Aug 19, 2010

Yang Paling Hebat~





Diceritakan dalam sebuah hadis kudsi yang diriwayatkan oleh Imam Tarmidzi dan
Ahmad, seperti berikut :

Tatkala Allah Ta’ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu Allah
menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya,
ternyata bumipun terdiam.

gunung ganang ciptaanNYA

Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka
bertanya “Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat
daripada gunung ?”


Allah menjawab, “Ada, iaitu besi”

(iron man kira simbol besi la ek...iron = besi...ngee..)

Para malaikat bertanya lagi “Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu
yang lebih kuat daripada besi ?”


Allah yang Maha Suci menjawab, “Ada, iaitu api”

Para malaikat kembali bertanya “Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam
penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api ?”


Allah yang Maha Agung menjawab, “Ada, iaitu air”


Para malaikatpun bertanya kembali “Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam
penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?”


Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, “Ada, iaitu angin”




Akhirnya para malaikatpun bertanya lagi “Ya Allah, adakah sesuatu dalam
penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua ?”

Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, “Ada, iaitu
amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara
tangan kirinya tidak mengetahuinya”.

Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya
adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya,
sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlas tanpa ada
unsur menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain.

Berkaitan dengan ikhlas ini, Rasulullah SAW mengingatkan dalam pidatonya
ketika beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah : “Wahai
segenap manusia ! Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat, dan
seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang diniatkannya”.
(Hadis 1 dalam Hadis 40)

Oleh kerana itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita dengan niat
yang ikhlas hanya kerana Allah semata, tanpa berasa ingin dipuji,
dianggap dermawan, dihormati, dll yang dapat menjadikan sedekah kita
menjadi sia-sia.

Jom banyakkan sedekah di bulan Ramadhan~!

1 comment: