hidup dan sihat akan sensitif terhadap dosa-dosa yang dilakukan dan segera bertaubat memohon keampunan Allah.
Hati yang tidak sihat
dan mati, tidak merasa apa-apa apabila melakukan dosa. Malah lebih teruk lagi
apabila hati itu berbangga dengan dosa
yang dilakukan!
Maka sangat sangat penting untuk kita pelihara sensitiviti
‘deria hati’.
Sangat sangat penting untuk kita pastikan hati kita sentiasa
hidup dan berada dalam keadaan sihat.
Jika pancaindera yang lain rosak, kita cenderung untuk
mencederakan diri kita di dunia sahaja.
Tetapi jika ‘deria hati’ kita yang rosak, kita cenderung
untuk mencampakkan diri kita ke neraka!
Nauzubillah! T_T
“Ketahuilah bahawa dalam
setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh
jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah
hati.”
Hadis riwayat al-lmam
al-Bukhari dan Muslim.
http://www.youtube.com/watch?v=LUjPYWc0-Y4
Penulis:
Nurul Fadhlina Mohamad Edil
Pelajar perubatan tahun ke empat
Medical University of Lodz
No comments:
Post a Comment