Adalah fitrah semulajadi seorang manusia makhluk ciptaan
Allah mempunyai keperluan untuk mencari sesuap makanan. Ini adalah cara untuk
memastikan kelangsungan kehidupan dan membolehkan kita untuk mengumpul sumber
tenaga dalam meneruskan kerja seharian. Namun begitu, apabila fitrah ini
berlebihan dan disalahgunakan ia bertukar menjadi nafsu yang tidak terkawal.
Walaupun begitu,
sebagai seorang hamba yang telah dikurniakan akal oleh Allah s.w.t, kita
mempunyai kelebihan untuk memilih dan mengawal makhluk bernama nafsu dengan
pertimbangan yang baik. Firman Allah dalam Al-Quran :
“Demi nafsu (manusia) dan kesempurnaan (kejadian) maka Allah
mengilhamkan kepada nafsu itu jalan kefasikan dan ketaqwaan. Sesungguhnya
beruntunglah orang yang menyucikan nafsunya.”
(Surah Asy-Syams 91 : 7-9 )
Oleh
yang demikian, Rasulullah s.a.w adalah contoh terbaik untuk dijadikan Qudwah
dalam kehidupan seharian kita bukan sahaja dari segi ibadat malah dari segala
sudut kehidupan. Mari kita lihat sama-sama apa menu sajian Rasulullah s.a.w.
dalam diet seharian
Baginda yang boleh kita amalkan :
·
Kurma dan air kosong
·
Tharid iaitu roti dicampur dengan daging dan
berkuah
·
Roti yang dimakan dengan cuka
·
Roti dengan minyak zaitun
·
Roti dengan keju
·
Bubur yang dibuat daripada susu dan gandum
·
Roti dengan kurma
·
Kurma dengan mentega
·
7 biji kurma yang direndam dalam susu ( biasanya
dimakan pada waktu pagi)
·
Kurma dan tembikai
·
Timun dan kurma
Di sini
dapat kita lihat bahawa hidangan Baginda Rasulullah s.a.w sungguh sederhana dan
berkhasiat. Walaupun sedikit namun Baginda mampu membina kekuatan yang mantap
untuk beribadat, qiam dan sebagainya. Semoga kita dapat menghayati dan
mengambil banyak iktibar dari cara hidup Baginda untuk membina diri sebagai
seorang muslim yang diredhai Allah.
No comments:
Post a Comment