Arghh.tension tayar pancit?
Assalamualaikum semua! Moga-moga hari ini
adalah lebih baik daripada semalam ya?
Hari ini saya nak bercerita satu analogi.Mudah
saja.Tak perlu nak berkerut dahi dan angkat-angkat kening memikirkan analogi
saya ini.
Analoginya mudah saja.Tahu tak anda bahawa hidup
ini seperti memandu kereta (musafir)?Anda adalah pemandu cun dan macho bagi
kereta anda?Stesen anda pulak?Mana?Tentu-tentulah akhirat!
Haaa..Amacam?dapat bayangkan tak?Kita adalah
musafir saja kat dunia ni.Kita ada kereta iaitu hidup kita.Di dunia kita ada
banyak sangat R&R (masa lapang) yang kita perlu berhenti untuk berehat,isi
minyak dan hirup udara segar selepas lama memandu.Kita ada masa yang sudah
ditetapkan untuk perjalanan menuju ke stesen yang menjadi destinasi iaitu
akhirat (umur) .Tetapi dalam keasyikan kita memandu,kita terpaksa berhenti
sekejap dan mula resah sebab tayar kita pancit la pulak! (ujian)
Dan bila saat itu tiba..kita resah gelisah.Dahla
sorang-sorang bawa kereta.Tetiba kena berhenti pulak tengah jalan.Malam pulak
tu.Alamak,seramnya!* menjerit minta tolongla,apa lagi*
Okay,first time kita sangat gelabah.Telefon kawan
sana sini(bagi yang perempuan).Tapi alhamdulillah ada orang lalu dan tolong
kita..Settle!
Kita pun dengan gembira menyambung perjalanan
sambil memasang lagu kesukaan kita.
Malang tidak berbau.Hari kedua tayar kita pancit
lagi.Sob sob.
Apa kita buat?Adakah kita akan gelabah dan cemas seperti hari
pertama tayar kita pancit?Tak bukan?Kita akan bertenang dan berfikir lebih
rasional saat itu.Dengan tenangnya menekan number kawan (bagi yang
perempuan),dan sabar menunggu kawan datang.Rasa tak gelabah pun?Takpun kita
sendiri yang tukar tayar.Kalau pandai la.hehe
Pelik bukan?
Tak pelik haih!Itu kerana kita sudah immune
dengan masalah tayar pancit kita dan menganggap hal itu boleh diselesaikan.Sama
jugalah dengan hidup ini,pertama kali didatangi ujian,masalah,konflik dan bla
bla,kita akan rasa sangat sedih.Semacam dunia ini gelap dan tiada tempat dah
untuk kita berteduh.Rasa macam nak terjun
bangunanlah.Haish!Jangan!
Namun bila kita sudah dua tiga kali berdepan
dengan masalah dan konflik,kita akan jadi kuat dan lebih rasional dalam
menyelesaikannya.Betul tak?Ujian bukan didatangkan saja-saja.Ujian datang untuk
mengklasifikasikan kita dalam golongan mana oleh Allah S.W.T.Kita jenis yang
sabar atau terus memberontak.
Al-Ankabut [2] Patutkah manusia menyangka bahawa
mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata:
Kami beriman, sedang mereka tidak
diuji (dengan sesuatu cubaan)?
Tanpa ujian Allah tidak tahu setakat mana
keimanan kita kepadaNYA.Sama sajalah mengapa kita ada exams di sekolah.Exams
diadakan untuk menilai sejauh mana kemampuan kita dalam sesuatu mata pelajaran.Siapa
tahu kita bakal meraih anugerah cemerlang di akhir tahun?Ingatlah
exams bukannya direka untuk membebankan kita.Sama sekali tidak.
Walaupun dihimpit masalah.Cubalah untuk tersenyum
Selain itu,jadilah pemandu yang mematuhi peraturan
jalan raya juga (peraturan Allah).Setiap peraturan jalan raya memang untuk
menyenangkan kita.Namun kita suka je memandu laju dan ikut suka hati tanpa
menyedari ada lubang besar rupanya didepan.Begitu juga dengan peraturan yang
ditetapkan Allah sudah pasti sangat baik bagi kita.Hanya kita manusia yang
lemah ini saja yang sukar menyingkap hikmahnya.
"...Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi
sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal
itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui."
(Al-Baqarah: 216).
Oleh itu kalian,Janganlah risau jika tayar kau
pancit!Itu bagus untuk kesihatan mental kalian juga.Eh?
Penulis:
Armanizam
Pelajar perubatan tahun tiga
Medical University of Warsaw
No comments:
Post a Comment