Jan 16, 2012

Dia yang Cemburu

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menulis dan berhadapan dengan semua walau sekadar di alam maya. Kata seorang sahabat; menulislah dari hati. Hati itu yang merasa, hati itu yg mengalami, maka menulislah dari hati. Lalu saya biarkan diri saya menulis hari ini tanpa sebarang garis panduan, sekadar apa yang terlintas di hati. Semoga kata2 yg datang dari hati ini mampu sampai juga ke dalam hati2 mereka yang membaca.

Saya bukan manusia yang bijak bermain dengan kata2. Namun saya punya perasaan yang boleh diterjemahkan dalam bentuk perkataan. Seorang individu Muslim itu, bukanlah manusia yang sempurna. Dia masih seorang manusia yg punya hati, perasaan, keinginan dan nafsu. Dia masih seorang manusia yang ada kala kemudi imannya lari sedikit dari batas yang benar. Dia tergelincir sedikit, tersungkur mencecah tanah.

Dan itu apa yang saya sedang rasa. Dan setinggi-setinggi kesyukuran saya panjatkan terhadap Tuhan kita, Allah. Dia masih mahu memandang dan memberi kesedaran. Dia masih mahu peduli dan memberikan teguran. Ingat ayat ini?

قُلْ إِن كَانَ ءَابَاؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ وَإِخْوَنُكُمْ وَأَزْوَجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَلٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَـرَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَـكِنُ تَرْضَوْنَهَآ أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِّنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُواْ حَتَّى يَأْتِىَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لاَ يَهْدِى الْقَوْمَ الْفَـسِقِينَ

“Katakanlah, “Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, keluargamu, , harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan rasul-Nya serta berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusan-Nya.” Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.” –9:24

Ayat tanda cinta. Tanda sayang. Tanda kasih. Juga tanda cemburu. Kepalkan tangan, dan letak di dada. Dunia aku, adalah apa yang ada dalam genggaman ini, dan akhirat aku, adalah apa yang ada dalam dada ini. Allah jadi cemburu, bila kita utamakan apa yg kita genggam lebih dari apa yg tersemat dalam hati. Lalu jangan bersedih hati bila tiba-tiba Allah datangkan sedikit kegelisahan dan kedukaan, Allah cuma mahu kita balik berpaling pada Dia. Itu tanda Allah masih peduli, dan Allah masih cintakan kita.

Dengan izin Allah, kita akan terus bergerak ke hadapan. Menapak langkah demi langkah memanjat tangga maratib amal. Jika hari ini kita seorang individu Muslim, esok kita seorang individu Muslim yang lebih baik, dan lusanya kita seorang individu Muslim yang lebih baik lagi. InsyaAllah.

Namun, ada kalanya, pandang sebentar ke belakang kita. Lihat pada mereka yang tergelincir sebagaimana kita pernah rasa terlebih dahulu. Lihat pada mereka yang langkahnya mungkin tidak secepat dan setangkas kita. Bukankah kehidupan seorang Muslim itu terpancar pada kehidupan saudara Muslimnya yang lain? Tak ada yang salah untuk menghulur tangan dan membantu mereka agar dapat bergerak seiringan. Dan kerana kita masih manusia, kita sentiasa akan memerlukan peringatan. Peringatan tentang masa silam yang mungkin tidak mahu kita jejak lagi. Peringatan tentang masa sekarang yang mungkin tidak mahu dibiarkan futur lagi. Peringatan tentang masa depan yang mungkin tidak mahu kita biar terisi dengan yang tidak sepatutnya.

Dan, ada kalanya, pandang juga ke belakang kita. Lihat pada diri kita suatu ketika dahulu yg sudah kita tinggalkan. Lihat pada diri kita suatu ketika dahulu yg membentuk kita menjadi kita hari ini. Iman itu tidak statik, iman itu menurun dan menaik. Pada diri kita suatu ketika dahulu yang mungkin lemas dalam dakapan jahiliyyah, carilah secebis kekuatan untuk mengucapkan selamat tinggal secara total. Pada diri kita suatu ketika dahulu yang mungkin lebih baik daripada kita pada hari ini, usahalah untuk menggapai kebaikan itu semula. Semakin kita ke hadapan, kita mahu menjadi lebih dan lebih baik. Namun akan ada masanya kita perlu pandang pada pengalaman kita, dan bandingkan; for comparing our own life experiences is a good way in determining what’s best for us.

“Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.” 
-Harieta Wahab

Hai Obat!

Bismillahirrahmanirrahim.

Bssalamualaikum. and hello.

=]

a sloth spends 80% of its life sleeping.

*ouch*

aku terus bekerja seperti biasa. eh? aku kerja? sejak bila? keliru sedikit.
 
ah. merepek saja aku ini. memang la kerja. nak habiskan cuti summer dengan kerja-kerja berfaedah...

kususun ubat-ubatan di rak-rak farmasi itu. 

oh. yang ini baru aku belajar tahun ini. 

anti-histamine. epinephrine(epi-pen). corticosteroid. 

betul..betul..ku angguk sendirian. memang pernah belajar...

tiba-tiba aku terlihat ubat-ubatan yang agak pelik.

ubat tahan sakit. ubat ini. ubat itu. ubat demam. ubat halang gedik. ubat halang mengumpat. ubat sangka baik. ubat tawadhu'. ubat tahan ego. ubat tahan 'ujub. ubat jaga pandangan. ubat jaga lidah.

e'eh. peliknyee...

ape yang peliknye dik? tiap-tiap hari susun ubat tibe-tibe kate pelik pulak hari ni?

tu ha. ku tunjuk ubat-ubat itu kepada kak promoter farmasi.

laaa..ubat tu..

boleh percaye ke? ade kesan?

ala dik..buat2 tau pulak..kate amek medic. tu sume placebo je la~! orang yang beli ubat-ubat ni mungkin terlupa ayat ni ha;

لَهُ مُعَقِّبَـتٌ مِّن بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِهِمْ وَإِذَآ أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلاَ مَرَدَّ لَهُ وَمَا لَهُمْ مِّن دُونِهِ مِن وَالٍ

Baginya (manusia) ada malaikat-malaikat yang menjaganya bergiliran, dari depan dan belakangnya. Mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap suatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia.

 [Surah Ar-Ra'd; 13:11]
 
tiba-tiba;

WOI~! buat ape tu?!



aku terjaga dari tidur.



woi~! buat ape tu?! kate nak study biochem? mate tutup.. hoho... kata rakan serumahku.

before tu, jom kite solat maghrib dulu; katanya sambil tersenyum.

-end-

=I

ps astaghfirullahal'azim.

pps the story in this post hanyalah rekaan semata-mata. mungkin ada kena-mengena dengan yang masih hidup dan mahu berubah.


ubat untuk facebook-addict