Jika kita lihat bagaimana kita hari ini, apakah
proses yang telah kita lalui sehinggakan kita berada di tahap sekarang?Cuba
kita fikirkan kembali bagaimana hari ini kita mampu berjalan.Pastinya ada
proses meniarap seterusnya merangkak dan berjalan.Kita bukan dilahirkan untuk
terus berlari tanpa melalui satu proses perubahan.Fasa di mana kita belajar.Kadang-kadang
kita jatuh tersungkur di tengah jalan.Namun kerana semangat kita bangkit dan
teruskan usaha.Kita tidak kenal erti putus asa.Perubahan dalam diri seseorang itu
sebenarnya suatu proses yang memerlukan kesabaran, usaha , keinginan yang kuat dan
istiqamah.
Pastinya perjalanan mengenal Tuhan itu juga
penuh dengan ujian. Bilamana kita terfikir pandangan orang lain terhadap kita
apabila kita berubah. ‘Bolehkah aku
berpakaian sebegini,nanti takkan ada yang nak kawan..’ ‘ Boleh ke nak post
benda baik-baik kat facebook nanti orang cakap aku ustazah pula’ Kadang-kadang
kita sibuk fikir apa orang lain akan rasa berbanding apa sebenarnya yang kita
mahu. Apa sebenarnya impian kita untuk hidup di atas dunia ini. Pastinya kita
mahu menjadi hamba Allah yang diredhaiNya bukan ? Kita mahu menggapai
syurgaNya bukan ? Jadi tunggu apa lagi, marilah kita berubah.
(Qs 5:119)
Allah berfirman: "Inilah hari (kiamat) yang (padanya)
orang-orang yang benar (pada tutur kata dan amal perbuatan) mendapat manfaat
dari kebenaran mereka; mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya
beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah reda akan
mereka dan mereka pula reda akan Dia. Itulah kejayaan yang
amat besar".
Dan pastinya sepanjang proses perubahan itu
banyak yang perlu kita korbankan. Kita perlu tinggalkan sesuatu yang mungkin
sudah menjadi kebiasaan kita. Atau mungkin perlu menahan pandangan pelik dari
kawan-kawan. Namun setiap kali itu
terjadi ingatlah balik kerana siapa kita berubah. Mengapa kita berubah.
Perbaharui niat kita selalu. Ingatlah langkah yang pertama untuk itu pasti banyak
dugaannya, namun apabila kita sudah bergerak untuk berubah pastinya hati kita
akan lebih tenang. Hendak mula bernafas
sewaktu mula-mula keluar dari rahim ibu
juga susah. Ini kan pula membuang karat jahiliyyah dalam diri.
(Qs 2:245)
Siapakah orangnya yang (mahu)
memberikan pinjaman kepada
Allah sebagai pinjaman yang
baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan
berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang
meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.
Tetapi ingatlah perasaan kita juga
pinjaman yang kita boleh berikan pada Allah. Dan Allah telah berjanji akan
melipat gandakan balasannya.
Berganda-ganda lebih banyak.. Jadi apakah kita masih perlu menunggu?
Pintu taubat Allah Yang Maha
Pengasih lagi Maha Penyayang itu sentiasa terbuka luas pada hambaNya yang
menginginkan keredhaanNya. Hanya manusia yang selalu bersikap sombong dan
lupa untuk meminta.
Marilah kita menempuh proses
mengenal Tuhan di muka bumi ini agar di akhirat nanti kita akan berjumpa kejayaan
yang hakiki.
Sekian.
Penulis:
Nazareth Zahra
Pelajar perubatan tahun ke tiga
Medical University of Warsaw
No comments:
Post a Comment