Mar 26, 2017

KENALI MAHRAMMU


KENALI MAHRAMU


Assalamualaikum wbt..

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH MAHA PENYAYANG


Apa khabar para pembaca? Semoga anda semua sentiasa dirahmati oleh Allah swt. Minggu lepas, AMARRohani pernah menerangkan kepada kita tentang mahram, perbezaannya dengan muhrim, siapakah mahram bagi lelaki dan siapakah mahram bagi perempuan.

Apabila kita membicarakan tentang mahram, maka akan terjenak di pemikiran kita tentang situasi yang berlaku ketika pada hari raya ataupun semasa perjumpaan dengan sanak saudara.

Kenapa?

Jika kita lihat pada situasi ini, apabila kita berkumpul bersama sanak saudara kita, maka akan bercampur gaul antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram serta akan berlaku juga persentuhan antara satu sama lain.

Jadinya, sebagai seorang muslim yang mengamalkan cara hidup islam, amatlah dititikberatkan untuk kita mengelakkan daripada perkara ini berlaku. 





MACAM MANA NAK ELAK BERSALAM DENGAN BUKAN MAHRAM?


1.   Pakailah Tudung Yang Labuh dan Panjang Untuk Dijadikan Lapik

Tudung yang panjang akan sangat membantu sekiranya kita berada dalam keadaan dimana sesiapa yang bukan mahram yang menghulurkan tangan dan kita segan nak tolak. Akan tetapi, adalah lebih baik untuk para wanita itu mengelakkan diri daripada bersalaman dengan lelaki yang bukan mahram.



2.  Memberi Salam dan Khabar Dari Jauh

Semasa bertandang ke rumah saudara mara, selain dari memakai tudung yang panjang, tudung itu juga sangat berguna untuk kita siap siap menyorokkan tangan dalam tudung. Dari jauh apabila sudah nampak kelibat saudara-saudara lelaki kita yang bukan mahram, siap-siap sembunyikan tangan dan bertanyakan khabar secara lisan dengan nada yang baik dan sopan santun serta memberikan jarak yang tidak terlalu dekat dengan saudara lelaki. 



3. Sibukkan diri

Ini juga merupakan salah satu tips yang boleh kita praktikan. Sebagai contoh, apabila kita nampak saudara-saudara lelaki ataupun perempuan yang bukan mahram, kita boleh cuba untuk sibukkan diri dengan pergi membersihkan pinggan mangkuk, mendukung anak ataupun adik kecil, atau apa-apa perkara yang membuatkan kita hanya mampu bertanya khabar dengan mereka secara jauh.




CUKUPKAH HANYA SEKADAR MENGELAK?

Hakikatnya mengelak untuk bersalaman dengan bukan mahram itu tidak mencukupi. Pada akhirnya, ia menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang muslim yang faham agama untuk memberikan nasihat dan penerangan dengan cara yang hikmah kepada saudara-saudara kita tentang perihal mahram supaya mereka semua lebih memahami dan akhirnya mereka juga berusaha untuk megelakkan daripada melakukan perkara tersebut..

Bukankah itu yang lebih baik?

InsyaAllah berusahalah sehabis mungkin untuk menyelesaikan isu mahram ini, moga-moga dengan usaha kita nanti dapat melahirkan keluarga dan masyarakat yang sentiasa dirahmati oleh Allah swt..






















[AMARGlobal] WEEKLY WRAP UP (19/03/2017-26/03/217)



DALAM NEGARA

Pusat kecantikan tidak boleh sediakan khidmat suntikan botox

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan memberi amaran kepada pusat atau salon kecantikan supaya tidak menyediakan perkhidmatan suntikan botox kerana produk itu di luar bidang kawalan mereka.

Menterinya, Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata prosedur kecantikan itu telah diklasifikasikan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan sebagai sejenis ubat dan penggunaannya perlu dikendalikan pengamal perubatan berdaftar yang terlatih.

Jelasnya, dari sudut perundangan, pusat kecantikan atau salon hanya boleh menjalankan rawatan kecantikan untuk di bahagian luar kulit atau luaran badan, sebaliknya botox adalah sejenis produk yang perlu disuntik ke dalam kulit.

Rumah Impian Bangsa Johor, 'hadiah Sultan Johor' pada rakyatnya


JOHOR BAHRU: Projek Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim, yang juga hasil cetusan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bakal menyaksikan rakyat negeri ini berpeluang memiliki rumah sendiri daripada serendah RM80,000.

Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp) Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim berkata inisiatif itu bukan setakat satu projek perumahan semata-mata tetapi ia adalah satu inovasi baharu dalam sektor perumahan yang boleh menjadi pencetus perubahan dalam sektor itu.

Prihatin dengan sesetengah rakyat yang mungkin dihimpit dengan kekangan kewangan, Yayasan Sultan Ibrahim juga bekerjasama dengan Bank Rakyat untuk kemudahan pembiayaan kepada bakal pembeli.

Kamaruzzaman berkata projek itu akan dilaksanakan oleh syarikat dalam kumpulannya, Johor Land Bhd secara usahasama dengan dua syarikat lain di dua kawasan iaitu Bandar Dato' Onn dan Bandar Baru Majidee.


Arahan penutupan Pulau Sembilan kekal - Zambry


IPOH: Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir bertegas bahawa kerajaan negeri tidak akan menarik balik keputusan untuk menutup Pulau Sembilan walaupun ianya mendapat tentangan daripada pelbagai pihaknya terutamanya golongan penggiat pelancongan.

Beliau berkata keputusan menutup pulau yang terkenal dengan "blue sand" itu adalah tidak lain untuk melindungi khazanah alam semula jadi sedia ada dan mengelak daripada kerosakan lebih teruk.

Menurut beliau walaupun penggiat pelancongan menyeru pulau itu terus dibuka dan kekal beroperasi namun kerajaan negeri menganggap ianya bukanlah satu isu utama berbanding kepentingan memelihara kecantikan pulau tersebut.

Tambah beliau, Exco Pelancongan Negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi telah diarah menyiasat perkara tersebut secara teliti dalam memastikan Pulau Sembilan kekal sebagai salah satu kawasan terindah di Perak dengan usaha pemuliharaan dan pemeliharaan.

Baru-baru ini, Nolee mengumumkan penutupan Pulau Sembilan berikutan kerja membaik pulih struktur pasir yang kini sudah tidak lagi begitu berkualiti.

Katanya, jumlah pelancong yang datang ke pulau berkenaan kini sudah berada di luar kawalan dan mencecah angka yang sepatutnya.

ESSCom sahkan dua rakyat Malaysia diculik Abu Sayyaf selamat


TAWAU: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) mengesahkan dua daripada lima rakyat Malaysia yang diculik kumpulan Abu Sayyaf sejak Julai tahun lalu, diselamatkan pasukan keselamatan Filipina dalam satu operasi di selatan republik itu.

Komander ESSCom, Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata dua tebusan itu adalah Tayudin Anjut, 46, dan Abdul Rahim Summas, 63, iaitu kru kapal tunda Serudong Tiga yang diculik oleh pengganas Abu Sayyaf di perairan Dent Haven di Lahad Datu pada 18 Julai lalu.

