Apr 18, 2010

Salam ta'aruf ya kitabullah

InsyaAllah, hari2 al quran ditatap, ayat2Nya dibaca dan butiran2 terjemahan pada separuh halaman lagi cuba difahami.

"Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan terhadapnya; petunjuk bagi orang yang bertaqwa"

(QS 2:2)

Al Quran adalah petunjuk. Hak seorang pembaca dan pengamal Al Quran ke atas Al Quran adalah petunjuk dan pengajaran yang terdapat di dalamnya. Begitu juga dengan Al Quran yang menuntut hak2nya ditunaikan oleh pembacanya.

Wahai jiwa2 yang mencari ketenangan,

Al Quran itu dituntut untuk diimani kerana sesungguhnya tiada keraguan terhadapnya. Al Quran itu dituntut untuk dibaca dengan tajwidnya, dengan penuh tertib dan tartil. Al Quran itu dituntut untuk ditelaah kandungannya (tadabbur ayat2Nya). Al Quran itu dituntut untuk diamalkan, disampaikan dan dibela daripada fitnah dan penyelewengan oleh segelintir manusia yang dengki-mendengki.

Wahai hati2 yang dipegang oleh Allah, tiada yang lain selain Allah,

Al Quran itu adalah nur, cahaya yang terang-benderang yang menerangi malam yang gelap, yang menunjuki jalan ketika kesesatan.

"Dengan kitab itulah Allah memberi petunjuk kepada orang yang mengikuti keredhaanNya ke jalan keselamatan, dan (dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang itu dari gelap gelita kepada cahaya dengan izinNya dan menunjukkan jalan yang lurus"
(QS 5:16)

Al Quran itu menjadi petunjuk kepada hati2 yang bertaqwa, hati2 yang takut untuk melanggar perintahNya, hati2 yang takut kepadaNya kerana cinta kepadaNya.

Wahai jiwa2 'abdurRahman,
,
Al Quran itu namanya Al Furqan. Al- Quran pembeza haq dan batil, yang membezakan yang baik dan buruk sesuatu tindakan manusia, yang membezakan kalimat yang baik seperti pohon yang baik dan kalimat yang buruk seperti pohon yang buruk (QS 14:24-26).

Al Quran itu 'roh' kehidupan manusia. Manusia tanpa roh yang sejahtera hanyalah jasad yang bergerak mengikut arus kehidupan dunia seperti robot2 yang bergerak mengikut program yang telah ditetapkan.

"Wahai manusia! Sungguh telah datang kepadamu pelajaran (Al Quran) daripada Tuhanmu, penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman"
(QS 10:57)

Wahai jiwa2 hamba yang fitrahnya lemah,

Al Quran itu kunci kemuliaan. Allah menaikkan darjat kaum Arab dengan Al Quran dan terciptanya sebuah tamadun Islam yang unggul bermula di padang pasir. Lahirnya generasi sahabat yang hebat kerana pegangan teguh kepada Al Quran.

Sabda Rasulullah saw, "Sesungguhnya Allah meningkatkan kedudukan suatu kaum dengan kitab ini (Al Quran) dan merendahkan kedudukan suatu kaum yang lain (dengan Al Quran)".

(HR Muslim)

Wahai jiwa2 hamba Yang Maha Pengasih, jiwa2 yang mengharapkan keredhaanNya,

Al Quran itu untuk kita dan sekalian manusia lain. Al Quran itu mempunyai darjatnya dan kesuciannya terpelihara sehingga hari yang tiada lagi pelindung selain Yang Maha Adil. Al Quran itu adalah cahaya untuk di bumi dan perbendaharaan untuk di akhirat.

Dari Abdullah ibnu Mas'ud, Rasulullah saw bersabda, " Sesungguhnya Al Quran ini adalah hidangan Allah, oleh itu hendaklah kamu menyebutnya sekadar yag terdaya olehmu menyebutnya. Sesungguhnya Al Quran ini adalah tali Allah, cahaya yang terang-benderang dan penawar yang berguna, penjaga kepada siapa yang berpegang kepadanya, jaminan kejayaan bagi yang mengikutinya. Ia tidak salah yang menyebabkan ia tercela, ia tidak bengkok yang menyebabkan ia perlu diperbetul, keajaibannya tidak kunjung habis dan tidak cacat walaupun banyak (kandungannya) ditolak orang. Bacalah Al Quran kerana Allah akan memberi ganjaran ke atas setiap huruf dari bacaanmu dengan 10 kebaikan. Aku tidak mengatakan kepadamu alif lam mim itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf".

(HR Al Hakim)


Apr 16, 2010

Tarbiyah...Tarbiyah...


Tarbiyah (pendidikan) Islamiyah bukan sekadar membentuk seseorang itu menjadi mukmin untuk dirinya, beramal dan bertaqwa seorang diri sahaja. Bahkan ia bertujuan melahirkan mukmin yang sedia berkhidmat, memberi sumbangan kepada Islam dan berjihad pada jalan Allah SWT.

