Aug 26, 2010

Mat Bangla!




“Ko ni macam bangla la~!” ujar Abu kepada Musa..

”Suke2 hati ko je ek ckp org cmtu..engko la cm bangla!,” balas Musa.

Entah mengape...bila ade orang kate kat kita mcm bangla, vietnam, pakistan carpet, kita akan rase marah..kite akan melenting..

Adekah kite rase...yang kite ni, lagi mulia dari dorg…

Bangsa kite ni...bangsa yang lebih bgus dari dorg…

Rupa kite ni, lagi macho..lagi cute..lagi smart dari dorg?

Apa2 pun, aku minta korg, jgn la sekali2 lupa...dikeluarkan iblis itu(captain malaikat) dari syurga itu kerana sifat egonyer~!!

”...Aku lebih baik daripadanya. Engkau ciptakan aku dari api sedang Engkau ciptakan dia dari tanah"

–surah Al-A’raf:12@surah shad:76-


Lupa sudahkah kita pada firman Allah:

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa -bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.

-surah alhujurat:13-

Lupakah kita yang mulianya kita adalah kerana taqwanya kite kepada Allah? Bkn kerana cantiknya paras rupa kita..

Aku sedey..sedey bila mengenang nasib kaum sendiri..mane taknyer, rata2 ahli jemaah surau dan masjid kat kampong aku nih, majoritinya terdiri dari mat2 bangla…mat2 yang kite asyik dok kutuk tu la..


(gambar ni hiasan jer...bkn masjid umah aku pun..)


Baik aku pegi time subuh ke, zohor ke, asar ke, maghrib ke, ataupun isyak..dioraaaaaaaang jer penuh..pelik aku…org kite bukan main hina mat2 bangla ni…tp yang imarahkan masjid n surau kat kampong ni..mat2 bangla ni jgk la..malu..malu..fardhu kifayah kite, dorg yg tunaikan..

Kalau time terawih tu..3 daripada 5 saf solat tu, kompom2 muke dorg...padahal, ade 6 blok flat betol2 sebelah surau tuh..kalau satu umah hnto wakil sorg, dah pecah dah surau tu gamaknyer~! Penuh sgt..


(flat ni bkn flat kat umah aku..aku carik dalam tenet jer..)


Mane pergi melayu kite?? Mane pergi anak bangsa??

Aku bukan nak bangga diri..bukan nak kate bgus...dan bukan jgk nak minta puji..tapi kat kampong aku tu..baik aku pegi surau ke, atau masjid ke..aku sorg je la anak muda yang sama2 solat jemaah kat situ..aku, bapak aku yg dah pencen tu..n 4-5 org lagi pakcik2 tua…muke tuuuuu je laa yang ade tiap2 waktu solat..

bayangkan ek…xde insan yg dalam lingkungan umur 17-29thn datang solat jemaah kat surau@masjid utk mane2 waktu solat…berat x??…beraaaaaaattttt(org ramai)….abis tu? mane pegi??

Kalau bab2 debat…8 ke 20?? Mane satu sunnah?? Mane satu bid’ah?? Bangse kite mmg ke depan..mmg paling lantang..tapi bila tgu2 time terawih...laaaaa…rupanya dok borak kat hotel..maklum la…buka puasa…standard skit kat hotel deh..xke nok buko kat msjid..napok mace miskin plop.ermm….ape nk dikate..diam bisu seribu bahasa..


(Jom buka pose~!)


“Baginda s.a.w. pernah datang kepada (rumah) Saad bin Ubadah. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda pun makan dan bersabda: Telah berbuka puasa di sisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat.”

(Riwayat Abu Daud)

Minyak ngn roti jerrrr~~

Maaf la...pendek je...sekadar mencoret kate..meluah rase...

Tapi, kalau korg dok rase best lagi...entah la...aku pun xtau nak ckp ape...

Ok la…moga ape yang aku tulis nih…beri kesedaran…n manfaat buat korg n buat diri aku sendiri...

Ni ade video utk korg...tgk laa...moga membawa faedah bt kite...

Jom imarah surau~ jom imarah masjid..kalau bukan kite...siape lagi?? mat bangla???


Aug 19, 2010

Yang Paling Hebat~





Diceritakan dalam sebuah hadis kudsi yang diriwayatkan oleh Imam Tarmidzi dan
Ahmad, seperti berikut :

Tatkala Allah Ta’ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu Allah
menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya,
ternyata bumipun terdiam.

gunung ganang ciptaanNYA

Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka
bertanya “Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat
daripada gunung ?”


Allah menjawab, “Ada, iaitu besi”

(iron man kira simbol besi la ek...iron = besi...ngee..)

Para malaikat bertanya lagi “Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu
yang lebih kuat daripada besi ?”


Allah yang Maha Suci menjawab, “Ada, iaitu api”

Para malaikat kembali bertanya “Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam
penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api ?”


Allah yang Maha Agung menjawab, “Ada, iaitu air”


Para malaikatpun bertanya kembali “Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam
penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?”


Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, “Ada, iaitu angin”




Akhirnya para malaikatpun bertanya lagi “Ya Allah, adakah sesuatu dalam
penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua ?”

Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, “Ada, iaitu
amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara
tangan kirinya tidak mengetahuinya”.

Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya
adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya,
sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlas tanpa ada
unsur menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain.

Berkaitan dengan ikhlas ini, Rasulullah SAW mengingatkan dalam pidatonya
ketika beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah : “Wahai
segenap manusia ! Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat, dan
seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang diniatkannya”.
(Hadis 1 dalam Hadis 40)

Oleh kerana itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita dengan niat
yang ikhlas hanya kerana Allah semata, tanpa berasa ingin dipuji,
dianggap dermawan, dihormati, dll yang dapat menjadikan sedekah kita
menjadi sia-sia.

Jom banyakkan sedekah di bulan Ramadhan~!

Aug 18, 2010

Hanya Sia-Sia



Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Berapa ramai di kalang orang yang berpuasa, mereka tidak mendapat apa-apa daripada puasa mereka kecuali lapar dan dahaga.”

-HR Al-Baihaqi-

Takutnyer daku ya Allah andai puasaku ini tidak Kau terima....




Aug 16, 2010

Toilet lebih penting dari dakwah…


Seorang Murabbi mendapati mutarabbinya telah mulai menjauhkan diri daripada usrah, katibah dsb. Bila ditanya kenapa? Disebabkan ‘bisnes’….!

Bisnesnya telah maju dan mulai sibuk menguruskannya saban hari.Tiada lagi ruang untuk menumpukan kepada perkara lain kerana bimbang bisnesnya akan terjejas. Siang dan malam dia akan pastikan semua urusan bisnesnya berjalan lancar.Waktu siang dihabiskan untuk mengawal selia marketnya yang begitu sibuk dengan pelanggan yang berpusu-pusu datang hingga lewat malam, sedangkan waktu malam pula diuntukkan bagi mengemaskini wang yang diperolehi di siang harinya. Begitulah sepanjang-panjang hari dalam seminggu dan bulan.

Murabbinya lantas menziarahinya ke tempat bisnes. Dia menyambut dengan baik tetapi diselaputi kerisauan yang mendalam, bimbang akan ditanya perihalnya dengan dakwahnya. Akhirnya dia berterus terang saja dengan memberi alasan bahawa dia tidak mampu untuk membiarkan urusan bisnesnya diurus oleh pekerja-pekerjanya tanpa pemantauan daripadanya sendiri. Dia perlu sentiasa bersama pekerja-pekerjanya pada setiap masa.

Murabbi yang bijaksana telah bertanya…”Sedang saudara memantau pekerja-pekerja saudara keluar masuk melaksanakan kerja mengikut yang disuruh, tiba-tiba perut saudara sakit dan perlu segera ke toilet bagi melegakannya; apa yang saudara akan lakukan?” Dia menjawab sudah tentu saya akan ke toilet dengan segera kerana itu adalah keperluan mendesak yang tidak boleh dikompromi…..makruuf yang akhi… Murabbinya lantas menyatakan: “Kalau demikian halnya, saudara telah menjadikan amal dakwah ini kurang pentingnya berbanding urusan saudara ke toilet…Ke toilet saudara kata penting dan perlu…kerananya bisnes mesti ditinggalkan. Tahukah saudara yang selama ini saudara telah meletakkan amal dakwah ini lebih rendah daripada martabat urusan saudara ke bilik air/tandas????”