Ditanya lanjut mengenai lokasi terkini Tayudin dan Abdul Rahim, beliau berkata kedua-dua mangsa masih berada di kem tentera di Filipina untuk menjalani proses tertentu.

Sebelum ini, media asing melaporkan, kedua-dua mangsa yang dalam keadaan lemah dan tidak sihat diselamatkan oleh bot pasukan peronda Marin Filipina di perairan Pulau Pata di selatan Filipina.

Sehingga kini, tiga lagi warga Malaysia masih ditahan pengganas Abu Sayyaf iaitu Fandy Bakran, 27, Mohd Jumadil Rahim, 24, dan Mohd Ridzuan Ismail, 33, yang juga kru kapal tunda Serudong Tiga.

Bapa perlu diberi cuti sebulan jaga isteri bersalin - MTUC
                              

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mencadangkan agar cuti bersalin untuk bapa diberikan selama sebulan kepada kakitangan kerajaan dan swasta dengan bayaran gaji penuh.

Setiausaha Agungnya, J. Solomon berkata, ia berikutan cuti sedia ada yang diperuntukkan untuk pekerja disifatkan sebagai tidak mencukupi.

Ketika ini, cuti bersalin untuk bapa adalah selama tujuh hari untuk kakitangan kerajaan, manakala bagi kakitangan swasta bergantung kepada majikan masing-masing atau dipanggil cuti ihsan.

Cadangan MTUC itu juga susulan kebanyakan kes melibatkan pospartum psikosis atau meroyan yang dihadapi ibu-ibu selepas bersalin sehingga ada antara mereka yang bertindak mencederakan atau lebih menyayat hati membunuh bayi mereka.

Cuti yang lebih panjang untuk suami menjaga isteri dan anak dengan lebih baik dan mengatasi masalah perubahan emosi wanita selepas bersalin.

Oleh itu katanya, penjagaan rapi ibu bersalin oleh keluarga terutama suami akan dapat memastikan kejadian berkenaan tidak akan berulang.

Tambahnya, sekarang adalah masa yang sesuai untuk melaksanakan cadangan berkenaan selaras dengan keperluan institusi keluarga dan ke arah matlamat negara menuju kepada sebuah negara maju.

Mengikut Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Norway direkodkan sebagai negara paling banyak memberikan cuti bersalin bergaji untuk bapa iaitu 112 hari.

Bagaimanapun, Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menegaskan sekarang bukan masa sesuai untuk melaksanakan cuti bersalin sebulan untuk bapa dengan bayaran gaji penuh.

Pengarah Eksekutifnya, Datuk Shamsuddin Bardan menjelaskan langkah itu hanya akan menjejaskan kos operasi dan produktiviti syarikat.

"Hari bekerja di Malaysia masa ini kebanyakannya di sektor kerajaan dan swasta adalah lima hari seminggu. Jika tolak dengan cuti tahunan, sakit wanita, dan umum, maka purata hari bekerja hanya 220 hari sahaja setahun. Jadi kalau tolak lagi 20 hari maka purata kerja adalah kurang 200 hari setahun, ini akan menjejaskan kos operasi syarikat dan produktiviti syarikat.

"Kalau kita lihat kos yang akan timbul, di Malaysia pada masa ini kita ada setengah juta kelahiran, dan jika kita melihat kepada kos berkenaan dengan gaji purata kira-kira RM2,800 sebulan, jadi kos berkenaan akan menjadi kira-kira RM1.4 bilion kalau kita beri cuti bersalin untuk sebulan bergaji," katanya semasa dihubungi Astro AWANI.

Justeru, MEF menegaskan polisi-polisi sedemikian tidak seharusnya diperkenalkan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini.

Paling penting katanya majikan perlu diberi peluang untuk terus beroperasi agar kebanyakan syarikat akan dapat bertahan dengan situasi ekonomi pada masa sekarang.

Beliau pada masa sama mahu satu kajian dibuat jika benar dakwaan bahawa meroyan atau pospartum psikosis yang dialami wanita selepas bersalin boleh dirawat jika suami sentiasa berada di sisi mereka.

KKM sah tiada jangkitan H5N1 kepada manusia di Kelantan



BALIK PULAU: Kementerian Kesihatan mengesahkan tiada jangkitan wabak selesema burung (H5N1) daripada ayam kepada manusia dilaporkan setakat ini di Kelantan dan menasihatkan orang ramai supaya tidak panik.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata setakat ini tiada laporan jangkitan H5N1 itu kepada manusia dan hanya melibatkan ayam kampung para penternak kecil-kecilan sahaja.

Beliau turut mengesahkan wabak H5N1 ini hanya berlaku di Kelantan sahaja dan tidak merebak ke negeri lain, terutamanya di Terengganu.

Kerajaan Kelantan pada 15 Mac lepas mengisytiharkan H5N1 sebagai bencana negeri selepas beberapa ayam kampung mati akibat wabak berkenaan di Kampung Pulau Tebu, Tunjong di sini pada 6 Mac lepas.



LUAR NEGARA



Lelaki letupkan diri berhampiran lapangan terbang Bangladesh



DHAKA: Seorang lelaki yang membawa bom bertindak meletupkan dirinya sendiri di hadapan sebuah pusat pemeriksaan polis berhampiran lapangan terbang antarabangsa Bangladesh pada Jumaat.

Kumpulan militan Daish mendakwa telah melakukan letupan berkenaan.

Kumpulan itu berkata, kejadian itu telah membunuh dan mencederakan ramai pegawai namun tiada jumlah yang disahkan oleh pihak berkuasa.

Letupan itu merupakan kejadian ketiga yang melibatkan bahan letupan di ibu negara tersebut dalam tempoh seminggu.

Sebelum ini, polis menembak mati militan yang dikehendaki kerana cuba menyeberangi pusat pemeriksaan keselamatan dengan motosikal sambil membawaa bahan letupan di kawasan Khilgaon, Dhaka.

Sehari sebelum itu, seorang pengebom bunuh diri meletupkan dirinya di pangkalan pasukan keselamatan, sekali lagi berhampiran dengan lapangan terbang Dhaka, mencederakan dua pegawai polis.

Hosni Mubarak dibebaskan


KAHERAH: Selepas enam tahun menjalani tahanan di hospital sejak 2011, bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak dibebaskan.

Mubarak yang dibebaskan pada Jumaat, sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada 2012.

Mubarak meninggalkan Hospital Tentera Maadi, lokasi beliau ditahan sejak enam tahun lalu menuju ke rumahnya di Heliopolis.

Pada awal bulan ini, mahkamah rayuan membebaskan Mubarak daripada dakwaan membunuh penunjuk perasaan ketika "kebangkitan Arab" pada 2011 yang mengakhiri pemerintahannya selama 30 tahun.

Sejak ditahan pada 2011, Mubarak, 88 tahun, menjalani rawatan di Hospital Tentera Maadi.

Selepas telan hampir 1,000 syiling, akhirnya Omsin si penyu 'Piggy Bank' pergi jua


BANGKOK: Piggy Bank, penyu yang sebelum ini menjalani pembedahan untuk mengeluarkan hampir 1,000 syiling dari dalam perutnya awal bulan ini, mati.

Reuters melaporkan, satu kenyataan yang dikeluarkan pusat kesihatan dan kajian Hospital Chulalongkorn menyebut, haiwan itu mati tepat jam 10.10 pagi.

Piggy Bank, yang juga dikenali dengan nama Omsin, sebelum ini menjalani pembedahan selama tujuh jam untuk membuang syiling seberat 5 kilogram di dalam perutnya.

Syiling yang terkumpul itu juga membuatkan cangkerang belakangnya meretak, yang menjadi salah satu punca mengapa pembedahan tersebut perlu dilakukan.
Penyu malang itu dipercayai memakan syiling-syiling yang dibuang ke dalam sebuah kolam awam di wilayah Chonburi, di mana ia tinggal.

Syiling-syiling itu dibuang ke dalam kolam berkenaan untuk meminta tuah (good luck), satu amalan biasa masyarakat di negara itu.

Sebelum ini, Omsin dilaporkan sembuh dengan baik dari pembedahan, namun keadaannya tiba-tiba menjadi lebih teruk hujung minggu lalu akibat jangkitan darah yang dipercayai berpunca daripada syiling-syiling yang ditelannya sebelum ini.       

Serangan Westminster: Penyerang tikam polis di Parlimen Britain ditembak mati


LONDON: Seorang penyerang dilaporkan telah ditembak mati di luar bangunan Parlimen oleh anggota polis bersenjata menurut jurucakap Dewan Rakyat Britain pada Rabu selepas beberapa tembakan kuat kedengaran yang mengakibatkan sekurang-kurangnya sedozen orang awam di jambatan berdekatan.

Penyerang didakwa ditembak oleh polis bersenjata dan ambulans kini sudah berada di lokasi kejadian untuk menyelamatkan orang awam yang tercedera.

Perdana Menteri Britain, Theresa May yang sedang bersidang di bangunan Parlimen dilaporkan berada dalam keadaan selamat.


POLAND

Polish PM joins EU heads to sign Rome declaration

Polish Prime Minister Beata Szydło on Saturday joined the heads of the 27 countries which will remain in the EU following Brexit to reaffirm their support for the Union.


The summit marked 60 years since the founding of the European Economic Community.

The Rome summit was seen as an important step towards EU unity following the UK's decision to leave the bloc.

Attending were the heads of the 27 countries which will remain in the Union, as well as top EU officials, including European Council president Donald Tusk.

The Polish PM had said earlier this week that she would not accept the declaration if it did not address issues that are a priority for Poland.

Eleven taken to hospital in Polish anthrax scare

Eleven people have been taken to hospital for observation following an anthrax scare at a district court in Koszalin, northwestern Poland, public broadcaster TVP has reported.


The 11 were taken to hospital and 180 were evacuated after a suspicious package was delivered to the court on Tuesday, TVP reported.

Two cards were found with a warning that an envelope with powder inside contained Anthrax bacteria, and that explosives had been planted in the court building, the IAR news agency reported.

According to a fire department spokesman, four firefighting teams and a chemical and ecological rescue team are at the scene, TVP said.

“We received information from a court employee that a package was opened, containing a suspicious substance and information from the package that the substance was most likely anthrax,” the spokesman told TVP.

Poland in 46th place in World Happiness Report

Norway is at the top of an annual survey which ranks 155 countries by their happiness levels.


Sponsored by the Sustainable Development Solutions Network for the United Nations, the World Happiness Report is compiled on the basis of data relating to life expectancy, Gross Domestic Product per capita, social support, generosity, freedom to make life choices and perceptions of corruption.

The remaining countries in the top ten are Denmark, Iceland, Switzerland, Finland, the Netherlands, Canada, New Zealand, Australia and Sweden

Poland’s 46th position is a tangible improvement over the 2016 report, in which this country was in 57th place.

Poland is ahead of countries such as Italy (48th place), Japan (51st) and Portugal (89th).

The World Happiness Report, the fifth one to come out since 2012, is published on the International Day of Happiness, which is marked on 20 March.


Image result for spread happiness

                                







Feb 19, 2017

PERBAIKI BACAAN ALQURAN

Assalamualaikum wbt semua!

Semoga yang sedang membaca dalam keadaan sihat keduanya rohani dan jasmani. Bila kita berkata tentang sihat,kadang-kala atau selalunya kita akan terfikir hanya keadaan fizikal kita.Bah kan, rohani kita juga memerlukan penjagaan yang baik. Pernah dengar orang kata “Penat otak lagi penat daripada penat badan”? Kenapa kita boleh rasa sedemikian? Ingin dikatakan disini bahawa penat badan bukanlah segalanya,dan ada lagi yang lebih penting perlu dijaga.Iaitu rohani kita.

Alhamdulillah kita semua boleh membaca alQuran, dan mampu untuk membaca berulang-ulang kali,ada yang membaca setiap minggu,ada juga yang membacanya setiap hari. Ada yang meletakkan target dalam satu hari wajib membaca sekuranya-kurangnya 5 mukasurat, ada juga inisiatif seperti ODOJ( One Day One Juz ) atau ODHJ (One Day Half Juz). Alhamdulillah anda telah dapat pahala yang sangat besar InsyaAllah.


Rasulullah bersabda :
"Bacalah olehmu Al-Qur'an, maka sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat memberi syafaat/pertolongan ahli-ahli Al-Qur'an (yang membaca dan mengamalkannya)." 
(HR. Muslim)


Tetapi InsyaAllah lebih banyak pahala kita jika kita membaca alQuran dengan begitu baik dan tartil sekali. Allah juga ada menyebut di dalam alQuran seperti mengarahkan kita untuk membaca ayat-ayat suci ini dengan baik dan betul.

‎                                       وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلا

“dan bacalah Al Qur’an dengan tartil” 
(QS. Al Muzammil: 4)


Tartil itu maksudnya dari segi bahasa adalah perlahan-lahan dan tidak tergesa-gesa. Daripada segi istilhnnya adalah membaca dengan pelan dan membaguskan bacaannya dengan tajwid serta bertadabbur dalam hati akan isi setiap ayat yang dibaca. 


"Ini adalah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya". (QS. Shaad : 27)


JOM PERBAIKI KESALAHAN-KESALAHAN BIASA KETIKA MEMBACA ALQURAN

1. Selalu kan nampak tanda-tanda seperti ini dalam saiz yang kecil diselitkan atas ayat-ayat alquran? Inilah maksudnya sebenarnya. InsyaAllah selepas hafal maksud huruf-huruf ini, akan kebih cantik bacaan kita. 




2. Cara sebut huruf-huruf makhraj tidak berapa mahir? Atau sebenarnya taidak sedar kita menyebutnya salah selama ni? Nak belajar tetapi susah untuk difahami kalau diterangkn dalam bentuk ayat? Sekarang mudah, jom kita tengok video! Banyak video tentang makhraj di Youtube, tetapi ini salah satu video yang ringkas dan mudah difahami. 