Rasulullah SAW mendidik para sahabatnya sehingga menjadi mujahid yang kukuh iman mereka, sentiasa bersedia untuk berkorban dan berjihad pada jalan Allah. Apabila Islam berhajat kepada kerja dakwah, maka tampillah para da'i yang jujur, berani dan sabar menyampaikan risalah Islam melalui lisan dan contoh yang baik. Apabila Islam memerlukan pengorbanan harta benda, maka tampillah sahabat yang mempunyai harta kekayaan menyerahkan harta benda mereka kepada Rasulullah SAW dengan penuh keredhaan tanpa bakhil, seperti Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman Ibn Affan dan Abdul Rahman al-'Auf.

Semua ini adalah peribadi yang lahir hasil daripada tarbiyah imaniyah yang berjalan di dalam madrasah Rasulullah SAW. Didikan Rasulullah SAW bukan untuk melahirkan ahli falsafah atau kumpulan sufi yang asyik dengan riadah ruhiyah semata-mata tanpa menghiraukan tipudaya musuh yang ingin menghancurkan Islam. Rasulullah SAW pernah menegur seorang lelaki yang ingin mengasingkan diri untuk beribadah dan meninggalkan jihad. Kata Rasulullah SAW kepada lelaki itu;

"Jangan kamu lakukan demikian. Sesungguhnya tegak seseorang kamu di jalan Allah (berjihad) adalah lebih utama daripada ia sembahyang dirumahnya selama 70 tahun. Apakah kamu tidak suka Allah mengamponkan kamu serta memasukkan kamu ke dalam syurga? Berjihadlah pada jalan Allah. Sesiapa yang berperang pada jalan Allah di atas belakang unta , maka wajiblah baginya syurga" (Hadis riwayat At-Tarmizi).


Hasan al-Banna pernah menyebutkan:

'Jihad adalab fardu yang berjalan terus sampai hari kiamat.

Sabda Rasuluilah SAW:

"Barangsiapa mati padahal dia tidak berjihad dan tidak pernah berniat berjihad, maka matinya seperti mati jahiliyah.'
Serendah-rendah tingkat iihad itu ialah dengan cara membantah di dalam hati, dan setinggi-tingginya ialah perang fi sabilillah kerana kebenaran. Di antara kedua-dua tingkatan itu terdapat cara-cara jihad yang lain seperti berjihad dengan lidah, berjihad dengan pena, jihad ekonomi, berjihad dengan tangan dan bejihad dengan cara berani bercakap benar di hadapan raja yang zalim. Semua sifat dan tingkatan jihad tersebut akan lahir melalui proses Tarbiyah lmaniyah, lnsyaallah.

Proses Tarbiyah mesti berterusan
Proses Tarbiyah lmaniyah mestilah berterusan, tidak boleh diabaikan atau dihentikan separuh jalan atau ditamatkan. Silibusnya mencakupi sepanjang hayat seorang muslim.

Menurut Al Syekh Mustafa Masyur bahawa Tarbiyah dan pembersihan jiwa diumpamakan seperti makanan dan siraman bagi pokok yang disemai atau ditanam. Jika pokok tidak dibajai dan disirami sentiasa, maka ia akan layu dan kering. la akan terus hidup subur jika dibajai dan disirami. Demikianiah manusia. Hidup sebenarnya bagi individu atau jemaah adalah kerana adanya iman. Hidup manusia sebenarnya adalah hidup hatinya dengan keimanan bukan hidup jasad yang akan fana. Iman di dalam hati itulah yang akan melahirkan kehidupan yang bermakna. Hati perlu digilap seialu kerana ia mungkin berkarat. Rasuluilah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesunggubnya hati manusia itu berkarat seperti berkaratnya besi. Sababat-sababat bertanya: Apakah pengilapnya wahai Rasulullah?. Rasulullah menerangkan: membaca Al Quran dan mengingati maut (mati).' (HR Al Baibaqi)

lman yang berada dalam iiwa manusia sentiasa terdedah kepada kelunturan dan kelemahan kerana dijangkiti oleh berbagai penyakit seperti kesibukan urusan duniawi, dan lain-lain. Oleh itu kita perlu banyak memohon pertolongan kepada Allah SWT dengan sentiasa memperbaharui keimanan kita. Sabda Rasuluilah SAW:
"Sesungguhnya iman itu boleb lusuh seperti lusuhnya pakaian, maka bendaklah kamu memobon doa kepada Allah SWT supaya diperbaharui keimanan itu di dalam jiwa kamu.' (HR Al Hakim dan At Tabrani)


PENUTUP
Menjadikan Islam sebagai satu alternatif penyelesaian kepada masalah umat manusia mestilah lahir daripada keyakinan yang berteraskan keimanan, bukan disebabkan kegagalan sistem sistem lain. Islam hanya boleh memainkan peranannya untuk menyelesaikan masalah manusia apabila ianya diambil secara syumul dalam bentuk konkrit. Oleh itu setiap pekerja (amilin) Islam mestilah dibentuk dan diproses berteraskan aqidah tauhid yang bersumberkan daripada Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Islam tidak akan dapat dibangunkan tanpa rijal (pahlawan). Rijal tidak dilahirkan tanpa melalui proses Tarbiyah. Dan Tarbiyah tidak akan memberi sebarang kesan tanpa penglibatan dan penghayatan yang bersungguh-sungguh daripada setiap individu. Adalah menjadi harapan dan keyakinan setiap muslim bahawa masa depan adalah milik Islam.