Dengan jawapan Murabbinya, dia insaf dan kembali meletakkan dakwahnya di tempatnya yang paling tinggi dalam hidupnya. Sejak hari itu dia tidak lagi menguzurkan dirinya daripada menghadirkan dirinya ke program-program dakwah dan tarbiahnya…. Semoga ia menjadi pengajaran bagi kita semua insyaAllah…


petikan dari : http://abuamru1208.blogspot.com/

Aug 10, 2010

Jiwa Hamba

Sesiapa yang menjadi hamba Allah yang sebenar, dia tidak akan berjiwa hamba sesama manusia. Sabda Nabi Saw:

“Sesiapa yang akhirat itu tujuan utamanya, maka Allah jadikan kekayaannya dalam jiwanya. Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dengan hina (iaitu dalam keadaan dirinya mulia). Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya, maka Allah akan letakkan kefakirannya antara kedua matanya. Allah cerai beraikan urusannya, dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya (iaitu dalam keadaan dirinya hina)”.

(Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).

Aug 8, 2010

mabuk chenta illahi~~ :) :)

Assalamualaikum w.b.t...
hehe title agak terkejut disini :) tapi xsalah kan.kalau mabuk cinta kepada-Nya? Hari ini, ada 1 kisah teladan yang saya nk cerita, diambil dari buku kisah-kisah teladan yang kisahnya diambil daripada sebuah kitab karangan Imam Ghazali tapi saya akan simplify sikit dan dalam bahasa yang lebih mudah.

Ceritanya begini...


Pada suatu hari, Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda itu ternampak Nabi Isa, dia terus berkata, "Wahai Nabi Isa, kamu mintalah kepada Tuhanmu agar dia memberi seberat zarrah cintaku kepada-Nya."

Nabi Isa a.s menjawab, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya dengan seberat zarrah itu."
Pemuda itu berkata lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu zarrah, maka mintalah untuk setengah berat zarrah."
Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa pun berdoa, "Ya Allah, berikanlah setengah berat zarrah cintanya kepadaMu." Selepas berdoa, Nabi Isa berlalu pergi...


Selang beberapa lama, Nabi Isa a.s pergi semula ke tempat itu untuk berjumpa pemuda yang memintanya berdoa itu tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa pemuda itu. Lalu, Nabi Isa pun bertaya kepada orang yang lalu lalang disitu dan salah seorang daripada mereka berkata bahawa pemuda itu telah menjadi gila dan kini berada diatas gunung.
Nabi Isa a.s berdoa agar diberi petunjuk oleh Allah ketempat adanya pemuda itu. Setelah berdoa, Nabi Isa a.s dapat melihat pemuda itu berada diantara gunung-ganang dan sedang duduk diatas sebuah batu besar, matanya merenung ke langit.


Nabi Isa a.s pun memberi salam kepada pemuda itu tetapi tidak dijawab lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."
Kemudian Allah s.w.t menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya terdapat kadar setengah berat zarrah cintanya kepada Ku. Demi Keagungan dan KeluhuranKu, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak menegtahuinya."


Hmmm cuba bayangkan kadar berat cinta kepadaNya setengah zarrah sudah mampu membuat dia menjadi gila dan terlalu mabuk cinta Ilahi, sampaikan tidak mahu melepaskan pandangannya sedikitpun daripada langit itu. Jadi, seberapa berat pula cinta kita kepada Dia, kalau kita masih begini? Kita kata kita cintai Dia sungguh2 sedangkan cinta itu setengah berat zarrah pun xsampai, kan? Sugguh, Dialah yang memegang hati kita, Dia sendiri yang memiliki cinta itu, jadi sentiasalah kita berdoa kepada-Nya, agar kecintaan yang seberat kurang daripada setengah zarrah itu kekal sampai hari kita bertemu dengan Dia. Aminn



Bismillahirrahmanirrahim..

"dan sembahlah Tuhanmu sampai yakin (ajal) datang kepadamu."

(Al-Hijr, 15:99)



Sedikit scientific notes disini, taken from wiki..wee~

Zarrah = Atom

mass of an atom = 1/12 mass of a free neutral atom of carbon-12 = 1.66 × 10−27 kg

So..... mass of half of atom = (1.66 × 10−27 kg)/2 = ????

Berapa? Mari kita kira sama2 :)


ilham : manees.kobieta :) :)