Cuba mengulang-ulang cara sebutan ini, InsyaAllah akan lebih cantik bacaan alQuran! 


3. Macam mana dengan dengung atau cara menyebut apabila huruf tertentu bertemu dengan huruf tertentu? 

 



Pada permulaan , jika susah untuk menghafal istilah-istilah arab itu, tidak mengapa, hafal lah huruf- huruf yang terlibat. 

4. Dan jangan lupa untuk peka dengan panjang pendek bacaan ye! 

InsyaAllah jika diberi perhatian kepada 4 perkara asas di atas, bacaan kita akan lebih cantik. Apabila sudah menguasainya, maka mudahlah untuk belajar dengan lebih mendalam tentang tajwid dan cara bacaan yang lebih mendayu-dayu orang kata. 

InsyaAllah Allah akan melihat usaha kita untuk berada dengan lebih dekat dengan alquran dan membacanya dengan seperti apa yang diperintahkan Allah.Semoga bermanfaat untuk semua. 

Jan 17, 2017

[AMARGlobal] WEEKLY WRAP UP (09/01/2017 - 16/01/2017)


DALAM NEGARA:





GEMPA BUMI

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.5 pada skala Richter melanda utara Sumatra, Indonesia malam ini.
Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan berkata gempa bumi itu berpusat 35 kilometer (km) barat daya dari Binjai, Indonesia dan 264km barat daya dari Lumut, Perak.
Gegaran gempa bumi yang berlaku pada pukul 8.42 malam itu turut dirasai di Semenanjung Malaysia, demikian menurut kenyataan itu. - Bernama

BAYI BARU LAHIR DIBIAR DALAM KOTAK TEPI JALAN


KANGAR - Seorang bayi lelaki yang baru lahir ditemukan  di dalam sebuah kotak di tepi jalan masuk ke sebuah pasar raya di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, polis menerima panggilan mengenai perkara itu pada pukul 7.10 pagi.
"Bayi itu dibalut dengan kain dan diletakkan di dalam sebuah kotak. Di dalam kotak itu turut terdapat cadar, tuala, seluar bayi dan dua anak patung," katanya.
Beliau berkata, bayi itu kemudiannya dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah di sini. - Bernama

Pemeriksaan percuma Puspakom bermula Isnin depan




SHAH ALAM - Sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina ini, pemilik kenderaan persendirian berpeluang mendapatkan pemeriksaan kenderaan secara percuma di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bermula Isnin depan hingga 27 Januari.
Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom Mohammed Shukor Ismail dalam kenyataan hari ini berkata, pemeriksaan boleh dibuat di Puspakom seluruh negara kecuali di cawangan Shah Alam; Taman Bukit Maluri, Kuala Lumpur; Mak Mandin, Pulau Pinang dan Kota Bharu, Kelantan.  Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian bebas tol Puspakom 1-800-88-6927 atau layari laman sesawang Puspakom di www.puspakom.com.my.

LUAR NEGARA



Turkish cargo Boeing 747 crashes in Kyrgyzstan





A Turkish cargo jet has crashed near Kyrgyzstan's Manas airport, killing at least 37 people, most of them residents of a village struck by the Boeing 747 as it tried to land in dense fog, Kyrgyz officials said.
Kyrgyz authorities earlier on Monday had stated that the aircraft belonged to Turkish Airlines, a claim the company denied.

ACT Airlines said it was "deeply saddened" by the accident and noted that "the cause of the accident is unknown."


Around 43 houses were damaged by the crash, according to the emergency services ministry.


"The plane crashed into the houses, it killed entire families," one eyewitness told AFP news agency, speaking on condition of anonymity.


"There's nothing left of the houses, people were killed with their whole family, their children. Many people were sleeping."


Prime Minister Sooronbai Jeenbekov was heading a specially-appointed government commission to probe the crash and the country's state prosecutor also opened an investigation.


Kyrgyz President Almazbek Atambayev cancelled his visit to China to return to Bishkek, according to Kyrgyz media.



Authorities said the country will observe a day of mourning on Tuesday.


Sekolah sarkas pelarian






MARDIN yang merupakan sebuah kota purba menakjubkan di sempadan Turki dan Syria, telah menyaksikan kemasukan besar-besaran golongan pelarian sejak konflik tercetus di beberapa negara Timur Tengah pada 2011.
Kajian menunjukkan kanak-kanak dan remaja adalah golongan paling ramai dalam komuniti pelarian terbabit.
Menurut laporan Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia, lebih 700,000 budak dan remaja pelarian Syria mendapat perlindungan di Ankara - 400,000 daripadanya terlepas sesi persekolahan.
Satu daripada cabaran utama yang dihadapi mereka adalah hala-ngan bahasa kerana kebanyakan sekolah di Turki tidak menawarkan kurikulum dalam bahasa Arab walaupun kerajaan memberi respons yang positif terhadap krisis pelarian tersebut.
Keadaan itu menyebabkan ribuan kanak-kanak dan remaja pelarian terpaksa berdepan jurang pendidikan di negara ekonomi membangun tersebut.
Tetapi, sebuah pertubuhan, Art Anywhere Association yang berpusat di Mardin mempunyai pendekatan berbeza bagi mengurangkan halangan bahasa dengan menubuhkan sebuah sekolah sarkas.
Golongan tersebut boleh belajar kemahiran ahli sarkas seperti menjugel, mengimbangi tubuh dan objek serta bermain hula-hoop tanpa memerlukan kemahiran bahasa.
Aktiviti seumpama itu juga membolehkan mereka bersosial dan meningkatkan keyakinan diri masing-masing menerusi persembahan awam yang dapat membantu pendidikan mereka. - al-Jazeera

Penunjuk perasaan desak Netanyahu letak jawatan





TEL AVIV - ISRAEL. Kumpulan penunjuk perasaan berhimpun di laluan utama di sini, kelmarin bagi menuntut pengunduran Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu yang didakwa terlibat rasuah.
Mereka turut melaungkan slogan 'Penjarakan Netanyahu' dan 'Anda mencuri daripada orang miskin untuk diberikan kepada orang kaya' ketika menyertai bantahan tersebut.
Beliau kini disiasat di bawah beberapa tuduhan rasuah secara berasingan termasuk membuat tawaran kepada pemilik akhbar Israel untuk membuat liputan positif.
Selain itu, Netanyahu juga berdepan siasatan atas dakwaan menerima sumbangan haram dan hadiah bernilai kira-kira AS$100,000 (RM446,250) dalam bentuk cerut serta minuman alkohol.
Sebelum ini, pemimpin parti Likud itu juga disiasat selepas dipercayai menerima AS$1.1 juta (RM4.9 juta) daripada penipu dari Perancis, Arnaud Mimran untuk dana kempen ketika pilihan raya pada 2009. - AFP


Amaran kepada Trump



PARIS -PERANCIS.Kuasa besar dunia akan menghantar mesej jelas kepada Presiden baharu Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bahawa hanya penyelesaian dua negara antara Palestin dan Israel sebagai satu-satunya jalan perdamaian selain memberi amaran keras terhadap rancangannya yang mahu memindahkan Kedutaan AS ke Baitulmaqdis.
Kira-kira 70 negara termasuk Eropah dan anggota tetap Majlis Keselamatan PBB kini berada di Paris untuk menyertai sidang damai Timur Tengah yang bermula, semalam.
Bagaimanapun, Israel dan Palestin mengesahkan mereka tidak akan hadir dalam persidangan itu yang berlangsung hampir tiga tahun selepas rundingan damai pusingan terakhir antara kedua-dua belah negara tersebut menemui jalan buntu.
Difahamkan, persidangan itu menyediakan platform kepada negara antarabangsa untuk menghantar isyarat jelas kepada Trump, lima hari sebelum beliau mengangkat sumpah sebagai Presiden baharu AS.
Sebelum ini, Trump pernah berikrar untuk meneruskan dasar pro-Israel dan memindahkan Kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.
"Ia akan menjadi keputusan unilateral yang boleh mencetuskan lagi ketegangan," kata seorang diplomat kanan Perancis. - al-Arabiya



Jan 9, 2017

[AMARGlobal] WEEKLY WRAP UP (02/01/2017 - 08/01/2017)

DALAM NEGARA:

Jakim perjelas isu KFC haram

SHAH ALAM - Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan laporan berkaitan status halal KFC yang tular baru-baru ini.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan di laman rasmi Facebook, Jakim berkata, maklumat yang tersebar sejak tahun 2007 berkenaan laporan tinjauan Ustaz Daud Che Ngah ke loji pemprosesan ayam KFC adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali. Menurut Jakim, KFC (Malaysia) merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini.
"Proses pengeluaran Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah mengambil kira setiap ramuan dan proses yang berkaitan di dalam pengeluaran sesuatu produk dengan teliti oleh pakar Syariah dan juga Teknologi Makanan.
"Pegawai pemeriksa yang ditugaskan bukan sahaja membuat pemeriksaan dokumen, malah membuat pemeriksaan pematuhan berdasarkan Standard dan Prosedur SPHM di kawasan kilang yang mengeluarkan produk bagi memastikan apa jua pengisytiharan yang dibuat dipatuhi," jelas Jakim dalam satu kenyataan

Galak guna beg mesra alam, bukan suruh beli plastik

beg mesra alam

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor perlu menggalakkan penggunaan beg mesra alam sebagai alternatif kepada peraturan yang memperuntukkan bayaran 20 sen untuk satu beg plastik.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata, pengharaman penggunaan beg plastik di Selangor yang berkuat kuasa 1 Januari lepas dilihat tidak membantu matlamat mewujudkan persekitaran yang bersih.

"Matlamat untuk wujudkan persekitaran bersih tidak akan tercapai sekiranya kemudahan untuk membeli beg plastik disediakan.
"Justeru, alternatif lain perlu dirancang seperti menggalakkan pemberian beg terbiodegradasi yang lebih mesra alam, dan bukannya suruh rakyat beli beg plastik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebelum menyampaikan watikah pelantikan kepada 380 pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dan 380 setiausaha JKKKP Selangor, di sini hari ini.
Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Elizabeth Wong dilapor berkata bayaran 20 sen bagi penggunaan beg plastik itu adalah selaras dengan 'Kempen Selangor Bebas Plastik' yang berkuat kuasa 1 Januari lepas. - Bernama



Gesa jangan diskriminasi NGO bantu Rohingya

Syed Hamid Albar

KUALA LUMPUR - Kerajaan Myanmar diminta tidak mendiskriminasi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negara ini dalam melaksanakan misi bantuan kemanusiaan kepada rakyat negara itu khususnya etnik Rohingya.
Duta Khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi Myanmar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, Myanmar perlu bersikap adil terhadap semua negara Asean termasuk Malaysia.
"Mereka membenarkan Indonesia untuk bawa bantuan mengapa tidak benarkan Malaysia? Kita bukan datang dengan tujuan menghantar tentera untuk menggunakan kekerasan. Kita datang oleh kerana dunia tahu bahawa kaum terbabit di utara Rakhine atau di barat Myanmar memerlukan bantuan kemanusiaan.
"Saya harap mereka patuh kepada semangat Asean. Jangan pula diskrimasi negara ke negara," katanya selepas pelancaran 2017 sebagai Tahun Solidariti Antarabangsa Bersama Rohingya di sini hari ini. Syed Hamid berkata Malaysia berharap mendapat sokongan negara Asean lain dalam meminta Myanmar menghentikan kezaliman terhadap etnik Rohingya di negara itu.
Beliau berkata pihaknya sedang mengumpul maklumat dan dokumen sebagai bukti berhubung kekejaman yang berlaku di Myanmar untuk dibawa ke Mesyuarat Tergempar Majlis Menteri-menteri Luar OIC pada 19 Jan ini di Kuala Lumpur.
Mesyuarat itu bertujuan membincangkan situasi yang berlaku terhadap masyarakat minoriti Islam Rohingya di Myanmar dan sebagai isyarat kepada Myanmar  bahawa komuniti Islam dunia mahu kerajaan negara itu memastikan bantuan kemanusiaan sampai ke kawasan terjejas. – Bernama

Kenyataan Irwan bukti ekonomi Malaysia tenat

BENTONG - Kenyataan yang dikeluarkan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (MoF) Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah mengenai rakyat boleh guna BR1M beli Proton Iriz untuk menjadi pemandu Uber dan orang miskin tidak dikenakan GST menunjukkan bahawa keadaan ekonomi negara kita dalam keadaan yang tenat.
Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli mendakwa, berdasarkan kenyataan itu membayangkan dan menyakinkan rakyat dan pelabur satu dunia bahawa ekonomi Malaysia berkedudukan dalam keadaan yang rapuh.
Malah katanya, apabila kenyataan itu datang daripada ketua setiausaha perbendaharaan, kenyataan itu lebih teruk dan memalukan daripada kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh timbalan menteri.
“Apabila orang nombor satu dalam pentadbiran ekonomi negara kita yang bukan dari kalangan ahli politik bagi kenyataan yang lebih teruk, sebab itulah semua pelabur lari dan pelabur baru tidak masuk.
“Akibat daripada pelabur asing lari sebab itu nilai mata wang jatuh dan apabila nilai mata wang jatuh maka ekonomi pun jadi tidak baik yang menyebabkan harga barang pun naik,”katanya.
Beliau berkata sedemikian ketika ditemui pemberita dalam Program Sertai Invoke Jumpa Rafizi di Pusat Khidmat Keadilan Bentong di sini.

Malaysia sedia hadapi pembatalan TPP

TPP

IPOH - Malaysia bersedia menghadapi sebarang kemungkinan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) tidak diteruskan berikutan kenyataan bakal Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan menarik keluar negara itu daripada TPP.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan membayangkan negara ini mungkin menerima kesan negatif jika inisiatif itu tidak dilaksanakan kerana kajian mendapati TPP membantu meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta perolehan dan peluang pekerjaan.
Menurutnya, TPP akan gagal tanpa penyertaan AS memandangkan Washington adalah ekonomi terbesar dunia yang menguasai 40 peratus ekonomi global "Kalau AS tidak meneruskan TPP ini, saya rasa dia (Donald) juga akan menghadapi masalah kerana dia tidak sedar ini adalah satu trend yang mana 420 daripada 620 perjanjian perdagangan bebas telah dimuktamadkan.
"Jika AS memilih untuk menutup pintu bermakna barangan dia tak boleh dieskport dan barangan dari negara lain pun tidak boleh masuk dan ini akan menjejaskan ekonomi dunia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baharu Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Poi Lam di sini, hari ini.
Beliau mengambil contoh cukai import barangan elektrik dan elektronik yang dikenakan kepada Malaysia untuk memasuki pasaran AS kini adalah purata lima peratus namun dengan TPP, duti ke atas produk berkenaan akan dimansuhkan.
TPP merupakan perjanjian perdagangan bebas yang dirundingkan sebagai sebahagian besar daripada Perkongsian Ekonomi Strategik Trans-Pasifik sejak 2010.
Pakatan yang melibatkan 12 negara, iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, AS, Vietnam dan Malaysia, memuktamadkan rundingan TPP di Atlanta pada 5 Oktober 2015 dan menandatangani perjanjian itu di Auckland pada 4 Februari 2016.
TPPA yang dikatakan sebagai pakatan perdagangan terbesar, paling menyeluruh dalam sejarah dan dianggap sebagai perjanjian perdagangan utama, menetapkan standard yang tinggi dalam perjanjian pelbagai hala. – Bernama

TH pohon 8,000 kuota tambahan

Haji

GEORGETOWN - Tabung Haji (TH) akan memohon untuk mendapatkan kuota tambahan sebanyak 8,000 jemaah haji pada tahun ini daripada Kerajaan Arab Saudi.
Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata kuota jemaah haji yang diberikan oleh Kerajaan Arab Saudi ketika ini ialah 22,320 setahun.
"Kami berharap dapat menambah bilangan tersebut sehingga 30,000 berdasarkan anggaran jumlah keseluruhan penduduk ketika ini sebanyak 30 juta," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Misi Keamanan Ke Myanmar 'Food Flotilla For
Myanmar' di sini hari ini.
Menurutnya, beliau dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta beberapa wakil TH akan ke Arab Saudi pada 25 Jan ini untuk membincangkan perkara berkenaan.
"Kami akan berjumpa dengan Raja Salman (Raja Arab Saudi) dan Timbalan Putera Mahkota Mohammed Nayef serta Menteri Haji Saudi (Arab Saudi) untuk berbincang berhubung isu ini," katanya.
Dalam pada itu, Abdul Azeez memberitahu jika permohonan kuota tambahan itu berjaya, pihaknya akan mempertimbangkan satu mesyuarat bersama Anggota Lembaga TH untuk turut meningkatkan kuota jemaah haji bagi golongan muda. - Bernama

Ambil peluang cuti hujung minggu untuk melancong

Matta Fair

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia digalakkan mengambil peluang cuti hujung minggu yang panjang pada tahun ini untuk melancong di dalam negeri, negara serantau atau luar negara.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) Phua Tai Neng, walaupun persekitaran ekonomi agak mencabar, rakyat Malaysia perlukan rehat untuk menghilangkan tekanan.
"Meskipun keadaan ekonomi (pada masa ini), anda dan saya perlu bercuti untuk menghilangkan tekanan, sama ada di dalam, luar negara atau serantau," katanya pada sidang media selepas majlis pengundian bagi pempamer untuk Matta Fair 2017 di sini, hari ini.    
Pameran dwi tahunan itu katanya, akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini dari 17 hingga 19 Mac.    
Beliau berkata, terdapat 300 gerai pameran untuk pelancongan domestik berbanding 200 gerai pameran pada pameran September tahun lalu.
"Kami juga menyasarkan jualan sebanyak RM180 juta, sama seperti pameran sebelum ini," katanya dan menambah 100,000 pengunjung dijangka hadir ke pameran itu. - Bernama

Jualan barang kemas terjejas

emas


WALAUPUN harga emas di pasaran antarabangsa menunjukkan penurunan, harga barang kemas di Malaysia tetap kekal di paras tinggi, lapor Oriental Daily.
Mengikut tinjauan yang dilakukan, akibat kejatuhan nilai ringgit, kebanyakan kedai emas tidak dapat menurunkan harga kerana mereka menggunakan dollar Amerika dalam urusan jual beli.
Dijangkakan, jualan barang kemas akan terjejas sehingga 20 peratus walaupun perayaan Tahun Baharu Cina semakin hampir.
"Pada tahun lalu, nilai tukaran untuk AS$1 adalah RM3.80. Hari ini, nilainya meningkat kepada RM4.51. Itulah punca harga emas di negara kita naik walaupun harga telah menurun di pasaran antarabangsa.
"Sebagai contoh, harga emas 916 telah meningkat kepada RM205 segram," kata Pengerusi Persatuan Pengusaha Kedai Emas Melaka, Yap Eng Kee.
Menurutnya, ketika ini jualan barang-barang kemas merosot kerana ramai orang tertekan dengan kenaikan harga barang keperluan serta musim sesi persekolahan baharu.

Ringgit menjunam paras terendah

ringgit

SHAH ALAM - Mata wang ringgit menjunam ke paras terendah  iaitu RM4.5002 berbanding dolar Amerika Syarikat sejak krisis kewangan Asia 1998.
Menurut data dari Bloomberg, ringgit yang terus berdepan dengan tekanan melepasi paras psikologi RM4.50 pada jam 11.20 pagi, semalam.
Pergerakan ringgit terus menjunam untuk 40 minit seterusnya, mencecah paras RM4.5002 sedolar pada jam 12.22 tengah hari.
Kadar pertukaran dikeluarkan Bank Negara menunjukkan harga jualan AS$1 adalah RM4.5010 pada tengah hari.
Ringgit mencecah titik terendah pada nilai RM4.88 berbanding AS$1 pada Januari 1998.
Perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad kemudiannya memutuskan ringgit ditambat pada kadar RM3.80 berbanding dolar.
Malaysia menarik semula tambatan ringgit pada 2006, yang menyaksikan nilai mata wang negara meningkat berbanding dolar .
Pada kemuncaknya, ringgit mencapai purata bulanan RM2.987 berbanding dolar pada Ogos 2012.
Bagaimanapun, prestasi ringgit semakin lesu menjelang 2013 dan pada Julai 2015, ia terus menjunam melepasi peringkat kadar tambatannya pada RM3.80.

LUAR NEGARA

Pelan pengubahsuaian Syria diputuskan

Pelan pengubahsuaian Syria diputuskan

BEIRUT - SYRIA. Kerajaan Syria kelmarin memutuskan pelan kerja untuk memulihkan perkhidmatan, industri dan keselamatan di bandar utara Aleppo.
Menurut laporan media tempatan, Kabinet menyatakan telah mempunyai rancangan untuk mendapatkan bekalan air, elektrik dan bahan api, menilai bangunan yang boleh dibaiki serta membuka jalan supaya penduduk boleh kembali menjalani kehidupan dengan normal.
"Kabinet telah meluluskan satu pelan kecemasan dengan Kementerian Pelajaran untuk membaiki 50 sekolah di bahagian timur dalam tempoh enam bulan akan datang. Pada permulaan tahun akademik baharu, ia mahu 100 sekolah dibaiki," menurut laporan itu.
Pelan baik pulih turut termasuk pemulihan lima pusat kesihatan dan dua hospital, serta pengubahsuaian lapangan terbang Aleppo dan landasan kereta api sepanjang 18 kilometer.
Selain itu, kerajaan juga merancang untuk memulihkan industri kerana Aleppo merupakan bandar paling ramai penduduk sebelum perang, selain kuasa besar perdagangan dan perindustrian. - Reuters

Bantah zon pelaburan China

Bantah zon pelaburan China

HAMBANTOTA - SRI LANKA. Polis di Sri Lanka terpaksa menggunakan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang membaling batu bagi membantah rancangan zon pelaburan disokong China.
Penunjuk perasaan mendakwa kerajaan Presiden Maithripala Sirisena cuba mengusir ribuan keluarga dalam usaha menyediakan tanah seluas 6,070 hektar bagi projek zon perindustrian untuk pelabur China.
Zon terletak di selatan bandar Hambantota dan China telah membina sebuah pelabuhan serta lapangan terbang bernilai AS$1.5 bilion (RM7 bilion).
Duta Besar China ke Sri Lanka, Yi Xianlang berkata, ini adalah masanya untuk Beijing membantu negara lain yang memerlukan pelaburan.
"Zon pelaburan ini akan menjadi sebuah projek ekonomi kerajaan paling penting dan jika semua berjalan lancar, China akan melaburkan AS$5 bilion (RM22 bilion) dalam tempoh tiga hingga lima tahun dan mewujudkan 100,000 pekerjaan," jelasnya. - Reuters

Permukaan ais Antartika akan pecah

Permukaan ais Antartika akan pecah

SEPULUH peratus permukaan Antartika yang retak sejak Ogos akan pecah dan mencipta bongkah ais (iceberg) gergasi seluas 5,000 kilometer persegi.
Menurut laporan CNN, kawasan tersebut yang dikenali sebagai Larsen C terletak di barat Antartika.
Retak Larsen C mula-mula dikesan oleh pasukan penyelidik, Project Midas pada Ogos.
MIDAS juga melaporkan retak Larsen C semakin bertambah sebanyak 22 kilometer dalam tempoh enam bulan.
Pada Disember, retak Larsen C semakin teruk dan bertambah sebanyak 18 kilometer untuk tempoh sebulan.
"Apabila ia berpisah, Larsen C akan kehilangan lebih sepuluh peratus permukaannya dan mengubah landskap Antartika," kata Ketua Penyelidik Midas, Profesor Adrian Luckman.
Midas mengatakan, risiko untuk seluruh permukaan Larsen C untuk menjadi tidak stabil selepas berpecah adalah tinggi.
Midas bagaimanapun gagal mengaitkan peningkatan suhu dunia sebagai punca fenomena berkenaan.
Pada 2002, 'jiran' Larsen C, Larsen B berpecah dari permukaan utama dan menjadi serpihan kecil, manakala pada 1995 pula, Larsen A pecah pada kadar yang sama.

Perang dingin baharu?

Perang dingin baharu?

MAJALAH Forbes menamakan Presiden Rusia, Vladimir Putin sebagai individu paling berkuasa di dunia susulan tindakannya 'merampas' wilayah Crimea di Ukraine dan campur tangan di Syria telah menjadikan Moscow sebagai kuasa paling kuat tanpa kita sedar ketika ini.

Bagaimanapun, Barack Obama pada akhir bulan lalu telah mengumumkan sekatan terhadap kuasa besar itu sebagai tindak balas terhadap dakwaan Rusia campur tangan dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) pada 8 November lalu.

Tindakan segera Obama sebelum penggal perkhidmatannya yang berakhir 20 Januari ini telah mencetus pelbagai reaksi dan kebimbangan terhadap hubungan diplomatik antara AS dan Rusia yang dikhuatiri akan mencetus perang dingin baharu.

Kremlin turut mengecam sekatan baharu itu yang didakwa melanggar undang-undang selain berikrar 'membalas dendam' walaupun Putin menyatakan beliau enggan bertindak balas dengan keputusan Obama sebaliknya akan berusaha memulihkan hubungan dengan Washington apabila ia berada di bawah kepimpinan, Donald Trump.  

Sekatan adalah respons ke atas serangan siber  digelar Grizzly Steppe dipercayai didalangi Moscow terhadap parti Demokrat yang membawa kepada kemenangan mengejut Trump.

Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) turut memberi butiran bagaimana penggodam Rusia menceroboh emel pegawai Demokrat bagi mempengaruhi pilihan raya AS.

Laporan bersama setebal 13 muka surat itu mendedahkan Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan (FSB) telah menghantar emel malware kepada lebih 1,000 penerima termasuk kerajaan AS pada pertengahan 2015.

FBI mendakwa penggodam dapat akses curi maklumat sensitif termasuk emel dalaman yang membawa kepada kebocoran data beberapa anggota kanan parti.

Menurut laporan FBI, antara sasaran FSB adalah Jawatankuasa Demokrat Kebangsaan (DNC) yang sekali lagi digodam pada awal 2016 oleh Agensi Risikan Utama (GRU).

Ia dipercayai telah menggunakan kaedah spearphishing (menyamar sebagai individu sasaran) dan kempen menyasarkan pertubuhan kerajaan, infrastruktur kritikal, badan pemikir, universiti, badan politik serta syarikat.  

Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan FBI kini percaya insiden yang didedahkan laman pembocor maklumat, WikiLeaks bukan semata-mata bertujuan mengganggu proses pilihan raya AS tetapi lebih khusus untuk menewaskan Clinton, sekali gus membantu kemenangan simpati Trump.

Rusia bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya tuduhan berkaitan penggodaman itu.

Ratu Elizabeth nyaris ditembak

Ratu Elizabeth

SEBAGAI salah seorang monarki di United Kingdom (UK), Ratu Elizabeth mempunyai berpuluh-puluh pengawal bersenjata yang ditugaskan mengawal keselamatannya.
Namun begitu, satu kesilapan kecil oleh Ratu Elizabeth hampir menyebabkan beliau menjadi mangsa tembakan pengawalnya sendiri.
Menurut laporan Independent UK, Ratu Elizabeth mempunyai kesukaran untuk tidur pada waktu-waktu tertentu.
Insomnia yang melanda menyebabkan ratu berumur 90 tahun berkenaan memakai kot dan keluar dari biliknya untuk bersiar-siar.
Pada suatu malam, Ratu Elizabeth menyelinap dari biliknya pada jam 3 pagi untuk bersiar-siar.
Seorang pengawal menyedari tindakan Ratu Elizabeth menyelinap dan menyangka beliau penceroboh.
"Siapa itu?" kata pengawal tersebut memberi amaran dalam gelap malam.
Selepas melihat dengan lebih dekat, barulah pengawal tersebut menyedari individu tersebut adalah Ratu Elizabeth sendiri.
"Gila, Tuanku, saya hampir tertembak awak," kata pengawal tersebut tanpa menyedari tutur katanya.
Walaupun beliau tahu beliau tidak patut berkata sedemikian kepada ratunya, Ratu Elizabeth 'tidak kisah' kerana telah menimbulkan situasi yang janggal.
"Tak mengapalah. Lain kali saya beritahu awak awal-awal supaya awak tidak perlu tembak saya," kata Ratu Elizabeth.
Kejadian yang berlaku di Istana Buckingham tersebut yang diceritakan oleh pengawal berkenaan yang telah meletak jawatan kepada The Times.

Dua maut, 10 cedera serangan ganas di Turki

Dua maut, 10 cedera serangan ganas di Turki

ANKARA - TURKI . Sekurang-kurangnya dua maut manakala 10 cedera dalam kejadian keganasan terbaru di bandar Izmir, kelmarin empat hari selepas serangan berdarah ketika ambang Tahun Baharu yang meragut  39 nyawa.
Timbalan Perdana Menteri, Veysel Kaynak memberitahu, seorang anggota polis dan kakitangan mahkamah terbunuh selepas sebuah kereta meletup di luar mahkamah yang dipercayai didalangi Parti Pekerja Kurdistan (PKK).
Sementara itu, Gabenor Izmir, Erol Ayyildiz berkata, anggota polis terbabit cuba hentikan kereta itu sebelum meletup, namun penyerang terbabit cuba melarikan diri hingga mencetuskan insiden berbalas tembakan yang menyebabkan tujuh individu cedera.
"Fethi Sekin yang maut dalam kejadian itu layak digelar sebagai hero kerana dia berusaha mengelakkan lebih ramai menjadi korban pengeboman tersebut selain turut mengejar penyerang terbabit. Dua militan terbunuh manakala seorang lagi berjaya melarikan diri," jelasnya.
Agensi berita Anadolu melaporkan, dua suspek telah ditahan tetapi tidak jelas sama ada mereka adalah militan yang terlibat dalam insiden berbalas tembakan terbabit.   
"Dua kalashnikov, tujuh roket dan lapan bom tangan dirampas. Penyerang mungkin merancang serangan ganas di dalam kompleks mahkamah terbabit," menurut laporan itu lagi.  - AFP

Dihukum penjara 7 tahun, aktivis terkenal Mesir dibebas

KAHERAH - MESIR . Aktivis terkenal ketika revolusi kebangkitan rakyat di Mesir pada 2011 telah dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara tujuh tahun.
Menurut peguamnya, pembebasan Ahmed Maher, 36, yang menjadi simbol Arab Spring yang menggulingkan bekas Presiden Hosni Mubarak dibuat, kelmarin.
Difahamkan, Maher akan menghabiskan baki hukuman tiga tahun di bawah pengawasan di kediamannya di Kaherah.   
Maher disabit bersalah pada 2013 kerana menyertai protes selepas kerajaan mengharamkan sebarang perhimpunan awam diadakan di negara itu.
Pengasas Gerakan Pemuda 6 April itu menggunakan media sosial untuk menarik sokongan belia di Mesir yang turut membawa kepada pengunduran Mubarak pada Februari 2011. - al-Jazeera

Tolak resolusi PBB
Tolak resolusi PBB

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT . Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) meluluskan langkah dwipihak untuk menolak resolusi Majlis Keselamatan PBB (UNSC) yang mengecam aktiviti penempatan haram Israel di wilayah Palestin.
Usul yang mendakwa resolusi tersebut kononnya sebagai 'penghalang kepada usaha damai Israel-Palestin' itu mendapat 342 undi sokongan manakala 80 menolak.
Menurut dokumen itu, keputusan pentadbiran Presiden Barack Obama untuk berpendirian berkecuali dan tidak menggunakan kuasa veto telah 'melemahkan' dasar Washington yang melindungi Tel Aviv  selama beberapa dekad.
"AS seharusnya menolak dan guna kuasa veto terhadap mana-mana resolusi UNSC yang sebelah pihak dan anti-Israel," jelas usul itu lagi yang dijangka turut dibentangkan di Senat.
Dalam perkembangan berkaitan, Jordan beri amaran kepada Presiden baharu AS, Donald Trump terhadap 'bencana' yang bakal berlaku jika ia meneruskan janji memindahkan Kedutaan AS di Tel Aviv ke Baitulmaqdis.
"Langkah seumpama itu akan menjejaskan hubungan diplomatik Washington dengan sekutu di rantau Arab termasuk Jordan. Amman akan menggunakan segala saluran politik dan diplomatik untuk menghalang rancangan tersebut," kata Menteri Maklumat, Mohammed Momani.  
Sementara itu, Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) turut beri amaran berhubung cadangan pemindahan itu dengan menegaskan seluruh Kedutaan AS di Timur Tengah akan ditutup jika tetap berdegil dengan keputusan tersebut. - Agensi

480 maut kemalangan ketika sambutan Tahun Baru

BANGKOK - THAILAND. Hampir 480 orang maut dalam kemalangan jalan raya di Thailand pada cuti Tahun Baharu, angka rasmi pada Khamis, 25 peratus kenaikan dalam tempoh yang sama tahun lalu, iaitu sepanjang  "tujuh hari berbahaya" dan disebalik amaran keras kerajaan terhadap orang ramai yang memandu dalam keadaan mabuk.
Thailand mempunyai beberapa jalan paling berbahaya di dunia ditambah dengan kenaikan mendadak pengguna jalan raya pada sambutan Tahun Baharu ekoran berjuta-juta pekerja di bandar pulang ke kampung halaman.
Kerajaan Junta Thailand melancarkan tindakan keras pada pemandu mabuk sejak rampasan kuasa sejak 2014 termasuk meluluskan hukuman yang lebih berat bagi pesalah dan memaksa pemandu untuk melawat bilik mayat dan melihat sendiri mayat mangsa kemalangan.
Namun angka kematian melonjak kepada 478 daripada 380 yang dicatatkan dalam tempoh masa yang sama pada tahun 2016, menurut Jabatan Pencegahan Bencana, Kementerian Dalam Negeri.
"Sebab utama adalah memandu dalam keadaan mabuk dan memandu laju," kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Suthee Markboon, sambil menambah majoriti 3,919 kemalangan melibatkan penunggang motosikal.
Pihak tentera berkata, pegawai menahan 67,000 orang memandu dalam keadan mabuk dan menyita lebih 4,000 kereta diantara 29 Disember dan 4 Januari.
Kemalangan ngeri menyaksikan 25 orang terbunuh pada Isnin apabila sebuah mini van dan trak pikap bertembung di wilayah di Chonburi.
Pakar berkata,  tidak memakai topi kaledar di kalangan penunggang motosikal adalah faktor utama menyumbang kadar kematian yang tinggi.